Utama Fiqh Ramadhan 3. Kaedah Penentuan Awal Ramadhan dan Syawal

3. Kaedah Penentuan Awal Ramadhan dan Syawal

696
0
Iklan

Oleh Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

3. Kaedah penentuan awal Ramadhan dan Syawal adalah berdasarkan ru’yah hilal (melihat anak bulan). Sekiranya tidak kelihatan hilal, harus digenapkan Sya`ban menjadi 30 hari.

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

Sesiapa antara kalian yang melihat bulan tersebut, hendaklah dia berpuasa. – Al-Baqarah, ayat 185.

صوموا لرؤيَتِهِ وأفطِروا لرؤيتِهِ ، فإنْ غبِّيَ عليكم فأكملوا عدةَ شعبانَ ثلاثينَ .
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1909 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Hendaklah kalian berpuasa kerana melihat hilal, dan hendaklah kalian berbuka (yakni berhenti berpuasa) kerana melihatnya. Apabila kalian terhalang daripada melihatnya, genapkanlah bilangan Sya`ban menjadi 30 hari.” – Shahih AlBukhari, no. 1909.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Di Malaysia, satu lagi kaedah diamalkan dalam penetapan awal Ramadhan dan Syawal, iaitu kriteria imkan ru’yah (إمكان الرؤية), yakni menggunakan hisab dalam menentukan sama ada hilal boleh dilihat atau tidak.

2. Sebelum 1970, Malaysia menggunakan kaedah ru’yah. Kemudian bertukar kepada kaedah hisab sehingga ke tahun 1977. Namun, selepas persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 1977, kaedah ru’yah kembali digunakan. Hasil daripada kajian dan persetujuan Muktamar Hilal di Istanbul pada tahun 1979, Malaysia mula menggunakan kaedah ru’yah dan hisab (berdasarkan kriteria imkan ru’yah) bagi menentukan hari-hari ibadah, sehinggalah ke hari ini.

3. Ibn Rusyd dalam kitabnya Bidayah Al-Mujtahid (1/284) membawakan kalam Asy-Syafi`i dalam masalah ini. Kata Asy-Syafi`i: “Sesiapa yang mazhabnya (dalam bab ini) berdalilkan kedudukan bintang-bintang dan bulan, kemudian jelas baginya berdasarkan bukti-bukti tersebut bahawa hilal sepatutnya kelihatan tetapi terlindung, maka boleh baginya berpuasa dan itu sudah mencukupi baginya.”

4. Penjelasan tentang imkan ru’yah boleh dibaca di pautan berikut: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pindaan-pada-kriteria-imkani-rukyah-di-malaysia

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan