Utama Bilik Seminar Mingguan Warisan Luar Dalam Masyarakat Islam

Warisan Luar Dalam Masyarakat Islam

186
0
Iklan

WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 5:
? Benarkah Islam warisan merupakan warisan Hindu dan Syi`ah? Boleh berikan contoh-contohnya?

5⃣ Islam warisan adalah warisan Hindu dan syi’ah
Sahih, Islam datang ke nusantara di mana agama yang menjadi tunjang nusantara ialah Hinduism, Buddha dan animisma. Proses islamisasi itu terbantut bila kedatangan Portugis, Sepanyol, Inggeris dan Belanda dan selepas itu Jepun dan USA. Proses Islamisasi dari hindu dan animisma tergendela dengan kedatangan penjajah. Penjajah membawa pulak aliran sekuler, salibiah dan atheisma ke alam nusantara.

Manakala syiah menyusup masuk dengan licik di tengah serangan kaum penjajah, bukti kejayaan syiah ialah buku-buku sejarah Islam yang memihak kepada Ali dan memburukkan Umayyah dan Muawiyah bin Abi Sufyan. Bukti seterusnya ialah tongkat ali dan kacip Fatimah dalam perdukunan melayu.

Soalan Susulan 5(b):
? Kenapa Tongkat Ali dan kacip fatimah di kaitkan dengan Syiah?

Tongkat Ali dan Kacip Fatimah dikaitkan dengan syiah kerana herba tak ada kaitan dengan keduanya, bahkan herba tak ada di Madinah melainkan korma je, maka jarum syiah masuk ke alam melayu supaya orang melayu juga mengagungkan Ali dan Fatimah. Maka bila ada dua jenis herba yang sinonim dengan seksual (aprodisiak), mereka menisbahkan kepada Ali dan Fatimah. Inilah dua herba yang paling top di alam melayu dan mereka memasukkan unsur syiah. Maka sebab tu kita kena guna nama aslinya,akar Eurycoma longifolia atau akar Eurikoma. Manakala kacip fatimah, labisia.

Komen dan Soalan