Utama Blog Halaman 3

Tafsir Surah An-Nisa’: Tafsir Ayat Ke-4 hingga Ke-6 (Pemberian Mahar)

0

Tafsir Surah an-Nisa Ayat Ke-4 hingga Ke-6 (Pemberian Mahar) 

Tafsir Ayat Ke-4:

Ini adalah hukum ketiga tentang hukum perkahwinan. Seorang wanita yang dikahwini, walau bukan anak yatim, kena diberikan mahar (maskahwin) kepada mereka.

Ini adalah hak mereka dan Islam mengembalikan hak itu kepada mereka. Pada zaman Jahiliah banyak kezaliman yang telah dilakukan tentang hal ini:

  1. Mahr tidak diberikan kepada isteri. Walinya ambil terus daripada suami dan dibuat harta sendiri. Maka, suami diajar untuk berikan terus kepada isteri atau kalau wali yang terima bagi pihak, maka dia kena terus beri kepada wanita itu.
  2. Ada bakal suami yang rasa terpaksa beri mahar jadi dia beri juga, tetapi dengan marah-marah dan tunjukkan ketidakpuasan hatinya.
  3. Ada suami yang buat-buat tidak tahu tentang mahar yang mereka patut beri. Mereka buat-buat lupa dan paksa isterinya lupa. Maka Islam ajar ia adalah hak isteri. Kalau isteri beri sendiri, baru boleh ambil.

Ini adalah perbuatan buruk zaman jahiliah, tetapi tidak mustahil ianya masih lagi diamalkan sekarang. Maka, dengan ayat-ayat ini, kita tahulah mana yang patut dilakukan.

وَءآتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِّنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيئًا مَّريئًا

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang penuh kerelaan. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

وَءآتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian.

Lafaz صَدُقاتِهِنَّ diambil dari kalimah ص د ق yang bermaksud ‘benar’. Pemberian mahar itu menjadikan pernikahan itu benar. Menjadikan pernikahan itu sah dan halal di sisi syarak. Dalam bahasa Melayu kita, mahar itu dipanggil ‘maskahwin’.

Atau, sebagaimana sedekah itu dari keikhlasan hati, maka pemberian mahar itu juga hendaklah ikhlas dan sukarela daripada suami itu kepada isterinya.

Perkataan نِحلَةً digunakan apabila memberikan hadiah atau pemberian kepada perempuan. Ia adalah ‘hadiah kasih sayang’. Selalunya orang lelaki beri hadiah sebagai tanda kita kasih kepada mereka. Oleh kerana itu, pemberian mahar itu mestilah diberikan dengan mesra. Tidaklah diberikan dengan perasaan kedekut dan benci atau kerana terpaksa.

Ali ibnu Abu Talhah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa yang dimaksudkan dengan istilah نِحلَةً dalam ayat ini adalah mahar.
Muhammad ibnu Ishaq meriwayatkan daripada Az-Zuhri. daripada Urwah, daripada Siti Aisyah rha, bahawa نِحلَةً adalah maskahwin yang wajib.
Muqatil, Qatadah, dan Ibnu Juraij mengatakan bahawa nihlah ertinya faridah (maskahwin yang wajib), sedangkan Ibnu Juraij menambahkan bahawa maskahwin tersebut adalah maskahwin yang disebutkan.

Yang utama dalam perkataan mereka itu hendak menyatakan bahawa seorang lelaki diwajibkan membayar maskahwin kepada calon isterinya sebagai suatu keharusan. Hendaknya hal tersebut dilakukannya dengan senang hati. Sebagaimana seseorang memberikan hadiahnya secara suka rela, maka seseorang bakal suami diharuskan memberikan maskahwin kepada isterinya secara senang hati juga.

Pemberian mahar itu penting kerana ianya adalah hak seorang isteri, bukan hak wali. Ia untuk mereka gunakan, terutama jikalau perlu. Kalau apa-apa terjadi, itulah harta yang mereka boleh gunakan sebagai sara hidup mereka.

Jadi, seorang perempuan kena pandai dalam perkara ini. Janganlah ‘tidak kisah’ sangat. Kalau tidak kisah, tentulah lelaki suka. Namun, jika terjadi apa-apa, kepada siapa kamu hendak bergantung?

Malangnya orang kita letak mahar yang tinggi sangat. Selalunya ini dilakukan oleh para wali. Itu seperti hendak jual anak pula. Maka lelaki yang hendak berkahwin itu terpaksalah setuju juga. Tetapi kadang-kadang mereka beri dalam keadaan paksa rela. Maka, kita kenalah letakkan mahar yang sesuai kepada pasangan. Maknanya, kalau sudah beri tanpa kerelaan hati, tidaklah diberi dengan ‘mesra’.

Dan yang malangnya, itu bukanlah ‘mahar’, tetapi ‘belanja hangus’ iaitu wang itu digunakan untuk membayar perbelanjaan kenduri perkahwinan yang tinggi, bukannya diberikan kepada bakal isteri. Jika hendak ditegur tentang majlis perkahwinan orang kita, terlalu banyak yang hendak ditegur, dan saya rasa, sudah banyak ditulis oleh orang-orang lain.

Hasyim meriwayatkan daripada Sayyar, daripada Abu Saleh, bahawa seorang lelaki apabila menikahkan anak perempuannya, maka dialah yang menerima maskahwinnya, bukan anak perempuannya. Lalu Allah melarang mereka melakukan hal tersebut dan turunlah firman-Nya: Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kalian nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. (An-Nisa: 4)

Mahar itu sepatutnya menjadi hak seorang isteri. Oleh itu, sepatutnya wang itu disimpan oleh wanita itu sebagai hartanya. Bolehlah digunakan sebagai belanja atau digunakan sebagai kegunaan kecemasan jikalau ada apa-apa yang terjadi kepada suaminya. Tetapi kalau mahar itu 12.50 sahaja, apalah gunanya?

فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِّنهُ نَفسًا

Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya

Jika si isteri buat keputusan untuk beri mahar itu kepada suami itu balik, itu hak dia kerana mahar itu adalah hartanya dan dia boleh buat apa yang dia suka dengan pemberian mahar itu.

Salah satunya dia boleh beri balik kepada suaminya yang asalnya telah memberikan mahar itu kepadanya. Mungkin kerana dia hendak membantu suami yang dalam kesempitan wang.  Jadi, Allah ﷻ hendak memberitahu yang seorang suami boleh ambil pemberian isterinya itu asalkan dia memberi dari kerelaan hatinya dan bukan kerana paksaan.

Tetapi yang hendak ditekankan, hendaklah isteri itu beri sendiri ikhlas dari kehendak hatinya. Bukanlah kerana dia dipaksa atau dia dihasut untuk memberikannya. Kena ada kerelaan hati dalam hal ini.

Ini juga termasuk dalam hal lain: kalau beri sumbangan atau derma, kenalah orang yang beri itu memang hendak beri secara ikhlas. Jangan dipaksa-paksa, walaupun permintaan derma itu untuk bina masjid sekali pun.

فَكُلوهُ هَنيئًا مَّريئًا

maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, senang hati

Kalau si isteri dengan rela hati hendak memberi kepada suaminya, maka seorang suami boleh ambil balik pemberiannya itu. Ini tidak dikira ‘buruk siku’ – tidak termasuk larangan mengambil balik hadiah yang telah diberi.

Kalimah هَنيئًا dikenakan untuk sesuatu yang kita dapat tanpa usaha daripada kita. Macam hadiah, ia bukanlah dari usaha kita tetapi orang hendak beri. Oleh itu terimalah hadiah pemberian si isteri itu dengan senang hati, jangan jual mahal.

Kalimah مَريئًا pula adalah rongga tenggorokan dari tekak ke perut. Selalunya digunakan untuk makanan atau minuman yang senang dimakan kerana senang sahaja turun dari tekak ke perut.

Maksudnya, ambillah pemberian itu dengan berselera dan gembira. Senang hati kerana tidak ada tegahan syariat.

Tafsir Ayat Ke-5

Ini hukum keempat. Sekarang kembali kepada pengurusan harta anak yatim.

Dalam ayat sebelum ini telah disebut pemberian hak kepada anak yatim dan isteri. Maka, janganlah kita sangka semua harta perlu diberikan kepada mereka. Ini kerana kenalah ada pemeriksaan sama ada mereka layak menerimanya atau tidak.

Allah ‎ﷻ mengajar supaya jangan menyerahkan harta anak yatim kepada anak yatim itu sehingga dia boleh menguruskan hartanya sendiri. Mungkin kita diamanahkan dengan harta anak yatim yang kecil lagi atau dia sudah besar tetapi tidak pandai menguruskannya sendiri. Ini seperti orang yang apabila diberikan duit yang lebih banyak dari kebiasaannya, maka dia akan menghabiskannya begitu sahaja.

Orang sebegini tidak boleh diberikan hartanya lagi walaupun itu memang haknya. Hanya apabila dia sudah bersedia dan pandai menjaga hartanya itu, maka barulah boleh diserahkan kepadanya.

Dan semasa menyerahkan harta itu kenalah carikan saksi supaya mereka berpuas hati yang kita telah berlaku adil agar tidak ada ketidakpuasan selepas itu.

وَلا تُؤتُوا السُّفَهاءَ أَموٰلَكُمُ الَّتي جَعَلَ اللهُ لَكُم قِيٰمًا وَارزُقوهُم فيها وَاكسوهُم وَقولوا لَهُم قَولًا مَّعروفًا

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

وَلا تُؤتُوا السُّفَهاءَ أَموٰلَكُمُ الَّتي جَعَلَ اللهُ لَكُم قِيٰمًا

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta kamu, (harta) yang menjadi kehidupan;

Peliharalah harta yang kamu telah lantik menjadi penjaga. Selalunya penjaga anak yatim ini dilantik oleh mahkamah. Ini kerana kadang-kadang seorang anak yatim mempunyai harta yang ditinggalkan oleh walinya, tetapi oleh kerana dia tidak cukup umur dan tidak cukup akal lagi untuk menjaganya, maka mahkamah akan melantik seorang penjaga untuk menguruskan harta tersebut.

Sebagai penjaga amanah, hendaklah dijalankan amanah itu dengan sebaik mungkin. Jangan kerana sayang atau kasihankan anak yatim itu, maka terus diberikan kepada mereka. Penjaga amanah telah ditugaskan untuk menjaga harta dan kadangkala dengan tidak memberikan harta itulah yang termasuk sebagai ‘menjaga’ harta itu. Apabila Allah ‎ﷻ telah menjadikan kamu sebagai penjaga harta itu, maka jagalah sepertimana kamu menjaga harta kamu sendiri. Demikianlah Allah ‎ﷻ menggunakan kalimat أَموٰلَكُمُ (harta kamu).

Maka, walaupun harta itu adalah hak mereka, tetapi Allah ‎ﷻ sebutkan ‘harta kamu’ merujuk kepada harta semua yang terlibat. Segala harta itu merupakan pemberian daripada Allah ‎ﷻ kepada manusia untuk digunakan sebagai kelangsungan hidup dan kegunaan oleh masyarakat. Oleh sebab itulah tidak boleh diberikan begitu sahaja kepada  mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ mengajar yang harta itu bukan kepunyaan individu maka dia boleh berbuat sesuka hatinya sahaja. Harta itu telah menjadi tanggungjawabnya, tetapi dia kenalah menggunakannya dengan hemah. Kalau dia mempunyai harta dan dia tidak menggunakannya dengan baik, ada kemungkinan dia boleh merosakkan masyarakat. Berapa banyak kita tengok masyarakat yang rosak kerana dilambakkan kekayaan kepada mereka?

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ mengajar supaya jangan serahkan harta anak-anak yatim itu kalau mereka belum bersedia lagi kerana diberikan juga, tentu mereka akan menghabiskan harta itu begitu sahaja, kerana akal mereka tidak dapat menjaganya.

Harta itu mungkin habis begitu sahaja sama ada mereka ditipu kerana mereka bodoh ataupun mereka akan kehabisan harta mereka kerana mereka boros dan tidak tahu menilai harta.

Lafaz قِيامًا bermaksud ‘asas kehidupan’. Jikalau diberikan kepada yang tidak tahu menjaganya, maka harta itu akan habis dan tidak dapat digunakan untuk menyambung kehidupan.

Islam amat menjaga kepentingan harta. Harta itu sendiri bukanlah buruk kerana ia diperlukan untuk kehidupan. Yang menjadi masalah kalau harta itu digunakan untuk benda yang salah; atau kalau seseorang itu lupa diri dan lupa agama kalau diberikan dengan harta yang banyak.

Maka, tidak salah kalau ada harta yang banyak, tetapi janganlah kerana harta itu menyebabkan terkandasnya agama.

وَارزُقوهُم فيها وَاكسوهُم

dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya

Janganlah tidak diberi langsung dari harta yang ditinggalkan oleh wali mereka itu kepada mereka. Gunakanlah sedikit dari harta itu untuk makan dan pakaian mereka. Harus diberikan untuk keperluan sahaja. Mestilah bersikap amanah sebagai penjaga amanah.

Kalimah yang digunakan dalam ayat ini adalah فيها (darinya). Ini bermaksud, bukan diambil dari harta itu kerana kalau diambil dari harta itu, lama-kelamaan harta tersebut akan habis dan nanti apabila anak-anak yatim itu sudah dewasa, sudah tidak ada apa yang boleh diberikan kepada mereka.

Maka, belanja yang diberikan kepada anak yatim itu diambil dari ‘keuntungan’ dari harta mereka. Maknanya harta mereka itu diniagakan atau dilaburkan supaya ia berkembang.

وَقولوا لَهُم قَولًا مَّعروفًا

dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Kita haruslah berkomunikasi dengan baik apabila bercakap dengan mereka. Jika anak itu meminta supaya diberikan hartanya kepadanya, kenalah jawab dengan ucapan yang baik yang senang untuk didengar.

Beritahulah yang harta itu sememangnya hak mereka, tetapi belum sesuai lagi untuk diberikan kepada mereka. Janganlah berkata dengan kasar pula kepada mereka.

Juga bermaksud, layanlah mereka dengan baik di dalam segenap hal. Mereka itu adalah anak yatim dan memerlukan kasih sayang seorang wali. Mereka telah kehilangan wali mereka dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk masa hadapan mereka. Maka, gaulilah mereka dengan baik.

Kita diajar dalam ayat ini dan ayat-ayat lain supaya berkata-kata dengan baik terhadap mereka. Bukan kepada mereka sahaja akan tetapi kepada manusia lain pun kita kenalah menggunakan kata-kata yang baik. Ini kerana kata-kata yang buruk, akan menyebabkan orang pecah hati dan boleh menyebabkan kesedihan atau berkelahi. Ini kita boleh lihat dalam [ Isra’: 53 ]:

وَقُل لِعِبادي يَقولُوا الَّتي هِيَ أَحسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيطانَ يَنزَغُ بَينَهُم ۚ إِنَّ الشَّيطانَ كانَ لِلإِنسانِ عَدُوًّا مُبينًا

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Syaitan sentiasa sahaja menggalakkan permusuhan dalam kalangan manusia. Dan salah satu cara adalah dengan menghasut manusia untuk menggunakan kata-kata yang tidak baik, buruk dan menyakitkan hati.

Maka Qur’an banyak mengajar kita cara-cara berkomunikasi. Antaranya di dalam ayat ini:

  1. Qawlan Ma’roofan: kata-kata yang senang difahami.
  2. Qawlan Sadeedan: seperti yang disebut dalam [an-Nisa:9 ] bermaksud ucapan baik yang menepati syariat. Percakapan yang jelas, jangan samar-samar. Cakaplah dengan jelas dan tepat dan jangan sorok perkara yang kita tahu.
  3. Qawlan Baleeghan: seperti yang disebut dalam [an-Nisa:63]. Ia bermaksud kata-kata nasihat yang memberi kesan. Nasihatilah manusia biar sampai nasihat itu sampai ke dalam hati mereka. Bercakaplah dengan baik supaya nasihat itu memberi bekas kepada jiwa.
  4. Qawlan Kareeman: seperti yang disebut dalam [Isra’:23]. Menegur dengan menggunakan kalimah yang sesuai. [Isra’:23] adalah tentang berkomunikasi kepada ibubapa. Kalau mereka salah, memang boleh ditegur tetapi kenalah menggunakan kalimah yang sesuai. Terutama apabila hendak menegur orang tua memang mesti bersesuaian dengan caranya. Bercakaplah dengan mereka dan orang lain pun dengan adab.
  5. Qawlan Maisooran: seperti yang disebut dalam [Isra’:28]. Menggunakan ucapan yang lembut. Ayat [Isra’:28] ini memberi contoh apabila tidak dapat memberi infak kepada orang yang meminta. Kita mahu membantu tetapi tidak mampu untuk membantu pada waktu itu. Maka, kita jelaskan kepada mereka kenapa kita tidak dapat membantu. Gunakan penjelasan yang mudah difahami dan jangan berbelit-belit. Waktu itu yang meminta itu memang sedang mengharap dan kalau kita berbelit kata, mereka akan makin terseksa.
  6. Qawlan Layyinan: seperti yang disebutkan di dalam [Taha:44]. Maksudnya bercakap dengan lemah lembut. Memang ini bukan mudah untuk dilakukan terutamanya kepada mereka yang telah melakukan kesalahan. Akan tetapi kita kenalah cuba kerana ayat [Taha:44] ini adalah arahan daripada  Allah ‎ﷻ kepada Nabi Musa عليه السلام untuk bercakap dengan lembut kepada Firaun dalam berdakwah. Kalau dengan Firaun pun kena bercakap lembut, apatah lagi dengan orang lain.

Tafsir Ayat Ke-6 

Sebelum beri harta itu, kena uji mereka sama ada mereka sudah layak untuk mengurusnya.

وَابتَلُوا اليَتٰمىٰ حَتّىٰ إِذا بَلَغُوا النِّكاحَ فَإِن ءآنَستُم مِّنهُم رُشدًا فَادفَعوا إِلَيهِم أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَأكُلوها إِسرافًا وَبِدارًا أَن يَكبَروا ۚ وَمَن كانَ غَنِيًّا فَليَستَعفِف ۖ وَمَن كانَ فَقيرًا فَليَأكُل بِالمَعروفِ ۚ فَإِذا دَفَعتُم إِلَيهِم أَموٰلَهُم فَأَشهِدوا عَلَيهِم ۚ وَكَفىٰ بِاللهِ حَسيبًا

Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah dia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

 وَابتَلُوا اليَتٰمىٰ حَتّىٰ إِذا بَلَغُوا النِّكاحَ

Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa) sampai boleh menikah.

Anak-anak yatim itu kena diuji dulu dalam urusan harta. Cuba beri lebih sikit perbelanjaan kepada mereka dan lihat sama ada mereka habiskan atau tidak. Ini akan menunjukkan sama ada mereka boros atau tidak. Kalau dia tidak pandai lagi hendak hargai dan jaga harta, tentu apabila diberi sedikit akan habis, diberi banyak pun habis juga.

Kemudian uji sama ada mereka boleh bekerja atau tidak. Berikan sedikit tanggungjawab pekerjaan dan lihat sama ada dia boleh buat atau tidak. Ujilah dia dari semasa ke semasa sehingga cukup umur hendak kahwin. Itu adalah satu tanda umur yang seseorang itu sudah dewasa.

فَإِن ءآنَستُم مِّنهُم رُشدًا فَادفَعوا إِلَيهِم أَموٰلَهُم

Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya;

Kata آنَستُم bermaksud sesuatu perkara yang kita boleh nampak di luar sahaja kerana kita tidak tahu hati manusia. Oleh itu kita hanya boleh uji kecerdikan anak-anak yatim itu setakat yang boleh sahaja, iaitu secara luaran sahaja.

Lafaz رُشدًا maksudnya bijak, termasuklah antaranya bijak mengurus harta. Kita boleh lihat dari pengamatan kita. Islam tidak meletakkan had masa kerana ini adalah tentang akal: ada yang cepat pencapaian akalnya dan ada yang lambat.

Akan tetapi kalau umurnya sudah 25 tahun, terpaksa jugalah beri hartanya kerana ada orang yang sampai bila-bila pun tidak akan pandai hendak jaga hartanya. Maka, tidaklah diberi langsung hartanya sendiri?

وَلا تَأكُلوها إِسرافًا وَبِدارًا أَن يَكبَروا

dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa.

Jangan ambil dari harta itu lebih dari yang sepatutnya. Islam membenarkan mereka yang diamanahkan untuk menjaga harta anak yatim untuk mengambil dari harta itu kerana ada yang penjaga amanah pun miskin juga.

Kemungkinan juga apabila dia sudah diamanahkan untuk menjaga harta itu, dia sudah tidak boleh bekerja seperti biasa kerana dia kena menguruskan harta itu pula.

Maka, dalam keadaan itu Allah ﷻ izinkan untuk mengambil dari harta itu untuk keperluan hidup, tetapi berpatutan. Lebih kurang tidak apa kalau hendak ambil untuk kegunaan sendiri. Cuma jangan berlebihan (israaf). Jangan kita bermewah pula dengan harta yang asalnya bukan hak kita pun, tetapi hak anak yatim.

Ingatlah yang itu adalah harta anak yatim dan telah disebut bahawa mengambil darinya adalah dosa besar. Cuma Islam membenarkan mengambil yang sekadar patut sahaja. Maka, yang pertama jangan israaf.

Yang kedua, janganlah kamu ambil harta itu cepat-cepat sebelum serah harta itu kepada mereka. Jangan ada yang fikir mahu ambil peluang sementara boleh iaitu sebelum anak yatim itu dewasa. Ini kerana ada yang teringat yang setahun lagi anak itu akan dewasa, maka hendak cepat-cepat ambil harta itu dalam masa setahun ini. Ini adalah satu kesalahan. Allah ﷻ tahu apa yang ada dalam hati kita.

وَمَن كانَ غَنِيًّا فَليَستَعفِف

Dan sesiapa yang kaya, maka hendaklah dia menahan diri

Kalau penjaga harta anak yatim itu sendiri sudah kaya, tidaklah perlu ambil dari harta anak yatim itu untuk kehidupan dia. Maknanya, biarkan supaya semua harta anak yatim itu untukya sahaja, jangan ambil sedikit pun.

Kenapa perlu ambil lagi kalau kaya, kerana sudah ada harta sendiri, bukan? Bagaimana hendak tahu sudah kaya? Iaitu dia sendiri kena keluarkan zakat. Kalau diri sendiri pun keluarkan zakat, itu sudah dikira orang kaya.

Lagi pun dia sedang melakukan tanggungjawab dia sebagai pemegang amanah. Dan kalau menjalankan tanggungjawab, tidak boleh ambil upah atas tanggungjawab itu.

وَمَن كانَ فَقيرًا فَليَأكُل بِالمَعروفِ

dan sesiapa yang miskin maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya.

Kalau penjaga amanah itu seorang yang miskin, maka bolehlah dia ambil tetapi dengan cara yang baik dan yang patut sahaja. Bukanlah dia ambil secara sembunyi tetapi dengan terbuka. Dan dia kena rekodkan berapakah yang dia ambil kerana kena bentangkan nanti semasa pulangkan balik baki harta tersebut.

Allah ﷻ tidak menyebut berapa jumlah boleh ambil. Tidak ditetapkan, cuma Allah ﷻ sebut بِالمَعروفِ – maksudnya yang telah ‘diketahui’. Maknanya, diri sendiri pun sudah tahu yang itulah jumlah yang sesuai. Mengikut keadaan tempat dan keperluan. Orang yang baik akan tahu berapa banyak yang patut-patut.

Ibnu Abu Hatim mengatakan. telah menceritakan kepada kami Abu Said Al- Asyaj, telah menceritakan kepada kami Abu Khalid Al-Ahmar, telah menceritakan kepada kami Husain Al-Mukattab, daripada Amr ibnu Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya yang telah menceritakan bahawa ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, lalu lelaki itu berkata, “Sesungguhnya aku mempunyai seorang anak yatim yang mempunyai harta, sedangkan aku sendiri tidak berharta, bolehkah aku ikut makan dari sebahagian hartanya?” Rasulullah Saw. menjawab:

بِالْمَعْرُوفِ غَيْرَ مُسْرِفٍ

Makanlah dengan cara yang makruf tanpa berlebih-lebihan!

(Imam Abu Daud, Imam Nasai, dan Imam Ibnu Majah meriwayatkannya melalui hadis Husain Al-Mu’allim).

Kita sendiri kena tanya diri kita. Jika hendak ambil banyak dan terlebih, bolehkah kita jawab depan Allah ﷻ taala nanti, kenapa kita ambil banyak? Kerana tidak ada orang yang jaga dan kawal diri kita, kita yang kena kawal diri kita sendiri. Dan kita kena ingat yang kita akan menjawab di hadapan Allah ﷻ nanti.

Jadi pengertian ayat ini seperti yang disebutkan di dalam ayat lainnya. Iaitu firman-Nya:

وَلا تَقْرَبُوا مالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ

Dan janganlah kalian dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga ia dewasa. [Al-An’am: 152 dan Al-Isra’: 34]

Dengan kata lain, janganlah mendekati harta anak yatim kecuali dengan maksud untuk berbuat yang bermanfaat terhadapnya; jika kamu memerlukannya, kamu boleh memakan sebahagian darinya menurut cara yang patut.

فَإِذا دَفَعتُم إِلَيهِم أَموٰلَهُم فَأَشهِدوا عَلَيهِم

Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka.

Bila tiba waktu untuk serahkan harta tersebut kepada anak yatim, hendaklah dicari dua saksi. Ini adalah sunat agar anak-anak yatim itu puas hati dan tidak ada sangka buruk terhadap penjaga harta.

Jangan nanti budak itu kata kita tidak beri harta dia pula. Boleh dibentangkan berapa banyak yang telah digunakan, berapa banyak yang tinggal, berapa banyak yang telah dilaburkan dan maklumat-maklumat lain.

وَكَفىٰ بِاللهِ حَسيبًا

Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas

Allah ﷻ melihat segala apa yang kita lakukan. Allah ﷻ sudah cukup untuk menghitung berapa yang patut dipulangkan. Allah ﷻ lah sebaik-baik saksi. Ambil saksi daripada manusia itu sebagai syarat sahaja kerana saksi itu tidak tahu sebenarnya apa yang kita lakukan, namun Allah ﷻ tahu segala-galanya, kecil dan besar.

Allah ﷻ hendak beritahu bahawa sebagai penjaga, kita kena jujur dan ikhlas kerana Allah ﷻ sentiasa mengawasi apa yang kita lakukan dengan harta itu. Allah ﷻ lebih hebat dari akauntan atau auditor kerana semua dalam pengiraan-Nya. Jangan kita sangka yang kita boleh buat apa sahaja yang kita hendak dengan harta anak-anak yatim itu.

Maka, ini adalah tugas yang amat berat. Kalau rasa tidak mampu, janganlah ambil tugas ini.  Disebut dalam kitab Sahih Muslim bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنِّي أَرَاكَ ضَعِيفًا، وَإِنِّي أُحِبُّ لَكَ مَا أُحِبُّ لِنَفْسِي، لَا تَأَمَّرَن على اثنين، ولا تَلِيَنَّ مال يتيم”

Hai Abu Zar, sesungguhnya aku melihatmu orang yang lemah, dan sesungguhnya aku menyukai bagimu sebagaimana aku menyukai buat diriku sendiri. Jangan sekali-kali kamu memerintah atas dua orang, dan jangan sekali-kali kamu menjadi wali harta anak yatim.

Allahu a’lam.

 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

#Ilmu#Amal#Prihatin

Tafsir Surah An-Nisa’: Tafsir Ayat Pertama hingga Ke-3 (Hak Anak Yatim)

0

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 1 – 3 (Hak Anak Yatim) 

Pengenalan:

Surah an-Nisa ini banyak mengandungi ayat-ayat Umur Munazimah. Ia tentang ayat-ayat yang mengajar bagaimana menjalani kehidupan kita dengan masyarakat. Ia adalah ayat-ayat asas tentang masyarakat Islam yang perlu dijaga.

Sepertimana Surah Baqarah berpasangan dengan Surah Ali Imran, Surah an-Nisa ini berpasangan dengan surah al-Maidah.

Ayat akhir surah Fatihah telah menyebut tentang empat golongan yang sesat. Surah Baqarah sebut tentang Yahudi, surah Ali Imran tentang Kristian dan surah Nisa ini tentang Munafiqin kerana merekalah yang merosakkan masyarakat Islam. Dan golongan musyrikin pula nanti akan disebut dalam surah An’am.

Ayat-ayat Umur Munazimah dalam Surah an-Nisa itu banyaknya tentang wanita dan kanak-kanak. Banyak nanti akan disebut tentang mereka dan penjagaan hak-hak mereka (huququl ibaad).

Ini penting kerana golongan itu selalunya tidak mendapat hak mereka sehingga mereka dijadikan barang harta yang boleh ditukar-tukar dan dipusakai. Mereka juga golongan yang paling teruk ditindas. Lebih-lebih lagi anak yatim kerana mereka kecil, lemah tubuh badan dan akal. Oleh itu, banyak ayat-ayat tentang menjaga mereka.

Haq-haq orang lain terjaga dalam perundangan agama, masyarakat dan juga mereka sendiri boleh meminta hak mereka. Namun, golongan kanak-kanak dan wanita ini lemah dan kerana itu memerlukan perlindungan. Maka, Allah sebut khusus tentang hak mereka dalam surah ini.

Dalam Surah Ali Imran sebelum ini telah disebut tentang taqwa dan sekarang disebut mereka yang bertaqwa akan jaga semua perkara-perkara yang akan dinyatakan dalam surah ini. Hanya orang bertaqwa sahaja yang akan menjaga tindak tanduk mereka mengikut kehendak Allah SWT.

Juga terdapat ayat-ayat Umur Munazimah mengenai rakyat dan pemimpin. Ini penting kerana banyak rakyat yang ditindas oleh pemimpin mereka. Maka, dalam surah ini para pemimpin diajar supaya jangan zalim dan negara mereka jangan ada kezaliman.

Maknanya mereka sendiri jangan berlaku zalim dan pastikan rakyatnya sendiri tidak menzalimi sesiapa. Barulah umat jadi baik dan boleh dakwah kepada manusia kerana kalau keamanan dan keadaan pemerintahan kita sendiri kacau bilau, tentu tidak boleh hendak menjalankan kerja dakwah dan jihad menentang negara-negara kufar untuk menyebarkan Islam.

Hebat sekali bagaimana Allah SWT menyusun ajaran-ajaran dalam surah an-Nisa ini. Ia tidak ada dalam ajaran agama lain. Maka, amat malang kalau orang Islam sendiri tidak tahu mengenainya. Sememangnya ramai yang tidak tahu menahu bagaimana Islam mempunyai hukum dan undang-undang bermasyarakat yang amat hebat. Kebanyakan umat Islam memang tahu yang agama Islam ini adil, bagus, baik, tetapi tidak tahu dengan pasti.

Mereka tidak boleh beri contoh kenapa Islam dikatakan adil. Oleh kerana tidak tahu, mereka hinggakan terpaksa ambil ilmu dari tempat lain, dan tidak rujuk Qur’an pun. Maknanya, mereka belajar dengan orang kafir pula.  Ada juga yang kritik Islam dengan mengatakan Islam tidak adil sedangkan mereka tidak belajar pun apakah yang Islam kata.

Sebelum kita memulakan tafsir Surah ini, ada baiknya kita senaraikan dahulu susunan ayat-ayat dalam surah ini:

Ayat 1 – 57: menyebut 14 undang-undang Umur Munazimah tentang hak-hak asas manusia. Kebanyakannya untuk wanita dan anak yatim. Allah selit juga tentang tauhid secara ringkas.

Ayat 58 – 115: ayat-ayat Umur Munazimah juga tetapi undang-undang kepada pemerintah. Ada juga dimasukkan tentang tauhid namun lebih panjang. Ada ayat ‘Amalan Tiga Serangkai‘ untuk tolak bencana. Terdapat juga huraian tambahan hak rakyat dan pemerintah.

Ayat-ayat seterusnya pula adalah tentang Yahudi Nasara dan banyak lagi ayat tentang Munafikin.

Ringkasan dari Daurah Maulana Asri:

📚 04: Surah An-Nisa
🔸Tertib dalam Mushaf: 4
🔹Tertib diturunkan: 92
🔹Surah Madaniyyah.
🔸Bil Ayat: 176.
🔹Bil Ruku’: 24
🔸Bilangan Perenggan: 9

P1[4:1-43] MUKADIMAH. SYARIAT KEKELUARGAAN.

Syarat utk membentuk Ummat Wasato dan Khaira Ummah.
Selepas perang Uhud ramai juga umat Islam terkorban syahid hingga meninggalkan balu dan anak yatim. Maka turunlah an-Nisa menjelaskan beberapa syariat tentang:
▪️Penjagaan harta anak yatim
▪️Mas kahwin perempuan yang dinikahi
▪️Perempuan yang haram dinikahi
▪️Harta pusaka dan kiraan pembahagiannya.

P2: [4:44-57] PERINGATAN KEPADA AHLI KITAB.

Allah SWT menjawab dakwaan Ahli kitab yang mengatakan orang Arab musyrik lebih benar jalannya daripada para sahabat.

P3: [4:58-59] HAK RAKYAT DAN PENGUASA.

Berikan Amanah kepada mereka yang berhak. Tegakkan hukuman dengan adil.

P4:[4:60-104] MUNAFIK DAN JIHAD.
Sikap kaum munafik membahayakan keselamatan negara Islam. Mereka sering memberi alasan untuk tidak berjihad.

P5: [4:105-115] HIKMAH TURUNNYA AL-QURAN.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah SWT wahyukan kepadamu, dan janganlah… [4:105]

P6:[4:116-134] Perselisihan Bani Israel dgn Bani Ismail
P7: [4:135-152] Bersihkan diri daripada Sikap Nifak dan Berlaku Adil.

P8:[153-175] KRITIKAN KEPADA AHLI KITAB.

Antara pendustaan dan kejahatan mereka:
▪️menuduh Maryam melakukan perbuatan keji
▪️mensekutukan Nabi Isa عليه السلام., Jibril عليه السلام.dengan Allah SWT
▪️membunuh Nabi-nabi terdahulu
▪️cubaan membunuh Nabi Isa عليه السلام..
▪️Orang Yahudi mengambil riba, menghalang orang daripada beriman.
▪️Menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW.

P9: 176] HUKUM TENTANG HARTA PUSAKA KALALAH.

Orang yang meninggal tetapi tidak punya anak.

Ayat Pertama: Ayat Takhwif

يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذي خَلَقَكُم مِّن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan daripada keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

يٰأَيُّهَا النّاسُ

Wahai sekalian manusia!

Allah bercakap kepada manusia seluruhnya. Maknanya, Qur’an ini adalah untuk seluruh umat manusia sama ada mereka yang dapat surah ini semasa ia diturunkan, atau pada bila-bila zaman pun selepasnya.

Namun, kita tahu orang bukan Islam bukan baca Qur’an pun. Maka ini mengajar kita bahawa sebagai orang Islam kenalah sampaikan kepada mereka. Kena jalankan kerja dakwah kepada orang bukan kerana ramai yang tidak dilahirkan dalam agama Islam dan mereka perlu ada orang untuk sampaikan dakwah kepada mereka. Kalau bukan kita yang sampaikan, siapa lagi?

اتَّقوا رَبَّكُمُ

Bertaqwalah kepada Tuhan kamu

Ini adalah suruhan pertama yang mesti disampaikan kepada manusia. Hendaklah umat manusia bertaqwa kepada Allah SWT dengan menjaga hukum-hukum yang telah diberikan-Nya. Antaranya, kenalah takut kepada Allah SWT kerana jika takut kepada Allah SWT, maka kita akan jaga hukum-hukum yang telah ditetapkan-Nya.

Antara ajaran dan hukum yang penting disebut dalam surah ini yang akan diajar nanti adalah cara berurusan dengan manusia. Cara kita berusan dengan manusia juga memerlukan taqwa. Allah akan ajar kita bagaimana untuk berurusan dengan manusia. Allah SWT sampaikan hukum-Nya kepada kita sebagai panduan hidup.

Allah SWT menggunakan nama-Nya Rabb dalam ayat ini untuk mengingatkan kita yang Dialah yang mengurus kehidupan dari kita lahir sampai bila-bila. Maka,  kenalah bertaqwa kepada-Nya.

Kena taqwa kepada Rabb tetapi siapakah Rabb itu?

الَّذي خَلَقَكُم مِّن نَفسٍ وٰحِدَةٍ

yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam),

Dalil kenapa kita kena bertaqwa dengan Allah SWT adalah kerana Dia yang menjadikan kita dari tiada kepada ada. Allah SWT yang jadikan kita tetapi kita tidak taat kepada-Nya, memang tidak patut. Lebih-lebih lagi jika Allah SWT yang menjadikan kita, tetapi kita taat kepada selain daripada Allah SWT seperti syaitan dan nafsu, tentulah lagi tidak patut.

Allah SWT juga memberitahu kita bahawa asal kita semua sama sahaja, iaitu daripada Nabi Adam عليه السلام. Allah SWT hendak menceritakan tentang asal kejadian kita. Kita semua ini asalnya daripada seorang sahaja, jadi ada kaitan yang kuat antara kita semua.

Maka, bukan sahaja taqwa kepada Allah kita kena berbaik dan tidak zalim kepada orang lain, tetapi kerana kita ini asalnya satu. Memang sekarang berbangsa-bangsa dan berjenis-jenis kedudukan, tetapi asalnya satu sahaja. Kenalah ada kasih sayang sesama manusia.

وَخَلَقَ مِنها زَوجَها

dan yang menjadikan daripada (jenis Adam) itu pasangannya

Dan dari jenis Nabi Adam  عليه السلامitu, dijadikan ibu kita, Hawa. Oleh itu, asal kita semuanya daripada pasangan ini.

Apabila digunakan kalimah من (dari) itu, bukanlah bermaksud Hawa dijadikan daripada Nabi Adam عليه السلام, tetapi dijadikan ‘dari jenis’ Nabi Adam iaitu golongan manusia juga. Maka, pasangan hidup kita adalah dari manusia juga. Justeru, tidaklah kita berkahwin dengan jin pula (walaupun ada juga pendapat boleh kahwin tetapi pada saya ini agak pelik).

Riwayat yang mengatakan Hawa dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam عليه السلام itu ada masalah sikit. Ia tidak ada dalam penulisan Islam tetapi ia ada dalam artikel Kristian dan Yahudi terutama dalam Kitab Talmud mereka. Jadi, tidak perlulah kita sibuk kata Hawa dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam عليه السلام pula.

Kekeliruan ini juga timbul kerana ada disebut di dalam sebuah hadis sahih berkenaan kejadian sifat wanita:

«إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ، وَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَفِيهَا عِوَجٌ»

Sesungguhnya wanita itu dijadikan seperti tulang rusuk, dan sesungguhnya rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Maka jika kamu bertindak untuk meluruskannya, nescaya kamu akan membuatnya patah. Tetapi jika kamu bersenang-senang dengannya, bererti kamu bersenang-senang dengannya, sedangkan padanya terdapat kebengkokan.

Kita kena tahu bahawa bukanlah wanita ini dijadikan ‘dari’ tulang rusuk, tetapi ‘seperti’ tulang rusuk. Ini adalah kerana kalimah من itu tidak semestinya bermaksud ‘dari’ sahaja, tetapi boleh juga bermaksud ‘seperti’.

وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً

dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai.

Dari dua pasangan itu, manusia berkembang biak sampailah sekarang. Kita semua asalnya sama sahaja. Maknanya semua manusia asal daripada dua ini sahaja, jadi kenapa zalim sesama sendiri? Semua kita anak beranak belaka.

Namun, manusia ada rasa benci kepada orang lain kerana bisikan syaitan. Syaitan yang membisikkan kebencian kepada golongan lain, kepada bangsa lain, keturunan lain.

Oleh itu, jangan bezakan antara kaum. Asal sahaja kita digelar ‘manusia’, kita semuanya satu. Oleh itu, jangan tengok ras dan warna kulit. Inilah masalah besar yang dihadapi oleh dunia sekarang. Ramai yang membanding-bandingkan keturunan, warna kulit, asal dari mana dan sebagainya.

Manusia selalunya akan mencari apakah perbezaan sesama mereka, tetapi tidak mahu melihat apakah persamaan antara mereka. Oleh itu kita kena ubah paradigma: bila tengok orang, carilah persamaan antara kita dan dia, bukannya cari perbezaaan.

وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي تَساءَلونَ بِهِ

Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya,

Satu lagi dalil kenapa kita kena bertaqwa kepada Allah SWT. Allah SWT adalah  tempat kita meminta segala hajat. Apa-apa hal kita minta kepada Allah SWT sama ada kecil atau besar. Tidak boleh meminta kepada selain daripada-Nya. Jika kepada Dia sahaja kamu meminta, maka taqwalah kepada-Nya, ikutlah segala hukum yang diberikan-Nya.

Tafsir lain: Ibrahim, Mujahid, dan Al-Hasan mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kalian saling meminta satu sama lain, (An-Nisa: 1) Yakni seperti dikatakan, “Aku meminta kepadamu dengan nama Allah dan hubungan silaturahmi.”

Oleh kerana itu, maka kita kenalah jaga hak orang lain. Kita selalu minta hak kita dan kata “atas ayat sekian-sekian dan hadis sekian-sekian, aku ada hak ini”. Jadi hak orang lain pun kita kenalah jaga juga. Jangan pandai ‘quote’ ayat Qur’an sebab mahu hak kita sahaja.

وَالأَرحامَ

dan rahim-rahim

Pendek sahaja potongan ayat ini. Allah SWTe merujuk kepada rahim wanita dalam ayat ini. Ia memberi isyarat kepada kita untuk menghormati emak kita. Masa kecil kita memerlukan emak, bukan? Sikit-sikit, “emak… emak…” Tetapi kenapa kita lupa bila dia sudah tua? Kenapa tidak telefon dia? Kenapa kena tunggu dia telefon kita, baru kita mahu bercakap? Kenapa kalau kita sibuk, kita tidak luangkan masa untuk bercakap dengan dia?

Dan bukan itu sahaja, kena hormati dan jaga hubungan dengan mereka yang ada kaitan dengan ‘rahim’. Maksud yang pertama adalah: jagalah dari memutuskan silaturrahim yang paling dekat sekali, iaitu keluarga adik beradik. Kena jaga kerana semuanya berasal dari rahim yang satu. Inilah maksud ‘silaturrahim’.

Oleh itu, jangan ada permusuhan sesama adik beradik, ahli keluarga yang terdekat.  Ini yang penting kena jaga dahulu. Memang ada masalah yang besar dalam masyarakat. Kadang-kadang dengan orang lain boleh berbaik, cakap baik-baik, tolong menolong, tetapi dengan adik beradik sendiri sampai tidak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya. Kita pun selalu dengar cerita begini, bukan? Ini amat buruk sekali. Ini adalah qat’al rahim (memutuskan hubungan silaturrahim).

Ini adalah perbuatan yang teruk sekali dan melawan suruhan Allah SWT dalam ayat ini. Allah SWT suruh berbaik dengan ahli keluarga, tetapi ada yang berkelahi bertahun-tahun. Kenduri kendara tidak datang, tidak jenguk kalau dia sakit, hendak hulur duit lagilah jauh sekali. Ini ikut ajaran mana?

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kita sebagai manusia ada hubungan yang jauh dan ada yang dekat seperti adik beradik dan keluarga terdekat. Kalau boleh jaga hubungan yang dekat, semoga boleh jaga hubungan yang jauh sikit tetapi kalau adik beradik pun sudah tidak baik, apakah maksudnya?

Jagalah silaturrahim kerana banyak rahmat padanya:

“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim.”(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam konteks yang lebih besar, kita semuanya berasal dari rahim yang satu – Hawa. Maka, hubungan dengan manusia lain pun kena jaga juga. Jangan hendak benci tidak tentu fasal dengan orang lain. Jangan menzalimi orang lain seperti kita tidak boleh menzalimi adik beradik sendiri. Kalau ini boleh difahami, tentulah aman dunia ini, bukan?

Jika sedekah pun kita tahu dianjurkan dalam Islam; tetapi tahukah anda, sedekah kepada ahli keluarga akan lebih banyak pahala lagi?

حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وعلي بن محمد . قالا حدثنا وكيع عن ابن عون عن حفصة بنت سيرين عن الرباب أم الرائح بنت صليع . عن سلمان بن عامر الضبي قال : – قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( الصدقة على المسكين صدقة وعلى ذي القرابة اثنتان صدقة وصلة )

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah, dan ‘Ali bin Muhammad, mereka berkata, telah menceritakan kepada kami waki’, daripada Ibnu ‘Aun, daripada Hafsahah bintin Sirin, daripada Rubab Ummur Raih binti Shali’, daripada Salman bin Amir Adh-Dhabbi, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Sedekah kepada orang miskin mendapatkan satu pahala sedekah, dan kepada kerabat mendapatkan dua pahala, (pahala) sedekah dan menyambung silaturahim. (HR. Ibnu Majah No. 1844 Juz 1 Halaman 591)

إِنَّ اللهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا

sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Sesungguhnya Allah Maha Mengawasi. Maksud رَقيبًا asalnya adalah ‘belakang leher’. Macam kalau kita pegang belakang leher binatang untuk  mengawasi dan mengawalnya. Dan anak-anak kita pun kita buat begitu juga, terutama kalau berjalan di kedai mainan, kita pegang kepala dia supaya dia tidak nampak mainan di kedai itu kerana sedar apa yang dia sedang tengok.

Allah SWT gunakan lafaz رَقيبًا untuk memberi maksud yang Allah SWT mengawasi kita sentiasa. Dia tahu apa yang kita sedang lakukan. Dia boleh hukum kita kalau kita buat silap kerana Dia tahu sahaja apa yang kita telah lakukan. Maka, jangan sangka kita bebas. Hukum-hukum Allah ini kenalah diperhatikan dan ditaati.

Kalaulah kita dapat menyedarkan diri kita yang kita sentiasa dalam perhatian Allah SWT, tentu kita akan menjaga segala tindak tanduk kita. Bayangkan, kalau kita tahu ayah kita sedang melihat kita, tentu kita tidak berani hendak buat silap, bukan?

Begitu juga kalau kita tahu polis sedang memerhatikan kita, tentu kita tidak berani hendak mencuri, bukan? Maka cuba sedar yang Allah sedang memerhatikan kita. Di dalam sebuah hadis sahih disebutkan:

«اعْبُدِ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ، فَإِنَّهُ يَرَاكَ»

Sembahlah Tuhanmu seakan-akan kamu melihat-Nya; jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu.

Ada hukum dan undang-undang telah diberikan dalam Qur’an dan itu semua boleh dijalankan di mahkamah. Sesiapa yang haknya telah dilanggar, boleh mengadu di mahkamah. Namun, bagaimana dengan kanak-kanak dan wanita? Bagaimana dengan orang yang tertindas dan tidak ada peluang untuk mengadu kepada mahkamah? Maka, kerana itu Allah SWT ingatkan yang Dia sentiasa mengawasi segala perbuatan manusia.

Memang ahli keluarga tidak boleh mengadu kepada mahkamah kalau silaturrahim telah diputuskan, tetapi Allah SWT sentiasa melihat. Memang tidak boleh hendak mengadu kalau manusia ada yang rasis, tapi Allah sentiasa melihat.

Ayat Kedua:

Ayat pertama tadi adalah anjuran dalam bentuk umum untuk berbuat baik kepada semua manusia, kemudian kepada kaum kerabat. Sekarang kita masuk kepada lebih khusus lagi.

Undang-undang yang pertama adalah tentang anak yatim. Anak yatim adalah mereka yang hilang sokongan keluarga mereka, kerana mereka kehilangan ayah atau kehilangan ayah dan ibu.

Oleh kerana mereka telah hilang tempat bergantung, maka Islam mengajar kita untuk menjaga mereka yang hilang sokongan. Kerana itu ada ahli keluarga yang ditugaskan untuk menjaga anak yatim itu. Mungkin pakcik dia ataupun orang lain yang tidak ada kena mengena dari segi pertalian darah. Allah SWT menggalakkan perkara ini dengan memberitahu yang menjaga anak yatim ini adalah tugas yang mulia.

Namun, jangan salah gunakan kedudukan kita sebagai penjaga anak yatim itu. Ada tiga kezaliman yang biasa dikaitkan dengan anak yatim:

  1. pada harta mereka
  2. masa perkahwinan mereka
  3. pembahagian harta pusaka mereka

Hukum yang pertama ini memberitahu kita supaya jangan makan harta anak yatim. Memakan harta anak yatim adalah dosa yang amat besar. Sepatutnya kena jaga mereka dan harta mereka, bukannya ambil harta mereka.

وَءآتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا

Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

وَءآتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم

Dan berikanlah kepada anak-anak yatim itu harta mereka,

Anak yatim adalah mereka yang telah kehilangan bapanya. Syaratnya mereka belum baligh lagi. Mungkin bapa kanak-kanak itu ada harta dan apabila bapa itu meninggal, ada orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga harta itu, bagi pihak anak yatim itu.

Penjaga itu mungkin dilantik oleh ayah sebelum dia meninggal, atau dipilih sendiri oleh anak yatim itu, atau dilantik oleh mahkamah.

Semasa anak yatim dalam jagaan orang yang diamanahkan untuk menjaganya, maka gunakan harta peninggalan emak ayah dia untuk membesarkan dia. Apabila hendak guna untuk makan pakai, persekolahan, boleh ambil dari peninggalan harta walinya.

Dan apabila anak yatim itu sudah cukup matang, sudah boleh jaga harta mereka sendiri, kita yang telah diamanahkan untuk menjaga harta mereka (semasa mereka kecil dan tidak mampu untuk menjaga sendiri harta itu), kena serahkan balik harta mereka yang masih berbaki. Maka, ayat ke-3 ini merujuk kepada ayat ke-5 nanti di mana apabila anak yatim itu sudah baligh dan boleh jaga harta, maka kena kembalikan hartanya.

Sebelum kita berikan harta mereka semula, kita kena ajar mereka cara jaga dan urus harta dan kalau sudah nampak mereka pandai jaga harta, kena serahkan balik harta mereka. Ini penting, kerana tentulah ada penjaga amanah yang jahat yang tidak menyerahkan balik harta anak yatim yang telah diamanahkan. Kebiasaannya manusia apabila sudah nampak harta mulalah gelap mata.

Maka, tersirat dalam ayat ini bukan sahaja penjaga amanah itu jangan makan harta anak yatim itu, tetapi dia kena berusaha sedaya mungkin untuk menjaga harta itu supaya terjaga, tidak berkurang dan tidak hilang sehinggalah anak yatim itu cukup dewasa untuk menjaganya sendiri. Jika tidak dijaga, apakah nanti yang dia akan pulangkan kepada anak itu?

 وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ

dan janganlah kamu tukar-gantikan yang buruk dengan yang baik;

Jangan sesekali tukar harta itu. Jangan beri harta yang buruk kepada mereka dan ambil yang molek untuk kita. Semua hak mereka kena pulangkan kepada mereka. Berikan yang mana hak mereka dan jangan ditukarganti.

Sebagai contoh, janganlah sebab arwah ayah budak itu ada kereta yang cantik, kita berikan kereta yang buruk kepada budak itu, dan ambil kereta yang cantik. Jangan buat begitu kerana ada yang boleh bagi alasan: “eh.. aku bagi kereta jugalah!”.

As-Saddi mengatakan, “Seseorang di antara mereka mengambil kambing yang gemuk dari ternakan kambing milik anak yatim, lalu menggantikannya dengan kambing yang kurus, kemudian kamu katakan, ‘Kambing dengan kambing. Janganlah kamu mengambil dirham yang baik, lalu menggantikannya dengan dirham yang palsu, kemudian kamu katakan, ‘Dirham ditukar dengan dirham lagi’.”

Demikianlah semasa serahkan harta itu kepada anak yatim apabila dia dewasa, kena ada saksi supaya dia puas hati dan rasa tenang dengan pemberian kita itu. Supaya boleh dijelaskan manakah harta dia sendiri dan supaya dia boleh pastikan yang penjaga tidak ambil hak dia. Jangan ada pertelingkahan selepas itu.

Bab harta ini memang kena jaga betul-betul kerana dengan harta inilah yang menyebabkan bermasam muka, berkelahi tujuh keturunan. Malah ada yang sampai berperang kerana tidak puas hati bab harta. Justeru, untuk menjaga keharmonian masyarakat, Allah SWT telah ajar siap-siap apa yang perlu dilakukan.

Tafsir ayat ini secara umum (jika tidak berkenaan anak yatim):

Sufyan As-Sauri meriwayatkan daripada Abu Saleh, “Janganlah kamu tergesa-gesa dengan rezeki yang haram sebelum datang kepadamu rezeki halal yang telah ditakdirkan buatmu.”

Maknanya, bersabarlah berusaha dan menunggu untuk dapat rezeki yang halal. Jangan kalau ada peluang dapat rezeki cara haram, terus ambil pula. Allah SWT akan berikan rezeki yang halal nanti kepada kamu.

وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم

dan janganlah kamu makan harta mereka dengan harta kamu;

‘Makan’ dalam ayat ini, maksudnya ‘ambil’. Maksudnya, jangan campur harta anak yatim dengan harta penjaga. Ini penting kerana mungkin semasa ambil belanja untuk kegunaan sendiri, ada yang terambil sekali dengan hak anak yatim itu.

Lafaz إِلىٰ dalam ayat ini bermaksud مع (bersama). Kalau harta sendiri dan harta anak yatim dicampur sekali, ada kemungkinan boleh termakan harta anak yatim itu. Oleh itu, kita boleh halang perkara ini dari terjadi sejak awal-awal lagi. Sebagai contoh, jangan masukkan wang amanah itu ke dalam akaun kita. Nanti takut kita terambil duit dia pula. Letaklah dalam akaun yang lain.

Amat bahaya sekali kalau dicampur kerana kalau tidak berhati-hati mungkin kita terambil walaupun tidak ada niat. Kita kena cuba bezakan manakah harta dia dan harta kita supaya tidak bercampur.

إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا

kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

Makan harta anak yatim adalah dosa yang sangat besar. Allah SWT gunakan kalimah حوب dalam ini dan Ibn Abbas mengatakan ia diambil dari bahasa Habashah. Dan maksudnya ‘dosa besar’. Allah SWT hendak memberitahu yang harta anak yatim jika tidak dijaga, diambil,  dicampurkan dengan harta penjaga, dimakan, itu semua adalah dosa yang besar.

Maka, kena jaga bersungguh-sungguh dan jaga sistem kewangan kita supaya perkara ini tidak berlaku. Kalau terambil pun sudah ada masalah, apatah lagi kalau sengaja ambil? Ini nanti akan disebut dalam ayat ke-10.

Kemudian, ada lagi penerangan dalam ayat-ayat yang lain yang menjelaskan lagi penggunaan wang amanah anak yatim itu kerana ada masanya, penjaga boleh juga ambil harta anak-anak itu. Ayat ke-2 ini berkenaan penjaga yang ada harta sendiri. Kalau sudah ada harta sendiri, janganlah makan anak yatim yang di dalam jagaannya.

Dan hukum ini amat ditakuti oleh para sahabat yang menjaga amanah anak yatim sampaikan mereka hendak makan sekali di meja makan pun tidak  berani. Mereka takut termakan sekali makanan anak yatim itu. Maka, Allah SWT beri penerangan tambahan dalam ayat yang lain iaitu [ Baqarah: 220].

Tafsir Ayat Ke-3:

Undang-undang kedua masih ada kaitan tentang anak yatim. Dalam Islam, dibolehkan kahwin dengan anak yatim yang kita jaga. Ada kebaikan juga kalau berkahwin dengan mereka iaitu supaya mereka ada wali untuk menjaga mereka.

Dalam ayat sebelum ini telah disebut jangan ambil harta anak  yatim. Salah satu cara yang digunakan oleh penjaga yang tidak amanah adalah dengan mengahwini anak yatim itu dan kemudian mengambil terus harta anak yatim itu. Maka Allah SWT melarang perlakuan itu dalam ayat ini.

‘Wali’ adalah mereka yang bertanggungjawab dan yang menjaga seseorang. Asalnya, wali mereka adalah ayah mereka sendiri. Tetapi, kalau mereka telah kehilangan ayah mereka, mereka tidak ada lagi wali yang sah (jika tiada adik beradik lelaki yang lain).

Kalau orang yang diberi tanggungjawab untuk menjaga anak-anak  yatim (perempuan) itu rasa lebih senang untuk menjaga mereka kalau berkahwin dengan mereka, maka kahwinilah mereka. Jika mereka sudah jadi isteri, maka sudah ada kewajipan atas suami yang kena penuhi (kewajiban menjaga isteri). Maka, tujuan berkahwin dengan mereka itu adalah kerana hendak jaga mereka dengan lebih baik.

Namun, ingat, apabila hendak berkahwin dengan anak yatim, jangan abaikan hak mereka sebagai isteri pula. Kena beri mahar dan hak-hak lain. Kena beri semua itu, sekalipun wali sebenar mereka tidak ada. Jangan kita ambil kesempatan pula ke atas mereka. Oleh itu, kalau rasa tidak dapat menjaga hak mereka, maka elakkan dari berkahwin dengan anak yatim.

وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِي اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِّنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

 وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِي اليَتٰمىٰ

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim

Orang lelaki yang diberikan amanah menjaga anak yatim perempuan boleh berkahwin dengan mereka jika mahu. Apabila berkahwin dengan mereka, kenalah jaga mereka sebagai isteri dan kena penuhi syarat-syarat sebagai suami. Maknanya ada tanggungjawab suami ke atas isteri.

Tetapi ayat ini memberitahu kita, kalau bimbang tidak boleh berlaku adil terhadap anak yatim itu, janganlah kahwini mereka. Sebaliknya, peliharalah sahaja sebagai amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Kahwinlah dengan orang lain (selain daripada anak yatim itu) yang akan disebut selepas ini nanti.

Persoalan: bukankah ‘anak yatim’ anak yang belum baligh? Bagaimana pula dia dikahwini? Maka, ada hukum di sini yang kita perlu tahu: boleh mengahwini wanita yang belum baligh.

Juga memberitahu kita yang penjaga anak yatim berkuasa untuk memberi kebenaran untuk anak yatim dikahwinkan. Maknanya mereka itu adalah wali kepada anak yatim itu tetapi mereka kenalah tengok siapakah yang akan berkahwin dengan anak yatim itu. Janganlah diberikan kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kenalah periksa kedudukan dan latar belakang lelaki itu.

Asalkan perkahwinan itu mengikut adat yang benar. Jangan gunakan cara ini untuk mengambil harta anak yatim itu pula kerana ada yang mengahwinkan anak yatim jagaannya dengan anaknya sendiri supaya harta tidak berpindah. Kadangkala anak lelakinya itu budak kecil lagi tetapi dikahwinkan dengan anak yatim yang lebih tua.

Anak yatim wanita yang telah baligh, tentulah mempunyai hak untuk menentukan siapakah pasangan hidupnya. Namun, selalunya mereka akan ikut sahaja kata-kata penjaga mereka. Maka, penjaga kenalah tengok kemaslahatan anak perempuan itu. Carilah lelaki yang baik untuknya.

فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِّنَ النِّساءِ

 maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan

Kalau kamu takut tidak dapat berlaku adil kalau kahwin dengan anak perempuan yatim itu, janganlah kahwini mereka. Sebaliknya, boleh kahwin mana-mana wanita yang sesuai yang bukan anak yatim. Banyak lagi wanita lain di luar sana.

Kalimah طاب dari katadasar ط ي ب yang bermaksud ‘baik’, ‘suka’. Maka pilihlah mana yang berkenan di hati. Boleh kahwin lebih daripada seorang pun. Ada ulama mengatakan juga bermaksud ‘yang halal’ bagi kamu.

Jadi ada beberapa cara bagaimana mufassir memberi komentar mereka tentang ayat ini:

  1. Menurut Aisyah rha, pada zaman dahulu, ramai lelaki yang diamanahkan untuk menjaga anak yatim telah buat keputusan untuk mengahwini anak yatim itu kerana harta anak yatim itu, atau kerana kecantikan mereka atau kerana rasa yang mereka boleh buat apa sahaja terhadap anak-anak yatim itu kerana tidak ada wali lagi untuk memberi perlindungan kepada mereka.

Maka, mereka akan tetapkan sendiri mahar (yang rendah) dan kemudian harta anak itu mereka ambil. Mereka boleh buat begitu kerana anak yatim itu tidak ada wali lagi untuk mempertahankan haknya.

Oleh itu, Allah SWT beri peringatan dalam ayat ini: kalau tidak boleh berlaku adil, baik kahwin dengan orang lain sahaja. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan ayat ke-127 surah ini juga.

  1. Pendapat Ibn Abbas rh pula mengatakan yang pada zaman Jahiliah dulu, para lelaki memang berkahwin ramai, sampai ada yang kahwin sepuluh orang isteri. Dan apabila terlalu banyak isteri, maka mereka tidak dapat memberikan nafkah kepada para isteri dan kerana itu mereka makan harta anak yatim di bawah jagaan mereka.

Oleh kerana itu Allah SWT menghadkan bilangan isteri kepada 4 orang sahaja.

  1. Allah SWT hendak mengajar para lelaki untuk berlaku adil kepada para isteri dan kerana itu jangan berkahwin lebih kerana kalau berkahwin lebih, ada kemungkinan mereka akan berlaku zalim kepada para isteri itu. Apabila sudah ada ramai isteri, tentu tidak dapat memberi keadilan kepada semua sekali.

مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ

dua, tiga atau empat.

Ayat ini yang ramai orang lelaki hafal. Memang ayat ini memberitahu bahawa seorang lelaki boleh kahwin sampai empat. Dan orang perempuan tidak boleh menentangnya, kerana ia memang ada dalam hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kena redha sahajalah, jangan lawan ayat Qur’an pula.

Dan jangan ditafsir dengan macam-macam alasan yang lain. Memang orang lelaki boleh kahwin sampai empat, tidak syak lagi. Namun, ada penekanan di sini iaitu hanya setakat empat isteri sahaja. Bukannya campur semua. Sebab ada yang buat matematik 2+3+4+1=10. Jadi, mereka kata boleh kahwin sampai sepuluh! Dan memang ada yang buat begitu pun. Itu adalah ajaran sesat yang tafsir ayat Qur’an ikut sedap hati sendiri sahaja.

Perbincangan tentang poligami

Zaman Jahiliyah dulu memang para lelaki biasa kahwin lebih dan mereka kahwin lebih dari empat malah ada yang sampai sepuluh isteri pun ada. Tetapi apabila kahwin ramai sangat, maka tentulah tidak terjaga para isteri itu hingga tidak berlaku adil, maka Allah SWT tetapkan hanya setakat empat orang sahaja.

Perkahwinan lebih dari satu bukanlah dimulakan oleh agama Islam. Ia telah lama ada dalam tamadun Arab, India, Iran, Mesir, Babylon dan lain-lain lagi. Ia juga sudah ada dalam agama lain sebelum Islam lagi. Pengkaji Bible pun mengatakan pengkajian dari Bible mengatakan yang poligami bukan sahaja dibenarkan, tetapi ia memang molek untuk diamalkan. Malangnya, umat mereka sekarang pula yang cuba mengharamkan poligami (nak lawan teks Kitab mereka sendiri!).

Namun, ingatlah ayat ini bukanlah ayat ‘suruhan’ untuk lelaki kahwin sampai empat pula. Ia hanya ‘membenarkan’  seorang sahaja lelaki mengamalkan poligami. Dan sebenarnya, Islam telah menghadkan bilangan kepada empat sahaja kerana zaman sebelum itu, seorang lelaki tidak ada had untuk kahwin berapa ramai perempuan pun. Cuma Islam sahaja yang hadkan.

Dalam masa yang sama, ada orang yang mungkin terpengaruh dengan idea Barat yang menghalang poligami. Mereka kata sebenarnya Islam tidak suka kepada poligami dan mahu membasmi terus poligami. Oleh kerana ia sangat banyak diamalkan pada masa Qur’an diturunkan, maka Allah SWT mengambil jalan tengah dengan meletakkan had sahaja (dengan tidak mengharamkan terus).

Apabila ada tamadun yang mengharamkan poligami, maka ia menyebabkan seks bebas berleluasa. Mereka tidak benarkan perkahwinan poligami yang sah, tetapi mereka benarkan pula perempuan simpanan, bersekududukan tanpa perkahwinan. Wanita memerlukan lelaki dan apabila lelaki tidak ramai, maka begitulah yang terjadi dalam masyarakat itu.

Namun, tidaklah Islam hadkan sampai satu sahaja, kerana ada keperluan untuk lelaki kahwin lebih dari satu. Cuma Islam tidak benarkan kahwin hingga ramai sangat. Jika poligami ini dihapuskan langsung, maka tentu ada suami yang tidak cukup dengan satu isteri akan menggunakan cara lain untuk mendapatkan kehendak mereka. Maka mereka mungkin akan simpan wanita simpanan atau pergi memuaskan nafsu mereka dengan pelacur. Maka, ini tentu lebih teruk lagi kesannya.

Jadi, kalau kita lihat dari sejarah, sebenarnya Islam yang mengurangkan bilangan isteri, bukannya menambah. Jangan kita baca ayat ini sahaja, tetapi kenalah lihat kepada sejarah tamadun manusia juga. Ini kerana ramai tuduh Islam tidak menjaga hak wanita bagi kahwin sampai empat sedangkan wanita boleh kahwin satu sahaja. Mereka kata ini tidak adil. Ini adalah pandangan yang salah.

Sebagai tambahan, kita boleh lihat bagaimana kebenaran berkahwin lebih dari satu ini dapat menjadi jalan penyelesaian kepada permasalahan masyarakat sekarang. Sepertimana yang kita tahu, ramai dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin kerana bilangan wanita sudah lebih ramai dari bilangan lelaki.

Kalau seorang lelaki hanya boleh kahwin satu wanita sahaja, tentu dari segi matematik, ramai wanita yang tidak akan ada peluang langsung untuk menikmati kehidupan berumahtangga.

Sedangkan semua wanita tentunya hendak kepada kehidupan berkeluarga, bukan? Kalau kita tolak kebenaran yang Allah SWT berikan dalam ayat ini, bagaimana lagi cara untuk menyelesaikan masalah kekurangan suami untuk menjadi suami kepada wanita? Adakah kita biarkan sahaja wanita-wanita itu tanpa suami? Ini adalah perkara yang kita perlu fikirkan dengan hati yang tenang.

فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,

 Cuma kalau bimbang tidak boleh berlaku adil, tidak dapat menyempurnakan hak yang wajib, maka pilih satu sahaja. Ini lebih baik kerana jika hendak kahwin lebih dari satu tetapi tidak tahu hendak berlaku adil, janganlah tambah isteri. Jangan pandang agama membenarkan kahwin lebih, tetapi tutup mata tentang bab ‘keadilan’ kepada para isteri itu.

Lihatlah bagaimana agama mengajar berlaku adil kepada seorang lelaki. Sebenarnya, kalau kita lihat, Islam menyuruh kita kahwin dengan seorang sahaja kerana memang payah hendak berlaku adil sebenarnya. Jika kadang-kadang dengan seorang sahaja sudah tidak mampu berlaku adil, apatah lagi kalau sampai empat!

Namun, dalam masa yang sama, kita tidak nafikan ada lelaki yang memang boleh berlaku adil kepada kesemua isteri-isteri mereka. Maka, kita kenalah ukur kehendak keadilan ini dengan diri kita dahulu. Jangan hendak sedap badan sahaja untuk merasa kahwin lebih dari satu, tetapi tidak mampu berlaku adil. Kena belajar apa yang perlu dilakukan sebagai seorang suami yang beristeri lebih dari satu. Kepada lelaki, cuba fikirkan dahulu, apakah kamu sanggup berlaku adil atau tidak?

Sikap adil yang dituntut dari seorang suami adalah adil dalam:

  1. jadual bermalam, iaitu giliran isteri
  2. adil dalam memberi nafkah makanan, minuman dan pakaian.
  3. tempat tinggal

Di sini yang dituntut bukanlah adil dalam kecenderungan hati, sebab manusia tidak mampu menyamakan kecenderungan hatinya. Ada isteri yang kita lebih sayang dari isteri yang lain. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW pun lebih sayang kepada isterinya Aisyah rha jika dibandingkan dengan isteri-isteri yang lain. Perkara ini disentuh lagi dalam ayat Ke-129 nanti.

Lafaz عدل juga bermaksud membuat keputusan dengan betul. Malangnya, ramai para suami yang kahwin lebih dari satu isteri tidak menjaga keadilan syarak yang dituntut oleh agama. Mereka tidak ikut ketetapan syarak, sebagai contoh, mereka tinggal lebih lama di rumah isteri yang mereka suka, nafkah pun tidak diberi sama rata dan sebagainya. Ini dilarang oleh syarak. Ini yang menyebabkan para wanita marah dengan lelaki yang berpoligami.

Mereka kena ingat kepada sabda Nabi SAW: Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW  bersabda,

مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ

“Siapa yang memiliki dua orang isteri lalu dia cenderung kepada salah seorang di antara keduanya, maka dia datang pada hari kiamat dalam keadaan badannya miring.”

(HR. Abu Daud no. 2133, Ibnu Majah no. 1969, An Nasai no. 3394. Syaikh Al Albani menyatakan hadits tersebut shahih sebagaimana dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1949)

 Maknanya, lelaki yang tidak adil dengan isteri-isterinya, mereka akan bangkit di akhirat kelak dengan tubuh mereka senget sebelah. Kalau orang tengok ada lelaki yang sebegitu di akhirat kelak, maka tahulah yang lelaki itu tidak adil kepada isteri-isterinya.

أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم

atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.

Jika seorang isteri pun tidak mampu berlaku adil, maka tidak perlu kahwin dengan wanita merdeka, tetapi kahwinlah dengan hamba sahaya, kerana jika kahwin dengan wanita yang berstatus hamba, hukum kewajipan terhadap mereka berlainan. Tidak sama dengan kahwin dengan wanita biasa. Banyak perkara bebas sedikit. Kita akan belajar tentang perkara ini nanti dalam ayat ke-25.

Dibenarkan mengadakan hubungan seksual dengan hamba perempuan yang dimiliki dengan syarat-syarat tertentu. Hamba yang dibenarkan miliki adalah mereka yang ditangkap dalam peperangan (jihad) dan dibahagikan kepada mujahidin. Selain dari itu, seseorang tidak boleh dijadikan hamba.

Hukum berkenaan hamba tidak pernah dimansukhkan dalam agama Islam. Muslim sekarang tidak memiliki hamba kerana kita sekarang tidak lagi terlibat dalam jihad. Dan kalau berperang pun, tidak adalah kita ambil tawanan perang jadi hamba kerana orang kafir pun tidak ambil orang kita jadi hamba lagi.  Perhambaan dalam dunia boleh dikatakan sudah pupus.

Namun, jika mereka mula ambil hamba kembali, maka kita pun boleh jadikan tawanan perang mereka sebagai hamba. Jadi sekarang tidak adalah lagi hamba yang boleh dijadikan sebagai isteri lagi. Oleh itu, jangan gunakan alasan bersekedudukan dengan wanita dan kata dia itu ‘hamba’ pula.

Mungkin ada yang rasa hairan kenapa ada hukum hamba dalam Islam. Kita kena sedar yang bukan agama Islam yang memulakan sistem hamba. Islam cuma mengawal dan menguruskan untuk menjaga hak-hak hamba itu sebagai manusia.

Pertamanya, tidak mudah untuk memiliki hamba dalam Islam. Kita telah sebutkan yang  hanya melalui peperangan sahaja kita boleh dapat hamba. Dan bukanlah Islam juga yang memulakan perkara ini. Kalau berperang dengan agama lain dan mereka ambil orang kita sebagai hamba, kenapa kita tidak boleh lakukan perkara yang sama?

Dan kita jangan lupa yang Islam menggalakkan supaya hamba itu dibebaskan. Ada banyak keadaan di mana hamba yang dimiliki dibebaskan kerana kesalahan dalam agama. Sebagai contoh, kalau mengadakan hubungan seks semasa berpuasa, maka kafarahnya adalah membebaskan hamba. Dan ada banyak lagi hukum-hukum lain yang menyuruh membebaskan hamba.

Dan kalau seorang tuan itu mengadakan hubungan seks dengan hambanya dan hamba itu melahirkan anak, maka wanita itu secara otomatik akan dibebaskan kerana anaknya itu seorang yang bebas. Jadi ada banyak hukum yang perlu diketahui tentang hamba ini dan walaupun sistem perhambaan tidak ada lagi sekarang, ia tetap diajar kerana kita tidak tahu bila ia akan ada balik.

ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا

Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Kahwin seorang sahaja atau kahwin dengan wanita hamba, adalah cara paling mudah untuk tidak berlaku zalim kerana kalau kahwin lebih dari satu, telah membuka ruang untuk tidak adil. Jadi, ia menyusahkan sahaja.

Ia أَدنىٰ (lebih rapat) sahaja kepada keadilan kerana ada juga suami yang walaupun ada satu isteri sahaja, pun tidak dapat hendak berlaku adil kepada isteri itu. Jadi, janganlah kita sangka kalau satu isteri sahaja sudah selamat dari kezaliman. Seorang suami masih tetap kena berhati-hati.

Yang Allah SWT mahu adalah kita tidak zalim kepada orang lain. Kalau kahwin ramai, tetapi berlaku zalim, baik tidak payah kahwin kalau begitu. Kerana zalim itu dosa dalam keadaan mana pun.

Oleh kerana itulah ada yang berpendapat, Islam sebenarnya menjurus kepada seorang lelaki memperisterikan hanya seorang wanita sahaja. Tetapi jangan kita larang pula orang lelaki hendak kahwin lebih. Kalau mereka berani, silakan. Kita lihat para sahabat Nabi SAW pun ramai yang berkahwin lebih dari seorang.

Allahu a’lam.

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

 

KEMPEN RM1 SEHARI – REBUT PELUANG INFAQ MENGALIR SETIAP HARI

0

Kempen RM1 Sehari – Rebut Peluang Infaq!

Infaq juga boleh dilakukan dengan membeli buku-buku terbitan Ukhuwah yang berada dalam pasaran sekarang🔥🔥🔥

1. 131 Tanda Kiamat Kecil Dunia Semakin Berakhir Persiapkan Diri
Penyusun – Tuan Hassan Tuan Lah
Jumlah Mukasurat – 282
Harga Jualan termasuk Pos Laju – RM25
Baki Stok – 236 buah

2. Salat Itu Mudah Jom Upgrade (Himpunan Salat, Hukum, Tatacara serta Soal Jawab)
Penyusun – Ustaz Azlizan Nayan
Jumlah Mukasurat – 676
Harga Jualan termasuk Pos Laju – RM50
Baki Stok – 136 buah

INFO PEMBAYARAN
Nama : PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA
Bank : Maybank
No Akaun :   562058070928
Ruj:Buku Ukhuwah

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/dakwahpenerbitan03

Pertanyaan lanjut:
http://www.wasap.my/601135575699

#Ilmu#Amal#Prihatin

Dana Buku Ukhuwah – Status Dana Terkini

0

بِسْـمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Tuan/puan yang dihormati,

PROGRAM INFAQ PENERBITAN BUKU UKHUWAH

Atas permintaan, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia sedang dalam usaha untuk menerbitkan semula buku “131 Tanda Kecil Kiamat” yang juga menjadi buku rujukan kepada kelas-kelas  pengajian di Shah Alam, Gombak dan Akademi Ukhuwah Azuan, Machang, Kelantan.
Di samping itu juga Tim Penerbitan Ukhuwah sedang dalam proses menyunting sebuah lagi buku hasil sentuhan panelis Tuan Hassan Tuan Lah berjudul “Hadith Maqlubah Edisi Revisi 2024”.

Justeru, Ukhuwah ingin berkongsi ruang kebaikan buat tuan/puan dengan sama-sama membantu menyumbang ke Dana Infaq Buku Ukhuwah yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM5,000.00.

Sumbangan infaq tuan/puan amat berharga dan besar nilainya terhadap usaha ini kerana sedikit sebanyak akan dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat untuk mempelajari dan memahami ilmu berteraskan Al-Quran dan hadith sahih. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas saham dakwah yang sangat bermakna ini.

Firman Allah SWT;

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [ Al-Baqarah: 261]

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُم مُّسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَأَنفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. [ Al-Hadid: 7 ]

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.
[ Al-Munafiqun: 10 ]

🏧 Salurkan Infaq Tuan/Puan:

Nama: PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA
Bank: Maybank Islamic Berhad
No Akaun:   562058070928
Ruj: InfaqBuku

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/dakwahpenerbitan03

☎️Sebarang pertanyaan sila hubungi pn Norsiah  https://wa.me/60192831337

Jazaakumullahu khayran.  Baarakallahu fiikum.

Ustaz Suhailan Safian
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
sesi 2024 – 2026

https://linktr.ee/uito

#UkhuwahTeguh
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Kempen Dana Ukhuwah Sehari Seringgit

0

KEMPEN DANA UKHUWAH SEHARI SERINGGIT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

⚠️⚠️ Rebut Peluang Pahala Infaq Mengalir Setiap Hari

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia sedang menjalankan Kempen Sehari Seringgit. Kempen ini diprogramkan khas kepada kita yang tidak mahu terlepas untuk berinfaq setiap hari walaupun RM1.

Setiap sumbangan akan membantu kesinambungan perjalanan dakwah UKHUWAH yang dijalankan melalui kuliah berkala di Streamyard, kuliah online Bilik Telegram UiTO, penerbitan buku-buku ilmiah serta aktiviti kebajikan Skuad Prihatin UKHUWAH di seluruh negara.

Sehari RM1 mungkin sedikit, tetapi inilah saham akhirat kita sebenarnya.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Maybank
562058070928
Ruj:Kempen RM1 sehari

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/infaqkebajikan02

Sumbangan boleh dibuat secara sekaligus sama ada bulanan (RM30) atau setahun (RM360).
(❤️Hadiah buku terbitan Ukhuwah akan diberikan kepada mereka yang menyumbang setahun sekaligus (RM360).

Kepada yang berminat untuk menyertai perniagaan yang tidak akan rugi ini, sila daftarkan nama kpd AJK Kluster Ekonomi tn Ainul Arifin http://www.wasap.my/60132001356

⁉️Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK UKHUWAH
@NorM99  – http://www.wasap.my/601135575699

جزاكم الله خيرا

Semoga Allah ‎ﷻ memudahkan urusan kita semua.

Cepat & Berkualiti.

SUHAILAN SAFIAN
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Sesi 2024-2026

memo 3/24

Program Infaq Penerbitan Buku UKHUWAH

0

بِسْـمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Tuan/puan yang dihormati,

PROGRAM INFAQ PENERBITAN BUKU UKHUWAH

Atas permintaan, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia sedang dalam usaha untuk menerbitkan semula buku “131 Tanda Kecil Kiamat” yang juga menjadi buku rujukan kepada kelas-kelas  pengajian di Shah Alam, Gombak dan Akademi Ukhuwah Azuan, Machang, Kelantan.

Di samping itu juga Tim Penerbitan Ukhuwah sedang dalam proses menyunting sebuah lagi buku hasil sentuhan panelis Tuan Hassan Tuan Lah berjudul “Hadith Maqlubah Edisi Revisi 2024”.

Justeru, Ukhuwah ingin berkongsi ruang kebaikan buat tuan/puan dengan sama-sama membantu menyumbang ke Dana Infaq Buku Ukhuwah yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM5,000.00.

Sumbangan infaq tuan/puan amat berharga dan besar nilainya terhadap usaha ini kerana sedikit sebanyak akan dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat untuk mempelajari dan memahami ilmu berteraskan Al-Quran dan hadith sahih. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas saham dakwah yang sangat bermakna ini.

Firman Allah SWT;

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [ Al-Baqarah: 261]

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُم مُّسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَأَنفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. [ Al-Hadid: 7 ]

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.[Al-Munafiqun: 10]

🏧 Salurkan Infaq Tuan/Puan:

Nama: PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA

Bank: Maybank Islamic Berhad

No Akaun:   562058070928

Ruj: InfaqBuku

☎️Sebarang pertanyaan sila hubungi pn Norsiah  https://wa.me/60192831337

Jazaakumullahu khayran.  Baarakallahu fiikum.

 

Ustaz Suhailan Safian

Pengerusi

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

sesi 2024 – 2026

 

https://linktr.ee/uito

 

Kempen Keahlian & Pembaharuan Yuran Tahunan Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

0

‼️🔥KEMPEN KEAHLIAN & PEMBAHARUAN YURAN TAHUNAN PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA (UKHUWAH)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah pada 4 Jun 2024 genaplah 6 tahun penubuhan Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UKHUWAH).

Selaras dengan VISI UKHUWAH untuk membina ummah yang berilmu dan bertaqwa melalui penyebaran dakwah alam maya dan MISI menjadi platfom dakwah alam maya yang cekap dan unggul bertaraf antarabangsa yang merentasi sempadan, maka UKHUWAH dengan besar hati membuka ruang dan peluang kepada masyarakat umum dan pengikut di bilik-bilik telegram Universiti Islam Telegram Online (UiTO) untuk menyertai UKHUWAH sebagai Ahli Berdaftar.

Penyertaan tuan/puan akan sedikit sebanyak membantu kesinambungan perjalanan dakwah UKHUWAH yang dijalankan melalui kuliah berkala di Streamyard, kuliah online Bilik Telegram UiTO, penerbitan buku-buku ilmiah serta aktiviti kebajikan Skuad Prihatin UKHUWAH di seluruh negara.

❤️Keistimewaan menjadi Ahli UKHUWAH

Bermula dari 14 Jun 2024 Ahli baru yang menyertai Ukhuwah akan mendapat keistimewaan:

1. Buku percuma kitab “Salat Itu Mudah Jom Upgrade!” (Ahli Seumur Hidup sahaja)
2. Diskaun 10% ke atas buku-buku terbitan UKHUWAH
3. Diskaun 5% – 10% ke atas pembelian buku-buku dari rakan affiliate UKHUWAH
a. Pustaka Bushra https://bushraniaga.com/buku
b. Kedai Kitab Sunnah Hadi Akmal https://shopee.com.my/hadiakmal
4. Diskaun istimewa yuran penyertaan Konvensyen UiTO atau program yang dijalankan oleh UKHUWAH

📍Ahli UKHUWAH sedia ada juga akan menikmati diskaun yang serupa kecuali item 1.

Jom! jangan berlengah untuk melakukan perkara kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan manakah yang akan diterima oleh Allah SWT.

Borang keahlian boleh didapati di pautan berikut:
https://bit.ly/ahliUkhuwah2023

Yuran Daftar: RM10
Yuran Tahunan: RM20
Jumlah: RM30 (Tiga Puluh sahaja)

Atau
Yuran Daftar: RM10
Yuran Seumur Hidup: RM200
Jumlah: RM210 (Dua Ratus dan Sepuluh sahaja)

Atau
Pembaharuan Yuran Tahunan: RM20 (Dua Puluh sahaja)

Pembayaran boleh dibuat melalui:
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM004-10-04062019)
Maybank
562058070928
Ruj: Yuran Ahli atau Daftar Ahli

ATAU klik:
https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/yuran01

Untuk semak status Keahlian UKHUWAH
https://www.uito.org/2022/02/28/persatuan-ukhuwah-teguh-malaysia-ahli-berdaftar/

Pautan Bilik Aktif Telegram UiTO
https://t.me/bilikkuliahonlineUiTO

Ringkasan Pautan berkaitan UKHUWAH
https://linktr.ee/uito

Laman web rasmi UKHUWAH:
https://www.uito.org 

Pautan Facebook UKHUWAH:
https://www.facebook.com/ukhuwahteguh

Mohon uar-uarkan juga mengenai keahlian UKHUWAH kepada rakan dan keluarga untuk sama-sama kita mengambil manfaat dari ilmu yang disampaikan.

⁉️Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK UKHUWAH
@NorM99 – http://www.wasap.my/601135575699
@LanMK – 0122643121
@ZahiriP7 – 0195662946

جزاكم الله خيرا
بارك الله فيكم

Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua.

Cepat & Berkualiti.

SUHAILAN SAFIAN
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Sesi 2024-2026

SnJ Qurban: Sahihkah Hadith Haiwan Qurban Jadi Tunggangan Titian Sirat?

0

📚📖✍

🔴 Sahihkah hadith berkaitan haiwan qurban akan menjadi haiwan tunggangan ketika melalui Titian Sirat?

🔴 Adakah boleh menggunakan hadith tersebut untuk fadhail amal?


Semua hadith berkaitan haiwan qurban menjadi haiwan tunggangan semasa Titian Sirat adalah Dhaif.

Contoh hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اسْتَفْرِهُوا ضَحَايَاكُمْ ، فَإِنَّهَا مَطَايَاكُمْ عَلَى الصِّرَاطِ

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Perbaguskanlah haiwan qurban kalian, kerana ia akan menjadi tunggangan kalian melewati Sirat”
(Al-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus no. 268)

Tahqiq Hadith:
Amat dhaif.
Syaikh Al-Albani di dalam Silsilah Adh-Dha’ifah (74)


Hadith yang amat dhaif tidak boleh diamalkan.
Boleh diamalkan sekiranya dhaif ringan seperti hadith yang ada dalam sunan At-Tirmizi‎. Ini kerana Imam At-Tirmizi رحمه الله‎ mengatakan bahawa hadith dhaif dalam sunannya boleh diamalkan.

Nota kaki:
Targheeb ≈ Fadilat Amal

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

#Ilmu

#Amal

#Prihatin

SnJ Qurban: Apakah Hukum dan Dalil berkongsi seekor haiwan (lembu atau unta) untuk Qurban dan Aqiqah?

0

🔴 Apakah hukum dan dalil berkongsi seekor haiwan (lembu atau unta) untuk qurban dan aqiqah?


Dalil hadith:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

“Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah ﷺ pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian”. [Muslim no. 1318, Abu Daud no. 2809, At-Tirmidzi no. 1502]

Dalil yang sama untuk semua mazhab, akan tetapi mereka berkhilaf dengan istilah haiwan, aqiqah, nazar dan dam.
Juga fiqh maqasid untuk qurban dan aqiqah tersebut.

1. Mazhab Maliki dan Hanbali:
Haiwan qurban dan aqiqah tidak sama dari segi maksud dan maqasidnya.

2. Mazhab Syafi’iy dan Hanafi:
Semua haiwan qurban, aqiqah, atau nazar, sama dari segi istilah dan maqasidnya, semua adalah qurbah, iaitu menumpahkan darah haiwan untuk mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

Maka, di sisi mazhab Maliki dan Hanbali, haiwan qurban tidak boleh dikongsi dengan haiwan aqiqah kerana tujuannya tidak sama.

Manakala mazhab Syafi’iy dan Hanafi, boleh berkongsi haiwan untuk qurban dan aqiqah kerana keduanya adalah qurbah.

Info:
Qurbah bermaksud mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

#Ilmu

#Amal

#Prihatin

BIODATA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA SESI 2024-2026

0

BIODATA AJK PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA SESI 2024 – 2026

PENAUNG

Nama: HJ Che Ab Rahim bin Mahmood

Nama Pena: Cikgu Rahim

Pendidikan:

SDAR Tg Malim, Perak (1970-1971)

SDAR Seremban, N Sembilan (1972-1977)

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang – Bsc (Hons) Major Matematic (1978-1982)

Institut Perguruan Islam, Kajang, Selangor – Diploma Dakwah Perbandingan IPI 1995 [Mumtaz]

Akademi Islam Nilam Puri 2004 – Sijil Pengajian Ilmu Hadith 2004

Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur – Diploma in Education (1984)

Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu – Sijil Pengajian Islam (1992)

Profesion:

Pengasas Universiti Islam Telegram Online (UiTO) uito.org (ditubuhkan pada 2015)

Imam 1 Masjid Ar-Rahman, Seri Manjung, Perak (Tauliah JAIP sejak 2017)

Kuliah online setiap hari 7.50 am (Tafsir) 6.30 pm (Hadith) via Telegram, FB & TikTok

Bekas Ketua Jabatan Pengajian Am, IKM Lumut

Bekas Pendidik MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kertih, Terengganu, MRSM Kuala Krai, Kelantan, MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan.

Aktiviti Dakwah:

Terlibat dengan dakwah IM sejak 1980

Ahli Abim, Perkim, Ikram, Haluan

Pelopor AFN Yahoo groups

Pengkhususan bidang Matematik, tarbiah Islamiah, Ulum Hadith

Co-Founder Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

 

PENGERUSI

Nama Penuh: Wan Suhailan bin Safian

Nama Pena: Ustaz Suhailan, Ibnu Sufian

Pendidikan:

SDAR, Seremban, Negeri Sembilan (1997)

Universiti Malaysia Sabah – Bachelor of Science in Forestry Management

Universiti Kebangsaan Malaysia – Master Conservation Biodiversity)

Profesion:

Datasonic Group Berhad

Tauliah Mengajar JAWI (2023 – 2026)

Tauliah Mengajar MAIS (2023 – 2025)

Pengajar Al-Quran di Pusat Tahfiz Darul Attiq, Gombak

Pengajar fiqh sunnah di masjid-masjid dan surau-surau

Guru-Guru Talaqqi:

Al-Sheikh Muhammad Asfandyar Dilawar Khan (Tafsir)

Dato’ Sheikh Abdul Halim bin Hj Osman (Tafsir)

Ustaz Ibrahim Mohd Raja (Fiqh)

Maulana Fakhrurazi Abd Rahman (Hadith)

Syeikh Wan Daud bin Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris al-Fatani (Tauhid)

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2015

 

TIMBALAN PENGERUSI I

Nama Penuh: Norsiah bt Mohamed

Nama Pena: Norsiah M

Pendidikan:

SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1981-1982)

Universiti Teknologi MARA – Diploma in Secretarial Studies (1983-1986)

Profesion:

Agen Hartanah Berdaftar (Leader), IQI Realty Sdn. Bhd.

Perancang Pewarisan Islam (PPI), MAIS (2022 – 2026)

Guru-Guru Talaqqi:

Maulana Hadi Yaakob (Tafsir 30 Juzu’)

Ustaz Baharuddin Ayudin, Semat Quran (Terjemahan AQ)

Ustaz Khairul Azli Nayan, Semat Quran (Hadith)

Ustaz Dr Kamilin Jamilin (Hadith)

Ustaz Dr Abdullah Yasin (Tafsir)

Penglibatan dalam UiTO:

Penerbit buku Ukhuwah (131 Tanda Kecil Kiamat (2020), Kitab Taharah Mudahkan Jangan Susahkan (2020), 131 Tanda Kecil Kiamat (Versi Kemas Kini) (2021),  Waktu Mustajab Doa (2021), Kitab Salat, Salat Itu Mudah Jom Upgrade! (2022)

Editor, web uito.org sejak 2015

Mantan Setiausaha Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia sesi 2020-2022

Co-Founder Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (2019)

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2015

 

TIMBALAN PENGERUSI II

Nama Penuh: Tuan Hassan bin Tuan Lah @ Abdullah

Nama Pena: Abu Syaima’ dan thtl al-jazani

Pendidikan:

SDAR Seremban, Negeri Sembilan (1973-1979)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Dip Plantation Management)

University of Michigan USA (BBA (Management)

University of Iowa USA (MBA Management)

Profesion:

Panelis sepenuh masa bilik telegram UiTO

Bekas Juruperunding Pembangunan Akademik (Kualiti dan Akreditasi) Universiti Jazan, Jazan City, Arab Saudi (2012)

Bekas Pensyarah Kanan UiTM

Bekas Pensyarah Kanan Universiti Telekom (MMU)

Internal Consultant, Quality & Productivity Division, TM Bhd (1999-2010).

Pencapaian:

Memperolehi 3 ijazah bidang Hadith dari Mesir.

Guru-Guru (Malaysia)

Dato Kaya Bakti, Ustaz Dahlan Muhammad Zain – Ahli Majlis Fatwa Perlis

Dato Alim Setia, Ustaz Ahmad bin Jusoh – Ahli Majlis Agama Islam Perlis

Ustaz Abdul Hadi Othman – Ahli Majlis Fatwa Perlis

Dr MAZA – Mufti Perlis

Guru-Guru (USA)

Dr Tareq Shweiden, Kuwait

Dr Muhammad al Khudary, Saudi Arabia

Guru-Guru Saudi Arabia

Syaikh Zaid al Madkhali,

Darul Hadith Samthah, Jizan

Guru Ilmu Sunnah & Islah:

Ustaz Adlan Abdul Aziz – grad Jordan

Ustaz Anwarudin Abdul Wahab – Bernama, grad Jordan

Guru fiqh:

Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, MP Parit Buntar

Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Pensyarah MMU, Melaka

Testimoni:

Imam & Khatib Masjid ITM Arau

Imam & Khatib UITM Dungun

Imam Masjid Kalamazoo Islamic Centre, Michigan USA

Imam & Khatib Des Moines Islamic Centre, Iowa USA

Imam & Khatib Masjid MMU Melaka

Imam & Khatib Masjid Telekom Taiping

Liku-liku dalam memahami Islam: bermula dengan madrasah Islam haraki, sekarang bermanhaj ASWJ yang global (borderless), non-partizan

Sumbangan di alam cyber:

Panel Fiqh bagi msm-net, Islah-net, al-Ahkam.net (AAN), dan al-Fikrah.net (AFN)

Co-Founder Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

Panelis bilik telegram UiTO:

Bilik (01) Fiqh As Sunnah https://t.me/Fiqh_AsSunnah

Bilik (101) Fiqh Wanita https://telegram.me/joinchat/Aly88zv-PUqjKmlqeSvr-A

Bilik (03) Hadith https://t.me/IlmuHadith

Bilik (28) Bidaah Nusantara https://t.me/joinchat/Aly88zu2kuYeuuERF6n5vA

Bilik (49) Tanda-Tanda Kiamat https://t.me/joinchat/f5jUP5KAZcQ1YjM1

Bilik (63) Sifat Solat Nabi https://t.me/joinchat/AAAAAD1FVHJDrelf_3RFUA

Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat https://t.me/joinchat/PXLHXbuWsoPMiJ_u

Channel (Nota dan Soal Jawab)

@KesalahanDidalamSolat

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2015

 

SETIAUSAHA

Nama Penuh: Hananzita bt Halim

Nama Pena: Hanan

Pendidikan:

SMK Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan (1994)

Universiti Malaya, Master of Library & Information Science (2004)

Profesion:  Freelance editor UiTO

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2017

 

TIMBALAN SETIAUSAHA

Nama Penuh: Mazlan bin Mohd Khalid

Nama Pena: Lan MK

Pendidikan:

Sekolah Tinggi Muar, Johor (1981)

Universiti Teknologi MARA, Diploma Perakaunan

Profesion:  Pesara

Guru-Guru Thalaqqi:

Dr Danial Zainal Abidin

Almarhum Ustaz Abdullah Akhili (Haraki)

Mantan Juruaudit Ukhuwah sesi 2020-2024

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2016

 

BENDAHARI

Nama Penuh: Abdul Jamil bin Yahaya

Nama Pena: AJY

Pendidikan:

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak (80-84)

University of Wollongong, Australia, Bachelor in Engineering (1986-1990)

Profesion: Pengurus syarikat swasta

Guru-guru Talaqqi:

Ust Dr Abdullah Yasin (Tafsir)

Ust Sofwan Badrie (Aqidah)

Maulana Hadi Yaakob (Tafsir)

Dr Ust Kamilin Jamilin (Hadith)

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2015

Co-Founder Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

 

TIMBALAN BENDAHARI

Nama Penuh: Zahiri bin Zubir

Nama Pena: Zahiri

Pendidikan:

SMK Padang Besar Utara, Perlis (2004)

Sijil Jurulatih BUDAYA (JKKN), Jurulatih Sukan (JPN, MSN, PERSILAT DAN PESAKA Malaysia)

Pengurusan Majlis (JKKN), Kursus Wartawan Citizen Journalist (Malaysiakini)

Profesion:

Tukang masak dan pembantu Restoran

Sukarelawan masjid dan bahagian agama (2007-2024)

Pegawai masjid

Jurulatih Sukan dan Budaya JKKN

Guru-Guru Thalaqi

Ustaz Ihsan Idris 2001-2004 (Fiqh)

Dr Hazman Hassan 2005-2006 (Sirah Nabawiyah), (Usul Salasah)

Ustazah Zamzila 2005-2006 (Bahasa Arab dan Harfiah)

Ustaz Rashid Idris 2008 – 2009 (Hadith 40)

Ustaz Kadir Sahak 2010 – 2011 (Hadith 40)

Prof Madya Utz Yusof Amin 2008-2009 (I’rab dan Sirah)

Ustaz Rizal Azizan 2010-2012 (Tajuk umum)

Ustaz Daliluddin 2010-2011 (Bahasa Arab)

2010-2011

Cikgu Bakr Adurrahman 2017-2018 (Tahsin)

Ustaz Asnan 2022-2024 (Tajwid)

Aktif sebagai jurukamera tetap kuliah agama dan Youtuber Islah Perlis

(2010-2012)

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2016

 

AHLI JAWATANKUASA

Nama Penuh: Sapuan bin Mazlan

Nama Pena:  Abu Zahra

Pendidikan

SMK Bukit Lima, Sibu (2006)

Universiti Utara Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (PJJ)

Universiti Malaya, Diploma Eksekutif Syariah (PJJ)

Profesion: Banker

Guru-Guru Thalaqqi:

Maulana Asri (Pengajian Hadith)

Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Bekas Mufti W.Persekutuan (Kitab Sahih Bukhari)

Ustaz Abdul Razak Muthalib (Disiplin Ilmu Hadith)

Ustaz Mustafar Mohd Suki (Khilaf Perbezaan Pendapat)

Dr RORA – (Hadith)

Prof Dr Ishak Sulaiman (Hadith)

Dr Idris Sulaiman

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2021

 

AHLI JAWATANKUASA

Nama Penuh: Hasrul Hafize bin Mamat

Nama Panggilan: Hasrul

Pendidikan:

SMK Seberang Marang, Terengganu (2005)

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Terengganu (Sijil Pembantu Kesihatan Awam)

Profesion:

Pembantu Kesihatan Awam di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Tempoh penglibatan dalam Ukhuwah: 2021

 

JURUAUDIT 1

Nama Penuh: Zolkefli bin Zainol

Nama Panggilan: Zol

Pendidikan:

SMK Kulim, Kedah (1978)

Profesion: Berniaga

Guru-Guru Thalaqqi:

Tuan Guru Ustaz Shahul Hamid (Pengajian Pondok)

Datu Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (Hadith dan Tafsir)

Tasawwur Islam Maahad Tahfiz Darul Tahzib Teluk Kumbar, P. Pinang.

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhwah: 2018

 

JURUAUDIT 2

Nama Penuh: Ainul Arifin bin Ahmad Rapaai

Nama Panggilan: Ainul Ariffin

Pendidikan:

Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah AD-DINI, bandar Jengka, Pahang (2003)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM (Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pengkhususan Al-Quran dan As-Sunnah (2010)

Profesion: Guru Pendidikan Islam KPM

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2019

 

KETUA KLUSTER UKHUWAH

Kluster Dakwah: Tuan Hassan Tuan Lah

Kluster Ekonomi: Ainul Arifin Ahmad Rapaai

Kluster Penerbitan: Norsiah Mohamed

Ketua Kluster Kebajikan: Suripahyon Bahari

Skuad Prihatin Utara: Zolkefli Zainol & Hasrul Hafizie Mamat

Skuad Prihatin Selatan: Nurjihan Jalal & Ahmad Sirajuddin Othman

Skuad Prihatin Timur: Ainul Arifin Ahmad Rapaai

Skuad Prihatin Tengah: Suripahyon Bahari & Norsiah Mohamed

Skuad Borneo: Jim Amin & Sapuan Mazlan

 

VISI

Membina ummah yang berilmu dan bertaqwa melalui penyebaran dakwah alam maya

MISI

Menjadi Platform dakwah alam maya yang cekap dan unggul bertaraf antarabangsa yang merentasi sempadan

MOTO

Cepat & Berkualiti

MATLAMAT

Membentuk masyarakat Islam yang celik sunnah, bertaqwa, hormat-menghormati dan bersangka baik terhadap orang lain

OBJEKTIF

  1. Menyediakan platform pendidikan sunnah yang kukuh kepada masyarakat dan orang awam secara alam maya
  2. Menyantuni dan menyambung ukhuwah sesama ahli dan bukan ahli melalui program-program kemasyarakatan

 

#Ilmu

#Amal

#Prihatin

Popular

Iklan

Iklan