Utama Blog Halaman 194

Ujian: Ikut Wahyu Atau Nafsu

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Allah uji kita dengan dua pilihan; ikut wahyu atau nafsu.

Sedikit sekali orang yang pilih wahyu.

وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan,
Surah Al-Balad (90:10)

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

Katakanlah: Dialah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.
Surah Al-Mulk (67:23)

https://telegram.me/mindaCikguRahim

🍃 HUSNUL KHATIMAH

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

🍃 HUSNUL KHATIMAH

❁ ❁ ❁ ❁
📃 Al-Imâm Ibnu Sunnî, salah seorang imam ahli hadits yang terkenal, beliau memiliki buku yang begitu berharga, judulnya “Amalul Yaum wal Lailah”. Beliau adalah salah satu murid Imam an-Nasa’i.
Dengan fadhilah dari Allâh, kemudian dengan jerih payah beliau, Allâh menjaga bagi kita buku “Sunan an-Nasâ’i” yang judul aslinya adalah “al-Mujtabâ” atau “al-Mujtanâ”.

💬 Putera beliau menceritakan, sebagaimana tercantum di dalam “Siyar A’lâmin Nubalâ” (XVI/256) :

“Ayahku rahimahullâhu biasa menulis hadits-hadits Nabi. Pada suatu ketika disaat beliau sedang menulis, beliau meletakkan pena beliau ke dalam wadah tinta lalu beliau menengadahkan tangan sembari berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, kemudian beliau meninggal seketika itu dalam keadaan berdoa. Kejadian ini terjadi pada tahun 364 H.”

👐🏻 Ya Allah, berikanlah kami taufik di dalam kebaikan, dan tutuplah usia kami di atas kebaikan, serta jadikanlah kami di akhirat termasuk golongan yang Engkau sebut di dalam Al-Qur’ân :

للذين أحسنوا الحسنى وزيادة

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya.” (QS Yunus : 26).
Allahuma Amin.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
خاتمةٌ حسنةٌ

الإمام ابن السُّنِّي إمامٌ محدِّثٌ معروفٌ، له كتابٌ جليلُ القدر اسمه “عمل اليوم والليلة” وهو من تلاميذ الإمام النسائي، وبفضل الله ثم بجهده حفِظَ الله لنا كتاب “سنن النسائي” المسمى بالمجتبى أو المجتنى

قال ولده كما في سير أعلام النبلاء ١٦ / ٢٥٦:
كان أبي رحمه الله يكتب الأحاديث، وبينما هو يكتب إذ وضع القلم في أنبوبة المِحْبَرَة، ثم رفع يديه يدعو الله عزَّ وجلَّ فمات وهو يدعو، وذلك عام ٣٦٤هـ

اللهمَّ وفِّقنا للإحسان، واختم لنا بالحسنى، واجعلنا في الآخرة ممن قلت عنهم ﴿للذين أحسنوا الحسنى وزيادة﴾ اللهمَّ آمين

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

✏ @abinyasalma

#⃣ Channel Telegram Al-Wasathiyah wal I’tidâl (https://telegram.me/abusalmamuhammad)

Tafsir Al-Baqarah Ayat Ke-3 hingga Ke-5

0

Tafsir Al-Baqarah: Ayat Ke-3 hingga Ke-5

Tafsir Ayat Ke-3

Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang Al-Quran itu adalah hidayah kepada orang yang bertaqwa. Siapakah orang bertaqwa itu? Mungkin ada orang yang kata dia pun bertaqwa juga, tetapi benarkah? Dalam ayat ini disebutkan ciri-cirinya. Inilah contoh tafsir Al-Quran dengan ayat Al-Quran sendiri:

‎الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.

‎الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ

“Orang-orang yang beriman dengan yang ghaib”.

Jadi, ciri pertama mereka yang bertaqwa adalah manusia yang percaya kepada yang ghaib, dan yang pertama sekali adalah Allah SWT. Orang bertaqwa percaya adanya Allah SWT walaupun dia tidak nampak Allah SWT. Allah SWT itu ghaib dari penglihatan dan juga pendengaran. Walaupun tidak nampak dan dengar Allah SWT, tetapi orang yang bertaqwa itu percaya benar yang Allah SWT itu ada. Inilah ciri taqwa yang pertama – percaya (beriman).

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ghaib’? Ia adalah perkara yang kita tidak nampak. Contohnya Allah SWT dan malaikat kita tidak nampak. Tetapi bukan itu sahaja. Ada lagi yang kita tidak nampak, tetapi sebagai orang Islam, kita percaya kewujudannya. Contohnya, syurga adalah alam zahir, tetapi kita tidak nampak sebab jauh. Macam juga tempat jauh macam Kelantan, New York dan sebagainya. Maknanya yang jauh juga dikira ghaib, atau yang kita tidak dapat tengok, macam malaikat kerana mereka berada di alam lain.

Satu lagi adalah peristiwa yang akan datang. Tidak ada makhluk yang tahu apa yang akan berlaku. Diberitahu hanya sedikit kepada nabi-nabi. Bukan semua mereka tahu pun. Itu pun Allah SWT yang beritahu kepada mereka perkara yang mereka perlu tahu sahaja. Kalau tidak diberitahu, mereka pun tidak tahu.

Ada banyak perkara ghaib dan ada beberapa perkara ghaib yang kita hendaklah faham dengan kemas. Iaitu Rukun Iman. Dalam rukun iman yang enam, lima darinya adalah ghaib bagi kita. – Allah SWT ghaib. – Akhirat juga ghaib. – Nabi ghaib bagi kita sekarang. Kerana ianya adalah masa silam. – Malaikat juga ghaib. – Takdir pun ghaib.

Akhir sekali adalah percaya kepada Al-Quran. Hanya Al-Quran sahaja yang tidak ghaib. Maka dengan Al-Quran inilah yang kita boleh dapat ilmu tentang lima perkara ghaib yang di atas. Yang lima perkara lain kita tidak dapat hendak lihat dan tunjuk kepada orang lain. Maka kita hendaklah rapat dengan Al-Quran. Kerana hendak percaya kepada perkara ghaib, kita dapat tahu dengan Al-Quran inilah. Maka kita hendaklah faham dan hayati Al-Quran itu, bukan setakat baca sahaja.

‎وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ

“Dan mereka mendirikan sembahyang”;

Tidak ada amalan ibadat yang lebih tinggi dari solat. Maka ia disebut di sini sebagai wakil kepada segala ibadat lain. Ia mewakili amal Ibadat hablumminallah (hubungan dengan Allah SWT). Maknanya, orang bertaqwa tidaklah solat sahaja. Hendaklah jaga amal Ibadat yang lain juga cuma disebut solat sahaja di sini sebagai wakil.

Allah SWT kata ‘diri’kan solat. Bukan ‘buat’ solat itu. Maksudnya hendaklah solat macam Nabi dan sahabat buat. Semua ini adalah amalan fizikal yang perlu ditunjukkan berhadapan. Semoga dapat belajar sendiri dari sumber yang sahih bagaimana cara hendak buat semua itu. Kebanyakan orang kita hanya belajar perkara itu semasa sekolah rendah sahaja dan tidak diperbaiki ilmu itu. Ilmu lain belajar sampai universiti tetapi amal ibadat yang hendaklah dilakukan setiap hari tidak belajar pun lagi.

Apakah lagi yang dimaksudkan dengan ‘mendirikan’ sembahyang? Maksudnya banyak benda kita buat setiap hari – kerja, belajar, luang masa dengan keluarga dan bermacam lagi. Semua itu hendaklah duduk di sisi solat. Bermakna hendaklah diraikan solat terlebih dahulu walau macam mana pun. Perkara lain hendaklah duduk di samping. Bukannya kita dahulukan perkara lain dan bila ada masa baru hendak solat. Malangnya ramai yang buat begini.

‎وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya, mereka infaqkan”.

Infaq maksudnya ‘keluarkan’ (spend). Kita digalakkan untuk infaqkan harta kepada yang memerlukan seperti orang miskin, untuk dakwah, kepada orang yang putus bekalan dalam musafir, orang yang menghadapi bala, ahli keluarga kita dan macam-macam lagi. Kita akan belajar ayat-ayat infaq dengan banyak sekali dalam surah ini nanti dan surah-surah lain.

Infaq harta adalah wakil kepada amalan yang menjaga hubungan manusia dengan manusia lain. Itulah yang dinamakan berbuat baik dengan orang lain. Paling kurang, kita jangan buat jahat dengan orang lain. Dan perbuatan yang paling baik adalah dengan infaq kepada orang lain. Kita bukan sahaja dapat pahala infaq itu, tetapi dapat eratkan hubungan sesama manusia sekali.

Bukan sahaja kita boleh infaq dalam bentuk harta sahaja tetapi dalam bentuk ilmu juga. Itu dinamakan ‘infaq ilmu’. Iaitu ilmu yang Allah SWT berikan kepada kita, kita beri kepada orang lain. Jangan simpan sahaja ilmu yang kita ada, hendaklah kita sampaikan kepada orang lain. Orang lain memang memerlukan ilmu agama dan kalau kita simpan pada diri kita sahaja, ini amatlah merugikan. Kalau kita tahu satu ayat Al-Quran, kita sampaikan satu ayat Al-Quran. Janganlah pula halang orang dari sampaikan ilmu. Ada orang bukan sibuk hendak sampaikan ilmu, tetapi hendak halang orang dari sampaikan ilmu. Ini pelik sungguh.

Allah SWT hendak beritahu bahawa apa sahaja yang kita infaqkan untuk agama, bukanlah dari wang kita sendiri, tetapi Allah SWT juga yang beri. Begitu juga dengan ilmu, ilmu itu semua dari Allah SWT, bukannya kita dapat sendiri. Allah SWT beri kepada kita supaya selain dari kita pakai untuk diri kita, kita hendaklah beri kepada orang lain.

Kalau kita tengok susunan kriteria orang yang bertaqwa itu adalah begini:

  1. Percaya kepada ghaib.
  2. Mendirikan solat.
  3. Infaq harta.

Dari susunan itu, kita boleh tahu bahawa orang yang percaya kepada yang ghaib, akan senang untuk solat.

Dan orang yang solat akan senang untuk menafkahkan hartanya (atau ilmunya).

Itulah tiga sifat-sifat orang yang bertaqwa.

Tafsir Ayat Ke-4

‎وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

“Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)”.

‎وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ

“Dan juga orang-orang yang beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad)”,

Yang ‘diturunkan’ kepada Nabi Muhammad adalah Al-Quran.

Mereka yang bertaqwa tentunya beriman dengan Al-Quran. Beriman dengan Al-Quran bukan sahaja bermakna percaya yang ia diturunkan dari Allah SWT, tetapi yang penting, hendaklah mengambil pengajaran darinya, beramal dengannya dan menyebarkannya kepada orang lain kerana kita telah belajar dalam ayat ke-2 yang ia adalah sumber hidayah kepada orang bertaqwa.

Maka, jika tidak belajar tafsir Al-Quran, bagaimana hendak beramal dan menyebarkan Al-Quran ini kepada orang lain? Tidaklah cukup dengan membaca sahaja tanpa faham. Ia seperti kita ada makanan yang sangat sedap, tetapi kita rasa cukup dengan melihat sahaja tentulah tidak masuk akal kalau begitu, bukan?

‎وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ

“dan dengan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum ini”;

Kita juga hendaklah beriman dan percaya bahawa Allah SWT ada menurunkan kitab-kitab lain sebelum Al-Quran. Ada lagi kitab-kitab wahyu yang lain. Seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil. Memang kitab yang ada sekarang ini telah diubah oleh Yahudi dan Kristian. Tetapi masih ada lagi serba sedikit yang asal. Maka kita tidak boleh menolak semuanya. Ia masih lagi Kalam Allah SWT. Cuma kita tidak dapat pastikan bahagian yang mana telah diubah dan bahagian mana yang asli.

Bukanlah maksudnya kita kena belajar kitab-kitab itu. Ini tidak perlu kerana segala ajaran dari kitab-kitab itu telah Allah SWT masukkan dalam Al-Quran. Jadi, kita hendaklah baca dan belajar maksud Al-Quran sahaja. Pernah Saidina Umar r.a. dapat kitab Taurat dan beliau hendak membaca kitab itu, tetapi telah dimarahi oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW kata, tidak cukupkah dengan Al-Quran yang sudah ada?

Lainlah pengkaji seperti Dr. Zakir Naik yang telah mengkaji Bible dan juga Kitab Veda sebagai usaha perbandingan agama.

Ayat ini juga adalah berkenaan dengan sahabat-sahabat Nabi SAW yang dulunya beragama Yahudi dan Kristian dan mereka telah beriman dengan kitab-kitab lain sebelum ini. Jadi, apabila mereka beriman dengan Al-Quran dan Islam, mereka telah mendapat dua kelebihan – beriman dengan kitab mereka dan beriman dengan Al-Quran. Jadi, ini memang kelebihan mereka, di mana mereka akan dapat dua kali ganda pahala. Oleh itu, kalau kita ada kawan yang dari agama Yahudi dan Kristian masuk Islam, mereka dapat pahala dua kali ganda. Kelebihan ini tidak ada pada kita kerana kita lahir-lahir sahaja sudah beragama Islam.

Ini berdasarkan hadis:

‎«ثَلَاثَةٌ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِي وَرَجُلٌ مَمْلُوكٌ أَدَّى حَقَّ اللَّهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ وَرَجُلٌ أَدَّبَ جَارِيَتَهُ فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا ثُمَّ أَعْتَقَهَا وَتَزَوَّجَهَا»

“Ada tiga macam orang, mereka diberi pahala dua kali, iaitu: Seorang lelaki dari kalangan ahli kitab yang beriman kepada nabinya, kemudian beriman kepadaku; seorang lelaki yang dimiliki (budak) yang menunaikan hak Allah SWT dan hak tuannya; dan seorang lelaki yang mendidik budak perempuannya dengan pendidikan yang baik, setelah itu dia memerdekakannya dan mengahwininya”. [Sahih Bukhari].

‎وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

“Dan mereka yakin dengan hari akhirat”

Orang yang bertaqwa juga beriman dengan hari akhirat. Mereka percaya bahawa itulah hari yang kita akan ditanya tentang segala amalan kita dan kita akan dibalas dengan syurga atau dengan neraka.

Dalam perkara lain, disebut ‘beriman’ dengan Al-Quran ’beriman’ dengan kitab sebelumnya ‘beriman’ dengan perkara ghaib tetapi apabila disebut dengan ‘akhirat’ digunakan perkataan ‘yakin’.

Kerana segala perkara yang kita lakukan hanyalah akan menjadi kalau kita ‘yakin’ dengan hari akhirat. Kalau ‘rasa’ macam ada sahaja, itu tidak akan memberi bekas kepada amalan kita.

Jika telah yakin adanya hari kiamat, kebangkitan semula di akhirat, barulah kita akan sanggup hendak buat perkara-perkara baik dan tinggalkan perkara-perkara yang dilarang. Dan ini bukanlah senang kerana ia adalah perkara ‘ghaib’ dan kita telah belajar mereka yang bertaqwa percaya kepada perkara-perkara ghaib yang mereka tidak nampak pun.

Janganlah kita hidup macam orang tidak percaya hari akhirat pula. Ramai yang kata mereka percaya kepada kiamat, tetapi hidup macam tidak percaya pun ada. Tidak nampak takut pun, buat sesuka hati sahaja dengan apa yang mereka hendak buat.

Kepercayaan yang tinggi kepada perkara ghaib akan semakin mantap apabila kita semakin mempelajari ayat-ayat Al-Quran, kerana dalil-dalil akan diberikan dalam banyak ayat-ayat Al-Quran.

Tafsir Ayat ke-5:

‎أُولَٰئِكَ

“Orang-orang yang bersifat seperti ini”

Iaitu dengan sifat-sifat yang telah disebutkan sebelum ini.

‎عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ

“di atas petunjuk dari Tuhan mereka”;

Apabila sudah ada lima sifat itu (beriman dengan yang ghaib, mendirikan solat, infaq, beriman dengan kitab Al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya dan beriman dengan Hari Akhirat), seseorang itu sudah berada dalam hidayah dan tidak akan sesat semasa di dunia.

‎وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan orang-orang yang bersifat seperti inilah yang berjaya”

Apabila mati, mereka akan mendapat kejayaan. Mereka lulus dalam ujian di dunia. Begitulah penjelasan Allah SWT tentang sifat mereka yang diberikan nikmat oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT masukkan kita ke dalam golongan itu.

Perkataan ‘الْمُفْلِحُونَ’ itu diambil dari perkataan ‘فلح’ yang juga digunakan untuk petani. Apakah sifat petani? Mereka menuai hasil tanaman mereka selepas mereka berusaha berbudi kepada tanah.

Begitu juga, kalau kita hendak dimasukkan ke dalam golongan yang berjaya seperti yang dimaksudkan dalam ayat ini, kita juga perlu berusaha. Bukan senang cakap beriman tetapi tidak ada usaha yang kita lakukan. Pertama, hendaklah belajar apa yang patut buat, dan seterusnya buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

 

Allahu a’lam.

Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-9

0

Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-9

Dalam Ad-Dhuha ini, Allah telah sebutkan tiga perkara yang Allah berikan kepada Rasul SAW, iaitu:

1) Kemuliaan kepada anak yatim;

2) Petunjuk hidayah (melalui wahyu/Al-Quran); dan

3) Kekayaan (rasa kecukupan dan tenang dalam mengatur urusan dunia).

Inilah 3 perkara yang kita telah syarah dan bincangkan bersama sebelum ini (sila rujuk nota terdahulu).

Sekarang Allah SWT akan menyebutkan tiga perkara yang perlu dilakukan oleh baginda (iaitu cara untuk menggambarkan kesyukuran atas nikmat pemberian Allah SWT) melalui tindakan/perbuatan dan kata-kata.

فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

“Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,” [Ad-Dhuha: 9]

Dalam ayat yang ke-6, kita telah bincang definisi dan dalil-dalil bagaimana Allah mengangkat martabat anak yatim, tetapi ayat kali ini kita akan lihat apakah petunjuk Allah (ayat-ayat) yang sepatutnya kita jaga dan ambil iktibar.

Fa ammal yatim: Maka adapun anak yatim

Fala taqhar: (Laa = Harfun Nahi) Jangan engkau berlaku kasar

Tafsiran:

– Ibn Abbas: Menzalimi dan menghina.

– Ibn Katsir: Menghina, membuat jahat, menghalang hak-hak mereka.

– (Banyak juga kitab tafsir yang terkemudian mengambil ayat Ibn Katsir bila menceritakan ayat ini. Antaranya Tafsir Al Munir, Prof Dr Wahbah)

Taqhar: Juga boleh difahami = melakukan sewenangnya/menguasai orang lain dan kemudian memalukan mereka.

Kita lihat sama-sama penekanan ayat Allah mengenai anak yatim dalam Al-Quran. Jika kita buka Mu’jam (indeks), kita akan dapati terdapat sebanyak 23 kalimah yatim dalam Al-Quran.

Saya hadiahkan sedikit dari pencarian saya mengenai anak yatim:

  1. Berbuat baik/sayangi/keadilan hak: 13 ayat
  2. Berkaitan urusan harta: 8 ayat
  3. Kisah harta anak yatim: 1 ayat
  4. Lain-lain: 1 ayat

Secara tidak langsung, kita akan lihat isu “penindasan” kepada anak yatim ialah mengenai hak dan berkaitan pengurusan harta.

Sabda Nabi SAW:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ ” الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلاَتِ

Maksudnya: Jauhilah tujuh dosa besar.

Bertanya para sahabat: Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu? Jawab Baginda:

Syirik kepada Allah, sihir, membunuh manusia yang mana diharamkan oleh Allah kecuali mereka yang dibenarkan oleh syarak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan melemparkan tuduhan qazaf terhadap wanita mukmin. [Riwayat Al-Bukhari (6897) & Muslim (89)].

Ayat ke-9 Ad-Dhuha ini, walaupun ia diturunkan kepada Baginda SAW, tetapi ia adalah pengajaran umum kepada setiap manusia, iaitu panduan untuk hidup bermasyarakat, agar harmoni menjaga hubungan satu dengan yang lain.

Apa yang kita boleh tadabbur terhadap perintah ni?

Berkaitan dua kalimah yatim dalam surah ini, kita dapat lihat pengajaran Allah SWT kepada manusia supaya sentiasa memikirkan/menginsafi asal-usul mereka.

Sebagaimana Nabi SAW dulu yatim, maka Allah SWT ingatkan baginda agar jaga “hak-hak” anak yatim atau lebih luas pengajaran untuk hari ini adalah, ia adalah sama dengan kisah kehidupan kita:

  1. Tatkala kita ada kedudukan lebih baik dari orang lain, maka jangan kita pandang hina orang lain, sedang dulu pun mungkin kita bermula dari bawah.
  2. Tatkala kita ada rezeki/hidup lebih baik dari orang lain, maka jangan kita pandang rendah terhadap orang lain, sedang dulu pun mungkin kita berasal dari orang yang susah.

Anak yatim ini mungkin ujian buat kita untuk memperbaiki amal jadi ujian mereka menjadi yatim, ujian kita untuk menjaga hak mereka. Melihat kisah anak yatim sepatutnya melahirkan keinsafan dan merenung diri sendiri agar bersyukur dan bertindak membetulkan diri.

Oleh sebab itu, Allah SWT sering mengingatkan kita untuk melihat asal usul kita. Maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa manusia diciptakan.

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ

“Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.” [At-Tariq: 5].

Sebarang tindakan kita ke atas seseorang perlulah kita lihat latar belakang mereka. Jangan jadi seperti iblis, ingat asal usul terasa “lebih baik” pula.

Allah SWT berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [Al-A’raaf: 12].

Bagi wali dan penjaga, maka hendaklah menjaga hak anak yatim dengan sebaiknya. Jika ada keperluan, ada kelonggaran untuk menggunakan hak anak yatim:

وَٱبْتَلُوا۟ ٱلْيَتَٰمَىٰ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغُوا۟ ٱلنِّكَاحَ فَإِنْ ءَانَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْدًا فَٱدْفَعُوٓا۟ إِلَيْهِمْ أَمْوَٰلَهُمْ ۖ وَلَا تَأْكُلُوهَآ إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَن يَكْبَرُوا۟ ۚ وَمَن كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ ۖ وَمَن كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَٰلَهُمْ فَأَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِمْ ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ حَسِيبًا

“Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah SWT sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan)”. [An-Nisa’: 6].

Ibn Jauzi memberikan empat syarat:

1) gunakan sebagai hutang.

2) ambil yang perlu sahaja.

3) ukuran ambil sebagai upah.

4) darurat.

Kesimpulan:

  1. Allah wujudkan anak yatim dengan pelbagai hikmah. Antaranya adalah sebagai pengajaran kepada manusia agar berusaha untuk berbuat baik.
  2. Antara pengajaran yang baik dalam Al-Quran, merenung asal usul diri, untuk menginsafi kekerdilan kita dan moga melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas nikmat hari ini.
  3. Bila Allah SWT telah beri kesenangan, jangan lupa berbuat baik kepada orang lain pula.

 

Allahu a’lam.

Situasi Tanggung Dosa Insan Lain…

0

Tazkirah Harian UiTO:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid
3. Hadis Nombor 1171.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa yang merosak nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil,sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya

Sebaik-baik ubat itu ialah al-Quran

0

Tazkirah Harian UiTO:

♡Bicara Kalamullah 13♡

Dalam kitab Syarah Bukhari, Imam al-Qastallani menulis:

“Penyembuhan rohani adalah lebih kuat daripada penyembuhan jasmani dan kerana itu Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. menyebut bahawa “Sebaik-baik ubat itu ialah al-Quran”

♡Al-Quran penyembuhan penyakit jasmani dan rohani, dengan izin Allah♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Jemput sertai Tazkirah Harian UiTO. @uito2015

https://telegram.me/tazkirah

♡IKUTLAH SEPENUHNYA AJARAN ISLAM NESCAYA BAHAGIA♡

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 2 Safar 1437H~

ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”
[Surah al-Ma’idah 3]

#Ajaran Islam yang sempurna dan lengkap wajib diterima dan diamalkan dalam kehidupan manusia dan tiada pilihan lain lagi.

#Orang-orang Islam sama sekali tidak boleh menerima sebahagian Islam dan menolak sebahagian yang lain, beriman dengan sebahagian perintah dan kufur dgn sebahagian perintah yang lain.

#Ajaran selain Islam baik berupa agama-agama atau ideologi-ideologi atau isma-isma, semuanya ajaran jahiliyah, ajaran taghut dan jejak langkah syaitan belaka.

#Firman Allah swt dalam ayat yang lain:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”
[Surah al-Baqarah 208]

#Ajaran Islam adalah jalan Allah yang lurus bahkan yang paling lurus dan menjamin kebahagiaan sejati dunia dan akhirat. Tidak ada jalan yang lain selain Islam bahkan jalan lain semuanya jalan-jalan syaitan yang menyesatkan.

#Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

“Rasulullah saw telah menggariskan satu garisan dengan tangan Baginda dan kemudian bersabda: “Ini adalah jalan Allah yang lurus”. Dan Baginda menggariskan dua garisan di sebelah kanan dan di sebelah kiri Baginda kemudian bersabda: “Jalan-jalan ini, tidak ada satu jalan pun darinya melainkan di atasnya ada syaitan yang mengajak kepadanya. Kemudian Baginda membaca (Surah al-An’am 153): “Dan sesungguhnya ini adalah jalanku yang lurus maka ikutlah akan dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nanti kamu akan menyimpang dari jalanNya”
[HR Ahmad, al-Hakim dan lain-lain. Sahih. Tafsir al-Quran al-Azim jilid 2, Ibn Kathir]

♡Ikutlah sepenuhnya ajaran Islam nescaya bahagia♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Hadis: Paling Sempurna Imannya

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1171.

Abu Kuraib Muhammad bin Alaa’ menceritakan kepada ku, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada ku, dari Mohammad bin Amr. Abu Salamah memberitahukan kepada ku dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah S.A.W bersabda:

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah sebaik-baik budi pekertinya dan yang sebaik-baiknya budi pekerti adalah yang baik terhadap isterinya.” Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah dan Ibnu Abbas. Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih.

TKK 106/131: Selepas Perang Mega Armageddon

0

TKK 106 Selepas Perang Mega

Armageddon

 

Selepas Perang Mega Armageddon, Istanbul ditawan semula.
Kota Rome Timur di Constantinople ditawan oleh bangsa Turki pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh, tapi salah satu tanda Kiamat yang aneh ialah Istanbul yang dikuasai Turki sekarang akan kembali ditawan. Memang logik kerana Turki sekarang bakal menyertai EC, dan jika Turki rasminya menyertai Kesatuan Eropah, maka tanda kiamat ialah Istanbul akan ditawan semula dan dibawa ke dalam negara Kesatuan Islam.

 

Dalil penaklukan semula Istanbul

سَمِعْتُمْ بِمَدِينَةٍ جَانِبٌ مِنْهَا فِـي الْبَرِّ وَجَانِبٌ مِنْهَا فِي الْبَحْرِ؟ قَالُوا: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللهِ. قَالَ: لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَغْزُوَهَا سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ بَنِي إِسْحَاقَ، فَإِذَا جَاءُوهَا نَزَلُوا، فَلَمْ يُقَاتِلُوا بِسِلاَحٍ وَلَمْ يَرْمُوا بِسَهْمٍ، قَالُوا: لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، فَيَسْقُطُ أَحَدُ جَانِبَيْهَا -قَالَ ثَوْرٌ( أَحَدَ رُوَاةِ الْحَدِيْثِ) لاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ:- الَّذِي فِي الْبَحْرِ، ثُمَّ يَقُولُوا الثَّانِيَةَ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، فَيَسْقُطُ جَانِبُهَا اْلآخَرُ، ثُمَّ يَقُولُوا: لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، فَيُفَرَّجُ لَهُمْ، فَيَدْخُلُوهَا، فَيَغْنَمُوا، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ، إِذْ جَاءَ هُمُ الصَّرِيخُ، فَقَالَ: إِنَّ الدَّجَّالَ قَدْ خَرَجَ، فَيَتْرُكُونَ كُلَّ شَيْءٍ وَيَرْجِعُونَ.

“Pernahkah kalian mendengar satu kota yang satu sisinya ada di daratan sementara satu sisi (lain) ada di lautan?” Mereka menjawab, “Kami pernah mendengarnya, wahai Rasulullah!” Beliau berkata, “Tidak akan tiba hari Kiamat sehingga 70.000 dari keturunan Nabi Ishaq menyerangnya (kota tersebut), ketika mereka (bani Ishaq) mendatanginya, maka mereka turun. Mereka tidak berperang dengan senjata, tidak pula melemparkan satu panah pun, mereka mengucapkan, ‘Laa ilaaha illallaah wallaahu Akbar,’ maka salah satu sisinya jatuh (ke tangan kaum muslimin) -Tsaur [2] (salah seorang perawi hadits) berkata, “Aku tidak mengetahuinya kecuali beliau berkata, ‘Yang ada di lautan.’” Kemudian mereka mengucapkan untuk kedua kalinya, ‘Laa ilaaha illallaah wallaahu Akbar,’ akhirnya salah satu sisi lainnya jatuh (ke tangan kaum muslimin). Lalu mereka mengucapkan untuk ketiga kalinya: ‘Laa ilaaha illallaah wallaahu Akbar,’ lalu diberikan kelapangan kepada mereka. Mereka masuk ke dalamnya dan mendapatkan harta rampasan perang, ketika mereka sedang membagi-bagikan harta rampasan perang, tiba-tiba saja datang orang yang berteriak meminta tolong, dia berkata, “Sesungguhnya Dajjal telah keluar,’ lalu mereka meninggalkan segala sesuatu dan kembali.’”

Sahih Muslim, kitab al-Fitan wa Asyraatus Saa’ah (XVIII/43-44, Syarh an-Nawawi)

 

Yang musykil dalam hadith ini ialah Istanbul akan ditawan oleh satu pasukan dari Bani Isaac, yakni orang inggeris sendiri, demikian kata Ibn Katsir yang dipetik oleh Imam Nawawi.

 

Komen Syaikh Ahmad Syakir,

“Penaklukan Konstantinopel yang merupakan sebagai khabar gembira dalam hadits ini akan terjadi di kemudian hari, cepat ataupun lambat, hanya Allah yang mengetahuinya. Ia adalah penaklukan yang benar (adanya) ketika kaum muslimin kembali kepada agamanya, padahal sebelumnya mereka menolaknya. Adapun penaklukan yang dilakukan bangsa Turk yang terjadi sebelum zaman kita ini, maka hal itu hanya sebagai pembuka bagi penaklukan yang terakhir (paling besar). Kemudian kota ini keluar dari kekuasaan kaum muslimin ketika pemerintahan di sana telah mengumumkan bahwa pemerintahannya bukanlah pemerintahan Islam dan bukan pemerintahan agama. Mereka telah melakukan perjanjian dengan orang-orang kafir, musuh-musuh Islam, dan memberlakukan undang-undang kafir terhadap penduduknya. Penaklukan yang dilakukan oleh kaum muslimin akan kembali dilakukan insya Allah, sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah saw.”

(‘Umdatut Tafsiir ‘an Ibni Katsir (II/256))

 

Penutup:

Perang Armageddon antara Barat dan Islam tertumpu di Syria, Jordan, Palestin dan penyudahnya ialah kembalinya Turki dan Istanbul kepangkuan Islam selepas ia menyertai Eropah atau EC.

Menjawab apakah Perang Armageddon atau Malhamah al-Kubra menggunakan senjata nuklear atau pedang dan kuda?
Menurut Imam Nawawi dan Imam Qurthubi, ia berlaku secara tradisi (pedang dan kuda) Allahu’alam.

Ia akan dibincangkan dalam tanda kiamat 109 nanti, manusia kembali berperang dengan senjata tradisional.

TKK 105-106/131: Perang Mega melawan Rome; Penaklukan Kota Istanbul (Bahagian 3)

0

TKK 105 -106: Perang Mega

melawan Rome;

Penaklukan Kota Istanbul

 

 

Bahagian 3

Hadith ke 3: Abu Hurayrah ra

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا مُعَلَّى بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ حَدَّثَنَا سُهَيْلٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِنْ الْمَدِينَةِ مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ فَإِذَا تَصَافُّوا قَالَتْ الرُّومُ خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ فَيَقُولُ الْمُسْلِمُونَ لَا وَاللَّهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا فَيُقَاتِلُونَهُمْ فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللَّهِ وَيَفْتَتِحُ الثُّلُثُ لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ بِالزَّيْتُونِ إِذْ صَاحَ فِيهِمْ الشَّيْطَانُ إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ فَيَخْرُجُونَ وَذَلِكَ بَاطِلٌ فَإِذَا جَاءُوا الشَّأْمَ خَرَجَ فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ إِذْ أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّهُمْ فَإِذَا رَآهُ عَدُوُّ اللَّهِ ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ فَلَوْ تَرَكَهُ لَانْذَابَ حَتَّى يَهْلِكَ وَلَكِنْ يَقْتُلُهُ اللَّهُ بِيَدِهِ فَيُرِيهِمْ دَمَهُ فِي حَرْبَتِهِ

Dari [Abu Abu Hurairah] Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Romawi turun ke medan perang di suatu tempat bernama A’maq atau Dabiq, sehingga ada sekelompok pasukan dari Madinah yang keluar menghadapi mereka. Mereka adalah sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Dan tatkala mereka berhadapan, pasukan Romawi berkata: ‘Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang menawan kami! ‘ Kaum muslimin menjawab: ‘Tidak, demi Allah, kami tidak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.’ Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah dimana Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada’ di sisi Allah, dan sepertiga lagi Allah memberikan kemenangan kepada mereka. Mereka tidak akan ditimpa sebuah fitnah untuk selamanya, lalu selanjutnya mereka menaklukkan Kostantinopel. Dan ketika mereka sedang membagi-bagi harta rampasan perang dan tengah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba setan meneriaki mereka ‘Sesungguhnya Al Masih telah muncul di tengah-tengah keluarga kalian, ‘ mereka pun berhamburan keluar, dan ternyata itu hanyalah kebohongan belaka. Ketika mereka mendatangi Syam, ia muncul. Dan ketika mereka sedang mempersiapkan peperangan dan sedang merapikan barisan, tiba-tiba datanglah waktu shalat, dan turunlah Nabi Isa bin Maryam Shallallahu ‘alaihi wa Salam, lalu ia mengimami mereka. Dan apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, niscaya ia akan meleleh sebagaimana garam yang mencair di dalam air, meskipun seandainya saja ia membiarkannya nantinya ia juga akan meleleh lalu binasa akan tetapi Allah menginginkan ia membunuhnya dengan tangannya lalu memperlihatkan kepada mereka darahnya yang berada di hujung tombaknya.”

HR Muslim no 5157

 

 

Perang Mega antara tentera Islam vs Rome atau Barat

Perang Mega atau Armageddon (Malhamah al-Kubro) di akhir zaman akan meletus di sekitar Lembah Syria, Jordan dan Palestine, kawasan panas dari dulu yang terjadinya banyak konflik sejak berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948. Apakah perang besar di Syria sekarang tanda Kiamat?  Walaupun perang itu  berskala besar, namun, yang dimaksudkan dengan hadith Malhamah al-Kubra ialah tempoh akhir zaman yang melibatkan Mahdi dan Jesus. Maka ia tanda yang bakal terjadi.

*Ia akan dibahaskan kemudian.

Popular

Iklan

Iklan