Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 24 ( Umum )

Fiqh Wanita 24 ( Umum )

380
0
Iklan

Soalan 1
Bagaimana nilaian di sisi Islam tentang sekufu dalam pemilihan pasangan..?
Adakah dimestikan suami kelulusan master,isteri juga perlu sekurang-kurangnya diploma,ijazah atau dikira sekufu jika suami atau isteri keturunan raja,pasangan bukan keturunan yang sama,tetapi memiliki rupa yang cantik atau tampan?
Jawapan 1 Thtl
Maksud sekufu dalam perkahwinan
Peribahasa melayu, bagai pinang dibelah dua atau merpati dua sejoli. bahasa arab kafaah (sekufu) adalah setanding, sama padan. menurut fiqh munakahat, kafaah Al Kafa’ah secara syariat menurut majoriti atau jumhur ulama adalah sebanding dalam agama, nasab (keturunan), kemerdekaan dan pekerjaan.
Dalil:
تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك
“Wanita biasanya dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, karena rupa parasnya dan karena agamanya. Maka hendaklah kamu pilih karena agamanya (keislamannya), sebab kalau tidak demikian, niscaya kamu akan merugi.” (HR. Bukhari-Muslim)
Sekufu yang ideal ialah pasangan itu sama dari sudut rupa paras, sama tampan dan cantik, kedudukan ekonomi keluarga yang seimbang, akademik dan kerjaya, keturunan dan keagamaan yang seimbang (ilmu dan amalan).

Soalan 2
Apa hukum menikah dengan sepupu?
Jawapan 2 Thtl
Berkawin dengan sepupu memang boleh , tidak ada tegahan.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالاتِكَ
“Hai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu isteri-isterimu yang telah kamu berikan mas kawinnya dan hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang kamu peroleh dalam peperangan yang dikaruniakan Allah untukmu, dan (demikian pula) anak-anak perempuan dari saudara laki-laki bapakmu, anak-anak perempuan dari saudara perempuan bapakmu, anak-anak perempuan dari saudara laki-laki ibumu dan anak-anak perempuan dari saudara perempuan ibumu.” AQ. Al-Ahzab: 50
cuma tidak berkembang minda, kerana kawin dalam kabilah dan kajian genetik barat
mendapati ada kemungkinan akan mendapat sindrom tertentu

Soalan 3
Dengan keizinan suami, isteri tinggal berjauhan dengan sebab rasa tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur. Bagaimana tanggungjawab lain terhadap suami ( urusan makan dan pakaian ) yang sepatutnya isteri laksanakan dalam keadaan seperti ini? Cukupkah dengan mohon ampun dan doa?
Jawapan 3 Thtl
Isteri berpisah dengan suami kerana menjaga ibubapa.
Ini sudah lumrah di zaman moden, globalisasi, suami isteri berpisah dan menjadi “weekend husband”
jika ada keizinan suami, maksudnya dia redha, dan jika ada solusi, misalnya adik-beradik bergilir-gilir, maka masalah itu dapat diselesaikan.

‍Soalan 4‌
Sekiranya suami tiada di rumah ataupun kerja diluar kawasan dalam tempoh yang lama, selalunya isteri sudah memohon kebenaran untuk keluar atas urusan keluarga . Dan kalau ada tetamu datang tetapi tetamu perempuan yang bertandang ke rumah tanpa beritahu dan tetamu itu kurang disenangi oleh suami, macamana penyelesaiannya ?
Jawapan 4 Thtl
Membenarkan orang yang tidak disenangi suami bertandang kerumah itu sudah dikira melanggar hak suami yang sudah di maklumkan.

Soalan 5
Adakah istilah nikah gantung dalam Islam?
Jawapan 5 Thtl
Ada, Nabi SAW berkahwin dengan Aisyah ra.
Akad masa berusia 6 tahun tetapi bersama Nabi SAW ketika usia 9 tahun, 3 tahun nikah gantung

Soalan 6
Berkenaan nikah gantung , bolehkah kita mengamalkannya sekarang ?
terutama sekali keadaan anak-anak kita yang masih berstatus pelajar . Adakah nikah gantung itu bermaksud bernikah tetapi tidak tinggal sebumbung . Pada zaman aisyah masa itu baru berumur 6 tahun tetapi kalau pelajae universiti itu sudah cukup matang . Bagaimana dengan hubungan intim ,halal kan ? mohon penjelasan.
Jawapan 6 Thtl
Boleh, asalkan ada persetujuan bersama. akad nikah,tetapi majlis walimah akan diadakan setahun selepas akad. nikah gantunglah maksudnya itu, sebabnya pihak pengantin wanita masih menamatkan pengajian di United Kingdom.
Rujuk pada kes, kenapa ia kena nikah gantung, macam Nabi, sebab aisyah masih kecil, nikah gantung sebab hendak tunggu aisyah baligh.

Soalan 7
bermakna nikah gantung ini memang Nabi SAW pernah lakukan dan menjadi ikutan selepas Nabi?
Jawapan 7 Thtl
Ya, menjadi ikutan, banyak yang mengahwinkan anak mereka yang masih kecil tetapi bila zaman berubah, perkahwinan dengan kanak-kanak dilarang .

Soalan 8
Jika seorang lelaki beristeri lebih dari seorang, kemudian dia tidak dapat berlaku adil, adakah wajib bagi isteri-isteri mentaatinya?
Jawapan 8 Thtl
Suami Poligamis tidak berlaku adil, apakah wajib ditaati
Dalil hadith:
Dari Ali bin Abi Thalib ra bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
لا طاعة في معصية الله، إنما الطاعة في المعروف
Terj:
“Tidak boleh taat (kepada makhluk) dalam bermaksiat kepada Allah. Sesungguhnya taat (kepada makhluk) itu hanyalah dalam perkara kebaikan.” [HR Al Bukhari (7257) dan (1840)]
Tidak adil kepada isteri-isteri adalah perbuatan maksiat dan dosa.
langkah sebelum tidak mahu metaatinya:

1. berunding dengan suami
2. jika suami jenis susah dibawa berbincang, maka kena mengadu kepada Hakim atau ahli keluarga isteri yang disegani oleh suaminya untuk berbincang .
3. Jika tidak, kenalah mengadu kepada mahkamah syariah.

Maksudnya, jangan ambil keputusan tidak mahu taat, melainkan kena ambil tindakan dulu yakni menuntut hak isteri poligami, hak-hak keadilan dalam giliran dan nafkah

Soalan 9
Adakah benar yang dikatakan bahawa salah satu tanda yang menunjukkan seseorang wanita itu baik adalah mereka yang awal jodohnya dan apakah definisi “awal” tersebut?
Jawapan 9 Thtl
Baiknya seorang wanita, maka awal jodohnya
Dalil:
يَامَعْشَرَ الشَّبَابِ: مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“Wahai pemuda, barangsiapa di antara kalian telah mampu maka hendaknya menikah, karena ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab ia dapat mengekangnya.” HR. Bukhari
Nabi saw memberi panduan yang jelas, berkawin awal hanya kepada yang mampu dan bukanlah petanda ia pemuda atau pemudi yang soleh. objektif pun nabi sudah jelaskan untuk mengawal gelora seksualiti
rumusan: wanita berkawin awal adalah petanda dia perempuan soleh adalah tidak betul.lagipun uruf Malaysia, perempuan perlu menghabiskan penganjian peringkat IPT, maka bila grad degree dah 20++. Maka itulah usia yang baik untuk berkawin jika mampu

Soalan 10
lelaki yang ingin merujuk kembali dengan isteri yang diceraikan,masih dalam tempoh iddah,adakah pra syarat tertentu untuk suami rujuk semula?adakah asal suami mengajak rujuk,isteri wajib untuk terus terima?
Jawapan 10Thtl
Fiqh Rujuk
Waktu edah adalah tempoh bertenang dan memikirkan semula konsekuensi dari talak yang dilafazkan sebelum ni, samada ia kekal atau mereka ingin berbaik semula. jika suami ajak rujuk, isteri tidak wajib berkata setuju , terpulang kepada isteri . Jika suami menawarkan untuk rujuk dan isteri sanggup terima dan bermaafan, itu lebih baik buat mereka jika sudah ada anak. Namun proses rujuk kena disempurnakan di mahkamah syariah atau kamar hakim atau pejabat qadhi

Soalan 11
Kalau isteri minta fasakh, bolehkah dia tuntut harta sepencarian?
Jawapan 11 Thtl
Harta sepencarian
Memang harta sepencarian adalah hukum kekeluargaan Malaysia . Masa proses perceraian tu kena failkan sekali senarai harta sepencarian dengan mengemukakan bahan bukti

Soalan 12
Bolehkah seorang isteri memberitahu suami ketika dia marah,kecewa dan terasa hati dengan suami dia tidak mampu hendak paksa diri untuk senyum dan melayan suami dengan mesra,oleh itu dia minta maaf terlebih dahulu ?
Jawapan 12
Hubungan suami isteri
Jika dan minta maaf, maka tidak ada masalah, cuma kena jaga bab ni:
hadith :
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِىءَ (فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا) لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

Ter:
“Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur (maksud hubungan seks) dan si isteri menolaknya [sehingga (membuat) suaminya marah], maka si isteri akan dilaknat oleh Malaikat hingga (waktu) Subuh.” HR Bukhari-Muslim dr Abu Hurayra ra

Soalan 13
Bagaimana batasan aurat anak perempuan dengan ayah tiri ?
Jawapan 13 Thtl
Batasan aurat anak tiri dengan ayah tiri
Mahram kekal ( muabbad ) jika ibunya sudah berjimak dengan ayah tirinya, maka anak menjadi mahram kepada ayah tiri,
Dalil:
Terj: “anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, ” AQ 4:23

Soalan 14
Apa hukumnya apabila isteri sudah tiada perasaan apa-apa lagi terhadap sisuami ?
Jawapan 14 Thtl
Hukum isteri tidak ada perasaan terhadap suaminya
Ia harus kerana cinta tidak boleh dipaksa. Ia sama dengan kes di zaman Nabi SAW, di mana isteri Tsabit bin Qais mengadu kepada Nabi SAW dia tidak lagi menyintai suaminya, maka perintahkan Tsabit menceraikan isterinya. (direkodkan oleh HR Bukhari no 5273, Nasa`i 6/169). Maka isteri boleh tebus talak.

Soalan 15
Antara tanggungjawab anak lelaki terhadap ayah dan terhadap anak-anaknya yang masih kecil ( perlukan perhatian ) mana yang lebih penting? Siapa yang perlu didahulukan ayah atau anak-anaknya?
Jawapan 15 Thtl
Dilemma ayah dulu atau anak ?
Kenapa perlu jatuh dalam perangkap maut camtu? Lelaki yang bijak, tahu macamana hendak mengimbangi ayah, emak, isteri dan anak-anak kena pada tempatnya. Bagi lelaki yang ada keluarga sendiri , keluarga sendiri adalah tumpuannya , manakala berbakti kepada orang tua juga kena diutamakan bergantung kepada beberapa faktor:
1. kesihatan ayahnya

2. kemiskinan dan keberadaannya

3. jumlah adik beradik yang lain

Soalan 16
Adakah bersanding dibolehkan didalam Islam?
Jawapan 16 Thtl
Hukum bersanding
Ia harus, sebab diamalkan oleh orang Arab sejak jahiliah, namanya al-Minassah المِنَصَّة iaitulah kursi atau katil yang ditinggikan dan dihias untuk pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai. ( al-Misbah al-Munir, al-Mu’jam al-Wasit). Maka ia bukan adat Hindu, bahkan banyak budaya dan menjadi universal.
pengantin biasanya jarang dikenali oleh sedara mara yang jauh, maka meraikan mereka dan mempamirkan mereka untuk tatapan jemputan adalah wajar.

Soalan 17
SoalanTentang bersanding , kalau sekadar duduk di atas pelamin boleh. Bagaimana pula jika ada upacara renjis air mawar dan menepung tawar ?
Jawapan 17 Thtl
Bersanding
Upacara itu kalau boleh ikut cara arab, sanak saudara berbaris naik pentas dimana pengantin duduk dan beri tahniah . cuma Arab Jazan, pengantin lelaki duduk atas pelamin berseorangan di kawasan lelaki dan pengantin perempuan duduk di kawasan perempuan. pengantin perempuan tidak dipamirkan kerana dia pakai sexy . untuk tatapan kaum wanita sahaja.

Soalan 18
Apa hukum kahwin gantung atau khitbah sebenarnya?
Jawapan 18 Thtl
Kahwin khitbah
Boleh jika ada keperluan,
Dalil: Nabi saw amalkan nikah gantung

قال البخاري : حدثنا محمد بن يوسف : حدثنا سفيان عن هشام، عن أبيه ،عن عائشة رضي الله عنها : أن النبي صلى الله عليه وسلم تزوجها وهي بنت ست سنين ، وأدخلت عليه وهي بنت تسع، ومكثت عنده تسعا
Artinya : Berkata Imam Bukhari : Menceritakan kepada kami Muhammad bin yusuf, berkata ia : Menceritakan kepad kami Sufyan dari riwayat Hisyam, dari riwayat ayahnya, dari riwayat Aisyah r.a : Bahwasanya Nabi s.a.w. menikahinya ketika umur beliau enam tahun, dan hidup serumah dangannya ketika umur beliau ( Aisyah ) sembilan tahun, dan beliau hidup beserta Rasul selama sembilan tahun. (H.R Bukhari : 5133

Soalan 19
Bagaimana keadaan nikah khitbah hukumnya haram,harus, makruh atau lain-lain?
Jawapan 19 Thtl
Status Nikah gantung
Perbetul istilah arab:
Khitbah asalnya adalah bertunang, manakala nikah tanpa duduk serumah juga dimasukkan sekali dalam istilah Nikah khitbah. Cuma nikah khitbah halal seks, khitbah biasa (tuning) masih haram untuk khalwat berduaan.
Dalil nikah khitbah, apa yang diamalkan oleh NabiSAW , beliau bernikah gantung dengan Aisyah ra.

Soalan 20
Kalau emas kita di ahrahnu dalam tempoh lebih 1 tahun kita tidak pakai kena keluarkan zakat atau tidak?‍
Jawapan 20 Thtl
Emas perhiasan di Al-Rahnu
Ia kena melepasi nilai uruf di negeri di mana anda menetap dan menyimpan, kalau dikelantan, tiada nilai uruf, maksudnya wanita kelantan boleh memiliki sebanyak mana emas perhiasan, tiada zakat.
Kalau di selangor, apa yang melebihi 800 gram emas, maka kena zakat. contoh dia ada emas 1000 gram, maka yang kena zakat cuma 200 gram sahaja ‌

Soalan 21
Boleh jelaskn tentang zakat emas? Emas yang dibuat perhiasan, emas dalam bentuk syiling atau jongkong dan lain-lain lagi . Bagaimana cara pembahagiannya ?
Jawapan 21 Thtl
Zakat emas
1). Emas perhiasan yang dipakai atau yang kadang – kadang pakai.
kadar zakat: ikut negeri di mana anda menetap, katakan anda menetap di subang jaya selangor, maka kadar uruf ialah 800 g. kadar uruf ialah jika ada emas perhiasan kurang dari 800gram di selangor tidak dikenakan zakat, jika lebih 800gram baru dikenakan.
cara kira: jika anda ada perhiasan emas sebanyak 1000 g.
1000-800g=200g x 2.5% ikut harga semasa.
* hanya kelantan yang tidak ada kadar uruf, maksudnya wanita kelantan boleh simpan emas perhiasan unlimited

2). Zakat emas bukan perhiasan, syiling, wafer, goldbar.
Zakatnya melebihi 85gram, maka kena zakat jika sampai haul setahun.

Soalan 22
Berkenaan zakat barang kemas, bolehkah barang kemas yang dimiliki dan dipakai sekali-sekala sahaja dalam setahun untuk mengelakkan dikenakan zakat barang kemas yang di simpan?
Jawapan 22 Thtl
Zakat barang kemas
A) Emas perhiasan ada dua jenis:
i) Emas simpanan dalam bentuk gelang dan rantai, cincin . tidak dipakai tapi sebagai simpanan.
ii) Emas perhiasan, ia memang dibeli untuk perhiasan, walaupun pakai sekali sekala kerana ianya banyak . untuk occasion kawin, pakai set A, untuk makan malam, pakai set B, untuk pakai pergi kerja, pakai set C .
Maka anda kena tentukan sendiri, yang mana beli untuk simpanan tetap dan yang mana satu untuk dipakai. Tidak boleh kita buat helah dengan Tuhan, sekejap untuk pakai, sekejap untuk simpanan .
B) Bagi zakat simpanan, jika nilainya melebihi 85 gram emas kena zakat.
Bagi zakat perhiasan, pakai jarang- jarang pun masuk kategori ini, ianya kena melepasi value uruf , itu kena buat semakan dengan negeri di mana anda menetap, yang saya ingat dua negeri, kelantan sebab saya dilahirkan disana, di kelantan tidak ada nilai uruf, maksudnya wanita kelantan boleh beli emas perhiasan sebanyak mungkin dan tidak dikenakan zakat. Jika menetap di selangor, ia kena melepasi nilai uruf, yakni 800 gm emas.

Soalan 23
Jika kita hendak zakatkan duit epf bolehkah kita beri pada keluarga terdekat yang susah dahulu?
Jawapan 23 Thtl
Zakat EPF
Zakat EPF hendaklah diserahkan kepada Pusat Zakat negeri, kerana zakat adalah urusan negara.
Dalil:
“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka” AQ 9:103
Kecuali anda sangsi dengan negara dan PPZ, maka anda boleh agihkan sendiri secara rahsia, namun keluarga terdekat hendaklah dilihat samada mereka layak menerima nafkah dari anda, misalnya datuk, nenek, emak sedara dan bapak saudara, adik beradik . kalau sepupu, dua pupu tu boleh .

Soalan 24
Adakah ianya dikenakan faraid bila suami meninggal, harta pembelian seperti rumah dan kereta di atas nama isteri seorang:-
i) Isteri membayar semua kos wang pendahuluan dan pinjaman bulanan .
ii) Suami hanya membayar wang pendahuluan pembelian. Isteri membayar pinjaman bulanan.
Jawapan 24 Thtl
Isu harta faraid
Ini kena dapatkan nasihat peguam kerana ia melibatkan harta sepencarian . Disini saya tidak menangani isu-isu berkenaan faraid.

Soalan 25
Dalam ayat terakhir surah an- Nisa’ ada menceritakan tentang masalah pusaka kalalah. Jika seseorang itu sempat memberikan hartanya sebagai hadiah kepada seseorang, adakah boleh diserahkan kesemuanya sekali?
Jawapan 25 Thtl
Pasaka Kalalah
pesaka Kalalah ialah orang yang meninggal tetapi tidak ada waris
Dalil:
“Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan.” (QS. An-Nisa: 176)
Bagaimana jika si fulan yang tidak ada waris tersebut memberi hadiahnya semua sekali kepada seseorang.
Kalau dia masih hidup, maka sahlah . Ia dinamakan Hibah.
Jika pembagian harta tersebut dilakukan dalam keadaan dia sihat wal afiyat, artinya tidak dalam keadaan sakit yang menyebabkan kematian, maka pembagian atau pemberian tersebut disebut Hibah ( harta pemberian ), bukan pembagian harta warisan. Adapun hukumnya adalah boleh. ( Ibnu Rusydi, Bidayat al Mujtahid wa Nihayah al Maqasid, Beirut, Dar al Kutub al Ilmiyah, 2/ 327 ).

Soalan 26
Mohon penjelasan mengenai zakat duit simpanan, insuran dan duit graduti orang yang sudah meninggal . Bilakah sepatutnya waris menzakatkan duit tersebut dan perlukah menunggu setahun atau sebaik duit itu diserahkan pada waris?
Jawapan 26 Thtl
Wang si mati
1). duit simpanan, kalau dia tak pernah keluar zakat, maka kena dikeluarkanlah, jumlah harta X 5%
2). kalau duit insuran, pun sama X 2.5%
3). Juga duit gratuiti,X 2,5%
Selepas tu barulah di faraidkan

Soalan 27
Saya ingin bertanya tentang zakat pendapatan.
1. Situasi berkisar dalam era 80’an, perlukah di masa itu Makcik saya berzakat dengan pendapatan bulanannya tidak melebihi RM500
2. Di waktu itu juga Makcik saya ada sejumlah wang simpanan dan dia telah cuba sedaya yang mampu untuk berzakat atas wang simpanan itu secara tahunan. Akan tetapi, di kala kesempitan, wang yaang diperuntukkan sebagai zakat telah digunakan untuk membiayai pembelajaran anaknya. Hakikatnya perlukah Makcik saya berzakat atas wang simpanannya?
Jawapan 27 Thtl
Zakat pendapatan, atau Maal al-Mustafaad
1). Zakat pendapatan atau gaji
Jika pendapatan hanya Rm500 sebulan, tidak layak berzakat.
2). Zakat simpanan di bank
kena cukup haul setahun dan baki paling rendah dalam akaun hendaklah melebihi nisab (kadar) nilai 85 gram emas pada harga semasa. contoh sekarang, harga segram emas ialah RM145 segram, maka 85gram emas 999 adalah RM12,325.

Komen dan Soalan