Utama Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah Faedah Hadis 6 : Asy Syamail Al Muhammadiyyah

Faedah Hadis 6 : Asy Syamail Al Muhammadiyyah

172
0
Iklan

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 6

 

6- حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبِي، عَنِ الْمَسْعُودِيِّ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ بِمَعْنَاهُ

6- Telah bercerita kepada kami Sufyan bin Waki`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami bapa saya, daripada Al-Mas`udiy, dengan isnad ini sepertinya dengan maknanya.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Bahagian ini tiada dalam sesetengah naskhah. Walau bagaimanapun, hadis ini adalah ulangan kepada hadis sebelumnya tetapi dengan rantaian sanad yang berlainan.

 

Dalam hadis kelima, At-Tirmizi meriwayatkan daripada:

Muhammad bin Isma`il  Abu Nu`aym  Al-Mas`udiy

 

Dalam hadis keenam, At-Tirmizi meriwayatkan daripada:

Sufyan bin Waki`  Waki`  Al-Mas`udiy

 

Dapat dilihat bahawa kedua-dua riwayat ini bercantum pada Al-Mas`udiy.

 

Dalam sesetengah kitab hadis, percantuman riwayat ini menggunakan rumus (H) atau pertukaran sanad. Justeru ia akan menjadi:

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبِي، عَنِ الْمَسْعُودِيِّ (ح) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ مُسْلِمِ بْنِ هُرْمُزَ، عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، قَالَ:…

Telah bercerita kepada kami Sufyan bin Waki`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami bapa saya, daripada Al-Mas`udiy (H) Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Isma`il, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu Nu`aym, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Al-Mas`udiy daripada `Usman bin Muslim bin Hurmuz, daripada Nafi` bin Jubayr bin Mut`im, daripada `Aliy bin Abi Talib, dia berkata: …

 

Ulangan seperti ini mempunyaï banyak tujuan, antaranya untuk menunjukkan ketinggian sanad, atau menafikan gharabah (keganjilan), atau menunjukkan kebersambungan sanad melalui haddasana bukan setakat daripada fulan daripada fulan, dan banyak faedah lain.

 

Ulangkaji Prakata

 

Sebahagian penuntut ilmu, mereka mempertikaikan kenapa mereka diajar dengan lambat, atau berulang dalam ilmu hadis, terutama yang berkaitan dengan syarah hadis.

 

Adou_Fr berkata:

 

1- Ramai manusia, apabila mereka membaca hadis, mereka hanya melaluï hadis itu sekali, dan tidak perasan pun perbezaan lafaz, rawi dan sebagainya, namun, mereka berlagak bahawa mereka telah mengkhatamkan bacaan itu.

2- Mempelajari hadis adalah sesuatu yang membosankan bagi orang biasa, kerana apabila mereka membaca sesuatu hadis sekali, mereka merasa sudah cukup.

3- Wal-hal, para `ulama’, mereka mengulang-ulang bacaan hadis yang sama, agar mereka dapat memahami dengan lebih lagi pada setiap kali ulangan.

4- Pada setiap kali ulangan juga, mereka akan lebih fasih membaca hadis dan lebih ingat, justeru ulangan itu adalah penting untuk sabat atau mengukuhkan bacaan dan ingatan.

5- Justeru, jika anda benar-benar ingin mendalami bidang hadis, dan ingin mendapat keberkatan daripada ilmu hadis, bacalah dan ulanglah, dan ulanglah lagi, sehingga hadis itu menjadi sebati dengan diri anda.

6- Janganlah dikejarkan – dalam konteks ini – jumlah yang dibaca atau dikhatam, kerana mempelajari maksud dan syarah hadis memerlukan kefahaman, bukan kelajuan.

 

WaLlahu a`lam.

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Komen dan Soalan