Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Tentang Kesihatan

Soal Jawab Tentang Kesihatan

2066
26
Iklan

Soal Jawab Tentang Kesihatan

 

Soalan 1 : Assalamualaikum saya nak tanya,dah 3 hari demam ,sakit tekak ,batuk.bila makan ubat alhamdulillah tapi selepas ubat habis demam balik, adakah saya kena ambil antibiotik.

Walaikummussalam.Kombinasi simptom batuk + demam + sakit tekak ni biasanya berkaitan dengan jangkitan virus pada tekak, virus tidak perlu antibiotik, ianya self limiting (badan kita akan develop antibody). Banyakkan minum air masak ( at least 2Liter/day bagi yg tiada penyakit rosak buah pinggang, hati atau jantung bengkak). Walau bagaimana pun jika demam lebih dari 4 hari & ada tanda-tanda kemerah-merahan pada badan, elok berjumpa Dr di klinik untuk check sama ada denggi atau tidak atau kombinasi simptom di atas disebabkan penyakit lain.Wallahu’alam bissawab

 

Soalan 2 : Saya mengidap penyakit schizofrenia sudah lebih 2tahun sampai sekarang masih makan ubat. boleh tak saya tak mkn ubat lagi dan saya rasa saya dah sembuh?dan boleh tak dr suggest cara dan kaedah untuk membantu saya?

Tuan hamzi, saya nasihatkan agar tuan sambung makan ubat kerana ianya terbukti membantu mengawal penyakit tuan, apa pun nasihat perubatan yang terbaik adalah daripada pakar yang merawat tuan.Wallahu’alam bissawwab.

 

Soalan 3 : Nak tanya, tonsil. Kalau dia besar. Ada kesan apa-apa yang memudaratkan? Punca, kesan dan simptom yang berkaitan. 🙂

Tonsillitis – Ianya adalah keradangan tonsil, sellau disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pyogenes. Ada jugak tonsillitis disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Tanda2 & kesan tonsillitis – demam, sakit tekak, sakit @ sukar menelan, tidur berdengkur. Tonsillitis boleh dirawat, cuma jika kerap kena tonsillitis mungkin kena buang tonsil tu. Kes chronic tonsillitis kena rawatan pakar ENT (ear, nose,throat) Wallahu’alam bissawab.

 

Soalan 4 : Tahap kolestrol saya 6.4. Adakah saya perlu makan ubat untuk kurangkan kolestrol? Apakah kesan ubat medostatin 40 terhadap organ dalaman seperti buah pinggang atau hati? Ada kesan sampingan tak?

Penyakit kolesterol tinggi. Jenis kolesterol ada banyak, ada total kolesterol, free kolesterol, kolesterol baik & jahat. Sebaiknya berbincang dgn Dr keluarga masing2 utk penilaian perlu @tidak start ubat anti-kolesterol.

#Senaman

Exercise adalah penting utk semua sama ada kolesterol tinggi @ rendah.Exercise at least 150 minit / week, each exercise at least 20 minit (kalau larat). Ia bagus utk turunkan paras kolesterol jahat, turun berat badan & bagus utk janyung & peparu kita. Kalau takder masa utk exercise, boleh berjalan at least sehari 10,000 langkah. Jaraknya 7-8km bergantung kepada keluasan langkah kita.Mulakan dengan bilangan langkahnyg termampu dahulu contohnya 200 langkah sehari, kemudian naikkan sedikit demi sedikit utk tingkatkan stamina masing2.

#Medostatin

Ini adalah ubat anti-kolesterol, setiap ubat & apa2 bahan pun akan ada side effect jika di ambil secara berlebihan.Secara general ubat anti-kolesterol mempunyai kesan pada fungsi hati tapi dalam skala yg kecil sahaja. Kesan lain adalh allergic pada ubat tersebut & interaksi ubat tersebut dgn ubat2 lain. Yg terbaik adalah konsultasi dgn Dr yg merawat anda utk decide ubat mana yg terbaik.Medostatin ni adalah ubat anti-kolesterol, setiap ubat & apa2 bahan pun akan ada side effect jika di ambil secara berlebihan. Secara general ubat anti-kolesterol mempunyai kesan pada fungsi hati tapi dalam skala yg kecil sahaja. Kesan lain adalh allergic pada ubat tersebut & interaksi ubat tersebut dgn ubat2 lain. Yg terbaik adalah konsultasi dgn Dr yg merawat anda utk decide ubat mana yg terbaik.

 

Soalan 5 : Dr. saya ada satu soalan.setahu saay setiap bulan 1 oosit sekunder akan keluar dari ovari wanita, jika tak disenyawakan oleh sperma maka oosit sekunder tadi akan merosot & keluar sebagai darah haid, soalan saya pd wanita ada 2 ovari, jadi oosit sekunder ini keluar setiap bulan dari ovari ini secara bergilir2 kah.bulan ni keluar ikut ovari belah kiri.bulan dpan ovari belah kanan.adakah begitu.mohon pencerahan

Ye betul, cuma dari segi giliran tu saya tak pasti ikut jadual kiri – kanan atau tidak. Wallahu’alam bissawab….

 

Soalan 6 : Wujudkah penyakit yang tak boleh memandu jarak jauh? Pesakit akan berdebar dan tak fokus. Sahabat saya alami. Tidak boleh memandu sama ada jarak jauh atau dekat tu bukan penyakit, ianya adalah kesan daripada sesuatu penyakit.

Banyak penyakit berkaitan berdebar2 & susah nak fokus, ini perlukan penyiasatan & kemungkinan rawatan lanjut oleh Dr yg merawat beliau.Wallahu’alam.

 

Soalan 7 : Untuk mendapat rawatan klinik pakar (ent dsb) di hospital kerajaan, perlukan ref.letter dari mana? Klinik kesihatan awam atau boleh klinik swasta sahaja?  Apa syarat untuk mendapatkan ref.letter daripada klinik kesihatan?

Boleh dapatkan surat rujukan sama ada dari klinik kerajaan atau swasta. Tiada sebarang Bias dlm merawat pesakit. Cuma jangan bagi surat rujukan dari bomoh. Tiada syarat, cume perku bayar rm1 (warganegara malaysia) masa daftar di klinik kesihatan & rm5 (warganegara malaysia) masa daftar utk kkinik pakar. So far the lowest rate in the world.

 

Soalan 8 : Boleh dr. terangkan mengenai penyakit galaucoma apa kaedah untuk menagatasi dan ada tak ubat bagi penyakit ini?

Glaucoma ni penyakit tekanan dalam mata meningkat, it’s multifactoral, komplikasi boleh jadi blind sebab pressure pada saraf mata. Rawatan tu banyak bergantung kpd penyebab glaucoma. Kena jumpa pakar mata untuk pemeriksaan lebih lanjut. Wallahu’alam

 

Soalan 9 : Doktor, boleh tak doktor jelaskan apa dia ekzima. Punca berlaku dan rawatan yg dicadangkan Eczema

Eczema ni adalah keradangan pada kulit, jenisnyg paling common adalah Atopic dermatitis.Penyebabnya banyak, antaranya bulu binatang, sabun, panas sangat @ sejuk sangat, stress, secara general it’s multifactor.Rawatan selalunya simtomatik treatment, kalau gatal Dr akan bagi ubat gatal sam ada sapu @ gatal. Rawatan yg terbaik adalah PREVENTION. Kita kena tahu kukit kita alahan pada apa. Kalau dapat avoid benda yg kita alah, insya allah boleh avoid eczema. Wallahu’alam

 

Soalan 10 : Saya wanita 59 tahun. jari2 tangan mula nampak kelainan. mcm mula bengkok dan ruas jari mcm mbesar. adakah itu tanda artritis atau rhumatism.tak rasa sakit tapi bila picit mcm sengal sikit.

Hujung jari yg abnormal (clubbing fingers) boleh berkaitan dengan banyak penyakit, sama ada jantung, hati, sakit arthritis etc. Kena jumpa Dr utk check apa yg problem. Wallahu’alam

 

26 KOMEN

  1. doktor, nak tanya apa kesan makan duphaston berlebihan? Sepatutnya sy kena makan 1 biji 2 kali. Tapi sy silap baca, jadi sy makan 2 biji 2 kali. S TV oerasan bila stok ubat dh nak habis sebelum sampai waktunya

  2. Assalammualaikum doktor

    saya menghadapi masalah sakit pada pangkal tengkuk dan bahu.. sebelum ini sebelah kanan sahaja dan oleh sebb saya mengandung doktor di hospital hnya memberi saya ubat sapu…. selama hampir 3 bulan berlarutan walau kurang tapi masih sakit kini ia mula merebak ke sebelah kiri.. kesakitan ini menyebabkan saya sukar untuk baring dan bangun dari tidur secara tidak langsung saya perlukan bantuan suami untuk saya bangun dan tegakkan badan. malah untuk tunduk, dongak mahupun memalingkan muka kiri dan kanan tidak mampu untuk saya lakukan. kesakitannya sangat berbisa sepanjang hari, malah apabila saya paksa bangun dari tidur ia mula membuatkan tulang belakang saya turut terkesan. saya tidak dapat mengesan penyakit ini dan oleh kerana saya hamil bolehkah saya membuat rawatan selain ubat sapu..

  3. Assalamualaikum..
    Kaki kiri saya kerap bengkak..waktu malam saya tidur,kaki kiri saya yang bengkak, saya letak tinggi sikit,bangun dari tidur,kaki yang bengkak tu sudah tidak bengkak,tetapi,sejam kemudian setelah saya berjalan,kaki saya bengkak semula..mohon pandangan..

  4. Selamat pagi Doktor,
    Emak saya telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya oleh Doktor Pakar. Tetapi belum sampai ketahap hemodialisis. Dalam 2 minggu ini emak saya sering mengalami kebas-kebas, lenguh dan sakit di bahagian kakinya. Ianya selalu berlaku pada waktu malam dan menyebabkan emak saya tidak lena tidor. Kami hanya menyapu krim/minyak angin bagi mengurangakan rasa lenguh sakitnya itu. Pertanyaan saya adakah lengoh-lengoh sakit disebabkan oleh buah pinggangnya semakin rosak? Diharap doktor dapat memberi penjelasan. Terika kasih,

  5. Assalamualaikum tuan/puan,power jarak jauh saya 1200….silau 600. …kalau mcm tu bahaya x…sbb sy bru buat spek…ad sesetengah pihak ckp,silau mata saya ni tinggi. . Agak2 merbahaya ke x???

  6. Assalamualaikum,

    Doktor saya nak tanya la. Suami saya mengidap sakit kencing manis, dan gaot. Suami saya muda agi awal 30an.

    Suami saya memang susah nak jumpa dengan doktor. Dia ambil ubat sahaja setiap bulan di klinik.

    Dari berat badan dia 100kg sekarang tinggal 63kg. Makin lama makin susut. Suami saya memang dia mengikut pantang betul cara pemakanan untuk menjaga penyakit kencing manis. Tapi kencing manis nye tetap tidak turun walaupon jaga pemakanan.

    Sekarang ni saya tengok suami saya keeap membuang air besar. Dan kerap terberak dalam selua. Sampaikan tiada deria rasa untuk membuang.

    Adakah itu bahaya pada kesihanan suami saya ataupon perkara biasa bagi org yang mempuanyai penyakit diabitis.

    Saya berharap doktor dapat memberi pandangan ataupon cara yang terbaik.

    Sekian terima kasih,

    • Assalamualaikum….terima kasih atas soalan puan.

      Jawapan dari Doktor Kamaluddin:

      Berat badan asyik turun disebabkan oleh kencing manis yang tidak terkawal begitu juga dengan kerap kencing. Dia kerap terberak dalam seluar mungkin disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf yang juga berpunca dari kencing manis.

      Kegagalan mengawal kencing manis disebabkan oleh cara yang salah. Puan patut bawa suami puan ke hospital untuk buat pemeriksaan dan mungkin tinggal di wad untuk beberapa hari untuk tujuan mengawal kencing manis samada dengan ubat makan atau insulin.

      Sekian, terima kasih..
      Admin UiTO (Bilik Diskusi bersama Doktor)

  7. saya elysha. im 15. saya sering sakit di bahagian dada di sebelah kiri bawah seperti ditekan sesuatu. tapi hanya untuk beberapa saat sahaja.sakit sy ni since i was 10.sy selalu mengadu dekat ayah sy tapi ayah sy kata mungkin hormon sahaja & kakak saya kata mungkin kerana petumbesaran payudara sahaja. sy juga sering pening kepala dan rasa termengah mengah apabila naik tangga atau berlari.adakah kerana kurang exercise? dulu sy ada asma sewaktu masih kecil. sy harap tuan/puan dpaat menyelesaikan masalah sy dgn sebaiknya.

  8. Ibu sy telah demam selama 8 hari dan telah menjalani pemeriksaan dua kali di dua hospital yg berlainan… doktor telah mengambil sampel darah utk ujian sama ada dijangkiti kuman atau denggi.. setelah ujian didapati dijangkiti kuman.. setelah mengambil ubatan atas nasihat doktor selama berapa hari kesakitan masih tidak berkurangan… perlukah ibu sy menjalani ujian xray didada…

    • Jawapan Dr. Kamaludin : Sepatutnya pergi ke hospital yang merawat supaya pemeriksaan boleh di jalankan sekali lagi, jangan pergi ke hospital lain, mereka mungkin ulangi apa yang di lakukan di hospital yang pertama.

Komen dan Soalan