Utama Fiqh Ramadhan 4. Jumlah Saksi Untuk Penentuan Bulan Ramadhan Dan Syawal

4. Jumlah Saksi Untuk Penentuan Bulan Ramadhan Dan Syawal

316
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

4. Para `ulama’ berbeza pendapat tentang jumlah minimum saksi dalam penetapan masuknya Ramadhan; sebahagian mengatakan seorang saksi, dan sebahagian lagi mengatakan 2 orang saksi. Sedangkan dalam penetapan masuknya Syawal, jumlah minimumnya 2 orang saksi.

صوموا لرُؤيتِهِ ، وأفطِروا لرؤيتِهِ ، وانسُكوا لها ، فإن غُمَّ عليكُم ، فأكمِلوا ثلاثينَ ، فإن شَهِد شاهدانِ ؛ فصوموا وأفطِروا
الراوي : بعض أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 2115 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Berpuasalah apabila kalian melihat hilal, dan berbukalah (yakni berhenti berpuasa) apabila kalian melihatnya, dan hendaklah kalian melakukan ibadah kurban kerananya (yakni kerana melihat hilal). Sekiranya kalian tidak melihatnya, maka hendaklah kalian sempurnakan bilangan 30 hari. Sekiranya ada dua orang saksi, hendaklah kalian mula berpuasa dan berhenti berpuasa.” – Sunan An-Nasa’i, no. 2115.
* Shahih menurut Al-Albani.

تراءى الناس الهلال فأخبرت رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم أني رأيته فصامه وأمر الناس بصيامه
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2342 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Orang ramai berusaha untuk melihat hilal. Lalu aku (yakni Ibn `Umar) memberitahu Rasulullah ﷺ bahawa aku telah melihatnya. Lalu baginda berpuasa dan memerintahkan orang ramai untuk berpuasa.” – Sunan Abi Dawud, no. 2342.
* Shahih menurut Syu`aib Al-Arna’uth.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Dalam hadits An-Nasa’i, disebutkan bahawa berpuasa (masuknya Ramadhan) dan berbuka (masuknya Syawal) hendaklah disaksikan oleh 2 orang saksi. Namun, hadits Abu Dawud memberikan pengkhususan dalam bab penetapan masuknya Ramadhan, iaitu cukup seorang saksi yang melihatnya.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan