Utama Blog Halaman 197

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 1 dan 2)

0

HUKUM FIQH DENGAN

USUL FIQH

 

Adakah perbezaan antara hukum fiqh dengan usul fiqh?

i) Hukum fiqh:

Ilmu amali dari dalil-dalil syarak

ii)Usul fiqh:

Ilmu alat atau metod untuk mengeluarkan hukum fiqh.

 

Maka, ilmu fiqh adalah produk, usul fiqh adalah metod untuk mengeluarkan hukum fiqh. Bagi ahli fiqh, orang yang pakar dalam hukum, kena belajar usul fiqh dulu.

 

 

Usul Fiqh: Cara hendak memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani, Dar Ibn jauzi, KSA

 

* Usul ini membedah implikasi fiqh atau syariat di sebalik tindakan dan amalan Nabi saw, ada yang mengatakan semua perbuatan Nabi adalah syariat dan ada yang mengatakan ada yang bersifat syariat dan bukan syariat. Dalam usul ini kita akan memaparkan 14 kaedah sub-usul atau kaedah sunnah di sebalik perbuatan Nabi tersebut.

 

 

Kaedah pertama

Perbuatan khusus tidak thabit kecuali dengan dalil

(القاعدة الأولى : الخصوصية لا تثبت إلا بدليل)

 

 

Kaedah kedua

i) Bahagian 1

Tidak disyariatkan melakukan sesuatu amalan Nabi yang beliau tidak berterusan dilakukan beliau dalam Ibadat (القاعدة الثانية : لا يشرع المداومة على ما لم يداوم عليه النبي صلى الله عليه وسلم من العبادات )

الأصل في العبادات المنع ، فما لم يداوم عليه النبي صلى الله عليه وسلم من العبادات لا يشرع المداومة عليه ، كعدم مداومته على فعل النوافل جماعة

Hukum asal dalam ibadat ialah tegahan. Maka sesuatu amalan/ibadat yang tidak berterusan diamalkan oleh baginda, tidak disyariatkan kepada umatnya untuk melakukan secara berterusan.

 

ii) Bahagian 2

Misalnya Nabi tidak berterusan melakukan solat sunat berjamaah melainkan sekali sekala sahaja.

Dalilnya:

عن أنس بن مالك أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته له فأكل منه ثم قال قوموا فلأصل لكم قال أنس فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس فنضحته بماء فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم وصففت أنا واليتيم وراءه والعجوز من ورائنا فصلى لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين ثم انصرف

“Dari Anas bin Malik ia berkata bahawasanya neneknya (yang bernama) Mulaikah mengundang Nabi saw untuk memakan makanan yang telah dibuatnya untuk Nabi saw. Maka Nabi pun memakannya kemudian beliau berkata, ‘Marilah solat aku akan mengimami kalian.’ Anas berkata, ‘Maka aku pun mengambil sebuah tikar milik kami yang sudah menghitam kerana telah lama dipakai lalu aku pun memercikkan air padanya.’ Rasulullah saw berdiri (untuk solat) dan aku bersama seorang anak yatim berdiri satu saf di belakang beliau dan orang yang tua (iaitu nenek beliau) di belakang kami. Lalu Rasulullah saw solat dua rakaat kemudian beliau berpaling (selesai dari solat).” (أخرجه البخاري ( 380 ) ومسلم ( 658 ) )

 

 

Rumusan Syaikhul Islam

(Mukhtasar al-Fatawa al-Misriyah, ms 81):

1. Boleh melakukan solat sunat secara berjamaah, asalkan tidak dijadikan upacara rutin (misalnya solat Hajat perdana, pen)

2. Boleh melakukan secara berjamaah, jika seseorang merasai susah atau tidak khusyuk, cuma tidak boleh dilakukan secara berterusan. (qiamullail berjamaah, pen)

Hukum umum, solat sunat lebih utama di rumah dan lebih utama secara individu atau solo.

 

Apabila kita faham usul kedua ini, maka kita faham amalan masyarakat mengadakan majlis solat hajat perdana peperiksaan SPM adalah perbuatan bid’ah kerana ia dilakukan secara berterusan dan saban tahun.

 

Pencarian Yang Halal Satu Kewajipan

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 30 Muharram 1437H~

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”
[Surat Al-Baqarah 168]

#Peringatan Allah ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman agar memilih yang halal dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana kebanyakan manusia pada hari ini tidak mempedulikan halal haram, baik buruk, dosa dan pahala dalam memperolehi rezeki dalam muamalah seharian. Bak kata orang utara: “Membujur lalu, melintang patah. Yang halal sapu, yang haram pun pediah”

#Sama-sama kita hayati kisah di bawah ini, moga menjadi teladan kepada kita:

Diriwayatkan daripada Khalifah Ali bahawa beliau memasuki masjid Kufah. Beliau memberikan tunggangannya kepada seorang budak untuk dijaga sehingga beliau selesai solat.

Setelah selesai solat, beliau mengeluarkan satu dinar untuk diberikan kepada budak itu sebagai upah. Namun beliau mendapati budak itu telah mengambil tali tambatan tunggangannya dan membawanya pergi.

Kemudian Sayidina Ali menghantar seorang lelaki untuk membeli tali tambatan yang baru dengan harga satu dinar. Setelah membeli tali tambatan baru, lelaki itu memberikan kepada Ali r.a.

Apabila melihat tali itu, Khalifah Ali berkata: “Subhanallah, Ini adalah tali tambatan tungganganku!.

Lelaki itu berkata: “Aku membelinya daripada seorang budak dengan harga satu dinar”

Berkata Ali r.a : “Subhanallah!! Aku ingin memberi satu dinar (upah) secara halal, tetapi dia yang ingin mengambilnya secara haram”

#Kita boleh memilih untuk mendapatkan rezeki atau pendapatan daripada sumber yang halal atau haram. Betapa ruginya jika rezeki itu boleh diperolehi secara halal tetapi kita memilih untuk memilikinya dgn cara yang haram.

♡Mencari yang halal itu adalah kewajipan bagi setiap orang yang beriman♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Tinggalkan Tembok Malu Untuk Capai Ilmu Berkualiti

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Assalamu’alaikum wr wt
Khalifah Umar r.a berkata:

من رق وجهه رقٌَ علمه

“Sesiapa tipis mukanya tipis juga ilmunya.”

*maksudnya, barangsiapa yang malu dalam mencari ilmu maka sedikitlah ilmunya.

لا يتعلم العلم مستحٍ ولا متكبر

“Ilmu tidak dicapai oleh orang yang malu dan orang yang takabur.”

~ Imam Mujahid rh

Kata ‘Aisyah rha: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar. Mereka tidak dihalang oleh sifat malu daripada meperdalami ilmu-ilmu agama.”


Ruj: Bustanul ‘arifin, an Nawawi.
#tazkirahseminit
@uito2015

Jangan Hampiri Urusan Yang Meragukan

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1006.

Dari Nukman bin Basyir r.a., katanya Nabi S.A.W. bersabda: “Yang halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang diragukan. Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa. Dan siapa yang berani , melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhuatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya. Segala macam maksiat adalah larangan Allah. Barangsiapa bermain-main sekitar larangan Allah, dikhuatirkan ia akan jatuh ke dalamnya.”

Hakikat Masa Depan Idaman

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

MASA DEPAN YANG SESUNGGUHNYA

Syaikh Ali Mustafa Thantawi mengatakan:

“Aku pernah duduk di bangku sekolah dasar demi masa depan. Kemudian aku belajar di jenjang SMP juga demi masa depan.
Setelah itu mereka mengatakan, “Lanjutkan lagi ke jenjang SMA demi masa depan”
Setelah lulus SMA mereka mengatakan, “Demi masa depan, lanjutkan lagi hingga sarjana”.
Setelah meraih gelar sarjana mereka mengatakan, “Carilah pekerjaan demi masa depan.
Setelah aku bekerja mereka mengatakan, “Menikahlah demi masa depan”.
Setelah menikah, mereka mengatakan, “Segeralah
punya momongan demi masa depan”.

Dan saat ini.. ketika aku menulis kata-kata ini umurku
telah mencapai 77 tahun, dan aku masih menunggu
masa depan.

Masa depan adalah titik merah yang takkan pernah kita
capai.
Karena bila kita mencapainya, masa itu berubah menjadi masa kini, lalu kita akan menghadapi masa depan berikutnya dan begitu seterusnya.

Masa depan yang sesungguhnya adalah, “Ketika engkau membuat Allah ridha kepadamu, lalu engkau selamat dari neraka-Nya dan meraih surga-Nya”

Sumber: multaqoahlulhadits
__________________
Madinah 25-07-1436 H
ACT El-Gharantaly

Hubungan Intim: Dosa Dan Ganjaran

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 29 Muharram 1437H~

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ۚ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa”
[Surah al-Baqarah 187]

#Allah telah membataskan hari dan masa tertentu yang tidak boleh seorang lelaki dan isterinya mengadakan hubungan jenis pada waktu tertentu.

#Antara waktu-waktu yang ditegah:

1. Ketika ihram/ melakukan ibadah haji dan umrah

2. Pada siang hari di bulan Ramadhan/ ketika sedang berpuasa.

3. Ketika isteri di datangi haid

4. Ketika isteri sedang nifas

5. Ketika beriktikaf di masjid

#Adapun waktu-waktu yang digalakkan melakukan hubungan suami isteri tidaklah ditentukan masa dan waktu. Ini kerana hubungan suami isteri hanya akan sempurna apabila ada kehendak daripada salah seorang pasangan dan pasangannya yang seorang lagi menerima. Kehendak dan penerimaan hubungan seksual ini boleh berlaku pada mana-mana waktu dan pada semua hari melainkan pada hari-hari yang ditegah syarak.

#Dari Abu Zar r.a, Nabi saw bersabda:

وَفِى بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأْتِى أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ: أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ

“Dan hubungan intim di antara kamu adalah sedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana boleh mendatangi isteri dengan syahwat (disetubuhi) boleh mendapat pahala?” Baginda bersabda: “Bagaimana pendapatmu jika ada yang meletakkan syahwat tersebut pada yang haram (berzina) bukankah mendapat dosa? Maka sudah semestinya meletakkan syahwat tersebut pada yang halal mendatangkan pahala”
(HR Muslim)

♡Setiap kebaikan dan ketaatan itu berpahala, setiap kejahatan dan pelanggaran batas itu adalah dosa♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

|| Penghulu Istighfar ||

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

|| Penghulu Istighfar ||

Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wssallam:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ

Penghulu istighfar itu ialah kamu menyebutkan

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Allahumma Anta Rabbi la ilaaha illa Anta Khalaqtani wa Ana ‘abduka wa Ana ‘ala ‘ahdika wa Wa’dika Mastatho’tu, A’uuzu bika Min Syarri Maa Sona’tu, Abuu-ulaka bi ni’matika ‘alayya wa abu-ubizanbi faghfirli, fainnahu la yaghfiruzzunuba illa Anta.
———

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hambaMu. Aku diatas perjanjianMu dan janjiMu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku-dosaku, maka ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selainMu.

Lalu Nabi berkata:

وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Sesiapa mengucapkannya di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk daripada penghuni syurga. Dan sesiapa membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dari penghuni surga.’

[Sahih Al-Bukhari, kitabul Da’awaat, bab Afdhali istighfar no. 6306]
______________

Inilah istighfar yang teragung. Ambil masa untuk hafal dan cuba amalkan setiap kali kita sedar lepas buat dosa. Cuba hayati maksud istighfar tersebut. Ringkas dan penuh nilai-nilai Tauhid kepada Allah.

Memang begitulah ciri-ciri zikir yang Nabi biasa amalkan, ringkas dan menyeluhruh maknannya.

Mari kita cuba amalkan sama-sama.

https://telegram.me/addien90

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah Ayat Ke-20

0

Al-Baqarah Ayat Ke-20

بسم الله الرحمن الرحيم

يَكَادُ البَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ

Terjemahan:

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar penglihatan mereka:

Makna Harfiah

يَكَادُ   : Hampir-hampir

البَرْقُ : kilat

يَخْطَفُ : menyambar

أبْصَارَ   : penglihatan

هُمْ   : bagi mereka

I’rab

يَكَادُ : فعل مضارع نافص مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره. وهذا الفعل الناقص من أخوات ” كان ” التي ترفع الأول يسمى اسمها و تنصب الثاني ويسمى خبرها و سميت الأفعال ناقصة لأنها لا يتم معناها . الفعل الناقص لا يحتاج إلى الفاعل و المفعول إنما يحتاج إلى الاسم و الخبر.

Yakaadu : Kata kerja yang menunjukkan masa kini/akan المضارع yang tidak sempurna ناقص hukum i’rabnya marfu’ dengan baris depan ضمة yang jelas di akhirnya. Kata kerja naqis ini adalah dari golongan كان yang merofa’kan kata nama selepasnya lantas dinamakan isimnya dan menasabkan kata nama yang kedua dinamakan khobarnya. Juga dinamakan kata kerja naqis kerana sempurna dari segi maknanya.

Kata kerja jenis ini tidak perlu kepada pelaku perbuatan فاعل dan objek مفعول به، ia perlu kepada isim dan khobar.

البَرْقُ : اسم ” يَكَادُ ” مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره.

Al barqu : Isim bagi يكاد yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

يَخْطَفُ : فعل مضارع لتجرده عن الناصب و الجازم وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره و الفاعل ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره ” هو” يعود على ” البرق ”

Yakhthofu : Kata kerja yang menunjukkan masa sedang/akan di mana hukum i’rabnya marfu’ kerana bebas dari amil nasab dan amil jazam, tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya. Pelaku perbuatan فاعل bagi kata kerja ini ialah ganti nama tersembunyi ضمير مستتر yang harus baginya yang ditaqdirkan kepada “هو ” , justeru ianya merujuk kepada “البرق ”

أبْصَارَ : مفعول به منصوب بالفعل

” يخطف ” وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره وهو مضاف.

Absora : Objek (yang dikenai perbuatan) مفعول به disebabkan kata kerja يخطف dan tanda nasabnya baris atas فتحة yang jelas diakhirnya dan ianya berkedudukan مضاف (kalimah yang terdapat sandaran selepasnya).

هُمْ : الهاء ضمير متصل مبني على الضمة في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور أو تكون ” هم ” ضميرا متصلا – ضمير الغائبين في محل مضافا إليه و الحملة الفعلية ” يخطف أبصارهم ” في محل نصب خبر ” يكاد ”

Huruf ha ( ه ) ganti nama bersambung dibina dengan baris hadapan yang berkedudukan jar kerana disandarkan بالإضافة dengan kalimah أبصار dan huruf mim ( م ) dihujungnya sebagai tanda jamak bagi lelaki ramai. Dan boleh terus dikatakan هم itu ganti nama bersambung yang merujuk kepada orang ketiga lelaki ramai yang berkedudukan jar kerana ganti nama yang disandarkan kepada أبصار atau pun مضاف إليه . Jumlah fi’liyyah iaitu يخطف أبصارهم pula berkedudukan nasab kerana menjadi khobar خبر kepada يكاد

كُلَّمَآ أضَآءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيْهِ وَإِذَا أَظْلَمَ

عَلَيهِمْ قَامُوا

Terjemahan :

Setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya) mereka berjalan dalam cahayanya.Dan apa gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka. (menunggu dengan penuh kebingungan)

Makna Harfiah :

كُلَّمَآ : Setiap kali

أَضَآءَ : Menerangi

لَهُمْ : kepada mereka

مَشَوْا : Mereka berjalan

فِيهِ : di dalamnya

وَ : dan

إِذَا : apabila

أَظْلَمَ : gelap

عَلَيهِمْ : ke atas mereka

قَامُوا : mereka berhenti

I’rab:

كُلّمَآ : اسم منصوب على نيابة الظرفية الزمانية وهو مضاف.

Kata nama yang hukum i’rabnya mansub ( منصوب ) atas sebab ” keterangan masa ” ( الظرفية الزمانية ) dan ianya sebagai mudhof ( مضاف ).

ما : مصدرية في محل جر بالإضافة

Ma : ditakwilkan sebagai masdar yang hukum i’rabnya majrur kerana mudhof ilaih ( مضاف إليه )

أَضَآءَ : فعل ماض مبني على الفتح و الفاعل ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره ” هو ”

Kata kerja yang menunjukan masa lepas yang dibina ( kekal baris ) dengan baris atas الفتحة dan pelaku perbuatannya ( الفاعل ) ialah ganti nama yang tersembunyi ( ضمير مستتر ) yang wajib ( tertentu ) yang ditaqdirkan kepada ” هو ” dan هو itu merujuk kepada البرق ( petir/kilat ).

لَهُمْ : اللام حرف جر

Lam : Ialah huruf jar

والهاء ضمير متصل مبني على الضم في محل جر بحرف الجر باللام و الميم علامة الذكور أو تكون ” هم ” ضميرا متصلا – ضمير الغائبين – مبنيا على السكون في محل جر باللام و الجار و المجرور ” لهم ” متعلقة بالفعل ” أضآء ”

Dan huruf هاء ialah ganti nama yang boleh bersambung dengan sebarang kalimah ( ضمير متصل ) dibina dengan baris hadapan الضمة berkedudukan jar dengan huruf jar ” lam ” ( اللام ) sedangkan huruf mim ( الميم ) pula menjadi tanda jamak untuk lelaki ramai. Atau هُمْ ganti nama yang boleh bersambung dengan kalimah-kalimah lain bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati السكون berkedudukan jar dengan lam ( اللام ). Jar dan majrur ” لهم ” ada hubungan dengan kata kerja ” أضَآء ”

مَشَوْا : فعل ماض على الضم المقدر أو على الفتح المقدر على الألف المقصورة المحذوفة لاتصاله بواو الجماعة و بقيت الفتحة على الشين دالة على الألف المحذوفة . الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و الجملة الفعلية ” مشوا ” مشبهة لجواب الشرط لا محل لها.

Masyau : Kata kerja yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris hadapan ( الضمة ) yang ditaqdirkan ( diperkirakan ) atau dengan baris atas ( الفتحة ) yang ditaqdirkan kepada alif maqsurah ( ى ) yang dihazafkan ( dibuang ). Huruf wau ( و ) ialah ganti nama yang bersambung ( متصل ) dengan kata kerja dibina dengan baris mati ( السكون ) berkedudukan rofa’ disebabkan sebagai pelaku perbuatan ( الفاعل ) dan huruf alif dihujungnya adalah pembeza antara wau ganti nama dengan wau yang bukan sebagai ganti nama. Ayat fi’liyyah ( الجملة الفعلية ) atau kata kerja ” مشوا ” seakan-akan jawab syarat yang tiada tempat i’rab baginya.

فِيه : الفاء حرف جر و الهاء ضمير متصل مبني على الكسر في محل جر بفي والجار و المجرور ” فيه ” متعلق بمشوا.

Fi ( في ) huruf jar dan guruf هاء ialah ganti nama yang boleh bersambung dengan sebarang kalimah dibina dengan baris bawah الكسرة berkedudukan jar dengan huruf jar في. Jar dan majrur ” فيه ” ada hubungan dengan kata kerja مشوا.

وَ إِذَا : الواو استئنافية . إِذَا : ظرف لما يستقبل من الزمان مبني على السكون في محل نصب .

Huruf wau di permulaan ayat yang bermakna ” dan ”

Iza ( إذا ) ialah keterangan masa   yang menunjukkan masa akan datang dibina dengan baris mati الكسرة dan berkedudukan nasab.

أظْلَمَ : فعل ماض مبني على الفتح و الفاعل ضمير مستتر فيه جوازا تقديره ” هو ” و الجملة الفعلية ” أظلم ” في محل جر بالإضافة لوقوعها بعذ الظرف ” إذا ”

Adzlama : Kata kerja yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris atas الفتحة, pelaku perbuatannya ( الفاعل ) ialah ganti nama yang tersembunyi yang ditaqdirkan kepada ” هو “. Kata kerja أظلم pula berkedudukan jar kerana kata sandaran ( مضاف إليه ) disebabkan kedudukannya selepas ” kata keterangan masa ” ( الظرف ) iaitu ” إذا

عليهم : ” على ” حرف جر والهاء ضمير متصل مبني على الكسر في محل جر بحرف الجر ” على ” و الميم علامة جمع

الذكور . الجار و المجرور ” عليهم ” متعلق بالفعل ” أظلم “.

A’la : huruf jar dan huruf هاء selepasnya ialah ganti nama yang boleh bersambung dengan sebarang kalimah dibina dengan baris bawah الكسرة berkedudukan jar dengan huruf jar ” على ” dan huruf mim dihujungnya ialah tanda jamak bagi lelaki ramai. Jar dan majrur عليهم ada hubungan dengan kata kerja أظلم

قَاموا : فعل ماض مبني على الضم الاتصالو بواو الجماعة . و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة. الجملة الفعلية ” قاموا ” جواب الشرط لغير جازم لا محل لها من الاعراب.

Qaamuu : Kata kerja yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris hadapan الضمة kerana bersambung dengan wau ( و ) jamak. Dan huruf wau ( و ) itu ialah ganti nama yang bersambung dengan kata kerja dibina dengan baris mati السكون yang berkedudukan rofa’ disebabkan sebagai pelaku perbuatan الفاعل dan huruf wau diakhirnya ialah pembeza ( rujuk i’rab yang lepas ) jumlah fi’liyyah قامو adalah jawab syarat tanpa dijazamkan . Dan tiada tempat untuk dii’rab .

وَلَو شَآءَ اللهُ لَذَهَبَ بِسَمـعِهِمْ وَ

أَبْصٰرِهِمْ

Terjemahan:

Dan jika sekiranya Allah kehendaki , nescaya dihilangkan oleh-Nya pendengaran dan penglihatan mereka.

Makna Harfiyyah :

وَ : Dan

لَوْ : Jika

شَآءَ : Kehendaki

اللهُ : Allah

لَ : Nescaya

ذَهَبَ : Hilangkan

ب : huruf jar

سَمْعِ : Pendengaran

هِمْ : Mereka

وَ : Dan

أَبْصٰرِ : Penglihatan

هِمْ : Meraka

I’rab:

وَ : استئنافية

Huruf penghubung yang bermakna ” dan ” yang terletak di permulaan ayat.

لَوْ : حرف شرط عير جازم

Huruf syarat yang tidak dijazamkan kata kerja selepasnya.

شَآءَ : فعل ماض مبني على الفتح الظاهر على آخره و فاعله ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره ” هو ”

Syaa : Kata kerja yang menunjukkan masa lepas dibina ( kekal ) dengan baris atas ( الفتحة ) yang jelas diakhirnya. Pelaku perbuatannya ialah ganti nama tersembunyi ( ضمير مستتر ) yang ditaqdirkan kepada ” dia ” lelaki ( هو )

اللهُ : لفظ الجلالة ، فاعل مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره

Allah : Lafaz yang maha agung. Berkedudukan sebagai pelaku perbuatan ( الفاعل ) yang hukum i’rabnya marfu’ ( مرفوع ) dan tanda rofa’nya berbaris hadapan ( ضمة ) yang jelas diakhirnya.

لَ : اللام واقعة في جواب ( لو )

Lam: Huruf taukid ( penegasan ) sebagai jawap syarat kepada ( لو )

ذَهَبَ : فعل ماض مبني على الفتح الظاهر في آخره و الفاعل ضمير مستتر فيه جوازا تقديره ” هو ” يعود على الله سبحانه

Zahaba : Kata kerja yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris atas ( الفتح ) yang jelas diakhirnya, dan pelaku perbuatannya ( الفاعل ) adalah ganti nama tersembunyi ( ضمير مستتر ) yang ditaqdirkan kepada ” هو ” merujuk kepada Maha Suci Allah.

ب : حرف جر : Huruf jar

سمعِ : اسم مجرور بحرف الجر الباء وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره وهو مضاف.

Sam’i : Isim ( kata nama ) yang hukum i’rabnya majrur ( مجرور )

Dengan huruf jar باء dan tanda jarnya ialah baris bawah ( الكسرة ) yang jelas diakhirnya sedangkan ia berkedudukan mudhof ( مضاف )

هِمْ : الهاء ضمير متصل مبني عى الكسر في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور أو تكون ” هم ” ضميرا متصلا – صمير الغائبين مبنيا على السكون في محل جر بالإضافة والجار و المجرور ” بسمعهم ” متعلق بالفعل ” ذهب ”

Huruf هاء merupakan ganti nama yang boleh bersambung dengan sebarang jenis perkataan ( ضمير متصل ) dibina dengan baris bawah ( الكسر ) berkedudukan jar kerana إضافة dan huruf mim tanda jamak lelaki ramai. Atau هم menjadi ganti nama bersambung ( ضمير متصل ) yang merujuk kepada lelaki ramai dibina dengan baris mati ( سكون ) berkedudukan jar kerana إضافة . Seterus juga jar dan majrur ” بسمعهم ” mempunyai hubungan dengan kata kerja ” ذهب ”

وَ : الواو حرف عطف

Huruf penghubung.

أبْصٰرِهِمْ :

I’rabnya sama seperti بِسَمعِهِمْ ( rujuk i’rab di atas ).

أبصَرهم معطوف على ” بسمعمم

Kalimah ابصٰرهم dihubungkan dengan kalimah بسمعهم, oleh yang demikian hukum i’rabnya sama kerana ia تابع ( mengikut ).

إِنَّ اللهَ عَلٰى كُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ ٢٠

Terjemahan:

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap ( segala ) sesuatu.

Makna harfiyyah:

إِنَّ : Sesungguhnya

اللهَ : Allah

عَلٰى : Atas

كُلَّ : Tiap2

شَىءٍ : Sesuatu

قَدِيرٌ : Berkuasa

I’rab:

إِنَّ : حرف نصب وتوكيد مشبه بالفعل ينصب الاسم الأول ويسمى اسمه ويرفع الثاني ويسمى خبره.

Inna: Huruf nasab dan penegas yang seakan-akan perbuatan, yang menasab (baris fathah) kata nama yang pertama sebagai isimnya ( kata nama baginya ) dan merofa’kan ( baris hadapan ) kata nama yang kedua sebagai khabarnya ( prediket ).

اللهَ : لفظ الجلالة : اسم ” إِنَّ ” منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره

Allah : Lafaz yang Maha Agung : yang menjadi isim kepada إِنَّ , di mana hukum i’rabnya mansub dan tanda nasabnya berbaris atas فتحة yang jelas diakhirnya.

عَلٰى : حرف جر : Huruf jar

كُلِّ : اسم مجرور بحرف الجر ” على”

وعلامة جره الكسرة وهو مضاف

Kulli : Isim yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar ” على ” dan tanda jarnya berbaris bawah كسرة di mana kedudukannya ketika ini sebagai mudhof مضاف .

شَىءٍ : مضاف إليه مجرور بالإضافة وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره .

Syai en : Mudhof ilaih kepada kalimah كُلِّ ,hukum i’rabnya majrur dan tanda jarnya berbaris bawah كسرة yang jelas diakhirnya.

قَدِيرٌ : خبر ” إِنَّ ” مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره

Qadiurun : خبر ( prediket ) bagi inna ( إِنَّ ) yang hukum i’rabnya marfu’ di mana tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

Allahu a’lam.

Rahiqum Makhtum – Khulasah dan Misteri Khaibar

0

Khulasah dan Misteri Khaibar (Muharram Tahun Ke-7 H)

Khaibar adalah kota besar yang memiliki banyak benteng dan kebun. Terletak sekitar 60 atau 80 batu di utara kota Madinah. Sekarang ia berubah menjadi desa yang di beberapa wilayahnya terdapat wilayah yang gersang dan tidak banyak dihuni.

Khaibar merupakan pusat propaganda dan perancangan Yahudi di Madinah. Seperti yang kita tahu, risikan telah memberikan maklumat terdapat perancangan dan persiapan yang dibuat oleh Yahudi untuk menyerang Madinah.

Selepas sahaja Perjanjian Hudaibiyyah pada Zulhijjah 6H, sebaik pulang iaitu pada permulaan Muharram 7H, orang Islam telah mendapat berita bahawa Yahudi dan Bani Ghatafan telah mengadakan pakatan untuk menyerang Madinah. Maka Rasulallah SAW telah menyediakan jemaah Islam untuk menyerang Khaibar.

Khulasah dari Khaibar

Untuk menghadapi peperangan dengan Yahudi yang banyak strategi dan taktik, pasukan yang benar-benar setia dan mahu berjihad telah dipilih yakni 1,400 orang dari kalangan yang berbai’at di peristiwa Hudaibiyah. Di dalam peristiwa Khaibar, Rasulallah SAW pada asalnya bertujuan untuk mengadakan pengusiran Yahudi dari Madinah maka, pendekatan yang diambil adalah rampas dan usir. Kubu-kubu Khaibar sebelum di serang, penghuninya di dakwah kepada Islam.

Saidina Ali r.a telah di pilih menjadi ketua untuk menyerang kubu Khaibar. Setelah semua kubu di tawan, Yahudi masih mengikat janji, dalam hal tanah dan hasil kurma.

1. Selepas Khaibar, Rasulallah SAW boleh terima jemputan makan wanita Yahudi.

Rasulallah SAW menerima jemputan wanita Yahudi kerana, baginda SAW menunaikan hak-hak rakyat Madinah seperti termaktub dalam Piagam Madinah, yakni mereka saling menjalinkan hubungan yang baik.

2. Perjanjian penggunaan tanah Khaibar atas tujuan perladangan kurma.

Isu perjanjian penggunaan Tanah, kenapakah ianya lebih dipentingkan daripada pengusiran Yahudi, kerana bekalan kurma di pasar-pasar Madinah adalah dari ladang Khaibar yakni sumber makanan utama penduduk Madinah.

3. Pernikahan Rasulallah SAW dengan seorang janda Yahudi.

Apakah hikmah dan azimah pernikahan Rasulallah SAW dengan Shafiiyah (sha = ص) binti Huyayy, seorang janda ketua Yahudi. Dalam kitab Sifatu Sofwah Ibn Al-Jauzi menyebut bahawa beliau adalah dari keturunan Nabi Harun a.s. Ia satu petunjuk bahawa tidak menjadi hina Yahudi yang memeluk Islam, bahkan Rasulallah SAW menikahinya atas dasar Islam. Islam memuliakan dan Nabi SAW mengajar umat antara bentuk memuliakan seorang Islam, menjadikan orang Islam itu serapat-rapat hubungan, hingga menjadi teman seketiduran.

Islam memuliakan manusia. Ini menjadikan Yahudi-Yahudi yang memeluk Islam di Madinah seperti Abdullah bin Salam, dan ramai lagi anak-anak Bani Quraizah yang di tawan menjadi rapat dan mesra dengan Rasulallah SAW kerana ahli keluarga baginda SAW juga ada di kalangan yang berbangsa Yahudi.

4. Ghanimah yang banyak di Khaibar, tetapi Aisyah r.a hanya makan dua benda hitam sehingga kewafatan Rasulallah SAW.

Ghanimah Khaibar – Khumus yang diterima oleh Rasulallah SAW

Suatu jumlah yang besar di terima iaitu sebanyak 1/5 bahagian, kerana ghanimah di Khaibar banyak tanah kebun kurma sahaja di bahagikan kepada 4000 lebih bahagian yakni 1/5 adalah lebih 800 bahagian.

Hakikatnya jika kita baca hadis Al-Bukhari dan Muslim. Saidatina Aisyah r.a menyebut yang terjemahannya: Tidak pernah kenyang keluarga Muhammad SAW dari roti gandum selama dua hari berturut-turut, keadaan sedemikian ini sampai beliau SAW wafat.

Ke mana perginya harta Khaibar?

Seperti yang di sebut oleh penulis buku Rahiqul Makhtum – Syaikh Safiyurrahman, setelah Khaibar ramai Muhajir dari Habsyah, Yaman dan bahagian-bahagian lain di tanah Arab telah datang berhijrah ke Madinah.

Antara yang disebut telah datang ke Madinah pada waktu itu adalah ahli Al Asy’ari dari Yaman, Ahli Ad Dausi yang termasuk di dalamnya Abu Hurairah r.a, dan beberapa lagi orang Muhajir dari Habsyah seperti Ja’afar bin Abi Talib dan beberapa ramai lagi. Sudah pasti keperluan-keperluan mereka ini akan dipenuhi oleh Rasulallah SAW.

Disebut juga Ahlu Suffah di masjid Nabawi bilangannya adakalanya mencecah ribuan orang. Maka siapakah yang paling dahulu membantu dan menyediakan keperluan mereka. Sudah pastilah Rasulallah SAW.

Hadis Al-Bukhari tentang keadaan Ashabu Suffah ketika itu:

“Telah bercerita kepada kami Musa bin Isma’il, telah bercerita kepada kami Mu’tamir, dari bapaknya, telah bercerita kepada kami Abu ‘Utsman, bahawa Abdurrahman bin Abu Bakr radliallahu ‘anhu, bercerita kepadanya bahawa Ashhabus Suffah adalah orang-orang faqir dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam suatu kali pernah bersabda: “”Siapa yang memiliki makanan untuk dua orang hendaklah dia mengajak orang yang ketiga, dan siapa yang memiliki makanan untuk empat orang hendaklah dia mengajak orang yang kelima, atau keenam””, atau sebagaimana beliau sabdakan. Abu Bakr pun datang dengan mengajak orang ketiga. Sementara itu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengajak sepuluh orang dan Abu Bakr hanya dengan orang yang ketiga. Dia (‘Abdur Rahman) berkata; “”Ketiga orang itu adalah aku, bapakku dan ibuku””. –Perawi (Abu ‘Utsman) berkata; “”Aku tidak tahu apakah dia (‘Abdur Rahman) menyebutkan; “”Isteriku, dan pembantuku yang bekerja di rumahku dan rumah Abu Bakr.””– Lalu Abu Bakr menikmati makan malamnya di rumah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggal di sana beberapa saat hingga mendirikan shalat ‘Isya’. Lantas ia kembali sampai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menuntaskan makan malamnya. Kemudian Abu Bakr pulang ke rumah setelah agak larut malam sebagaimana yang Allah SWT kehendaki. Isterinya berkata; “”Apa yang menghalangimu dari tamu-tamumu? atau tamumu? (dengan lafadz tunggal) “” (perawi ragu). Abu Bakr menjawab; “”Apakah kamu telah menjamu mereka untuk makan malam?””. Isterinya menjawab; “”Mereka menolaknya sampai kamu datang””. Keluarga Abu Bakr sudah berusaha menjamu mereka namun mereka tetap menolak, hingga mereka sendiri kewalahan untuk mempersilahkan. Lalu aku pergi dan bersembunyi. Maka Abu Bakr berkata; “”Wahai Ghuntsar!””. Abu Bakr mencaci dan mencelanya (‘Abdur Rahman) lalu berkata; “”Makanlah””. Lalu Abu Bakar berkata lagi; “”Aku tidak akan memberinya (Abdurrahman) makan selamanya””. Dia berkata; “”Demi Allah, tidaklah kami mengambil satu suap makanan kecuali makanan itu bertambah dari bawah dengan yang lebih banyak dari suapan tersebut hingga mereka kenyang dan makanan itu menjadi lebih banyak dari sebelumnya. Abu Bakr memperhatikannya dan ternyata makanan itu memang bertambah banyak, lalu dia berkata kepada isterinya; “”Wahai saudara Bani Firas (ada apa gerangan)?””. Isterinya menjawab; “”Tidak tahu. Sungguh kesejukan hatiku sekarang adalah bahawa makanan itu bertambah banyak tiga kali ganda dari sebelumnya. Maka Abu Bakr memakannya lalu berkata; “”Sesungguhnya dari syaitan””, (maksudnya sumpahnya untuk tidak memberi makan kepada Abdurrahman). Lalu dia kembali memakannya satu suap kemudian membawa mangkuk besar berisi makanan itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga makanan itu ada di hadapan beliau. Di antara kami dan kaum itu (ashhabus suffah) ketika itu ada perjanjian (masalah kepulangannya) sehingga ketika waktu perjanjian telah berakhir, kami berprncar dengan diketuai dua belas orang laki-laki (kelompok), setiap satu orang dari mereka (membawa) sekian banyak anggota yang hanya Allah saja yang tahu jumlah orang yang menyertai pada setiap satu orangnya, selain sang ketua diutus bersama mereka. Dia berkata; “”Mereka makan dari makanan (mangkuk yang dibawa Abu Bakr) itu semuanya”” atau sebagaimana dia katakan. Dan orang lain berkata; “”Lalu kami mengetahui bahawa Abu Bakar adalah orang yang bijak'”.

Allahu a’lam.

 

|| Cinta Dunia, Benci Mati ||

0
3d gold bars and coins on white

UiTO Channel: Tazkirah Harian

#HikmahSalafussoleh

|| Cinta Dunia, Benci Mati ||

Kata Bishr bin Al-Harith Al-Hafi (wafat 227H):

ليس أحد يحب الدنيا إلا لم يحب الموت وليس أحد يزهد في الدنيا إلا أحب الموت حتى يلقى مولاه

Tidak ada seorang pun yang mencintai dunia melainkan dia tidak mencintai (tidak suka) kematian dan tidak ada yang seorang pun yang zuhud terhadap dunia melainkan dia mencintai kematian sehinggalah dia dapat bertemu dengan Tuannya (yakni Allah ta’ala).

[Hilyah Al-Auliya’ 8/348]
________________
@Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90

Popular

Iklan

Iklan