Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Usul Tafsir 2 : Berdoa

Usul Tafsir 2 : Berdoa

417
0
Iklan

Surah Rujukan :

(إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ)

[Surat Al-Fatiha : 5]

Tafsir:

Pada Kamu saja Allah aku sembah dan pada Allah aku minta penyelesaian masaalah dan sempurna hajat

Tafsir ayat “ iyyaka nakbudu….”     ialah surah az Zumar.

Tafsir az Zumar ialah surah Hud.

Maksud az zumar ialah ayat 3 nya. Ugama itu milik Allah saja.

Kekeliruan dalam ibadat ialah sambungan ayat 3 Az Zumar itu.

Tafsir ayat “wa iyya kanas ta in… ialah Haamim 7 bermula (Al Fussilat, haamin sejadah, As Syura ,Az Zuhruf, Ad Dhukhan, Al Jaasiat, Al Ahqaf)

Tafsir Al Ghafir atau Al mukmin ialah Al Fussilat atau haamin sejadah, As Syura ,Az Zuhruf, Ad Dhukhan, Al Jaasiat, Al Ahqaf.

Tafsir 7 haamim itu ialah surah Yunus.

Maksud sempurna doa ialah surah Mariam

Maksud haamim 7 ialah :

‘berdoalah dgn tulus ikhlas pd Allah saja walaupun org kafir tak suka’ -Ayat 14: al ghafir-

Iaitu

‘AKU BERSUMPAH, BERIKRAR, BERJANJI,

TIADA LAGI PERANTARAAN DALAM BERDOA 

MELAINKAN PADA KAMU SAHAJA ALLAH TUHAN KU’

Ustaz :

Bagaimana dengan solat hajat yang kita buat dengan meminta imam-imam ustaz-ustaz dan guru-guru bersama dengan jemaah masjid. Kita beritahu mereka akan hajat-hajat yang kita kehendaki? Sambil buat makan dan beri upah kepada mereka. Apakah kita benar dalam ibadat ini?

Malam tadi dalam ikrar kita pd Allah. Aku berjanji berikrar bersumpah pd Mu Tuhan ku.

Bahawa tiadalah lagi perantara dalam ibadat doa melainkan pd Mu saja Allah

Sekarang pula saya tanya awak semua bagaimana dgn solat hajat yg kita suruh org lain buat utk kita.

Ustaz2 guru2 imam2 buat utk kita. Kita pula buat kenduri sempena usaha solat mrk utk kita.

Kita beri pula upah pd mrk. Kenapa ni???

Seolah2 apa yg kita bincang semalam tak berlaku.

(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ)

[Surat Ghafir 60]

Maksudnya:

Dan berkata Tuhan kamu, berdoalah pd Aku saja. Aku akan makbul doa kamu.

Allah suruh kita berdoa terus pd Dia saja. Dia akan makbul doa kita. Sesungguhnya org2 yg sombong dalam ibadat doa nya pd Aku saja. Aku akan masukkan dia ke dlm neraka jahannam dgn hina dina.

Nah berdoa dgn guna perantara adalah bidaah krn nabi tak ajar. Buat doa berperantara begini sebagai tawasul org alim pd kita org jahil adalah syirik pd Allah. Knp kita buat?

Kita dah doa dah kata kita. Tapi mrk2 ni, org2 yg hampir pd Allah. Jika kita guna mrk doa kita akan dpt hampir pd Allah. Doa kita jadi makbul…

Beginilah cara kristian bila berdoa. Mrk suruh paderi utk doa utk mrk. Begitu juga hindu suruh tok sami minta pd dewa. Dewa minta dgn Allah. Budha suruh tok Ca utk doa pd mrk. Sikh suruh paisam tok imam mrk baca doa. Syiah suruh ustaz2 mrk baca doa. Habib2 suruh ustaz2 mrk baca doa. Semua nya perlu bayar duit selepas itu. Jika kita buat gitu maka kita pun serupa dgn kristian hindu budha sikh syiah habib2. Semua mrk2 ni kufur pd Allah. Kita???????? Tak kufur kalau buat!!!!… Wallahuaklam

1. Soalan : mohon dibetulkan, sya belajar tawassul yg syar’i itu 1. tawassul dengan amal soleh, 2. tawassul dengan asma alhusna, 3. tawassul dengan org soleh yg masih hidup…?

Ustaz : Apa yg di sebut di atas itu tawasul dgn ibadat, dgn iman, dgn amal soleh ada ayat quran dan ada hadis. Jadi kita dah ikut ajaran nabi lah bab itu

Yang saya sebut tidak dibolehkan ialah tawasul atau perantara dgn makhluk. Imam2 ustaz2 dan guru2.

2. Soal : Kalimah syahadah malam tadi berjanji utk ikut nabi?

Ustaz : Benar. Kita janji tiada perantara dalam ibadat zikir doa munajat dan berjanji pula nak ikut ajaran nabi saw.

CARA BERDOA TANPA PERANTARA:

Malam tadi ada sorg drp group ini minta saya ajar nya berdoa di atas satu masaalah nya. Begini cara berdoa.

Katakan awak ada anak lelaki yg jahat. Suka bertumbuk. Suka berkawan dgn budak2 jahat. Selalu mencuri duit awak. Satu hari dtg satu org kawan baiknya yg memang budak itu baik. Dia kata pakcik2. Anak pakcik suruh pakcik beri duit utk nya krn sesuatu hajat dia. Dia suruh saya tolong ambil dgn pakcik. Mahukah awak memberi duit itu pd anak awak melalui kawannya? Tentu tak bagi kan?

Tapi kalau dia dtg jumpa awak lalu kata. Ayah. Saya ni telah curi duit ayah pd sekian2 hari. Saya bertumbuk , saya berkawan dgn budak2 jahat. Saya tak solat.

Saya nak jadi anak baik ayah. Saya minta maaf ayah atas segala dosa saya pd ayah mak dan lain2.

Dia pun kata . Ayah saya nak minta duit ayah. Saya nak guna utk itu ini. Awak nak beri tak?? Tentu beri kan!!

3. Soalan : Tapikan ustaz..ade anak yang minta dgn ibu untuk mintakkan duit dari ayahnya..lebih kurang macam tawasul ke ni?

Ustaz : Dia anak awak. Begitu bukan tawasul yg di haramkan.

Allah Tuhan kita. Allah maha pengampun. Penerima doa dan hajat makhlukNya.

DOA

Ya Allah ya Tuhan ku. Allah telah mencipta segala sesuatu utk manusia.

Aku ni Allah Tuhanku satu hamba Mu yg sgt cuai pd Mu Tuhanku.

Aku baru malam tadi mengucap kalimah syahadah yg aku faham maksudnya.

Aku tahu aku telah buat banyak dosa yg aku baru sedar aku telah lakukan.

Aku juga tahu aku baŕu belajar tafsir yg telah lama Allah kirimkan khas pd ku.

Wahai Allah Tuhanku. Ampunilah segala dosa ku dan aku bertaubat pd Mu. Begitulah juga aku pohon utk kedua ibubapa ku. Anak2 ku isteri ku dan tok nenek kami serta keturunan kami.

Selamatkanlah kami semua drp azab neraka Mu dan masukkan lah kami ke syurga Mu

Wahai Allah Tuhan ku. Aku ada hajat kecil dunia ni. Sebutlah hajat awak……

Jika Allah makbul doa ku memang Allah lah yg bolih makbulkan hajat ku sahaja.

Jika Allah tak nak makbulkan doa ku, maka tiada lah mana2 makhluk bolih desak Mu utk makbul doa ku.

Tetapi jika Allah tak nak makbulkan juga doa ku maka pd Tuhan mana lagi yg aku nak berdoa krn Allah lah saja Tuhan ku.

Inilah antara doa doa yang diajar oleh ulama.

Allah boleh bercakap loghat Sabah, loghat kelantan atau bahasa apa. Kalau Dia tak bolih bercakap maka Dia bukan Tuhan kita sebab Dia tak faham.

Jadi berdoalah dalam bahasa apa-apa. Insya Allah akan makbul

Sebarlah cara cara berdoa ini. Ramai tak pandai. Akibatnya suruh orang buat solat hajat.

Marilah kita perbaiki diri dan keluarga serta kawan2 termasuk org2 kafir. Kembali mengEsakan Allah dalam.

4. Soalan : Ustaz..berdoa boleh sebut nama selain Allah?. Hanya Sebut sifatNya. Contohnya.. Ya Rahman..ampuni segala dosa2 ku

Ustaz : Seru selain Allah itu kita buka tajuk lain. Now only about doa direct to Allah. Sebut ibadat iman dan amal soleh ketika berdoa di bolih kan.

Bila berdoa kita kata Ya Allah aku telah buat ibadat itu ini atau aku ni telah beriman kemudian sebut doa..

Sekarang awak tahu lah kenapa nabi tak ajar solat hajat ini. Ia bertentangan dgn perintah Allah. Semua bidaah nabi tak buat kerana ia memang bertentangan dgn wahyu Allah. Bab ini nanti saya ajar. Semua yg dah ajar adalah akidah tauhid MengEsakan Allah.

5. Soalan : meminta org alim doakan utk kita adalah termasuk dlm tawassul yg dibenarkan..namun.bila kita minta org alim doakan kita smbil buat makan2 dlm majlis tertentu dan bg upah. maka itu tidak dibenarkan. adakah betul pemahaman sy ust?

Ustaz : apa yg awak tulis itu ada ruang utk org buat syrik pada Allah.Begini. Kita letak dulu apa yg dah kita faham dan belajar sehingga kita jumpa bahagian tauhid nya. Bila dah betul2 faham baru kita amal.

Saya dulu pun macam awak juga. Saya dah amal apa yg ulama2 buat tampa faham sebenar knp mrk buat. Ayat mana mrk berpandu atau hadis mana.

Kalau sorg ulama itu kata itu pendapat dia maka tak perlu kita ikut. Tapi kalau dia kemukan quran dan hadis maka bolih lah kita beramal.

6. Soalan : APa pndgn ust.mngenai minta doakan org alim spt mohon sesuatu hajatnya. Dia rasakan bahawa dirinya byk dosa, jd kurang mustajab doa nya… minta pencerahan sikit ust. Sy byk kali…ni.kene .org suh sy doakan utk dia?

Ustaz : Saya dulu pun syeikh dalam solat hajat. Saya tak ambil duit. Allah lah yg beri saya faham maksud berdoa.

Saya sekarang bila ada org suruh saya solat hajat utk mrk maka tahu lah saya akidah mrk ada sikit rusak.

Saya akan terus ajar mrk hal2 Allah tuhan kita. Membesarkan Allah.

Saya ustaz. Mrk ada masaalah akidah. Mesti saya perbetulkan akidah mrk. Tak patut saya buat mrk jadi kufur krn saya tak beritahu mrk.

Saperti saya beritahu awak2 semua. Awak mengharap saya ajar yg benar utk awak. Awak tak nampak kebenaran itu tapi saya tahu.

Agak2 nya apakah Allah akan tanya saya esok? Bolihkah saya berbohong pd Allah.? Tentu tak bolih kan?

Awak nak belajar drp saya tafsir quran tapi saya pula sembunyi drp awak. Awak tak tahu sekarang tapi awak tentu akan tahu juga bila di depan Allah.

Jika saya gitu, Allah dah sedia utk saya neraka jahannam kekal tak di kurang kan tak di beri peluang utk bela diri. Dan tiada siapa bolih tolong saya. 159 al baqarah.

“Wahai Allah Tuhanku. Beri lah pd mrk2 ini rahmat Mu. Taufiq Mu. Hikmah Mu. Supaya mrk faham isi kandung quran dan hadis. Selamat mrk2 ini yg dah tunjuk minat mrk utk mentauhidkan Mu Tuhan ku..”

Wallahuaklam

7. Soalan : Maaf ustaz. Apakah maksud kalimah kafir dalam ayat 161, surah Al-Baqarah.

(إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ)

[Surat Al-Baqara 161]

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.

Ustaz : Kafir pd ayat 161 ada 2 makna. Satu bermakna kafir sebenar.

Satu lagi engkar. Olih krn 2 ayat sebelum berkenaan ulama sembunyi ilmu atau ulama Su maka kafir di ayat 161 bermaksud engkar pd nak beritahu atau sembunyi.

Yaitu benar2 lah org2 yg masih lagi engkar nak beritahu tauhid ini ( krn duit/upah, pangkat, glamour);……..kemudian dia mati dalam keadaan engkar drp beritahu…. hingga habis ayat

Di manjung saya pernah tabligh di sana.

Ada satu kes org di situ suruh saya bomoh anak nya yg di rasuk jin dah 7 bulan. Kalau budak itu umur 18 tahun cekik saya, tak lah bolih di saman apa pun.

Saya tanya. Makcik nak suruh saya buat apa ni?

Dia jawab nak suruh halau jin tu. Dah beribu duit kak habis tapi tak sembuh2.

Saya tak tahu nak buat macamana. Kalau cara jahiliah dulu saya tahu. Tapi saya dah bertaubat tak nak buat amalan kufur lagi.

Saya baca ayat2 yasin albaqarah dan al mulk sambil berdoa pd Allah. Budak tu duduk aje depan saya. Tiba2 Allah beri saya faham. Allah perkenan doa saya.

Kak. Kak nak suruh saya halau jin. Jin itu saya tak nampak. Nak tangkap pun saya tak nampak. Jin ghaib kak…. Jadi kak nak saya buat apa sebenarnya. Beritahu saya?

Kak tu kata. Saya nak jin tu keluar drp anak saya. Lagi apa lagi? Nak jin tu jgn kacau anak saya sampai bila2. Lagi apa lagi? Saya tak mahu mana2 jin rasuk anak saya lagi.

Ooooo itu mudah. Tapi kak nak suruh saya halau tangkap jin itu saya tak bolih buat.

Hmmm apa agak2 maksud saya…? Siapa tahu apa maksud saya cakap ni?

(Jawab: Berdoa dan mohon terus pd Allah bukn dgn org lain .)

Ustaz : Saya kata itu yg kak nak itulah doa. Berbomoh ada berdoa. Kalau Allah makbul mudah saja. Tak payah lah suruh mana org berbomoh maka itu mudah dorong org pd kufur.

Lalu saya ajarlah doa itu pada kak tu saperti saya ajar pd awak tadi.

Selepas itu saya ajar doa saya suruh lah kak tu berdoa sambil berkata doa ibu lebih makbul drp doa org lain.

Kak tu kata betul tapi……. alasan biasa lah dia keluarkan. Tahulah saya akidah nya rusak.

8. Soalan : Jadi ustaz, bagaimana yg dikatakan dgn ustaz yg boleh nmpak makhluk ghaib ni ust? adakah benar dakwaan beliau?

Ustaz : Inilah sebab saya cerita ni. Surah jin ayat 1.

Katakanlah muhammad bahawa telah di wahyukan pd ku bahawa satu rombongan jin telah dtg mendengar nabi membaca quran.

Peristiwa ini berlaku di pasir pasir semasa nabi dan sahabat bermusafir. Seminggu agak2 saya, nabi sampai ke mekah lalu turun ayat ini.

Sahabat tak kata berasa meremang bulu tengok atau berasa sesuatu. Dan memang nabi pun tak tahu.

Lihat utube saya surah jin

Jadi kalau sesiapa kata dia tahu ilmu ghaib maka dia sudah buat sesuatu yg nabi sendiri tak tahu.

Berbalik pd cerita. Kak tu saya ajar nya akidah lebih kurang 3 jam. Saya tanya dia. Allah bolih cakap loghat perak tak??? Saya tekan tanya. Dia jawab Ya.

Kalau kak pandai cakap bahasa org asli dan berdoa dalam bahasa itu, adakah Allah juga tahu. Dia jawab Ya..

Nah…. sekarang kak baca doa terus pd Allah saperti yg dah saya ajar. Kami ramai2 ni amin doa kak. Teruslah dia berdoa. Lama doanya. Menangis2 lagi.

Saya pun kata insya Allah, Allah akan makbul doa kak.

Saya tak suruh dia ambil wuduk. Saya tak tanya dia dalam haidh atau junud atau suruh solat apa2. Seminggu kemudian kak tu tel. Anak nya yg beritahu.

Terima kasih ustaz. Anak saya sembuh saperti biasa.

Saya juga tak suruh buat air tawar atau mandi kan. Semua itu karut.

Doa itu ialah doa saya dah ajar pd awak semua.

Ustaz : Apa awak semua faham tentang cerita ini?

(Jawab : Jgn berharap kepada selain Allah. Cth: air mandi jampi, air minuman jampi, rukyah dari org lain.)

9. Soalan : Ustaz maknanya macam contoh kalau anak nk periksa ada solat hajat & bacaan yasin dkt sekolah & ada yg letak botol air blh ke ustaz?

Ustaz : Solat hajat di sekolah baca yasin air tawar tu lah masaalah

Nya. Berhentilah buat serta bertaubatlah

10. Soalan : Ustaz…apakah yg menyebabkan doa kita tidak dimakbur Allah?

Ustaz : Sebab doa tak makbul ada banyak tapi kalau kita berhenti daripada syirik dan bidaah serta ikut panduan di antara lain macam yang saya ajar.

11. Soalan : ustaz.. boleh tak kita baca doa dlm bahasa melayu ketika sujud dalam solat? sama ada solat fardhu atau solat sunat?

Ustaz : tak bolih baca doa dlm bahasa selain arab dlm solat. Membatalkan solat.

Ada juga nak anak, juga dapat. Ada minta projek juga dapat. Ada minta saya selesaikan masaalah dia dan suami nya….hal bilek tidur juga Allah makbul. Ada yg minta pagar kebun drp gangguan babi hutan pun selesai olih Allah Tuhan kita.

Kita saja sombong nak berdoa direct pd Allah yg mencipta kita sendiri.

Kita lebih suka ikut cara kafir krn guru2 karut kita ajar kita gitu.

Wallahuaklam

12. Soalan : Assalamualaikum mohon mencelah..ustaz.boleh kah ustaz bagi pada kami dalil al quuran mahu pun hadist berkenaan tidak boleh melakukan perkara bidaah dalam beragama..setidak tidak ny kami di sini tahu dalil2 ny.kalau cakap2 semua x boleh..anak2 saya pun boleh cakap seperti ustaz cakap tu?

Ustaz : Wsalam Sharif. Bidaah ada banyak. Saya sekarang saya baru sentuh beberapa perkara termasuk solat hajat dan dah ada dalil surah ghafir ayat 60 dan baqarah 86.

13. Soalan : Ustaz man.. bolehkah saya katakan ustaz antara guru guru murshid..?

Ustaz : Pangkat itu tak usah kita sebut. Setan mudah masuk. Allah lah yg memberi saya faham . Allah juga lah bolih beri faham pd sesiapa saja yg Dia pilih utk beri faham sebanyak mana dan kepada siapa.

14. Soalan : Assalamualaikum ust maaf ketinggalan bas ingin bertanya sikit. rukun shahadah ada 4 iaitu mengisbat zat, mengisbat sifat, mengisbat afaal Allah dan mengisbat kebenaran rasul. mohon pencerahan. tk.

Ustaz : Wsalam En Adam. Saya telah perjelaskan kalimah syahadah semalam.

Sekiranya saya salah, minta lah tunjuk tempat mana saya salah tu.

(وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ)

[Surat Al-Baqara 186]

Ayat ini sorg kristian setelah di tablighkan murid saya maka dia berjumpa murid saya yg lain.

Dia ni pula mat saleh bekas aetheis. Dan dah Islam lebih 10 bulan. Kristian America nama Rufus itu minta quran drp murid saya itu. Dia kata murid saya sorg lagi suruh minta dgn nya. Murid saya ini berilah quran yg bersama nya. Rufus pun baca translation english. Rufus buka dan terbaca terjemahan ayat di atas.

“Dan apabila mrk tanya kamu tentang Diri Ku Allah maka katalah pd mrk Aku ni dekat aje. Aku perkenan doa org yg berdoa bila saja dia berdoa pd Ku . Maka hendaklah mrk percaya bahawa Aku akan sahut doa mrk . Dan hendaklah mrk percaya Aku sungguh2 akan terima doa mrk.  Berdoa terus pd Ku inilah supaya mrk terpimpin ke jalan yg benar . Ini juga dalil knp kita perlu berdoa pd Allah saja. Jgn suruh org jadi wakil kita nak minta doa saperti org2 kafir yg ramai2 tu . ”

Wallahuaklam.

15. Soalan : Mcm mana nak amal hadis tawasul dgn ulama ni

“Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia di kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami.” (lihat Sahih Bukhari)?

Ustaz : Hadis di atas sahih. Ia bab solat istisqa’ solat minta hujan. Semua perlu hadir dan khalifah jadi imam. Perlu khutbah.

16. Soalan : Utk keadaan tertentu shj kan?

Ustaz : Yg kita duk bincang sekarang bukan solat istisqa’ tapi solat hajat.

Solat istisqa ialah solat minta hujan kerana kemarau. Kita jarang amal sunnah ini. Kita patut amal kan bila kemarau baru kita dah rasa kebesaran Allah.

Kamu  jgn terkeliru dgn mrk ini. Mrk mengiyakan solat hajat sebab bolih dapat duit. Kalau tak duit pun dpt glamour. Kita dah janji pd Allah kita nak ikut ajaran Rasullullah kan!

Nabi kita berhijrah krn ada musyrikin nak bunuh nabi. Allah pun perintah nabi saw. Taklah nabi kita buat solat hajat sendirian ke atau berjemaah. Nabi kita tak buat solat hajat di masjidil nabawi. Nabi kita tak buat solat hajat ketika perang badar uhud khandak. Penaklukan mekah. Perang hunain. Tabuk. Dan Nabi tak pula suruh sahabat buat sendirian atau berjemaah.

Khalifah Omar takluk parsi dan Syam lawan Rom tak solat hajat juga. Tak ada mana2 peperang nabi hadir atau sahabat ada buat solat hajat.

Ini adalah bidaah mungkar yg hanya di amal di nusantara kita.

Mazhab syafie maldives, yamen, saudi, somalia semua tak buat. Terkejut mrk bila dapat tahu kita buat.

17. Soalan : Jadi, mari mana solat hajat ni sebenarnya ust? Semua org pakat buat. Penuh masjid.

Ustaz : Datang drp guru2 kita saja. Bukan ada dalam mana2 kitab fekah. Malah tak hadis nabi pun.

Kalau semua umat islam malaysia minum arak termasuk ulama2 sekali. Adakah arak itu jadi halal? Tidak. Inilah yg akan saya bawa tentang ayat2 yg Allah sebut dusta pd Allah atau ayat2 atau nabi2. Belum masuk bab tu lagi. Bila semua dah faham barulah kita mula belajar ayat2 Quran surah demi surah. Dah ada org menghina usaha kita belajar ni. Kita ni anak2.

18. Soalan : Solat istikharah blh dikaitkan dgn solat hajat tak?

Ustaz : Tak bolih.  Kita janji ikut ajaran nabi kita. Kalau para sahabat tak buat maka itu lah ISO atau SIRIM nya.

Bukan tok2 guru kita. Mrk2 ini ulama2 yg menyokong ajaran nabi. Kalau mrk tak sokong ajaran nabi maka org itu bukan ulama.

19. Soalan : Maknanya Ustaz ramai tok2 guru yg mengajar ni tak jelas bab tauhid.?

Ustaz : Benar. Kita perlu hidup kembali sunnah nabi kita ajar. Pertama kita sendiri perlu tahu tafsir dan hadis. Habis 2 kitab ni bolih lah belajar cabang2 bab. Nabi kata aku tinggal kamu 2 perkara. Jika kamu berpegang teguh dgn 2 perkara ini, kamu takkan sesat di dunia akhirat. Maksudnya: Kita perlu belajar 2 kitab ini supaya tak sesat. Nak belajar dgn siapa????? Nak belajar dgn org tak belajar 2 kitab ni? Walaupun mrk nampak warak dan beriman sempurna? Macamana sorg guru atau ustaz tak khatam belajar 2 kitab ini? Masuk akal ke kita? Mrk ini kita letak harapan ttg ugama kita. Masuk akal tak saya tanya???? Habis mrk yg tak belajar 2 kitab ini pula hina org yg belajar 2 kitab ni. da sesuatu tak kena ni kan?

20. Ustaz : Antara dalil makbul doa ialah buat makan bagi org ramai. Selepas buat makan jika mrk tanya ada doa selamat ke atau solat hajat ke?

Maka katalah tiada. Kami buat makan kerana penuhi sunnah nabi.

Selepas mrk balik maka baca doa lah tuan rumah krn nabi kata berdoa selepas buat kebajikan adalah makbul doa.

TEXT HADITH DHAIF BERKAITAN SOLAT HAJAT

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Isa bin Yazid Al Baghdadi telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Bakr As Sahmi dan telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Munir dari Abdullah bin Bakr dari Fa’id bin Abdurrahman dari Abdullah bin Abu Aufa dia berkata, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa yang mempunyai hajat (keinginan) kepada Allah atau kepada seseorang dari anak Adam, maka hendaklah dia berwudlu’ dengan menyempurnakan wudlu’nya, lalu melaksanakan shalat dua raka’at, memuji kepada Allah, membaca Shalawat kepada Nabi Shallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian membaca “LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIIMUL KARIIM, SUBHANALLAAHI RABBIL ‘ARSYIL ‘ADZIIM, AL HAMDULILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN, AS’ALUKA MUUJIBAATI RAHMATIKA WA AZAA’IMA MAGHFIRATIKA WAL GHANIIMATA MIN KULLI BIRRIN WAS SALAAMATA MIN KULLI ITSMIN, LAA TADA’ LI DZAMBAN ILLAA GHAFARTAHU WALAA HAMMAN ILLAA FARRAJTAHU WALAA HAAJATAN HIYA LAKA RIDLAN ILLA QADLAITAHA YAA ARHAMUR RADLIALLAHU ‘ANHAHIMIIN (Tidak ada Ilah yang berhak disembah selain Allah yang maha lembut lagi Mahapemurah, Mahasuci Allah Rabb pemilik ‘Arsy yang Mahaagung, segala puji bagi Allah Rabb semesta Alam, aku mengharap rahmatMU, ketetapan hati (untuk meraih) ampunanMu, mendapatkan keberuntungan dengan segala kabaikan dan keselamatan dari segala perbuatan dosa, jangan Engkau biarkan dosa padaku kecuali Engkau mengampuninya, dan jangan Engkau biarkan kegundahan kecuali Engkau membukakannya, dan jangan Engkau biarkan kebutuhan-kebutuhan yang Engkau ridlai kecuali Engkau penuhi, wahai Dzat yang maha pengasih) “.

Abu Isa berkata, hadits ini gharib dan dalam sanadnya ada sesutatu yang perlu dibicarakan, Fa’id bin Abdurrahman telah dilemahkan dalam masalah hadits, dan Fa’id adalah ‘Abul Warqa’.

Sunan Tirmidhi

Ustaz : sanad dhaif..yg hadis hasan hanya sebut istighfar lalu Allah ampun dosanya.

Komen dan Soalan