Utama Blog Halaman 283

Sabar: Jangan Harapkan Mati Dan Pedomannya

0

 40- وعن أنس رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏”‏ لا يتمنين أحدكم الموت لضر أصابه، فإن كان لابد فاعلاً فليقل‏:‏ اللهم أحيني ما كانت الحياة خيراً لي وتوفني إذا كانتالوفاة خيراً لي‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏

40. Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Janganlah seseorang dari engkau semua itu mengharap-harapkan tibanya kematian dengan sebab adanya sesuatu bahaya yang mengenainya. Tetapi jikalau ia terpaksa harus berbuat demikian maka hendaklah mengatakan: “Ya Allah, tetapkanlah aku hidup selama kehidupanku itu masih merupakan kebaikan untukku dan matikanlah aku apabila kematian itu merupakan kebaikan untukku.” (Muttafaq ‘alaih)

KATA BAIK ATAU BAIK DIAM

0

Oleh: Ust Roesfan

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu Nabi Sallallahualaihiwasallam bersabda:

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah serta hari akhirat, hendaklah dia berkata BAIK atau hendaklah dia DIAM”

[Hadith Riwayat Bukhari]

Antara tanda berIMAN dengan Allah ialah kita bercakap BAIK atau DIAM.

Bercakap BAIK memerlukan niat yang BAIK, laras bahasa yang BAIK dan disampaikan secara yang BAIK.

Jika niat kita BAIK, tetapi laras bahasa dan cara penyampaian kita tidak BAIK. Lebih BAIK kita DIAM kerana DIAM itu tanda kita berIMAN.

Bicara yang BAIK perlu kepada maklumat yang BAIK. Jika maklumat itu sekadar khabar angin, maka ianya tidak BAIK.

Jika maklumat itu BENAR sekalipun. Belum tentu ianya BAIK untuk disebarkan.

Khususnya apabila ianya mengaibkan tempat BAIK seperti MAKKAH.

Jika maklumat itu BENAR sekalipun. Belum tentu ianya BAIK untuk disebarkan.

Khususnya apabila ianya melibat dosa besar seperti ZINA. Maklumat seperti ini hanya akan membuka pintu-pintu FITNAH dan DOSA.

Membuka pintu FITNAH dan DOSA bukanlah perkara yang BAIK.

Membantah FITNAH dengan maki hamun, menyindir, menyerang peribadi dan melabel bukanlah perkara yang BAIK.

Ingatlah Allah itu BAIK. Allah hanya menerima yang BAIK.Syurga itu hanya akan dimasuki oleh orang yang amalannya BAIK.

Sebarkan perkara-perkara BAIK. Jika tiada perkara BAIK untuk disebarkan DIAMlah. Kerana DIAM itu salah satu tanda IMAN.

Menyebarkan perkara yang tidak BAIK mungkin antara tanda tahap IMAN yang kurang BAIK. Cara memperbaikinya ialah dengan berkata BAIK atau DIAM.

Tegurlah dengan bahasa dan cara terBAIK. Jika tiada bahasa dan cara terBAIK untuk menegur. DIAMlah. Kerana DIAM itu salah satu tanda IMAN.

Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan manusia yang berkata BAIK.

#‎Muhasabah

Sumber: http://bit.ly/1FCsGqE

#BroSyariefShares

Ciri-ciri Orang Islam dan Orang Yang Berhijrah

0

Abdullah bin Amer ra  meriwayatkan, bahwa Nabi saw bersabda:

Orang Islam itu ialah orang yang orang Islam lainnya merasa selamat dari lidah dan tangannya. Sedangkan orang yang hijrah itu ialah orang meninggalkan larangan- larangan Allah.

(H.R. Bukhari dan Muslim).

02.08.02#080615 : AL-MAWDHU’ (الموضوع) – Bhg 02

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.02 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

AL-MAWDHU’ (الموضوع) – Bhg 02

Terdapat dua bentuk pemalsuan yang dilakukan dalam periwayatan hadits:

01. Pemalsu tersebut mereka kata-kata dari fikirannya sendiri, kemudian menyandarkannya kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, atau selain daripada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam:

Contoh apa yang dipalsukan dengan menyandarkan kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dikatakan bahawa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَوْ أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ ظَنَّهُ بِحَجَرٍ لَنَفَعَ

“Kalau salah seorang dari kalian memperbaik sangkanya terhadap batu, nescaya ia akan memberi manfaat”

Hadits ini direka oleh para penyembah berhala.

Adapun contoh apa yang dipalsukan atas nama selain Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, seperti atas nama sahabat, adalah seperti yang direka oleh Syiah Rafidhah di atas nama ‘Ali ibn Abi Talib, di mana dikatakan dia menyebut:

لَمَّا غَسَّلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْتَصَلْتُ مَاءَ مَحَاجِرِ عَيْنَيْهِ فَشَرَبْتُهُ فَوَرِثْتُ عِلْمَ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ

“Ketika aku memandikan (jenazah) Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, aku dapatkan air yang bertakung di kedua matanya dan aku meminumnya, maka akupun mewarisi segala ilmu orang-orang terawal dan orang-orang terkemudian”

02. Pemalsu mengambil kata-kata orang lain selain Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, sama ada sahabat, tabi’in, hukama atau dari sumber israiliyyat, kemudian mereka sandarkan kata-kata tersebut kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam supaya ianya tersebar di kalangan manusia dan diterima.

Contohnya kata-kata yang dinisbahkan kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam yang dikatakan bersabda:

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

“Cintailah kekasihmu berpada-pada, kerana boleh jadi dia menjadi musuhmu satu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, kerana boleh jadi dia menjadi kekasihmu satu hari nanti”

Yang sahih, kata-kata ini adalah dari ‘Ali ibn Abi Talib radhiyalLaahu ‘anhu.

Begitu juga contoh berikut, dikatakan bahawa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, menyebutkan hadits Qudsi, di mana Allah berfirman:

مَا وَسِعَنِي سَمَائِي وَلا أَرْضِي ، وَلَكِنِّي وَسِعَنِي قَلْبُ عَبْدِي الْمُؤْمِنِ

“Tidaklah dapat menampungKu, langitKu mahupun bumiKu, tetapi yang dapat menampungKu, hati hambaKu yang beriman”

Kata Ibn Taymiyyah:

هو مذكور في الإسرائيليات ، وليس له إسناد معروف عن النبي صلى اللَّه عليه وسلم

Ianya disebut di dalam sumber-sumber Israiliyyah, dan tidak ada baginya sanad yang diketahui dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#9DaysLeftForRamadhan
#BroSyariefShares

Hadis 39: Diberi Kebaikan Dengan Ujian Musibah

0

 39- وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏”‏ من يرد الله به خيراً يصب منه‏”‏ ‏:‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏‏‏وضبطوا ‏ ‏يصب‏ ‏ ‏:‏بفتح الصاد وكسرها ‏ ‏

39. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa oleh Allah dikehendaki akan memperolehi kebaikan, maka Allah akan memberikan mushibah padanya-baik yang mengenai tubuhnya, hartanya ataupun apa-apa yang menjadi kekasihnya.” (Riwayat Bukhari)

Para ulama mencatat: Yushab, boleh dibaca fathah shadnya dan boleh pula dikasrahkan, (lalu dibaca yushib).

Hadits 18: Bab Apa yang diucapkan ketika melintasi kubur orang kafir?

0

#SilsilahShahihah:

Ketika engkau melintasi kubur orang kafir, berikanlah khabar gembira kepadanya berupa api Neraka.

حيثما مررت بقبر كافر فبشره بالنار

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani (1/19/1), Al-Albani: Shahih.

* namun riwayat ini dikritik keshahihannya oleh `ulama’ lain.

Ar Rahiq Al Makhtum – Perjalanan Insan Agung

0

Gambaran era arab jahiliyyah – sebelum kerasulan Nabi saw.

Apabila kita sebut arab jahiliyyah, dalam gambaran pecahan suku arab jahiliyyah kita cuba gambarkan suku arab Rasulallah saw. Setiap suku ini ada ciri ciri yang unik. Lokasi, sumber pendapatan, sifat kabilah dan sebagainya.

Bermula dari Kinanah > Jumuh,Sahm,Ady,Makhzum,Taim,Zuhrah.

Qushay > abdul manaf > hasyim. Bani Hasyim adalah ranting Kabilah Quraish merupakan asal keturunan Rasulallah saw.

Bani Tamim dan Bani Asad yang disebut bertradisi membunuh anak perempuan bukan suku Quraish dan berlokasi di Bahrain yang jauh dari Mekah. Allahu A’LAM.

Secara ringkasnya buku ini memberikan gambaran dengan fakta dan data yang sahih, kerosakan dan kehancuran manusia arab dan ajam seperti di dalam ms 1 hingga ms 49 -> melalui beberapa usaha dan amal yang di tunjukkan oleh Rasulallah saw ianya dibina semula dan diselamatkan.  Bagi yang diberi Allah swt fahaman yang jelas dan ilmu yang terang dapat memperincikannya satu persatu daripada ayat Al Qur’an dan Hadis. Sirah sekadar gambaran pada garis waktu. Allahua’lam.

Struktur masyarakat arab adalah blood basis. Kekeluargaan – jika kita baca kisah Abdul Muthalib datuk Rasulallah saw dari sebelah bapa, penulis menggambarkan bagaimana saudara sebelah ibu dari Madinah datang ke Mekah untuk menuntut hak Abdul Muthalib.

Kenapa arab di gelar dengan bangsa ummi mengikut satu pendapat bangsa arab adalah bangsa yang tidak di turunkan kitab ke atas mereka sebelum Al Quran. Nabi İsmail ittibak bapanya tanpa diajarkan kitab. İni satu pendapat. Allahu a’lam

Hawariyyun adalah pengikut Nabi Isa yang bersama dengan beliau dalam misi dakwah. Perkataan Hawariyyun di sebut didalam Al Quran.

Yahudi dan Nasrani berdagang dengan arab. Dapat dibayangkan sekurang-kurangnya tempias agama ahli kitab diketahui oleh bangsa arab.

Mungkin saya telah bawa banyak sangat perkara teknikal.  Kembalikan gambaran anda di lembah Tihamah, manusianya, aktivitinya, agamanya.

Sirah gambaran dan latarbelakang manusia dalam garis masa

Kita adalah insan yang telah ditetapkan dalam garis waktu tertentu. Kenali mereka di garis waktu yang lampau kerana sifat manusia sama yang berbeza skrip dan watak yang dimainkannya.

Gambarkan Makkah dan Quraish dalam garis masa itu.

Gambaran, di kalangan kabilah arab di luar makkah seperti di Madinah, Jeddah, sempadan Kufah, sempadan Basrah, Bahrain.

Mereka menghormati Quraish dan mengganggap Quraish adalah kabilah terkuat di kalangan arab.

Nota dengan gambaran kabilah Quraish dan peribadi.

1. Bani Hashim – Rasulallah saw dan Ali ra
2. Zuhrah – sebelah ibunda baginda
3. Bani Taim – Abu Bakar ra.
4. Bani Adi – Umar ra
5. Bani Umayyah – Usman ra
Makhzum,Sahm dan Naufal 

3 silsilah nasab baginda SAW yang sahih mengikut ahli sirah sehingga Adnan dan yang boleh di perincikan mengikut ahli nasab sehingga Hasyim. Yakni Muhammad Saw bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Dan ibunda baginda saw bernama Aminah binti Wahhab kabilah Quraish Bani Zuhrah.

Dari Muhammad saw ke Adnan ada 20 generasi.  Yakni 2000 tahun jika satu generasi 100 tahun. ALLAHU A’LAM

Dan sepakat ianya nasab yang sahih mengikut ahli Sirah. İanya tidak ittifaq oleh ahli hadis kerana tidak di sebut dalam Sahihain dan tidak ada. Hadis Muttaqun alaih mengenainya seperti yang di sebut oleh Syaikh Dr Al Ajlan dalam majlis bacaan beliau.

Rasulallah saw dari keturunan yang terpilih. Tiada seorang pun dari datuk moyang baginda dari anak zina, semuanya bernikah secara sah.

Keturunan baginda mengingkari perzinaan dengan pelacur, walaupun zina berleluasa di ketika itu.

Beliau memulakan dengan menggambar latar, persekitaran dan keadaan Arab.

Munasabahnya adalah untuk tahu kehidupan baginda SAW, kita perlu gambarkan latarbelakangnya..

İanya permulaan yang amat tepat berbanding penulisan sirah yang memulakan dengan Nur Muhammad dan suatu yang tidak terjangkau oleh akal yang waras.

Beliau menggambar usia bangsa arab yang begitu lama.
Di sebut 40 generasi dari İbrahim as hingga ke Muhammad saw. Yakni kurang lebih 4000 tahun.

Ciri-ciri umum bangsa arab, lokasi bangsa-bangsa arab.

Satu gambaran yang penting adalah Kaabah di Mekah.

Berkurun lamanya ianya menjadi destinasi Haji bagi bangsa arab, ianya hanya diuruskan secara sistematik oleh kabilah Quraish.

Dari sini penulis mengetengahkan@highlightkan tentang Quraish.

Kenapa ini penting? Kerana ciri ciri Quraish adalah ciri ciri sifat manusiawi Rasulallah saw.

Apa ada pada Quraish?

Adalah sesuatu yang berat – menyediakan air di padang pasir di masa itu?

Bagaimana nak dibayangkan?

Kepada semua tetamu kaabah di musim haji – Sediakan makanan. Tsarid sejenis bubur dari roti

Quraish adalah bangsa yang memberi khidmat.

Sisi gelap bangsa Arab

Bermula dari Amru bin Luhay…

Watak si warak yang menipu agama telah berulang ulang kali berlaku

Jika Bani İsrail ada Bal’am dan si kacak Samiri

Arab ada Amru bin Luhay – amru bawa balik berhala dan ajak org mekah sembah.

Ye.. kerana ittibak tammadun yang lebih maju yakni Sham.. atau Rom di waktu itu.. dengan membawa trend dari bangsa yang maju mereka mengganggap ianya up to date. Kemudian ubah ibadat supaya lebih trendy dan cocok dengan nafsu dan ramai pengikut. İanya berlaku pada Yahudi dan Nasrani juga.

Bahirah, saibah, wasilah dam hamy- Rebranding ibadat.  Meletakkan syarat berdasarkan nafsu.

Apabila akidah rosak yang lain akan ikut hancur – Sosial, muamalat dan politik.

4 jenis nikah, Poligami tanpa had..

Cerai tanpa had – Ya berapa kali cerai boleh rujuk..

Halau.. kemudian kutip balik..

Menyerahkan isteri untuk ditiduri lelaki lain selepas haid..

Gelap yang amat gelap..

Tiada lagi sinar.. yahudi yang di murkai.. nasrani yang sesat.. di mana lagi cahaya ?

Dihyah Al-Kalbi

mereka menganggap apa yang di reka oleh amru bin luhay sebagai bid’ah hasanah. Bid’ah Hasanah zaman tu dah defined

QURAISH

Hasyim -> Abdul Muthalib -> Abdullah

Ciri ciri manusiawi mereka diketengahkan dalam bab 5

İanya bertujuan untuk menceritakan sifat sifat dan kualiti manusiawi yang sama ada dalam gen Rasulallah saw.

Walaupun begitu dari segi agama mereka juga di dalam kesesatan yang nyata.. ini dizahirkan dengan cerita menggunakan anak panah menentukan nasib Abdullah bagi tujuan nazar..

Soalan visualization.. berapa segerakah, keperluan nabi kepada bangsa Arab ketika itu ?

Apapun jawapan anda..
ALLAH SWT menetapkan umur 40 Tahun.. untuk Muhammad saw diberi nubuwwah..

Berkembang Pesatnya Business Dan Wanita turut serta dalam Busines

0

Tanda Kiamat Ke-23/131
Berkembang Pesatnya Busines ( فشو التجارة)
Tanda Kiamat Ke-24/131
Wanita turut serta dalam Busines (مشاركة المرأه زوجها في التجارة )

Dalil: hadith Ibn Mas’ud ra

بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ : تَسْلِيمُ الْخَاصَّةِ ، وَفُشُوُّ التِّجَارَةِ حَتَّى تُعِينَ الْمَرْأَةُ زَوْجَهَا عَلَى التِّجَارَةِ

“Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan.” HR Ahmad (V/333, Syarah Ahmad Syakir), beliau berkata, “Sanadnya shahih” dan Mustadrak al-Hakim (IV/45-446). hasan menurut syeikh syuaib al-arnaout.

Hadith Amru bin Taghlab ra

نْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَفْشُوَ الْمَالُ وَيَكْثُرَ وَتَفْشُوَ التِّجَارَةُ

‘Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat adalah melimpah ruahnya harta dan banyaknya perdagangan.” HR an-Nasa’iy no 4380, sahih oleh al-Albani.

Syarah:
Tanda kiamat yang ke-23 ialah meluasnya bisnes , wujudnya bursa saham disetiap negara, banyaknya Mall dan hatta disekitar mesjid nabawi dan haram mekah pun penuh dengan tempat membeli belah. Maksud dari hadith ini ialah sibuknya manusia dalam bisnes hingga mereka berlumba dalam pasaran. Bayangkan lelaki terkaya di negara arab ialah Prince al-Waleed bin Talal bin abdul Aziz al-Saud. Negara-negara teluk berubah wajah menjadi pusat komersil terbesar di dunia Arab. Jedah dan Riyadh menjadi mega city dan karajaan arab sedang membina pusat komersil di bandaraya besar KSA.
Satu lagi fenomena akhir zaman ialah kaum wanita keluar bekerja, termasuk dalam bisness. Mereka juga menjadi tokoh korporat dan CEO, cuma di Arab Saudi masih bertahan, tapi statistik wanita arab saudi menjadi businesswomen semakin meningkat. Sibuknya wanita berkerjaya dan berkorporat akan mencetuskan pelbagai fitnah. Inilah maksud tanda kiamat 23 dan 24 Tamat.

Soalan:
Ada yang syarah, kaum wanita juga sama-sama kerja dalam satu kantor dengan lelaki. Macam office kita sekarang.

Jawapan: Jika wanita kerja satu kantor dengan suami kira tafsir yang betul, semua merujuk kepada wanita keluar bekerja. Zaman salaf, wanita tak kerja…masih lagi diamalkan di Saudi Arabia.

Tuan sheikh THTL mana yang lebih menepati sunnah samada wanita berkejaya atau tidak? Seperti jadi cikgu, misi dan doktor..

Jawapan: Isu wanita kerja atau duk rumah tu debatable.. ideal tak kerja, kalau sewa rumah RM300 sebulan dan harga ayam RM3.00 sekilo, kembung RM2.00 sekilo dan nilai petrol macam saudi, RM0.50 sen/liter, kereta RM20K sebiji.

Kalau kerja setempat dikira termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadith tersebut?

Jawapan: Samalah, maksudnya isteri turut keluar rumah bekerja, tak kira dikantor yang sama atau ditempat lain.

Sini Myvi Rm15.00 full tank
paling murah kuwait, 38 sen seliter. Sebab mereka guna hadith, hasil bumi kena kongsi sama rata.

Hasil galian, cukai tak ada. Sebab guna hadith nabi larang cukai tambahan kepada rakyat
(tiada GST, tiada roadtax, tiada income tax, tiada cukai pintu dan cukai tanah).

Wanita Malaysia yang single ramai di sana, Syeikh?

Jawapan: Ramai, sebab maskawin paling tinggi di dunia, wanita bangsawan arab, tak ada 1 milion jangan masuk. Minyak murah kereta murah, perempuan pula yang mahal. Di Malaysia, barang mahal, rumah mahal kereta mahal, wanita paling murah. Mahar masih mampu milik, average RM5-7K. Dekat saudi minima gadis kampung, RM25K, bandar minimum RM50K…sebab insuran kerana arab saudi lelaki mudah menceraikan isterinya.. mahar ni jadi insurance. Dijaga macam bidadari syurga, tak pernah buka di publik melainkan dua biji mata je.

Wanita Saudi belum pernah di sentuh oleh manusia dan jinn, sini semua segregation, dua sistem, sampai bank pun ada ada dua, bank for female dan bank for male, IPT pun sama, ada female campus dan male campus, jauh lokasinya.

Boleh wanita malaysia single bekerja di sana, syeikh?

Boleh, dalam group dan yang diuruskan oleh agensi, selalunya dalam sektur nursing. Hospital swasta di riyadh dan jeddah. Bidang lain tak ada sebab nursing je yang kritikal sebab wanita saudi tak suka kerja tu. Gaji nurse hospital swasta memang mahal, tapi yang dah staff nurse atau senior nurse di malaysia… minima RM18K/month. Expat Filipina dan India kontrol hospital kerajaan, gaji tak mahal mana kalau gomen.

Keadaan di sana masih berdebu lagi ke tahun ni?

Tak rekomen umrah ramadhan 2015, masih berdebu dan cuaca Jun/julai amat panas mencecah 44-45 selsius, panas dan debu dan kesesakan amat memeritkan, khususnya orang tua boleh dehydration dan menyebabkan heat stroke yang bawa kematian. Lepas musim haji OK…Ramadhan di sini sama dengan musim Haji…waktu puncak di Saudi ialah bulan ramadhan dan musim haji. Jadi kalau umrah nak selesa kena lepas haji ni…mungkin dah banyak sektur mesjid yang dah dibuka semula. Saudi dah mula buka beberapa sektur mesjid haram secara berperingkat… cuma hotel masih limited.

Disember memang nyaman, tapi peak season juga sebab satu dunia kebanyakannya cuti hujung tahun, malaysia cuti sekolah package, mahal sikit.
Anggap itu ujian je…mekah ni memang tempat ujian, sebab tu haji dan umrah Allah nak uji ketahanan fizikal kita. Haji dan umrah ibadah harta dan fizikal

Siapa sebenarnya imam mahadi? Kita menunggu kedatangan nya dulu atau kedatangan nabi isa. Ustaz yang mengajar saya bagitau mereka adalah orang yang sama, saya nak tanya betul ka?

Jawapan: Mahdi = Isa adalah salah satu pendapat. Mahdi adalah Imam 12 adalah akidah syiah.
Ahli hadith, mahdi dan jesus adalah dua personaliti yang berbeda, dia muncul dulu dari Isa.

Sapa jadi khalifah tuan thtl mahdi atau nabi isa? Jawapannya khalifah ialah al-mahdi. Tunggu perbahasan nanti, kita kena keluarkan dalil-dalil dulu. Al-mahdi sahaja ada 50 hadith.

Hadis 38: Sabarnya Nabi Diuji Ujian Berlipat Ganda

0

Hadith berikutnya, no 38.
Rujuk bab sabar, kitab Riyadus Solihin.

 38- وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال‏:‏ دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وهو يوعك فقلت‏:‏ يارسول الله إنك توعك وعكاً شديداً قال‏:‏ ‏”‏أجل إني أوعك كما يوعك رجلان منكم‏”‏ قلت‏:‏ ذلك أن لك أجرين ‏؟‏ قال‏:‏ ‏”‏أجل ذلك كذلك ما من مسلم يصيبه أذى؛ شوكة فما فوقها إلا كفر الله بها سيئاته ، وحطت عنه ذنوبه كما تحط الشجرة ورقها‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏‏‏والوعك ‏:‏ مغث الحمى، وقيل‏:‏ الحمى ‏ ‏

38. Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: Saya memasuki tempat Nabi s.a.w. dan beliau sedang dihinggapi penyakit panas. Saya lalu berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Tuan dihinggapi penyakit panas yang amat sangat.” Beliau kemudian bersabda: “Benar, sesungguhnya saya terkena panas sebagaimana panas dua orang dari engkau semua yang menjadi satu.” Saya berkata lagi: “Kalau demikian Tuan  tentulah  mendapatkan  dua  kali  pahala.” Beliau bersabda: “Benar, demikianlah memang keadaannya, tiada seorang Muslim pun yang terkena oleh sesuatu kesakitan, baik itu berupa duri ataupun sesuatu yang lebih dari itu, melainkan Allah pasti menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab mushibah yang mengenainya tadi dan diturunkanlah dosa-dosanya sebagaimana sebuah pohon menurunkan daunnya – dan ini jikalau disertai kesabaran.”

Alwa’ku iaitu sangatnya panas (dalam tubuh sebab sakit), tetapi ada yang mengatakan panas (biasa).

? Manusia yang paling (besar) cobaannya ialah para Nabi as.

? Allah kurniakan kepada mereka kesabaran yang sempurna dan kejujuran mengharapkan pahala.

? Mereka adalah suri teladan bagi manusia.

? Kesakitan yang semakin parah pada diri mukmin, Allah lipatgandakan pahala dan menghapuskan pelbagai dosanya.

? Setiap mukmin diuji menurut keteguhan dan keyakinan dalam beragamanya.

Diskusi Tafsir – Surah AlBaqarah

0

Surah AlBaqarah (Ayat 6 dan 7)

Diskusi 11

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. (Al-Baqarah:6)

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. (Al-Baqarah :7)

Makna ayat 06 semisal dengan ayat lain-nya, iaitu firman-Nya:

إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَتُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ وَلَوْ جاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذابَ الْأَلِيمَ

Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat (azab) Tuhanmu tidaklah mereka akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih. (Yunus: 96-97)

Allah Swt. telah berfirman menceritakan keadaan orang-orang yang ingkar dari kalangan ahli kitab:

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ

Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu. (Al-Baqarah: 145)

Seakan-akan makna ayat ini mengatakan bahawa sesungguhnya orang yang telah dipastikan oleh Allah swt beroleh kecelakaan, maka tiada jalan selamat baginya; dan barang siapa yang disesatkan oleh-Nya, niscaya tiada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Untuk itu, hai Muhammad, janganlah dirimu merasa berdukacita dan kecewa terhadap sikap mereka, teruskanlah penyampaian risalahmu kepada mereka. Barang siapa yang menerima seruanmu, maka baginya pahala yang berlimpah; dan barang siapa yang berpaling, maka janganlah kamu berdukacita terhadap mereka, hal tersebut bukan urusanmu. 

Pengertian ini sama dengan apa yang diungkapkan oleh Allah Swt. melalui firman-Nya dalam ayat yang lain, yaitu:

فَإِنَّما عَلَيْكَ الْبَلاغُ وَعَلَيْنَا الْحِسابُ

Sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedangkan Kamilah yang menghisab amalan mereka. (Ar-Ra’d: 40)

إِنَّما أَنْتَ نَذِيرٌ وَاللَّهُ عَلى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan, dan Allah pemelihara segala sesuatu. (Hud: 12)

Ali ibnu Abu Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas sehubungan dengan firman-Nya:Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. (Al-Baqarah: 6) Pada mulanya Rasulullah Saw. sangat menginginkan agar semua orang beriman dan mengikuti petunjuknya, lalu Allah Swt. memberitahukan kepadanya bahawa tidaklah beriman kecuali orang-orang yang telah ditakdirkan oleh Allah Swt. sebagai orang yang berbahagia, dan tidaklah tersesat kecuali orang-orang yang telah ditakdirkan oleh Allah Swt. sebagai orang yang celaka sejak zaman azalinya.

Orang-orang kafir tidak bersedia untuk beriman kerana itu sama sahaja samada mereka diberi peringatan atau pun tidak.

Alasannya:

  1. Bahawa ketentuan Allah telah berlaku untuk menutup hati mereka sehingga mereka tidak boleh menerima pemahaman
  2. Menutup telinga-telinga mereka sehingga tidak boleh mendengar kebenaran
  3. Dan meletakkan penutup pada mata-mata mereka sehingga mereka tidak boleh melihat
  4. Hal itu akibat dari sikap sombong
  5. Ingkar
  6. Serta kekafiran mereka yg melampau batas

Kerana itu mereka layak mendapat siksaan yang berat.

Inilah keputusan Allah untuk selamanya ke atas orang-orang yang ingkar, sombong dan tetap untuk berada dalam kekafiran.

Kesimpulan:

  1. Sifat ingkar, sombong dan berada dalam kekafiran menghalang untuk mendapat petunjuk.
  2. Allah mematikan sensitiviti indera mereka sehingga tidak mampu menggunakannya untuk memperoleh petunjuk dan iman.

Popular

Iklan

Iklan