Utama Blog Halaman 231

S6: Wajibkah ‘Mengucap’ Di Hadapan Guru Mursyid

0

WACANA UITO:
Islam Anutan vs Islam Warisan
————————–

Soalan 6:

6⃣ Saya pernah terdengar bahawa Islam kita adalah Islam warisan, oleh itu kita hendaklah mengucap dua kalimah syahadah secara “official” di hadapan guru mursyid. Mohon penjelasan tentang asal usul kepercayaan seperti ini.

Jawapan THTL:

Dalil mereka:

“Sesungguhnya orang orang yang berai’at kepadmu (Muhammad) sesungguhnya mereka Bai’at kepada Allah” (AQS. Al Fath: 10)

Diantara ritual tareqat ialah talqin zikir yang dilakukan di hadapan syaikh yang mursyid atau syaikh tareqat, yakni melafazkan la ilaha illallah di hadapan mursyid. Tujuan pengulangan semula talqin zikir ialah supaya lafaz syahadah itu bersambung melalui syaikh mursyid kepada Nabi saw. Ini wujud dalam semua tareqat. Ia berasal dari Syaikh Abdul Qadir Jilani dalam kitabnya Sirrul Asrar.

Ia hanya rekaan kaum tareqat sahaja. Orang yang sudah mengucap baik warisan sekalipun ucapan tersebut sudah sah. Lagipun ia sudah mengulangi saban hari dalam solat (bacaan tasyahud).

Hati Menjadi Tenteram

0

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Surah Ar-Ra’d (13:28)

Waktu Semakin Suntuk : Tanda Kiamat Ke-62

0

Panel: THTL al-Jazani توان حسن

?Tanda Kecil Kiamat Ke-62/131: Waktu Semakin Pendek (تقارب الزمان )

Dalil Hadith:

فعن ابي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يتقارب الزمان وينقص العلم وتظهر الفتن ويلقى الشح ويكثر الهرج»قيل :يا رسول الله وما الهرج ؟ قال :«القتل القتل

Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw bersabda,” Waktu semakin singkat, ilmu semakin merosot, fitnah berleluasa, kekikiran semakin banyak, dan meluasnya al-Harj.” Ditanya apa itu al-Harj, Beliau menjawab,” banyaknya pembunuhan.” (Muttafaq alaih, Bukhari no 6037)

Tafsir Imam Ibn Hajar dalam al-Fath:

Maksud waktu semakin pendek ialah:

1⃣ Hilangnya berkat waktu, di mana salaf dapat lakukan banyak perkara dalam satu waktu, namun di akhir zaman, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam satu waktu, (sebab tu orang zaman dulu banyak berkarya) al-Fath, 20:66

2⃣ Dekatnya jarak kerana ICT dan kecekapan sistem pengangkutan (udara/darat/laut)

3⃣ Memang kuasa Allah yang menetapkan di akhir zaman waktu memang dipendekkan sebagaimana hadith berikut:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى اله عليه وسلم قال :« لا تقوم الساعة حتى يتقارب الزمان فتكون الستة كالشهر والشهر كالجمعة والجمعة كالأيام ويكون اليوم كالساعة والساعة كالضرمة من النار

Dari Abu Hurayra, bahawa Nabi saw bersabda,” Kiamat tidak akan terjadi sehingga waktu terasa amat pantas, satu tahun seperti sebulan, satu bulan seperti satu minggu dan satu hari laksana satu hari sahaja, satu hari seperti satu jam, dan satu jam menjadi cetusan api (satu saat).” HR Ahmad, 10956 dan Tirmidzi, disahihkan oleh Syaikh Syuaib dan al-Wad’iy)

4⃣ Juga pendeknya usia manusia di akhir zaman. WA

Taddabur: Siapakah Aku?

0
Who am i ?

Hari ini kita akan membincangkan tajuk: Pembinaan Keluarga Asas bagi Pembangunan Umat

Asas perbincangannya adalah merujuk kepada lafaz isti‘adhah.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Aku memohon perlindungan kepada Allah dpd syaitan yang terkutuk

Ayat ini bermula dengan aku. Siapa aku?

Aku adalah makhluk Allah yang lemah (4:28)
Sebab apa lemah? Aku adalah makhluk Allah yang lemah, gopoh membuat keputusan, [21:37]
dilahirkan ke muka bumi ini dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Allah lengkapkan buat diriku selaku makhluk-Nya dengan pendengaran, penglihatan dan akal. Aku bersyukur kepada Allah dengan kurniaan-Nya itu. [16:78]
(Apa tanda kesyukuran atas nikmat Allah itu?) Aku berazam hendak menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Justeru itu adalah tujuan penciptaan jin dan manusia. Bahkan untuk tujuan itulah juga fungsi kewujudanku di atas muka bumi ini. [51:56]
Aku jadikan salatku, sembelihan korbanku, hidupku dan persdiaan untuk matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang mencipta dan mengatur kehidupan seluruh makhluk-Nya, tanpa mensyirikkan-Nya dengan sesuatu yang lain. [6:162-163]
Hidup mengabdikan diri kepada Allah inilah yang disebut sebagai jalan yang lurus. Kalimah “mengabdikan diri” lebih tepat daripada “menyembah”. Apa bezanya di antara menyembah dan mengabdikan diri? Sembah terikat pada tempat, waktu dan cara.[36:61]
Selaku hamba Allah, aku ditaklifkan dengan tanggungjawab untuk membimbing diriku dan keluargaku supaya terselamat daripada seksaan api neraka. [66:6]
Adalah menjadi kewajipan aku menyiapkan diri menjadi golonga rabbaniy [3:79]
supaya dapat memimpin diriku dan orang yang di bawah pimpinanku menjadi orang-orang yang bertakwa. [25:74]

Rujukan:

يُرِيْدُ اللّٰهُ اَنْ يُّخَفِّفَ عَنْكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْاِنْسَانُ ضَعِيْفًا

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
[QS. An-Nisa’: Ayat 28]

خُلِقَ الْاِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ ؕ سَاُورِيْكُمْ اٰيٰتِيْ فَلَا تَسْتَعْجِلُوْنِ

Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya).
[QS. Al-Anbiya: Ayat 37]

وَاللّٰهُ اَخْرَجَكُمْ مِّنْۢ بُطُوْنِ اُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ شَيْــئًا ۙ وَّ جَعَلَ لَـكُمُ السَّمْعَ وَالْاَبْصٰرَ وَالْاَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
[QS. An-Nahl: Ayat 78]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
[QS. Az-Zariyat: Ayat 56]

قُلْ اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَ مَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ ۙ

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[QS. Al-An’am: Ayat 162]

لَا شَرِيْكَ لَهٗ ۚ وَبِذٰلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا اَوَّلُ الْمُسْلِمِيْنَ

Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”.
[QS. Al-An’am: Ayat 163]

وَّاَنِ اعْبُدُوْنِيْ   ؕ هٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيْمٌ

“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
[QS. Ya Sin: Ayat 61]

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْۤا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَّقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُوْنَ اللّٰهَ مَاۤ اَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
[QS. At-Tahrim: Ayat 6]

مَا كَانَ لِبَشَرٍ اَنْ يُّؤْتِيَهُ اللّٰهُ الْكِتٰبَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُوْلَ لِلنَّاسِ كُوْنُوْا عِبَادًا لِّيْ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلٰـكِنْ كُوْنُوْا رَبَّانِيّٖنَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُوْنَ الْكِتٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُوْنَ ۙ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
[QS. Ali ‘Imran: Ayat 79]

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَـنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
[QS. Al-Furqan: Ayat 74]

Contohi Kualiti Nabi Dalam Beramal

0

Panel: Cikgu Rahim

143. Dari Anas r.a., katanya: Ada tiga macam orang datang ke rumah isteri-isteri Nabi s.a.w. menanyakan tentang hal bagaimana ibadahnya Nabi s.a.w. Kemudian setelah mereka diberitahu lalu seolah-olah mereka menganggap amat sedikit saja ibadah beliau. s.a.w. itu. Mereka lalu berkata: “Ah, di manakah kita ini – maksudnya: Kita ini jauh perbedaannya kalau dibandingkan – dari Nabi s.a.w. sedangkan beliau itu telah diampuni segala dosanya yang lampau dan yang kemudian.”

Seorang dari mereka itu berkata: “Adapun saya ini, maka saya bersembahyang semalam suntuk selama-lamanya.” Yang lainnya berkata: “Adapun saya, maka saya berpuasa sepanjang tahun dan tidak pernah saya berbuka.” Yang seorang lagi berkata: “Adapun saya, maka saya menjauhi para wanita, maka sayapun tidak akan kawin selama-lamanya.”

Rasulullah s.a.w. kemudian mendatangi mereka lalu bersabda: “Engkau semuakah yang mengatakan demikian, demikian? Wahai, demi Allah, sesungguhnya saya ini adalah orang yang tertaqwa di antara engkau semua kepada Allah dan tertakut kepadaNya, tetapi saya juga berpuasa dan juga berbuka, sayapun bersembahyang tetapi juga tidur, juga saya suka kawin dengan para wanita.

Maka barangsiapa yang enggan pada cara perjalananku, maka ia bukanlah termasuk dalam golonganku.” (Muttafaq ‘alaih)

? Dalam ber’amal, kita contohi nabi saw…

? Bersikap melampau dalam ibadah terdedah kepada kegelinciran …

Kata seorang sahabat nabi,

كل بدعة ضلالة وإن راها الناس حسنة

Cikgu Rahim:

«143» وعن أنس رضي الله عنه قَالَ: جَاءَ ثَلاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أزْوَاجِ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم، يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم فَلَمَّا أُخْبِروا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا وَقَالُوا: أَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم قدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأخَّرَ. قَالَ أحدُهُم: أمَّا أنا فَأُصَلِّي اللَّيلَ أبدًا. وَقالَ الآخَرُ: وَأَنَا أصُومُ الدَّهْرَ وَلا أُفْطِرُ. وَقالَ الآخر: وَأَنا أعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلا أتَزَوَّجُ أبَدًا. فجاء رسولُ الله صلى الله عليه وسلم إليهم، فَقَالَ: ((أنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا؟ أَمَا واللهِ إنِّي لأخْشَاكُمْ للهِ، وَأَتْقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّي أصُومُ وَأُفْطِرُ، وأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّساءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
الخشية: خوفٌ مقرون بمعرفة. قال الله تعالى: {إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ} [فاطر: 28]. وكان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر ليتقوَّى على الصوم، وينام ليتقوَّى على القيام، ويتزوَّج لكسر الشهوة وإعفاف النفس.
وفي الحديث: النهي عن التعمُّق في الدين والتشبه بالمبتدعين.

Wanita: Bahaya Suara Lunak

0

Shahir:
?Maaf nak tanya. Apakah hukum mendengar perempuan nyanyi. Contoh di youtube atau radio. Mohon penjelasan ?

Jawapan:
Dalil suara bukan aurat ialah AQ al-ahzab 33:32

Cumanya perempuan tidak boleh melemah lembutkan suara dihadapan bukan mahram. Allahua’lam

33:32 tu ape ?

Surah al Ahzaab ayat ke 32

Termasuk suara yang sengaja dilunak-lunakkan. Muslimah yang jadi salegirls contohnya boleh saja bercakap dengan suara mendatar.

Suara wanita ia bukan aurat, dalilnya:

Musa bin Thalhah ra. berkata :

مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَفْصَحَ مِنْ عَائِشَةَ

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih fasih bicaranya daripada Aisyah.” (HR. Tirmidzi)

يَٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ ٱلنِّسَآءِ ۚ إِنِ ٱتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِٱلْقَوْلِ فَيَطْمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلْبِهِۦ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا ﴿٣٢﴾

“Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

(Q.S al-Ahzab 33:32)

Suara wanita bukan aurat, ini yang rajih di sisi ulama’

Tapi ia memang satu fitnah yang besar.

Suara yang menggoda, menaikkan nafsu jantina berlawanan, ini tidak dibenarkan.

Fatwa Sebenar Mufti Wilayah Tentang Pokemon Go

0

Muhammad:
?Apa hukum main Pokemon Go ?

FATWA MUFTI WILAYAH POKEMON GO HARAM? BENARKAH SEPERTI YANG TERSIAR DI BEBERAPA MEDIA ALTERNATIF?

1. Pihak kami amat kesal dengan salahguna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media alternatif atas talian (online) yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam. Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan dan imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara non Muslim yang kita kasihi.

2. Jika diteliti dalam fatwa yang dikeluarkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, SS Mufti sama sekali tidak menggunakan istilah ‘Haram’. Apa yang jelas, beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu “PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.” Sebab utama SS Mufti tidak menggunakan istilah ‘Haram’ kerana ia bukan sesuatu yang qat’ie iaitu ada hukumnya dalam Qur’an dan Sunnah.

3. Kaedah sebegini adalah antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum/fatwa. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adakalanya dalam satu-satu hukum menyatakan ‘akrah’ (aku benci) atau kadangkala beliau kata ‘lam uhibb’ (aku tidak suka). Beliau tidak menggunakan istilah haram atau harus atau lain-lain istilah secara jelas. Untuk lebih lanjut, rujuk buku:

Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

4. Jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Tujuan SS Mufti memilih untuk menggunakan ayat “PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.” adalah bagi menggambarkan bahawa beliau AMAT TIDAK GEMAR permainan Pokemon Go ini dimainkan atas beberapa hujah yang telah dinyatakan di sini [http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go]

5. Justeru, kami menyeru kepada seluruh masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu akan berita-berita yang didengari atau didapati di media sosial. Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah pesanannya dalam Surah al-Hujurat: 6. Boleh baca Bayan Linnas berkenaan konsep Tabayyun di sini [http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/294-berita-konsep-tabayyun-dan-penerimaannya]

Dipetik dari

https://m.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/751587424981239/?type=3

Piagam Madinah

0

Panel: Ustaz Abu Qais

Piagam Madinah

Berikut petikan lengkap terjemahan Piagam Madinah yang terdiri dari 47 pasal:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ini adalah piagam dari Muhammad, Rasulullah SAW, di kalangan mukminin dan muslimin (yang berasal) dari Quraisy dan Yatsrib (Madinah), dan yang mengikuti mereka, menggabungkan diri dan berjuang bersama mereka.

Pasal 1: Sesungguhnya mereka satu umat, lain dari (komunitas) manusia lain.

Pasal 2: Kaum Muhajirin (pendatang) dari Quraisy sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka dan mereka membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 3: Bani ‘Awf, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka seperti semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 4: Bani Sa’idah, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 5: Bani al-Hars, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 6: Bani Jusyam, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 7: Bani al-Najjar, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 8: Bani ‘Amr Ibn ‘Awf, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 9: Bani al-Nabit, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 10: Bani al-’Aws, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 11: Sesungguhnya mukminin tidak boleh membiarkan orang yang berat menanggung hutang di antara mereka, tetapi membantunya dengan baik dalam pembayaran tebusan atau diat.

Pasal 12: Seorang mukmin tidak dibolehkan membuat persekutuan dengan sekutu mukmin lainnya, tanpa persetujuan dari padanya.

Pasal 13: Orang-orang mukmin yang takwa harus menentang orang yang di antara mereka mencari atau menuntut sesuatu secara zalim, jahat, melakukan permusuhan atau kerusakan di kalangan mukminin. Kekuatan mereka bersatu dalam menentangnya, sekalipun ia anak dari salah seorang di antara mereka.

Pasal 14: Seorang mukmin tidak boleh membunuh orang beriman lainnya lantaran (membunuh) orang kafir. Tidak boleh pula orang mukmin membantu orang kafir untuk (membunuh) orang beriman.

Pasal 15: Jaminan Allah satu. Jaminan (perlindungan) diberikan oleh mereka yang dekat. Sesungguhnya mukminin itu saling membantu, tidak tergantung pada golongan lain.

Pasal 16: Sesungguhnya orang Yahudi yang mengikuti kita berhak atas pertolongan dan santunan, sepanjang (mukminin) tidak terzalimi dan ditentang (olehnya).

Pasal 17: Perdamaian mukminin adalah satu. Seorang mukmin tidak boleh membuat perdamaian tanpa ikut serta mukmin lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Allah Allah, kecuali atas dasar kesamaan dan keadilan di antara mereka.

Pasal 18: Setiap pasukan yang berperang bersama kita harus bahu-membahu satu sama lain.

Pasal 19: Orang-orang mukmin itu membalas pembunuh mukmin lainnya dalam peperangan di jalan Allah. Orang-orang beriman dan bertakwa berada pada petunjuk yang terbaik dan lurus.

Pasal 20: Orang musyrik (Yatsrib) dilarang melindungi harta dan jiwa orang (musyrik) Quraisy, dan tidak boleh bercampur tangan melawan orang beriman.

Pasal 21: Barang siapa yang membunuh orang beriman dan cukup bukti atas perbuatannya, harus dihukum bunuh, kecuali wali si terbunuh rela (menerima diat). Segenap orang beriman harus bersatu dalam menghukumnya.

Pasal 22: Tidak dibenarkan bagi orang mukmin yang mengakui piagam ini, percaya pada Allah dan Hari Akhir, untuk membantu pembunuh dan memberi tempat kediaman kepadanya. Siapa yang memberi bantuan atau menyediakan tempat tinggal bagi pelanggar itu, akan mendapat kutukan dan kemurkaan Allah di hari kiamat, dan tidak diterima daripadanya penyesalan dan tebusan.

Pasal 23: Apabila kamu berselisih tentang sesuatu, penyelesaiannya menurut (ketentuan) Allah ‘azza wa jalla dan (keputusan) Muhammad SAW.

Pasal 24: Kaum Yahudi memikul biaya bersama mukminin selama dalam peperangan.

Pasal 25: Kaum Yahudi dari Bani ‘Awf adalah satu umat dengan mukminin. Bagi kaum Yahudi agama mereka, dan bagi kaum muslimin agama mereka. Juga (kebebasan ini berlaku) bagi sekutu-sekutu dan diri mereka sendiri, kecuali bagi yang zalim dan jahat. Hal demikian akan merusak diri dan keluarganya.

Pasal 26: Kaum Yahudi Banu Najjar diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 27: Kaum Yahudi Banu Hars diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 28: Kaum Yahudi Banu Sa’idah diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 29: Kaum Yahudi Banu Jusyam diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 30: Kaum Yahudi Banu al-’Aws diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 31: Kaum Yahudi Banu Sa’labah diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf, kecuali orang zalim atau khianat. Hukumannya hanya menimpa diri dan keluarganya.

Pasal 32: Suku Jafnah dari Sa’labah (diperlakukan) sama seperti mereka (Banu Sa’labah).

Pasal 33: Banu Syutaybah (diperlakukan) sama seperti Yahudi Banu ‘Awf. Sesungguhnya kebaikan (kesetiaan) itu lain dari kejahatan (khianat).

Pasal 34: Sekutu-sekutu Sa’labah (diperlakukan) sama seperti mereka (Banu Sa’labah).

Pasal 35: Kerabat Yahudi (di luar kota Madinah) sama seperti mereka (Yahudi).

Pasal 36: Tidak seorang pun dibenarkan (untuk perang), kecuali seizin Muhammad SAW. Ia tidak boleh dihalangi (menuntut pembalasan) luka (yang dibuat orang lain). Siapa berbuat jahat (membunuh), maka balasan kejahatan itu akan menimpa diri dan keluarganya, kecuali ia teraniaya. Sesungguhnya Allah sangat membenarkan (ketentuan) ini.

Pasal 37: Bagi kaum Yahudi ada kewajiban biaya, dan bagi kaum muslimin ada kewajiban biaya. Mereka (Yahudi dan muslimin) bantu-membantu dalam menghadapi musuh Piagam ini. Mereka saling memberi saran dan nasihat. Memenuhi janji lawan dari khianat. Seseorang tidak menanggung hukuman akibat (kesalahan) sekutunya. Pembelaan diberikan kepada pihak yang teraniaya.

Pasal 38: Kaum Yahudi memikul biaya bersama mukminin selama dalam peperangan.

Pasal 39: Sesungguhnya Yatsrib itu tanahnya “haram” (suci) bagi warga Piagam ini.

Pasal 40: Orang yang mendapat jaminan (diperlakukan) seperti diri penjamin, sepanjang tidak bertindak merugikan dan tidak khianat.

Pasal 41: Tidak boleh jaminan diberikan, kecuali seizin ahlinya.

Pasal 42: Bila terjadi suatu peristiwa atau perselisihan di antara pendukung Piagam ini, yang dikhawatirkan menimbulkan bahaya, diserahkan penyelesaiannya menurut (ketentuan) Allah ‘azza wa jalla, dan (keputusan) Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah paling memelihara dan memandang baik isi Piagam ini.

Pasal 43: Sungguh tidak ada perlindungan bagi Quraisy (Mekkah) dan juga bagi pendukung mereka.

Pasal 44: Mereka (pendukung Piagam) bahu-membahu dalam menghadapi penyerang kota Yatsrib.

Pasal 45: Apabila mereka (pendukung piagam) diajak berdamai dan mereka (pihak lawan) memenuhi perdamaian serta melaksanakan perdamaian itu, maka perdamaian itu harus dipatuhi. Jika mereka diajak berdamai seperti itu, kaum mukminin wajib memenuhi ajakan dan melaksanakan perdamaian itu, kecuali terhadap orang yang menyerang agama. Setiap orang wajib melaksanakan (kewajiban) masing-masing sesuai tugasnya.

Pasal 46: Kaum yahudi al-’Aws, sekutu dan diri mereka memiliki hak dan kewajiban seperti kelompok lain pendukung Piagam ini, dengan perlakuan yang baik dan penuh dari semua pendukung Piagam ini. Sesungguhnya kebaikan (kesetiaan) itu berbeda dari kejahatan (pengkhianatan). Setiap orang bwertanggungjawab atas perbuatannya. Sesungguhnya Allah paling membenarkan dan memandang baik isi Piagam ini.

Pasal 47: Sesungguhnya Piagam ini tidak membela orang zalim dan khianat. Orang yang keluar (bepergian) aman, dan orang berada di Madinah aman, kecuali orang yang zalim dan khianat. Allah adalah penjamin orang yang berbuat baik dan takwa. Dan Muhammad Rasulullah SAW.

Kita bincang bab Piagam Madinah

Iqbal Harraz:
Adakah piagam ini idea 100% Nabi SAW atau cadangan sahabat?

Ustaz Abu Qais:
Semua Kabilah Arab Madinah dan Suku Yahudi di Madinah diperincikan hak hak mereka. Ianya adalah keputusan Nabi SAW

Abu Muslih Muhammad Mustafa:
Untuk kemaslahatan yang lebih besar ya ust?

Ustaz Abu Qais:
Ya, Rasulallah SAW dari kebijaksaan siasah dan kemahiran negotiation terserlah dalam beberapa peristiwa sebelum kenabian baginda SAW.

1. peristiwa meletakkan batu hitam (Hajar Al Aswad)
2. menjual semua barangan Khadijah dengan keuntuangan yang maksimum di pasar Bostra(Busrah), Syam

Adapun setelah mendapat wahyu, segala urusan adalah berpandu al kitab dan hikmah yang dikurniakan Allah SWT

Madinah merupakan asas dan tapak pembangunan Ummah Muhammad SAW dari bandar ini segala Syariat İslam diajar dan dilaksana ke seluruh pelusuk Alam

Iqbal Harraz:
Assalammualaikum Ustaz adakah Shahih Riwayat Nabi SAW sudah berkhatan ketika lahir

Ustaz Abu Qais:
Penulis Ar Rahiqul Makhthum menerima pendapat İbn Al Qayyim tentang kisah khitannya Nabi SAW pada hari ke 7 oleh datuk baginda Abdul Muthalib

wallahu a’lam

Abu Muslih Muhammad Mustafa:
Khitan di hadapan kaabah ya Ust? Atau di rumah?

Ustaz Abu Qais:
wallahu a’lam disebut dikhitan oleh datuknya.. kena semak balik kot ada sebut dimana dikhitankan.

Warisan Luar Dalam Masyarakat Islam

0

WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 5:
? Benarkah Islam warisan merupakan warisan Hindu dan Syi`ah? Boleh berikan contoh-contohnya?

5⃣ Islam warisan adalah warisan Hindu dan syi’ah
Sahih, Islam datang ke nusantara di mana agama yang menjadi tunjang nusantara ialah Hinduism, Buddha dan animisma. Proses islamisasi itu terbantut bila kedatangan Portugis, Sepanyol, Inggeris dan Belanda dan selepas itu Jepun dan USA. Proses Islamisasi dari hindu dan animisma tergendela dengan kedatangan penjajah. Penjajah membawa pulak aliran sekuler, salibiah dan atheisma ke alam nusantara.

Manakala syiah menyusup masuk dengan licik di tengah serangan kaum penjajah, bukti kejayaan syiah ialah buku-buku sejarah Islam yang memihak kepada Ali dan memburukkan Umayyah dan Muawiyah bin Abi Sufyan. Bukti seterusnya ialah tongkat ali dan kacip Fatimah dalam perdukunan melayu.

Soalan Susulan 5(b):
? Kenapa Tongkat Ali dan kacip fatimah di kaitkan dengan Syiah?

Tongkat Ali dan Kacip Fatimah dikaitkan dengan syiah kerana herba tak ada kaitan dengan keduanya, bahkan herba tak ada di Madinah melainkan korma je, maka jarum syiah masuk ke alam melayu supaya orang melayu juga mengagungkan Ali dan Fatimah. Maka bila ada dua jenis herba yang sinonim dengan seksual (aprodisiak), mereka menisbahkan kepada Ali dan Fatimah. Inilah dua herba yang paling top di alam melayu dan mereka memasukkan unsur syiah. Maka sebab tu kita kena guna nama aslinya,akar Eurycoma longifolia atau akar Eurikoma. Manakala kacip fatimah, labisia.

Hadits Kenal Akan Dirinya dan Hadits Islam Yang Paling Baik

0

UiTO Kelas Hadith Dr.Fathi Al-Sakandary:

S: Daripada Abdullah bin ‘Amru r.a, ada seseorang bertanya Nabi s.a.w:

” Yang manakah (di dalam) Islam yang paling baik ?

Nabi s.a.w menjawab:

“Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenali dan orang yang tidak kamu kenali.”

( HR Bukhari )

J: Sahih

 

S: Saya nak tanya tentang hadith:

“Siapa yang kenal akan dirinya,maka kenallah dia akan tuhannya”

Hadith ni saya banyak dengar ulama’ sufi menyebutnya tetapi didalam kitab silsilah ahadith al-daifah wal-maudhuat karangan al-albani menyebut ianya palsu berdasarkan pandangan beberapa orang imam fiqh..jadi saya nak tanya kedudukan hadith ini sama ada ianya menjadi percanggahan sesetengah fuqaha’ atau memang jelas palsu..tq

J: Tiada yang Sahih dalam bab (ini).

Popular

Iklan

Iklan