Utama Blog Halaman 69

Talbis Iblis: Zauk

0

Talbis Iblis: Zauk

Golongan sufi banyak reka wirid dan zikir yang tidak ada dalam sunnah. Mereka tinggalkan zikir-zikir yang sunnah dan pakai zikir-zikir yang diberi oleh guru mereka. Masalahnya, zikir-zikir itu tidak ada dalam amalan Nabi ﷺ yang sahih. Maka ia adalah bid’ah dan tidak boleh diamalkan.

Syaitan memang akan membisikkan zikir-zikir rekaan. Apabila manusia mengamalkan zikir yang tidak sahih, maka mereka akan tinggalkan amalan zikir yang sahih. Jadi syaitan sudah menang.

Memang golongan tarekat sufi akan bersungguh-sungguh mengamalkan zikir-zikir daripada guru mereka. Berjam-jam setiap hari kerana ingin menghabiskan bilangan yang ditetapkan oleh guru mereka. Selalunya berjumlah beribu-ribu (bukan main-main). Kerana itulah mereka sanggup duduk berjam-jam. Ada yang empat jam setiap hari. Kalau “missed” (tertinggal), sudah kena qadha’ hari lain pula.

Pernah kawan saya berzikir 3 hari tiga malam kerana hendak menghabiskan zikir guru dia bagi. Emaknya selit makanan tepi pintu sahaja.

Apabila banyak zikir, maka tidak ada masa untuk belajar agama. Maka mereka terus dalam kejahilan. Bila dalam kejahilan, maka mereka tidak dapat hendak periksa adakah amalan yang guru mereka beri itu sahih ataupun tidak. Mereka tidak ada ilmu untuk membuat perbandingan. Seperti telah disebut sebelum ini, mereka taksub kepada guru mereka. Apa sahaja yang guru mereka sogokkan, maka itulah yang mereka terima sebagai agama.

Kenapa mereka mampu berzikir beribu-ribu setiap hari? Sedangkan kalau kita hendak membaca Al-Qur’an, atau salat, lima minit sudah bosan dan sudah rasa hendak berhenti?

Ini kerana syaitan tidak mengganggu mereka ketika membuat amalan salah itu. Buat apa syaitan hendak ganggu? Memang syaitan mahu mereka buat amalan salah pun. Maka syaitan biar sahaja dan membisikkan bagi semangat. Bila tidak diganggu, maka mereka boleh lancar sahaja beramal zikir-zikir rekaan itu.

Mereka akan sedap sahaja semasa berzikir itu. Memang perasaan lain macam sebenarnya. Rasa lega, rasa iman tinggi sahaja, rasa tenang. Seorang kawan saya jelaskan dengan lebih menarik: “Rasa macam jatuh cinta…” Ini mereka panggil zauk. Rasa sedap.

Oleh kerana rasa sedap itulah yang susah mereka hendak tinggalkan. Mereka rasa suka bila buat. Kerana itu bila kita tegur, mereka tidak faham. Kenapa hendak tinggalkan benda yang beri kepuasan kepada mereka? Maka mereka akan terus buat.

Sebenarnya zauk itu diberi oleh syaitan. Seperti yang disebut dalam [Fussilat:25]

وَقَيَّضنا لَهُم قُرَناءَ فَزَيَّنوا لَهُم ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم وَحَقَّ عَلَيهِمُ القَولُ في أُمَمٍ قَد خَلَت مِن قَبلِهِم مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ إِنَّهُم كانوا خاسِرينَ

Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jinn dan manusia, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi.

Tafsir: Syaitan bagi nampak cantik dan sedap amalan salah mereka itu.
Di hadapan: Syaitan janjikan pahala dan maqam yang tinggi bagi mereka.
Belakang: Syaitan puji mereka kerana mereka telah banyak beramal: “Maqam dah tinggi ni syeikh….”

Talbis Iblis: Taksub dengan Guru

0

Talbis Iblis: Taksub dengan Guru

Bukanlah kita kata semua sufi tarekat itu sesat. Tidak boleh kita pukul rata semua begitu kerana kita tidak tahu, mungkin ada ajaran sufi itu yang benar dan mereka beramal dengan amalan yang sunnah sahaja.

Tarekat pula bermaksud ‘jalan’ iaitu salah satu jalan daripada jalan-jalan yang banyak bagaimana untuk mencapai maqam ihsan.

Cuma, apabila tidak didasari dengan ilmu wahyu tetapi hanya dipandu oleh ilmu khayalan sahaja, maka sebab itulah kita lihat banyak pergerakan sufi dan tarekat yang tersasar daripada landasan. Oleh itu, kenalah belajar wahyu dahulu sebelum mempelajari perkara lain. Kena ada kemahiran asas supaya tidak mudah ditipu oleh manusia.

Kalau kita perhatikan tujuan golongan sufi itu, tujuan asalnya adalah baik. Maka kalau dipandu oleh wahyu, maka ia amat bagus sekali. Nanti kita akan sentuh manakah amalan dan falsafah mereka yang bagus.

Cuma yang kita takuti, apabila nama ‘sufi’ itu sendiri datangnya selepas zaman salaf, maka ajaran dalam sufi itu sendiri bukan datang daripada amalan dan ajaran golongan salaf. Ia tiada landasan daripada wahyu dan kerana itu ramai tersasar.

Syaitan mengambil kesempatan di atas orang yang hatinya lembut mahukan kebaikan, tetapi tiada ilmu. Oleh sebab itulah ilmu amat penting kerana hanya dengan ilmu wahyu yang dapat menepis bisikan-bisikan syaitan yang membisikkan ajaran dan fahaman yang sesat.

Tidaklah salah kalau hendak menggunakan nama ‘sufi’ itu kerana nama itu memang baru, tetapi boleh sahaja sudah ada pada zaman dahulu.

Sebagai contoh, ‘ilmu aqidah’, ‘tauhid tiga’, ‘ilmu feqah’ dan banyak lagi, tidak ada pun pada zaman Nabi ﷺ dan sahabat tetapi dipecahkan ilmu-ilmu itu untuk mudah belajar dan diberikan label supaya mudah untuk kenal. Maka begitulah juga dengan sufi ini.

Diajar dalam tarekat sufi itu supaya taksub (fanatik) dengan guru. Apa-apa sahaja yang disebut guru agama itu maka kena ikut, tidak boleh bantah, tidak boleh soal.

Mereka ibaratkan diri mereka dengan guru itu seperti mayat dengan pemandi mayat. Mayat tunggu sahaja apa yang akan dilakukan oleh pemandi mayat itu.

Ini salah kerana taat yang mutlak adalah kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Apabila meletakkan taat kepada selain Allah ‎ﷻ tentu ada masalah kerana guru itu manusia biasa, ada salah dan silap. Maka mereka juga perlu peringatan. Mereka juga tidak boleh rasa tinggi diri.

Bila anak murid pandang tinggi sangat, guru pun rasa lain macam. Guru rasa dia tidak salah sebab anak murid ikut sahaja apa yang dia cakap. Bila orang ikut, manusia ada perasaan lain macam, rasa diri benar. Jadi ada dua peringkat talbis di sini:

1. Pada anak murid: “Everyone is following him; therefore he must be right!”

2. Pada guru: “Everyone is following me; therefore I must be right!”

Jadi anak murid jangan pandang guru itu semua benar.

Dan guru jangan perasan dia semua benar.

Namun dalam sufi tarekat telah diajar untuk taat kepada guru tanpa berbelah bahagi lagi. Macam mayat yang sedang dimandikan. Ini adalah kerana mereka pakai hujah Kisah Khadr عليه السلام dan Nabi Musa عليه السلام. Waktu itu Nabi Khadr عليه السلام tidak membenarkan Nabi Musa عليه السلام tanya sedikit pun akan segala perbuatannya. Jadi golongan sufi faham: begitulah yang kena taat dengan guru, taat tanpa soal.

💬💬

Soal Jawab

Soalan:
Jadi di sini pengajarannya ialah tidak boleh taksub dengan mana-mana guru?

Kena ikut dalil yang betul daripad al-Qur’an dan sunnah bukan gurunya.

Jawapan:
Memang malang kalau taksub dengan mana-mana manusia.

Amat malang juga kalau ada guru yang ajar anak murid taksub dengan dia. Kalau anak murid belajar dengan orang lain, mula tidak senang hati. Sepatutnya guru suruh anak murid belajar juga dengan orang lain. Kalau dapat ilmu baru, boleh kongsi bersama-sama.

Ada perkara kita tahu tetapi ada perkara yang guru lain lebih berilmu. Anak murid akan lebih mantap kalau dia dapat ilmu daripada kedua-dua ustaz.

Soal Jawab Bersama Doktor: Insomnia

0

Soalan:
Apakah Insomnia dan gejalanya?
Jawapan:
Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam, dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya.

Soalan:
Apakah yang menyebabkan Insomnia?
Jawapan:
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres. Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa. Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya berehat.

Soalan:
Apakah penyebab gangguan tidur / insomnia?
Jawapan:
Antara punca-punca yang menyebabkan anda sukar untuk tidur ialah:
 Faktor usia
 Hamil
 Menopause
 Jet lag
 Kafein
 Ubat-ubatan
 Dadah
 Alkohol
 Tekanan mental
 Terlebih berkerja
 Waktu tidur yang tidak teratur

Soalan:
Apakah jenis-jenis Insomnia?
Jawapan:
Terdapat tiga jenis insomnia berdasarkan kekerapan dan tempoh gangguan tidur dan gejala siang hari:
1) Insomnia Sementara– Berlangsung unutk beberapa hari
Insomnia sementara berlaku sekiranya terdapat perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran dan/atau emosi seperti melancong, kemasukan ke hospital atau kegairahan. Biasanya, gelaja masalah tidur ini akan hilang selepas beberapa hari dan tidak sepatutnya menyebabkan masalah tidur yang serius.

2) Insomnia Jangka Pendek– Berlangsung daripada beberap hari sehingga 3 minggu
Insomnia jangka pendek biasanya menyusuli kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan seseorang seperti kematian ahli keluarga/saudara yang dekat, dibuang kerja atau penceraian. Gejala masalah tidur mungkin akan berlanjutan lebih daripada beberapa hari, tetapi tidak sepatutnya berlanjutan lebih daripada 3 minggu.

3) Insomnia kronik – Berlangsung daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun
Insomnia kronik berlaku sekiranya insomnia jangka pendek tidak ditangani dengan baik. Insomnia kronik mungkin akan berlanjutan daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Gelaja masalah tidur mungkin akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh keresahan, pengambilan ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol/ dadah dan masalah perubatan lain. Adalah amat penting untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang sekiranya masalah gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Talbis Iblis: Bab Masalah Aqidah

0

Talbis Iblis: Bab Masalah Aqidah

Fahaman pertama yang akan dibincangkan adalah Golongan Sufistha’iyah.

Inilah Golongan Sufi yang menolak fahaman khauf (takut) dan raja’ (berharap). Iaitu kena seimbang antara dua konsep ini. Ia bagaikan sayap pada burung. Kedua-dua sayap hendaklah seimbang. Kalau satu terlebih maka burung pun tidak dapat terbang.

Namun golongan sufi terlebih pada cinta. Mereka mengharap cinta Allah ‎ﷻ sahaja tanpa dilihat kepada khauf.

Seperti guru sufi saya dahulu cakap:
Awaludin ma’rifatullah.
Akhirudin hubbullah.

(Awal agama mengenal Allah ‎ﷻ,
Akhir agama cinta Allah ‎ﷻ).

Namun kalau mengharap cinta sahaja dan tidak dilihat pada hukum yang lain, maka agama tidak seimbang.

Dalil kena ada Khauf dan Raja’ adalah [Sajdah:16]

تَتَجافىٰ جُنوبُهُم عَنِ المَضاجِعِ يَدعونَ رَبَّهُم خَوفًا وَطَمَعًا وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.


Kalimah خَوفًا digunakan dalam ayat ini. Kalimah طَمَعًا bermaksud raja’ juga. Ia bermaksud tamak dengan apa sahaja yang Allah ‎ﷻ beri. Selagi Allah ‎ﷻ beri, kita mahu. Maknanya berharap sungguh dengan kurnia Allah ‎ﷻ.

Memang kena ada cinta kepada Allah ‎ﷻ. Ini adalah kerana memang ibadah berputar di atas dua kutub, cinta dan ubudiah. Apabila kedua-duanya ada, barulah ibadah itu sempurna kerana kita melakukan ibadah kepada Allah ‎ﷻ kerana cinta kepada Allah ‎ﷻ. Bukannya kerana kita terpaksa.

Kalau kita ibadah kerana terpaksa, itu adalah fahaman yang amat salah. Kita rasa terpaksa, rasa berat untuk melakukan ibadah dan kerana itulah kita tumpukan perhatian dalam ibadah. Maknanya, orang yang sebegitu, tidak mendapat halawatul iman (kemanisan iman). Mereka tidak nampak indahnya ubudiah (perhambaan) kepada Allah ‎ﷻ.

Talbis Iblis: Jaga Keikhlasan Hati

0

Talbis Iblis: Jaga Keikhlasan Hati

Yang penting kita kena jaga keikhlasan hati kita dan ini memang amat susah. Ini kerana kita dan Allah ‎ﷻ sahaja yang tahu sama ada kita ikhlas ataupun tidak.

Tidak dinafikan untuk menjaga keikhlasan hati memang susah kerana senang sangat hendak campur dengan perasaan-perasaan lain yang boleh merosakkan keikhlasan itu.

Antaranya mengharapkan pujian daripada orang lain. Ini memang susah hendak jaga. Ini kerana sedikit sebanyak, pujian memang akan memberi kesan kepada kita. Memang hati kita sedap sahaja rasa kalau orang puji kita.

Kerana itulah kita kena tutup daripada menceritakan kebaikan yang kita lakukan kerana takut kalau orang puji, kita rasa lain macam.

Sebagai contoh, tidak perlulah post kebaikan yang kita lakukan dalam FB. Ia mungkin mengganggu keikhlasan kita. Semasa kita post itu, mungkin kita ikhlas, tetapi mungkin juga tidak. Atau ikhlas, tetapi bercampur pula dengan perasaan mengharapkan pujian.

Tidak perlu untuk beri alasan kenapa kita post juga kerana boleh kita hendak cakap: “aku post ini sebab bila orang lain baca, nanti mereka pun boleh jadikan sebagai semangat”.

Mungkin ia benar, tetapi kalau kita sendiri rasa kita lemah untuk jaga keikhlasan itu, maka untuk selamat, tidak perlulah post. Tahan diri daripada melakukannya.

Namun ini bukanlah alasan untuk menuduh orang lain tidak ikhlas. Selalu juga kita baca: “Elehhhh, post kat media ni, mengharap pujian letew…..”

Jangan begitu. Kita tidak tahu hati orang. Jangan kita memandai hendak buat andaian sama ada orang itu ikhlas ataupun tidak. Kita jaga hati kita sahaja, bukan hendak kena jaga hati orang.

Tidak salah hendak post dalam FB atau medsos. Kalau kita rasa boleh kawal hati kita daripada sifat mazmumah, boleh sahaja tetapi kalau rasa lemah, tidak dapat hendak hadap pujian daripada manusia, maka lebih baik jangan post.

Maka kenalah berhati-hati dengan penipuan talbis iblis. Kena jaga hati selalu kerana Iblis bukan mahu fizikal kita, tetapi Iblis mahukan hati kita.

Demikian Imam Khatib Al-Baghdadi mencatat adanya iblis yang masuk ke bahtera Nuh. Adanya iblis yang naik ke bahtera Nuh juga terdapat dalam kitab Ihya Ulumiddin, karangan Imam Ghazali. Dalam riwayat ini Nabi Nuh عليه السلام menjumpai iblis yang wujud sebagai orang tua yang tidak dikenalinya, dan memberi nasihat yang sangat berguna untuk manusia.

“Kenapa kamu masuk ke sini?” Tanya baginda.

“Aku akan merebut hati para pengikutmu, sehingga hati mereka bersamaku dan badannya bersamamu.”

Malang sekali kalau kita asyik jaga badan kita, tetapi kita tidak jaga hati kita.

TBK 10.1.17 al Masih al Dajjal

0

TBK 10.1 al Masih al Dajjal.

10.1.17 Tempoh menetapnya Dajjal.
مدة مكوث الدجال

سئل صلى الله عليه وسلم عن مكثه في الأرض ؟فقال:<<أربعون يوما ,يوم كسنة( أول يوم من الأربعين يوما يمر كسنة) ويوم كشهر(اليوم الذي بعده يمضي كشهر)ويوم كجمعة وسائر أيامه كأيامكم >

Takhrij hadith:

الراوي : النواس بن سمعان | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2937

Terjemahan:
“Pernah Rasulullah ﷺ ditanya mengenai berapa lama Dajjal akan tinggal di bumi, maka Rasulullah ﷺ menjawab, “Empat puluh hari. Satu hari lamanya seperti satu tahun. Satu hari lamanya seperti satu bulan. Satu hari lamanya seperti satu minggu. Dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari biasa kamu.” Mereka berkata, “Satu hari seperti yang satu tahun itu, apakah cukup bagi kita pada hari itu salat satu hari sahaja?” Baginda bersabda, “Tidak, perkirakanlah ukuran waktunya.”
(HR Muslim no 2937)

Komentar Syaikh al Albani di dalam al Dajjal al Masih
pendapat yang sahih, Dajjal akan menetap di bumi selama 40 hari bukan 40 tahun. Hadith 40 hari lebih sahih. Selepas itu dia akan dibunuh oleh Isa al Masih عليه السلام.

TBK 10.1.16 al Masih al Dajjal

0

TBK 10.1 al Masih al Dajjal.

10.1.16 Pengikut Dajjal.
أتباع الدجال

لا شك أن الدجال مع تعدد قدراته وتنوع فتنته واستعماله لأساليب مختلفة لإضلال الناس وجرهم إلى اتباعه واعتقاد ألوهيته لا شك أن ذلك كله يفتن أعداد من الناس به فيتبعونه رغبة فيما عنده او رهبة مما عنده أو حرصا على حرب الإسلام وأهله ومن هؤلاء:

Pengikut Dajjal.
Tanpa syak bahawa Dajjal dengan segala kemampuan dan fitnah yang dibawanya, dan pelbagai cara untuk menyesatkan manusia bagi mendapat pengikut dan pengaruh, tambahan dengan dakwaan ia adalah tuhan yang akan membuat ramai manusia tertipu untuk mendapat habuan yang dibawanya, atau gerun dengan kuasanya, atau kerana dia anti Islam, maka disenaraikan pengikutnya (di seluruh dunia).


■ PENGIKUT DAJJAL.(1)
▪Pengikut Dajjal dari Yahudi Iran.
اليهود ايران

Agak memeranjatkan Iran merupakan rumah ketiga Yahudi selepas Israel dan Amerika Syarikat.
Tidak dapat ditentukan bilangan sebenar orang Yahudi yang menetap di Iran, kemungkinan besar di dalam lingkungan 25,000 kerana semakin ramai yang berhijrah ke Israel.

Hadith-hadith mengenai bangsa Yahudi Iran yang menjadi pengikut utama Dajjal.

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«يتبع الدجال من اليهود أصفهان (1) سبعون ألفا عليهم الطيالسة (2) رواه مسلم

Terjemahan:
“Anas Bin Malik رضي الله عنه mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan (1) mengenakan selendang Persia (Thayalisah)(2).”
(HR Muslim no 7034)
———————————–
1) Isfahan.

أصفهان :مدينة إيرانية تقع في وسط إيران وتبعد على طهران أالعاصمة الإيرانية ) 340كم تقريبا جنوبا, ويسكنها حسب المصادر الرسمية من 25-30 ألف يهودي, ومساحة مدينة أصفهان 105,937كم مربع
للاستزادة انظر موقع يهود إيران :www.iranjewish.com

Isfahan berada di tengah Iran, 340KM dari Tehran terdapat 25-30 ribu Yahudi.

2) Selendang atau smagh Yahudi atau thayalisah
(singular thayalisan) (الطيالسة: نوع من اللباس يلبس على الرأس ويسدل على بقية البدن ومفرده طيلسان)

Thayalisah Yahudi Iran.
_______________________

Pengikut dajjal adalah Yahudi Iran. (Peta)

Dalil hadith:
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« لينزلن الدجال خوز (3) وكرمان( 4) في سبعين ألفا وجوههم كالمجان النطرقة»

Terjemahan:
“Dajjal akan turun (atau muncul) di Khuz (3) dan Kirman (4) dengan 70,000 org pengikut (yahudi Iran) yang wajah memakai perisai.”

Tahqiq hadith:

لينزلنَّ الدجالُ خُوزَ وَكَرْمَانَ في سبعينَ ألفًا وجوههم كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : أحمد شاكر | المصدر : مسند أحمد
الصفحة أو الرقم: 16/192 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
التخريج : أخرجه أحمد (8453) واللفظ له، والبزار (8558)، وأبو يعلى (5976)

Menurut pendapat Syaikh Ahmad Syakir muhaqqiq al Musnad, sanad hadith ini, sahih.

قال الشيخ حمود التويجري رحمه الله في إتحاف الجماعة بما جاء في الفتن والملاحم وأشراط الساعة (402/2-409): رواه الإمام أحمد، وإسناده حسن.

Begitu juga pendapat Syaikh Hamuud al Tuwaijiry رحمه الله, di dalam kitab al Fitan, jilid 2:402-9, sanad hadith ini, hasan.

Nota tambahan:
3) Khuz=Khuzistan di Iran
4) Kirman, di Iran


▪Pengikut Dajjal adalah Yahudi – umum.

مسألة
# لماذا يكون أكثر اتباع الدجال هم اليهود؟
الجواب:
أن من عقيدة اليهود في الدجال :أنه هو مسيح اليهود المنتظر!

Isu:
Kenapa majoriti pengikut Dajjal adalah Yahudi?

Ini kerana antara akidah Yahudi menyatakan Dajjal adalah Messiah atau al Masih Yahudi yang ditunggu-tunggu.

al Masih atau Mesiakh di dalam agama Judaisma atau ajaran Torah ialah tokoh yang akan menjadi raja bani Israil dan menjaga kepentingan politik orang Yahudi.

Dr Muhammad al Areefi berpendapat:

يعتقد اليهود أن الله وعدهم بملك منتظر من نسل داوود يأتي ويقيم لهم دولة اليهود ويسمونه في كتبهم :الميسياه.
ومن طقوس اليهود:صلوات يستحثون فيها المسيح الدجال للخروج….
وخصوصا ليلة عيد الفصح اليهودي بأدعية خاصة بذلك

Iktikad orang Yahudi bahawa akhir zaman Allah ﷻ akan mengutus keturunan King David yang akan menjaga kerajaan Yahudi yang dinamakan Messiah atau al Maisiyah.

Di dalam upacara keagamaan Yahudi seperti Hanukah atau Yom Kippur, mengandungi sesi permohonan agar kemunculan (segera) Messiah(Dajjal) tersebut.

Petikan dari Thalmud:

قال في التلمود:
لما يأتي المسيح تطرح الأرض فطيرا وملابس من صوف وقمحا حبه بقدر كلاوي الثيران الكبيرة وفي ذلك الزمان ترجع السلطة لليهود وكل الأمم تخدم ذلك المسيح وتخضع له وفي ذلك الوقت يكون لكل يهودي ألفا وثمانمائة عبد يخدمونه وثلاثمائة وعشرة أكوان تحت سلطته ولكن لا يأتي المسيح إلا بعد انقضاء حكم الأشرار ويتحقق منتظر الأمة اليهودية بمجيء إسرائيل وتكون تلك الأمة هي المتسلطة على باقي الأمم عند مجيئه

Petikan dari Old testament atau Thalmud:
“Bila Messiah Yahudi datang, bumi akan mengeluarkan hasil mahsul berupa roti, pakaian, gandum, kembalilah kekuasaan Yahudi ke atas alam, pada masa itu setiap Yahudi akan memiliki hamba sahaya seramai 2,800 orang, 310 akwan (keluasan bumi) ; munculnya Messiah (Dajjal) berakhirnya kezaliman, penderitaan Yahudi selesai dengan kemunculan Israel dan penguasaan ke atas seluruh umat manusia”

(Rujukan: al kanz al marsyud, oleh dr Mustafa al Zarqa’, Syria; الكنز المرصود فى قواعد التلمود المؤلف: مصطفى الزرقاء )


PENGIKUT DAJJAL (2)
Puak Kafir dan Munafik.
الكفار والمنافقين

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«ليس من بلد إلا سيطؤه الدجال إلا مكة والمدينة وليس نقب من أنقابها إلا عليها ملائكة حافين تحرسها فينزل بالسبخة فترجف المدينة بأهلها ثلاث رجفات يخرج إليه منها كل كافر ومنافق

Terjemahan
“Tidak ada sebuah negeri pun melainkan dimasuki oleh Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah. Tidak ada satupun jalan masuk ke kota Madinah melainkan telah dikawal oleh barisan malaikat. Dajjal kemudian mendatangi Sibhkah al Jurf (tanah berbatu volkanik) dan memukul serambinya. Akibatnya, Madinah bergoncang tiga kali. Maka setiap orang kafir dan munafik keluar (dari kota Madinah) untuk bergabung dengan Dajjal.”
(Muttafaq alaih)

Syarah:
Dajjal akan cuba menyerang Madinah, kota Nabawi al Syarif, akan tetapi dilindungi malaikat. Dajjal melakukan tiga kali gegaran dan keluarlah kaum kafir dan munafik dari dalam kota Madinah untuk menyertai Dajjal.
Madinah akan membersihkan karat-karat kota, iaitu mengeluarkan dua jenis manusia yang sentiasa ada di Madinah sejak zaman salaf, kaum munafik dan kuffar yang bersembunyi dengan pelbagai identiti.


PENGIKUT DAJJAL (3)
Arab yang jahil.
(جهلة الأعراب)

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال في حديث طويل:«وإن من فتنه أن يقول لللأعراب :أرأيت إن بعثت لك أبيك وأمك أتشهد أني ربك؟ فبقول :نعم. فيتمثل الشيطان في صورة أبيه وأمه فيقولان :يا بني! اتبعه,فإنه ربك> ( رواه ابن ماجة والحاكم وصححه)

Terjemahan:
“Antara fitnah Dajjal, dia menawarkan seorang al A’rab, ‘Renungkan, sekiranya aku dapat ‎membangkitkan ayah ibumu yang telah mati, apakah kamu akan bersaksi bahwa aku adalah Rabbmu?’ ‎Laki-laki arab tersebut menjawab, ‘Ya.’ Kemudian muncullah dua syaitan yang menjelma di hadapannya ‎dalam bentuk ayah dan ibunya. Kedua-duanya berpesan, ‘Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia ‎adalah Rabbmu.”
(HR. Ibnu Majah 4077, dan disahihkan oleh al Hakim, juga disahihkan Syaikh al-Albani rhm dalam Sahih Jaami’us Shogir)

Syarah:
al A’rab ialah Arab yang berwatak kekampungan, Arab yang jahil akan agama dan sejarah salafu soleh.


PENGIKUT DAJJAL (4)
Kaum yang berwajah seperti perisai.
(قوم وجوههم كالمجان المطرقة)
صور لقوم كأن وجوههم المجان المطرقة

عن أبي بكر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«إن الدجال يخرج من الأرض بالمشرق يقال لها خرسان ,يتبعه أقوام كأن وجوههم المجان المطرقة> (رواه أحمد والترمذي وحسنه وابن ماجة والحاكم وصححه ووافقه الذهبي وصححه الألباني في صحيح ابن ماجة)
الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ

Terjemahan:
Dari Abu Bakar رضي الله عنه, khalifah pertama,
“Dajjal itu keluar dari bumi sebelah barat yang disebut Khurasan. Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti perisai yang dilapisi kulit.”
(HR Ahmad, at Tirmidzi, dihasan olehnya, Ibnu Majah, al Hakim, disahihkan olehnya dan disepakati az Zahabi, disahihkan oleh Syaikh al Albani di dalam sahih Ibnu Majah)

Berkata Ibnu Katsir رحمه الله,
“Nampaknya, mereka adalah bangsa Turk yang menjadi penolong Dajjal nantinya.”
(An Nihayah Al Fitan wal Malahim, 1: 117)

Ulasan:
Wajah kaum Khurasan yang dikatakan dari rantau utara Iran, Afghanistan, Azerbaijan, Turkeministan dan ia adalah penduduk berketurunan Turki yang dinamakan Azeri Turks.

Wajah mereka seperti “almajan al Muthraqah” (الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ) adalah antara vocab hadith yang sukar dimengerti akan maksud sebenarnya, tetapi Ibnu Katsir رحمه الله mengatakan ia seperti kaum keturunan Turki yang mendiami Khurasan atau pendalaman Turki.


Wajah kaum Khurasan berketurunan Turki.

Jika anda pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah, anda akan melihat bangsa Khurasan ini. Mereka selalunya datang ke Mekah dengan visa Turki dan fizik mereka rendah dan wajah mereka seperti di atas. Mereka akan melakukan ritual haji secara berjamaah dan melantunkan zikir secara berkoir dan bising. Mereka akan melakukan rempuhan terhadap jama’ah umrah yang lain dan tidak akan mempedulikan bangsa lain.


PENGIKUT DAJJAL (5)
Perempuan (النساء)

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ (رواة أحمد قال الشيخ الألباني في “قصة المسيح الدجال” (ص:88) إسناده حسن لولا عنعنته محمد بن إسحاق)

Terjemahan:
“Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan ada seorang yang pergi kepada isterinya, ibunya, puterinya, saudarinya dan mak ciknya kemudian mengikatnya kerana khuatir mereka keluar menyertai Dajjal”.
(HR. Ahmad 2: 67. Syaikh Al Albani (kisah al Masih al Dajjal halaman 88) mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan disebabkan Muhammad bin Ishaq, maka ia akan jadi hasan sahih).

Syarah:
Orang perempuan sememangnya mudah mengikuti kesesatan.

Kalau di pesta hiburan, menonton realiti televisyen, orang perempuan yang paling ramai.
Maka, apabila munculnya Dajjal, majoriti pengikutnya adalah wanita.


PENGIKUT DAJJAL (6)
Puak Khawarij.

يَنْشَأُ نَشْأٌ يَقْرَأُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيْهِمْ, كُلَّمَا خَرَجَ فَرْقٌ قُطِعَ حَتَّى يَخْرُجَ فِيْ أَعْرَاضِهِمْ الدَّجَّالُ

Terjemahan:
“Akan muncul satu kelompok yang membaca Al-Qur’an tetapi tidak sampai pada tenggorokan mereka. Setiap kali muncul, mereka dibasmi habis sehingga keluar pada pasukan besar mereka Dajjal.”
(HR. Ibnu Majah 174 dan dihasankan Syaikh al-Albani dalam As-sahihah 2455)

Syarah:
Kebiasaannya puak khawarij atau pelampau muncul setiap zaman dan akan dibasmi dan ditumpaskan oleh penguasa. Akan tetapi ketika akhir zaman, mereka akan menyertai Dajjal.

At-Tazkirah Qurthubi: Ingat Mati dan Persediaan Menghadapinya

0

At-Tazkirah Qurthubi (W671h)

Kod 3.0 Bab Ingat Mati dan Persediaan Menghadapinya (باب ذكر الموت و الاستعداد له)

3.5 Hadith Syaddad bin Aus: Dhaif

الترمذي عن شداد بن أوس قال : قال النبي صلى الله عليه و سلم : الكيس من دان نفسه ، و عمل لما بعد الموت . و العاجز من أتبع نفسه هواها ، و تمنى على الله (وأخرجه الترمذي (2459) ، وابن ماجه (4260) ، والبيهقي في “الآداب” (991) ، والبغوي في “شرح السنة” (4117) من طرق عن أبي بكر بن أبي مريم، به.)

“Orang yang pandai ialah sesiapa saja yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari setelah kematian (barzakh/akhirat). Sedangkan orang yang lemah (bodoh) ialah sesiapa saja yang senantiasa mengikuti hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah (tetapi tanpa beramal).

HR Termidzi 2459, Ibn Majah 4260 al Baihaqi, al Adaab 991, Baghowi dalam Syarah Sunnah 411 dari jalur Sanad Abi Bakar bin Abi Maryam (Dhaif).

Tahqiq:
حديث ضعيف: انظر سنن ابن ماجه تخريج الألباني (4260) والسلسلة الضعيفة (5319) ولكن معناه صحيح

Al-Albani: hadith dhaif, dhaif Ibn Majah, 4260, silsilah al dhaifah 5319.

Yang menilai sahih: al Baghowi, syarah sunnah, dan al Haakim dalam al Mustadrak
Keputusan: Dhaif, tetapi maknanya sahih dan menguat hadith mati pemutus kelazatan.

3.6 Hadith Anas, Dhaif Jiddan

و روي عن أنس قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أكثروا ذكر الموت . فإنه يمحص الذنوب ، و يزهد في الدنيا

“Perbanyakkanlah kamu mengingati kematian kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya zuhud dalam urusan dunia.”

Dari Ihya’ Uloomiddin, juga HR Ibn Abi Dunia, kata muhaqqiq al Ihya’ al hafiz al Iraqi, amat dhaif, no 4344.

3.7 Hadith Cukuplah Mati sebagai Pengajaran

و روي عنه عليه السلام أنه قال : كفى بالموت واعظاً و كفى بالموت مفرقاً

“Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.

HR Ahmad dalam az Zuhd dr Ammar bin Yasir, ms 176; Nu’aim bin Hammad, Zawaid az Zuhd, dr Ibn Mas’ood, no 148;
tahqiq al albani: sahih Mauquf (sejenis hadith dhaif), silsilah al dhaifah no 502; ia juga dinisbahkan sebagai kata-kata Fudhail bin Iyyadh, az Zahabi, Siyar a’lam an Nubala, 8:388

3.8: Hadith Ingat Mati 20X sehari

و قيل له يا رسول الله : هل يحشر مع الشهداء أحد ؟
قال : نعم ، من يذكر الموت في اليوم و الليلة عشرين مرة

Takhrij dalam Ihya’ Uloomiddin:

عن عائشه أنها سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم وقالت يا رسول الله هل يحشر مع الشهداء أحد ، قال : نعم من يذكر الموت في اليوم والليله عشرين مرة وفي روايه من قرأ ” اللهم بارك لي في الموت وفيما بعد الموت “

Terj:
“Pernah satu ketika Aisyah r.a bertanya: “Wahai Rasulullah (SAW), adakah orang yang berhimpun bersama para syuhada?” Baginda menjawab: “Ya, iaitu orang yang mengingati mati sebanyak 20 kali sehari semalam.”

Tahqiq Multaqa ahlil hadith:

لم أقف عليه مسندا صحيحا ، وقد ذكره الغزالي في الإحياء والقرطبي في التذكرة والسيوطي في لباب الحديث وغيرهم .
ولعل الذين نقلوه اعتمدوا على كلام الغزالي رحم الله الجميع .
وأرجو من العلماء وطلبة العلم معاودة البحث مرة ثانية ، ثم وقفت على كلام العراقي ،
قال العراقي في تخريج الإحياء :
لم أقف له على إسناد .

Bila disebut (لم أقف)- “la aqif alaih” maksudnya tidak ditemui akan hadith ini akan asalnya. Ia hanya disebut oleh al Ghazali dalam Ihya’, Qurthubi dalam at Tazkirah, Suyuthi dalam Lubab al hadith, akan tetapi secara i’timadnya ia memang berasal dari al Ghazali (ihya’). Komentar al Iraqi yang melakukan semakan ke atas al Ihya’, “Aku tidak jumpa akan sanadnya.”

(al Mughni, hadith no 4134)


🗯🗯
Soal Jawab

Soalan:
Dari mana al Ghazali dapat? Adakah beliau menciptanya sendiri?

Jawapan:
Beliau dapat daripada gurunya juga, cuma zaman beliau, sanad tidak perlu diberitahu, sebab beliau merupakan ulama’ yang besar. Tiada yang berani hendak bertanyakannya ketika itu.

 

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-107 dan Ke-108

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-107

Allah ‎ﷻ hendak menempelak orang Yahudi dan Nasrani yang mempersoalkan tentang perbuatan Allah ‎ﷻ memansukhkan ayat-ayat dari Kitab mereka.

أَلَم تَعلَم أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلكُ السَّماواتِ وَالأَرضِ ۗ وَما لَكُم مِن دونِ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلا نَصيرٍ

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Tidakkah kamu tahu bagi Allah lah milik-Nya segala kerajaan tujuh langit dan tujuh bumi?;

Tidak ada makhluk lain yang boleh mengatakan sesuatu ayat itu telah mansukh atau tidak melainkan hanya Allah ‎ﷻ sahaja. Ini adalah kerana kerajaan langit dan bumi hanya milik-Nya sahaja. Semua yang berada di langit dan bumi akan adalah dalam milik Allah ‎ﷻ.

Apabila Allah ‎ﷻ meletakkan perkataan لَهُ sebelum perkataan مُلْكُ, itu bermaksud ‘exclusivity’: bermakna hanya milik Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ tidak berkongsi kerajaan-Nya dengan sesiapa pun.

Oleh kerana Allah ‎ﷻ Maha Memiliki segala-galanya, maka terpulang kepada Allah ‎ﷻ untuk melakukan apa sahaja. Kalau Dia ada terhalang, bukan sifat Tuhanlah kalau begitu. Jadi, kalau Allah ‎ﷻ hendak memansukhkan sesuatu, itu adalah hak Allah ‎ﷻ.

وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ

Dan tidak ada lagi bagi kamu selain daripada Allah;

Kalau kamu mempersoalkan juga hak Allah ‎ﷻ untuk memansukhkan apa-apa sahaja, buat apa-apa sahaja, ada balasan untuk kamu di akhirat kelak. Kamu akan dikenakan dengan azab sengsara.

مِنْ وَلِيٍّ

sebagai wali;

Dan apabila Allah ‎ﷻ berikan balasan azab kepada kamu, tidak ada sesiapa yang boleh memberi perlindungan. Wali iaitu sebagai pelindung. Orang yang degil untuk menerima kebenaran akan dikenakan dengan azab akhirat dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Ini juga merujuk kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang hendak masuk Islam, tetapi takut. Mereka takut mereka disakiti oleh masyarakat mereka. Mereka takut mereka disisihkan oleh masyarakat mereka. Ini kerana yang masuk Islam bukanlah semua sekali masyarakat mereka. Yang ada masuk adalah sedikit demi sedikit sahaja.

Jadi pada mereka, sementara mereka dalam jumlah yang sedikit, mereka nampak mereka akan berada dalam keadaan yang payah. Maka Allah ‎ﷻ hendak memberitahu mereka bahawa tidak ada yang dapat memberi perlindungan kepada mereka melainkan Allah ‎ﷻ. Mereka hendaklah bergantung kepada Allah ‎ﷻ sebagai pelindung. Jangan takut kepada orang lain. Allah ‎ﷻ akan melindungi mereka.

Maka ini juga peringatan kepada orang zaman sekarang yang masih takut-takut untuk masuk Islam. Mereka sudah nampak kebenaran Islam tetapi masih takut untuk mengucap syahadah. Ini adalah kerana mereka takut keluarga marah, dibuang kerja dan sebagainya.

Kalimah وَلِيٍّ bermaksud ‘sesiapa yang mahu memberi pertolongan’. Allah ‎ﷻ hendak beritahu bahawa Dialah yang akan melindungi mereka. Adakah sesiapa lagi yang lebih baik dalam melindungi?

وَلَا نَصِيرٍ

atau yang boleh memberi pertolongan;

Kalau Allah ‎ﷻ berikan balasan azab kepada kamu yang mempersoalkan hak Allah ‎ﷻ, tidak ada sesiapa yang dapat menolong kamu lagi.

Selain daripada Allah ‎ﷻ, tidak ada lagi yang boleh menolong. Allah ‎ﷻ hendak memberitahu mereka bahawa Allah ‎ﷻ akan menolong mereka kalau mereka masuk Islam. Allah ‎ﷻ pasti akan selamatkan mereka.

Maksud perkataan نَصِيرٍ adalah ‘yang sentiasa menolong’. Allah ‎ﷻ akan sentiasa membantu mereka yang masuk Islam. Serahkan segalanya kepada Allah ‎ﷻ. Kena letakkan tawakal yang tinggi kepada Allah ‎ﷻ.

Tafsir Ayat Ke-108

أَم تُريدونَ أَن تَسأَلوا رَسولَكُم كَما سُئِلَ موسىٰ مِن قَبلُ ۗ وَمَن يَتَبَدَّلِ الكُفرَ بِالإيمانِ فَقَد ضَلَّ سَواءَ السَّبيلِ

Adakah kamu pula hendak meminta daripada Rasul kamu sebagaimana diminta daripada Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus.

أَمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَسْأَلُوا رَسُولَكُمْ

Adakah kamu hendak tanya Rasul kamu

Ini adalah teguran Allah ‎ﷻ kepada para sahabat Nabi Muhammad ﷺ. Ada kalangan sahabat yang tanya soalan-soalan tentang perkara yang tidak berlaku. Hanya berkemungkinan sahaja ia berlaku. Allah ‎ﷻ menegur perbuatan mereka ini kerana bertanya perkara yang sia-sia.

Kalau hendak kirakan kemungkinan, semua benda boleh menjadi kemungkinan. Kalau hendak layan semua, jenuh untuk dijawab semua soalan-soalan itu. Perkara ini banyak ada terdapat di dalam kitab feqah. Semua perkara diperbincangkan sampai manusia menjadi pening. Soalan-soalan sebegini tidak memberi keuntungan. Jadi Allah ‎ﷻ hendak beritahu kepada mereka supaya tidak payah tanya.

كَمَا سُئِلَ مُوسَىٰ مِنْ قَبْلُ

sepertimana telah ditanya Nabi Musa sebelum ini?

Allah ‎ﷻ mengingatkan tentang perbuatan orang Yahudi kepada Nabi yang mereka sanjung dahulu – Nabi Musa عليه السلام. Sedangkan Nabi Musa عليه السلام sendiri telah mereka sakiti dengan menanyakan soalan yang tidak patut. Mereka bertanya itu sebenarnya kerana mereka tidak mahu buat seperti mana yang disuruh. Bila disuruh buat sesuatu, mereka persoal: “Kenapa kena buat?” Sekarang mereka tanya kepada Nabi Muhammad ﷺ pula.

Sahabat-sahabat Nabi ﷺ juga ada tanya kepada Nabi Muhammad ﷺ tentang perkara yang karut atau tidak berfaedah. Antaranya adalah mereka tanya siapakah bapa mereka yang sebenarnya. Ini kerana mereka tidak pasti jikalau ayah mereka adalah ayah mereka yang sebenarnya disebabkan ibu mereka telah mempunyai lebih dari satu pasangan. Perkara tersebut merupakan perkara biasa ketika itu semasa zaman jahiliah dan penzinaan masih berleluasa.

Itu adalah soalan yang tidak elok. Itu adalah antara soalan yang membuang masa sahaja. Tidaklah patut soalan sebegitu ditanya kepada Nabi kerana tujuan Nabi Muhammad ﷺ bukanlah untuk menjawab perkara-perkara sebegitu. Banyak lagi tugas Nabi ﷺ di muka bumi ini.

Nabi ﷺ tidak mempunyai banyak masa kerana baginda menjadi Rasul selama 23 tahun sahaja dan dalam waktu yang singkat itu baginda kena menyampaikan segala maklumat tentang agama. Jadi apabila mereka bertanya soalan yang tidak patut, maka ia hanyalah membuang masa Nabi ﷺ sahaja.

Atau, kerana kita masih lagi dalam bahagian Surah Baqarah yang berkenaan Bani Israil, maka pertanyaan ini ditujukan kepada mereka. Kalau begitu, ayat ini adalah tentang pertanyaan-pertanyaan mereka kepada Nabi Muhammad ﷺ. Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan رَسُولَكُمْ – Rasul kamu – kerana Nabi Muhammad ﷺ adalah Rasul mereka sekarang. Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan mereka bahawa Nabi Muhammad ﷺ itu juga merupakan rasul mereka. Mereka sepatutnya telah menerima Nabi Muhammad ﷺ sebagai Rasul mereka, tetapi mereka yang tidak terima.

Dalam ayat sebelum ini, mereka mempersoalkan tentang Allah ‎ﷻ memansukhkan Kitab-kitab mereka dan hukum-hukum dalam agama. Kali ini mereka mempersoalkan tentang kenabian Nabi Muhammad ﷺ pula. Begitu juga yang mereka telah buat kepada Nabi Musa عليه السلام dahulu. Mereka mempersoalkan arahan yang disampaikan oleh Nabi Musa عليه السلام. Mereka kata arahan itu dari Nabi Musa

Islam memang menggalakkan manusia bertanya untuk mendalami agama. Tetapi soalan mereka ini bukan soalan yang hendak mendalami agama. Contohnya ada jenis soalan yang baik seperti: Bagaimana cara hendak bayar zakat? Itu adalah soalan yang baik.

Tetapi berbeza pula dengan soalan: Kenapa kita kena bayar zakat pula? Itu soalan yang mempersoalkan kesahihan sesuatu hukum. Maka beginilah soalan yang mereka telah berikan dahulu kepada Nabi Musa عليه السلام. Kita telah belajar bagaimana mereka bertanya dan bertanya lagi tentang arahan Allah ‎ﷻ untuk mereka menyembelih lembu betina itu. Mereka tanya untuk memperolokkan arahan yang telah diberikan kepada mereka.

وَمَنْ يَتَبَدَّلِ الْكُفْرَ بِالْإِيمَانِ

Dan sesiapa yang ingin tukar iman kepada kufur;

Iaitu mereka yang mengambil kufur, dengan menolak iman. Ingatlah kalau bertanya tetapi bukan kerana hendak amal, itu boleh menyebabkan jatuh kufur.

Begitu juga kalau soalan mereka adalah untuk mempersoalkan kedudukan Nabi. Mereka kena faham, mempersoalkan Rasul adalah sama juga mempersoalkan Allah ‎ﷻ. Ini kerana arahan yang Rasul sampaikan adalah daripada Allah ‎ﷻ – bukannya daripada diri rasul itu. Maka sesiapa yang mempersoalkan Allah ‎ﷻ, itu adalah tindakan kufur. Itulah makna ayat ini – mereka telah menukar iman dengan kekufuran dengan bertanya soalan yang mempersoalkan Nabi Muhammad ﷺ.

Zaman sekarang, banyak manusia yang mempersoalkan Nabi. Mereka kononnya terima Allah ‎ﷻ, tetapi tidak terima Nabi. Sebab itu ada kumpulan-kumpulan yang anti-hadith. Padahal, mereka tidak belajar hadith-hadith Nabi ﷺ itu. Mereka terus sangka bahawa hadith-hadith itu semua tidak boleh pakai kerana ia adalah kata-kata manusia.

Ini semua adalah fahaman yang amat bahaya. Ini kerana pendapat sebeginilah yang menyebabkan manusia menjadi sesat. Bagaimana kita hendak menerima Al-Qur’an tetapi tidak menerima Hadith Nabi, padahal hadith Nabi itu memperjelaskan apa yang ada dalam Al-Qur’an? Kita tidak akan faham apakah yang Allah ‎ﷻ maksudkan dalam ayat-ayat-Nya tanpa penjelasan dari Nabi ﷺ.

Kita juga tidak tahu bagaimana hendak mengamalkan suruhan dalam Al-Qur’an kalau tidak ditunjukkan oleh Nabi ﷺ. Bagaimana pula mereka boleh berkata mereka terima Al-Qur’an tetapi tidak terima Nabi ﷺ, sedangkan Al-Qur’an itu juga telah disampaikan melalui mulut Nabi ﷺ? Ini semua terjadi kerana mereka tidak belajar Al-Qur’an dan tidak belajar ilmu hadith. Padahal, dua perkara itu adalah sumber rujukan utama kepada manusia.

Namun lihatlah bagaimana umat Islam sendiri amat jauh daripada dua sumber ini. Mereka langsung tidak ambil peduli tentang ilmu tafsir Al-Qur’an dan ilmu Hadith. Yang mereka belajar dan pegang dengan kuat adalah ajaran dari guru-guru mereka dan dari kitab-kitab karangan manusia.

فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

sesungguhnya telah sesat mereka itu dari jalan yang benar.

Ini kerana mereka tolak Nabi, mereka telah sesat jauh dari kebenaran. Allah ‎ﷻ tidak beri hidayah kepada mereka yang berterusan menolak Nabi. Kalau tidak mahu memberi telinga mendengar dakwah daripada Nabi dan penyeru Tauhid, maka akan ada masalah dengan iman nanti.

Allahu a’lam. 

TBK 10.1.15 al Masih al Dajjal

0

TBK 10.1 al Masih al Dajjal.

10.1.15 Fitnah Dajjal.
من فتنة الدجال

Fitnah bererti ujian dan cubaan.

Kesimpulan dari Ibnu Atsir رحمه الله:

لامتحان والاختبار … وقد كثر استعمالها فيما أخرجه الاختبار من المكروه، ثم كثر حتى استعمل بمعنى الإثم والكفر والقتال والإحراق والإزالة والصرف عن الشيء (النهاية 3 / 410).

Fitnah,
“(Secara bahasa maknanya) “Ujian…
dan kata fitnah ini banyak penggunaannya di dalam perkara yang tidak disukai, kemudian itu banyak digunakan juga untuk makna-makna: dosa, kekafiran, perang, pembakaran, melenyapkan dan memalingkan sesuatu”
(Rujuk kitab An-Nihayah 3/410).

Fitnah ad Dajjal – Ujian; kekafiran, malapetaka, peperangan, dosa dan kekafiran yang dibawa olehnya.

Hadith 1:
Dari Hudzaifah رضي الله عنه;

2934 عن شقيق عن حذيفة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الدجال ~ معه جنة ونار فناره جنة وجنته نار

Terjemahan:
Dari Syaqiq dari Hudzaifah Ibnu Yaman رحمه الله, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Bersama Dajjal datang syurga dan neraka, nerakanya syurga, syurganya adalah neraka.”
(HR Muslim, kitab al fitan, no 2934 cetakan syarah anNawawi)

Fiqh hadith:
Menurut pendapat Ibnu Hibban رحمه الله dalam sahihnya, ia adalah khayalan dan rekaan atau pembalikan realiti. Ia semata-mata khayalan bukan realiti.

Imam an-Nawawi رحمه الله ketika mensyarah hadith ini, berpendapat, ini adalah fitnah dan ujian kepada orang beriman untuk menguji mereka bila Dajjal membawa syurga dan neraka.

Syarah:
Sekarang ini pun manusia sudah tidak dapat membezakan syurga dengan neraka. Dajjal mendakwa projeknya membawa kenikmatan, kemajuan, pemodenan, pembangunan, tapi yang sebenarnya membawa malapetaka, bebanan hutang, lebih banyak cukai dan masalah ekonomi-sosial kepada masyarakat.

Contoh terbaik ialah Turki. Kemalis mendakwa membawa kemodenan , membawa syurga kepada Turki dan beranggapan agama sebagai neraka.


Hadith 2:
Dari Hudzaifah رضي الله عنه;

إِنَّ مَعَهُ مَاءً وَنَارًا فَنَارُهُ مَاءٌ بَارِدٌ وَمَاؤُهُ نَارٌ فَلاَ تَهْلِكُوا

Terjemahan:
“Sesungguhnya bersamanya ada air dan api, apinya adalah air dingin dan airnya adalah api, kerana itu janganlah kalian binasa.”
(HR. Bukhari no. 7130 dan Muslim no. 2934)

Syarah:
Apa yang dibawa oleh Dajjal adalah kebalikan.
Air dan api adalah majaz kepada keperluan utama manusia tetapi apa yang dibawa Dajjal air,
maksud yang sebenarnya adalah api, apa yang di tangan Dajjal api sebenarnya adalah air.

Nota:
Majaz = Kiasan


Hadith 3:
Dari Hudzaifah رضي الله عنه;

رقم الحديث: 5227
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ ، عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ ، عَنْ حُذَيْفَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا مَعَ الدَّجَّالِ مِنْهُ مَعَهُ نَهْرَانِ يَجْرِيَانِ ، أَحَدُهُمَا رَأْيَ الْعَيْنِ مَاءٌ أَبْيَضُ ، وَالْآخَرُ رَأْيَ الْعَيْنِ نَارٌ تَأَجَّجُ ، فَإِمَّا أَدْرَكَنَّ أَحَدٌ فَلْيَأْتِ النَّهْرَ الَّذِي يَرَاهُ نَارًا وَلْيُغَمِّضْ ، ثُمَّ لَيُطَأْطِئْ رَأْسَهُ ، فَيَشْرَبَ مِنْهُ ، فَإِنَّهُ مَاءٌ بَارِدٌ

Terjemahan:
“Sesungguhnya aku lebih tahu tentang apa yang akan dimiliki Dajjal daripada dia sendiri. Dia akan memiliki dua buah sungai yang mengalir. Salah satunya tampak dalam pandangan mata sebagai air putih, sedang yang lain tampak dalam pandangan mata sebagai api yang berkobar-kobar. Jika seorang dari kamu sekalian mengalaminya, maka datanglah ke sungai yang tampaknya sebagai api, lalu pejamkan mata, sesudah itu tundukkan kepala, lalu minumlah, kerana (apa yang tampak sebagai api itu) sebenarnya air sejuk.”
(HR Muslim no 5227)

Syarah:
Ini juga suatu pembalikan realiti atau penipuan licik Dajjal.
Dajjal membawa dua sungai. Sungai dalam majaz orang Arab ialah air yang membawa kehidupan, pertanian, dan di Malaysia, air bermaksud bekalan air bersih ke setiap rumah.

Dajjal membawa dua sungai, satunya api dan air. Maka orang mukmin hendaklah mengambil sungai yang tampak seperti api, kerana itulah yang sebenarnya air. Ini majaz atau kiasan yang tinggi dari Rasulullah ﷺ.


Hadith 4:
Nawwas bin Sam’an.

الكتب » صحيح مسلم » كتاب الفتن وأشراط الساعة » باب ذكر الدجال وصفته وما معه no 2937
عن النواس بن سمعان قال ذكر رسول الله صلى الله عليه وسلم …فيأتي على القوم فيدعوهم فيؤمنون به ويستجيبون له فيأمر السماء فتمطر والأرض فتنبت فتروح عليهم سارحتهم أطول ما كانت ذرا وأسبغه ضروعا وأمده خواصر ثم يأتي القوم فيدعوهم فيردون عليه قوله فينصرف عنهم فيصبحون ممحلين ليس بأيديهم شيء من أموالهم ويمر بالخربة فيقول لها أخرجي كنوزك فتتبعه كنوزها كيعاسيب النحل …..

Terjemahan:
“Kemudian Dajjal mendatangi suatu kaum lalu mereka percaya dan mendukungnya, maka dia memerintahkan langit untuk menurunkan air hujan sehingga turun hujan dan tanah untuk menumbuhkan tanaman, lalu tumbuh. Dia lalu mendatangi suatu kaum dan mereka menolak, kemudian dia berpaling, akhirnya mereka (kaum tersebut) mengalami kegawatan tidak memiliki harta sedikitpun, dia melewati kawasan yang kegawatan seraya berkata: “Keluarkan perbendaharaanmu”, maka keluarlah perbendaharaannya seperti lebah dari sarangnya.”
(HR Muslim, Kitab Al Fitan dan Asyrath as-Saah no 2937)

Syarah:
Maksudnya Dajjal memiliki teknologi, menguasai ekonomi dan militari untuk memanipulasi penduduk bumi dan mampu menekan manusia yang tidak menerima kepimpinannya.


Hadith 5:
Abu Umamah al Bahili رضي الله عنه;

من فتنه

أنه يقول للأعرابي :” أرأيت إن بعثت لك أباك ولأمك؟ أتشهد أني ربك؟فيقول:نعم. فيتمثل الشيطان في صورة أبيه وأمه فيقولان:يا بني,اتبعه فإنه ربك (رواه ابن ماجة والحاكم وصححه على شرط مسلم وصححه الألباني في صحيح الجامع)

Terjemahan:
“Antara fitnah Dajjal, dia menawarkan seorang Arab Badwi, ‘Renungkan, sekiranya aku dapat ‎membangkitkan ayah ibumu yang telah mati, adakah kamu akan bersaksi bahawa aku adalah Rabbmu?’ ‎Lelaki Arab tersebut menjawab, ‘Ya.’ Kemudian muncullah 2 syaitan yang menjelma di hadapannya ‎dalam bentuk ayah dan ibunya. Kedua-duanya berpesan, ‘Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia ‎adalah Rabbmu.’”
(HR. Ibnu Majah 4077, dan disahihkan al-Albani dalam Sahih Jaami’us Shogir). ‎

Syarah:
Dajjal menggunakan sihir. Dia bukanlah mampu menghidupkan orang yang mati seperti mana yang tersebar. Yang sebenarnya dia menggunakan khadam syaitan untuk membuat silap mata, di mana syaitan akan menjelma menjadi orang yang sudah mati dan syaitan lah yang sebenarnya dihidupkan oleh Dajjal, dalam bentuk sihir.

Hadith 6:
Dajjal membunuh pemuda mukmin.

أنه يدعو رجلا ممتلئا شبابا فيقطعه بالسيف نصفين ثم يقول الدجال للناس:” انظروا إلى عبدي هذا فإني أبعثه ثم يزعم أنه له ربا غيري,فيأمر الدجال هذا الرجل أن يقوم حيا ,فيقوم وقد أحياه الله وليس الدجال لكن يري الدجال انه أحياه ويلتئم الشقان ,فيقول الخبيث: من ربك؟ فيقول :ربي الله وأنت عدو الله أنت الدجال”

Takhrij hadith:

لراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2938 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | انظر شرح الحديث رقم 6088

Terjemahan:
Dari Abu Sa’id al Khudry رضي الله عنه;
Dajjal memanggil seorang pemuda kemudian akan membelah tubuhnya kepada dua bahagian, lalu Dajjal berkata kepada orang ramai, ” Lihatlah hambaku ini aku akan membangkitkan dia semula di mana dia akan mengaku dia memiliki idola selain aku.” Maka dia perintahkan lelaki itu hidup, maka hiduplah dia yang sebenarnya Allah ﷻ yang menghidupkan bukan si Dajjal itu. Akan tetapi Dajjal mengaku dia yang menghidupkan dan menyatukan tubuh lelaki tersebut yang terbelah dua. Dajjal bertanya kepada lelaki tersebut, siapa Rabb kamu? Lelaki tersebut menjawab, ” Rabbku adalah Allah dan engkau adalah musuh Allah, engkaulah Dajjal”
(HR Muslim no 6088)

Popular

Iklan

Iklan