Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 19 ( UMUM )

Fiqh Wanita 19 ( UMUM )

942
0
Iklan

Soalan 1
Apakah hukum bermain alat muzik seperti piano.?
Jawapan 1 Thtl
Hukum main piano
Khilaf. empat mazhab mengharamkan kerana ia muzik yang bertali, (tali didalam body gitar, tidak nampak dengan naked eye) yang kata mubah atau harus ialah Imam Ghazali dan Dr Qardhawi kerana alat muzik adalah mubah, ia haram jika digunakan untuk apa? Kias dengan pisau di dapur, pisau tu hukumnya harus jika guna untuk memotong sayur dan buah, tapi pisau tu menjadi haram jika guna untuk membunuh orang.

Soalan 2
Apakah hukum mandi diantara lelaki dan perempuan dikolam renang seperti di hotel dan taman tema?
Jawapan 2 Thtl
Hukum mandi kolam hotel dan taman tema
perlu dijauhi kerana percampuran bebas dan melihat aurat yang berat seperti perempuan berbikini dan lelaki dengan swimming underwear.

Soalan 3
Bagaimana hendak berbincang secara baik dengan ibu, apabila berbincang kadang-kadang ibu masih terlalu bertolak ansur dengan perkara yang tidak penting. Contoh, adik di sekolah pondok, tinggal di asrama..adik dibenarkan balik untuk majlis perkahwinan kakak pada minggu depan di pihak lelaki keesokan hari. Adik telah balik dua minggu lepas untuk majlis perkahwinan bapa saudara.Telah banyak hari ‘dibenarkan’ cuti untuk adik. Seminggu selepas perkahwinan kakak, akan diadakan pula majlis resepsi untuk kawan-kawan kakak di Kuala Lumpur dan adik hendak bercuti lagi. Perkara ini berbanding belajar, bagi saya tidak penting, lagi pun adik sudah bercuti untuk majlis perkahwinan di pihak lelaki minggu depan sudah memadai. Majlis sebegini pun.tidaklah wajib pada hukum syar’ie.
Apabila bincang dengan ibu, tiada support daripada ibu untuk nasihatkan adik agar tinggal sahaja di asrama dan tak perlu hadir ke majlis di Kuala Lumpur. Hendak juga pertahankan hujah kenapa tak perlu pergi (sebab disiplin belajar di sekolah terutama sekolah tahfiz sunnah) cuma kadang-kadang rasa macam tegas sangat..risau kalau orang dengar seolah-olah berdebat dengan ibu sendiri.
Atau tindakan ini salah (iaitu tak bagi adik bercuti lagi atas sebab majlis di Kuala Lumpur tak berapa penting…pendapat sendiri).
Jawapan 3 Thtl
Fiqh awlawiyaat (keutamaan)
camna nak selesai isu adik sekolah pondok yang sering balik untuk urusan perkahwinan.
Ini urusan famili, saya tak tahu kerana melibatkan apa yang terbaik dalam urusan famili masing-masingjika mahu seimbangkan antara kepentingan akademik, kepentingan menghadiri walimah urus..cuma agama sarankan syura atau mesyawarah atau mesyuarat famili.
dalilnya:
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. [AQ Asy Syura : 36-39].
Kena ada budaya mesyuarat dalam keluarga.

Soalan 4
kalau kita tunjuk gambar orang bukan islam dengan terbuka aurat pada orang islam macam mana ya?
Jawapan 4 Thtl
Foto non-muslim yang terbuka aurat
Ia dilihat kepada objektif dan sifat foto tersebut (apakah naked atau hanya free hair).

Soalan 5
apakah hukum memarahi anak?
Jawapan 5 Thtl
Boleh sebab dalam pengajaran ada dua metod, berita gembira dan ancaman (marah dan pukul)…basyiiran wa nadziran

Soalan 6
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mengucapkan Subhanallah wabihamdihi 100 kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.”
Sahih ke hadis ni..
Jawapan 6 Thtl
HR Muslim

Soalan 7
Boleh tak,pakai make-up supaya nampak lebih tua?.Kalau perempuan yang comel dah berumur boleh tak? dengan tujuan mendapat izzah untuk diri sendiri,kadang kala orang selalu ingat budak-budak dan kalau mengajar(saya cikgu),
pelajar jadi susah nak hormat lantaran saya tak nampak macam cikgu.
Jawapan 7 Thtl
make-up supaya nampak tua
1. yang dilarang ialah berusaha menyerlahkan kecantikan, namanya tabarruj. Kalau nak kurangkan daya penarik dan kecantikan, tak ada masalah,
dalil:
Al Ahzaab ayat 33.
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنّ وَلاَ تَبَرّجْنَ تَبَرّجَ الْجَاهِلِيّةِ الاُولَىَ
Artinya: “Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”.
2. yg dilarang ialah orang tua berusaha menjadi muda, nama dia li tadlis atau menipu.

Soalan 8
Adakah dikira membazir kalau kita suka belanja kawan atau adik-beradik dan sebagainya.Suka bagi hadiah atau adakah ini juga boleh dianggap ibadah?kalau ibadah ,ia sebagai apa?Kalau dikira sebagai satu kebaikan,ganjaran untuk kebajikan seperti dalam Al-Quran akan kita dapat juga?
Jawapan 8 Thtl
Belanja atau menjamu orang makan tu adalah sedekah. yang dilarang ialah kikir, atau tak jamu orang lansung dan kalau kerap belanja, nama dia mubazzir..Maka kena balance..
dalil:
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan (pula) engkau terlalu mengulurkannya (sangat pemurah) nanti kamu menjadi tercela dan menyesal. (QS. Al-Israa [17]: 29)

Soalan 9
Apakah maksud membaca ayat Al-Quran dan fatihah sekadar didengari ditelinga sendiri bila waktu berjemaah?kuat macam mana tu?orang sebelah kata saya tetap baca kuat walaupun saya sudah perlahankan bacaan.
Jawapan 9 Thtl
kadar bacaan AQ dalam solat ketika solat berjemaah
“dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam shalat dan jangan (pula) merendahkannya[24] dan usahakan jalan tengah di antara kedua itu.” AQ 17:110
Nak cari jalan tengah tu subjektif, kalau kawan komplen, maksudnya masih kuat, yang penting, jalan keluar dari kemelut ini, ialah pastikan mulut anda bergerak. kalau gerak, maksudnya anda baca la tu…sebab ia rukun qauli.

Soalan 10
Hukum aurat kaki dalam konteks Malaysia (memakai stoking atau sarung kaki). Apakah ia aurat sama besarnya seperti rambut dan bentuk tubuh? Kadang-kadang kalau pergi tandas di pejabat untuk ambil wudhuk pakai selipar saja.kawasan pejabat pula kolej dan pelajar lelaki selalu ramai.kalau nak cepat malas pula nak pakai sarung kaki bila nak pergi rumah sedara di kampung.
Jawapan 10 Thtl
Apakah kaki itu aurat?
Jumhur, kecuali Ahnaf (Hanafi) kaki adalah aurat. Punca khilaf ialah memahami ayat :
“janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”
Maka hanafi anggap, yg zahir itu termasuklah muka, dua tangan dan dua telapak kaki (.Al Mughni, 1/430).
macam nak kompromi antara mazhab Jumhur dan Ahnaf?
caranya memakai abaya atau jubah yg labuh mengheret tanah. maka kaki yg tanpa stokin akan terlindung di dalam kaki jubah yg panjang.

Soalan 11
Bolehkah kita menggunakan muzik untuk tujuan dakwah? Adakah semua jenis muzik haram? Kalau lagu rock metal tapi lirik ketuhanan…mcm mana pula tu?
Jawapan 11 Thtl
Dakwah guna muzik
Ada dua isu dalam soalan ni:
1. isu muzik
Jumhur 4 mazhab mencela muzik kerana ia melalaikan manusia dari mengingati Allah, manakala Imam al-Ghazali, Dr Qardhawi pulak sebaliknya, Muzik adalah halwa untuk telinga, sperti mana mulut yang inginkan makanan yang lazat, mata inginkan objek dan pemandangan yang cantik dan damai, manakala manusia lupa kepada telinga, ia inginkan kemerduan dan muzik
dalil jumhur:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
“Dan di antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” (QS. Lukman: 6)
Namun al-qardhawi menyatakan ia merujuk kepada muzik dan senikata yang merosakkan seperti heavy metal, rock, pop.. Musik dan nyanyian adalah harus dan manusia perlukan ia sekadar yang makruf untuk menghilangkan kebosannya.
Isu kedua: Dakwah dan Muzik
Dakwah ialah menyeru manusia mentauhidkan Allah. Tokoh dakwah number one ialah Nabi saw. Baginda tidak pernah mengggunakan syair dan muzik dalam dakwah baginda kerana dakwah adalah profesi yang paling tinggi.
dalil:
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)”. (Fussilat, 41 : 33 )
dalil Nabi tidak menggunakan syair
وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ [٣٦:٦٩]
Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan.” Yasin:69
rumusan:
tidak boleh menggabungkan dakwah dgn muzik. yang harus ialah musik dan nyanyian yg baik sebagai alternatif kpd muzik Barat dan Bollywood. Ia bukan dakwah tetapi alternatif, misalnya industri nasyid daa nasyid itu bukan dakwah.

Soalan 12
kita ditaklifkan sebagai ahli jawatan kuasa masakan untuk membuat jamuan makan untuk orang dan barang yang kita gunakan itu hasil dari sedekah orang ramai,kita juga guna barang dan duit orang lain untuk masak tetapi kita lupa jumlahnya.macamana pula situasi ini?
Jawapan 12 Thtl
Duit sedekah + duit org
kesalahannya kerana AJK tidak mencatat cashflow, mana duit sedekah, mana satu duit loan dari orang. Ini tak ada sistem dan management namanya.
cara terbaik ialah buat pengumuman, siapa yang guna duitnya sendiri sila majukan tuntutan. Jika dia kata RM100.00, maka RM100.cuma next time, kewangan ini tak boleh pandang isu remeh sebab melibatkan sedekah dan amanah.

Soalan 13
Macammana aurat antara abang ipar sepupu dan saudara mara, ketika kita balik ke kampung?Adakah perlu tutup aurat dengan sempurna atau ada kelonggaran.mohon penjelasan..
Jawapan 13 Thtl
Aurat dengan ipar dua dan kerabat
Mereka bukan mahram tapi ada hubungan kerabat dan bergantung kepada sejauh mana kesolehan mereka. Maka jika mereka orang-orang terhormat, beragama dan baik-baik, maka ia dilonggarkan, misalnya, kaki aurat dalam mazhab jumhur, maka dengan kerabat dan ipar, tak perlu pakai stokin dalam rumah. Juga boleh pakai short sleeve untuk memudahkan kerja membasuh dan memasak didapur. tidak perlu memakai pakaian yang kaler gelap, boleh pakai pakaian yang berwarna.
dalilnya:
“dan janganlah mereka menampakan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” AQ 24:31
yang biasa nampak di kalangan kerabat tidak sama dengan manusia di luar rumah.

Soalan 14
Jika kita luka dan darah tersebut kering boleh bawa solat tak ? Nak cucikan ditempat yang terkena tu tapi terasa pedih pula
Darah tersebut sudah kering, kalau cucikan darah kering tu boleh ketika nk berwudhu’ tapi darah tu dari dalam kulit jadi tak boleh cuci kuat sangat nanti pedih. Kita boleh solat tak dengan darah kering tersebut walaupun dah dicuci.
Jawapan 14 Thtl
Darah yang sedikit dimaafkan, darah yang najis menurut 4 mazhab ialah darah yang banyak dan memancar
dalilnya:
“atau darah yang mengalir : AQ 6:145
darah yg sedikit dimaafkan
sahabat nabi solat dengan luka-luka yg masih menitis kerana kecederaan semasa perang..sahih fiqh sunnah jld 1

Soalan 15
Perlukah kita memberitahu bakal suami yang kta pernah diperkosa? Dan jika kita merahsiakannya, apa hukumnyea sebab akan berkahwin. Macam mana nanti pada malam pertama suami tahu yang kita sudah tiada dara.Kalau beritahu takut bakal suami tak dapat terima.Bagaimana hendak selesaikan masalah ini?
Jawapan 15 Thtl
Latarbelakang pengantin wanita
Aib wanita yang diperkosa hendakla dilindungi
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافى إلاَّ المُجَاهِرِينَ، وَإنّ مِنَ المُجَاهَرَةِ أنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ باللَّيلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبحُ وَقَدْ سَتَرَهُ اللهُ عَلَيهِ ، فَيقُولُ : يَا فُلانُ ، عَمِلت البَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ ، وَيُصبحُ يَكْشِفُ ستْرَ اللهِ عَنْه
“Setiap umatku akan mendapat ampunan kecuali orang yang terang-terangan (dalam berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan (dalam berbuat dosa) adalah seseorang melakukan suatu perbuatan (dosa/kemaksiatan) pada malam hari kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya itu, yakni dia berkata, “Hai fulan, tadi malam aku berbuat begini dan begitu.” Padahal pada malam hari Robbnya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi hari dia membuka sendiri perbuatannya yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.”
{Muttafaq ‘alayh. HR. Al-Bukhori (X/486-fath) dan Muslim (no.2990).
perkosa itu bukanlah dosa kpd wanita tsb:
dalil
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Artinya : “Katakanlah: “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”QS. At Taubah : 51)

Soalan 16
Apakah hukum memakai pendakap gigi?
Jawapan 16 Thtl
Hukum pakai braces,
harus sebab gigi yang jongang dan terlalu rapat adalah aib dan menyusahkan manusia. Maka ia bukan merubah kejadian Allah
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Soalan 17
Baru-baru ini sijil halal kilang utama secret recipe telah ditarik balik oleh jakim atas isu kebersihan.ada kemusykilan tentang sijil halal di outlet lain yang masih menerima stok dari kilang utama.Apakah status halal di outlet lain tu?saya faham kalau ada rasa was-was lebih baik tinggalkan.Bagaimana dengan orang lain yangtiada rasa was-was sedangkan outlet itu mendapat bekalan dari kilang yang telah ditarik sijil halalnya?
Jawapan 17 Thtl
Satus Secret Recipe
Oleh kerana ia milik bukan Islam, umat Islam kena sentiasa waspada kerana:
1. majoriti penduduk adalah muslim, melayu, maka outlet melayu muslim masih banyak, masih ada banyak pilihan di luar sana. Bila ada keraguan, pilih yang tidak meragukan kamu
2. budaya menyokong premis makanan Islam adalah sentiasa menjadi keutamaan

Soalan 18
Begini saya ada beli tudung di songkla dan tudung itu sangat cantik .Tak banyak dijual disini.Ada tetamu datang dan tidur dirumah saya.orang ini ada beberapa kes curi sebelum ini.saya dah lupa mengenai tudung ni.Tiba tiba saya terlihat orang itu pakai tudung macam saya beli.saya tanya dimana dia beli dan dia teragak agak nak jawap.dia kata tak ingat.tapihati saya kuat mengatakan itu saya punya.tapi saya dah halalkanBerdosakah saya menuduh dia dalam hati saya.kalau betul dia yang ambik masih berdosakah dia selepas saya halalkan dalam hati?
Jawapan 18 Thtl
kain tudung kena curi
Kalau dah maafkan, maka sepatutnya tutuplah kes,
dalil:
ذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

Soalan19(b)
Maksud saya.saya tuduh dalam hati.salah tak?berdosa tak?
Jawapan 19(b) Thtl
Apa yang terdetik dalam hati tak ada dosa

Soalan 20
kalau kita keluar rumah bermekap tetapi atas tujuan untuk suami boleh ke?
Jawapan 20 Thtl
Mekap bila keluar rumah tapi untuk suami juga
ia kenyataan yang anih, kerana hakikat yang betul, mekap dalam rumah untuk suami, mekap untuk keluar rumah untuk orang ramai.

Soalan 21
Rabun ialah salah satu nikmat yang Allah tarik.
Kenapa?
Boleh jadi rahmat, sebab bila rabun kau kurangkan dosa sebab pandangan tidak jelas. Betul ke tazkirah tu ?
Jawapan 21 Thtl
Rabun mata adalah rahmat
وَمَن كَانَ فِى هَٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا
“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).” AQ 17:72
Rabun atau katarak boleh diubati, tapi kebutaan yang hakiki ialah tidak dapat hidayah semasa hidup di dunia. Ini tazkirah yang sahih

Soalan 22
Bila kita beri salam dan apakah jawapan yang sepatutnya bila mahu jawab salam.Bolehkah menjawab dengan Mualaikumsalam?
Jawapan 22 Thtl
Jawab salam yg paling akurat
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Mualaikumussalam, tak ada lafaz demikian

Soalan 23
Setakat mana batas seorang perempuan di zaman wasap dan telegram sekarang harus berkomunikasi dengan ajnabi dengan tujuan nak kenal lebih jauh lagi? maksudnya hendak dibuat suami.
Jawapan 23 Thtl
Pacaran di zaman WA dan TG
Sama sahaja, tidak boleh bebas, jaga tulisan dengan adab,
dalilnya:
“Janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (AQ. Al Ahzab : 32)
tunduk atau takhda’ dalam komunikasi ialah manja, bergurai, buka ruang untuk bercengkarama…
maksud ada penyakit, ialah adanya lelaki akan ambil kesempatan dari komunikasi untuk memperdaya dan menipu kaum wanita.

Soalan 24
Bagaimana pula dengan perempuan yang suka bersanggul tinggi semasa bertudung bukankah ada hadith yang mengatakan tidak boleh perempuan yang bertudung bersanggul seperti bonggol unta.Mohon bawakan hadith tu.
Jawapan 24 Thtl
larangan wanita bersanggul bila keluar rumah
dalil hadith:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهِ النَّاسَ؛ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوسَهُنَّ كَأَسْنَمَةِ الْبُخْتِ المْاَئِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama,) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua,) para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian’.” (HR Imam Muslim no. 5547)

Soalan 25
Saya banyak membela kucing.Jadi kucing kadang-kadang membuang najis merata-rata.Jadi saya akan bersihkan dengan kutip najis kemudian dibasahkan tempat najis itu. lap dengan kain atau tisu.Adakah memadai 1-2 dua kali lap tempat terkena najis tadi?apakah najis tu najis ringan atau sederhana?
Jawapan 25 Thtl
Tahi kucing adalah najis sederhana atau mazhab lain najisla..
Maka dihilangkan ain najis (fizikal najis) dan dibersih dengan detergen lantai, dettol, Daia, atau sebarang anti-septic

Soalan 26
Saya nak tanya contoh kalau kita kerja jual tudung yang setengahnya ada yang jarang atau pakaian yang tidak menutup aurat , adakah kita dapat dosa ke org yg membeli ? Padahal kita cuma jual saja dan bukan buat pakaian atau tudung .
Jawapan 26 Thtl
Tudung tidak syariah compliance
Ya, takboleh kita menjual tudung yang tidak patuh syariat
dalil:
وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا
بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ.
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang buruk lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun” HR Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1017

Soalan 27
bagaimanakah cara melupuskan kaset-kaset bacaan Al-quran?
Jawapan 27 Thtl
Melupuskan kaset
ia tidak dianggap musyhaf, maka boleh saja dilupuskan sepertt biasa kerana apa jua yang bukan musyhaf dianggap sampah biasa

Soalan 28
Apakah hukumnya seorang isteri melupuskan barang-barang kepunyaan suami tanpa pengetahuan suami kerana jika diberitahu, suami keep insisting dia akan kemas sedangkn sehingga bertahun-tahun belum juga dikemaskan sehinggalh bilik stor diserang anai-anai.
Jawapan 28 Thtl
Melupuskan barang lama suami
5S mmg kena buat. 5S maksudnya amalan housekeeping atau penyelenggaraan rumah, kilang dan pejabat atau premis menggunakan sistem 5S Japan. dimulakan dengan sendiri iaitu melupuskan semua barang yang dianggap junk atau tiada value atau obselete. Ini boleh dilakukan oleh isteri berdasarkan hadith:
عن رعيته فالامير الذي على الناس راع وهو مسؤل عنهم. والرجل راع على اهل بيته وهو مسؤل عنهم. والمرأة راعية على بيت بعلها وولده وهي مسؤلة عنهم. والعبد راع على مال سيده وهو مسؤل عنه، الا فكلكم راع و كللكم مسؤل عن رعيته
– اخرجه البخارى فى 490 كتاب العتق: 17- باب كرهية التطاول على الرقيق

Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. ….. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. HR Bukhari

Komen dan Soalan