Utama Tazkirah Admin KATA BAIK ATAU BAIK DIAM

KATA BAIK ATAU BAIK DIAM

195
0
Iklan

Oleh: Ust Roesfan

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu Nabi Sallallahualaihiwasallam bersabda:

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah serta hari akhirat, hendaklah dia berkata BAIK atau hendaklah dia DIAM”

[Hadith Riwayat Bukhari]

Antara tanda berIMAN dengan Allah ialah kita bercakap BAIK atau DIAM.

Bercakap BAIK memerlukan niat yang BAIK, laras bahasa yang BAIK dan disampaikan secara yang BAIK.

Jika niat kita BAIK, tetapi laras bahasa dan cara penyampaian kita tidak BAIK. Lebih BAIK kita DIAM kerana DIAM itu tanda kita berIMAN.

Bicara yang BAIK perlu kepada maklumat yang BAIK. Jika maklumat itu sekadar khabar angin, maka ianya tidak BAIK.

Jika maklumat itu BENAR sekalipun. Belum tentu ianya BAIK untuk disebarkan.

Khususnya apabila ianya mengaibkan tempat BAIK seperti MAKKAH.

Jika maklumat itu BENAR sekalipun. Belum tentu ianya BAIK untuk disebarkan.

Khususnya apabila ianya melibat dosa besar seperti ZINA. Maklumat seperti ini hanya akan membuka pintu-pintu FITNAH dan DOSA.

Membuka pintu FITNAH dan DOSA bukanlah perkara yang BAIK.

Membantah FITNAH dengan maki hamun, menyindir, menyerang peribadi dan melabel bukanlah perkara yang BAIK.

Ingatlah Allah itu BAIK. Allah hanya menerima yang BAIK.Syurga itu hanya akan dimasuki oleh orang yang amalannya BAIK.

Sebarkan perkara-perkara BAIK. Jika tiada perkara BAIK untuk disebarkan DIAMlah. Kerana DIAM itu salah satu tanda IMAN.

Menyebarkan perkara yang tidak BAIK mungkin antara tanda tahap IMAN yang kurang BAIK. Cara memperbaikinya ialah dengan berkata BAIK atau DIAM.

Tegurlah dengan bahasa dan cara terBAIK. Jika tiada bahasa dan cara terBAIK untuk menegur. DIAMlah. Kerana DIAM itu salah satu tanda IMAN.

Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan manusia yang berkata BAIK.

#‎Muhasabah

Sumber: http://bit.ly/1FCsGqE

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan