Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 54 (Umum)

Fiqh Wanita 54 (Umum)

266
0
Iklan

alhamdulilla31
#Syafni

S&J Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Benarkah ada hadith yang mengatakan Saidatina Aisyah memakai pakaian berwarna merah dan status hadith tersebut?

Jawapan 1 Thtl

a) Pakaian warna merah, ada atsarnya:
عن إبراهيم وهوالنخعي أنه كان يدخل مع علقمة والأسود على أزواج النبي صلى الله عليه وسلم فيراهن في اللحف الحمر

“Dari Ibrahim (An-Nakha’i) bahwasannya ia bersama ’Alqamah dan Al-Aswad masuk menemui istri-istri Nabi saw. Maka ia melihat mereka mengenakan mantel berwarna merah” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf, Kitaabul-Libaas waz-Ziinah 8/371].

b) Aisyah pakai pakaian berwarna merah , dari Atha’ dia berkata:
وَكُنْتُ آتِي عَائِشَةَ أَنَا وَعُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ وَهِيَ مُجَاوِرَةٌ فِي جَوْفِ ثَبِيرٍ قُلْتُ وَمَا حِجَابُهَا قَالَ هِيَ فِي قُبَّةٍ تُرْكِيَّةٍ لَهَا غِشَاءٌ وَمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَهَا غَيْرُ ذَلِكَ وَرَأَيْتُ عَلَيْهَا دِرْعًا مُوَرَّدًا
“Dan aku bersama ‘Ubaid bin ‘Umair pernah menemui ‘Aisyah radliallahu ‘anha yang sedang berada disisi gunung Tsabir. Aku (Ibnu Juraij) bertanya: “Hijabnya apa? Ia menjawab: “Dia berada di dalam sebuah tenda kecil. Tenda itu memiliki penutup dan tidak ada pembatas antara kami dan beliau selain penutup itu, dan aku melihat beliau mengenakan gamis berwarna merah”. HR Bukhari dalam kitab Al-Hajj, Bab: Para wanita tawaf dengan para lelaki, no. 1618 (cet. Dar Al-Hadits, cairo)

Macam khemah kecil yang diletakkan di atas belakang unta.
Perempuan bangsawan arab zaman dulu, mmg duduk dalam tenda dan tenda tu diletak di atas belakang unta, kalau di england, naik kereta kuda.

 

 

Soalan 2

Ada yang mengatakan perempuan boleh memakai pakaian berwarna menarik perhatian sebab lelaki yang perlu tundukkan pandangan sebab wanita memang suka berhias. Apakah benar ini hadith?

Jawapan 2 Thtl

Etika berbusana bg Muslimat
Isunya bukan dilarang, cuma daerah keharusan dan tabarruj (sengaja berbusana dan berhias utk menggoda)
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (AQS. an Nur : 31) dalil hadith:
وَامْرَأَةٌ غَابَ عَنْهَا زَوْجُهَا قَدْ كَفَاهَا مُؤْنَةَ الدُّنْيَا فَتَبَرَّجَتْ بَعْدَهُ فَلَا تَسْأَلْ عَنْهُمْ
“seorang perempuan yang ditinggal pergi oleh suaminya padahal suaminya telah memenuhi segala keperluan duniawinya lalu ia bertabarruj setelah kepergian si suami. Jangan pernah bertanya tentang mereka.”
(HR. Ahmad no 22817 dll, sahih. Lihat Fiqh Sunnah lin Nisa’, ms 387)

Namun culture perempuan salaf, mereka keluar dari khilaf pakaian berwarna dengan memilik pakaian hitam atau gelap. Bila ia warna hitam atau gelap, maka tak ada lagi isu kekeliruan mengenai tabarruj dan warna warni.

 

 

Soalan 3

Pendapat 4 mazhab bagi bab berniqab /berpurdah. Adakah wajib memakai niqab bagi wanita?

Jawapan 3 Thtl

Berniqob, pendapat mazhab yg 4
“Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad” (al-Nawawi, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 3, 169, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)

Ulamak kontemporari yang kata muka bukan aurat ialah syaikh albani dan dr Yusof al-qardhawi. yang kata wajib ialah ulamak saudi arabia.

 

 

Soalan 4

Apa hukum bisnes online promote gambar item guna model patung ?
1. Patung tanpa wajah
2. Patung berwajah

Jawapan 4 Thtl

Guna model patung/mannequin utk busines online
Fatwa grand syaikh azhar, syaikh Athiyah saqr, ahsanul kalam, patung manequin boleh, asalkan ia cacat, samada tidak cukup sifat, berlubang.

 

 

Soalan 5

Apa hukum orang yang edit gambar macam besarkan mata (guna app beauty plus) ?Adakah mengubah ciptaan Allah?

Jawapan 5 Thtl

Edit gambar
Yang haram ialah merubah secara fizikal. Jika merubah foto, ia dikembalikan kpd Niat atau tujuan perubahan tsb apa tujuannya. Jika ujuan menipu, maka ia tidak boleh. dalilnya:
مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Barangsiapa yang menipu maka dia bukan dari golonganku.” (HR. Muslim no. 102)

 

 

Soalan 6

Hukum pakai contact lens ?

Jawapan 6 Thtl

Pakai contact lens
Harus, asal dalam adat kebiasaan atau muamalat adalah harus.

 

 

Soalan 7

Masa tengah bayar kat cashier. Cashier tanya ada syiling tak? Ada syiling, tapi sebab jenis yang menabung, cakap takde. Macam mana tu?

Jawapan  7 Thtl

Tipu cashier
Hukum asal kita kena bercakap benar dalam semua keadaan kecuali terdapat keperluan berbuat demikian. Ini kerana sifat munafiq itu ialah dusta.
Tidak salah berkata,”saya mmg ada coin, tapi saya memerlukannya”, hak tuan ialah memenuhi kehendak saya sbg pelanggan.”

 

 

Soalan 8

Andai arwah ada tinggal puasa tapi tak ingat berapa hari, macam mana ya? Anak2 dia kena gantikan ke atau bayar fidyah je? Atau keduanya ?

Jawapan 8 Thtl

Mati dgn ada baki hutang puasa
Fatwa Ibnu Abbas ra. Dari Said bin Jubair, bahwa Ibn Abbas pernah mengatakan,

إِذا مرض الرجل في رمضان، ثمّ مات ولم يصم؛ أطعم عنه ولم يكن عليه قضاء، وإن كان عليه نَذْر قضى عنه وليُّه

“Apabila ada orang sakit ketika ramadhan (kemudian dia tidak puasa), sampai dia mati, belum melunasi utang puasanya, maka dia membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin dan tidak perlu membayar qadha. Namun jika mayit memiliki utang puasa nadzar, maka walinya harus mengqadhanya. (HR. Abu Daud 2401 dan di shahihkan Al-Albani).

Rumusan:
1. jika si mati tinggalkan puasa ramadhan, kena bayar fidyah
2. jika puasa nadzar, waris kena pakat ganti

 

 

Soalan 9

Mintak penjelasan pasal suara ni.. adakah hadith shohih yang menegaskan ianya adalah aurat ?

Jawapan 9 Thtl

Suara wanita, ia bukan aurat, dalilnya:
Musa bin Thalhah ra. berkata :
مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَفْصَحَ مِنْ عَائِشَةَ
“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih fasih bicaranya daripada Aisyah.” (HR. Tirmidzi)

 

 

Soalan 10

Boleh tak terangkan bab aurat bahagian kaki untuk perempuan,kalau nak mandi pantai perlu pakai stokin tak?

Jawapan 10 Thtl

Kaki perempuan apakah aurat?
Kaki perempuan bukan aurat kecuali mazhab Hanafi (al-Mughni, 1:430
Ibnu Najim mengatakan,

وَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا مُلَازَمَةَ بَيْنَ كَوْنِهِ لَيْسَ بِعَوْرَةٍ وَجَوَازِ النَّظَرِ إلَيْهِ فَحِلُّ النَّظَرِ مَنُوطٌ بِعَدَمِ خَشْيَةِ الشَّهْوَةِ مَعَ انْتِفَاءِ الْعَوْرَةِ

“ketahuilah, bahwa jika kaki bukan aurat tidak berarti boleh dilihat (oleh lelaki). Kehalalan melihatnya itu tergantung pada tidak adanya kekhawatiran timbulnya syahwat walaupun memang ia bukan aurat” (Al Bahrur Ra-iq, 1/284).

Jika anda berpegang dgn mazhab jumhur, yakni kaki wanita adalah aurat, maka kena pakai stokin. Jika nak ikut pendapat Imam abu hanifah, maka tak payah pakai.

 

 

Soalan 11

Boleh ke kalau seseorang pakai tudung labuh tapi jenis kain tu menampakkan bentuk telinga?

Jawapan 11 Thtl

Tudung labuh yang jarang
Tudung yang sempurna mestilah tebal dan tidak menampakkan anggota yang ditutup, kalau tudung dah labuh tapi nipis, maka ia masih belum sempurna.

 

 

Soalan 12

Siapakah pengasas manhaj salaf?

Jawapan 12 Thtl

Pengasas manhaj salaf
Manhaj salaf ahli hadith diasaskan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal. Manhaj salaf keseluruhannya diasaskan oleh Imam Abu Hanifah, Malik, syafi’iy dan Imam Ahmad yg kemudian membentuk 4 mazhab utama.

 

 

Soalan 13

Mohon pencerahan kesahihan hadis dibawah ini.

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Maksudnya:
“Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, baclah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam.”

Sembahyang Hadiah dilakukan di waktu malam hari sesudah Sembahyang Mahgrib atau Isyak dimana siangnya arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam.
Cara Sembahyang Hadiah.
1. Lafaz niat.
Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang hadiah dua rakaat sunat kerana Allah Taala”
2. Pada rakaat Pertama dan kedua baca surah berikut:-
Al-Fatihah – 1x.
Ayat Kursi – 1x.
Surah At Takatsur – 1x.
Surah Al-Ikhlas – 10x.
3. Sesudah memberi salam, maka eloklah dibacakan doa yang tersebut:
Ertinya:
“Ya Allah!, Sesungguhnya aku sembahyangkan sembahyang ini, dan Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan, Ya Allah! aku memohonkan kepadaMu, kiranya Engkau sampaikan pahalanya kepada kuburan si Fulan bin si Fulan”. (Nama Arwah)

Jawapan 13 Thtl

Solat sunat hadiah kepada mayyit
Tidak thabit, yg thabit atau disyariatkan ialah solat jenazah sahaja. sapa yg kata adanya solat sunat hadiah selain solat jenazah, kena bawa dalil. hadit yg dinyatakan ts, tidak ada dalam semua kitab sunan.

Komen dan Soalan