Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 55 (Umum)

Fiqh Wanita 55 (Umum)

287
0
Iklan

 

rainfall2

#syafni

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Adakah ini benar?
Sesiapa Yang Suka Maki Hamun Malaikat Berdoa Dan Kembalikan Makian Tersebut Kepada Orang Yang Membuat Makian Tersebut :

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan :Ada seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar, ketika itu Rasulullah SWT duduk disebelahnya, baginda diam begitu juga dengan Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah SAW bangun dan beredar dari situ, Abu Bakar merasa hairan dan mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan tuan pula diam, ketika saya menjawab maki hamun itu tiba-tiba tuan bangun lalu pergi.”

Rasulullah SAW lantas menjawab: “Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kapadanya ketika kamu diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula akan masuk, sesungguhnya saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Jawapan 1 Thtl

Tashh hadits abu Bakar kena maki hamun
بينما رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ جالسٌ ومعه أصحابُه، وقع رجلٌ بأبي بكرٍ فآذاه، فصمت عنه أبو بكر، ثم آذاه الثانيةَ، فصمت عنه أبو بكرٍ، ثم آذاه الثالثةَ فانتصر منه أبو بكر، فقام رسولُ اللهِ حين انتصر أبو بكر، فقال أبو بكرٍ : أوجَدتَ عليَّ يا رسولَ اللهِ ! فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : نزل ملَكٌ من السماء يكذِّبه بما قال لك، فلما انتصرتَ وقع الشيطانُ، فلم أكن لأجلس، إذ وقع الشيطانُ

الراوي : سعيد بن المسيب | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 4896 | خلاصة حكم المحدث : حسن [لغيره]
HR Abu Daud, dinilai hasan lighairihi oleh al-Albani, sahih Abu Daud, no 4896

 

 

Soalan 2

Betul ke syeikh di Malaysia barangan yang kandungan alkohol nya kurang drp 0.2% dikira halal ?

Jawapan 2 Thtl

Status alkohol dalam barangan
Pertama: jenis alkohol
Ada dua jenis alkohol (ethanol), satu dari proses brewery atau winery atau perarakan, kedua dari jenis industrial, ia kegunaan antiseptik, solven, dan parfum.

Kedua: minuman beralkohol ada tiga jenis bergantung kpd % alkohol:
1. kandungan 1-7%, cthnya Beer
2. kandungan 8-19%, wine
3. kandungan 20% keatas, cthnya spirit

Maka asas utk mengharamkan minuman adalah proses asalnya utk apa, utk beer, wine atau spirit. kedua: apakah ada unsur memabukkan dalam minuman tsb.
Cth: tapai, ada 3-4% akohol, tapi tapai bukan arak atau beer. Maka ia adalah halal. Cth, ubat batuk, ada 5% alkohol, ia bukan sbg arak, tapi sebagai solven dalam ubatan. Maka ia tidak ada unsur mabuk dan bukan asalnya diusahakan utk arak

Rujukan
al-Qardhawi, Halal n Haram dalam Islam
Lajnah Daimah dan Ifta’ KSA, Majalah Al Buhuts Al Islamiyyah, 57/75-77, Mawqi’ Al Ifta’

 

 

Soalan 3

Bagaimana orang yang solat ketika membaca al-fatihah dihujung 2 kalimah terakhir secara terbalik @ lain bunyi dari surah al-fatihah?

Jawapan 3 Thtl

Bacaan al-fatihah
Fatihah rukun solat, jika salah, maka solat tidak sah. Ini adalah maklum.

 

 

Soalan 4

Bila berguru dengan seseorang untuk belajar ilmu agama, kita perlu tahu dia berguru dengan siapa kan? Sebab ada ahli keluarga yang berguru dgn orang seberang dan asyik menyalahkan orang arab suka buat bidaah cth: orang arab tak suka berdoa selepas solat mereka menganggap orang arab tu buat bidaah..

Jawapan 4 Thtl

Panduan berguru dalam agama
Muhammad bin Sirin rh (seorang pembesar ulama tabi’in) berkata :

إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

”Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka lihatlah dari siapakah kalian mengambil agama kalian” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam muqaddimah kitab Sahih-nya 1/7 Maktabah Sahab].
berdoa secara jama’iy secara rutin oleh Imam dan diaminkan oleh makmum menggunakan pembesar suara adalah bid’ah jika dilakukan secara rutin. Ia amalan melayu sahaja, org arab tidak melakukannya dan merekalah yg benar kerana tidak ada contohnya dari Nabi saw. salaf tidak berdoa berjama’iy secara rutin selepas solat 5 waktu di mesjid, spt yg diamallkan di mekah madinah sekarang, itulah yg sunnah.
akhir zaman, sunnah dianggap bid’ah dan bid’ah dianggap sunnah.

 

 

Soalan 5

Kalau kita dalam perjalanan nak buat jamaq taqdim dan qasar zohor dan asar. Tapi waktu zohor tu kita ikut imam di masjid 4 rakaat then follow dengan asar 2 rakaat. Boleh tak? Atau lebih baik jangan ikut imam?

Jawapan 5 Thtl

Musafir tapi ikut Imam
Jika anda musafir yg santai, tidak terhambat dgn waktu, maksudnya anda tidak urgent utk sampai ke destinasi, maka bleh saja menyertai makmum lokal di mana-mana mesjid dan solat bersama mereka secara tamam. akan tetapi jika anda lorat, kalut nak sampai cepat ke destinasi, maka lebih baik anda tidak bersama jamaah lokal. solat jamak qasar bersama keuarga anda ketika jamaah lokal sudah selesai solat mereka

 

 

Soalan 6

Boleh ustaz komen amalan doa pic ini, adakah sahih ?

Jawapan 6 Thtl

Doa selesai hutang
للَّهُمَّ يَا فَارِجَ الْهَمِّ، كَاشِفَ الْغَمِّ، مُجِيبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَرِّينَ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَرَحِيمَهُمَا، أَنْتَ تَرْحَمُنِي، فَارْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِينِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

Ya Allah yang berkuasa menghilangkan kedukaan, yang mampu menyingkap kesedihan dan yang mengabulkan doanya orang-orang yang dalam kesempitan, yang maha Pengasih lagi maha Penyayang di duni dan akhirat, Engkaulah yang senantiasa merakhmatiku, maka rakhmatilah aku dengan rakhmat yang mencukupi diriku dari mencari rakhmat, selain Diri-Mu.
penilaian al-Albani: dhaif, dha’iful Targheeb
لراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترغيب
الصفحة أو الرقم: 417 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

sebagai alternatif, amalkan dr sahih Bukhari:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesedihan, kegelisahan, kelemahan, kemalasan, kekikiran, sifat pengecut, terlilit hutang dan dipecundangi oleh orang lain. HR Bukhari, 2893

 

 

Soalan 7

Adakah benar?
PERINGATAN :-KRISMAS HAMPIR TIBA
Muslim & Christian.
Christian :
Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim:
Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian:
Tapi kenapa? Bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kepada ku.
Muslim:
Mungkin mereka belum mengetahuinya. Kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dalam bahasa melayu pun tak mengapa.
Christian: Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim:
Kenapa? Bukankah ia hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah.
Christian:
Sekarang saya mengerti,
jadi Haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru kerana ada dalam Hadith Nabi:
” Barang Siapa Yang Meniru, Mengucapkan Selamat Kepada Agama Lain Bererti Ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya”
(HR.Bukhari Muslim)
❗️Sebarkan sebelum terlambat. Menghuraikan bahawa orang Islam tidak boleh meniru perbuatan yg bertentangan dengan Islam oleh kaum bukan muslim.
ANDA PASTI TERKEJUT Siapa yg mengucapkan Merry Christmas baca.
PERHATIAN :-
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya, HARAM bagi seseorang umat Islam untuk ucap Merry Christmas, ini kerana ia bermaksud Sejahtera Keatas Tuhan Jesus ( NAUZUBILAH )
Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak ( NAUZUBILLAH ) MOHON SEBARKAN SUPAYA UMAT ISLAM TAK MUDAH TERPESONG!!!

Jawapan 7 Thtl

a) Ucapan Merry Christmas (semuga bergembira sempena Birthday Jesus al-Masih
kata Dr al-Qardhawi, kebanyakan ulama salaf tidak membolehkan kerana:
1. suasana hostility zaman dulu, di mana ahli kitab memerangi dan memusuhi ajaran yg baru ketika itu, Islam. sebelum Nabi wafat baginda mengutus surat2 kpd raja2 kristian di sekitar tanah arab, semuanya kecuali Najashi menyatakan permusuhan kpd Muslim. Maka tidak ada ucapan kpd ahlil kitab
2. semasa zaman khilafah, Islam menakluk negara kristian timur, maka warga kristian menjadi warga kelas kedua dan umat Islam menguasai dunia sbg super power, maka tidak ada keperluan mengucapkan merry krismas kpd warga kelas kedua
3. era kejatuhan Islam dan penjajahan, maka umat Islam lemah di kuasai oleh kristian, juga hostiliti dan permusuhan, tiada ucapan merry krismas
4. era moden, era PBB, era United nations, negara setuju tidak lagi ada penjajahan dan permusuhan, maka banyak umat Islam yg berhijrah dan menetap di USA dan EC; juga warga kristian yg menetap di negara OIC utk urusan business dan politik. Maka zaman ini isu merry christmas timbul kerana ujudnya perdamaian dan hubungan baik antara dua umat, kristian 2 bilion dan muslims 1.4 bilion.
apakah boleh?

b) part 2 merry christmas
Hukumnya boleh jika:
1. anda mempunyai jiran2 kristian yg mempunyai hubungan yg baik
2. bekerja di syarikat yg majikannya kristian atau pekerjanya kristian yg baik kerana membina kilang dan ofis serta melabur di negera Islam
3. jalinan kerjasama dalam partai politik dinegara yg berbilang kaum, cthnya BN memiliki rakan sekutu parti kristian baik di semenanjung dan borneo, PR juga mempunyai parti kristian sbg rakan sekutu mereka
dasar keharusannya ialah:
“Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah menghitungkan segala sesuatu. “Surah An-Nisaa’ : 86)
Cthnya, mereka mengucapkan selamat HariRaya kpd muslim, maka selayaknya muslim juga mengucapkan selamat hari Natal kpd mereka
kedua:
,“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”. Al-Mumthanah ayat 8
Ayat ini menunjukkan era yg dilalui zaman, era permusuhan dan sekarang era perdamaian antara kristian dan muslim.

ketiga: ini isu khilafiah dalam adat. ada yg keras spt Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, saudi arabia yg mengharamkan secara mutlak dan kelonggaran dan kemaafan dr Ibn Hazm, Dr qardhawi dan majlis fatwa Eropah.

 

 

Soalan 8
Boleh bagi pencerahan tak? Seelok2nya tak perlu mengucapkan merry christmas kan.

Jawapan 8 Thtl

Isu khilafIah ni, terpulanglah pada pegangan sendiri.samada nk ikut pendapat ibn taimiyyah atau ibn Hazm.nama pun khilafiah. Kena fahamlah . keluar dari khilaf lebih selamat dan rajih,iaitu pegang pendapat ibn taimiyyah. Sesiapa yang nak pegang prndapat Dyq atau ibn hazm ,terpulang.

 

 

Soalan 9

Apakah status hadis ini?
“Barang siapa yang meniru mengucapkan selamat kepada agama lain bererti ia telah kafir dan neraka jahanamlah tempatnya”
HR Bukhari Muslim..
Seolah2nya sangat berat hukumannya…ada org bertanya status hadis ini..

Jawapan 9
1.Palsu dan tiada dlm Bukhari Muslim
http://al-fikrah.net/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=16&id=30019&Itemid=205

 

 

Soalan 10 dan jawapan

a) Adakah keputihan itu najis?

Jawapan

Keputihan bukan najis. Jika nak berwuduk cuci kemaluan saja dan kalau kena pakaian gosok atau renjis.
Cecair yang keluar dr kemaluan
Wadi dan madzi, atau keputihan, kena basuh sahaja, tanpa perlu mandi. yg mandi wajib, cuma mani, haidh dan nifas

b) Kalau keputihan keluar semasa dalam keadaan berwudhuk , adakah batal wudhuk?

Jawapan

Menurut Syaikh Ibn `Utsaimin rahimahullah, keputihan membatalkan wudhu’.
Sumber: http://islamqa.info/en/37752

 

 

Soalan 11

Apakah sunnah Rasul Allah yang wajib dan tidak boleh diikuti ?

Jawapan 11

Sunnah yang tidak boleh diikut adalah apa yang disebut sebagai kekhususan Rasul (خصائص الرسول). Sebagaimana namanya, memang perkara-perkara ini hanya khusus untuk Rasulullah ﷺ sahaja.

Contohnya: Mempunyai lebih daripada 4 orang isteri dalam satu waktu, kewajipan solat malam, puasa wishal, dan sebagainya.

 

 

Soalan 12

Lepas solat nak sedekah kan alfatihah buat ibubapa,adik beradik keluarga, sahabat perlu baca alfatihah banyak kali atau sekali saja?

Jawapan 12

Wallahu a`lam. Tiada riwayat daripada Nabi ﷺ tentang bilangan bacaan surah Al-Fatihah yang perlu dibaca untuk disedekahkan, bahkan tiada riwayat bahawa Nabi ﷺ pernah sedekah bacaan Al-Qur’an kepada sesiapa.

Isu sampai bacaan Al-Qur’an kepada arwah hanyalah ijtihad `ulama’ menurut pengetahuan saya. Sebahagian mazhab (antaranya mazhab Asy-Syafi`i) mengatakan tidak sampai.
Cara terbaik:
Buat sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi ﷺ, iaitu seorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapanya. Dia juga boleh berdoa kepada adik-beradiknya, kawan-kawannya, guru-gurunya.
Wallahu a`lam

 

 

Soalan 13

Semasa sujud, tapak tgn / lutut yg perlu diturunkan dahulu? Sebagai memenuhi 7 anggota sujud.

Jawapan 13 Thtl

Cara turun utk sujud Ini khilaf yg tidak ada kesudahan kerana matan hadithnya ” janganlah kamu turun utk sujud, seperti mana unta menderam.” menjelaska hadith ini Abu Hurairah meriwayatkan matan, kena turun tangan dahulu, manakala hadith Wail bin Hujur, kena turun lutut dulu. Cara unta turun menderam atau unta parking ni menjadi masalah bahasa kerana tidak pasti unta ni yg mana satu lutut unta dan yang mana satu lengan unta.

Maka syaikh Ibn Othaimin , qadhi Unaizahsaudi arabia, menyimpulkan, kedua cara boleh diamalkan. Tapi Jumhur mengamalkan turun lutut dulu kerana itulah maksud lawan cara unta dan itulah yg natural utk badan manusia ketika turun utk sujud. (Ibn Uthaimin, (Majmu’ Fatawa wa Rasail, 13/179) mazhab syafi’iy memilih cara turun lutut dulu, baru tangan.

 

 

Soalan 14

Asal nazar. Cth: Saya Ada hasrat nak puasa kalau dapat keputusan pt3 yang cemerlang,tapi,saya tidak lafazkannya.Adakah itu dikira sebagai nazar yang sah?

Jawapan 14 Thtl

Namanya nazar muallaq, nazar yg diikat dengan syarat, kalau Tuhan kasi baru aku nak taat.
dalilnya:
لاَ تَنْذُرُوا فَإِنَّ النَّذْرَ لاَ يُغْنِى مِنَ الْقَدَرِ شَيْئًا وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ
“Janganlah bernazar. Karena nazar tidaklah bisa menolak takdir sedikit pun. Nazar hanyalah dikeluarkan dari orang yang bakhil.” (HR. Muslim no. 1640 dr Abu Hurairah ra)
Nazar makruh, sapa yg nazar dan lupa, kena bayar kaffarah nazar, beri makan org miskin 10 org

 

 

Soalan 15

Apakah itu tasawwul dan Sufi? Boleh ke kita ikut ?

Jawapan 15 Thtl

Seputar Tawassul
———————-
Tawassul=mencari perantara untuk menarik perhatian Allah
2.1 hukum tawassul, harus, tawassul yang harus ada tiga:
a. tawassul dengan ibadat, doa, solat, puasa, zakat dan haji, sedekah
b. tawassul dengan amal soleh yg dilakukan
c. tawassul dengan wali2 Allah yg masih hidup
2. 2 Ibn Taymiyah tolak tawassul dengan wali-wali Allah yang sudah mati
2.3 Tawassul adalah dalam Akidah
——————
Bertawassul dengan para syuhada’ yang tidak mati.
Para syahid itu mmg mati, cuma mereka hidup di alam yang lain yang berbeza dengan alam barzakh yang biasa. namun kita di;larang memohon kepada mereka ketika melawat maqam Uhud. Pihak berkuasa arab saudi dengan jelas meletak papan tanda di Makam Uhud melarang pengunjung dari meminta dari para syuhada di makam tersebut
Bertawassul dengan Nabi saw sekarang, ketika baginda sudah pun 1400 tahun dah wafat ni bagaimana caranya??
sebab pada era 300 tahun pertama, zaman sahabat, tabi’in dan tabi’tabi’in, tak ada orang yang datang kubur nabi dan meminta dari pusaranya…
sebab tu kerajaan arab saudi pagar dan kawal ketat, supaya manusia jahil datang ke mesjid nabawi dan meminta sesuatu dari kubur Nabi atau abu bakar atau kubur umar…
tidaklah yang bertawassul pada kubur Nabi melainkan puak tareqat sahaja
ahli sunnah yang ori bertawassul dgn:
1. asmaul Husna
2. ibadat 2 rakaat di hujung malam hampir fajar
3. dengan amalan soleh yang lakukan dengan ikhlas
4. dengan orang soleh yang masih hidup
Puak Tareqat dan orang jahil bertawassul
1. dengan ruh Nabi
2. dengan ruh para wali yang belum tentu wali Allah
3. dengan wali tareqat yang masih hidup tapi ajaran tareqat tersebut adalah ajaran yang sesat.

 

 

Soalan 16

Apa hukumnya memotong kuku atau rambut ketika dlm keadaan haid atau nifas?  Adakah tertib yang di khaskan sewaktu melakukan perkara di atas sewaktu haid atau nifas?

Jawapan 16 Thtl

Potong kuku semasa haid
Ia cuma pendapat Imam Ghazali dalam Ihya’ Uluumidin, tanpa dalil dari sunnah atau atsar sahabi. sapa yg nak ikut dibolehkan, tapi yang paling baik tak usah ikut kerana fiqh taharah memerlukan nas.
♻️4 hukum potong kuku dan rambut/bulu ketika haid
Tak ada larangan, tak hadits dalam hal ni, maka kembali kpd hukum asal, Harus

 

 

Soalan  17 dan jawapan

a) Kalau tak merapatkan kaki semasa solat bg wanita ,adakah sah?

Jawapan

Jumhur ulama’ berpendapat renggang kaki. Sebilangan ulama’ berpendapat, rapat kaki..
Jika kita yakin dgn salah satu pendapat itu, amalkanlah..
Jika tak reti nak merujuk, ikutlah jumhur.
Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin dalam hal ini. Kata beliau:

” الذي يظهر مِن السُّنَّة أن القدمين تكونان مرصوصتين ، يعني : يرصُّ القدمين بعضهما ببعض ، كما في “الصحيح” من حديث عائشة حين فَقَدَتِ النَّبيَّ صلّى الله عليه وسلّم ، فوقعت يدُها على بطن قدميه وهما منصوبتان ، وهو ساجد .

واليد الواحدة لا تقع على القدمين إلا في حال التَّراصِّ .

وقد جاء ذلك أيضاً في “صحيح ابن خزيمة” في حديث عائشة المتقدِّم : ( أنَّ الرسولَ صلّى الله عليه وسلّم كان رَاصًّا عقبيه ) .

وعلى هذا فالسُّنَّةُ في القدمين هو التَّراصُّ ، بخلاف الرُّكبتين واليدين ” انتهى.

“الشرح الممتع” (3/169) .

Yang ditunjukkan oleh sunnah ialah kedua kaki hendaklah dirapatkan, yaitu dengan merapatkan antara satu kaki kepada yang lain. Sebagaimana dalam Sahih Muslim daripada hadis Aisyah radiallahu ‘anha ketika beliau kehilangan nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu tangannya menyentuh kedua kaki baginda, dan kedua kaki itu sedang ditegakkan ketika sujud.

Satu tangan tidak akan mampu menyentuh kedua kaki melainkan apabila keduanya dalam keadaan rapat. Diriwayatkan dalam Sahih Ibn Khuzaimah (sebagaimana dalam hadis ke 2).
Oleh sebab itu, sunnah untuk kedua kaki dirapatkan, berbeza dengan lutut dan tangan (yang perlu dijarakkan) [Al-Syarh Al-Mumti’]

b) Hadith Aisyah ni merujuk kpd perbuatan merapatkan kedua kaki ketika sujud bukan ketika berdiri?

Jawapan

Ya.. ketika sujud. *Semasa berdiri sunat menjarakkan kaki secara sederhana,tidak terlalu regang dan merapatkan kaki menyalahi sunnah dan ijmak sahabat

 

 

Soalan 18

Apa hukum baca yassin untuk orang yg tengah nazak?

Jawapan 18 Thtl

Fiqh kematian bab baca AQ
A. Ketika sakit berat atau nazak.
i) talqin atau menuntun pesakit supaya mengucap La ilaha illalah
dalil:
لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا الله
Maksudnya: “Talkinkanlah orang-orang yang hampir mati dari kalangan kamu dengan Lailahaillallah.
jika dia dah sebut, maka tak payah paksa berulang kali.

ii) isu membaca yasin ketika nazak.
hadithnya tidak sahih, cuma yg sahih adalah atsar, hadith yg dimaksudkan:
اقْرَءُوا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ
Maksudnya: “Bacakanlah Yasin ke atas orang yang hampir mati di kalangan kamu.” H.R. Ahmad (19789), Abu Daud (3121) dhaif oleh Imam Bukhari.
Membaca yasin ketika nazak dibolehkan kerana ada salaf yg mengamalkan kata Imam Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Hajar menilai atsar ini sebagai Hasan [Rujuk: al-Isaabah,5/190], dan syaikh Syu’aib al-Arnaut juga menilainya Hasan dalam tahqiq Musnad Ahmad (no. 16970).

Adapun amalan membaca yasin selepas kematian, itu adalah bid’ah)[Rujuk: syaikhul Islam Ibn Taymiyah, al-Ikhtiarat/91]
لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا الله
Maksudnya: “Talkinkanlah orang-orang yang hampir mati dari kalangan kamu dengan Lailahaillallah.” HR Muslim no 916

Komen dan Soalan