Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Munculnya Puak Khawarij: Tanda Kecil Kiamat Ke-10/131

Munculnya Puak Khawarij: Tanda Kecil Kiamat Ke-10/131

425
0
Iklan

Dalil hadith: Dari riwayat amir mukminini Ali ra:

سَيَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمانِ قَومٌ أَحْدَاثُ اْلأَسْنَانِ سُفَهَاءُ اْلأَحْلاَمِ يَقُوْلُوْنَ قَوْلَ خَيْرِ الْبَرِيَّةِ يَقْرَؤُونَ اْلقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنَ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ

“Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur’an tidak melebihi kerongkongannya. Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya”. HR Bukhari, 3611, Muslim, 1066)

Kata Ibn Hajar, ahdath al-asnan adalah syabab/pemuda, rusak minda, meriwayatkan hadith dan membaca AQ pada bibir sahaja tanpa fiqh dan ilmu. Kata Imam Nawawi, kemantapan hanya tercapai bila sampai tahap umur matang, ada banyak pengalaman hidup serta ada kekuatan akal.

10/131 (2): Munculnya Khawarij
1. takrif Khawarij. ia dari kalimah ‘kharaja’= keluar, maka jama’ atau plural jadi khawarij, manakala takrifan fiqh, mereka yg keluar dari ketaatan kpd penguasa yg sah dan memeranginya.
2. Khawarij yang pertama ialah keluarnya seorang lelaki bernama Zu al-Khuwaisirah dari ketaatan kepada Rasulullah saw ketika pembahagian harta ghanimah, dia mencela nabi secara terang-terangan kerana tidak setuju dgn cara pembahagian yang dilakukan oleh Nabi saw. dalil:

يَخرُجُ من ضِئضِئِ هذا قومٌ يَمرُقونَ منَ الدينِ ) .
الراوي : أبو سعيد الخدري المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 4667

“Akan keluar dari keturunan dia ni (Zu al-Khuwaisirah) satu qaum yg keluar dari agama, murtad.” HR Bukhari no 4667

10/131: Khawarij (3)
3. Khawarij yang paling utama ialah ketika perang Siffin berakhir dengan tahkim dan masing dalam perjalanan pulang, maka sekumpulan dari tentera Ali ra bertindak keluar dan berkemah di Harura’ sebelum sampai ke kota Kufah (Iraq), kekuatan mereka dalam sekitar 8,000 hingga 16,000. mereka berkata Ali telah kafir. Lantas Ali mengutus Ibn Abbas, sepupunya utk berdialog dgn puak khawarij dan ada sebahagian yg kembali semula , manakala yg lain masih keras ingin membunuh Ali dan Muawiyah. Ali akhirnya memerangi mereka di Nahrawan dan berjaya membunuh kesemuanya kecuali beberapa org khawarij yg berjaya meloloskan diri. Dari saki baki inilah mereka menghidupkan faham Khawarij.

10/131 (4) Khawarij (4)
4. intipati akidah khawarij:

1. Muslim yang melakukan kabair atau dosa besar jatuh kafir. Ini bertentangan dgn ASWJ yang mengatakan pelaku dosa besar cuma fasiq
2. Mengkafirkan ali dan muawiyah dan para sahabat yang berada dalam perang siffin
3. Keluar dari penguasa yang fasiq yang belum jatuh kafir.
4. Saki baki dan perkembangan puak khawarij
Ibn Tahir al-Baghdadi (Farq bayna alfiraq) menyatakan puak khawarij yg selamat dari perang Nahrawan berpecah menjadi 20 puak dan yg kekal hanya 7 puak: al-Muhakkimah al-Ula, al-Azariqah, an-Najdat, as-Sufriyyah, al-‘Ajaridah, al-Ibadhiyyah dan ath-Tha’alibah. Ibadhiah yg ketara menguasai Oman, di mana 75% penduduk Oman adalah khawarij Ibadhiyah.

10/131 (5/Akhir) Khawarij
Kemunculan Khawarij apakah ia sekali atau berulang. Jawapannya ia tanda kiamat kecil yg berulang. Bermula dgn khawarij di zaman Nabi, khawarij di zaman Uthman yg berjaya membunuh beliau, khawarij di zaman Ali dan berterusannya 7 puak khawarij spt Ibadhiah. Fenomena khawarij di zaman moden dikenali dengan Khawarij Moden, antara ciri-citinya menurut kajian dr Azwira ialah:

1. Suka takalluf. memberatkan diri dalam agama, pilih yg susah dan berat
2. Menolak fiqh taysir (mana yang mudah dalam agama)
3. Melakukan bid’ah hasanah
4. Membalut kebatilan dengan kebenaran, terutama slogan ‘tiada hukum melainkan hukum Allah”
5. Membaca AQ tanpa ilmu yang sahih akan tafsirannya, tafsir sendiri
6. Mengkafir dan memerangi umat islam
7. Rosak akidah dan menganut akidah muktazilah, AQ adalah makhluk dan Allah berada di mana-mana
(Daurah Intis, 2008)

Rumusan, lajnah azhar (Dr Umar abdullah kamil) : ciri khawarij moden ada 5:

1. Cepat melabel sesat, kufur dan menyeleweng kpd penguasa dan umat islam
2. Sikap buruk sangka
kepada orang lain
3. Berlebihan dalam ibadat tapi ibadat yang tak ada kesan kepada perilaku mereka
4. Keras terhadap orang Islam
5. Tidak mendalami hukum hakam agama atau fiqh
Nota: Khawarij adalah satu siri kekerasan dari segelintir umat islam dalam beragama, dan ia tanda kiamat yg akan berulang, tapi khawarij di zaman Ali adalah petanda kiamat yg asal. sekian/tamat 10/131

Komen dan Soalan