Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 73/131: Manusia (muslim saling tidak kenal mengenal (وقوع التناكر بين الناس...

TKK 73/131: Manusia (muslim saling tidak kenal mengenal (وقوع التناكر بين الناس )

145
0
Iklan

Dalil hadith:

فعن حذيقة بن اليمان رضي الله عنه قال:سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الساعة ؟فقال:«علمها عند ربي لا يجليها لوقتها إلا هو ولكن سأخبركم بمشارطها وما يكون بين يديها :أن بين يديها فتنة وهرجا »قالوا :يا رسول الله الفتنة قد عرفناها فالهرج ما هو ؟قال:«بلسان الحبشة القتل ويلقى بين الناس التناكر فلا يكاد أحد يعرف أحد>

الراوي : حذيفة بن اليمان | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائ

الصفحة أو الرقم: 7/312 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح

Terj:
Dari Hudzaifah ra, bahawa Nabi saw bersabda: ” Ilmu tentang berlakunya Kiamat hanya pada sisi Tuhanku, waktu terjadinya hanya pada-Nya, namun aku ingin memberitahu akan petanda dan apa yang mendatang. Menjelang Kiamat kelak ada fitnah dan haraj. Mereka bertanya,” fitnah memang kami dah tahu, tapi haraj itu apa?” Jawab baginda,” itu loghat Habsyah, maksudnya pembunuhan dan permusuhan sesama manusia sehingga seolah-olah mereka tidak pernah mengenali satu sama lain.”

(HR Ahmad, di nilai sahih sanadnya oleh al-Haithami, Majma’ 7:312)

Syarah:

Ini tanda yang sedang terjadi, banyaknya fitnah dan haraj (pembunuhan dan permusuhan). Fitnah politik mendominasi kehidupan manusia dengan wujudnya banyak parti dan NGO. Haraj pula banyaknya pembunuhan kejam dan permusuhan. Hari ini kawan, esok dan jadi lawan. Dulu satu partai, sekarang dan keluar partai.

Manusia khususnya muslim tidak lagi kenal mengenal, mereka hanya kenal nickname dalam Facebook, Twitter, Telegram dan Whatapps sahaja. Bersahabat di alam siber dan tidak pernah bertemu di alam nyata. Persahabatan yang rapuh ini adalah petanda kecil Kiamat, sedangkan zaman salaf, mereka benar-benar bersatu di atas dasar keimanan dan mereka merasai kemanisan bersahabat dan bersaudara yang sebenarnya. Semua itu hanya tinggal sejarah sahaja.

Komen dan Soalan