Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Waktu Semakin Suntuk : Tanda Kiamat Ke-62

Waktu Semakin Suntuk : Tanda Kiamat Ke-62

617
0
Iklan

Panel: THTL al-Jazani توان حسن

?Tanda Kecil Kiamat Ke-62/131: Waktu Semakin Pendek (تقارب الزمان )

Dalil Hadith:

فعن ابي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يتقارب الزمان وينقص العلم وتظهر الفتن ويلقى الشح ويكثر الهرج»قيل :يا رسول الله وما الهرج ؟ قال :«القتل القتل

Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw bersabda,” Waktu semakin singkat, ilmu semakin merosot, fitnah berleluasa, kekikiran semakin banyak, dan meluasnya al-Harj.” Ditanya apa itu al-Harj, Beliau menjawab,” banyaknya pembunuhan.” (Muttafaq alaih, Bukhari no 6037)

Tafsir Imam Ibn Hajar dalam al-Fath:

Maksud waktu semakin pendek ialah:

1⃣ Hilangnya berkat waktu, di mana salaf dapat lakukan banyak perkara dalam satu waktu, namun di akhir zaman, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam satu waktu, (sebab tu orang zaman dulu banyak berkarya) al-Fath, 20:66

2⃣ Dekatnya jarak kerana ICT dan kecekapan sistem pengangkutan (udara/darat/laut)

3⃣ Memang kuasa Allah yang menetapkan di akhir zaman waktu memang dipendekkan sebagaimana hadith berikut:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى اله عليه وسلم قال :« لا تقوم الساعة حتى يتقارب الزمان فتكون الستة كالشهر والشهر كالجمعة والجمعة كالأيام ويكون اليوم كالساعة والساعة كالضرمة من النار

Dari Abu Hurayra, bahawa Nabi saw bersabda,” Kiamat tidak akan terjadi sehingga waktu terasa amat pantas, satu tahun seperti sebulan, satu bulan seperti satu minggu dan satu hari laksana satu hari sahaja, satu hari seperti satu jam, dan satu jam menjadi cetusan api (satu saat).” HR Ahmad, 10956 dan Tirmidzi, disahihkan oleh Syaikh Syuaib dan al-Wad’iy)

4⃣ Juga pendeknya usia manusia di akhir zaman. WA

Komen dan Soalan