Utama Blog Halaman 50

SIRI LA TAHZAN: Bab 194 – Ilmu Adalah Petunjuk Dan Ubat (العلم هُدى وشِفاءٌ )

0

LA TAHZAN: Bab 194 – Ilmu Adalah Petunjuk Dan Ubat (العلم هُدى وشِفاءٌ )

ذَكَرَ ابنُ حزمٍ في ( مُداواة النفوس ) أنَّ منْ فوائدِ العلمِ : نَفْيَ الوسواسِ عن النَّفْسِ ، وطرْدَ الهمومِ والغمومِ والأحزانِ .

وهذا كلامٌ صحيحٌ خاصَّةً لمنْ أحبَّ العِلْم وشغف به وزاولهُ ، وعمل به وظهر عليه نفْعُه وأثرُه .

فعلى طالبِ العلمِ أن يوزِّع وقته ، فوقتٌ للحفْظِ والتكرارِ والإعادةِ ، ووقتٌ للمطالعةِ العامَّةِ ، ووقتٌ للاستنباطِ ، ووقتٌ للجَمْعِ والتَّرتيبِ ، ووقتٌ للتأمُّلِ والتدبُّرِ .

Ibn Hazm رحمه الله (ulama’ besar Andalusia, wafat 456H) di dalam kitabnya Mudawatun Nufus menulis antara faedah Ilmu:

☘️ Menghilangkan was-was atau keraguan dalam jiwa manusia

☘️ Mengusir kesedihan, kesusahan dan kecemasan

✍️ Syarah al Qarni حفظه الله:

❄️ Anda akan merasai kebenaran kata-kata Ibn Hazm رحمه الله, jika anda benar-benar menyintai ilmu, menekuninya, bersungguh-sungguh mencarinya dan mengamalkannya.

❄️ Oleh itu, penuntut ilmu hendaklah bijak menggunakan waktu: antara menghafal, mengulangkaji, belajar, istinbat (membuat rumusan), mengumpul dan waktu bertadabbur.

🎵 Sebuah syair Arab berbunyi:

فكُنْ رجُلاً رِجْلُه في الثَّرى وهامةُ هِمَّتِهِ في الثُّريَّا

Maka jadilah seseorang yang kakinya berpijak di bumi, namun himmah atau wawasannya di angkasaraya.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-219 dan Ke-220

0

Tafsir Ayat Ke- 219

Ayat ke-219 hingga ke-242 adalah hukum berkaitan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Kita akan belajar hak anak yatim, larangan minum arak dan judi, hukum sumpah, hukum talaq, rujuk dan iddah, haidh, larangan bersetubuh ketika haid, larangan nikah dengan orang kafir, hukum hubungan suami isteri, hukum fasakh dan khulu’, hukum wanita hamil, hukum menyusukan anak, status persamaan dan beza lelaki dan wanita.

Ada lima perkara agama yang memberi kesan kepada kita sama ada baik ataupun buruk. Ia boleh jadi baik, dan boleh jadi buruk. Perkara-perkara ini memberi kekeliruan pada manusia.

Oleh kerana kekeliruan itu menyebabkan manusia tidak dapat keluar daripada kesesatan menuju kepada kebenaran. Ini kerana perkara-perkara yang akan disebut selepas ini boleh memberi dua hala iaitu boleh membawa kepada kebaikan dan boleh kepada keburukan. Jadi kita kena dapatkan maklumat yang sahih.

Salah satu daripadanya adalah tentang arak dan judi. Arak itu dari satu sudut memang ada faedah sebab itu manusia ada yang minum arak kerana mereka nampak kebaikan padanya.

Kalau kita tanya mereka kenapa mereka minum arak, mereka akan jawab dengan memberikan berbagai-bagai faedah pada arak itu. Dengan sebab itu mereka tidak boleh meninggalkannya walaupun mereka memang tahu ada keburukan padanya kerana mereka nampak ada faedah kepada mereka.

Begitu jugalah dengan judi yang ada juga kepentingan di dalamnya. Antaranya boleh buat duit.
Oleh kerana ada potensi dua hala ini (boleh juga jadi kebaikan atau keburukan), maka seseorang itu mestilah memikirkan dengan mendalam mengenainya.

Jangan nampak yang baik kepada mereka sahaja kerana hanya apabila mereka memikirkan dalam-dalam, baru mereka akan nampak bahawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Manusia yang mempunyai akal yang waras, apabila nampak banyak keburukan daripada kebaikan, maka mereka akan meninggalkannya. Bagi kita yang tidak pernah minum arak dan berjudi ini mungkin tidak ada masalah tetapi ada orang yang telah bergelumang lama dengan perkara-perkara ini.

Jadi tidak boleh ajak mereka kepada kebenaran dan meninggalkannya dengan cara yang keras. Allah ‎ﷻ ajar bagaimana caranya bercakap dengan mereka di dalam Al-Qur’an.

يَسأَلونَكَ عَنِ الخَمرِ وَالمَيسِرِ ۖ قُل فيهِما إِثمٌ كَبيرٌ وَمَنٰفِعُ لِلنّاسِ وَإِثمُهُما أَكبَرُ مِن نَّفعِهِما ۗ وَيَسأَلونَكَ ماذا يُنفِقونَ قُلِ العَفوَ ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيٰتِ لَعَلَّكُم تَتَفَكَّرونَ

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.

يَسأَلونَكَ عَنِ الخَمرِ وَالمَيسِرِ
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.

Mereka bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ tentang hukum arak dan judi kerana ia telah menjadi perkara yang sebati di dalam kehidupan masyarakat Arab pada waktu itu sebelum Islam. Mereka ingin tahu apakah pandangan Islam tentang dua perkara itu.

قُل فيهِما إِثمٌ كَبيرٌ
Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar

Allah ‎ﷻ ajar Nabi ﷺ untuk memberitahu kepada mereka bahawa pada arak dan judi itu ada dosa besar. Pada sisi Allah ‎ﷻ, berdosa besar kalau minum arak dan main judi dan terlibat dengannya.

Maksud terlibat, contohnya walaupun kita tidak minum tetapi kalau kita jual, ia adalah dosa besar juga.

Kalau kita menggunakan akal kita yang waras, kita akan nampak bagaimana buruknya arak dan judi itu. Ia membazir duit, merosakkan kesihatan, merosakkan akal, memecah belahkan keluarga dan masyarakat, membuang masa dan macam-macam lagi keburukan yang ada padanya.

وَمَنٰفِعُ لِلنّاسِ
dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia

Dalam masa yang sama, ia juga ada faedah kepada sesetengah orang. Ini tidak dinafikan. Bukan kepada semua orang, tetapi hanya kepada sesetengah orang sahaja iaitu ia boleh beri ketenangan, sumber rezeki, antioksidan (contoh seperti di dalam “red wine” – wain merah) dan lain-lain lagi.

Kalau judi pula, ada orang yang boleh jadi kaya raya kerana judi. Ada pemain Poker yang menjadi jutawan dan hidup senang lenang kerana beriman Poker sahaja.

Namun jangan pula kita sengaja hendak mula minum sebab kita kata ada manfaat. Jangan gunakan ayat ini sebagai dalil pula untuk minum arak selepas ini. Kena baca ayat ini sampai habis.

وَإِثمُهُما أَكبَرُ مِن نَّفعِهِما
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya

Walaupun ada kebaikan, namun Allah ‎ﷻ tekankan bahawa dosa arak dan judi itu lebih besar daripada faedah yang ada padanya. Oleh kerana itu dua perkara itu mesti ditinggalkan. Jangan buat lagi.

Lihatlah bagaimana Allah ‎ﷻ membandingkan antara ‘dosa’ dan ‘faedah’ – bukannya ‘keburukan’ dan ‘faedah’. Maknanya, bukanlah kita boleh buat senarai apakah kebaikan dan keburukan arak dan judi itu. Takut nanti ada yang hendak juga minum arak maka dia senaraikan kebaikan yang lebih banyak pula. Ini tidak boleh.

Kalau ada lebih faedah pun tidak berguna kerana Allah ‎ﷻ telah meletakkan hukum-Nya iaitu arak dan judi itu adalah dosa besar. Tidak boleh kita hendak gunakan akal kita lagi untuk mencari jalan untuk memikirkan apakah kebaikan pada arak itu.

وَيَسأَلونَكَ ماذا يُنفِقونَ
dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?

Masalah kedua yang mereka tanya adalah kadar yang mereka perlu infaqkan. Ini pun ada dua hala juga. Memang mereka tahu mereka kena infaq dan mereka hendak infaq pun, tetapi berapa banyak?

Kerana kalau infaq sampai habis, sudah kena minta sedekah pula selepas itu kerana duit dia semua sudah habis. Kalau tidak infaq langsung, Allah ‎ﷻ murka kepada kita.

قُلِ العَفوَ
Katakanlah: “yang berlebih daripada keperluan

Allah ‎ﷻ kata mudah sahaja, iaitu lebih daripada hajat kamu. Iaitu lebih daripada keperluan kita dalam kehidupan kita. Kita lihat kepada keperluan kita dan bila sudah cukup, maka yang selebihnya kita infaq untuk beri kepada orang lain pula.

Ini adalah hukum yang biasa dan asas. Nanti akan ada penambahan lagi tentang perkara ini di dalam ayat dan surah-surah yang lain kerana ada kelebihan lain yang akan diberikan kepada mereka yang infaq supaya mereka infaq lebih banyak lagi.

Oleh itu, ayat yang kita sedang baca ini adalah hukum biasa di mana kita akan beri yang lebih daripada keperluan kita. Kena baca keseluruhan Al-Qur’an baru akan dapat pemahaman yang menyeluruh.

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيٰتِ لَعَلَّكُم تَتَفَكَّرونَ
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berfikir

Allah ‎ﷻ mengajar kita semua hukum-hukum di dalam Al-Qur’an ini supaya kita boleh menjalani kehidupan kita dengan sempurna. Allah ‎ﷻ suruh kita menggunakan akal kita (yang dipandu wahyu) dalam kehidupan kita. Akal yang waras adalah akal yang tidak terikat dengan emosi.

Tafsir Ayat Ke-220

فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ ۗ وَيَسأَلونَكَ عَنِ اليَتٰمىٰ ۖ قُل إِصلاحٌ لَّهُم خَيرٌ ۖ وَإِن تُخالِطوهُم فَإِخوٰنُكُم ۚ وَاللَّهُ يَعلَمُ المُفسِدَ مِنَ المُصلِحِ ۚ وَلَو شاءَ اللَّهُ لَأَعنَتَكُم ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزيزٌ حَكيمٌ

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ
Mengenai di dunia dan di akhirat

Ayat ini adalah sambungan terus daripada ayat yang sebelumnya. Allah ‎ﷻ menerangkan seluruh ayat-ayatnya tentang arak, judi dan infaq kepada kita semoga kita boleh memikirkan keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat.

Apakah kerugian kalau kita terlibat dengan arak dan keuntungan jikalau kita infaq harta kita.

Semua ini kena difikirkan secara mendalam. Jangan ikut perasaan dan nafsu kita sahaja. Hidup kita bukan di dunia sahaja, tetapi kita semua akhirnya akan menuju kepada akhirat. Jangan kita untung di dunia tetapi rugi di akhirat nanti – itu adalah rugi yang serugi-ruginya.

Ayat ini juga mengingatkan kita untuk memikirkan tentang akhirat. Memang kita sudah selalu memikirkan tentang dunia.

Sebagai contoh, apabila dapat gaji sahaja, kita sudah fikirkan di manakah wang gaji itu akan dibelanjakan, berapa hendak beli makanan dan bayar tempat tinggal, hutang yang kita kena bayar, pakaian yang kita hendak beli, pelaburan yang kita boleh laburkan duit itu dan sebagainya. Itu memang selalu kita fikir.

Namun bagaimana pula dengan akhirat? Adakah dalam perkiraan penggunaan wang kita itu, kita memikirkan kepada siapakah yang kita boleh tolong?

Adakah kita beri infaq kepada mereka yang menjalankan kerja dakwah dan sebagainya? Itu semua adalah saham akhirat kita. Ia tidak akan merugikan kita.

Allah ‎ﷻ telah beritahu yang Dia akan pulangkan balik setiap sen yang kita infaqkan itu dengan berlebihan berganda-ganda lagi. Itu adalah pelaburan yang paling menguntungkan sekali dan tidak ada lagi pelaburan yang lebih untung daripada itu.

Kalau kita simpan duit di rumah atau di bank, ia boleh hilang – tetapi kalau kita simpan dengan Allah ‎ﷻ, ia tidak akan hilang dan akan menunggu kita di akhirat kelak. Sudahlah tidak hilang, ia akan dilipat gandakan berkali-kali ganda.

وَيَسأَلونَكَ عَنِ اليَتٰمىٰ
dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai anak-anak yatim.

Masalah ketiga adalah tentang anak yatim iaitu tentang masalah dalam urusan memelihara mereka. Islam memang menggalakkan umatnya menjaga anak yatim. Ini disebut dalam banyak ayat Al-Qur’an dan juga hadith-hadith sahih.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi ﷺ mengisyaratkan dengan dua jari baginda ﷺ) di syurga”. (Riwayat Muslim, (2983))

Ibn Majah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ عَالَ ثَلَاثَةً مِنْ الْأَيْتَامِ كَانَ كَمَنْ قَامَ لَيْلَهُ وَصَامَ نَهَارَهُ وَغَدَا وَرَاحَ شَاهِرًا سَيْفَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَكُنْتُ أَنَا وَهُوَ فِي الْجَنَّةِ أَخَوَيْنِ كَهَاتَيْنِ أُخْتَانِ وَأَلْصَقَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةَ وَالْوُسْطَى

Daripada Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما beliau berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa mengurus tiga anak yatim maka dia ibarat orang yang melakukan qiyamul lail pada malam harinya, berpuasa pada siang harinya, berangkat pagi dan petang hari dengan pedang terhunus di jalan Allah ‎ﷻ, aku dan dia berada di syurga seperti dua saudara sebagaimana dua ini yang bersaudara.” Dan baginda menempelkan dua jarinya, iaitu jari telunjuk dan jari tengah.” (Hadith Ibnu Majah no 3670)

Imam At-Tirmizi رحمه الله meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda :

مَنْ قَبَضَ يَتِيمًا مِنْ بَيْنِ الْمُسْلِمِينَ إِلَى طَعَامِهِ وَشَرَابِهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الجَنَّةَ الْبَتَّةَ إِلاَّ أَنْ يَعْمَلَ ذَنْبًا لاَ يُغْفَرُ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah ‎ﷻ akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmizi, no. 1917)

Hadith-hadith ini menunjukkan akan ketentuan Allah ‎ﷻ memberikan pahala dan ganjaran kepada mereka yang secara ikhlas memelihara anak yatim.

Baginda Nabi Muhammad ﷺ malah menerangkan bahawa si penjaga akan bersama-sama bagaikan saudara dengan baginda di syurga kelak, inilah antara ganjaran yang terbesar yang diinginkan umat Islam semuanya.

Jadi, memang ada kelebihan menjaga anak yatim. Para sahabat sudah tahu. Namun dalam masa yang sama, kita dilarang daripada memakan harta anak yatim. Allah ‎ﷻ sebut dalam ayat yang lain:
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). [ an-Nisa: 10 ].

Jadi, sahabat takut kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang mereka pelihara kerana sifat mereka yang amat menjaga hukum. Mereka tidak berani hendak melanggar larangan Allah ‎ﷻ. Jadi, mereka sudah mula rasa susah kalau mereka pelihara anak yatim.

Dalam satu sudut, mereka tahu ada banyak ganjaran dan kebaikan kalau menjaga anak yatim, namun dalam masa yang sama juga, mereka takut kalau mereka membuat dosa kalau termakan harta anak yatim itu.

Sampaikan ada antara mereka yang buat dua dapur – satu untuk ahli keluarga mereka dan satu lagi untuk anak-anak yatim itu. Dan mereka tidak makan bersama, kerana takut termakan daripada bahagian anak-anak yatim itu. Itu sudah menyusahkan mereka.

Itulah yang dikatakan ada dua hala itu (ada pro dan kontra). Bukannya para sahabat tidak mahu menjaga anak yatim, tetapi mereka takut juga kalau-kalau mereka buat salah. Maka Allah ‎ﷻ membuat undang-undang untuk menguruskan perkara ini.

قُل إِصلاحٌ لَّهُم خَيرٌ
Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”

Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat ini, kalau tujuan mereka untuk kebaikan anak-anak yatim itu, kesannya adalah baik. ‘Islah’ itu maksudnya tujuan untuk melakukan kebaikan.

Kalau mereka berniat membantu dan menjaga anak yatim itu untuk kebaikan, ia adalah amat bagus sekali.

Kalau anak-anak yatim itu ada harta dan mereka gunakan sebagai pelaburan yang menguntungkan, itu juga adalah kebaikan iaitu cari perniagaan atau pelaburan yang ‘berkemungkinan’ menguntungkan.

Kita memang tahu yang keuntungan tidak dapat dipastikan, tetapi kita boleh agak manakah pelaburan yang selamat.

Maka jangan labur dalam saham Bursa pula sebab itu ada kemungkinan akan rugi wang mereka. Dan jangan juga melabur dalam skim Ponzi dan juga MLM. Kena nilai dengan akal yang waras. Allah ‎ﷻ sebut dalam ayat lain:
Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai dia dewasa [ Isra’: 34 ]

Penjaga boleh ambil harta anak yatim itu dan laburkan di tempat yang bermanfaat. Sebagai contoh, boleh beli rumah dan sewakan dan lain-lain perniagaan yang selamat.

Maka, jika tidak dilaburkan pun, harta itu akan berkurangan sebab kena bayar zakat tiap-tiap tahun – lama-lama harta itu akan susut.

Jadi memang elok kalau harta itu disuburkan dengan pelaburan supaya bertambah supaya apabila anak yatim itu sudah cukup umur, harta itu boleh diberikan kepadanya dan ia telah bertambah. Bolehlah dia gunakan untuk kegunaannya melangsungkan kehidupannya. Tidaklah dia kesusahan nanti apabila dia sudah dewasa.

Semua ini memerlukan hati yang ikhlas dan keinginan kepada kebaikan anak itu. Kalau tidak ada, susah hendak buat begini. Jadi niat daripada asal kenalah benar dan suci ikhlas. Kalau tidak memang susah kerana menjaga anak yatim dan hartanya sekali memang memerlukan usaha yang banyak dan lama.

Jadi, kalau kita kena luangkan masa untuk menjaga harta anak yatim itu, maka sudah tentu kita tidak ada masa untuk buat kerja lain. Maka dalam keadaan itu, kita boleh ambil gaji atau upah daripada wang itu sekadar yang patut. Kena jujur dalam perkara ini. Kena ingat yang semua ini akan ditanya oleh Allah ‎ﷻ.

Kalau kita memelihara anak yatim dan mereka ada harta, kita boleh ambil sedikit harta mereka kerana kita menjaga mereka. Tetapi jikalau kita orang kaya dan tidak memerlukan harta anak yatim itu, maka kita tidak perlu memakannya atau mengambilnya.

Maka dalam keadaan begitu, kita simpan sahaja dan seeloknya dilaburkan ke tempat yang menguntungkan.

Jagalah anak yatim itu dan beri pendidikan agama kepada mereka supaya mereka menjadi anak yang soleh. Allah ‎ﷻ akan membalas segala susah payah kita itu.

Memang menjaga anak-anak yatim bukan mudah kerana kita kena berhati-hati supaya kita tidak termakan harta mereka dengan cara salah atau terbuat kezaliman kepada mereka.

Jadi jikalau kita lakukan semua itu untuk kebaikan anak itu maka insyaallah, Allah ‎ﷻ akan bantu kita untuk menjadikan kebaikan di dalamnya. Ganjaran yang dijanjikan amat-amat tinggi.

وَإِن تُخالِطوهُم فَإِخوٰنُكُم

dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu

Jikalau makanan kita bercampur aduk dengan makanan mereka maka anggaplah mereka itu adik beradik kita bukan orang lain. Janganlah sampai tidak makan bersama kerana takut termakan makanan mereka. Makan sekali, jangan takut. Tidak perlu sampai kena buat dua dapur yang berbeza.

وَاللَّهُ يَعلَمُ المُفسِدَ مِنَ المُصلِحِ

dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan daripada orang yang hendak memperbaikinya.

Allah ‎ﷻ tahu isi hati dan niat mereka yang menjaga anak-anak yatim sama ada mereka mahukan kebaikan untuk anak yatim itu ataupun tidak. Maka kena ingat yang semua perbuatan kita akan ditanya oleh Allah ‎ﷻ dan ia akan bergantung kepada niat kita semasa melakukannya.

وَلَو شاءَ اللَّهُ لَأَعنَتَكُم

Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu

Kalaulah Allah ‎ﷻ mahu, Allah ‎ﷻ boleh menyusahkan kita yang menjaga anak yatim itu, iaitu kita tetap juga kena menjaga anak yatim itu dalam kesusahan dan kepayahan. Sampai tidak boleh langsung makan harta anak yatim itu, kena makan asing, kena buat dapur berbeza dan sebagainya.

Tetapi Allah ‎ﷻ tidak buat begitu di mana Allah ‎ﷻ telah memberikan kemudahan di dalam urusan menjaga mereka supaya kita boleh dapat pahala dan kelebihan menjaga anak yatim, tetapi tidaklah menyusahkan kita sangat.

إِنَّ اللَّهَ عَزيزٌ حَكيمٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ boleh balas segala dosa dan kesalahan kita sama ada di dunia atau di akhirat. Maka takutlah kepada azab Allah ‎ﷻ kalau kita salahguna harta anak-anak yatim itu atau berlaku zalim terhadap mereka.

Kalau kita bersalah dalam hal menjaga harta anak yatim itu dan Allah ‎ﷻ tidak balas semasa di dunia, itu adalah kerana atas hikmah kebijaksanaan Allah ‎ﷻ, yang antaranya Allah ‎ﷻ mahu memberi peluang kita untuk memperbaiki keadaan itu dan bertaubat.

Allahu a’lam.

BAB 15: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Baca Al-Fatihah Selepas Mendengar Berita Kematian

0

Sudah menjadi lumrah atau kebiasaan dalam kalangan masyarakat nusantara, apabila terdengar berita kematian mereka akan berkata “al-Fatihah” atau menyebut “takziah”. Dua kalimah inilah yang popular di media sosial ketika memberi ucapan kepada orang yang ditimpa musibah. Adakah amalan popular ini menepati saranan bertakziah di dalam Islam?

1. Apakah amalan salaf apabila mendengar berita kematian?

Antara ungkapan yang terbaik adalah:

( إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ ، وَلَهُ مَا أَعْطَى ، وَكُلٌّ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى ، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ  (رواه البخاري، رقم 1284، ومسلم، رقم 923

 Sesungguhnya milik Allah ‎ﷻ apa yang diambil dan bagi-Nya apa yang diberikan. Segala sesuatu disisi-Nya ajal yang telah ditentukan. Maka bersabarlah dan berharap (pahala daripada-Nya).” (HR. Bukhari, no. 1284 dan Muslim, no. 923)

 عَظَّم الله أجرك ، وأحسن عزاءك ، وغفر لميتك ، وألهمك صبراً ، وأجزل لنا ولك بالصبر أجرا

Semoga Allah ‎ﷻ memberikan pahala besar bagi kamu, bagus dalam takziah, memaafkan mayat kamu, diberikan kesabaran dan dicurahkan pahala kepada kami dan kamu dengan penuh kesabaran.” (al-Azkar, Imam Nawawi, 126)

2. Bid’ah ungkapan al-Fatihah apabila bertakziah

Apabila seseorang mengucap al-Fatihah kepada berita kematian, apakah implikasinya?

i. Ungkapan “al-Fatihah” apabila mendengar berita kematian tidak diamalkan oleh para salaf. Maka sudah semestinya apabila kita melakukan sesuatu amalan yang tidak diamalkan para salaf, maka itulah yang dikatakan bid’ah. Dalilnya ialah:

مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718 daripada A’isyah رضي الله عنها)

ii. Ayat pertama al-Fatihah ialah “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam” (ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ), maksudnya apabila anda dengar kematian, anda seolah-olah berasa seronok dengan memuji Allah ﷻ sebab si fulan sudah meninggal dunia. Si fulan sudah meninggal dunia, maka anda pun jawab al-Fatihah, maksudnya alhamdulillah dia sudah mati.

iii. Ini kerana majoriti orang nusantara tidak mengerti bahasa Arab, maka mereka mengandaikan ungkapan takziah tersebut adalah ungkapan yang betul apabila mendengar kematian atau ketika mengunjungi keluarga jenazah. Seseorang yang datang berkunjung untuk memberi penghormatan terakhir akan mengucapkan al-Fatihah dan takziah.

Ucapan takziah itu sendiri adalah perbuatan untuk menghiburkan dan menenangkan orang yang ditimpa musibah.

التعزية هي حمل المصاب على الصبر ، وليس لها ألفاظ مخصوصة ، والأفضل أن يعزي بالألفاظ التي عزى بها النبي صلى الله عليه وسلم .

Takziah adalah mengarahkan orang yang mendapat musibah agar bersabar. Namun, tidak ada kata-kata khusus dalam takziah. Ucapan yang terbaik adalah mengucapkan lafaz yang telah diucapkan oleh Nabi ﷺ.

Paling kurang kita melafazkan “Inna lillah wa inna ilahi raaji’un” seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur’an [al-Baqarah: 156]. 

Maka lafaz takziah dan al-Fatihah adalah antara lafaz-lafaz yang bid’ah dan tidak ada asalnya di dalam sunnah ketika kematian.

3. Adakah sahih hadith yang menganjurkan membaca surah al-Fatihah untuk orang yang meninggal dunia?

وروى الطبراني أيضا في “المعجم الكبير” (13613) والبيهقي في “الشعب” (8854) من طريق يَحْيَى بْن عَبْدِ اللهِ الْبَابْلُتِّيّ، ثنا أَيُّوبُ بْنُ نَهِيكٍ، قَالَ: سَمِعْتُ عَطَاءَ بْنَ أَبِي رَبَاحٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ، يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: (إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَلَا تَحْبِسُوهُ، وَأَسْرِعُوا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ، وَلْيُقْرَأْ عِنْدَ رَأْسِهِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ، وَعِنْدَ رِجْلَيْهِ بِخَاتِمَةِ الْبَقَرَةِ فِي قَبْرِهِ).

وهذا إسناد واه ، أيوب بن نهيك ، ضعفه أبو حاتم وغيره، وقال الأزدي: متروك.

حديث: “إذا مات أحدكم فلا تحبسوه وأسرعوا به إلى قبره، وليقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب وعند رجليه بخاتمة البقرة في قبره”.

شديد الضعف مرفوعا وموقوفا:

أما المرفوع فرواه الخلال في القراءة عند القبور (4) والطبراني (12/444 رقم 13613) والبيهقي في الشعب (7/16 رقم 9294) من طريق يحيى بن عبد الله البابلتي، عن أيوب بن نهيك، سمعت عطاء بن أبي رباح، سمعت ابن عمر، فذكره مرفوعا.

وهذا سند ضعيف جدا، يحيى واه، وبه أعله الهيثمي في مجمع الزوائد (3/44)، وشيخه أيوب متروك، وقال الألباني: الحديث ضعيف جدا. (الضعيفة 4140)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Jika di antara kalian ada yang meninggal, maka janganlah diakhirkan, segeralah dimakamkan. Dan hendaklah di kepalanya dibacakan pembukaan Al-Qur’an (surah al-Fatihah) dan di kakinya dengan penutup surah al-Baqarah di kuburnya.” (HR at-Thabrani dalam al-Kabir no. 13613, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman no. 9294 dan Tarikh oleh Yahya bin Ma’in 4/449)

Al-Hafiz Ibnu Hajar رحمه الله memberi penilaian kepada hadith tersebut: Hadith riwayat at-Thabrani dengan sanad yang hasan.” (Fath al-Bari 3/184)

Penjelasan Multaqa ahlul hadith:

حديث: “إذا مات أحدكم فلا تحبسوه وأسرعوا به إلى قبره، وليقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب وعند رجليه بخاتمة البقرة في قبره”.

شديد الضعف مرفوعا وموقوفا:

أما المرفوع فرواه الخلال في القراءة عند القبور (4) والطبراني (12/444 رقم 13613) والبيهقي في الشعب (7/16 رقم 9294) من طريق يحيى بن عبد الله البابلتي، عن أيوب بن نهيك، سمعت عطاء بن أبي رباح، سمعت ابن عمر، فذكره مرفوعا.

وهذا سند ضعيف جدا، يحيى واه، وبه أعله الهيثمي في مجمع الزوائد (3/44)، وشيخه أيوب متروك، وقال الألباني: الحديث ضعيف جدا. (الضعيفة 4140)، ويتضح بذلك وهم ابن حجر عندما قال عن المرفوع: إسناده حسن. (فتح الباري 3/184) إذ فيه علتان ظاهرتان.

Sanad riwayat ini ada kelemahan iaitu Yahya bin Abdillah bin ad-Dhohhak Al-Babulati dinilai lemah oleh Al-Hafidzh Ibnu Hajar dalam “At-Taqrib”, sedang Syaikhnya sendiri yang bernama Ayyub bin Nuhaik dinilai lemah oleh Abu Hatim dan Abu Zur’ah melabel “munkarul hadith”. Atas dasar itulah Syaikh Al-‘Allamah al-Albani berkata riwayatnya “dhaif jiddan” (sangat lemah). 

Adalah sebuah kejanggalan apabila Al-Hafidzh Ibnu Hajar رحمه الله menghukumi sanadnya hasan di tempat lain. Penilaian hasan oleh Ibn Hajar dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam Ahkam al-Janaiz, Silsilah al-Dha’ifah dan Hidayah al-Ruwah (وضعفه موقوفا الألباني في أحكام الجنائز (ص243 المعارف) والضعيفة (4140) والتعليقات على هداية الرواة (2/223))

Hadith ini mengenai orang yang menurunkan mayat ke dalam kubur hendaklah membaca al-Fatihah di kepala dan al-Baqarah di kakinya. Jika hadith ini sahih sekali pun, matannya amat gharib (pelik) kerana perlukan masa yang lama untuk kebumikan jenazah kerana panjangnya surah al-Baqarah itu. Sedangkan Nabi ﷺ sendiri menyuruh kita mempercepatkan upacara pengkebumian jenazah.

Hadith Ibnu Umar رضي الله عنه ini menjadi hujah golongan pondok dan pesantren dengan menghukum membaca Al-Quran di kuburan adalah baik ketika pengkebumian atau ziarah kubur. Mereka mengambil bulat-bulat penilaian hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar tanpa melihat penilaian Ibnu hajar dalam al-Talkhis al-Habir. Di dalam kitab tersebut, Ibnu Hajar telah menjelaskan kedudukan perawi dalam hadith ini akan perawi Yahya al-Babulati dan Abdul Rahman bin al-‘Ala’; (التلخيص الحبير (2/130) )

Rumusan daripada Syeikh al-Albani رحمه الله di dalam al-Dha’ifah:

 وقال الإمام أحمد في مسائل ابن هانئ: القراءة على القبر بدعة. (946)، وهذا مذهب جمهور السلف، كأبي حنيفة ومالك، الذي قال: ما علمت أحدا يفعل ذلك. (انظر الضعيفة)

Ditanya kepada Imam Ahmad رحمه الله dalam Masail Ibn Hani’, akan isu membaca Al-Qur’an di perkuburan, Imam Ahmad berkata ia adalah bid’ah, inilah mazhab jumhur salafusoleh dan pendapat mazhab Abu Hanifah dan Maliki.”

Allahu a’lam.

SIRI LA TAHZAN: Bab 193 – Antara Faedah Daripada Musibah (منْ فوائدِ المصائبِ)

0
La Tahzan 193: Antara Faedah Daripada Musibah (منْ فوائدِ المصائبِ)

 

🖌 Antara hikmah di sebalik setiap musibah yang menimpa orang mukmin:

استخرجُ مكنونِ عبوديةِ الدعاءِ ، قال أحدُهم : سبحان منِ استخرج الدعاء بالبلاءِ . وذكَرُوا في الأثرِ : أنَّ الله ابتلى عبداً صالحاً منْ عبادِهِ ، وقال لملائكتِه : لأسمع صوتهُ . يعني : بالدعاءِ والإلحْاحِ

Supaya menjadikan orang yang terkena musibah kembali berdoa. Berkata seseorang, “Maha suci Allah ‎ﷻ yang telah menyebabkan seseorang hamba kembali berdoa kerana ditimpa bencana.”

Dalam sebuah athar, “Bahawa Allah ‎ﷻ memberi cubaan kepada hamba-Nya yang soleh, kemudian Dia berfirman kepada para Malaikat-Nya, “Aku ingin mendengar suaranya (doanya)” *
————————-

  • Dhaif
رواه الطبراني في “المعجم الأوسط” (8442) ، وفي “الدعاء” (87) ، وابن عساكر (8/244) ، وعبد الغني المقدسي في الدعاء (51)
وقال الهيثمي في “المجمع” (10/ 151): ” رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْأَوْسَطِ، وَفِيهِ إِسْحَاقُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي فَرْوَةَ، وَهُوَ مَتْرُوكٌ ” .
وقال الألباني في “الضعيفة” (2296): ” ضعيف جدا

Dikeluarkan oleh at Tabrani, ibn Asaakir, dan Abdul Ghani al Maqdisi.

Tahqiq al Haithami, al Majma’ 10:151, ada perawi matruk, Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah

Tahqiq al Albani, amat dhaif, silsilah al dhaifah, 2296

 

🖌 Antara hikmah di sebalik setiap musibah yang menimpa orang mukmin:

ومنها : كَسْرُ جماحِ النفسِ وغيِّها ؛ لأنَّ الله يقول : * كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَى{6} أَن رَّآهُ اسْتَغْنَى *

Musibah menundukkan nafsu yang sifatnya melampaui batas (maksudnya musibah akan mendatangkan sifat kehinaan, kerendahan kepada jiwa manusia) sebagaimana firman Allah ‎ﷻ:

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. ” [al Alaq: 6-7]

 

🖌 Antara hikmah di sebalik setiap musibah yang menimpa orang mukmin:

ومنها : عطفُ الناسِ وحبُّهم ودعاؤُهم للمصابِ ، فإنَّ الناس يتضامنون ويتعاطفون مع منْ أُصيب ومنِ ابتُلي

Musibah mencetus kesedaran orang ramai untuk menyayangi dan mendoakan mangsa musibah. Sesungguhnya orang ramai mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.

 

🖌 Antara hikmah di sebalik setiap musibah yang menimpa orang mukmin:

ومنها : صرْفُ ما هو أعظمُ منْ تلك المصيبةِ ، فغنها صغيرةٌ بالنسبةِ لأكبر منها ، ثمَّ هي كفَّارةٌ للذنوبِ والخطايا ، وأجرٌ عند اللهِ ومثوبةٌ . فإذا عَلِمَ العبدُ أنَّ هذه ثمارُ المصيبةِ أنس بها وارتاح ، ولم ينزعجْ ويَقْنطْ * إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ *

Untuk menunjukkan di sebalik musibah itu adanya ganjaran yang besar; musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil daripada ganjaran yang bakal diberikan kepadanya yang berupa keampunan di atas dosa-dosa dan kesalahannya. Maka, apabila dia mengetahui rahsia di sebalik musibah, nescaya hatinya akan tenang dan tenteram. Firman Allah ‎ﷻ:

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. ” [az Zumar: 10]

Tafsir Surah Al- Baqarah: Tafsir Ayat Ke-217 dan Ke-218

0

Tafsir Ayat Ke-217

يَسأَلونَكَ عَنِ الشَّهرِ الحَرامِ قِتالٍ فيهِ ۖ قُل قِتالٌ فيهِ كَبيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَن سَبيلِ اللَّهِ وَكُفرٌ بِهِ وَالمَسجِدِ الحَرامِ وَإِخراجُ أَهلِهِ مِنهُ أَكبَرُ عِندَ اللَّهِ ۚ وَالفِتنَةُ أَكبَرُ مِنَ القَتلِ ۗ وَلا يَزالونَ يُقٰتِلونَكُم حَتّىٰ يَرُدّوكُم عَن دينِكُم إِنِ استَطٰعوا ۚ وَمَن يَرتَدِد مِنكُم عَن دينِهِ فَيَمُت وَهُوَ كافِرٌ فَأُولٰئِكَ حَبِطَت أَعمٰلُهُم فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ ۖ وَأُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ ۖ هُم فيها خٰلِدونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

يَسأَلونَكَ عَنِ الشَّهرِ الحَرامِ قِتالٍ فيهِ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan Haram

Mereka bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ tentang bolehkah berperang dalam bulan Haram?

Latarbelakang ayat ini: ada sahabat yang dihantar oleh Nabi ﷺ untuk menjaga sempadan orang Islam. Tiba-tiba mereka terjumpa dengan orang kafir. Oleh kerana keadaan yang mencurigakan, maka terjadilah pergelutan dan orang kafir itu dibunuh.

Sahabat tersebut memang menghormati bulan Haram dan memang beliau menyangka yang hari itu masih lagi di luar bulan Haram tetapi rupanya telah masuk ke bulan Rejab, salah satu daripada bulan-bulan Haram. Maka kejadian ini telah menyebabkan orang kafir bising menyalahkan orang Islam. Mereka kata lihatlah orang Islam itu, konon kata jaga syariat, tetapi membunuh di dalam bulan Haram.

قُل قِتالٌ فيهِ كَبيرٌ

katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar,

Allah ‎ﷻ tidak menidakkan bahawa berperang dalam bulan Haram itu memang berdosa besar.

Tetapi, Allah ‎ﷻ suruh jawab yang kejadian ini tidak sengaja. Sahabat itu bukan sengaja hendak berperang dalam bulan Haram itu. Namun lihatlah bagaimana sikap Musyrikin Mekah itu, apabila orang Islam buat salah terus mereka nampak dan bising, padahal mereka sendiri lagi banyak buat kesalahan.

Ada lima kesalahan mereka dan setiap satunya patut sudah boleh mereka diperangi kerana ia bukanlah kesalahan biasa. Mereka sahaja buat tidak nampak.

Biasa begitulah masyarakat dunia dengan orang Islam. Kalau umat Islam buat salah sedikit sahaja, kecoh satu dunia dan kaitkan kesalahan itu dengan agama Islam – mereka kata Islam agama pengganas. Kalau ia dilakukan oleh agama lain, mereka senyap sahaja dan tidak kaitkan dengan agama orang itu.

Umpamanya, kalau orang baik yang buat salah, akan nampak pelik tetapi kalau orang jahat buat jahat, orang tidak kisah pun. Maknanya orang luar melihat orang Islam ini sebagai orang yang baik sebenarnya.

Allah ‎ﷻ mengajar kepada Nabi ﷺ cara untuk menjawab soalan mereka itu. Allah ‎ﷻ memberitahu bahawa berperang di bulan Haram itu memang besar dosanya. Memang berperang dan membunuh dalam bulan Haram itu berdosa besar jikalau dilakukan dengan sengaja sedangkan apa yang dilakukan oleh para sahabat ketika itu adalah tidak sengaja. Maka ia dimaafkan.

وَصَدٌّ عَن سَبيلِ اللَّهِ وَكُفرٌ بِهِ

tetapi perbuatan menghalangi manusia dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya,

Mereka mengutuk dan menyalahkan umat Islam tetapi buat tidak nampak sahaja perbuatan mereka menghalang orang-orang lain daripada masuk Islam. Mereka memburukkan Islam kerana tidak mahu orang lain masuk Islam.

Sudahlah mereka sendiri kufur kepada Allah ‎ﷻ, mereka menghalang orang lain pula. Mereka telah menghalang orang lain daripada memeluk agama Islam adalah perkara yang lebih besar dan ini sebenarnya sudah cukup untuk berperang dengan mereka.

وَالمَسجِدِ الحَرامِ

dan (juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam)) ke Masjid Al-Haraam

Yang kedua, mereka menghalang orang Islam daripada menggunakan Masjidilharam untuk beribadat. Sedangkan mereka sendiri sebenarnya tidak layak kerana mereka adalah orang-orang yang mengamalkan syirik. Mereka telah mempersendakan lambang Islam iaitu masjid yang paling mulia dalam dunia ini.

Sepatutnya ia diberikan kepada Nabi ﷺ untuk digunakan kerana Nabi ﷺ lebih layak. Tetapi mereka telah menghalang Nabi ﷺ dan para sahabat daripada beribadat di Kaabah. Kalau manusia lain yang datang dari jauh untuk tawaf dan menyembah berhala, mereka benarkan pula.

وَإِخراجُ أَهلِهِ مِنهُ

serta mengusir penduduknya dari situ,

Ketiga, mereka telah menghalau para sahabat yang mukmin dari tanah-tanah mereka yang mereka berhak ke atas tanah-tanah itu. Musyrikin Mekah telah menghalau mereka hingga mereka terpaksa lari ke Habasyah dan ke Madinah meninggalkan kampung halaman yang mereka cintai. Kemudian harta dan tanah mereka telah dirampas oleh puak Musyrik itu. Padahal mereka tidak layak mengambilnya.

أَكبَرُ عِندَ اللَّهِ

adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah.

Ketiga-tiga perkara yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah itu adalah kesalahan yang lebih besar daripada berperang di bulan Haram. Kesalahan mereka itu sudah sepatutnya diperangi tetapi setakat itu, umat Islam masih membiarkan sahaja kerana belum datang perintah berperang.

وَالفِتنَةُ أَكبَرُ مِنَ القَتلِ

Dan (ingatlah), fitnah syirik itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan

Yang keempat, mereka telah melakukan syirik di atas muka bumi. Lafaz ‘fitnah’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘syirik’. Jadi ini bukanlah ‘fitnah’ yang selalu digunakan dalam Bahasa Melayu. Ramai yang keliru dengan penggunaan kalimah ini.

Fitnah syirik yang mereka lakukan itu sebenarnya lebih besar daripada berperang dan membunuh. Ini kerana jikalau kita membunuh manusia, orang itu akan mati sahaja dan memang lumrah manusia akan mati pun, sama ada kerana tua atau kerana sakit dan sebagainya. Tetapi jikalau melakukan syirik, itu akan menyebabkan manusia masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.

وَلا يَزالونَ يُقٰتِلونَكُم حَتّىٰ يَرُدّوكُم عَن دينِكُم إِنِ استَطٰعوا

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu daripada agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian);

Yang kelima dan akhir sekali, sampai sekarang pun puak Musyrikin itu masih lagi mahu memerangi puak Islam dan mereka telah bertekad tidak akan berhenti sehingga orang Islam murtad. Mereka mahu umat Islam itu kembali kepada agama syirik mereka. Padahal, umat Islam tidak mengganggu mereka pun.

Lima kesalahan yang mereka lakukan dengan sengaja itu mereka tidak nampak sedangkan satu kesalahan yang dilakukan oleh puak Islam dalam keadaan tidak sengaja itu mereka besar-besarkan.

Begitulah propaganda yang selalu diada-adakan oleh puak kafir untuk menjatuhkan nama Islam. Contohnya mereka mengatakan kepada dunia yang kita adalah agama terroris. Padahal agama Islam tidak mengajar umatnya menjadi terroris. Seorang Islam tidak akan berani hendak membunuh orang lain tanpa sebab yang dibenarkan, kerana kita takutkan api neraka.

Kadang-kadang yang membunuh itu adalah orang kafir dan mereka menuduh orang Islam yang bunuh kerana hendak menjatuhkan nama baik Islam. Mereka sanggup lakukan begitu kerana mereka tidak takut kepada akhirat. Namun disebabkan propaganda mereka itu kuat maka ramai daripada orang Islam yang malu dengan Islam dan malu hendak menyampaikan agama Islam ini kepada orang-orang kafir kerana mereka sendiri tidak faham Islam.

Sedangkan tugas kita adalah menyampaikan dakwah tauhid kepada umat manusia seluruhnya. Kita tidak perlu malu dengan agama Islam ini kerana ia adalah agama yang suci, benar dan mulia. Orang-orang yang malu dengan agama sendiri adalah mereka yang jahil.

Orang kafir mengutuk orang Islam dan agama Islam, sedangkan orang-orang kafir itu yang sepatutnya belajar dengan orang-orang Islam cara-cara memimpin dan cara-cara menjalani kehidupan. Dalam sejarah dunia, kerajaan yang dipimpin oleh pemerintahan Islam negara aman damai dan orang-orang kafir pun dapat menumpang keamanan itu.

Jadi janganlah mereka yang hendak mengajar kita, sebaliknya merekalah yang kena belajar dengan kita. Namun, malangnya ramai daripada orang-orang Islam yang tidak memahami agama sendiri dan akhirnya terpaksa belajar dengan orang-orang kafir tentang cara-cara kepimpinan. Akhirnya orang-orang Islam yang mengikut telunjuk orang-orang kafir. Sudah jadi terbalik pula.

وَمَن يَرتَدِد مِنكُم عَن دينِهِ فَيَمُت وَهُوَ كافِرٌ

dan sesiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir,

Jikalau ada umat Islam yang termakan dengan dakyah dan tekanan daripada Musyrikin Mekah itu dan mereka murtad, Allah ‎ﷻ hendak memberi peringatan kepada mereka. Kalau mereka buat syirik kembali dan sempat bertaubat, masih ada harapan untuk mereka. Tetapi jikalau mereka mati tanpa sempat bertaubat, maka nasib mereka adalah amat malang sekali.

فَأُولٰئِكَ حَبِطَت أَعمٰلُهُم فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat,

Ini adalah ayat takhwif ukhrawi. Ini peringatan kepada orang-orang Islam jikalau mereka murtad, segala amalan-amalan kebaikan yang mereka pernah lakukan akan hancur luluh, tidak bernilai langsung.

Jikalau mereka murtad (dengan jelas dan war-warkan dia telah murtad), hukumnya di dunia lagi mereka boleh dibunuh dan jenazah mereka tidak dimandikan dan tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam yang lain. Sementara di akhirat kelak, Allah ‎ﷻ lebih tahu tentang kedudukan mereka.

وَأُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ

dan mereka itulah ahli neraka,

Asalnya mereka Muslim dan ada harapan untuk masuk syurga. Tetapi jikalau mereka murtad, mereka akan menjadi ahli neraka dan mereka akan kekal dalamnya, kerana mereka memegang ‘geran’ neraka. Itulah maksud ‘ashab’.

هُم فيها خٰلِدونَ

kekal mereka di dalamnya

Mereka akan kekal di dalamnya dengan tidak ada harapan untuk masuk syurga langsung. Kekal mereka di neraka selama-lamanya. Walaupun mereka pernah menjadi Muslim, tetapi kerana mereka mati dalam keadaan kufur, mereka sama sahaja macam orang-orang kufur yang lain.

Tafsir Ayat Ke-218

Ini adalah ayat Tabshir. Dugaan untuk mengikuti agama ini adalah amat tinggi maka Allah ‎ﷻ berikan berita baik kepada mereka yang sudah membuat keputusan untuk menjalankannya iaitu mereka akan diberikan dengan rahmat Allah ‎ﷻ.

Semua kita mengharapkan rahmat daripada Allah ‎ﷻ. Namun siapakah yang layak untuk mendapat rahmat Allah ‎ﷻ? Allah ‎ﷻ sebut dalam ayat ini. Mari kita baca.

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا وَالَّذينَ هاجَروا وَجٰهَدوا في سَبيلِ اللَّهِ أُولٰئِكَ يَرجونَ رَحمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفورٌ رَّحيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang sanggup beriman dan berusaha untuk memperbaiki iman mereka sehingga iman mereka sempurna.

Bagaimana hendak meningkatkan iman kita? Dengan meningkatkan ilmu kita. Ini kerana dengan ada kefahaman, barulah kita dapat meningkatkan iman.

وَالَّذينَ هاجَروا

dan orang-orang yang berhijrah

‘Hijrah’ yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah ‘Hijrah Tubuh Badan’ dan juga ‘Hijrah Amal’. Janganlah kita sangka yang lafaz ‘hijrah’ di dalam ayat ini hanya merujuk kepada Hijrah pada zaman Nabi ﷺ dari Mekah ke Madinah sahaja. Kalau begitu tidak ada peluanglah kita untuk mengamalkan ayat ini di dalam kehidupan kita.

Hijrah dari Mekah ke Madinah itu memang hijrah yang terbesar tetapi kita yang hidup selepas zaman itu masih juga boleh melakukan hijrah iaitu hijrah ke arah kebaikan.

‘Hijrah tubuh badan’ yang dimaksudkan adalah kita berpindah dari tempat yang tidak baik kepada tempat yang lebih baik dari segi agama supaya kita tidak duduk lagi bersama orang orang yang lalai dan leka dengan agama mereka. Ia juga bermaksud tidak bermastautin dalam perkampungan kafir harbi tetapi duduk dalam perkampungan orang Islam.

Saya teringat bagaimana Syeikh Albani رحمه الله selalu sahaja menasihati sesiapa sahaja orang Islam yang duduk di negara orang kafir untuk berpindah ke negara Islam untuk menjaga agama mereka. Beliau selalu mendapat panggilan telefon daripada orang Islam seluruh dunia untuk bertanyakan tentang hukum agama dan setiap kali ada panggilan daripada orang Islam dari negara kafir, beliau akan menasihati mereka tentang perkara ini. Beliau ajak mereka berpindahlah ke negara Islam.

‘Hijrah amal’ adalah kita ubah cara kehidupan kita daripada yang buruk kepada yang baik. Contohnya kalau dulu kita berniaga cara riba’, sekarang kita ubah kepada cara perniagaan yang Sunnah. Kalau dahulu kita malas salat atau lambat menunaikan salat, maka sekarang hendaklah kita bersemangat dan bersegera untuk mengerjakan salat dan memperbaiki salat kita. Kalau kita sekarang bekerja di tempat yang ada syubhat, maka kita tukar pekerjaan kita dengan pekerjaan yang lebih selamat daripada segi agama.

وَجٰهَدوا في سَبيلِ اللَّهِ

serta berjuang pada jalan Allah

Semasa hidup, dia berjuang untuk menegakkan agama Allah ‎ﷻ dengan menyampaikan wahyu kepada orang lain. Allah ‎ﷻ telah menetapkan kepada kita untuk usaha dakwah kepada umat manusia dan kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan usaha dakwah itu.

Ada perbezaan antara jihad fillah dan jihad fisabilillah. Jihad fillah adalah apabila kita berusaha untuk buat perkara yang Allah ‎ﷻ suka dengan apa yang kita kita usahakan dalam kehidupan kita. Ini pun kena kita lakukan setiap dan ini adalah misi peribadi kita.

Sedangkan jihad Fisabilillah adalah lebih khusus iaitu usaha untuk menegakkan agama Allah ‎ﷻ di atas muka bumi Allah ‎ﷻ ini. Inilah misi kita sebagai umat Islam. Jadi, ada misi peribadi kita kepada Allah, ‎ﷻ dan ada misi kolektif kita bersama dengan umat Islam yang lain.

Maka, jangan kita mencetekkan maksud jihad itu. Ada Muslim yang tidak faham kerana tidak belajar dengan betul tentang maksud jihad. Ada orang kafir yang menyalahkan umat Islam atas maksud jihad itu. Orang Islam yang jahil dan orang kafir yang salah sangka kepada Islam, mengatakan yang ‘jihad’ itu bermaksud ‘perang’. Padahal itu adalah maksud yang cetek.

‘Jihad’ dari segi bahasa maksudnya ‘usaha yang bersungguh-sungguh’. Lebih-lebih lagi untuk berdakwah kepada manusia. Kalau usaha dakwah itu memerlukan perang, barulah ia digunakan. Bukanlah kita terus memerangi orang kafir sebelum kita dakwah kepada mereka. Masalah sekarang, sudahkah kita dakwah kepada mereka?

أُولٰئِكَ يَرجونَ رَحمَتَ اللَّهِ

mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah

Mereka yang bersifat seperti yang disebut di ataslah yang ada harapan untuk mendapat rahmat Allah ‎ﷻ. Kita kena berusaha untuk mendapat rahmat Allah ‎ﷻ. Maknanya dalam ayat ini ada perintah daripada Allah ‎ﷻ untuk kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat-Nya. Bukan dengan berharap sahaja tetapi kena ada usaha.

Kita memang amat memerlukan rahmat Allah ‎ﷻ sebab hanya dengan rahmat Allah‎ ﷻ sahaja kita buat boleh masuk ke dalam syurga, bukan dengan amalan kita. Ini kita tahu daripada hadith yang sahih daripada Nabi ﷺ. Amalan kita dari segi ibadat dan perbuatan baik itu akan dapat meninggikan darjat kita di dalam syurga sahaja tetapi untuk memasukinya, memerlukan rahmat daripada Allah ‎ﷻ. Nabi ﷺ bersabda:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ يَعْنِي ابْنَ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَحَدٍ يُدْخِلُهُ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ فَقِيلَ وَلَا أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَلَا أَنَا إِلَّا أَنْ يَتَغَمَّدَنِي رَبِّي بِرَحْمَةٍ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid daripada Ayub daripada Muhammad daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada seorang pun yang dimasukkan syurga oleh amalannya.” Dikatakan: Tidak juga denganmu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tidak juga aku, kecuali bila Rabbmu melimpahkan rahmat padaku.” (Hadith Muslim 5037)

وَاللَّهُ غَفورٌ رَّحيمٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah ‎ﷻ Maha Mengampuni segala dosa kita asalkan kita mahu meminta ampun kepada-Nya. Dari rahmat Allah ‎ﷻ itu, kalau Dia telah mengampunkan dosa kita, Dia tidak akan mengazab kita dalam neraka.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-216

0

Tafsir ayat ke-216

Ini adalah pengulangan semula tajuk jihad selepas disebut ayat tentang infaq. Ini kerana infaq yang utama adalah kepada jihad fi sabilillah.

كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ وَهُوَ كُرهٌ لَّكُم ۖ وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيئًا وَهُوَ خَيرٌ لَّكُم ۖ وَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ
Kamu diwajibkan berperang

Kita diwajibkan berperang untuk menegakkan agama Allah ‎ﷻ di dunia ini. Tentunya dengan syarat-syarat yang Allah ‎ﷻ telah tetapkan. Ayat ini sebagai dalil bahawa jihad perang ini adalah wajib. Kadangkala kita tidak suka sesuatu perkara itu kerana kita guna akal dan emosi kita.

Sebagai contoh, pada akal kita mungkin kita rasa tidak elok kalau berperang. Namun pencapaian akal kita terhad sahaja dan tidak dapat mengetahui dengan penuh tentang hakikat sesuatu perkara itu.

Ini adalah ujian keimanan untuk kita: adakah kita sanggup taat kepada suruhan dan percaya kepada hikmah yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita? Adakah kita faham atau tidak?

Ada beberapa hadith yang menyebut tentang jihad fi sabilillah:

أَبِي هُرَيْرَةَ رَ ضِيَ اَللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ, وَلَمْ يُحَدِّثْ نَفْسَهُ بِهِ, مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

“Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa mati, sedangkan dia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, maka dia mati dalam satu cabang kemunafikan.” (Muttafaq Alaihi.)

Dalam hadith keutamaan jihad yang lain:
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنِي مَنْصُورٌ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا

Telah bercerita kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah telah bercerita kepada kami Yahya bin Sa’id telah bercerita kepada kami Sufyan berkata telah bercerita kepadaku Manshur daripada Mujahid daripada Thowus daripada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada lagi hijrah setelah kemenangan (Mekah) akan tetapi yang tetap ada adalah jihad dan niat. Maka jika kalian diperintahkan berangkat berjihad, berangkatlah”. (Hadith Bukhari no 2575)

Begitu pun, kenalah jihad perang itu dijalankan mengikuti syari’at. Bukannya kita terus serang orang kafir tidak tentu arah. Kenalah ada protokol yang perlu diikuti.

Antaranya, jihad perang itu hendak diarahkan oleh Khalifah. Tetapi sekarang kita tidak ada sistem khalifah maka usaha jihad terbantut sebenarnya.

Di samping itu juga, bukanlah semua rakyat kena pergi ke medan perang. Ada yang hanya diperlukan untuk memberikan sokongan; ada yang menerima bantuan kewangan; ada yang tugasnya mengajar; ada yang menjaga keluarga. Semua itu ada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Oleh kerana itu, jihad perang ini adalah fardhu kifayah, bukan fardhu ain. Maka kenalah ada pihak yang menjalankan jihad perang itu dan jika tidak ada, maka kewajipan itu masih jatuh kepada semua orang Islam. Kalau tidak dijalankan, maka seluruh umat Islam berdosa.

Walaupun begitu terdapat juga keadaan di mana setiap Muslim perlu mengangkat senjata untuk berperang apabila negara diserang musuh. Maka, pada waktu itu, semua diwajibkan untuk berperang.

وَهُوَ كُرهٌ لَّكُم
sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci

Peperangan ini memang perkara yang manusia biasa tidak suka. Manusia membencinya kerana ia adalah naluri biasa manusia. Sebab tidak ada sesiapa pun yang suka mati dan suka membunuh orang lain.

Ada golongan munafik yang mempersoalkan kenapa perlu jihad sedangkan Islam itu agama yang aman. Begitulah orang-orang zaman sekarang pun menggunakan alasan yang sama juga.

Ini adalah satu kata-kata dan hujah yang tidak tepat. Seperti yang kita telah bahaskan sebelum ini, memang ada keperluan untuk melakukan jihad itu.

Hujah yang melarangnya adalah daripada mereka yang tidak faham tentangnya sahaja. Ini adalah kerana mereka tidak belajar apakah yang dimaksudkan dengan jihad dan kerana itu mereka salah faham.

Mereka tidak taat 100% kepada arahan Allah ‎ﷻ. Mereka masih hendak menggunakan akal yang terhad juga lagi.

وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيئًا وَهُوَ خَيرٌ لَّكُم
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,

Allah ‎ﷻ beritahu yang mungkin ada perkara yang kita benci tetapi sebenarnya ia adalah baik untuk kita. Antaranya jihad.

Jihad ini penting dan diwajibkan kepada kita kerana jihad fisabilillah ini akan mendekatkan kita kepada Allah ‎ﷻ. Tidak akan ada orang yang membuat maksiat semasa sedang berjihad di jalan Allah ‎ﷻ.

Waktu itu iman kita sedang diuji dengan hebat sekali dan waktu itu tidak terfikir hendak buat maksiat.

Kalau kita dapat menjalankan jihad, maka kita telah dapat melepasi banyak sekali ujian sebelum sampai ke peringkat jihad.

Bila jihad tidak ada, maka kebanyakan manusia akan duduk dalam keadaan lalai dan leka. Jadi begitulah walaupun kita benci kepada peperangan dan pembunuhan tetapi jihad fi sabilillah adalah baik untuk kita kerana ia akan menghampirkan hati kita rapat dengan Allah ‎ﷻ. Selalunya suasana-suasana yang merangsang perasaan kita boleh mengubah apa yang ada dalam diri kita.

Ini kerana apabila sedang berperang maka kita dalam keadaan di mana kita tahu bahawa bila-bila masa sahaja kita boleh mati maka tentunya kita akan ingat kepada Allah ‎ﷻ dan tidak berani untuk membuat dosa disebabkan terdapat kemungkinan yang amat besar yang kita akan mati.

Memang perang itu berat tetapi ini sama seperti seorang ibu yang memaksa anaknya untuk memakan ubat kerana ubat itu baik untuk anaknya dan ibu memaksa anak makan ubat kerana ibu sayangkan anaknya.

Jadi, memang anaknya tidak suka dan meronta-ronta namun ibu itu akan melakukan apa yang perlu untuk anaknya. Ini kerana ibu itu tahu apa yang baik untuk anaknya, tetapi anaknya yang tidak faham. Begitulah Allah ‎ﷻ mewajibkan jihad bagi kita.

وَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُم
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Namun di sebaliknya, mungkin ada perkara yang kita suka sangat, tetapi ia adalah tidak baik untuk kita. Begitulah, ada larangan daripada Allah ‎ﷻ dan Nabi terhadap kita, maka hendaklah kita menahan diri kita daripada melakukannya, walaupun hati kita suka dan akal kita pun tidak nampak salahnya.

Tetapi begitulah, akal tidak akan dapat memahami mana yang baik dan tidak untuk diri kita. Allah ‎ﷻ yang Maha Tahu dan kerana itu Dia telah menetapkan hukum untuk kita patuhi. Maka patuhilah sahaja dan yakinlah yang ia baik bagi kita. Serahkan diri kita kepada Allah ‎ﷻ.

Kedua-dua potongan ayat ini adalah berbentuk umum, bukan hanya mengenai perang sahaja. Ada benda dalam kehidupan kita yang kita mahu sangat tetapi ia tidak baik kepada kita.

Manakala ada perkara yang kita hendak elakkan tetapi terkena juga kepada kita. Namun begitu kemudiannya kita dapati yang ia baik untuk kita.

Sebagai contoh, ada yang kena buang kerja, dia amat sedih dan tidak suka. Tetapi oleh kerana dia dibuang kerja, dia akhirnya telah mendapat kerja yang lebih baik daripada kerja yang sebelumnya di mana dia tidak akan dapat kerja baru itu kalau dia tidak dibuang dari kerja asalnya.

Atau, kerana dibuang kerja, maka dia terpaksa memulakan perniagaan yang ternyata menguntungkan bagi dirinya.

وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Allah ‎ﷻ sajalah yang tahu hakikat dan keadaan sebenar sesuatu perkara itu dan manusia biasa tidak tahu. Maka kita kenalah ikut arahan daripada Allah ‎ﷻ. Kita kena sedar kedudukan kita. Siapa kita yang hendak mempersoalkan hukum dan arahan Allah ‎ﷻ?

Ingatlah, kalau kita layan akal kita sangat, syaitan akan ambil peluang untuk membisikkan perkara-perkara yang salah dan berdosa.

Begitulah bahayanya akal yang tidak dipandu oleh wahyu. Memang kita boleh guna akal, tetapi hendaklah dipandu oleh wahyu.

Kalau kita faham perkara ini, maka kita akan senang untuk serahkan urusan hidup kita kepada Allah ‎ﷻ. Kita akan selalu doa istikharah kepada Allah ‎ﷻ untuk memberi panduan dalam membuat keputusan hidup.

Kita juga akan senang untuk bersabar kerana kita yakin bahawa apa sahaja yang Allah ‎ﷻ telah takdirkan untuk kita adalah untuk kebaikan kita dan ada hikmahnya.

Mungkin kita masih tidak nampak lagi pada asalnya. Maka kita doa kepada Allah ‎ﷻ untuk tunjukkan hikmah itu kepada kita supaya kita lebih senang untuk menerima takdir-Nya itu.

Allahu a’lam.

Soal Jawab Bersama Doktor: Jangkitan Telinga Dalam Kalangan Kanak-Kanak

0

Jangkitan telinga adalah antara masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Jangkitan telinga akan menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak akan mengalami jangkitan telinga sekali sebelum berusia 2 tahun.

Telinga bernanah selalunya berpunca daripada jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian dalam telinga. Ia boleh disebabkan nanah yang terbentuk di belakang gegendang telinga ataupun pada saluran telinga.

Jenis-jenis jangkitan pada telinga di kalangan kanak-kanak:

Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus di belakang hidung ke telinga tengah)

Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

 Faktor yang menyebabkan jangkitan pada telinga:

  • Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
  • Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol.
  • Terdedah kepada asap rokok.
  • Pembesaran adenoids.
  • Terjadinya pembengkakan atau pembesaran pada adenoid  – Adenoid ialah organ yang terletak di bahagian paling belakang saluran hidung. Adenoid bertugas untuk mencegah organisme berbahaya masuk ke tubuh, serta menghasilkan antibodi yang berfungsi untuk melawan jangkitan.
  • Sumbing bibir.
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.

Saluran telinga juga lebih mudah dijangkiti bakteria apabila seseorang itu selalu menggunakan putik kapas (cotton bud) ataupun alatan lain untuk mengorek telinga. Amalan ini boleh mencederakan lapisan kulit pada saluran telinga dan mendedahkan bahagian tersebut kepada jangkitan kuman.

Bahaya Jangkitan Telinga

Komplikasi teruk akibat jangkitan telingan jarang berlaku. Ia berlaku akibat tidak dirawat ataupun dirawat dengan cara yang salah. Antara komplikasi yang akan berlaku ialah:

  • Telinga bernanah yang kronik.
  • Kurang pendengaran.
  • Kesakitan yang akan menyebabkan kanak-kanak itu demam dan hilang selera makan.

Rawatan Jangkitan Telinga

Antara rawatan yang diberikan oleh doktor adalah:

  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga (Alat seperti ‘vacuum’ untuk menyedut air dan nanah dalam telinga).
  • Ubat demam.

 

Q&A

Soalan:
Anak saya berusia 6 bulan mengalami telinga berair pada kedua-dua belah telinga dan berbau nanah.  Doktor telah memberi antibiotik untuk dimakan selama 5 hari, walau bagaimanapun selepas 5 hari, hanya telinga sebelah kiri sahaja yang telah sembuh.  Oleh kerana telinga kanan masih berair, doktor menyarankan agar menyambung pengambilan antibiotik untuk 5 hari lagi.  Adakah normal telinga anak berair dan berbau antibiotik?

Jawapan:
Perkongsian berdasarkan pengalaman seorang ibu yang anaknya menghidap kronik otitis media iaitu saluran tekak hidung dan telinga adalah bersambung, maka kemungkinan besar antibiotik yang dimakan menyebabkan telinga kanak-kanak tersebut berbau antibiotik.  Pesakit adalah disarankan untuk kembali berjumpa doktor pakar ENT sekiranya masalah telinga anak masih berair.

#sumber rujukan dari http://www.myhealth.gov.my/jangkitan-telinga/

 

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

0

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERTAMA PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA (UKHUWAH)

Assalamu’alaykum wrkth

Mesyuarat Agung Tahunan UKHUWAH kali Pertama akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 14 Mac 2020
Tempat : Dewan Al-Birr Training Centre, Ken Rimba, Seksyen 16
Shah Alam, Selangor
Masa : bermula 9.00 pagi – 12.00 tghari
(makan tengahari disediakan)

Sila sahkan kehadiran anda melalui pautan ini:
https://bit.ly/39IaxYM

Sebarang Usul sila kemukakan di pautan ini:

https://bit.ly/38Qadap

❓Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha UKHUWAH
https://t.me/NorM99
http://www.wasap.my/60192831337/ukhuwah
email: [email protected]

Ayuh bersama-sama kita membantu perjalanan dakwah online UiTO serta sebarkan ilmu bermanfaat demi untuk diri sendiri dan orang lain.

SIRI LA TAHZAN: Bab 192 – Dua Kalimah Yang Agung Imam Ahmad (كلمتان عظيمتان)

0
La Tahzan 192: Dua Kalimah Yang Agung Imam Ahmad (كلمتان عظيمتان)

 

قال الإمامُ أحمد : كلمتان نفعني اللهُ بهما في المحنةِ
الأولى : لرجُلٍ حُبس في شربِ الخمْرِ ، فقال : يا أحمدُ ، اثبتْ ، فإنك تُجلدُ في السُّنَّةِ ، وأنا جُلِدُتُ في الخمرِ مراراً ، وقدْ صبرْتُ . * إِن تَكُونُواْ تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللّهِ مَا لاَ يَرْجُونَ * ،

Berkata Imam Ahmad رحمه الله: “Ada dua kalimah yang telah memberi manfaat kepadaku ketika melalui mehnah (disebat dan dipenjara oleh khalifah al makmum):

Pertama:

Kalimah seorang banduan yang ditahan kerana kesalahan meminum arak. Dia berkata kepadaku: “Wahai Ahmad, teguhkan hatimu, kerana engkau disebat kerana menjaga sunnah, sedangkan aku disebat kerana meminum arak dan aku mampu bersabar.”

Firman Allah ‎ﷻ:
Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan daripada Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. “ [An-Nisa: 104]

🚫 Tidak diketahui daripada kitab mana diambil kata-kata ini.

 

الثانيةُ : لأعرابيٍّ قال للإمامِ أحمد – والإمامُ أحمدُ قدْ أُخِذَ إلى الحبْسِ ، وهو مقيَّدٌ بالسلاسلِ : يا أحمدُ ، اصبرْ ، فإنَّما تُقتل منْ هنا ، وتدخُلُ الجنة منْ هنا . * يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُم بِرَحْمَةٍ مِّنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَّهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُّقِيمٌ *

Kedua:
Ungkapan banduan Arab Kampung (Badwi) ketika melihat Imam Ahmad رحمه الله dirantai dan dibawa ke jel. A’rabi berkata, “Wahai Ahmad, bersabarlah, jika kamu dibunuh di penjara ini, maka kamu akan masuk syurga pun dari sini juga.”

«يبشرهم ربهم برحمة منه ورضوان وجنات لهم فيها نعيم مقيم» دائم.

Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal abadi. (Tafsir Al-Jalalain, At-Tawbah: 9-21)

At-Tazkirah Qurthubi: Mati adanya Sakarat – Seputar Khabar Malakul Maut yang tidak Sahih

0

at-Tazkirah al-Qurthubi (w.671H)

Kod 7.0 Bab bahawa Mati Adanya Sakarat, Setiap Anggota Badan Saling Mengucap Selamat Berpisah (باب ما جاء أن للموت سكرات و في تسليم الأعضاء بعضها على بعض و فيما يصير الإنسان إليه)

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak sahih No.1/10

📖 (Semuanya berasal daripada Imam al Ghazali dalam kitabnya, Kasyaf Ulum al Aakhirah)

فقد بلغني ـ و الله أعلم ـ أنهم يضربون بسياط من نار . و قال جل ذكره : قل يتوفاكم ملك الموت الذي وكل بكم ثم إلى ربكم ترجعون

Sighah atau balaghah “بلغني” telah sampai kepada aku” menunjukkan ia tanpa sanad.
Telah sampai kepada aku (al Ghazali) wallahu a’lam, “Bahawa orang yang sedang sakarat dipukul dengan cambuk dari api (oleh malakul maut). Dan firman Allah SWT, “Katakanlah: Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan”. [Sajdah: ayat 11]

👁‍🗨 Komen:
Tidak sahih tafsiran ayat ini bahawa malaikat memukul dengan cambuk api.

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No. 2/10

و قد بلغني ـ و الله أعلم و أحكم ـ أن ملك الموت رأسه في السماء و رجلاه في الأرض و أن الدنيا كلها في يد ملك الموت كالقصعة بين يدي أحدكم يأكل منها

“Telah sampai kepadaku, balaghni), wallahu a’lam, Malakul maut itu kepalanya berada di langit, kakinya berada di bumi (betapa tingginya dia), maka dunia ini di sisinya laksana pinggan yang engkau hadapkan ketika hendak makan.” (al Ghazali, Kasyaf Ulum al akhirah)

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No 3/10

و قد بلغني ـ و الله أعلم و أحكم ـ أن ملك الموت ينظر في وجه كل آدمي ثلاثمائة نظرة و ستاً و ستين نظرة

“Telah sampai kepadaku, Allahu a’lam, bahawa malakul maut memandang setiap anak Adam *366 kali”.

*sekali dalam sehari untuk tempoh setahun iaitu 366 hari (tahun lompat)

و بلغني أن ملك الموت ينظر في كل بيت تحت ظل السماء ستمائة مرة

“Bahawa Malakul Maut memandang setiap rumah di bawah kolong langit sebanyak 600 kali”.

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No 4/10

و بلغني أن ملك الموت قائم وسط الدنيا فينظر الدنيا كلها برها و بحرها و جبالها و هي بين يديه كالبيضة بين رجلي أحدكم

“Telah sampai khabar kepadaku, balaghni, bahawa Malakul Maut, berdiri di pusat dunia, lalu dia memandang ke segenap penjurunya, baik daratan, lautan dan pergunungannya; bumi ini di hadapannya hanyalah laksana sebutir telur di antara kaki salah seorang dari kalian.”

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No 5/10

و بلغني أن لملك الموت أعواناً الله أعلم بهم ليس منهم ملك إلا لو أذن له أن يلتقم السموات و الأرض في لقمة واحدة لفعل

“Wabalaghni, bahawa Malakul Maut memiliki banyak pembantu yang mana Allah SWT sahaja yang tahu akan bilangannya. Tidak seorang pun daripada malaikat pembantu itu, melainkan jika diberi izin menelan seluruh isi langit dan bumi, nescaya mereka dapat melakukannya dengan sekali telan saja.”

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No 6/10

و بلغني أن ملك الموت تفزغ منه الملائكة أشد من فزع أحدكم من السبع

“Telah sampai kisah kepada saya bahawa Malakul Maut amat ditakuti oleh para malaikat yang lainnya seumpama kalian takut kepada binatang buas.”

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No 7/10

. و بلغني أن حملة العرش إذا قرب ملك الموت من أحدهم ذاب حتى يصير مثل الشعرة من الفزع منه

“Wa balaghni, bahawa para Malaikat pemikul Arasy, jika salah seorang mereka dihampiri oleh malakul maut, dia akan mengecil sampai menjadi sehelai rambut lantaran takut yang bersangatan.” (Sumber: al Ghazali, Kasyaf Uloom al Aakhirah)

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No 8/10

و بلغني أن ملك الموت ينتزع روح بني آدم من تحت عضوه و ظفره و عروقه و شعره و لا تصل الروح من مفصل إلى مفصل إلا كان أشد عليه من ألف ضربة بالسيف

“Wa balaghni, bahawa malakul maut ketika mencabut roh anak Adam bermula dari punca(akar) anggota, dari kuku, urat saraf, dari akar rambutnya, setiap kali roh sampai dari sendi ke sendian yang lain, kesakitannya lebih dahsyat daripada 1000 tetakan pedang.”

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No 9/10

و بلغني أنه لو وضع وجع شعرة من الميت على السموات و الأرض لأذابها حتى إذا بلغت الحلقوم و لي القبض ملك الموت
“Wa balaghni, jika sekiranya sakit pada rambut daripada orang yang mati ditempelkan kepada langit dan bumi, nescaya mereka akan meleleh kesakitan, hingga bila roh sampai ke tenggorok, barulah malakul maut mencabutnya.”

Bahagian 15: Seputar khabar Malakul Maut yang Tidak Sahih No 10/10

و بلغني أن ملك الموت إذا قبض روج مؤمن جعلها في حريرة بيضاء و مسك أذفر . و إذا قبض روح الكافر جعلها في خرقة سوداء في فخار من نار أشد نتناً من الجيف

“Telah sampai kepadaku khabar bahawa bila Malaikat mencabut roh si mukmin, beliau meletakkan roh tersebut dalam kain putih dan dibubuh parfum Kasturi yang semerbak; jika beliau mencabut roh si kafir, diletakkan dalam kain hitam dan disimpan dalam tembikar dari neraka, baunya lebih busuk daripada bau bangkai.”

Popular

Iklan

Iklan