Utama Bilik (104) Fikratuna Pengertian Fikrah Islam

Pengertian Fikrah Islam

10815
0
Iklan

فكر : الفكر والفكر : إعمال الخاطر في الشيء ; قال سيبويه : ولا يجمع الفكر ولا العلم ولا النظر ، قال : وقد حكى ابن دريد في جمعه أفكارا . والفكرة : كالفكر وقد فكر في الشيء وأفكر فيه وتفكر بمعنى . ورجل فكير ، مثال فسيق ، وفيكر : كثير الفكر ; الأخيرة عن كراع . الليث : التفكر اسم التفكير . ومن العرب من يقول : الفكر الفكرة ، والفكرى على فعلى اسم ، وهي قليلة . الجوهري : التفكر التأمل ، والاسم الفكر والفكرة ، والمصدر الفكر ، بالفتح . قال يعقوب : يقال : ليس لي في هذا الأمر فكر أي ليس لي فيه حاجة ، قال : والفتح فيه أفصح من الكسر

Dari Lisanul Arab;

Makna Al-Fikr atau Al-Fikrah :

  1. Idea mengenai sesuatu. Kata Sibawayh; Al-Fikr (idea) dan Al-‘Ilm (pengetahuan) dan An-Nazhar (pemerhatian) tidak akan berkumpul bersama-sama.
  2. Pemikiran mengenai sesuatu atau tafakkur.
  3. Menurut Al-Layth; At-Tafakkur adalah nama lain bagi At-Tafkir
  4. Ada sebilangan Arab yang menyebut sebagai Al-Fukraa, namun tidak masyhur.
  5. Al-Jauhari mengatakan tafakkur itu maksudnya pemerhatian/pengamatan.
  6. Juga bermaksud hajat atau keinginan.
  7. Ada yang mengatakan lebih fasih jika dibaca Fakr atau Fakrah berbanding Fikr atau Fikrah.

 

الصُّورَةُ الذهنيّةُ لأمر ما، والجمع : فِكَرٌ

Dari Al-Mu’jam Al-Waseet;

Al-Fikrah – gambaran dalam bentuk pemikiran tentang apa-apa saja.

 

Kita perlu faham Islam seperti yang  Allah kehendaki, bukan menurut apa yang kita ingin faham.

Al-Ĥujurāt:1 – Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada  Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ada orang faham agama ini menurut apa yang dia suka dan memandang sepi apa yang bertentangan dengan kesukaannya. Ada yang solat, tetapi amal rasuah, ada yang suka berzikir tetapi membiarkan kejahilan berleluasa.

Islam bukan terpisah-pisah. Ia adalah agama yang lengkap dan sempurna.

Al-Baqarah:208 – Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

 

Agama Allah adalah Al Islam.

‘Āli `Imrān:19 – Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan  menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

 

Menurut ahlus sunnah, iman itu melahirkan amal soleh.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. Surah Al-Hujurat (49:15)

Amal soleh mesti lahir dari iman. Amal baik tidak semestinya amal soleh.  Orang-orang  kafir ramai yang bantu orang susah.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

(Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia). Surah Ali ‘Imran (3:8)

Islam itu aqidah wa syari’at.

Islam itu aqidah wa syari’at wa akhlaq.

Komen dan Soalan