Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Anjuran Berjalan Ke Masjid

Anjuran Berjalan Ke Masjid

225
0
Iklan

136. Keduapuluh: Dari Jabir r.a. lagi, katanya: “Bani Salimah – salah satu kabilah kaum Anshar yang terkenal radhiallahu ‘anhum – bermaksud hendak berpindah tempat di dekat masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. bersabda kepada Bani Salimah itu: “Sesungguhnya saja telah sampai berita kepadaku bahawa engkau semua ingin berpindah ke tempat di dekat masjid?” Mereka menjawab: “Benar, ya Rasulullah, kita berkehendak sedemikian  itu.”  Beliau  s.a.w.  bersabda lagi:  “Wahai  Bani Salimah,  tetaplah  di   rumah-rumahmu  itu  saja,  akan  dicatatlah langkah-langkahmu itu – pahala melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang dijalankan. Jadi tidak perlu berpindah ke dekat masjid. Tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Sesungguhnya dengan setiap langkah itu ada darjatnya sendiri.” Imam Bukhari meriwayatkan pula dengan pengertian yang semakna dengan di atas dari riwayat Anas r.a.

«136» العشرون: عَنْهُ، قَالَ: أراد بنو سَلِمَةَ أَن يَنتقِلوا قرب المسجِدِ فبلغ ذلِكَ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ لهم: ((إنَّهُ قَدْ بَلَغَني أنَّكُمْ تُرِيدُونَ أنْ تَنتَقِلُوا قُربَ المَسجِد؟)) فقالُوا: نَعَمْ، يَا رَسُول اللهِ قَدْ أَرَدْنَا ذلِكَ. فَقَالَ: ((بَنِي سَلِمَةَ، دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ، ديَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ)). رواه مسلم.
وفي روايةٍ: ((إنَّ بِكُلِّ خَطوَةٍ دَرَجَةً)). رواه مسلم.
ورواه البخاري أيضًا بِمَعناه مِنْ رواية أنس رضي الله عنه.
وَ ((بَنُو سَلِمَةَ)) بكسر اللام: قبيلة معروفة مِنَ الأنصار رضي الله عنهم، وَ((آثَارُهُمْ)): خطاهُم.
في هذا الحديث: أنَّ المشي إلى المسجد من الحسنات التي تُكتب لصاحبها. ويشهد له قوله تعالى: {وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ} [يس: 12].

? Keutamaan berjalan kaki ke masjid.

 

 وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوْا وَاٰثَارَهُمْ ؕ 

Dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan.
[QS. Ya Sin: Ayat 12]

Komen dan Soalan