Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat 100 Kesalahan Solat – 2/100

100 Kesalahan Solat – 2/100

182
0
Iklan

Kesalahan Dalam Solat – 2/100

Solat dgn kedua bahu terbuka. 

Rasulullah saw bersabda:

لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء

“Janganlah pernah salah seorang dari kalian solat dengan mengenakan satu helai pakaian, sementara tidak ada sesuatu pun dari kain tersebut menutupi bahunya” [HR Al-Bukhari (359) dan Muslim (516)]

Menurut mazhab Hanbali dan Hanafi  tegahan hadis di atas menunjukkan kepada pengharaman. Jadi menurut pandangan ini; wajib ketika mengerjakan solat kita menutup atas badan kita dengan sebarang kain sekalipun nipis sekadar tidak menampakkan warna kulit.

Namun mazhab Syafi’ie dan Malik berpandangan; larangan dalam hadis di atas hanyalah larangan makruh sahaja, tidak haram. Jadi, mengikut pandangan ini; kita disunatkan memakai baju atau menutup bahagian atas badan kita ketika solat dan jika kita tidak melakukannya tidaklah sampai berdosa atau sampai membatalkan solat asalkan kita telah menutup aurat yang wajib (iaitu dari pusat ke lutut).

Dalil pandangan kedua ini ialah; hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w.; ‘Adakah harus sesiapa dari kami menunaikan solat dengan hanya satu pakaian sahaja?’. Jawab Nabi s.a.w.; أَوَ كُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ “Adakah ke semua kamu memiliki dua pakaian?”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini memberi pengertian; tidak semua orang memiliki dua pakaian. Jadi jika diwajibkannya sudah tentu akan menyukarkan orang yang tidak mampu untuk menunaikan solat. Berkata Imam an-Nawawi; hadis ini menunjukkan keharusan mengerjakan solat dengan memakai satu pakaian sahaja. Namun para ulamak sepakat bahawa memakai dua pakaian adalah paling baik.

Komen dan Soalan