Utama Blog Halaman 74

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia: Yuran Keahlian

0

NO PERTUBUHAN: PPM-004-10-04062019

NAMA PERTUBUHAN: PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA (UKHUWAH)

Yuran Keahlian:

  1. Daftar : RM10.00
  2. Keahlian Setahun : RM20.00 (perlu diperbaharui setiap tahun)
  3. Keahlian Seumur Hidup : RM200.00

📍Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia?✅

⁉️Kenapa anda perlu mendaftar sebagai Ahli UKHUWAH?

1. Anda membantu dalam mengembangkan dakwah sunnah di Malaysia.

2. Anda dapat mempelajari ilmu Islam secara online 24/7 dengan mudah dan secara percuma pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Segala permasalahan anda berkaitan dengan agama akan dijawab oleh Panelis yang berkelayakan dan berpengalaman.

3. Anda membantu UiTO untuk terus beroperasi secara online 24/7 kerana ada kos sistem yang perlu dibayar dan sumbangan untuk tenaga kerjanya. UiTO mengumpul, menyunting dan memuat naik nota-nota syarah dan soal jawab antara Panelis dan ahli bilik secara sistematik mengikut Bilik Pengajian yang boleh diekses secara percuma di laman web rasmi uito.org. UiTO menyediakan semuanya dan anda boleh nikmati limpahan dan khazanah ilmu hanya di hujung jari anda!

4. Anda boleh berkenalan, bertukar-tukar fikiran dan merapatkan ukhuwah antara Panelis dan ahli bilik telegram secara terus melalui konvensyen yang diadakan pada setiap tahun di negeri yang berlainan.

5. Anda mendapat keistimewaan potongan harga tertentu apabila UiTO/UKHUWAH menganjurkan Konvensyen/program/daurah.

6. Kekuatan Islam akan lebih terserlah dengan adanya hubungan baik dan kerjasama yang erat melalui fikrah yang sama.

💪🏾Ayuh daftar segera demi untuk ukhuwah dan manfaat bersama.

📝Borang keahlian boleh didapati di link berikut:

http://bit.ly/AhliUkhuwah

Bayaran Yuran Keahlian: 

Nama Bank: Malayan Banking Berhad
No. Akaun: 562058070928
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

❓Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha UKHUWAH
https://t.me/NorM99
http://www.wasap.my/60192831337/ahliukhuwah
email: [email protected]

📚Sertai bilik kuliah online UiTO:
https://t.me/joinchat/AAAAAE34ioUwoypTrs828g

UiTO amat menghargai sumbangan/infaq daripada ahli-ahli yang menyokong perjalanan dakwah UiTO. Anda boleh salurkan sumbangan/infaq anda ke akaun seperti berikut:

Nama Bank: Malayan Banking Berhad
No. Akaun: 562058070928
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

Sila kemukakan slip transaksi kepada Setiausaha untuk tujuan rekod dan audit:
@NorM99
http://www.wasap.my/60192831337/infaq
email: [email protected]

إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقْرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia [ al-Hadid: 18 ]

Jazaakumullahu khayran atas perhatian dan kerjasama anda.

Allahu a’lam.

CHE AB RAHIM BIN MAHMOOD@CIKGU RAHIM
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
@RektorUiTO

web rasmi: uito.org

 

SnJ: AURAT.

0

AURAT.

Soal ● Jawab.

Soalan 1:
Mohon pandangan Syeikh berkaitan artikel di bawah.

Dosa wanita yang terus mengalir?

انها في منتصف السرير، ولكن الملاك كتب ذنبها

Dia sedang tertidur pulas, tetapi para malaikat sedang menulis dosanya.

كانت تصلي، ولكن الملاك كتب خطاياها

Dia sedang salat, tetapi para malaikat masih menulis dosanya.

تأكل والدراسة، دش، ولكن أيضا لاحظ الملائكة إبقاء ذنبها

Dia makan, belajar, mandi, akan tetapi para malaikat tetap saja mencatat dosanya.

ولم تدل تبقى أي ملاحظة ملاك خطاياها

Bahkan ketika dia tidak berbuat apa-apa pun, tetap saja para malaikat mencatat dosanya

ما خطأها ؟

Apa gerangan kesalahannya?

على ما يبدو الكثير من العيون شاخصة على الصورة التي لا تغلق الأعضاء التناسلية في وسائل الاعلام الاجتماعية

Ternyata banyak mata sedang memandang gambarnya yang tidak menutup aurat di media sosial.

على الرغم من أن فقط الأكمام رفعت قليلا يتجاوز معصمها. في كل مرة كان هناك رجل من رآها كل ينمو خطيئة.

Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya. Setiap kali ada lelaki yang melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.

 Jawapan.
Sahih, dalil:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا المُجَاهِرِينَ

“Seluruh umatku diampuni (dosanya), kecuali al mujahirin.”
HR Bukhari 6069

📌 mujahirin = yang menzahirkan dosanya.

Soalan 2:
Apakah hukumnya kita memuat naik gambar orang Islam atau bukan Islam yang mendedahkan aurat di media sosial?

 Jawapan.
Batas aurat wanita yang disepakati ialah muka dan telapak tangan. Fotografi adalah imej sebenar seseorang. Maka kalau kita memuat naik, ia adalah berdosa, dalil:

وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ

“Barangsiapa yang mencontohkan perbuatan yang buruk di dalam Islam maka baginya dosa dan dosa yang mengerjakan perbuatan tersebut setelahnya tanpa mengurangi dosa-dosa sedikitpun pelakunya.”
HR Muslim 1017

Soalan 3:
Jika seorang wanita membaca Al-Qur’an tanpa memakai tudung, adakah dia dianggap tidak menghormati Al-Qur’an?

Apakah yang dimaksudkan dengan membaca Al-Qur’an? Adakah perlu membuka kitab Al-Qur’an baru dinamakan membaca Al-Qur’an atau cukup sekadar membacanya tanpa kitab juga dipanggil sebagai membaca Al-Qur’an?

 Jawapan.
Untuk wanita, jika membaca Al-Qur’an di dalam rumah, maka dia tidak perlu memakai tudung.

Membaca Al-Qur’an meluas maksudnya; bacaan mungkin daripada hafazan, daripada telefon pintar, daripada terjemahan Al-Qur’an ataupun daripada musyhaf.

Soalan 4:
Adakah mengikuti pengajian kelas agama secara alam maya seperti di dalam group telegram dan whatssap boleh dianggap sebagai menghadiri majlis ilmu?

 Jawapan.
Boleh. Ini cara biasa di zaman cyber.

Soalan Tambahan:
Apakah hukum wanita memandang lelaki?

 Jawapan.
Sama dengan lelaki juga, dalilnya:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
(QS. An Nuur: 31).

Fiqh maqosyid menurut Ibn Katsir رحمه الله, boleh memandang lelaki, namun jika ada rasa syahwat, maka waktu itu perlu tahan pandangan. Sama dengan lelaki juga, boleh pandang perempuan, tetapi jika ada syahwat, maka perlu tahan pandangan.
(Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyah, 40/355-358)

Jawapan dari Syeikh THTL
@FiqhWanitaUito

Soal Jawab Bersama Doktor: Sindrom Carpal Tunnel

0

Soalan:
Apakah itu sindrom carpal tunnel?

Jawapan:
Sindrom carpal tunnel ini merupakan sesuatu keadaan di mana berlakunya tekanan kepada saraf median dalam pergelangan tangan seseorang menyebabkan rasa sakit dan kebas.
Saraf median ini berasal dari sebuah saraf tunjang dan melalui seluruh lengan hingga ke tangan. Sebelum sampai ke tapak tangan, saraf ini perlu melalui sesuatu terowong yang sempit dalam pergelangan tangan. Terowong ini terdiri daripada tulang-tulang di pergelangan tangan serta ligamen.

Soalan:
Apakah tanda-tanda atau simptom penyakit tersebut?

Jawapan:
Simptom carpal tunnel biasanya melibatkan tangan dominan, iaitu tangan yang biasa digunakan untuk menjalankan aktiviti. Walaupun demikian, sesetengah pesakit mengadu sakit pada kedua-dua belah tangan. Simptom ini terdiri daripada:

– Perasaan sakit dan kebas pada bahagian tangan. Rasa sakit dan kebas yang biasanya lebih teruk pada waktu malam terutamanya semasa tidur. Perasaan sakit ini berkurang sekiranya tangan diregangkan.

– Hanya melibatkan ibu jari, jari telunjuk, tengan dan jari manis. Penyakit tersebut tidak melibatkan jari kecil kerana saraf kepada jari kecil tidak melibatkan saraf median.

– Kekuatan ibu jari merosot. Hal ini banyak berlaku kepada kes-kes yang kronik. Dalam jangka masa yang panjang, otot-otot ibu jari yang dibekalkan oleh saraf median akan mengecut lalu menyebabkan pesakit mengalami masalah untuk menggunakan tangan seperti memegang sudu, pensel dan sebagainya.

Soalan:
Adakah rawatan yang sesuai untuk menangani penyakit sindrom carpal tunnel?

Jawapan:
Sindrom carpal tunnel ini boleh dirawat dengan cara mengawal simptom sakit serta mengelakkan penyakit ini daripada bertambah teruk. Bagi mereka yang ingin rawatan efektif dengan serta-merta, pakar perubatan menyarankan kaedah pembedahan. Antara cara-cara untuk merawat sindrom ini adalah:

Ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit seperti gabapentin boleh digunakan untuk merawat rasa kebas yang disebabkan oleh masalah saraf median.

Fisioterapi. Rawatan ini perlulah diteruskan untuk beberapa minggu bagi meregangkan ligamen dalam terowong carpal

Steroid. Steroid wujud dalam bentuk tablet untuk dimakan ataupun suntikan pada bahagian tangan. Ubat steroid ini bertujuan untuk mengurangkan keradangan pada saraf. Namun, steroid bukan satu jalan penyelesaian jangka panjang disebabkan oleh kemungkinan kesan sampingan.

Pemakaian ‘splint’. Semasa tidur, pergelangan tangan akan menjadi terbengkok lalu menyebabkan tekanan saraf median. ‘Night splint’ ini boleh dipakai pada waktu malam untuk mengelakkan pergelangan tangan daripada terbengkok.

  • Pembedahan. Pembedahan adalah penyelesaian terakhir sekiranya simptom pesakit masih tidak terkawal dengan cara-cara di atas. Dalam pembedahan ini, pesakit akan diberikan ubat bius, dan pakar bedah akan memotong ligamen pada pergelangan tangan untuk membebaskan saraf yang tertekan.

At-Tazkirah Qurthubi: Islam Merawat Gejala Bunuh Diri

0

At-Tazkirah Qurthubi (W.671H)
Kod TQ 1:9

Islam Merawat Gejala Bunuh Diri (suicide)

و روى عن سهل بن عبد الله التستري أنه قال : لا يتمنى أحدكم الموت إلا ثلاثة : رجل جاهد بما بعد الموت أو رجل يفر من أقدار الله تعالى عليه . أو مشتاق محب للقاء الله عز و جل .

Atsar Riwayat Sahl bin Abdullah al Tusturi (ahlu sufi, wafat 283H, Khazakhstan) berkata: “Janganlah salah seorang kamu mengharapkan untuk mati kecuali tiga golongan berikut:
1. Lelaki dungu yang tidak mengerti apa selepas maut
2. Seseorang yang lari daripada taqdir Allah ke atasnya
3. Seseorang yang terlalu rindu dan menyintai pertemuan dengan Allah AWJ.
(Komentar daripada Sadiq Muhammad, Muhaqqiq al tazkirah, tidak ditemui sumber atsar ini)

Kod TQ 1:10

Kisah Israeliyat

و روي أن ملك الموت عليه السلام جاء إلى إبراهيم عليه السلام خليل الرحمن عز و جل ليقبض روحه . فقال إبراهيم : يا ملك الموت هل رأيت خليلاً يقبض روح خليله ؟ فعرج ملك الموت عليه السلام إلى ربه فقال قل له : هل رأيت خليلاً يكره لقاء خليله ؟ فرجع فقال اقبض روحي الساعة


“Diriwayatkan (indikasi dhaif) ketika Malakul Maut a.s mendatangi Nabi Ibrahim a.s Khalil ar Rahman untuk mencabut rohnya. Maka Ibrahim berkata kepada malaikat, “Wahai malakul maut, pernahkah engkau nampak seorang kekasih akan mencabut nyawa kekasihnya?” Maka malakul maut naik menemui dan melaporkan hal itu kepada Allah SWT. Lalu Allah SWT berfirman, “Katakan kepadanya (Ibrahim), “Apakah seorang kekasih tidak suka bertemu kekasihnya?” Lantas Malakul maut turun semula dan mengkhabarkan firman Allah SWT tersebut, lantas Ibrahim berkata, “Cabutlah roh aku sekarang juga.”

HR Abu Nu’aim dalam al Hilyah (9:10) dengan sanad yang maqtu’ (terputus), al Zamakhsyari, Rabi’ al Abrar, 4:191 tanpa sanad. Kata muhaqqiq, Dr Sadiq Muhammad, kisah Israeliyaat.

Konvensyen UiTO Ke-5 2019: Panggilan Artikel Ilmiah

0

UiTO (milik penuh dan ditadbir oleh Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM-004-1004062019) akan mengadakan Konvensyen UiTO Ke-5 2019 pada 30 November 2019. 

UiTO berhajat kepada sumbangan artikel ilmiah untuk dimuatkan ke dalam Prosiding UiTO Ke-5 2019 atas tajuk ‘KELUARGA SAKINAH NEGARA RAHMAH’.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan artikel ilmiah tersebut boleh berhubung dengan Puan Norsiah di talian 019-2831337 atau http://www.wasap.my/+60192831337/artikeluito untuk keterangan lanjut. 

 

 

CIRI – CIRI SEORANG MUSLIM KEPADA SAUDARA MUSLIM

0

Membantu saudara islam

Rɑsulullɑh ﷺ bersɑbdɑ;

“Sungguh aku berjalan bersama saudaraku seIslam untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan penuh.”

 [ HR. Thabrani ]

Status hadith:

Syaikh al-Albani رحمه الله  mengatakan hadith ini hasan.

Apakah yang dimaksudkan dengan “berjalan bersama seorang saudara Muslim”?

Ia bermaksud melakukan kerja-kerja kemanusiaan ataupun menolong orang.

 

Tidak mengacu senjata tajam

Allah melaknat orang yang mengacu senjata tajam kepada saudaranya.

Hadith Abu Hurairah  رضي الله عنه ,

 حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَ عَمْرٌو حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَشَارَ إِلَى أَخِيهِ بِحَدِيدَةٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَلْعَنُهُ حَتَّى يَدَعَهُ وَإِنْ كَانَ أَخَاهُ لِأَبِيهِ وَأُمِّهِ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ

Barang siapa yg mengacukan senjata kepada saudaranya, maka malaikat akan melaknatinya hingga ia menurunkannya kembali. Walaupun dia saudara sebapak atau saudara seibu.

[HR. Muslim No.4741].

 

Mendoakan sesama muslim

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang“.”

[ QS. Al Hasyr: 10 ]

Hadith:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Doa seorang muslim kepada saudaranya disaat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendoakan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Tatkala dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: “Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi”. [ HR. Muslim no. 2733, dari Ummu Ad Darda’]

Hak seorang muslim terhadap seorang muslim

Dalil hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara.” Lalu Baginda ditanya; “Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah ﷺ ?” Jawab baginda:

(1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya.

(2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya.

(3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat.

(4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat.

(5) Bila dia sakit, kunjungilah dia.

(6) Dan bila dia meninggal, ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur.”

[Muslim No: 4023]

Talbis Iblis: Ajak Manusia Tinggalkan Agama

0

Sambung Talbis Iblis: Ajak manusia tinggalkan agama.

Iblis dan syaitan akan menyeru kepada kekufuran dan ajak manusia tinggalkan agama.

Memang sia-sia ikut syaitan kerana bila syaitan ajak dan kemudian kita ikut, dia akan tinggalkan kita. Dalilnya: [Hashr:16]

كَمَثَلِ الشَّيطانِ إِذ قالَ لِلإِنسانِ اكفُر فَلَمّا كَفَرَ قالَ إِنّي بَريءٌ مِنكَ إِنّي أَخافُ اللَّهَ رَبَّ العالَمينَ

(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “Kafirlah kamu”, maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta Alam”.

Iblis sendiri takut kepada Allah ‎ﷻ, tetapi manusia tidak takut kepada Allah ‎ﷻ.

Lagi satu adalah [Anfal:48]

وَإِذ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيطانُ أَعمالَهُم وَقالَ لا غالِبَ لَكُمُ اليَومَ مِنَ النّاسِ وَإِنّي جارٌ لَكُم ۖ فَلَمّا تَراءَتِ الفِئَتانِ نَكَصَ عَلىٰ عَقِبَيهِ وَقالَ إِنّي بَريءٌ مِنكُم إِنّي أَرىٰ ما لا تَرَونَ إِنّي أَخافُ اللَّهَ ۚ وَاللَّهُ شَديدُ العِقابِ

Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: “Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu”. Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: “Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah”. Dan Allah sangat keras seksa-Nya.

Maka kita kenalah belajar apakah cara-cara syaitan menipu ini dan jangan ikut pujukan dia kerana dia akan tinggalkan kita nanti.

Talbis Iblis: Berjidal Tanpa Ilmu

0

Sambung bab Talbis Iblis: Mempermainkan ayat-ayat Allah ‎ﷻ dengan berbincang hal agama Tanpa ilmu.

Talbis iblis yang seterusnya ialah mempermainkan ayat-ayat Allah ‎ﷻ dengan berbincang hal agama tanpa ilmu iaitu berjidal tanpa ilmu. Kelam kabut hendak bagi juga pendapat, tetapi ilmu tidak ada.

Ini saya lihat banyak terjadi di medsos sekarang. Kalau ada apa-apa isu ramailah yang beri pendapat masing-masing. Kelam kabut jadinya. Kalau dibaca, kita dapat tahu yang mereka tidak ada asas. Mereka pakai cakap ikut perasaan sahaja.

Dalilnya [Hajj:3]

وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِي اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيطٰنٍ مَّريدٍ

Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,

Bila ada yang beri pendapat, kemudian ada yang berbantah pula, dan kemudian ada yang berbantah. Tidak habis-habis jadinya. Semuanya buang masa dan berbuat dosa kerana kutuk mengutuk sesama sendiri. Kemudian beri pendapat ikut sedap hati dan otak sahaja tanpa berdasarkan dalil. Atau mereka ‘reka’ sendiri dalil, atau mereka ‘tafsir’ sendiri dalil yang ada mengikut akal mereka.

Sepatutnya kalau ada isu-isu yang baru, serahkan sahaja kepada mereka yang layak.

Agama ini memang untuk semua, semua boleh belajar dan semua boleh berkata tentang agama. Namun apabila sampai kepada perkara yang kita tidak cukup ilmu tentangnya, maka kenalah kita berhenti daripada memberi pendapat sendiri. Nanti malu sendiri sahaja kerana cakap terlalu awal dan salah pula.

Saya pun selalu menerima soalan-soalan yang timbul daripada isu-isu yang baru. Selalunya isu itu tidak pernah diperbincangkan, jadi memang saya tidak tahu jawapannya.

Maka saya akan beritahu semua orang untuk senyap dahulu dan tunggu asatizah yang layak untuk mengeluarkan ijtihad kerana kalau perkara baru, ia ruang mujtahid dan kebanyakan daripada kita bukan mujtahid. Maka kita tunggu sahaja keputusan daripada mereka yang layak.

Namun Iblis akan membisikkan idea-idea yang tidak benar ke dalam minda kita. Dia akan suruh kita bercakap tanpa ilmu. Jadi apabila ada orang yang berlainan pendapat dengan kita, Iblis suruh kita marah dia, perli dia, kutuk dia, jatuhkan dia. Maka ramailah yang termakan dengan bisikan Iblis ini. Tengok sahaja perbincangan-perbincangan orang kita di medsos.

 

💭💭

Soal Jawab

Soalan:
Kalau orang tuduh guru kita sesat dan sebagainya bagaimana?

Jawapan:
‘Takkan runtuh bukit disalak anjing’.

Biarkan sahaja.

TBK 10.1.11 al Masih al Dajjal.

0
TBK 10.1 al Masih al Dajjal.

10.1.11 Hakikat Segitiga Bermuda dan Dajjal.

حقيقة مثلث برمودا وعلاقته بالمسيح الدجال

وقد قرأت لبعض المؤلفين حول المسيح الدجال كلاما يربط بين مكان وجود المسيح الدجال وبين مثلث برمودا المشهور الذي لا يزال سرا لم تنكشف حقيقته

Dr al-Areefi membawa isu misteri Segitiga Bermuda di Lautan Atlantik, dia pernah membaca beberapa tulisan yang mengaitkan Dajjal dan Segitiga Bermuda namun masih misteri dan belum dapat dipastikan hakikatnya.

الحديث عن(مثلث برمودا) مثل الحديث عن الحكايات الخرافية والقصص الخيالية

Perbahasan mengenai Segitiga Bermuda hanyalah perbahasan seputar hikayat-hikayat khurafat dan kisah-kisah fiktif belaka.

Syarah:
Penulis muslim pertama yang membawa teori Segitiga Bermuda dan ia tempat Dajjal akan muncul ialah Muhammad Isa Dawud 60 tahun, kelahiran Ismailiya, Mesir.
Beliau merupakan bekas seorang wartawan al Yaum dan kemudian pernah bekerja di akhbar Arab Saudi di Jeddah.
Beberapa tahun sebelum kembali ke Mesir, beliau menjadi penulis sepenuh masa.

Antara bukunya yang menggemparkan ialah “Awas, Dajjal menguasai dunia dari Segitiga Bermuda.

احذروا، المسيخ الدجال يغزو العالم من مثلث برمودا

 Hakikat Segitiga Bermuda dan Dajjal.

◼️Radd atau bantahan ke atas teori Muhammad Isa Dawud.

Oleh kerana ia adalah kisah khayalan dan teori liar, maka kita tidak akan membincangkan buku Muhammad Isa Daud. Cuma yang perlu anda ketahui kedudukan lokasi Segitiga Bermuda seperti dalam peta di atas, dan ia bercanggah dengan isyarat Nabi ﷺ bahawa Dajjal muncul di Timur, sedangkan Segitiga Bermuda berada di barat Madinah.

أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ

“Tidaklah dia (Dajjal) di laut Syam, atau laut Yaman, tidak. Tetapi dari arah Timur. Dia dari arah Timur, dia dari arah Timur..” dan beliau berisyarat dengan tangannya ke arah Timur.
(HR. Muslim no. 2942).

Tepatnya ia bermula dari wilayah di Iran.

الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ

“Dajjal keluar dari daerah Timur, namanya Khurasan.”
(HR. Termidzi 2237 dan disahihkan al-Albani dalam Sahih Jami’ ash-Shaghir).

إنه خارج خلة بين الشأم والعراق، فعاث يمينا وعاث شمالا، يا عباد الله فاثبتوا

“Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!”
(HR. Muslim 2937)

◼️ Rumusan, Imam al-Hafidz Ibnu Kathir رحمه الله mengatakan:

فيكون بدء ظهوره من أصبهان من حارة منها يقال لها اليهودية وينصره من أهلها سبعون ألف يهودي

“Pertama mulai munculnya Dajjal di Asbahan, tepatnya di dataran bebatuan, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu orang yahudi yang menetap di sana.”
(An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, ms 59).

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-88 dan Ke-89

0

Tafsir Surah al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-88

Ini adalah jawapan mereka apabila mereka diajak untuk menerima Al-Qur’an.

وَقالوا قُلوبُنا غُلفٌ ۚ بَل لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفرِهِم فَقَليلًا ما يُؤمِنونَ

Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.

وَقَالُوا قُلُوبُنَا غُلْفٌ

Dan mereka berkata: Hati-hati kami sudah tertutup rapat;

Mereka beri alasan yang hati mereka tertutup daripada menerima ajaran daripada Nabi Muhammad ﷺ. Apabila dinasihatkan kepada mereka untuk beriman dengan Al-Qur’an, mereka kata hati mereka sudah penuh dengan ilmu sampai kononnya tidak boleh terima ilmu yang baru lagi.

Maknanya mereka kata mereka sudah pandai sangat, jadi mereka suruh ajar orang yang jahil sahaja kononnya. Ini adalah tafsir pertama.

Alasan begini pun orang kita pun mungkin akan berkata begitu juga. Iaitu mereka kata mereka sudah belajar agama lama dan mereka sudah pandai. Jadi, kalau hendak dakwah, maka dakwah sahaja kepada orang yang tidak belajar.

Atau makna kedua, ia bermaksud hati mereka amat kental, bukan mudah untuk masuk ajaran lain.

بَلْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ

Bahkan Allah sebenarnya telah melaknat mereka;

Itu alasan mereka sahaja, sebenarnya Allah ‎ﷻ sudah laknat mereka. Makna ‘laknat’ adalah, Allah ‎ﷻ jauhkan mereka daripada rahmat-Nya. Maksudnya mereka tidak akan mendapat kesedaran kerana kekufuran mereka yang lama-lama terdahulu.

Ini kerana mereka banyak sangat menolak hidayah pada waktu dahulu, sampaikan Allah ‎ﷻ sudah tidak mahukan mereka lagi. Syukurlah Allah ‎ﷻ telah memberikan kita hidayah dengan menggerakkan hati kita untuk mula belajar tafsir Al-Qur’an ini.

بِكُفْرِهِمْ

dengan kesesatan mereka;

Allah ‎ﷻ laknat mereka kerana kekufuran mereka yang dahulu.

فَقَلِيلًا مَا يُؤْمِنُونَ

dan sedikit sangat di antara mereka itu yang beriman.

Sedikit sahaja yang beriman dalam kalangan mereka, atau sedikit sahaja ajaran yang mereka boleh terima. Ini adalah kerana kedegilan mereka.

Tafsir Ayat Ke-89

Ini adalah tentang Yahudi jenis kelima. Satu ayat ini sahaja ingin memberitahu kepada kita yang menolak kitab itu bukan sahaja Yahudi di zaman datuk nenek dahulu, tetapi Yahudi zaman Nabi Muhammad ﷺ juga. Sedangkan ajaran nabi-nabi mereka pun mereka tolak, apatah lagi bila Nabi Muhammad ﷺ membawakan ajaran Islam, lagilah mereka tolak dengan sewenang-wenangnya.

Tambahan pula Nabi Muhammad ﷺ bukan dalam kalangan Bangsa Yahudi. Ayat ini merujuk kepada Yahudi di zaman Nabi Muhammad ﷺ.

وَلَمّا جاءَهُم كِتابٌ مِن عِندِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِما مَعَهُم وَكانوا مِن قَبلُ يَستَفتِحونَ عَلَى الَّذينَ كَفَروا فَلَمّا جاءَهُم ما عَرَفوا كَفَروا بِهِ ۚ فَلَعنَةُ اللَّهِ عَلَى الكافِرينَ

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al-Qur’an), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al-Qur’an), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.

وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ

Dan apabila datang kepada mereka Kitab;

Yang dimaksudkan ‘kitab’ dalam ayat ini adalah Al-Qur’an kerana ada sifat Al-Qur’an ini yang akan disebut selepas ini: (yang membenarkan) مُصَدِّقٌ

مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

daripada sisi Allah

Allah ‎ﷻ mengingatkan mereka bahawa Al-Qur’an itu daripada sisi Allah ‎ﷻ bukannya rekaan manusia. Kalau Taurat daripada Allah ‎ﷻ, begitu juga Al-Qur’an.

مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ

yang membenarkan apa yang ada di kalangan mereka;

Iaitu membenarkan ajaran dalam Kitab Taurat. Membenarkan isi kitab mereka dari segi tauhid. Kena terjemah seperti ini kerana bukan membenarkan dari segi amalan dan fiqah kerana syariat tidak sama. Tetapi ajaran tauhid sahaja yang sama.

وَكَانُوا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا

Sedang mereka sebelum itu meminta kemenangan ke atas kaum Musyrik;

Sebelum Nabi Muhammad ﷺ diangkat menjadi Nabi, orang-orang Yahudi Madinah memohon kepada Allah ‎ﷻ supaya dilantik seorang Rasul untuk memerangi kuffar Musyrikin Mekah. Mereka tahu yang Musyrikin Mekah itu salah kerana mengamalkan syirik dengan menyembah berhala. Padahal mereka tidak sedar yang mereka pun sesat juga.

Tetapi Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan yang mereka dahulu pernah minta dibangkitkan Rasul akhir zaman. Yahudi Madinah semasa berbalah dengan puak Arab, mereka berkata: “Tunggulah nanti Nabi akhir zaman akan datang!” Ini kerana Arab Mekah menyokong puak musyrik yang tidak mempunyai kitab iaitu mereka menyokong kerajaan Parsi yang beragama Majusi dalam hal politik.

Tanah jajahan Parsi adalah Yaman dan Mekah pula di bawah Yaman. Ini kerana kerajaan Parsi tidak mahu mentadbir Mekah secara langsung, maka mereka serahkan kepada Yaman sahaja untuk menguruskannya. Maka, setiap kali ada peperangan antara Yahudi dan Arab, puak Yahudi akan berkata, akan bangkit Nabi yang akan membaca kitab seperti mereka juga dan memberi kemenangan kepada mereka. Namun apabila Nabi akhir zaman itu (Nabi Muhammad ﷺ) datang, mereka tolak pula.

فَلَمَّا جَاءَهُمْ مَا عَرَفُوا

Maka tatkala datang kepada mereka seorang yang mereka kenal;

Iaitu Nabi Muhammad ﷺ yang mereka katakan sebelum itu benar-benar telah dibangkitkan. Mereka kenal sungguh Nabi Muhammad ﷺ itu kerana sifat Nabi sama dengan apa yang mereka baca dalam kitab mereka.

Cuma yang mereka tidak sangka adalah baginda daripada Bani Ismail, bukan dari Bani Israil. Mereka sangkakan yang Nabi itu akan meneruskan agama Yahudi tetapi sebaliknya pula. Mereka tidak sangka Nabi akhir zaman itu daripada bangsa Arab.

كَفَرُوا بِهِ

mereka kufur kepadanya;

Apabila benar Nabi akhir yang mereka katakan itu telah dibangkitkan, mereka tidak mahu terima kerana Nabi Muhammad ﷺ bukan datang daripada bangsa mereka. Mereka tolak baginda walaupun mereka sedar yang memang baginda itu seorang Nabi dan memang Nabi akhir zaman yang mereka tunggu-tunggu selama ini.

Maknanya, kadang-kadang manusia apabila kebenaran tidak datang daripadapuak mereka, maka mereka tolak. Contohnya, kalau ada yang hendak datang mengajar tafsir Al-Qur’an, tetapi orang itu bukan daripada guru yang mereka biasa belajar dengannya, maka mereka akan tolak. Ataupun, yang  mengajar itu lain dari apa yang dia faham selama hari ini, maka dia tolak juga.

فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ

Maka laknat Allah ke atas orang-orang kafir;

Oleh kerana mereka terus tolak Nabi Muhammad ﷺ dan kebenaran yang disampaikan oleh baginda, maka mereka telah dilaknat oleh Allah ‎ﷻ. Maksud dilaknat itu bermakna mereka akan dibiarkan dalam kufur.

Keduanya, Allah ‎ﷻ tidak beri keampunan. Caranya adalah tidak ditimbulkan dalam hati mereka untuk meminta ampun. Pernah tidak kita berbuat dosa, tetapi kita tidak teringin untuk minta ampun? Rasa macam malas hendak meminta ampun.

Atau tidak teringat pun untuk meminta ampun atas dosa kita itu. Walaupun kita tahu yang kita telah buat itu adalah salah. Itu maknanya, Allah telah ‎ﷻ melaknat kita. Ini kerana, kalau kita minta ampun, in sha Allah Dia akan ampunkan dosa kita itu. Terpulang kepada Dia sama ada hendak ampunkan ataupun tidak. Tetapi kalau langsung tidak ada keinginan untuk meminta ampun, bagaimana?

Dorongan untuk meminta ampun itu pun sebenarnya datang daripada Dia juga. Jadi, kalau kita teringat akan dosa yang telah kita telah lakukan, sama ada tengah masak atau tengah bawa kereta, teruslah meminta ampun waktu itu juga. Ini kerana semasa itu Allah ‎ﷻ telah timbulkan dalam hati kita keinginan untuk meminta ampun kepada dosa itu.

Dan ketika itu pintu pengampunan sedang terbuka. Allah ‎ﷻ detikkan keinginan untuk meminta ampun kerana Dia memang hendak mengampunkan kita. Maka jangan kita tidak endahkan bisikan hati kita untuk meminta ampun pada waktu itu. Ambil peluang itu untuk benar-benar memohon ampun kepada Allah ‎ﷻ.

Selalunya orang yang berbuat dosa, mereka tidak teringat untuk meminta ampun. Apabila Allah ‎ﷻ tidak ampunkan dosa kita, kita tidak akan masuk syurga. Ingatlah bahawa kita masuk syurga bukan dengan pahala. Kita masuk syurga dengan rahmat Allah ‎ﷻ. Ini kerana berapa banyak pun ibadat yang kita buat, tidak mampu membalas segala kurnia Allah ‎ﷻ ke atas kita.

Allahu a’lam. 

Popular

Iklan

Iklan