Utama Blog Halaman 251

Anjuran Beramal Dengan Kebaikan Yang Mudah

0

Panel: Cikgu Rahim

121.  Kelima: Dari Abu Zar lagi, katanya: “Nabi s.a.w. bersabda kepadaku:

“Janganlah engkau menghinakan sesuatu kebaikan sedikitpun, sekalipun hanya dengan jalan engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.” (Riwayat Muslim)

«121» الخامس: عَنْهُ، قَالَ: قَالَ لي النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((لاَ تَحْقِرنَّ مِنَ المَعرُوفِ شَيئًا وَلَوْ أنْ تَلقَى أخَاكَ بِوَجْهٍ طَليقٍ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: الحثُّ على فعل المعروف قليلًا كان أو كثيرًا، بالمال، أو الخُلُق الحسن.

Kaitan Uban Rasulullah S.A.W Dan Adik Beradik Hud

0

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Dari Saitama, Jepun

42- حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ صَالِحٍ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ، قَالَ: قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، نَرَاكَ قَدْ شِبْتَ. قَالَ: «قَدْ شَيَّبَتْنِي هُودٌ وَأَخَوَاتُهَا».

42- Telah bercerita kepada kami Sufyan bin Waki`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Bisyr, daripada `Aliy bin Salih, daripada Abi Ishaq, daripada Abi Juhayfah, dia berkata: Mereka berkata: Ya Rasula Llah, kami melihat kamu telah beruban. Dia berkata: «Telah mengubankan saya Hud dan adik-beradiknya».

 

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini dibawakan sebagai menyokong hadis sebelumnya. Jika seseorang itu benar-benar mencintaï ilmu dan ikhlas dalam mempelajarinya, dia akan sekali lagi membaca Surah Hud, dan adik-beradik surah Hud. Di sini, tidak disebutkan apakah nama adik-beradik tersebut, tetapi, ia telah disebutkan dalam hadis sebelumnya.

Sebagaimana kita mempunyaï adik-beradik, yang rata-rata mempunyaï persamaan, maka dalam bahasa `Arab, sesuatu yang mempunyaï persamaan boleh disebut sebagai (وَأَخَوَاتُهَا) dan adik-beradiknya. Kesemua surah tersebut ialah surah Makkiyyah, iaitu ia diturunkan semasa Nabi berada di Makkah, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.

Secara umum, persamaan yang ada ialah surah-surah ini menyebut tentang Hari Qiyamah dan kisah umat-umat terdahulu. Hari Qiyamah, ia ialah sesuatu yang besar. Disebut di dalam Surah An-Naba’:

عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ

Tentang apakah mereka saling bertanya? Tentang berita yang besar. Yang mereka – padanya – berselisih [An-Naba’: 1-3]

Berita yang besar itu ialah tentang kehidupan selepas mati, iaitu tentang Hari Qiyamah. Orang-orang musyrikin berselisih tentang Hari Qiyamah, iaitu mereka mengatakannya tidak akan berlaku, justeru mereka tidak beriman dengannya.

Peristiwa Qiyamah ini menyebabkan Nabi beruban kerana khuatirkan tentang umatnya – iaitu tentang nasib kita di akhirat – sama ada umatnya akan termasuk dalam golongan yang berjaya atau celaka.

Di dalam Surah Hud, terdapat pengulangan perkataan (بُعْدًا) yang membawa maksud binasa. Kata Allah:

وَقِيلَ بُعْداً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan dikatakan: Binasalah untuk kaum yang zalim [Hud: 44]

أَلاَ بُعْدًا لِّعَادٍ قَوْمِ هُودٍ

Ketahuïlah: Binasalah untuk `Ad, kaum Hud [Hud: 60]

أَلاَ بُعْدًا لِّثَمُودَ

Ketahuïlah: Binasalah untuk Samud [Hud: 68]

أَلاَ بُعْدًا لِّمَدْيَنَ كَمَا بَعِدَتْ ثَمُودُ

Ketahuïlah: Binasalah untuk Madyan sebagaimana telah binasa Samud [Hud: 95]

Pengulangan empat kali perkataan (بُعْدًا) ini pasti akan mengkhuatirkan seseorang Nabi, bagaimanakah nasib umatnya di akhirat kelak!

Di dalam Surah Al-Waqi`ah, disebut tentang (أَصْحَابُ الشِّمَال) golongan kiri dan `azab yang akan menimpa mereka, disebabkan kedegilan mereka yang tidak percaya tentang Hari Qiyamah. Di dalam Surah Al-Mursalat pula, Allah mengulang perkataan (وَيْلٌ) celaka sebanyak sepuluh kali dalam ayat yang sama:

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Celakalah pada hari itu untuk orang-orang mendustakan [Al-Mursalat: 15, 19, 24, 28, 34, 37, 40, 45, 47, 49]

Surah Hud dan adik-beradiknya ini pasti akan menggerunkan hati orang-orang yang beriman apabila membaca tentang Hari Qiyamah dan tentang `azab di Akhirat. Maka kita sebagai umat Muhammad, tidakkah kita juga lebih wajar merisaui nasib kita di akhirat?

Diriwayatkan juga bahawa dalam Surah Hud, Allah berkata:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

«Maka tetaplah sebagaimana kamu telah diperintahkan, dan sesiapa yang bertawbat bersama kamu juga, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia – dengan apa yang kamu lakukan – adalah maha Melihat» [Hud: 112]

Ayat ini merupakan perintah yang besar kerana beristiqamah di atas kebenaran yang diperintahkan merupakan suatu perintah yang sangat besar ke atas seseorang. Untuk istiqamah, ia memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang besar. Justeru, banyak onak dan duri, serta ranjau yang akan dihadapi. Ini sangat berat dan merupakan satu amanah dan pertanggungjawaban daripada Tuhan kepada Nabi Muhammad.

Selain itu, hadis ini diriwayatkan oleh sahabiy bernama Abi Juhayfah, yang menyebut: (قَالُوا) mereka berkata. Ini menunjukkan bahawa bukan setakat Abu Bakr sahaja yang mengambil berat tentang Nabi, tetapi sahabiy yang lain juga. Justeru, kepada setiap sahabiy yang bertanya, Nabi menjawab dengan isi yang sama, tetapi dengan gaya ucapan yang berlainan.
Perlu diketahuï bahawa para sahabiy, mereka mengetahuï tentang Nabi, disebabkan mereka bermulazamah dengan Nabi. Para sahabiy bergaul dengan Nabi, makan bersamanya, bersalat bersamanya, dan Nabi hidup di tengah-tengah mereka. Justeru, perubahan pada diri Nabi, sehingga kepada ubannya, dapat dilihat dan diperhatikan oleh para sahabiy.

Tidakkah hal ini berbeza dengan para pemimpin di dunia dewasa ini? Pemimpin dewasa ini, mempunyaï beberapa lapisan pengawal dan aspek keselamatan, yang menyebabkan rakyat tidak dapat bergaul dengan para pemimpin. Para pemimpin dikhuatiri akan keselamatan mereka, takut dibunuh oleh musuh atau dicederakan, selain menganggap wujudnya perbezaan darjat antara pemimpin dan rakyat jelata yang menyebabkan perlunya wujud jurang antara pemimpin dan orang yang dipimpin.

Namun, berbeza dengan Nabi, dia ialah pemimpin yang disayangi dan dibela, sehingga para sahabat akan membela Nabi melebihi diri mereka sendiri, sama ada dalam peperangan atau apabila berhadapan dengan musuh.

Ia juga melambangkan tawakkal yang kurang dalam kalangan pemimpin dewasa ini, kerana ajal sudah ditetapkan Tuhan sejak kita berada di dalam rahim lagi! Justeru, kematian adalah suatu kepastian yang tidak dapat dielakkan atau ditangguh. Jika kita bertawakkal ke atas Allah, kita pasti tidak akan gentar dengan (الْمَوْت) kematian.
*******
*******
*******
.

Anjuran Memahami Sedekah Dan Mengamalkannya

0

Panel: Cikgu Rahim

120. Keempat: Dari Abu Zar pula, bahawasanya orang-orang sama berkata: “Ya Rasulullah, orang-orang yang kaya raya sama pergi dengan membawa pahala yang banyak – kerana banyak pula amalannya. Mereka itu bersembahyang sebagaimana kita juga bersembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kita juga berpuasa, tambahan lagi mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta-harta mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bukankah Allah telah menjadikan untukmu semua sesuatu yang dapat engkau semua gunakan sebagai sedekah.

Sesungguhnya dalam

setiap tasbih adalah merupakan sedekah,

setiap takbir merupakan sedekah,

setiap tahmid merupakan sedekah,

setiap tahlil merupakan sedekah,

memerintahkan kebaikan juga sedekah,

melarang kemungkaran itu pun sedekah pula dan bahkan

dalam bersetubuhnya seseorang dari engkau semua itu pun sedekah.”

Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah apakah seseorang dari kita yang mendatangi syahwatnya itu juga memperolehi pahala?” Beliau s.a.w. bersabda:

“Adakah engkau semua mengerti, bagaimana jikalau syahwat itu diletakkannya dalam sesuatu yang haram, adakah orang itu memperolehi dosa? Maka demikian itu pulalah jikalau ia meletakkan syahwatnya itu dalam hal yang dihalalkan, ia pun memperolehi pahala.” (Riwayat Muslim)

Ad-dutsuur, dengan tsa’ yang bertitik tiga buah, ertinya harta benda yang melimpah ruah, mufradnya berbunyi Ditsrun.

Keterangan:

Yang menghadap Nabi s.a.w. ini adalah dari golongan kaum Muhajirin (orang-orang yang sama berpindah mengikuti Nabi s.a.w. dari Makkah ke Madinah) yang fakir-fakir. Jadi pokoknya mereka mengadu kerana merasa kurang pahalanya kalau dibanding dengan orang-orang yang kaya-kaya itu, sebab merasa tidak dapat bersedekah kerana miskinnya.

Setashbih, yakni sekali membaca tasbih (Subhanallah). Takbir iaitu membaca Allahu Akbar. Tahmid yakni bacaan Alhamdulillah dan Tahlil iaitu La ilaha illallah.

Dalam kemaluan isteri pun ada sedekahnya yakni bersetubuh itu pun ada pahalanya seperti pahala sedekah.

Menyampaikan syahwat dalam keharaman yakni melacur atau berzina.

«120» الرابع: عَنْهُ: أنَّ ناسًا قالوا: يَا رَسُولَ الله، ذَهَبَ أهلُ الدُّثُور بالأُجُورِ، يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي، وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ، وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أمْوَالِهِمْ، قَالَ: ((أَوَلَيسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُونَ بِهِ: إنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقةً، وَكُلِّ تَكبيرَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَحمِيدَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً، وَأمْرٌ بالمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهيٌ عَنِ المُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وفي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ)) قالوا: يَا رسولَ اللهِ، أيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أجْرٌ؟ قَالَ: ((أرَأيتُمْ لَوْ وَضَعَهَا في حَرامٍ أَكَانَ عَلَيهِ فِيهَا وِزرٌ؟ فكذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا في الحَلالِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ)). رواه مسلم.
((الدُّثُورُ)) بالثاء المثلثة: الأموال وَاحِدُهَا: دثْر.
في هذا الحديث: فضل التنافس في الخير، والحرص على العمل الصالح، وجبر خاطر من لا يقدر على الصدقة، ونحوها، وترغيبه فيما يقوم مقامها من التسبيح والتحميد والتهليل والتكبير.
وفيه: أنَّ فعل المباحات إذا قَارنَهُ بنيَّة صالحة يؤجر عليه العبد.

Adakah FOREX Sama Seperti Pelaburan Emas Dan Hartanah?

0

Boleh saya tanya pasal muamalat?
Berkenaan forex?

Jawapan THTL al-Jazani:
Forex maksudnya anda main futures, anda kena ramal, USD$ ni makin naik atau turun, macam saham la.

Kenapa ada orang hukum macam judi?

Jawapan:
Sebab gambling macam casino ler. Kalau nak main spot boleh.
Contoh, anda beli USD1000 dan simpan.

USD1000=RM4100

Simpanlah USD 1000 tu katakan awal tahun 2017 RM jatuh
USD1000=RM4400, maka anda untung RM300. Sama dengan gold, anda beli satu kilo RM200,000. Hujung tahun 1 kilo gold naik RM250,000 maka anda untung RM50K.

Atau anda beli apartment, RM280K, tahun 2018 naik 450K, maka untung
cara tu semua boleh, nama dia spot buy n wait.

Menerangkan Banyak Jalan Kebaikan: Hadith Ketiga

0

119. Ketiga: Dari Abu Zar juga, katanya: “Nabi s.a.w. bersabda: “Ditunjukkanlah padaku amalan-amalan ummatku, yang baik dan yang buruk. Maka saya mengetahuinya dalam golongan amalan-amalan yang baik adalah menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dari jalan, sedang dari golongan amalan-amalan yang buruk ialah dahak yang dilakukan di dalam masjid dan tidak ditanam.” (Riwayat Muslim)

«119» الثالث: عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم: ((عُرِضَتْ عَلَيَّ أعْمَالُ أُمَّتِي حَسَنُهَا وَسَيِّئُهَا فَوَجَدْتُ في مَحَاسِنِ أعْمَالِهَا الأذَى يُمَاطُ عَنِ الطَّريقِ، وَوَجَدْتُ في مَسَاوِئِ أعمَالِهَا النُّخَاعَةُ تَكُونُ في المَسْجِدِ لا تُدْفَنُ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: التنبيه على فضل كل ما نفع الناس أو أزال عنهم ضررًا. وأنَّ القليل من الخير والشر مكتوب على العبد، قال الله تعالى: {فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ * وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ} [الزلزلة: 7، 8].

Fiqh wanita : Nota ke 58 (Umum)

0

 

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Apa ilmu jarah wa ta’ dil itu syeikh ?

Jawapan 1 Thtl

Mustalah hadith.
Imu jarah wa ta’dil adalah cabang ilmu hadith utk mengetahui susur galur perawi hadith. sebab kesahihan sesebuah hadith bergantung kpd siapa perawi hadith tsb. ringkas, ia ilmu utk memeriksa peribadi perawi hadith samada dia ni org yg dipercayai.

 

 

Soalan 2

Adakah lebih afdal menghafal AQ daripada hadith atau sama sahaja?

Jawapan 2 Thtl

Mana yg lebih afdhal, hafal AQ atau hadith?
sudah tentulah AQ dulu sebab ianya adalah wahyu.

خيركم من تعلم القرآن وعلَّمه

“sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya” (HR. Al Bukhari no. 4639).

 

 

Soalan 3
a) Semasa sedang solat kita terbersin disunatkan tak membaca Hamdallah?

b) Jika disunatkan membaca Hamdallah,adakah dibaca perlahan atau dibolehkan membaca didalam hati?

C) Ada dalil tak mengenai membaca Hamdallah semasa bersin sewaktu solat?

Jawapan 3 Thtl

Fiqh bersin
a) sunat membaca hamdalah ketika bersin baik di dalam soat sekalipun, dalil:

إذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ

“Apabila salah seorang kamu bersin, hendaknya ia mengucapkan: Al-Hamdulillah.” (HR. al-Bukhari, no. 5756 dr Abu Hurayra ra)

b) Perlahan atau kuat?
perlahan, demikian kata Imam Nawawi daam syarah sahih Muslim

c) Dalil membaca hamdallah ketika solat

“بينا أنا أصلي مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، إذ عطس رجل من القوم، فقلت: يرحمك الله فرماني القوم بأبصارهم، فقلت: واثكل أمياه، ما شأنكم؟ تنظرون إلي، فجعلوا يضربون بأيديهم على أفخاذهم، فلما رأيتهم يصمتونني لكني سكت، فلما صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فبأبي هو وأمي، ما رأيت معلما قبله ولا بعده أحسن تعليما منه، فوالله، ما كهرني ولا ضربني ولا شتمني، قال: «إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شيء من كلام الناس، إنما هو التسبيح والتكبير وقراءة القرآن» أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم… “

Artinya : “Ketika kami shalat bersama Rasulullah saw, tiba-tiba ada seseorang bersin (dan mengucapkan hamdalah), aku katakan, ‘Yarhamukallah.’ Tiba-tiba orang-orang memandangiku saya pun berkata, ‘kurang ajar, mengapa kalian memandangiku seperti ini ?’ Tiba-tiba mereka semua menepuk paha mereka. Ketika saya tahu bahwa mereka mendiamkanku, saya pun diam. Kemudian Rasulullah saw selesai salat, ”Maka Demi Allah, sungguh ayah dan ibuku menjadi tebusan baginya, tidak pernah aku melihat seorang pendidik, sebelum dan sesudah ini, yang lebih baik dari beliau. Demi Allah, beliau tidak menghardikku, tidak memukulku, dan tidak mencaciku. Beliau hanya berkata, ‘Salat ini tidak boleh dicampur dengan ucapan manusia sedikit pun. Ia berisi tasbih, takbir, dan membaca Al-Qur’an.’ Atau seperti apa yang disabdakan Rasulullah.” (HR Muslim (538) dar Muawiyah bin al-Hakam )

 

 

Soalan 4

Bagaimana kita nak memahami hadith dibawah yang no 2?

Wanita yang tidak menutup auratnya diancam tidak akan mencium pun bau syurga sebagaimana yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu anhu:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلَاتٌ مُمِيلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَمْثَالِ أَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَتُوجَدُ مِنْ مَسِيْرةٍ كَذَا وَكَذَا

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:

1. suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia dan,

2. para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berpaling dari ketaatan dan mengajak lainnya untuk mengikuti mereka, kepala mereka seperti bonggol unta yang senget.

Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian” [HR. Muslim, no. 2128].

Jawapan 4 Thtl

Memahami hadith wanita yang tidak akan cium bau syurga:
ونساء كاسيات عاريات مائلات مميلات
”dan perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan.’
kata syaikh Baz, perempuan yang membuka aurat, seksi dan mengajak perempuan lain, misalnya, “qu puteh, qu puteh, barulah puteh, mu’ah….ha ha ha”
رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة
Kepala-kepala mereka seperti punuk-punuk unta yang berlenggak-lenggok.
maksudnya mereka membesarkan kepala mereka dgn rambut palsu dan sanggul

Maksud tidak mencium bau
syurga, maksudnya mereka tidak kafir atau terkeuar dr agama, cuma fasiq.

 

 

Soalan 5

Bagaimanakah pandangan atau menurut hukum ,apabila seseorang islam itu , berbuat 2 perbuatan dalam satu masa.

Contoh , Saya mengeluarkan duit untuk persembahan konsert.Dalam masa yang sama saya keluarkan duit juga untuk membantu sekolah anak yatim. Dan keadaan tetap berterusan macam tu.

Jawapan 5Thtl

sebab tu ada Hisab,
Hisab= pahala – dosa

-yg baik sebesar zarah dan yg jahat sebesar zarah akan dicatat, hari Hisab, pahala minus dosa.

Hadits Ke-18 Arbain anNawawiyyah)

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu ‘Abdurrahman, Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susullah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik”.
[HR. Tirmidzi, ia telah berkata: Hadits ini hasan, pada lafazh lain derajatnya hasan shahih]

-Ideal, buat pahala je, tapi sifat manusia, selang seli, kejap baik dan kejap jahat.

 

 

Soalan 6
a) Sewaktu solat fardhu , duduk tasyahud awal dan tasyahud akhir yang mengikuti Sunnah ,macamana?
Tasyahud awal – iftirasy
Tasyahud akhir – tawaruk

b) Adakah duduk Iqa’a menepati sunnah dalam solat sunat atau solat fardhu?

Jawapan 6 Thtl

a) Fiqh duduk dlm solat.
Ia khilaf, ada 5 pendapat
Maliki: tawaruk semua keadaan
Hanafi: iftirasy semua keadaan
Hanbali: solat 2R, iftirasy, 4R, rakaat akhir tawaruk
syafi”iy: solat 2 rakaat juga tawaruk, 4R, tasyahud awa iftirasy dan rakaat akhir tawaruk.

-sapa dah biasa ikut syafi’iy, kekal la macam tu, ia lebih sistematik.

-cuma, kalau solat di mesjid al-haram dan nabawi, kena solat iftirasy semua keadaan, ikut hanafi, sebab masalah space yg terhad.

photo_2016-01-31_06-43-46
 b) cara duduk Iq’a.

Ia diamakan penduduk Makkah kerana ikut Ibn Abbas ((Sunan at-Tirmidzi, kitabash-Shalah, bab“Fi ar-Rukhshah fil Iq’a”))

Antara dua sujud, gambar dibawah .

photo_2016-01-31_06-44-08

 

 

Soalan 7

Pandangan ustaz..seekor biawak masuk dalam rumah, apa petandanya?Ada pandangan mengatakan petanda tidak baik.

Jawapan 7 Thtl

Kepercayaan khurafat tu. Boleh pesongkan aqidah. Wallahua’lam
Biasa biawak masuk dalam rumah sebab lapar nak cari makanan. ada kes baby dalam buaian yg diserang biawak lapar dalam rumah.

 

 

Soalan 8 dan jawapan Thtl
a) Apa maksud kalau mimpi gigi tercabut? Ada maksud ?

Jawapan

Maksud gigi tercabut. Gigi dalam mimpi bermaksud family. Jika ia tercabut maksudnya salah satu anggota keluarga akan musibah

b) Macamana mimpi gigi boleh jadi satu petanda akan ditimpa musibah ? Adakah sebarang dalil ke hadith ke yang memyokong Syeikh? Selama ini ingat cakap kosong orang – orang tua saja.

Jawapan

Gigi melambangkan family adaah ta’bir mimpi menurut Ibn Sirin dan Ibn Qutaibah. Ia bukan qat’iy. Ta’bir mimpi adalah disiplin yg tersendiri.

 

 

Soalan 9 dan jawapan Thtl
a) Benarkan ghurabah itu muncul setelah kemunculan imam mahdi,bukan sebelum?

Jawapan

Kemunculan ghurabah, dalil hadith:
«بَدَأَ اْلإِسْلاَمَ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ»

“Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagilah orang-orang yang terasing tersebut” HR Muslim

Puak Ghurabah atau golongan asing ni dah muncu pun sejak Imam Ibn Taymiyah lagi, maka tak betul teori yg mendakwa puak terasing ni muncul selepas Mahdi

b)Siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang terasing ini ? Saya maklum ialah mereka yang menghidukan sunnah Nabi SAW . Selain itu?

Jawapan

Siapa ghurabah. Orang yg menghidupkan sunnah ketika berlelluasanya bid’ah

c) Adakah dekatnya hari kiamat nanti ,orang – orang terasing ini masih ada? Bukankah nanti orang-orang beriman atau alim ulama dimatikan sebelum hari kiamat?

Jawapan

Bila org asing ni pupus, lihat Tanda Kiamat Kecil no 127

 

 

Soalan 10

Apa hukum terambil barang orang lain. Sebab masa beli barang , orang tu tertinggal dan kebetulan barang dia terletak dekat dengan barang saya beli. Jadi tak perasan . Apa hukumnya ye? Minta penjelasan?

Jawapan 10 Thtl

Terambil barang orang. Hukum terrr….mmg tak ada dosa.
Dalilnya:
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال – إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ و النسيان ، و ما استكرهوا عليه – حديث حسن رواه ابن ماجه و البيهقي و غيرهما

Dari Ibnu Abbas ra, sesungguhnya Rasululloh saw telah bersabda : ” Sesungguhnya Allah telah mema’afkan kesalahan-kesalahan uamtku yang tidak disengaja, karena lupa dan yang dipaksa melakukannya” (HR. Ibnu Majah, Baihaqi dll, hadits hasan, al-albani)

 

 

Soalan 11

Nikah seorang wanita yang sedang mengandung anak luar nikah dengan seorang lelaki, hatta yang menyebabkannya mengandung, tidak sah?

Jawapan 11 Thtl

Status perkahwinan ketika hamil
Perkahwinan itu sah mengikut mazhab syafi’iy kerana ujian kehamilan tidak termasuk dalam syarat perkahwinan. Tidak boleh tu dalam mazhab yg tiga yg lain

 

 

Soalan 12 dan jawapan Thtl
a) Mengenai hadith…dalam Sahih Muslim dan Bukhari, hadith hadith tidak di kelas kan sahih, hasan sabagai nya ke syeikh? Ini hanya di lakukan oleh imam imam yg selepas mereka ke? Saya tak de copy kitab kitab tersebut….

Jawapan

Hadith Bukhari Muslim semuanya sahih

b) Ada satu hadith dlm Sahih Bukhari mengenai mimpi seorang yang saya lupa nama nya, mengatakan ia mimpi Abu Dajal di lepaskan azab kubur pd hari kelahiran Rasullullah kerana dia meraikan hari lahir Rasullullah Saw… Tapi hadith ini di dhaifkan oleh imam terkemudian…
Mohon pencerahan syeikh

Jawapan

Mimpi mmg bukan dalil syarak, kena bawa teks hadith tsb.
apa yg anda lupa kemungkinan silap info atau mainan geng tareqat supaya pooja Nabi.
Geng maulid dan ya hananana.
Setakat pengajian saya terhadap sahih Bukhari, tiada sebarang riwayat pasal abu lahab atau abu jahal diringankan azab kuburnya kerana sambut Mawlid.
Maulid tidak disambut oleh manusia sehingga kerajaan fatimiyah dan kerajaan Irbil merayakannya dan mencipta pelbagai kisah palsu termasuk dalam sahih Bukhari mengenai kelebihan mawlid. ia suatu penipuan utk nak halallkan maulid

 

 

Soalan 13 dan jawapan Thtl
a) Syeikh ada hadith ithban bin malik yg solat dhuha berjemaah dengan Nabi SAW tak?
Sebaiknya kita munfarid tapi sesekali tak pe kan? Tak jatuh bid’ah kan?

Jawapan

Hukum solat sunnat berjamaah. Boleh asalkan tidak dijadikan amalan rutin

b)Kalau jemaah dengan suami untuk sunat tahajud boleh ka? Buat amalan rutin.

Jawapan

Rutin tu yg jadi bid’ah

 

 

Soalan 14 dan jawapan Thtl

Baru tau boleh pegang dan baca alquran ketika haid. Masalahnya ustazah tempat keje saya sendiri tak baca dan pegang alquran waktu kami mengaji yassin. Macammana?

Jawapan 14 Thtl

Kuar dari khilaf, guna AQ dalam smartfone atau terjemahan. Musyhaf tu yg depa tak kasi sebenarnya. Semua mazhab yang tak kasi pegang musyhaf. HP boleh sebab ia bercampur dengan perisian yg lain

 

 

Soalan 15

Kenapa ada pihak  suka manipulasikan baris yang terdapat dalam Qur’an dengan mengatakan ia bid’ah. Sebenarnya apa yang sesuai untuk kefahaman dalam isu meletakan baris atau tanda dalam Qur’an ?

Jawapan 15 Thtl

Tanda dan baris dalam AQ
Ia adalah projek dinasti Umayyah, projek pertama di mulakan oleh amir Mu’awiyah sendiri dan diselesaikan oleh dinasti Abbasiyah. ia bukan bid’ah bahkan masoleh mursalah utk penyeragaman bacaan AQ kerana luasnya wilayah islam.

 

 

Soalan 16

Dekat opis saya, setiap hari jumaat pagi mereka akan buat bacaan yasin di dewan..di surau rumah memang rutin khamis malam jumaat..jika kita tidak ikut tidak mengapakan, walaupun tak uzur?

Jawapan 16 Thtl

Ritual Yaasinan malam Jumaat.
Termasuk uruf Melayu. sapa yg buta sunnah, biarkan. sapa yg celik sunnah, jauhi akan dia sedaya mungkin.

 

 

Soalan 17

Berkenaan duit brim.
Pendapatan awal kami suami isteri tidak mlebihi 3k tetapi yang terkini tela melebihi 3k. Apakah kedudukn duit brim tersebut  kerana pendapatan yang sekarang lebih dan seharusnya layak mendapat rm650 sahaja untuk kategori berkeluarga…Apakah kedudukan duit yang lebih rm350 tersebut? Adakah ia haram saya guna dan bagaimana pnyelesaiannya syeikh?

Jawapan 17 Thtl

Duit BR1M
Saya tidak pernah dapat duit tersebut. katanya kena mohon online. Gomen bayar mengikut apa yg anda kemukakan maklumat yang anda kasi kpd gomen. Jika anda tak kasi maklumat yg tak betul, maka duit itu duit yg syubhat.

 

 

Soalan 18 dan jawapan Thtl

a) Anak lelaki saya 4 tahun belum di aqiqah lagi..saya berencana aqiqah bersamaan idul adha tahun ni,tetapi dengan mengambil 1 bahagian dari seekor lembu,apa hukum nya?Ada  pendapat anak lelaki harus 2 bahagian atau 2 ekor kambing dan pendapat lain pula 1 bahagian atau 1 kambing saja cukup, alasan nya karena pada saat rasulullah mengaqiqah kan cucu nya, rasulullah hanya memotong 2 kambing kerana cucu rasulullah 2 orang. Betul ke sheikh?

Jawapan

Akikah anak 4 tahun
Akikah yg sahih ialah ketika baby masih fresh, tujuannya kita segera mensyukuri nikmat anak tsb dan segera melepaskan sunnah yg thabit atasnya, akikah dgn sesuatu yg mudah dan ringan, kambing/biri2
amaan tradisi, mereka menangguhkan tanpa sebab, kemudian meyambutnya bersama aidi adha. sedangkan masa tu adalah hari eid bukan hari akikah. Tradisi ni adalah bid;ah dan mematikan sunnah akikah yg asal.
Cara yg asal akikah pada hari ke 7, 14 dan 21. hari 21 adalah hari terakhir menurut ahli sunnah. amalkan sunnah jauhi tradisi.

b) Aqiqah vs ied adha. Jadi aqiqah itu sunnah dan kalau tak dibuat tak mengapa ya…sbb masa anak lahir suami tidak bekerja dan ada masalah kewangan. Kalau  begitu ied adha tahun ni saya hanya berkorban 1 bahagian atas nama anak saya yang 4 tahun ini sahaja.

Jawapan

Jika tidak mampu, maka gugurlah sunnah tsb sebab Allah tidak membebankan sunnah kpd org yg tidak mampu.
Jika korban eid adha, korban jelaa, sebab haiwan korban tidak boleh kongsi dgn akikah. sebab lain tujuan nya. Korban atas nama suami, sebab pahalanya utk satu family.

Sunnah Azan Ketika Solat Sendirian Dan Bermusafir

0

#SilsilahShahihah: Hadits 41: Antara keutamaan azan

Oleh Ustaz Adli Khalim

Rabb kalian kagum terhadap seorang pengembala kambing yang berada di puncak gunung, dia melaungkan azan dan mendirikan solat. Lalu Allah ﷻ berfirman: “Kalian lihatlah hamba-Ku ini, dia melaungkan azan dan mendirikan solat kerana takutkan Aku. Sesungguhnya Aku telah mengampuni hamba-Ku ini, dan Aku masukkannya ke dalam syurga.”

يعجب ربكم من راعي غنم في رأس شظية بجبل يؤذن بالصلاة ويصلي، فيقول الله ﷻ: “انظروا إلى عبدي هذا يؤذن ويقيم الصلاة يخاف مني، فقد غفرت لعبدي وأدخلته الجنة.”

Diriwayatkan oleh Abu Dawud no 1203, An-Nasa’i no 666, Ibn Hibban no 260.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Abu Dawud telah meriwayatkan hadits ini bawah bab: “Azan ketika bermusafir.”

2. An-Nasa’i telah meriwayatkan hadits ini bawah bab: “Azan bagi sesiapa yang solat bersendirian.”

Soalan:
Contoh kita sedang bermusafir, ketika itu jam 5.20pm. Adakah sunat, atau harus atau boleh untuk kita laungkan azan asar?
kemudian solat..

Jawapan:
Azan bagi yang Ketinggalan Shalat Jamaah

Begitu pula jika seseorang ketinggalan shalat berjamaah, jika ia mencukupkan dengan azan yang sudah ada, itu boleh. Tetapi yang utama adalah ia mengumandangkan azan dan iqamah. Demikian perbuatan Anas bin Malik ketika ia terlambat berjamaah. Dari Abu ‘Utsman, ia berkata bahwa Anas pernah datang menemui mereka di masjid Bani Tsa’labah. Anas bertanya, “Sudahkah kalian shalat?” Mereka menjawab, “Sudah.” Anas memerintahkan pada seseorang, “Ayo kumandangkanlah azan!” Orang yang diperintahkan tersebut lantas mengumandangkan azan dan iqamah, lalu Anas melaksanakan shalat. (HR. Ibnu Abi Syaibah 1: 221, sanad shahih).

Inilah pendapat dalam madzhab Syafi’i dan Ahmad. Sedangkan Imam Malik dan Al Auza’i berkata bahwa cukup iqamah saja, tanpa azan. Adapun Abu Hanifah dan pengikutnya menyatakan bahwa tidak ada azan dan iqamah.

Sumber: http://muslim.or.id/22393-fikih-azan-8-azan-bagi-yang-shalat-sendirian-munfarid.html

Semoga menjawab persoalan anda. Wallahu a`lam.

Anjuran Memahami Sedekah Dan Mengamalkannya

0

Bersama Cikgu Rahim
118. Kedua: Dari Abu Zar r.a. juga bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu setiap paginya hendaklah memberikan sedekahnya, maka tiap setasbihan – bacaan Subhanallah – adalah sedekah, tiap setahmidan -bacaan Alhamdulillah – adalah sedekah, tiap setahlilan bacaan La ilaha illallah – adalah sedekah, tiap setakbiran – bacaanAllahuAkbar – adalah sedekah, memerintah pada kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi – diimbangi pahalanya – oleh dua rakaat yang seseorang itu bersembahyang dengannya di waktu dhuha – antara sedikit setelah terbitnya matahari sampai matahari di tengah-tengah atau istiwa’.”  (Riwayat Muslim)

«118» الثاني: عن أبي ذر أيضًا رضي الله عنه: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يُصْبحُ عَلَى كُلِّ سُلامَى منْ أَحَدِكُمْ صَدَقةٌ: فَكُلُّ تَسبيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحمِيدةٍ صَدَقَة، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكبيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأمْرٌ بِالمعرُوفِ صَدَقةٌ، ونَهيٌ عَنِ المُنْكَرِ صَدَقةٌ، وَيُجزئُ مِنْ ذلِكَ رَكْعَتَانِ يَركَعُهُما مِنَ الضُّحَى)). رواه مسلم.
((السُّلامَى)) بضم السين المهملة وتخفيف اللام وفتح الميم: المفصل.
قال في القاموس: المفاصل: مفاصل الأعضاء، الواحد منها كَمَنْزِلٍ. والمِفْصَلُ: كمِنْبَرٍ. اللسان.
وفي هذا الحديث: فضيلة التسبيح وسائر الأذكار، والأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وأنَّ الصدقة تكون بغير المال من جميع أنواع فعل المعروف والإِحسان.
وفيه: فضل صلاة الضحى، وأنها تكفي من صدقات الأعضاء؛ لأنَّ الصلاة عمل لجميع أعضاء الجسد، وتنهى عن الفحشاء والمنكر.

Beramal Dengan Hadis Mauquf dan Status Hadith Tuntutlah Ilmu Sejak Di Buaian

0

IMG_20160314_152811IMG_20160314_152821IMG_20160314_152843IMG_20160314_152901
Soalan: Assalamualaikum ustaz,

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

اطلبوا العلم من المهد إلى اللحد

“Seek knowledge from cradle (birth) to grave (death).”

Apa status ‘hadis’ ni?

Jawapan: Bukan hadith, hanya kalam hukama. Menyandarkannya kepada Nabi adalah termasuk pendustaan kpd Baginda

Anjuran Menahan Keburukan, Bantu Mudahkan Urusan Dan Jihad Membela Agama

0

117. Pertama: Dari Abu Zar, iaitu Jundub bin Junadah r.a., katanya: “Saya berkata: Ya Rasulullah, amalan manakah yang lebih utama – banyak fadhilahnya?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu beriman kepada Allah dan berjihad untuk membela agamaNya.” Saya bertanya lagi: “Hamba sahaya manakah yang lebih utama?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu yang dipandang terindah bagi pemiliknya serta yang termahal harganya.”

Saya bertanya pula: “Jikalau saya tidak dapat mengerjakan itu -yakni berjihad fi-sabilillah ataupun memerdekakan hamba sahaya yang mahal harganya, maka apakah yang dapat saya lakukan?” Beliau s.a.w. bersabda: “Berilah pertolongan kepada seseorang pekerja – shani’ – atau engkau mengerjakan sesuatu kepada seseorang yang kurang pandai bekerja – akhraq.” Saya berkata pula: “Ya Rasulullah, bukankah Tuan telah mengetahui, jikalau saya ini lemah sekali dalam sebahagian pekerjaan?” Beliau s.a.w. bersabda:

Tahanlah keburukanmu, jangan sampai mengenai orang banyak, amalan sedemikian itu pun merupakan sedekah daripadamu untuk dirimu sendiri – yakni tidak mengganggu orang lain.” (Muttafaq ‘alaih)

Lafaz Shani’ – yang ertinya pekerja – dengan menggunakan shad muhmalah, itulah yang masyhur. Tetapi ada riwayat lain yang menyebutkan bahawa kalimat itu berbunyi dha-i’,yakni dengan mu’jamah – dhad, maka ertinya ini ralah orang yang mempunyai banyak apa-apa yang hilang, misalnya kerana kefakirannya ataupun kerana kekurangan keluarga-keluarganya dan lain-lain lagi. Adapun akhraq itu ertinya ialah orang yang tidak dapat memperbaguskan apa-apa yang sedang diusahakan untuk mengerjakannya.

«117» الأول: عن أبي ذر جُنْدبِ بنِ جُنَادَةَ رضي الله عنه قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ الله، أيُّ الأعمالِ أفْضَلُ؟ قَالَ: ((الإيمانُ باللهِ وَالجِهادُ في سَبيلِهِ)). قُلْتُ: أيُّ الرِّقَابِ أفْضَلُ؟ قَالَ: ((أنْفَسُهَا عِنْدَ أهلِهَا وَأكثَرهَا ثَمَنًا)). قُلْتُ: فإنْ لَمْ أفْعَلْ؟ قَالَ: ((تُعِينُ صَانِعًا أَوْ تَصْنَعُ لأَخْرَقَ)). قُلْتُ: يَا رَسُول الله، أرأيْتَ إنْ ضَعُفْتُ عَنْ بَعْضِ العَمَلِ؟ قَالَ: ((تَكُفُّ شَرَّكَ عَنِ النَّاسِ؛ فإنَّهَا صَدَقَةٌ مِنْكَ عَلَى نَفْسِكَ)). مُتَّفَقٌ عليه.
((الصَّانِعُ)) بالصاد المهملة هَذَا هُوَ المشهور، وروي ((ضائعًا)) بالمعجمة: أي ذا ضِياع مِنْ فقرٍ أَوْ عيالٍ ونحوَ ذلِكَ، ((وَالأَخْرَقُ)): الَّذِي لا يُتقِنُ مَا يُحَاوِل فِعلهُ.
في هذا الحديث: بيان كثرة طرق الخير، وأن الإنسان إذا عجز عن خصلة من خصال الخير قدر على الأُخرى، فإذا عجز عن ذلك كفَّ شرّه عن الناس. وما لا يُدرك كلّه لا يترك جُلُّه.

Popular

Iklan

Iklan