Utama Blog Halaman 191

11 AYAT AKHLAQ DALAM AL-QURAN

0

SEDIKIT HIMPUNAN AYAT AKHLAQ DALAM AL-QURAN

🔘 ORANG-ORANG YANG BENAR

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَكُوْنُوْا مَعَ الصّٰدِقِيْنَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.
[QS. At-Taubah: Ayat 119]

🔘 TAWADHUK

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ ۚ

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
[QS. Asy-Syu’ara’: Ayat 215]

🔘 BERLEMBUT

اِذْهَبَاۤ اِلٰى فِرْعَوْنَ اِنَّهٗ طَغٰى ۚ

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.
[QS. Ta Ha: Ayat 43]

فَقُوْلَا لَهٗ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهٗ يَتَذَكَّرُ اَوْ يَخْشٰى

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.
[QS. Ta Ha: Ayat 44]

🔘 KESABARAN

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا ۙ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[QS. Ali ‘Imran: Ayat 200]

🔘 MENGASIHI

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيٰنِيْ صَغِيْرًا ؕ

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[QS. Al-Isra’: Ayat 24]

🔘 MENGINGATI ALLAH

اَلَمْ يَعْلَمْ بِاَنَّ اللّٰهَ يَرٰى ؕ

Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[QS. Al-‘Alaq: Ayat 14]

🔘 AMANAH

اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُكُمْ اَنْ تُؤَدُّوا الْاَمٰنٰتِ اِلٰٓى اَهْلِهَا ۙ وَاِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ اَنْ تَحْكُمُوْا بِالْعَدْلِ ؕ اِنَّ اللّٰهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهٖ ؕ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ سَمِيْعًۢا بَصِيْرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
[QS. An-Nisa’: Ayat 58]

🔘 PEMAAF

فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ ؕ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ

Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
[QS. Al-Ma’idah: Ayat 13]

🔘 BERSYUKUR

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّـكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
[QS. Ibrahim: Ayat 7]

🔘 ISTIQAMAH

فَاسْتَقِمْ كَمَاۤ اُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian,
[QS. Hud: Ayat 112]

🔘 BERJIWA LUHUR, BERHATI MULIA

وَالَّذِيْنَ جَآءُوْ مِنْۢ بَعْدِهِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَـنَا وَلِاِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالْاِيْمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلًّا لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا رَبَّنَاۤ اِنَّكَ رَءُوْفٌ رَّحِيْم

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.
[QS. Al-Hasyr: Ayat 10]

TKK123/131: Haji tidak lagi dikerjakan

0

TKK123:  Haji tidak lagi dikerjakan

(ترك الحج لبيت الله الحرام)

 

Dalil hadith:

فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال « لا تقوم الساعة حتى لا يحج البيت »  رواه أبو يعلي وابن حيان والحاكم وقال :صحيح على شرط الشيخين;

Dari Abu Sa’eed al-Khudry ra, bahawa Nabi saw bersabda, ” Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga terputusnya orang mengerjakan haji.”

HR Abu Ya’ala, Ibn Hibban dan al-Haakim, kata al-Haakim, sahih ikut piawai Bukhari-Muslim, disepakati az-Zahabi. Disahihkan Ibn Hibban dan al-Albani (و هذا إسناد صحيح على شرط الشيخين كما قال الحاكم ، و وافقهالذهبي)

Syarah Dr al-Areefi,

Ada banyak maksud akan hadith ini, antaranya, haji terhenti untuk beberapa ketika kerana fitnah atau perang yang dahsyat atau ada kuasa besar yang melarang orang naik Haji.

فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم قال « ليحجن هذا البيت و ليعتمرن بعد خروج بأجوج و مأجوج > رواه البخاري

Manakala dari sahih Bukhari, juga dari Abu Sa’eed al-Khudry dengan tambahan:

“Haji dan Umrah tetap dikerjakan selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.”

HR Bukhari.

 

Kata Dr al-Areefi,

Hadith ini mengisyaratkan haji terhenti akan berlaku betul-betul di akhir zaman kerana selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj, haji dan umrah masih dikerjakan.

 

Rumusan

 

  • Dalam memahami tanda kiamat ke 123 ialah terputusnya orang dari mengerjakan haji disebabkan fitnah atau kuasa yang menghalangnya, maksudnya langsung tiada orang yang dapat ke sana.

 

  • Peristiwa tertangguhnya haji dan umrah akan berlaku betul-betul di akhir zaman selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.

TKK 122/131: Militan yang menyerang Ka’bah

0

TKK 122 Militan  yang menyerang

Ka’bah ditenggelamkan mulai yang

awal dan akhirnya

(جيش يغزو البيت يخسف بأوله وآخره)

 

Mengikut sejarah, Kaabah diancam dua kali, semasa Tahun Gajah, di mana Abrahah datang dari Yemen untuk meranapkan Kaabah, dan tentera Hajjaj bin Yusof al-Tsaqafi bertujuan menangkap khalifah Abdullah Ibn Zubair. Namun di akhir zaman ada lagi yang cuba meranapkan Kaabah, tapi mereka dimusnahkan oleh Allah swt.

Bahagian 2:

Dalil-dalil hadith

Hadith Ubaidillah bin al-Qibtiyah:

فعن عبيد الله ابن القبطية قال :”دخل الحارث بن أبي ربيعة  وعبد الله بن صفوان وأنا معهما على أم سلمة فسألاها عن الجيش الذي يخسف به؟-وذلك في أيام عبد الله بن الزبير لما كان حربه مع الحجاج بن يوسف  وكان الزبير متحصنا بالبيت الحرام بمكة فقالت :(قال رسول اله صلى الله عليه وسلم :«يعوذ عائذ بالبيت فيبعث إليه بعث فإذا كانوا ببيداء من الأرض خسف بهم»فقلت :يا رسول الله فكيف بمن كان كارها؟قال:«يخسف به معهم ولكنه يبعث يوم القيامة على نيته > رواه مسلم

Saya, al-Harith bin Abi Rabi’ah dan Abdullah bin Shafwan masuk menemui Ummu Salamah (Ummul Mukminin), lalu bertanya isu pasukan yang ditenggelamkan (kerana kebetulan pada masa itu isu besar kedatangan al-Hajjaj bin Yusof untuk memerangi Ibn Zubair yang berkubu di Kaabah. Ummu Salamah menjawab,” Ada seseorang yang berlindung di Kaabah kemudian ada tentera yang ingin menangkapnya, ketika tentera datang hendak menangkapnya itu sampai di Baidha’ (padang pasir sebelum Mekah), maka Allah benamkan mereka.” Ummu Salamah bertanya Nabi saw, bagaimana ada di antara tentera tersebut yang dipaksa. Jawab Nabi saw, mereka juga akan ditenggelamkan, di hari kiamat, Allah akan membangkitkan berasaskan niat masing-masing.”

HR Muslim

Bahagian 3:

Hadith Aisyah Ummul Mukminin ra

عن عائشة- رضي الله عنها – قالت :”عبث رسول الله صلى الله عليه وسلم في منامه فقلنا: ياروسل الله صنعت شيئا في منامك لم تكن تفعله؟ فقال « العجب ان ناسا من امتي يؤمون هذا البيت لرجل من قريش، قد لجأ بالبيت حتى اذا كانوا بالبيداء خسف بهم » فقلنا: يا رسول الله ان الطريق قد تجمع الناس .فقال « نعم فيهم المستبصر و المجبور و ابن السبيل، يهلكون مهلكا واحدا و يصدرون مصادر شتى يبعثهم الله عز وجل على نياتهم >  رواه مسلم

Aishah ra nampak Nabi saw banyak bergerak dalam tidurnya, lalu bertanya kenapa, Nabi saw menjawab, ada satu pasukan yang datang ke Kaabah kerana ingin menangkap lelaki dari suku Quraish yang berlindung di dalamnya, ketika pasukan itu sampai di Baidha’. Maka Allah tenggelamkan mereka.” Mengenai mereka yang menyertai pasukan itu secara dipaksa, Nabi saw berkata, mereka akan dibenamkan juga, tapi Allah akan bangkitkan berdasarkan niat niat mereka.”

HR Muslim

Kata Dr al-Areefi, al-Nihayah, ia tanda yang belum terjadi. Kemungkinan kuat di zaman al-Mahdi atau Mahdi itu sendiri yang berlindung di Kaabah. Ketika tentera datang menangkapnya, Allah membantu dengan membinasakan tentera yang datang menangkapnya. Mengenai nasib tentera yang dikerah untuk menyerang Kaabah, mereka turut akan binasa dan nasib mereka bergantung kepada niat mereka. Tamat

TKK 120-121/131: Islam Hilang; Al-Qur’an diangkat

0

 TKK 120-121:  Islam Hilang;

Al-Qur’an diangkat

(لا تقوم الساعة حتى يدرس(1)الإسلام ;رفع القرآن من المصاحف والقلوب)

 

 

Kosa kata menurut Dr al-Areefi: Islam Hilang

Maksudnya hilangnya amalan dan ilmu Islam kerana kematian ulamak, banyaknya fitnah dan kejahatan dan manusia menjadi jahil akan agama.

Terangkatnya Al-Qur’an, hilangnya Al-Qur’an dari bacaan, yakni tidak lagi dibaca, dihafal dan hukumnya tidak dipedulikan lagi.

Dalil hadith dari Hudzaifah ra, Nabi saw bersabda:

عن حذيفة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يدرس الإسلام كما يدرس وشيء الثوب حتى لا يدرى ما صيام ولا صلاة ولا نسك ولا صدقة ويشرى على كتاب الله في ليلة فلا يبقى في الأرض منه آية وتبقى طوائف من الناس الشيخ الكبير والعجوز يقولون أدركنا آباءنا على هذه الكلمة لا إله إلا الله فنحن نقولها »

ولما حدث حذيفة رضي الله عنه بهذا الحديث تعجب الناس حوله :فقال صلة بن  زفر الراوي عنه :يا حذيفة فما تغني عنهم  لا إله إلا الله  وهم لا يدرون ما صيام ولا صدقة ولا نسك؟فأعرض عنه حذيفة فرددها ثلاثا كل ذلك يعرض عنه حذيفة ثم أقبل عليه في الثالثة فقال :يا صلة تنجيهم من النار” (رواه ماجة في السنن)

Terj: “Islam akan pudar (hilang) sebagaimana pudarnya warna pakaian yang telah usang. Hingga tidak diketahui apa itu salat, puasa, haji, dan sedekah (zakat). Dan terbanglah Al-Qur’an pada suatu malam hingga tidak tersisa satu pun ayat darinya di muka bumi. Tinggallah sekelompok orang-orang yang telah tua dan lemah berkata : ‘Kami dapati bapak-bapak kami kalimat ini’ – mereka mengatakan : ‘Laa ilaha illallaah (tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah)’ – maka kami pun mengatakannya juga.

 

Shilah[tabiien, perawi Hudzaifah] bertanya kepada Hudzaifah :

“Apa gunanya Laa ilaha illallaah bagi mereka sedangkan mereka tidak mengetahui apa itu salat, puasa, haji, dan sedeqah (zakat) ?”. Hudzaifah berpaling darinya, hingga Shillah mengulangi pertanyaannya tersebut tiga kali. Hudzaifah selalu berpaling pada setiap pertanyaan tersebut, hingga akhirnya ia menghadap kepada Shillah pada kali yang ketiga dan berkata : “Wahai Shillah ! Kalimat itu menyelamatkan mereka dari neraka” – ia mengulanginya sampai tiga kali.

HR Ibn Majah

Tahqiq: HR Ibn Majah, Kitabul-Fitan, Bab Dzahabil-Qur’aan wal-’Ilmi (2/1344-1345) dan juga Al-Hakim, Al-Mustadrak (4/473).

Al-Hakim berkata : “Hadits ini sahih sesuai dengan syarat Muslim, namun ia tidak mengeluarkannya”. Disepakati oleh Adz-Dzahabi.

 

  • Kata Ibn Katsir, maksud Islam hilang

أحدهما : أن معناه أن أحداً لا يُنكر منكراً، ولا يزجر أحداً إذا رآه قد تعاطى منكراً، وعبَّر عن ذلك بقوله : ((حتى لا يقال : الله، الله))؛ كما تقدَّمَ في حديث عبد الله بن عمر : ((فيبقى فيها عجاجةٌ، لا يعرفون معروفاً، ولا يُنكرون منكراً)).
والقول الثاني : حتى لا يُذكر الله في الأرض، ولا يُعرف اسمه فيها، وذلك عند فساد الزمان، ودمار نوع الإنسان، وكثرة الكفر والفسوق والعصيان

Pertama : Bahawasanya maknanya adalah seseorang tidak lagi mengingkari kemunkaran, tidak pula melarang orang lain ketika melakukan kemungkaran. Pengertian ini diambil dari sabda Nabi saw : ‘Hingga tidak lagi diucapkan : Allah, Allah’; sebagaimana telah disebutkan dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Umar : ‘Hingga tinggallah di dalamnya orang-orang bodoh yang tidak mengetahui/mengajak kepada yang ma’ruf dan tidak pula mengingkari yang mungkar’.

Kedua : Hingga tidak disebutkan lagi lafaz Allah di bumi. Tidak pula diketahui nama-Nya di dalamnya. Hal itu terjadi pada saat zaman telah rosak, nilai kemanusiaan telah hancur, serta merajalelanya kekafiran, kefasikan, dan kemaksiatan

( Ibn Katsir, An-Nihaayah/Al-Fitan wal-Malaahim (1/186), tahqiq : Dr. Thaha Zaini.)

 

  • Kata Ibn Taymiyah mengenai hilangnya Al-Qur’an

يُسرى به في آخر الزمان من المصاحف والصدور، فلا يبقى في الصدور منه كلمة، ولا في المصاحف منه حرفٌُ.

“Kelak Al-Al-Qur’an akan dihilangkan di akhir zaman dari mushhaf-mushhaf dan dada-dada manusia. Tidak tertinggal satu kalimat pun dari dada-dada manusia hafalan, dan satu huruf pun dari mushaf-mushaf” 

(Majmu’ Fatawa Ibni Taimiyyah (3/198-199))

  • Kata Dr al-Areefi

Yang pasti Al-Qur’an masih utuh dalam mushaf dan pelbagai storan elektronik dan hafalan. Ini hanya terjadi pada masa hadapan.

 

TKK 116-119/131 Benda Pelik Berbicara

0

TKK 116-119 Benda Pelik

Berbicara

116 Binatang buas berbicara
117 Hujung Cemeti Berbicara
118 Tali Kasut Berbicara
119 Paha lelaki berbicara tentang keluarganya
تكلم السباع والجمادات –
تكلم طرف السوط-
تكلم شراك النعال-
إخبار فخذ الرجل بأخبار أهله

Dalil hadith:

والذي نفسي بيده لا تقوم الساعة حتى تكلم السباع الإنس ، وحتى يكلم الرجل عذبة سوطه ، وشراك نعله ، وتخبره فخذه بما أحدث أهله بعده
الراوي: أبو سعيد الخدري – خلاصة الدرجة: صحيح – المحدث: الألباني – المصدر: صحيح الترمذي – الصفحة أو الرقم: 2181

Dari Abu Sa’id al-Khudry ra, bahawa Nabi saw bersabda, Kiamat tidak akan terjadi hingga binatang buas berbicara dengan manusia, hujung cemeti akan berbicara dengan pemiliknya, tali kasut berbicara dan paha lelaki akan berbicara tentang keluarganya setelah ia pergi.”

HR Termidzi, dia menilainya dhaif, disahihkan oleh al-Albani, sahih Termidzi, no 2181.

 

TKK 116 Binatang buas berbicara

  • Ada dua cara memahami hadith ini:

1. Binatang buas benar-benar akan berbicara,

2. Industri Animasi dari perfileman, menjadikan semua haiwan dan benda-benda mati berbicara, demikian kata Dr al-Areefi.

  • Mengenai haiwan berbicara, di zaman Nabi ada beberapa peristiwa haiwan buas benar-benar berbicara.

Kisah serigala berbicara dengan Badui(رواه أحمد قال  ابن كثير في البداية والنهاية (6159)وهذا على شرط أهل السنن  ولم يخرجوه)

Ibn Katsier dalam al-Bidayah, 6159 menceritakan kisah Badui yang mengejar serigala yang melarikan kambingnya, ketika Badui berjaya memukul serigala tersebut, serigala tersebut berbicara kepadanya tentang kedatangan Nabi saw ke Madinah. Apabila dia datang menemui Nabi saw, dia menceritakan perihal serigala yang berbicara dengannya, maka Nabi bersabda,” kisah itu sahih, ia memang tanda-tanda yang akan terjadi sebelum kiamat (قال النبي صلى الله عليه وسلم عند ذلك :« صدق آيات تكون قبل الساعة )

Kisah lembu berbicara, dari Abu Hurayra ra

فعن أبي هربرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« بينما رجل يسوق بقرة قد حمل عليها التفتت إليه البقرة فقالت :إني لم أخلق لهذا ولكني خلق للحرث ! فقال الناس :سبحان الله !تعجبا وفزعا أبقرة تتكلم ؟فقال  رسول الله صلى الله عليه وسلم فإني أؤمن به وأبو بكر وعمر ( رواه مسلم)

Rasulullah saw bersabda: Ketika seorang lelaki sedang menuntun seekor sapi miliknya yang sedang memikul beban, tiba-tiba sapi tersebut menoleh kepadanya dan berkata: Sesungguhnya aku diciptakan bukan untuk ini, melainkan untuk membajak tanah pertanian. Lalu para sahabat berseru: Maha Suci Allah! Karena merasa terhairan-hairan dan terkejut seekor sapi dapat berbicara. Rasulullah saw bersabda: Tetapi sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya. ”

HR Muslim no 4401

 

TKK117-119 Keajaiban benda-benda mati berbicara

  • Keajaiban benda-benda mati berbicara seperti tali cemeti, tali sandal dan paha lelaki. Ia amat ajaib dan memerlukan kita melihat dari dua sudut, samada metafora atau kiasan atau ia suatu yang benar terjadi di mana benda-benda mati tersebut benar-benar akan berbicara. Samada ia bersuara secara majazi (kiasan) atau hakiki (bersuara yang dapat dimengerti oleh manusia)

 

  • Kata Dr al-Areefi, tali sandal, cemeti dan paha berbicara dari sudut kiasan bermaksud kecanggihan teknologi dan sibaran audio dan video.  Ia bahasa kiasan arab bermaksud semua benda menjadi Viral di akhir zaman. Wallahu ‘Alam

Usah Debat, Memadai Sampaikan Sahaja

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Tak perlu berdebat,sampaikan sahaja sunnah kerana hati yang telah ditetapkan Allah untuk mendapat hidayah akan menerimanya

Sabda Rasulullah SAW

‘ أنا زعيم ببيت في ربض الجنة لمن ترك المراء وإن كان محقا’

Aku menjamin sebuah rumah di dalam (pinggiran) syurga bagi mereka yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia dipihak yang benar. [Riwayat Abu Daud]

Imam Malik rahimahullah pernah ditanya tentang seseorang yang memiliki ilmu sunnah, apakah dia boleh berdebat untuk membela sunnah? Malik menjawab,”Tidak , tetapi cukup dia memberitahukan orang tentang sunnah.”

Berkata Imam Al-Auza’ie rahimahullah,

إذا أراد الله بقوم شراً ألزمهم الجدل ، ومنعهم العمل

Apabila Allah mengehendaki keburukan kepada sesuatu kaum maka akan dijadikan mereka berdebat dan disekat bagi mereka untuk beramal.

(FB Ustaz Emran)

| Apabila badan-badan terasa sakit? |

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

| Apabila badan-badan terasa sakit? |

Terlalu banyak pesan dari Baginda, Nabi saw berkaitan doa penyembuhan dan perlindungan dari segala macam penyakit. Sebagaimana dengan pesan Nabi saw dalam hadith:

Dari Utsman bin Abil Ash Ats-Tsaqafi radhiyallahu ‘anhu bahawasanya ia mengadukan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam penyakit yang dia alami sejak dia masuk Islam. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda kepadanya:

«ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ»

Letakkan tanganmu pada bagian tubuhmu yang sakit, kemudian bacalah bismillah (dengan nama Allah) sebanyak tiga kali, lalu bacalah doa berikut ini sebanyak tujuh kali:

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan (penyakit) yang aku dapatkan dan aku khawatirkan.”

Utsman bin Abul Ash Ats-Tsaqafi berkata: “Aku pun mengerjakan pesan beliau tersebut sehingga Allah menghilangkan penyakitku. Maka aku senantiasa memerintahkan pesan tersebut kepada keluargaku dan orang-orang lain.”

(HR. Muslim no. 2202, Abu Daud no. 3891, Tirmidzi no. 2080, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra no. 7546, Ahmad no. 16268 dan Ibnu Hibban no. 2965)

#Bagaimana caranya ?

1. Letakkan tangan dibahagian yang sakit, dan bacalah basmalah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian, bacalah doa ini sebanyak 7 kali:

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan (penyakit) yang aku dapatkan dan aku khuatirkan.”

#Semoga bermanfaat

 

Jual Beli: Jujur Membawa Berkat

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4310.

Dari Abdullah ibnu Harits dari Hakim ibnu Hizam, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Penjual dan pembeli sama-sama bebas menentukan jual beli selagi keduanya belum berpisah; jika keduanya berterus terang dan jujur, maka jual-beli mereka diberkati Allah; tetapi jika keduanya saling mendustai dan tidak berterus terang, maka berkat dalam jual beli mereka itu akan hilang.”

🌺🌺🌺 Ilmu Itu Mampu Hilangkan Kehinaan

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

🌺🌺🌺 Al-Imam Ibn al-Jauzi berkata ketika menasihati anaknya:
“Ketahuilah olehmu bahawa ilmu itu mengangkat dan menghilangkan perkara-perkara yang hina.

Berapa ramai dalam kalangan ulama’ yang tidak mempunyai nasab keturunan (yang mulia), namum mereka tetap disebut-sebut orang dan berapa ramai yang tidak mempunyai rupa paras (yang cantik), namun mereka tetap dipandang baik”.

[ Laftah al-Kabad Ila Nasihah al-Walad oleh al-Imam Ibn al-Jauzi, m/s 59 ]
🌺🌺🌺

Video Sunnah

https://telegram.me/VideoSunnah

📖 Setiap Menit Bagian Kehidupan Kita 🍃

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

📢 @TausiyahBimbinganIslam
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
📆 Rabu, 06 Shafar 1437 H / 18 November 2015 M

📖 Setiap Menit Bagian Kehidupan Kita

🍃 Setiap kita sadar bahwasanya kehidupan ini pada hakikatnya adalah menit-menit dan detik-detik waktu yang kita lalui. Akan tetapi kita sering lupa dan lalai bahwasanya menyia-nyiakan menit-menit yang kita lalui berarti menyia-nyiakan sebagian kehidupan kita.

Al-Hasan Al-Bashri pernah berkata :

ابنَ آدَمَ إِنَّمَا أَنْتَ أَيَّامٌ كُلَّمَا ذَهَبَ يومٌ ذَهَب بَعْضُكَ

“Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau adalah hari-hari, jika telah pergi sehari berarti telah pergi sebagianmu” (Taarikh Al-Islaam karya Adz-Dzahabi 7/56)

✒️ Ustadz Firanda Andirja, MA
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👥 Facebook Page :
Fb.com/TausiyahBimbinganIslam
📣 Telegram Channel :
Telegram.me/TausiyahBimbinganIslam

Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

سَبَقَتْ رَحْمَتِي غَضَبِي

RahmatKu melebihi murkaKu

Jadi kenapa putus asa dengan rahmat dan ampunanNya? Sentiasa minta ampun dan perbaiki diri. Jangan putus asa dengan rahmatNya.
__________________
@Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ سَبَقَتْ رَحْمَتِي غَضَبِي ‏”‏ ‏.‏

Sahih Muslim

Popular

Iklan

Iklan