Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita Nota ke 71 (Umum)

Fiqh Wanita Nota ke 71 (Umum)

205
0
Iklan

 

#NourelChinta

S&J Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Saya duduk di hostel, dalam hostel saya ini ada dua agama dan sebilik dengan saya pun ada yang kristian. jadi dia ada benda yang berupa Salib dia gantung di katil dia, sementara saya sholat dan mengaji dalam bilik itu juga, bagaimana dengan hostel saya itu ada tak malaikat yang masuk di sedangkan kawan saya itu ada salib di gantung bersebelahan tempat saya sholat atau macam mana ibadah saya itu ustaz saya bingung? Nak cakap dengan dia saya takut dia complain dengan warden.tolong bagi pencerahan syeikh.

Jawapan 1 Thtl

tinggal satu asrama dgn non-muslim
dalil hadits:

وَرَوَى سَمُرَةُ بْنُ جُنْدَبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُسَاكِنُوا الْمُشْرِكِينَ وَلَا تُجَامِعُوهُمْ فَمَنْ سَاكَنَهُمْ أَوْ جَامَعَهُمْ فَهُوَ مِثْلُهُمْ
Sedangkan Samurah bin Jundab meriwayatkan dari Nabi Shallahu ‘alaihi Wasallam Beliau bersabda; “janganlah kalian bertempat tinggal dengan orang-orang musyrik dan jangan pula bergaul dengan mereka, oleh karena itu barang siapa yang bertempat tinggal atau bergaul dengan mereka maka dia seperti mereka.”Tahqiq:
Komentar Imam al-Bukhari dalam Ilal al-Kabir, sahih mursal (marfu’ tabi’in)
الراوي:جرير بن عبدالله البجلي المحدث:البخاري – المصدر:العلل الكبير- الصفحة أو الرقم:264
خلاصة حكم المحدث:الصحيح مرسل
albani dalam silsilah al-sahihah no 2330, hasan, juga ahmad syakir, tafsir Umdah Ibn katsir, 1:561
Maka dilarang tinggal bersama org kafir apatah lagi mereka menggantung salib
penyelesaian:
kena buat lapuran kpd pengurusan asrama dan pengurusan kolej.

 

 

Soalan 2

Kalau qadha puasa Ramadhan hari ini,boleh dapat ganjaran puasa sunat tak? walaupun kita cuma berniat qadha puasa?

Jawapan 2 Thtl

Puasa double berganda: puasa qadha dan puasa Isnin
Fatwa ulamak Saudi arabia, boleh
syaikh Ibnu Utsaimin mengatakan,

من صام يوم عرفة ، أو يوم عاشوراء وعليه قضاء من رمضان فصيامه صحيح ، لكن لو نوى أن يصوم هذا اليوم عن قضاء رمضان حصل له الأجران : أجر يوم عرفة ، وأجر يوم عاشوراء مع أجر القضاء ، هذا بالنسبة لصوم التطوع المطلق الذي لا يرتبط برمضان

”Orang yang melakukan puasa hari arafah, atau puasa hari asyura, dan dia punya tanggungan qadha ramadhan, maka puasanya sah. Dan jika dia meniatkan puasa pada hari itu sekaligus qadha ramadhan, maka dia mendapatkan dua pahala: (1) Pahala puasa arafah, atau pahala puasa Asyura, dan (2) Pahala puasa qadha. Ini untuk puasa sunah mutlak, yang tidak ada hubungannya dengan ramadhan.” (Fatawa as-Shiyam, 438).

 

 

Soalan 3

Apa pandangan islam bila kita mencemuh apa yang telah di makan :- mendatang mudharat pada diri, contoh. menyesal makan rojak jadi. sakit perut di buatnya.

Jawapan 3 Thtl

mencela makanan
Ia menyalahi adab nabawi, dalil:

مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
“Nabi saw tidak pernah mencela makanan sedikitpun. Jika beliau mau, beliau makan, dan jika tidak suka, beliau meninggalkannya.” [HR al-Bukhari: 5409, Muslim: 2064]

 

 

Soalan 4

Sahih ke hadith ini syeikh?

Jawapan 4 Thtl

hadith: bala tidak mendahului sedekah.

dhaif, al-haithami, majma’…sebab perawi dhaif bernama isa bin Muhammad

باكروا بالصَّدقةِ فإنَّ البلاءَ لا يتخطَّاها
الراوي : علي بن أبي طالب | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 3/113 | خلاصة حكم المحدث : فيه عيسى بن عبد الله بن محمد وهو ضعيف

 

 

Soalan 5

Hukum menonton filem porno , perbuatan ini akan melibatkan zina mata dan anggota tangan dan kemudian membawa kepada perzinaan diantara 2 khitan. ada hadith kan syeikh mengenai zina mata atau berkahwin dengan tangan?

Jawapan 5 Thtl

menonton filem porno
haram, dalil:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; … Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. …”
(AQS. Al-Nur [24]: 30-31)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
AQS. Al-Israa’: 32)

hadith:
فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ”
“zina mata dengan melhat” Bukhari no 6122 dr Abu Hurayra
kaedah fiqhiyah:
الوسيلة الى الحرام حرام (Segala perkara yang membawa kepada haram, hukumnya haram)

 

 

Soalan 6

Ada isteri yang meminta izin pada suami untuk bertanya ustaz secara mesej mngenai soalan agama ,suami izinkan tetapi tidak redho sebenarnya , suami izinkan atas sebab tidak mahu mengecilkan hati isteri .Apa hukumnya ?

Jawapan 6 Thtl

suami tidak suka isteri tanya soalan agama di Telegram.

hak isteri ialah keperluan mendapat bimbingan agama. Jika suami tidak mampu diberi izin menuntutnya dari org yg terpecaya. pilihan utama calon suami ialah yang memiliki ilmu agama yg mantop.

dalil:
“Perintahakanlah keluargamu untuk melaksanakan shalat dan bersabarlah dalam menegakkannya.” (AQ. Thaha: 132).

” Berilah peringatan kepada karib kerabatmu yang terdekat.” (AQ. Asy-Syu’ara: 214).

Jika suami izin tapi tidak redha, tidak mengapa, kerana menuntut ilmu adalah hak isteri.

 

 

Soalan 7

Boleh ke kita pejam mata masa sujud dalam solat? Atau kita kena buka mata ketika sujud? Mohon pencerahan Sheikh.

Jawapan 7 Thtl

pejam mata ketika sujud.

Ia termasuk dalam hukum pejam mata ketika solat secara umum, bukan khusus sujud sahaja.
Ia khilaf kata Imam nawawi dalam Majmuk, ada fuqaha yg kata OK, ada yg kata makruh, tak ada yg kata haram atau batal.
hukum yg rajih ialah menyalahi sunnah kerana Nabi suruh kita sentiasa buka mata.

dalil:
عن أبي هريرة قال أمر رسول الله بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب
Ertinya : “Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking” ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

maksudnya zaman dulu mesjid nabawi adalah berpasir tanpa carpet dan marmar, maka Nabi suruh sentiasa buka mata kerana mungkin ada kala yg keluar dari pasir. begitu juga ketika mereka expedisi militeri, maka ketika solat di atas pasir.
Maka bolehlah mesjid dah moden, carpet dan aircond dan tak ada haiwan berbisa, maka ulamak khilaf.

kata Imam Nawawi:
والمختار أنه لا يكره إذا لم يخف ضررا لأنه يجمع الخشوع وحضور القلب ويمنع من إرسال النظر وتفريق الذهن

Ertinya : “Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya tidak dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu’, hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda” ( Al-Majmu’, 3/261 )

 

 

Soalan 8

Assalamualaikum syeikh. Jika kita berhutang dengan org yg sudah meninggal dunia, bagaimana cara utk kita melangsaikan hutang tu? Perlu utk kita bagi kepada penjaga / anak yg pernah menjaganya atau terus sedekah je jumlah hutang tu?

Jawapan 8 Thtl

melunasi hutang si mati diserahkan kpd ahli warisnya.

 

 

Soalan 9

Ada satu pesakit lelaki 70 tahun ,sudah lumpuh paras pinggang.anaknya mengadu ayahnya garang.bekas polis. tak suka dengar ayat AQ.tak nak amik wudhu.tak solat dah bertahun.boleh berckp.Baring saja.tak nak lapik katil tak nak pakai pampers so hadas besar dan kecik terus di katil.
Apa patut kita buat untuk sedarkan dia.
Menarik minat utk shalat dan dgr ayat AQ?

Jawapan 9 Thtl

pesakit tak mahu solat
itulah nama penyudah yg buruk atau suu’ alkhaatimah. manusia dihitung kpd penyudahnya, bukan permulaan…anak2 boleh ikhtiar tapi jika empunya badan sudah kena suu’ al khotimah, maka tidak banyak yg dapat dilakukan. kalau lama sakit dan tak solat, maka setan dah masuk.

 

 

Soalan 10

Jika buat aqiqah dengan ez qurban yang selalu keluar radio di ikim tapi dia buat di luar malaysia tiada masalahkan? Cuma bila buat pembayaran online akad tu bagaimana syeikh?

Jawapan 10 Thtl

ez qurban kemboja
fatwa saudia arabia (syaikh ben Othaimin)(Liqa’ Babil Maftuh 23/11)
harus hukumnya akikah di tempat lain tapi afdhalnya dilakukan di tempat famili itu menetap kerana:
1. Dia langsung merasa mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih sendiri atau disaksikannya.
2. Dia yakin haiwan tersebut memenuhi syarat.
3. Dia yakin bahwasanya hewan tersebut disembelih dengan nama Allah.
4. dia dapat jua memakan dagingnya.

(“Maka makanlah darinya dan beri makanlah orang yang faqir.”
(Qs. Al-Hajj: 28) )

 

 

Soalan 11

Kenapa selalu orang cakap arab saudi wahabi dan pro amerika tidak menolong negara islam yang lain?

Jawapan 11 Thtl

KSA dicop wahabi dan pro USA

1. Saudi mmg negara wahabi sebab urusan agama di urus oleh keluarga syaikh Muhammad abdul Wahab. Mufti saudi sekarang adalah ‘Abdu’l-‘Azīz ibn ‘Abdu’llāh ibn Muḥammad ibn ‘Abdu’l-Laṭīf Āl ash-Sheikh (Arabic: عبد العزيز بن عبد الله بن محمد بن عبد اللطيف آل الشيخ‎)
Alu al-syaikh maksudnya keturunan Muhammad abdul Wahab, tokoh yang mendirikan kerajaan saudi bersama Imam Saud I.
Gelaran yg disukai oleh saudi ialah Muwahhidun atau mereka yg menegakkan tawhid dan menghapuskan khurafat, syirik dan bid’ah di Hijaz. manakala gelaran wahabi adalah yang diberikan oleh musuh2 mereka, khususnya mufti mekah sebelum saud iaitu Mufti zaini dahlan yang berkhidmat dgn Othmani dan kerajaan hashimiah.

2. KSA adalah pro-USA
mmg sahih kerana pada tahun 1932 ketika kerajaan saudi merdeka dan menguasai hijaz, mereka ketiadaan dana, USA yg datang mencari dan mengeluarkan petroleum dari perut bumi saudi dan membentuk syarikat gergasi AramCo (arab american pil company), sejak itu hubungan USA dan KSA menjadi akrab kerana USA amat perlukan minyak mentah utk industrinya. pada tahun 1934-57, USA adalah negara yg tidak pro kepada israel spt sekarang.

3. adakah saudi tidak membantu negara OIC
tidak benar, terdapat 13 juta pekerja asing di saudi sekarang dan kebanyakan dari negara2 Islam yg miskin, spt palestine, mesir, pakistan, bangladesh, syria dan jordan. saudi membantu setiap kali musibah yg melanda umat arab dan islam. bahkan kebanyakan pertubuhan besar Islam berpusat di saudi, antaranya rabitah alam islami, majma fiqh sedunia.

Komen dan Soalan