Utama Bilik Seminar Mingguan Wacana Ke-5: Perihal Yahudi

Wacana Ke-5: Perihal Yahudi

128
0
Iklan

🔴 Bismillah.. Bagaimana nak kenal golongan yahudi terutama musyrikin ?

🔴Assalamualaikum.. kenapa yahudi dan nasrani tak redha dengan islam sampai kiamat? Dan bagaimana nak elak tipu daya mereka?

 

(وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ)

[Surat Al-Baqara 42]

Dan jangan kamu campur aduk haq dengan batil… kamu sembunyi yang Haq sedangkan kamu tahu

 

Tafsir

 

Ayat ini ialah untuk Yahudi yang menyampur aduk haq dengan batil.

 

Haq.. ialah kebenaran. .yaitu apa sahaja Allah ajar.. haq.

 

Contoh berzikir adalah haq. Berzikir kerana sesuatu yang lain… talbis..

Berzikir kerana nak keramat adalah batil.

 

Berzikir begini..  talbis.

 

Yahudi puja nabi Uzair sebagai anak tuhan. .  Talbis.

 

Jadi kalau kita puja nabi Muhammad saw seperti Yahudi puja nabi Uzair as.. talbis lah tu.

 

Tahlil. ..lailahaillallah. .haq.

Buat tahlil untuk orang mati.. talbis

 

Dalam tahlil ada mukadimah nya tawasul pada nabi kita.

 

Inilah sifat Yahudi. ..

 

Musyrikin pula. .. tanda nya.. mudah saja. .

(أَمْ آتَيْنَاهُمْ كِتَابًا مِنْ قَبْلِهِ فَهُمْ بِهِ مُسْتَمْسِكُونَ * بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ)

[Surat Az-Zukhruf 21 – 22]

Apakah Kami beri pada mereka sebuah kitab sebelum Quran, maka mereka dengan kitab… yang Allah telah beri..berpegang teguh.

 

Tafsir

 

Allah tanya mereka… adakah Allah beri mereka kitab macam Quran. .. Tidak. .tapi mereka berpegang pada kitab-kitab yang guru-guru mereka tulis.

 

Dengan kitab-kitab bukan daripada Allah yang mereka tekun belajar dan amal

 

Ayat 22. …bila kita tanya mereka tentang amalan-amalan yang nabi ajar..

 

Mereka kata…bahkan kami dapati guru-guru atau bapa-bapa kami berpegang pada satu ajaran ugama… dan kami pula di atas tunjuk ajar mereka lah kami rasa terpimpin.

 

Tafsir

 

Mereka belajar dengan kitab-kitab guru mereka. Mereka kata mereka berpegang teguh pada ajaran-ajaran guru-guru mereka.

Mereka percaya sungguh pada guru-guru mereka.

 

Takkan guru-guru ini yang warak , nak masuk neraka.. Mereka di atas satu jenis tarikat dan lain-lain.

 

Musyrikin akan kata takkan tok guru nak masuk neraka… hujah akal kerana nampak warak.

(وَكَذَٰلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ)

[Surat Az-Zukhruf 23]

Dan kerana demikian lah tidak Kami  utuskan sebelum kamu  (Muhammad ) sebarang nabi atau penyeru tauhid…pada mana-mana penduduk daerah atau negara melainkan pembesar-pembesar nya atau guru-guru mereka berkata …

 

Sungguh kami dapati guru-guru kami di atas satu pegangan agama, dan kami di atas tunjuk ajar mereka lah kami rasa terpimpin.

 

Tafsir

 

Bila ajakan tauhid ini di beri pada guru-guru mereka. .Ustaz-ustaz. .guru/ustaz pula berkata mereka belajar daripada guru/ustaz mereka

 

Kita tanya orang awam… mereka kata takkan tok guru nak masuk neraka..

 

Bila tanya tok guru.. mereka pula kata takkan tok guru mereka nak masuk neraka.

 

Tak ada punca asal usul ajaran agama yang mereka belajar….melainkan campuran daripada haq dan batil

(قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكُمْ بِأَهْدَىٰ مِمَّا وَجَدْتُمْ عَلَيْهِ آبَاءَكُمْ ۖ قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ)

[Surat Az-Zukhruf 24]

Katakanlah pada mereka. .adakah kamu nak ikut ajaran-ajaran guru kamu yang tak ada nas Quran dan sunnah. ..

Walaupun aku datang kan pada kamu yang lebih terpimpin ..Quran dan sunnah nabi… daripada ajaran yang kamu dapati tok-tok guru kamu ajar.

 

Mereka pula menjawab kerana degil… Kami ..walau macamana sekali pun… terhadap ajakan tauhid kamu pada kami… Kami engkar

 

Tafsir

 

Bila kita ajak mereka ke tauhid.. Mereka kata betul tu, tapi…. tapi ini dalam bahasa Melayu bermaksud tolak.

 

Kami sekali tak akan percaya.

Awak boleh tengok. ..bila ajakan tauhid ini mereka baca dan faham… Hati mereka tolak… tak percaya pada Quran yang di ajar tapi percaya pada ajaran tok guru, ustaz mereka… Mereka perlahan-perlahan dengan berbagai gaya.. left.

 

Wabillahitaufiq walhidayah walhamdulillah hirabbil alamin

🌴🌴🌴

Komen dan Soalan