Utama Tazkirah Admin Masjid umpama rumah orang bertakwa

Masjid umpama rumah orang bertakwa

147
0

~Tadabbur Kalamullah 4 Muharram 1437H~

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”[Surah at-Tawbah 18]

#Masjid ialah tempat di mana seseorang hamba berada pada kedudukan yang paling akrab dengan Allah. Hanya orang yang soleh dan benar-benar bertaqwa yang akan memakmur serta terpaut hatinya pada masjid

#Kata Pujangga: “Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke Syurga”

#Kaki atau geng masjid antara yang diakui oleh Rasulullah kehebatan iman mereka. Sabda Nabi saw: “Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman” [HR Ibnu Majah]

#Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Baihaqi Nabi saw bersabda: “Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredhaan Allah”

#Dalam Ihya’ Ulumiddin, berkata Said bin Musayyab: “Orang yang duduk di masjid sebenarnya sedang ‘duduk-duduk’ dengan Allah”

♡Jadikanlah masjid sebahagian daripada kehidupan kita. Pastikan hati kita sentiasa merindui masjid dan moga kita menjadi ahli masjid♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Komen dan Soalan