Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 11

Fiqh Wanita 11

245
0
Iklan

Soalan 1
Mohon penjelasan dari ustaz isu hangat mengenai Tareqat ini
dan adakah dalil dibwah ini sahih atau daif,
Menurut Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi
“Sesungguhnya tareqat mempunyai unsur-unsur pengaruh daripada yahudi,kristian,hindu dan seumpamanya.”
(Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95)
Jawapan 1 Thtl
kata Dr al-Qardhawi
ia sahih, bahkan itu lah kajian kebanyakan ulama’ spt:
ihsan islahi Zahir dari India, At Tashawwuf Al Mansya’ Wal Mashadir, hal. 28)
Haqiqatut Tashawwuf karya AsySyaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al Fauzan

Soalan 2
Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)
benarkah tuan sheikh?
Jawapan 2 Thtl
Mati kerana TB syahid
dalil:
السل شهادة
الراوي: عبادة بن الصامت المحدث: الألباني – المصدر: صحيح الجامع – الصفحة أو الرقم: 3691
خلاصة الدرجة: صحيح
terjemah: dari `Ubadah bin as-Shomit
“dan mati kerana batuk kering adalah syahid” HR Tabrani
Dinilai sahih oleh al-Albani, sahih al-Jaami`, no 3691
juga no 4439/dorar, dari Rashid bin Hubaish

Soalan 3
Syeikh,kenapa berhampiran matahari nak tengelam,kita tidak boleh solat Asar,pernah saya baca,solat berhampiran tenggelam matahari seperti kita menyembah matahari ,ada dua gol yang dimaksudkan disitu.
larangan solat dekat nak magrib
Jawapan 3 Thtl عن عمرو بن عبسة السلمي : ….. فَإِذَا أَقْبَلَ اْلفَيْءُ فَصَلِّ فَإِنَّ الصَّلاةَ مَشْهُوْدَة مَحْضُوْرَة حَتَّى تُصَلِّيَ اْلعَصْرَ ثُمَّ أَقْصِرْ عَنِ الصَّلاةِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَإِنَّهَا تَغرُبُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانِ وَحِيْنَئِذ يَسْجُدُ لَهَا اْلكُفَّارُ
Dari ‘Amr bin ‘Abasah ra, bahwasannya Rasulullah saw telah bersabda : “…..Jika bayangan telah condong (waktu zawal), maka kerjakanlah shalat, karena salat pada waktu itu disaksikan dan dihadiri (oleh para malaikat). Hingga engkau mengerjakan salat ‘Asar. Setelah itu, janganlah engkau shalat hingga matahari terbenam. Karena matahari terbenam di antara dua tanduk syaithan. Pada saat itu, orang-orang kafir sujud padanya” [HR. Muslim nomor 832].

Soalan 4
Sampaikah doa dan perbuatan yang baik sebagai sedekah oleh anak-anak angkat yang soleh kepada kedua ibubapa angkat mereka yang dah meninggal dunia, memelihara mereka seperti anak sendiri dari bayi lagi?.
Jawapan 4 Thtl
Doa sesama muslim pun sampai,
dalilnya:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
“Wahai Rabbku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke dalam rumahku dalam keadaan beriman, dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan.” (QS. Nuh: 28)
maka doa anak angkat kpd ibubapa angkatnya sudah tentulah sampai,

Soalan 5
Betul kah ada pesanan Rasulullah saw “Jangan Bunuh Semut” seperti text ini.
Saya rasa ianya tak betul.
Saya tahu penjelasan Ustaz yang kita diharuskan bunuh.
Jawapan 5 Thtl
surah an-naml (semut) tu bukan pasal jangan bunuh semut, ia mukjizat Sulaiman AS yang boleh dengar suara semut. King Semut perintahkan semua semut berlindung sebab tentera berkuda Sulaiman akan melalui jalan tersebut, maka sulaiman terdengar..

Soalan 6
Kalau lalu depan kubur tempat ayah saya ditanam, saya sebut salam pada dia macam ini: assalamualaikum ayah..selepas itu baru cakap assalamualaikum ahlu qubur, boleh ke? Ayah saya dengar tak salam tu?
Jawapan 6 Thtl
Adab ziarah kubur di mana ada pusara ayah, salam umum atau khusus, apakah ahli kubur akan jawab
A. Ziarah kubur bagu wanita
Hukumnya juga sunnah seperti lelaki kerana hadith-hadith yang membolehkan adalah lebih sahih dari hadith yg melarang.
Larangan wanita kekubur adalah jika agak kerap atau kerana jika berlaku teriak dan ratapan atau kerana ziarah kubur wali atau dengan sebab tabarruj atau kerana masih gadis. (Mustafa Adawi, Jami’ Ahkam an-Nisa’, 1:580)
B. Adab memberi salam
Pertama kena beri salam umum kpd semua penghuni kubur terlebih dahulu
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ لَلاَحِقُوْنَ نَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
“Salam keselamatan atas penghuni rumah-rumah (kuburan) dan kaum mu’minin dan muslimin, mudah-mudahan Allah merahmati orang-orang yang terdahulu dari kita dan orang-orang yang belakangan, dan kami Insya Allah akan menyusul kalian, kami memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian. HR. Muslim no. 974
Tidak disyariatkan memberi salam kedua kpd kubur ayah atau emak kita kerana tiada dalil. yang disyariatkan ialah berdoa kepada mereka
C. apakah penghuni kubur mendengar orang yang datang menziarahinya
Ini khilaf. ada dua pendapat:
Imam Qurthubi, Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan Ibn Abdil Barr kata mayat akan mendengar salam orang yang menziarahinya
pendapat kedua, jumhur ulamak, arwah tidak mendengar kerana dalil AQ:
QS. An-Naml ayat 80 :
إِنّكَ لاَ تُسْمِعُ الْمَوْتَىَ وَلاَ تُسْمِعُ الصّمّ الدّعَآءَ إِذَا وَلّوْاْ مُدْبِرِينَ
“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar dan (tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang”.

Soalan 7
Sebelum tidur, sekurang-kurangnya baca Bismillah (sampai habis) sebanyak 21x, adakah sahih?
Jawapan 7 Thtl
membaca Bsimillah 21X sebelum tidor
Tidak sahih, tak ada dalam semua kitab sunan
sunat membaca ayat Kursi, ayat terakhir al-Baqarah dan tiga Qul, tak ada basmallah 21X

Soalan 8
Ada lagi tak bacaan yang lain selain daripada membaca ayat Kursi, ayat terakhir al-Baqarah dan tiga Qul sblm tidur ?
Jawapan 8 Thtl
bacaan tambahan sebelum tidur
cukup dah untuk wanita, nanti suami rasa terganggu plok…he3
kalau nak lagi, baca surah al-Mulk dan as-Sajdah
kalau nak lagi wirid subhanallah 33X, alhamdulillah 33X dan Allahu akbar 33X

Soalan 9
Selain syafaat Rasulullah SAW , kita boleh dapat syafaat daripada Al-Quran juga kan? Selain tu, ada lagi kah yang dikira sebagai syafaat dimuka bumi ni? Ada dalil tak?
Jawapan 9 Thtl
Syafaat memang urusan di akhirat sebab kat sana talian hayat semua dah tak ada kecuali syafaat sahaja. Syafaat di dunia ialah ketika Nabi masih hidup, sapa saja yang ada masalah datang jumpa Nabi saw. bila Nabi wafat, maka tak ada lagi syafaat dunia.

Soalan 10
Bagaimana hukum mmberi ucapan selamat untuk ulangtahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan.
Jawapan 10 Thtl
ucapan happy besday dan happy anniversary adalah uruf atau masalah adat. Islam tak kisah. dalam arab culture, eid milaad sa’eed (HB)
dalil;
وَالسَّلامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا
“Dan keselamatan semoga dilimpahkan kepadaku (Isa AS), pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali” (QS. Maryam: 33)

Soalan 11
Ada satu hadis saya pernah jumpa yang orang yang mati syahid itu dapat memberi syafaat kepada 70 ahli keluarga dia (riwayat abu darda).Benarkah masa di akhirat nanti terdapat syafaat lain selain syafaat nabi?
Jawapan 11 Thtl
memang ada banyak lagi syafaat lain, syafat kawan karib kita yang dapat masuk syurga, syafaat penghafaz AQ, penghafaz hadith, syafaat AQ…namun, jangan fokus kepada syafaat, fokus kepada amal kita…

Komen dan Soalan