Utama Blog Halaman 272

Hadis 73: Bertaqwalah Kepada Allah

0

(73): Dari Abu Umamah iaitu Shuday bin ‘Ajlan al-Bahili r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada’ – haji terakhir bagi beliau s.a.w. sebagai mohon diri, kemudian beliau s.a.w. bersabda:

“Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah shalat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu – Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegang-pemegang pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu.”

«73» الخامس: عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح).

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

بدأ بالتقوى لأنها الأساس؛ لتناولها فعل سائر المأمورات، وترك سائر المناهي، وعطف عليها ما بعدها وهو من عطف العام على الخاص، والله أعلم.

? Haji wada’: Haji terakhir Rasulullah saw
? Wajib berpegang teguh kepada rukun Islam, serta bertaqwa kepada Allah SWT.
? Semua itu jalan ke Syurga.
? Taat pemimpin dalam perkara makruf.

Habis bab taqwa.

Ustaz Rosman Kongsikan Pengalaman Mengajar Percuma

0

Tajuk lain pula, minta apa saya tulis di ‘share’ kan ke group lain. Tak sempat nak tulis untuk semua.

Ikhlas. Apa yang awak faham.

Jawapan pelajar:
Ustaz Rosman, boleh tak saya simpulkan. Kalau kita mengajar perihal agama dan tiada meminta upah, bertawakkal pada Allah, Allah akan turunkan rezeki dengan tidak disangka-sangka mungkin rezeki dari pekerjaan yang lain?

Ustaz Rosman:
Benar sekali Nathrah My. Saya sendiri percaya begitu tapi nak amal tu amatlah susah. Nak tahu cerita saya.

Begini asalnya. Saya masa tu sudah khatam 2x tafsir dan sedang belajar Abi Daud dan Tirmidzi. Saya pula mengajar di sebuah masjid di Mulong dekat Kota Bharu. Saya dah tak kerja sudah 4 tahun sejak saya belajar tafsir.

Perjalanan ke Lakloh Jertih daripada Tok Bali ialah 35 km untuk kelas hadis. Kadang-kadang 2x sehari.

Perjalanan daripada Lakloh ke Mulong itu 70 km. Mulong ke Tok Bali 60 km. Jadi perjalanan di hari saya mengajar ialah 165 km tak termasuk makan malam.

Suatu hari saya hanya ada RM 10 saja. Nak ke kelas, mengajar dan makan. Minyak kereta pula kering. Saya buat keputusan untuk ke kelas hadis saja. Tak mengajar lah malam tu. Saya pujuk diri saya. Saya tak ambil upah. Apa salah saya cuti satu kali.

Saya di waktu maghrib tu serba salah. Saya rasa macam salah aje tak mengajar malam tu. Tak dapat saya tidur. Esoknya anak saya beri duit maka bolehlah saya ke kelas hadis. Semasa dalam kelas saya asyik teringat saya ponteng. Tiba-tiba ustaz ajar hadis hal jihad.

Dalam tu ada hadis, maksud begini. Sahabat berhutang nak pergi berjihad kerana tak ada duit. Bertalu-talu hadis seperti itu sampai habis kelas. Tahulah saya, saya sudah tak pandai bersyukur pada Allah Tuhan saya. Dialah yang mencipta saya. Memberi segala keperluan hidup saya. Saya tak tahu pun tapi Dia buat semua untuk kita. Tak peduli Dia kita tahu ke tak tahu ke. Dia buat aje.

Dia lah Allah yang memberi hidayat pada saya jadi Islam. Hidayat tambahan untuk belajar. Hidayat tambahan untuk faham wahyu dan hadis nabi.

Tapi saya seorang yang tak pandai kenang budi. Aku bertaubat pada Mu Tuhan ku di atas cuai nya aku pada Mu.

Saya malu nak pinjam duit untuk sebar agama Allah. Malunya aku pada Mu Tuhanku.

Komen:
?Allahuakbar.Moga Allah terus murahkan rezeki ustaz dan kami ?
?Ampunilah kami

Saya pun berazam akan pergi mengajar walaupun saya terpaksa berhutang. Namun saya tak mungkin dapat mensyukuri Allah Tuhan saya seperti sepatutnya. Tiba hari ngajar. Saya pinjam duit, RM 30 saja dapat. Saya pesan ke Mak Aji isteri saya. Masak nasi sebab saya balik makan jam 10.30 malam. Tak bolih makan di kedai. Malam tu saya mengajar surah bahagian akhir al-Baqarah. Tiba ayat 273 saya jadi sedih sebab ayat itu Allah cerita hal saya.

Saya tersedu-sedu membaca ayat itu. Hampir-hampir tak boleh mengajar kerana Allah dok cerita pada orang hal saya. Tak bolih jadi imam malam itu.

Bila saya masuk kereta saya, tiba-tiba pintu sebelah di buka orang. Orang itu kata ini ustaz zakat saya. Saya tak boleh jawab. Saya tengok kat dia saja. Tak terkata.

Saya bawa kereta hingga hilang daripada pandangan orang, saya tengok dan bilang duit itu. RM 5500. Masya Allah, Kamu lah Tuhan ku. Kamu tahu apa dalam hati ku. Kamu makbul doa ku. Allah.

Itulah Dia Allah. Tuhan ku dan Tuhan kamu juga. Sembahlah Dia saja. Inilah jalan yang lurus. Wallahuaklam.

????
?Ya Allah
?Astaghfirullah

Seminggu kemudian orang beri lagi zakat 10,000. Lepas itu 5000 dan seterusnya.

Ust Rosman ada amalkn doa yang khusus ke ?? Rezki yag melimpah ?

Taklah lagi saya susah begitu lagi. Ada kena musibah-musibah dalam perjalanan. Allah sentiasa bantu saya. Belanja sebar ugama ni besar. Tak mungkin saya boleh buat melainkan nusrah Allah. Allah lah yang benar.

Doa saya pendek je. Doa daripada al-Quran.

Allahumma ya Allah. Takabbalmina. Inna ka antas samii ul alim.

Ya Allah ya tuhan ku. Terimalah segala usaha ku untuk Mu. Sesungguhnya Kamu Tuhanku. Yang Maha Mendengar segala keperluan-keperluan ku dan Maha Mengetahui macamana nak tolong ku.

Semoga awak-awak semua di rahmati Allah. Saya pun sangat-sangat berharap pada pertemuan dengan Allah
Saya sangat-sangat berharap pada keampunan daripada Allah akan segala dosa-dosa saya.

Umur ni sekejap aje. Apa yang kita bawa balik tu yang mustahak.

Wallahualam.

Takutlah Kepada Allah

0

Petang khamis 8.10.2015

?قال الفضيل بن عياض
رحمه الله :

«من خاف الله، لم يضره أحد، ومن خاف غير الله، لم ينفعه أحد»

«سير اعلام النبلاء٨-٤٢٦»]

•┈┈••✦✿✦••┈┈•

•┈┈••✦✿✦••┈┈•
“Siapa takut Allah maka tiada siapa boleh mudharatkannya dan siapa takut selain Allah maka tiada siapa dapat beri manafaat kepadanya..”

~ Fudhail ‘Iyadh

Siyar ‘Alam Al-Nubala

#tazkirahuito
#tazkirahseminit
#UiTO
#tazkirah

Hadis 72: Sumpah yang bukan kerana taqwa dan perbahasannya

0

Hadis 72, Bab Taqwa

72» الرابع: عن أبي طريفٍ عدِيِّ بن حاتمٍ الطائيِّ رضي الله عنه، قَالَ: سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ ثُمَّ رَأَى أتْقَى للهِ مِنْهَا فَليَأتِ التَّقْوَى)). رواه مسلم.

72. Keempat: Dari Abu Tharif, iaitu ‘Adi bin Hatim Aththa’i r.a., katanya; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi – memilih -ketaqwaan itu saja.” (Riwayat Muslim)

يعني أن من حلفَ على فعل شيء أو تركه، فرأى غيره خيرًا من التمادي على اليمين واتقى الله، فَعَلَهُ وَكفَّر عن يمينه.

Salam Cikgu Rahim…

Apakah yang dimaksudkan PERSUMPAHAN dalam hadis ini.

Jawapan:
Kita bersumpah untuk melakukan sesuatu, jika ia tidak menjurus kepada taqwa, kita batalkan sumpah itu dengan kafarah. Kita pilih taqwa. Kafarah sumpah, memberi makan 10 orang fakir miskin sampai kenyang.

Kafarah jimak bulan ramadhan puasa 2 bulan berturut-turut.

Antara contoh kafarah,
Contoh, demi Allah saya akan panjat pokok jika saya menang.

Panjat pokok tidak dapat menambah taqwa lebih baik bayar kafarah untuk batalkan sumpah dan hidup bertaqwa.

Memberi makan 10 orang fakir miskin tu berlaku untuk semua kafarah sumpah ke cikgu.

Jawapan:
Juga kafarah nazar, beri makan 10 orang fakir miskin

Cikgu, kalau orang yang kena kafarah tapi tak mampu beri makan ada ke cara lain lunaskan kafarah tersebut

Jawapan:

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).
Surah Al-Ma’idah (5:89)

Puasa 3 hari, puasa 3 hari tu last choice. Jika tak dapat beri makan, boleh beri pakaian atau bebaskan seorang hamba. Jika semua tak mampu, baru puasa 3 hari.

Pakaian untuk berapa orang?

Jawapan:
Ikut uruf, 10 orang juga. Baju kurung + kain batik.

Kalau puasa 3 hari tak mampu juga (contohnya kerana uzur /usia sudah lanjut) macam mana cikgu ?

Adakah cukup bertaubat sahaja ?
Cikgu Rahim:
Dhaifnya hamba itu, miskin dan sakit pula. Berani pula bersumpah…?

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Surah Al-Baqarah (2:286)

Ikhlas Bahagian Ke-2

0

Ikhlas 3

” Orang yang ikhlas itu ialah orang yang menyembunyikan segala amalan yang baik sebagaimana ia menyembunyikan segala amalan yang jahat.”

~ Ya’akob Al Makfuf.

Ikhlas 4

“Apabila seseorang hamba itu ikhlas, nescaya hilanglah penyakit was-was dan riak daripadanya.”

~ Abu Sulaiman ad Darani.

Terasa mulia dari orang lain: Hadits 33

0

Hadits 33: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

“Salah seorang daripada kalian dapat melihat kotoran di mata saudaranya, tetapi dia lupa tentang kayu yang ada di matanya.”

يُبْصِرُ أَحَدُكُمْ القَذَاةَ فِي أَعْيُنِ أَخِيْهِ، وَيَنْسَى الجَذْلَ – أَوْ الجَذْعَ – فِي عَيْنِ نَفْسِهِ

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad no. 592, namun mauquf kepada Abu Hurairah.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Maksud hadits ini sesuai dengan pepatah Melayu: Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada nampak.

2. Kata `Abdullah Al-Muzani: “Sekiranya iblis memberikan was-was kepadamu bahawa engkau lebih mulia daripada muslim lain, maka perhatikanlah. Sekiranya dia lebih tua daripadamu, katakanlah: Dia telah mendahuluiku dalam beriman dan beramal shalih, maka dia lebih baik daripadaku. Sekiranya dia lebih muda daripadamu, katakanlah: Aku telah mendahuluinya dalam maksiat dan dosa, dan lebih layak diseksa berbanding dirinya, maka dia lebih baik daripadaku.”

#SilsilahShahihah:

Hadis 71: Doa Memohon Taqwa

0

71. Ketiga: Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

“Ya Allah, sesungguhnya saya memohonkan padaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati.” (Riwayat Muslim)

«71» الثالث: عن ابن مسعودٍ رضي الله عنه: أنَّ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((اللَّهُمَّ إنِّي أَسألُكَ الهُدَى، وَالتُّقَى، وَالعَفَافَ، وَالغِنَى)). رواه مسلم.

Tawakal

0

Tawakkal

» عن ابن عباس رضي الله عنهما أيضًا: أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَليْك تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بعزَّتِكَ؛ لا إلهَ إلا أَنْتَ أنْ تُضلَّني، أَنْتَ الحَيُّ الَّذِي لا يَمُوتُ، وَالجِنُّ والإنْسُ يَمُوتُونَ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ، وهذا لفظ مسلم واختصره البخاري.

“Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma juga bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda – dalam berdoa:

“Ya Allah, kepadaMulah saya menyerahkan diri, denganMu saya beriman, atasMu saya bertawakkal, ke hadhiratMu saya bertaubat, denganMu saya berbantah – menghadapi musuh-musuh agama.”

“Ya Allah, saya mohon perlindungan dengan kemuliaanMu, tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Engkau, kalau sampai Engkau menyesatkan diriku. Engkau Maha Hidup yang tidak akan mati, sedangkan semua jin dan manusia pasti mati.” (Muttafaq ‘alaih)

Hadis di atas itu menurut lafaz Imam Muslim dan diringkaskan dalam lafaz Imam Bukhari.

Tafsir Surah al-Ghafir, ayat 22

0

Assalamualaikum wr wt
Bismillah ArRahman ArRahim
Allahumma Rabbana Zidna ilma
Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim
Amma ba’du

Tafsir Surah al-Ghafir ayat 22

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَاقٍ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah…Ghafir 21

Ayat 22 al Ghafir

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانَتْ تَأْتِيهِمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَكَفَرُوا فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّهُ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ

(Kebinasaan mereka) yang demikian ialah kerana mereka sentiasa didatangi Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hukum dan mukjizat) yang jelas nyata, maka mereka kufur ingkar, lalu Allah menyeksa mereka, sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat lagi Maha berat azab seksaNya.

Ayat ini pula keadaan mereka yang engkar tauhid ini.

Bab 1
Keadaan mereka yang engkar tauhid. Demikian kerana mereka di datangi rasul-rasul atau guru-guru atau daie-daie Allah, yang membaca ayat-ayat Allah yang jelas nyata

Maksudnya guru-guru dan daie-daie selepas mati nabi-nabi itu memberi tabligh dengan membaca ayat-ayat Allah dengan jelas nyata, yaitu memberi tabligh dalam perbagai bab, ancaman di beri pada yang engkar dan berita gembira pada orang yang terima ajakan tauhid ini.

Pelbagai Guru datang dan hurai perkara-perkara yang sama tapi tetap mereka engkar.

Bab 2
Maka mereka tetap engkar. Lalu Allah mengazab mereka di dunia dengan beri bala-bala dan kesempitan hidup dan di akhirat kelak akan di balas dengan lebih teruk lagi

Bab 3
Sesungguhnya Allah Maha Kuat yaitu tak perlu ibadat-ibadat hambaNya atau kekufuran hambaNya

Tapi sangat teruk akibat balasan Nya bagi sesiapa yang engkar. Semua umat itu kufur, syirik di amal harian, semua bermula daripada bidaah yang di buat.

Falsafah Ikhlas

0

Ikhlas

“Ikhlas itu ialah memisahkan amalan daripada kecelaan seperti terpisahnya susu daripada tahi dan darah (di dalam perut)”

~ Yahya bin Muaz al-Razi (830-871)

Ikhlas 2

“Ikhlas itu ialah apabila anda melakukan sesuatu amalan baik anda tidak bercita-cita supaya anda disambut atau dimulia, atau dibesar-besar dan anda tidak mencari balasan daripada seseorang kerananya.”

~ Ahmad bin ‘Asim.

#tazkirahUiTO

Popular

Iklan

Iklan