Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Anjuran Menahan Keburukan, Bantu Mudahkan Urusan Dan Jihad Membela Agama

Anjuran Menahan Keburukan, Bantu Mudahkan Urusan Dan Jihad Membela Agama

174
0
Iklan

117. Pertama: Dari Abu Zar, iaitu Jundub bin Junadah r.a., katanya: “Saya berkata: Ya Rasulullah, amalan manakah yang lebih utama – banyak fadhilahnya?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu beriman kepada Allah dan berjihad untuk membela agamaNya.” Saya bertanya lagi: “Hamba sahaya manakah yang lebih utama?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu yang dipandang terindah bagi pemiliknya serta yang termahal harganya.”

Saya bertanya pula: “Jikalau saya tidak dapat mengerjakan itu -yakni berjihad fi-sabilillah ataupun memerdekakan hamba sahaya yang mahal harganya, maka apakah yang dapat saya lakukan?” Beliau s.a.w. bersabda: “Berilah pertolongan kepada seseorang pekerja – shani’ – atau engkau mengerjakan sesuatu kepada seseorang yang kurang pandai bekerja – akhraq.” Saya berkata pula: “Ya Rasulullah, bukankah Tuan telah mengetahui, jikalau saya ini lemah sekali dalam sebahagian pekerjaan?” Beliau s.a.w. bersabda:

Tahanlah keburukanmu, jangan sampai mengenai orang banyak, amalan sedemikian itu pun merupakan sedekah daripadamu untuk dirimu sendiri – yakni tidak mengganggu orang lain.” (Muttafaq ‘alaih)

Lafaz Shani’ – yang ertinya pekerja – dengan menggunakan shad muhmalah, itulah yang masyhur. Tetapi ada riwayat lain yang menyebutkan bahawa kalimat itu berbunyi dha-i’,yakni dengan mu’jamah – dhad, maka ertinya ini ralah orang yang mempunyai banyak apa-apa yang hilang, misalnya kerana kefakirannya ataupun kerana kekurangan keluarga-keluarganya dan lain-lain lagi. Adapun akhraq itu ertinya ialah orang yang tidak dapat memperbaguskan apa-apa yang sedang diusahakan untuk mengerjakannya.

«117» الأول: عن أبي ذر جُنْدبِ بنِ جُنَادَةَ رضي الله عنه قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ الله، أيُّ الأعمالِ أفْضَلُ؟ قَالَ: ((الإيمانُ باللهِ وَالجِهادُ في سَبيلِهِ)). قُلْتُ: أيُّ الرِّقَابِ أفْضَلُ؟ قَالَ: ((أنْفَسُهَا عِنْدَ أهلِهَا وَأكثَرهَا ثَمَنًا)). قُلْتُ: فإنْ لَمْ أفْعَلْ؟ قَالَ: ((تُعِينُ صَانِعًا أَوْ تَصْنَعُ لأَخْرَقَ)). قُلْتُ: يَا رَسُول الله، أرأيْتَ إنْ ضَعُفْتُ عَنْ بَعْضِ العَمَلِ؟ قَالَ: ((تَكُفُّ شَرَّكَ عَنِ النَّاسِ؛ فإنَّهَا صَدَقَةٌ مِنْكَ عَلَى نَفْسِكَ)). مُتَّفَقٌ عليه.
((الصَّانِعُ)) بالصاد المهملة هَذَا هُوَ المشهور، وروي ((ضائعًا)) بالمعجمة: أي ذا ضِياع مِنْ فقرٍ أَوْ عيالٍ ونحوَ ذلِكَ، ((وَالأَخْرَقُ)): الَّذِي لا يُتقِنُ مَا يُحَاوِل فِعلهُ.
في هذا الحديث: بيان كثرة طرق الخير، وأن الإنسان إذا عجز عن خصلة من خصال الخير قدر على الأُخرى، فإذا عجز عن ذلك كفَّ شرّه عن الناس. وما لا يُدرك كلّه لا يترك جُلُّه.

Komen dan Soalan