Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Note 70 : Nusyuz

Note 70 : Nusyuz

327
0
Iklan

Bismillah…
Note 70 : ruj Fiqh Manhaji 2

NUSYUZ

1. Pengertian :

  Bermakna derhaka iaitu isteri yang menderhakai suami dengan mengingkari ketaatan terhadap suami yabg diwajibkan oleh Allah SWT.

Hujum nusyuz, perbuatan nusyuz oleh isteri adalah haram kerana ia adalah satu dari dosa besar.

2. Sebab-sebab Nusyuz :

2.1. Isteri yang keluar musafir tanpa sebab dan izin dari suaminya.

2.2. Bermusafir tanpa izin dan redha suami.

2.3. Isterinya tidak membuka pintu untuk suaminya masuk.

2.4. Isteri enggan membenarkan suaminya menyetubuhinya tanpa sebarang keuzuran, seperti sakit.

2.5. Suami mengajak isteri bersama, tetapi dia sibuk dengan tugasan dan seumpamanya.

3. Cara Mengatasi Nusyuz :

3.1. Tanda-tanda nusyuz mulanya kelihatan pada seseorang seperti bersikap enggan dan bermasam muka, sedangkan dia seorang yang lemah lembut dan bermanis muka ataupun suami akan mendengar isteri menuturi kata kata yang kesat bukan kebiasaannya.

3.2. Suami sunat menasihati berdasarkan kepada kitab Al Quran dan mengingatkan tanggungjawabnya yang diwajibkan oleh Allah SWT tentang perhubungan yang baik dan pergaulan mesra serta menyanjung martabat suami.

4. Suami Nusyuz :

4.1. Suami yang menganiaya isteri dan tidak menyukainya seperti tidak memberikannya giliran bermalam, nafaqah atau memgasarinya dengab perkataan atau perbuatan, isteri hendaklah menasihati suami dan mengingati tanggungjawab dengan menyebut firman Allah SWT :

“Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian, bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, perihal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
Surah Al Nisa : 19

4.2. Isteri juga hendaklah memberi amaran kepada suami tentang balasan perbuatan zalimnya. Jika suami berubah baik, itulah sebaik-baiknya. Jika tidak dia hendaklah mengadu kepada hakim untuk mendapatkan haknya. Jesteru hakim wajib memerintah suami memberikan gilirannya, menunaikan hak haknya dan tidak menzaliminya.

Komen dan Soalan