Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Solat Sunat Awwabin Di Sisi Salafi Dan Ahli Ahwa’

Solat Sunat Awwabin Di Sisi Salafi Dan Ahli Ahwa’

399
0

Syeikh THTL al-Jazani, boleh bagi pencerahan tentang solat sunat awwabin?

Jawapan:
Solat awwabin tu, maksudnya solat Dhuha. Salafi kata awwabin tu dhuha, ahli bid’ah kata solat lepas maghrib.

صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ إِذَا رَمِضَتْ الْفِصَالُ مِنْ الضُّحَى

“Shalat Awwabin adalah apabila anak onta sudah merasa kepanasan di waktu Dhuha.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Sesiapa yang mendakwa solat awwabin tu solat sunat lepas maghrib? cuba bawa nas, saya nak radd.

 

Penamaan ini berdasarkan sebuah hadits dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Barangsiapa yang shalat 6 raka’at setelah maghrib maka akan ditulis sebagai golongan Awwabin.

Dikatakan hadits ini disebutkan dalam Syarah Fath al Qadir, lihat Al Mausu’ah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah (2/273)

Jawapan:
Hadith ibnu Umar tu tak sahih

من صلَّى بعد المغربِ ستَّ ركعاتٍ . . .

الراوي : – | المحدث : الذهبي | المصدر : ميزان الاعتدال

الصفحة أو الرقم: 3/211 | خلاصة حكم المحدث : منكر

Kata Adz-Zahabi semua hadith yang matanya siapa solat lepas maghrib 6 rakaat, hadith mungkar.

 

Kalau saya masih juga faham solat sunat awwabin waktunya antara maghrib dan isyak..

Jawapan:
Saya bawa hadith Muslim pun masih engkar, memang anti hadith betul ler.

صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ إِذَا رَمِضَتْ الْفِصَالُ مِنْ الضُّحَى

“Shalat Awwabin adalah apabila anak onta sudah merasa kepananasan di waktu Dhuha.” (HR. Muslim dan Ahmad)

 

Kalau saya masih juga faham solat sunat awwabin waktunya antara maghrib dan isyak.. dengan merujuk kitab إحياء علوم الدين

Jawapan:
Ihya’? Geng klasik ni. Saya dah kasi hadith Muslim kan tu ☝. Antara Ihya’ dan sahih Muslim, kena pilih Muslim. Kenapa hangpa reject sahih Muslim, ini bilik fiqh sunnah. Geng fiqh sunnah, berasaskan sunnah yang sahih sahaja.

Kasi sahih Muslim, dia pilih Ihya’. Dalam ihya’ memang awwabin adalah 12 rakaat selepas maghrib, geng capal, ihya’ adalah Bible. Ihya’ ni berada di atas sahih Bukhari-Muslim, sebab dalam ihya’ ada 5000 hadith.

Semua guru saya belajar, kata sunat awwabin ni lepas maghrib dan isyak.

Jawapan:
Guru yang tak betul tu,
kena unlearn and re-learn. Jelas hadith Muslim

صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ إِذَا رَمِضَتْ الْفِصَالُ مِنْ الضُّحَى

“Shalat Awwabin adalah apabila anak onta sudah merasa kepananasan di waktu Dhuha.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Ini yang betul, jangan anti hadith. Maka sesiapa yang menentang hadith sahih, maka jelas mereka bukan pengikut mazhab syafi’iy melainkan ahlil ahwa’ dan bid’ah. Ego dengan sahih Muslim memang takleh diterima. (Rujukan) selepas AQ adalah Bukhari Muslim, itu akidah ASWJ.

Sikap ASWJ dengan sahih Muslim

1. Paling sahih selepas AQ
2. Kata-kata imam Syafi’iy, jika sahih hadithnya, itulah pilihanku

Kebenaran ni ada satu sahaja, kecuali yang khilaf. Kebiasannya, bila saya bagi dalil, tak ada sok sek, kali ni bila saya kasi sahih Muslim, masih sok sek soksek bahas, itu yang agak pelik. Fiqh Sunnah = Fiqh berasaskan sunnah yang sahih. Maka masa dan karan banyak yang membazir .

 

Pendapat:
Benar, isu ni tidak perlu dipanjangkan..hanya istilah sahaja..bagi yang masih confius, cuma perlu tahu bahawa pendapat lama tersebut tak kuat. Jadi bila kita dah maklum, kita haruslah berpegang kepada pendapat yang lebih kuat, itu lebih mnyantuni sunnah. Allah lebih mngetahuinya.

Komen THTL:
Sikap seperti itu yang betul, itulah manhaj Imam syafi’iy, “Jika sahih sesebuah hadits, maka itulah ikutan aku”.

 

Disusun semula oleh Zahiri.

Komen dan Soalan