Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Bersedekah: Tahukah Anda Bagaimana Cara-caranya

Bersedekah: Tahukah Anda Bagaimana Cara-caranya

104
0

Cikgu Rahim:

141. Keduapuluh lima: Dari Abu Musa r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Setiap orang Islam itu harus bersedekah.” Abu Musa bertanya: “Tahukah anda, bagaimanakah jikalau ia tidak menemukan sesuatu untuk disedekahkan?” Beliau menjawab: “Kalau tidak ada hendaklah ia bekerja dengan kedua tangannya, kemudian ia dapat memberikan kemanfaatan kepada dirinya sendiri, kemudian bersedekah.” Ia bertanya lagi: “Tahukah anda, bagaimanakah jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian?” Beliau menjawab: “Hendaklah ia memberikan pertolongan kepada orang yang menghajatkan bantuan.” Ia bertanya lagi: “Tahukah anda, bagaimanakah jikalau ia tidak dapat berbuat demikian?” Beliau menjawab: “Hendaklah ia memerintah dengan kebaikan atau kebagusan.” Ia bertanya lagi: “Tahukah anda, bagaimanakah jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian.” Beliau menjawab: “Hendaklah ia menahan diri dari berbuat kejahatan, maka yang sedemikian itupun sebagai sedekah yang diberikan olehnya.” (Muttafaq ‘alaih)

«141» الخامس والعشرون: عن أَبي موسى رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((عَلَى كلّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ)) قَالَ: أرأيتَ إنْ لَمْ يَجِدْ؟ قَالَ: ((يَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ)) قَالَ: أرأيتَ إن لَمْ يَسْتَطِعْ؟ قَالَ: ((يُعِينُ ذَا الحَاجَةِ المَلْهُوفَ)) قَالَ: أرأيتَ إنْ لَمْ يَسْتَطِعْ، قَالَ: ((يَأمُرُ بِالمعْرُوفِ أوِ الخَيْرِ)) قَالَ: أرَأيْتَ إنْ لَمْ يَفْعَلْ؟ قَالَ: ((يُمْسِكُ عَنِ الشَّرِّ، فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
في هذا الحديث: الحثُّ على اكتساب ما تدعو إليه حاجة الإنسان من طعام، وشراب، وملبس، ليصون به وجهه عن الناس، واكتساب ما يتصدق به ليحصل له الثواب الجزيل.
وفيه: فضل إعانة المحتاج والمضطر، والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه.
وفيه: فضل الأمر بالمعروف والخير.
وفيه: أنَّ الإمساك عن الشرّ صدقةٌ.

Komen dan Soalan