Utama Blog Halaman 160

02.12.05 HADITS MUNKAR (منكر)

0

Panel: BroSyarief
#291216 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.12.05 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

HADITS MUNKAR (منكر)

Dari sudut bahasa, ia berasal dari perkataan al-Inkar (الإنكار) yang mempunya dua maksud:

i – Menentang, tidak bersetuju.
ii – Tiada pengetahuan (dan maksud Munkar dari sudut istilah berdiri di atas makna ini)

Secara istilah pula, definisi yang terpilih adalah seperti yang disebut oleh Ibn Hajar (w.852H), iaitu:

ما رواه الضعيف مخالفا لما رواه الثقة

Yang bermaksud: Apa yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yang lemah (Dha’if), bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh periwayat yang terpercaya (Tsiqah).

[Nuzhatun Nazhor]

Berlawanan dengan Munkar, dipanggil Ma’ruf (المعروف) iaitu:

ما رواه الثقة وخالفه فيه الضعيف

Apa yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yang terpercaya (Tsiqah), yang mana apa yang diriwayatkan oleh periwayat yang lemah (Dha’if) menyelisihinya.

Dikatakan juga: al-Munkar adalah hadits yang pada sanadnya terdapat periwayat yang terlalu banyak kesilapannya (فحش الغلط) atau jelas keburukannya (ظهر فسقه).

Pendapat lain pula mengatakan: Ia merujuk kepada periwayat yang bersendirian (التفرد), sama ada lemah (Dha’if) atau terpercaya (Tsiqah), sama ada menyelisihi periwatan dari periwayat yang Tsiqah ataupun tidak.

Kedudukannya lebih rendah dari hadits Matruk, kerana ianya Dha’if yang berat kelemahannya (Dha’if Syadid), kerana periwayatnya lemah (dari satu sudut), dan dari sudut yang lain, ia menyelisihi riwayat dari periwayat yang Tsiqah.

Hadits Munkar juga tidak layak untuk dinaik-taraf ke martabat Hasan li Ghayrihi (الحسن لغيره).

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Ustaz Ad-Dien

0

Nama Penuh

Mohamad Dhiyauddin bin Abdul Kadir

Nama Pena

Ustaz Ad-Dien Abd Kadir

Pendidikan

Diploma in Islamic Contemporary Studies

Profesion

Editor Syariah Telaga Biru Sdn. Bhd.

Guru-Guru Talaqqi

  • Ustaz Umar Muhammad Noor
  • Ustaz Kamilin Jamilin
  • Ustaz Maulana Asri
  • Ustaz Maulana Nasaie Hanafi
  • Syaikh Said al-Kamali
  • Syaikh Abdullah al-Ubaid
  • Syaikh Awwad al-Manqush
  • Syaikh Mustafa Khan

Panelis Bilik

Tazkirah ringkas dari team UiTO

@Tazkirah

https://t.me/tazkirah

Laman web

http://addienblog.blogspot.com

telegram.me/addien90

Hafal dalam Solat, Minum bila Azan

0

1. Apakah hukum jika kita sedar kita memang tidak hafal dan tidak bersungguh untuk menghafal ayat Al-Quran? Semasa solat pula ayat yang kita baca secara tidak tentu arah atau semborono.
2. Adakah dalil bila kita terlupa bacaan ayat ketika solat, maka kita terus melakukan sujud sahwi dan betulkah perbuatan saya ini?
1. Haram menyebut Al-Quran dengan tidak tentu arah membacanya. Ditakuti anda menyebut kalimah asing atau merubah makna asalnya. Kita kena taqwa dalam benda-benda seperti ini dan tidak boleh semborono dengan solat dan Al-Quran.
2. Fiqh sujud sahwi anda pun tidak betul juga. Jika salah membaca ayat selepas bacaan Al-fatihah tidak dikenakan sujud sahwi, sebab ia benda sunat sahaja. Sujud sahwi juga tidak boleh dilakukan serta-merta.
Takhrij:

قال الألباني في “السلسلة الصحيحة” 2 / 102 :
أخرجه البخاري ( 7 / 79 ، 10 / 350 – فتح ) و الترمذي (4 / 369 – 370 ) و أحمد (2 / 92 ، 114 ) عن محمد بن أبي يعقوب عن عبد الرحمن بن أبي نعم أن رجلا سأل ابن عمر ( و أنا جالس ) عن دم البعوض يصيب الثوب ؟ ( فقال له : ممن أنت ؟ قال : من أهل العراق ) ، فقال ابن عمر : ( ها ) انظروا إلى هذا ! يسأل عن دم البعوض و قد قتلوا ابن رسول الله صلى الله عليه وسلم ! ! سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : فذكره . و الزيادات لأحمد و السياق للترمذي و قال : ” هذا حديث حسن صحيح ” .

Al-Albani berkata dalam Silsilah al-Sahihah 2:102, dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Tirmizi, Ahmad.

3. Adakah masih sah puasa jika masih teruskan minum bila azan di TV berkumandang sedangkan di masjid atau surau kawasan kita dan masjid atau surau-surau sekitar rumah kita masih belum berkumandang azan?
1. Untuk waktu solat kawasan anda, kena lihat jadual waktu solat dalam telefon, software waktu solat Jakim atau muat turun di Playstore dan kunci jam azan. Jika anda tinggal diAmpang, maka kena set Ampang.
2. Jika tidak menggunakan telefon mudahalih atau tidak tahu cara muat turun dari Playstore/App store waktu solat tempatan, maka kena dengar azan dari masjid yang berdekatan rumah anda. Ikut azan.
3. Jika ikut Mazhab Shafie kena berhenti 10 minit sebelum azan. Ini mazhab yang teliti supaya anda menjauhi syubhat masuk waktu.
4. Jika anda ikuti aliran sunnah atau salafi, berhenti sebaik sahaja mendengar azan subuh baik dari telefon mudahalih atau dari masjid berdekatan anda.
Jika waktu Ampang sama dengan Kuala Lumpur, maka boleh sahaja ikut azan kat TV, sebab ia waktu Ampang juga.

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Ke-6 dan Ke-7

0

Tafsir Surah Fussilat

Tafsir Ayat Ke-6

Ini adalah Dalil Wahyi (Arahan dari Allah). Dalam ayat ini, Allah mengajar kita bagaimana berdakwah. Apabila dakwah kita tidak diterima, kita balas dengan baik dan rendah diri.

قُل إِنَّما أَنا بَشَرٌ مِثلُكُم يوحىٰ إِلَيَّ أَنَّما إِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ فَاستَقيموا إِلَيهِ وَاستَغفِروهُ ۗ وَوَيلٌ لِلمُشرِكينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya supaya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain),

قُلْ

Kata kepada mereka:

Syaitan bisikkan kepada Musyrikin Mekah yang mereka mahu ikut wahyu, dengan syarat Nabi itu mesti bukan manusia biasa. Mereka kata mereka tidak dapat terima apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu kerana Nabi SAW nampak sama sahaja. Maka, Allah ajar cara jawab.

إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ

sesungguhnya aku ini adalah manusia seperti kamu,

Nabi Muhammad SAW berkahwin, ada anak, pergi pasar sama-sama dengan manusia lainnya. Ini adalah satu langkah merendahkan diri. Mengatakan bahawa tidak ada kelebihan diri dari orang yang didakwah itu. Sama-sama manusia, sama-sama ada keperluan dalam hidup.

Jangan lawan negatif mereka dengan negatif juga. Kalau mereka kasar dengan kita, jangan kita kasar balik kepada mereka.

Ini juga mengajar kita bahawa Nabi Muhammad SAW itu bukan ‘nur’ tetapi manusia biasa sahaja. Ini penting untuk diberitahu kerana ramai sekali dalam masyarakat kita yang percaya Nabi Muhammad SAW bukan manusia biasa tetapi ‘Nur Muhammad’. Kerana salah faham inilah, sampai ada fatwa yang kata: kalau ada yang kata Nabi itu nur, jatuh kufur murtad sebab tolak ayat Al-Quran. Sebab apabila

يُوحَىٰ إِلَيَّ

diberi wahyu kepadaku.

Cuma bezanya antara Nabi Muhammad SAW dan manusia lain, baginda diwahyukan dengan Al-Quran dan diberi pangkat kenabian. Nabi Muhammad SAW dapat Al-Quran langsung dari Jibrail sedangkan manusia lain dapat wahyu dari pengajian. Oleh itu, kita ini juga adalah penerima wahyu dan perlu menyampaikan kepada umat yang lain.

Dan kita pula yang sedang belajar tafsir ini, beza kita dengan orang lain adalah kita belajar wahyu, dan mereka tidak belajar. Begitulah cara kita cakap kepada orang lain yang tidak belajar.

أَنَّما إِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ

Sesungguhnya Tuhan kamu yang wajib disembah, adalah Tuhan yang Maha Esa

Ini adalah kesimpulan dari 30 juzuk Al-Quran. Tidak ada Ilah, tidak ada pujaan, nabi, rasul, malaikat, wali, orang, binatang, keris azimat, cincin, geliga dan sebagainya lagi yang ada sifat Ilah, melainkan Allah sahaja yang ada sifat Ilah itu. Pengharapan hati kita kepada Allah sahaja. Maka, oleh kerana Dia sahaja yang ada sifat Ilah, maka kita sembah hanya Dia sahaja dan doa kepada Dia sahaja.

Ilah itu adalah tempat sandaran hati kita seperti yang telah disebut dalam Kelas Usul Tafsir sebelum ini.

فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ

Hendaklah kamu berpegang teguh dengan tauhid ini

Hendaklah berpegang dengan tauhid ini dengan sedaya upaya. Agama ini amat luas, tetapi yang paling penting adalah tentang tauhid. Maka, hendaklah berpegang dengan kuat. Jaga tauhid dalam ibadat dan dalam doa.

Satu lagi, ia menganjurkan kita untuk tawajuh (fokus) kepada Allah dalam setiap perkara. Kena ingat yang Allah ada melihat kita.

وَاسْتَغْفِرُوهُ

dan hendaklah kamu minta ampun kepada-Nya

Istighfarlah dari dosa syirik kalau kita pernah lakukan dulu, kerana selagi tidak minta ampun, selagi itu ibadat kita yang kita buat, tidak diterima. Termasuklah sembahyang, haji, baca Al-Quran, itu semua tidak diterima kalau kita ada mengamalkan syirik.

Tidak diterima apa-apa pun amalan kerana tidak keluar dari kesyirikan, kerana dia tidak masuk Islam pun lagi. Jadi seperti orang kafir yang puasa. Walaupun mereka lapar macam kita juga, tetapi tidak diterima puasa mereka, kerana mereka bukan orang Islam. Kerana syarat diterima amal seseorang itu adalah dia itu seorang Islam yang tidak melakukan syirik.

Bayangkan kalau ada orang kita yang melakukan syirik tanpa mereka ketahui. Mereka tidak berniat hendak buat syirik sebenarnya, tetapi kerana mereka tidak belajar, mereka buat perkara syirik.

Sebagai contoh, mereka percaya dengan bomoh dan mereka menggunakan khidmat bomoh itu. Ada bermacam-macam lagi perbuatan syirik yang masyarakat kita buat yang mereka tidak tahu bahawa itu adalah perkara syirik. Ini bermakna, segala amal ibadat mereka belum lagi diterima oleh Allah. Kerana amal ibadat hanya diterima dari mereka yang tidak melakukan syirik. Alangkah kesiannya mereka.

Susah payah mereka solat, puasa dan sebagainya. Berapa banyak duit yang mereka habiskan untuk pergi umrah dan buat Haji, namun masih lagi tidak diterima dan tidak diberi pahala atas perbuatan amal ibadat mereka itu. Alangkah ruginya.

Jadi kena minta ampun dosa syirik dulu, kemudian baru minta ampun dosa-dosa yang lain. Kita selalunya akan minta ampun dari dosa-dosa yang banyak kita lakukan, tetapi dosa syirik kita tidak minta ampun lagi. Kita tidak minta ampun kerana kita senang hati, kita sangka tentulah kita tidak buat syirik kerana kita orang Islam. Betul kah begitu? Adakah kamu tahu apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan dan faham syirik sampai kamu kata kamu tidak pernah buat?

Kita minta ampun kepada Allah supaya mengampunkan mana-mana dosa syirik kita yang kita tahu kita telah buat dulu, dan mana-mana dosa syirik yang kita tidak tahu kita telah buat iaitu dosa syirik yang kita buat tanpa sedar kerana kita tidak belajar lagi.

Sambung lagi doa kita itu: “Walau bagaimanapun Ya Allah, aku tidak mahu mengulang dosa syirik yang aku buat itu dulu, maka ajarkan kepada aku ya Allah, mana syirik yang aku buat.” Kena minta macam tu, kerana kadang-kadang kita tidak tahu mana dosa syirik yang kita lakukan.

Ayat ini juga menganjurkan kita untuk sentiasa minta ampun. Seseorang itu kena istighfar walaupun dalam melakukan taat. Kerana takut ada amalan tidak cukup seperti yang Allah kehendaki. Mungkin ada amalan yang kita buat dalam lalai.

وَوَيْلٌ لِلْمُشْرِكِينَ

Celaka besarlah bagi orang-orang yang mensyirikkan Allah

Celaka bagi mereka yang mengamalkan syirik dan tidak mahu bertaubat. Dalam dunia ini lagi mereka akan melalui kehidupan yang sempit, dan di akhirat kelak mereka akan dibalas dengan azab yang amat pedih sekali.

Dan mereka akan kekal dalam neraka, dengan tidak ada peluang untuk keluar kerana Allah SWT telah beritahu yang Dia tidak akan maafkan dosa mereka yang syirik.

Maksud saya dalam perbincangan hari ini, ada orang tidak tahu pun dia buat syirik kerana dia sendiri tidak tahu konsep syirik itu bagaimana ‘tersembunyi’ pada dia.

Orang yang melakukan syirik ini sebenarnya sudah terkeluar dari agama Islam. Perlu taubat dan memperbaharui syahadah. Bila melakukan solat syahadah diperbaharui, jika ikhlas masuk Islam semula tetapi jika masih ada lagi akidah syirik solat yang dilakukan tidak diambil kira. Dengan yang demikian penting untuk faham akan bab syirik ini kerana jika tidak maka sia-sialah solat seseorang itu bukan sahaja pahala tidak kira malah akan dapat azab pula nanti.

Tafsir Ayat Ke-7

Apabila akidah sudah tidak betul, maka amalan pun sudah tentu tidak betul juga. Ayat di atas menyebut tentang celakalah kepada orang yang musyrik. Siapakah orang-orang Musyrik itu? Apakah sifat-sifat mereka?

الَّذينَ لا يُؤتونَ الزَّكاةَ وَهُم بِالآخِرَةِ هُم كافِرونَ

“Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan harta bendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat”.

الَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ الزَّكَاةَ

Orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat.

Maka, orang yang imannya benar, mereka akan taat untuk keluarkan zakat. Walaupun ianya berat juga kerana kena keluarkan harta dari hasil usaha kita. Tetapi kerana taat kepada Allah, kita lakukan juga. Kalau musyrikin, mereka tidak akan keluarkan kerana mereka tidak taat kepada Allah.

Namun, ayat ini diturunkan di Mekah ketika hukum zakat belum diwajibkan lagi. Jadi, apakah yang dimaksudkan ‘zakat’ dalam ayat ini? Oleh itu, makna ‘zakat’ dalam ayat ini adalah membersihkan hati dari syirik kepada Allah. Memandangkan ayat ini diturunkan di Mekah, jadi tiada lagi arahan mengeluarkan zakat.

Maka, ayat ini menceritakan tentang orang Musyrik yang tidak keluar dari kesyirikan. Mereka tidak mahu terima lafaz la ilaha illa Allah.

Atau ada yang kata, zakat di sini adalah ‘sedekah’, kerana rukun zakat hanya mula difardukan di Madinah, maka kalau dikatakan zakat semasa di Mekah, ianya bermaksud ‘sedekah’.

Atau, ada juga yang mengatakan bahawa di Mekah lagi sudah ada arahan untuk mengeluarkan zakat. Cuma ada kelainan sedikit dari zakat yang ditetapkan di Madinah nanti. Semasa di Mekah, iaitu awal Islam, zakat yang dikeluarkan adalah apa sahaja lebihan dari keperluan harian. Kalau ada lebih sahaja, kena keluarkan zakat. Hanya apabila di Madinah sahaja dikeluarkan arahan baru berdasarkan kadar 2.5% dan sebagainya.

Kenapa disebut zakat dalam ayat ini dan bukan solat? Selalunya kalau amalan yang diberi sebagai contoh adalah amalan Solat, tapi kali ini disebut zakat pula.

Ini adalah kerana sepatutnya mereka berlaku baik kepada orang Muslim yang lain. Orang yang baik tahu bahawa mereka tidak boleh hidup sendiri. Dan dengan mengeluarkan zakat, itu dapat mengeratkan hubungan sesama manusia yang dalam masa yang sama, adalah satu ibadat yang mendapat pahala dari Allah SWT.

Mereka yang beriman tahu bahawa segala harta yang Allah SWT berikan kepada mereka, sebahagiannya untuk orang lain. Untuk mereka salurkan dalam bentuk zakat atau sedekah. Tetapi kalau orang yang tidak beriman, mereka tidak nampak perkara itu. Mereka hanya tahu untuk kumpul harta sebanyak mungkin. Mereka suka untuk mengira harta mereka yang semakin bertambah dan bertambah. Mereka lupa bahawa apabila mereka mati, mereka tidak boleh bawa pun harta itu bersama mereka. Mereka sebenarnya tidak pun memikirkan perkara itu kerana mereka tidak yakin dengan akhirat pun.

وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ

Dan mereka tentang akhirat itu enggan percaya.

Mereka tidak percaya yang mereka akan dibangkitkan selepas mereka mati kelak. Musyrikin Mekah tolak adanya akhirat kerana ia tidak nampak dengan mata; dan mereka pun tidak ada kitab, maka maklumat ini tidak sampai kepada mereka.

Ataupun, mereka tahu bahawa mereka akan dibangkitkan kelak, kerana mereka orang Islam. Mereka belajar di sekolah agama dulu bahawa ada Hari Kiamat yang semuanya akan dibangkitkan kelak.

Mereka hidup dalam dunia ini, seperti mereka tidak percaya mereka akan dibangkitkan kelak. Kita boleh lihat bagaimana bezanya orang yang percaya dengan orang yang tidak percaya. Orang yang benar-benar percaya dengan hari kebangkitan, mereka akan takut hendak buat dosa kerana mereka tahu bahawa mereka akan disoal dan akan dibalas dengan perbuatan salah mereka kalau mereka buat. Tetapi orang yang tidak percaya sungguh, mereka buat tidak tahu sahaja. Seolah-olah mereka tidak tahu perbuatan maksiat mereka itu adalah satu dosa. Kita pula bagaimana?

 

Allahu a’lam.

Islam Pentingkan Kualiti

0

Tazkirah Harian UiTO:
~Tadabbur Kalamullah 26 Safar 1437H~

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ

“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)”[Surah al-Sharh 7]

#Ayat ini memberitahu kita bahawa Islam mementingkan kualiti yang baik dan lebih baik dalam sesuatu amal atau pekerjaan yang dilakukan. Pada masa yang sama Islam mementingkan kesungguhan dan kerajinan dan membenci sifat malas.

#Islam mengajar kita untuk selalu melakukan yang terbaik:

1. Kalau kita menjadi seorang muslim, jadilah muslim yang terbaik dalam melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya
2. Kalau kita menjadi ibu, jadilah ibu yang terbaik dalam mendidik anak-anak dan mengatur rumah tangga.
3. Kalau kita menjadi ayah, jadilah ayah yang terbaik dalam memimpin dan menafkahi keluarga.
4. Kalau kita menjadi pejuang, jadilah pejuang yang istiqamah dalam perjuangan.
5. Kalau kita menjadi seorang pemerintah, jadilah pemerintah yang menjaga kebajikan dan hal ehwal rakyatnya, bukannya membebankan dan mengenakan cukai yang tinggi mencekik darah rakyat bawahan.

6.. Kalau terlibat dengan apapun profesion dan bidang kerja kita, maka jadilah yang terbaik di bidangnya agar sentiasa disukai dan disegani

#Ini menunjukkan tidak ada malas dalam ajaran Islam. Apabila kita telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain kerana Allah lebih menyukai muslim yang kuat daripada muslim yang lemah.

Mudah-mudahan kita termasuk orang yang di sukai dan dikasihi oleh Allah kerana kita sentiasa perbaiki kelemahan diri agar sentiasa inginkan yang terbaik di dunia dan akhirat

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)


Tazkirah Harian UiTO:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚

صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. 

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1900. Dari Ma’qil r.a., katanya:

Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah S.A.W. dan beliau bersabda: “Seorang pembesar yang memerintahi rakyat kaum Muslimin, apabila pembesar itu mati, sedang dia tidak jujur terhadap rakyat, nescaya dia dilarang oleh Allah masuk syurga.”

Tafsir Surah Al-Qari’ah – Tafsir Ayat Ke-6 dan Ke-7

0

Tafsir Surah Al-Qari’ah

Pada perbincangan yang lepas, kita telah membincangkan :

1. Proses yang dahsyat sejak dari dalam kubur lagi, bahkan sehinggalah pada hari kebangkitan manusia tetap akan menjadi seperti kelekatu yang sangat huru hara.

2. Gambaran gunung yang hancur seperti debu, antara peringatan kepada manusia agar berwaspada terhadap apa yang mereka usahakan sewaktu di atas dunia.

3. Segala kekuatan akan hancur, yang kekal hanyalah Allah SWT.

Seterusnya Allah SWT menyebutkan mengenai amalan manusia. Peringatan agar timbangan amalan manusia bertambah berat dengan iman dan ikhlas. Dan akhirnya maka mereka akan selamat.

Tafsir Ayat Ke-6:

فَأَمّا مَن ثَقُلَت مَوازينُهُ

“Dan adapun orang-orang yang berat timbangannya”,

Di sebalik ayat ini, kita telah pun lebih dahulu melalui satu ayat yang menceritakan perihal gunung akan menjadi ringan seperti bulu yang berterbangan iaitu dalam ayat ke-5, yang bermaksud :

“dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan”

Maka tanpa lengah, Allah SWT berfirman pula perkara yang “BERAT” di sisi Allah SWT. Bagi perbandingan kedua-dua ayat ( ayat sebelum dan ayat ini ), kita dapat mempelajari hikmah di sebalik ayat.

IAITU :

Bukan lah benda fizikal atas dunia yang akan memberikan timbangan kita menjadi berat. Akan tetapi nilai amal yang dibawa itulah yang akan memberatkan timbangan kita.

Beberapa perbincangan yang boleh kita fikirkan.

PERTAMA : Syarat amalan yang diterima oleh Allah SWT.

Umum telah mengetahui bahawa syarat amalan diterima oleh Allah SWT ialah :

– Mengikut Syariat.

– Ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Maka hendaklah kita menjaga kedua syarat ini agar berada dalam landasan yang benar. Terutamanya, kita hendaklah berusaha menuntut ilmu yang benar ( Al-Quran dan Sunnah ) agar amalan yang kita lakukan bertepatan dengan tuntutan Allah SWT.

Berhati-hati dengan amalan kita, takut-takut ianya mungkin banyak setinggi gunung ( seperti ayat ke-5), namun tidak memberi kesan tatkala hendak dipersembahkan di hadapan Allah SWT. ‘Playsafe’, ikutlah amalan yang sahih lagi di bawah petunjuk Allah SWT. Hidup hanya sekali!

Kadangkala sangat kita takuti apabila melihat keadaan manusia yang sanggup membaca ribuan zikir yang diperoleh dari “Tuan Guru” berbanding Al-Quran ( yang juga namanya Az – Zikir ) yang diturunkan langsung dari Allah SWT.

Dalam dalil yang lain, sangat jelas petunjuk Nabi SAW jika mahu beramal dengan sahih.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي الْمِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ

“Ada dua kalimat yang ringan diucapkan oleh lisan, tetapi berat dalam timbangan (pada hari Kiamat), dan dicintai oleh ar-Rahman (Allah SWT Yang Maha Pengasih): SubhaanAllah wa bihamdihi dan Subhanallohil ‘Azhim.”

(Hadis sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 6406, 6682, dan Muslim, 2694).

Ada satu gambaran bagi orang yang “kepenatan” apabila berhadapan dengan Allah SWT. Ia kerana mereka menyangka berjaya dengan hebat amalan atas dunia, rupa-rupanya tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Rujuk surah [ Al Ghasyiah ( 88 ): 2 – 3 ]:

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

Selain daripada menepati syariat, orang yang beramal juga perlu ikhlas dan meletakkan pergantungan amalan hanya kerana Allah SWT.

Ada juga amalan yang memang baik tetapi tidak ditimbang kerana tidak dilakukan ikhlas kerana Allah SWT. Amalan tersebut menjadi habuk sahaja seperti yang disebut dalam [ Furqan ( 25 ) : 23 ].

وَقَدِمنا إِلىٰ ما عَمِلوا مِن عَمَلٍ فَجَعَلناهُ هَباءً مَنثورًا

“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”

Jadi yang penting kita kena pastikan adalah amalan kita ada nilai untuk ditimbang oleh Allah SWT. Dan untuk mengharap pahala kita ditimbang, kita kena pastikan syarat ikhlas dan menepati garis panduan Allah SWT.

KEDUA : Orang Islam perlu beramal dengan bijak.

Perkara paling susah dalam beramal ialah “Istiqamah”. Oleh itu, kebijaksanaan sangat penting dalam merancang dan menyusun amalan. Antara cara yang ada, ikutilah fitrah yang Allah SWT telah gariskan dalam Al-Quran. Itulah sebaik-baik manual!

Contoh :

Malam perlulah berehat, tidur awal. Seperti dalam Surah [ An Naba’ ( 78 ): 9 – 11 ].

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

“Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat”

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا

“Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)”

وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا

“Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) – masa untuk mencari rezeki”

Seterusnya kalimah,

ثَقُلَت

bermaksud ‘berat’.

Satu persoalan yang dibincangkan tentang timbangan ( Mizan ) ini ialah, apakah yang ditimbang? Terdapat 2 pendapat iaitu :

Pendapat Pertama : Amalan

Sebagai hadis yang telah kita sebutkan mengenai dua amalan tasbih tadi.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي الْمِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ

“Ada dua kalimat yang ringan diucapkan oleh lisan, tetapi berat dalam timbangan (pada hari Kiamat), dan dicintai oleh ar-Rahman (Allah SWT Yang Maha Pengasih): SubhaanAllah wa bihamdihi dan Subhanallohil ‘Azhim.”

(Hadis sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 6406, 6682, dan Muslim, 2694).

Pendapat Kedua : Diri manusia itu sendiri

Begitu juga, ada satu lagi hadis sebagai dalil bagi pendapat ini:

Abdullah ibnu Mas’ud ra adalah seorang yang mempunyai betis yang kecil. Pada suatu hari semasa beliau ingin mengambil ranting untuk bersugi, tiba-tiba ada angin dan terselak pakaiannya, sehingga terlihatlah kedua telapak kaki dan betisnya yang kecil. Para sahabat yang melihatnya pun tertawa. Maka Rasulullah SAW bertanya:

“Apa yang sedang kalian tertawakan?”

Para sahabat menjawab, “Kedua betisnya yang kecil, wahai Nabiyullah.” Nabi SAW pun bersabda:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيْزَانِ مِنْ أُحُدٍ

“Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kedua betisnya itu di mizan nanti lebih berat dari pada gunung Uhud.”

 (Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad-nya, I/420-421 dan ath-Thabrani dalam al-Kabiir, IX/75. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam As-Silsilah Ash-Sahihah, no. 3192).

Oleh itu, kita tidak pasti apakah yang akan ditimbang, tetapi kita amat berharap dan berdoa semoga apa yang ditimbang itu berat pada diri kita.

Pendapat pertama: hanya amalan akan ditimbang. Hendak bertambah berat, maka keikhlasan akan memainkan peranan, tiada kaitan dengan fizikal.

Pendapat kedua: fizikal manusia tu sendiri akan naik atas timbangan, tetapi yang menjadikan ia berat buka soal badan besar, betis besar, TETAPI kebaikan yang dia bawa bersama.

Seterusnya kalimah,

مَوازينُهُ

‘timbangan-timbangannya’.

Ia kalimah jamak ( plural / banyak ) kepada kalimah :

ميزان

Perlu kita perhatikan perbahasan kata “jamak” ini. Kerana dikatakan, ia boleh menjadi jamak kepada salah satu dari dua maksud di bawah ini:

Pertama, ia adalah kata jamak / plural dari kalimah :

ميزان

Yang membawa maksud penimbang dan pemberat. Jika mengikut dari kalimah pertama ini, bermaksud sangat banyak “PENIMBANG” di hari pengadilan tersebut.

Kedua, ia adalah kata jamak / plural dari kalimah :

موزون

(ism maf’ool) – benda yang ditimbang. Jika mengikut dari kalimah kedua ini, bermaksud sangat banyak perkara yang akan ditimbang oleh Allah SWT.

Walau apa pun maksud kalimah “mawazin” tersebut, apakah yang ditimbang oleh Allah SWT?

Umum bagi kita agaknya sejak kecil, membayangkan dalam satu timbangan :

– Jika timbangan amalan baik lebih berat, maka akan dimasukkan ke dalam syurga

– Jika timbangan amalan buruk yang lebih berat, maka orang itu akan masuk ke dalam neraka.

Namun Al-Quran telah menunjukkan kepada kita sistem timbangan Allah SWT.

Perhatikan dalam surah [ Al-Anbiya ( 21 ): 47 ]:

وَنَضَعُ المَوازينَ القِسطَ لِيَومِ القِيامَةِ فَلا تُظلَمُ نَفسٌ شَيئًا ۖ وَإِن كانَ مِثقالَ حَبَّةٍ مِن خَردَلٍ أَتَينا بِها ۗ وَكَفىٰ بِنا حاسِبينَ

Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji SAWI pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.

Di dalam ayat ini, perkara yang diberitahu akan ditimbang adalah amal kebaikan. Tidak disebut timbangan amal keburukan.

Perhatikan pula dalam surah [ Al-A’raf ( 7 ): 8 ]

وَالوَزنُ يَومَئِذٍ الحَقُّ ۚ فَمَن ثَقُلَت مَوازينُهُ فَأُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ

Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barang siapa berat timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Ayat ini hanya menyebut berat timbangannya, tidak disebut sama ada ianya adalah berat timbangan kebaikan atau keburukan. Menunjukkan yang ditimbang adalah amalan kebaikan sahaja.

Begitu juga dalam [ Al-Kahfi ( 18 ): 105 ]:

أُولٰئِكَ الَّذينَ كَفَروا بِآياتِ رَبِّهِم وَلِقائِهِ فَحَبِطَت أَعمالُهُم فَلا نُقيمُ لَهُم يَومَ القِيامَةِ وَزنًا

Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.

Ayat ini juga memberitahu kita bahawa terdapat manusia yang dihapuskan amalannya, kemudian tiadalah mizan Allah SWT kepada mereka kerana Allah SWT mengira hanya amal kebaikan sahaja. Orang yang kafir dan syirik, tiada apa yang dapat ditimbang dari mereka.

Maka SALAH jika kita ada fahaman seperti dahulu iaitu konon penimbang ada 2:

Kononnya jika sebelah timbangan yang baik itu berat, maka masuk syurga tetapi jika sebelah timbangan yang buruk itu berat, masuk neraka..

Oleh itu, kesimpulan dari ayat-ayat ini, hanya amal kebaikan yang mempunyai berat yang boleh ditimbang sedangkan amal keburukan tidak ada nilai.

Seterusnya adalah ayat Tabsyir ( pemberian berita gembira ). Ia adalah jika timbangan amal menjadi berat, kita akan mendapat kehidupan yang amat memuaskan

Tafsir Ayat Ke-7:

فَهُوَ في عيشَةٍ راضِيَةٍ

“Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.”

Mereka yang berat timbangannya seperti yang disebut dalam ayat sebelum ini, mereka akan berada di dalam keadaan:

عيشَةٍ

Ia boleh diterjemahkan sebagai ‘kehidupan’ yang tidak ada kerisauan tentang makanan dan teduhan iaitu kehidupan tanpa masalah.

راضِيَةٍ

Seseorang yang suka dan senang dengan apa yang dia ada. Orang itu akan mengalami kehidupan yang langsung tidak ada saat yang tidak baik.

Sebagaimana kita telah pelajari, inilah antara sifat ahli syurga. Balasan mereka amat istimewa, iaitu di sisi Allah SWT. Mereka akan masuk ke dalam syurga Allah SWT dalam keadaan redha dan diredhai.

Ibrah dan Kesimpulan:

Pertama :

Sebagai hamba Allah SWT yang akan melalui proses hari pengadilan, kita bukan sahaja perlu berusaha membuat kebaikan.

Namun hendaklah berhati-hati dengan agar amalan yang dibuat tidak menjadi sia-sia kerana tidak ikhlas dan menepati syariat Allah SWT dan Rasul.

Kedua :

Sesungguhnya di hari akhirat nanti, timbangan kita akan menurut kepada amal kebaikan yang kita lakukan. Oleh itu banyakkan amal baik dan sentiasa menjauhi perkara palsu yang mengundang amalan yang sia-sia.

Ketiga :

Bersabar lah dalam berusaha membuat kebaikan. Kerana janji Allah SWT itu benar. Iaitu balasan yang sangat besar bagi hamba Allah SWT yang berjaya, iaitu sangat berpuas hari ( redha ) dengan balasan syurga yang disediakan.

Orang Islam ( berserah diri kepada Allah SWT ), laa khaufun a’layhim walahum yakhzanun.. = tidak ada kerisauan dan kesedihan.

Amalan berat tetapi berpindah kepada orang lain dan tidak menjadi milik kita. Maka, berhati-hatilah terhadap perbuatan kita terhadap orang lain pula:

Daripada Abu Hurairah r.a., ia berkata, “RasululLah SAW bersabda, “Sesiapa yang pernah berbuat aniaya (zalim) terhadap kehormatan saudaranya atau sesuatu apa pun, hendaklah dia meminta dihalalkan (maaf) pada hari ini (di dunia) sebelum datang hari yang ketika itu tidak bermanfaat dinar dan dirham. Jika tidak dia lakukan, maka (nanti pada hari kiamat) bila dia memiliki amal soleh akan diambil daripadanya sebanyak kezalimannya. Apabila dia tidak memiliki kebaikan lagi, keburukan saudaranya yang dizaliminya itu akan diambil lalu ditimpakan kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, No Hadis 2449).

Allahu a’lam.

Hiasilah Percakapanmu

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
[Motivasi Diri]

زِن كلامك في كل أمور حياتك

Hiasilah percakapanmu dalam setiap urusan hidupmu

وَ اجعل مراعاة شعور الآخرين جزءاً من شخصيتك

Jadikan usaha menjaga perasaan orang lain sebahagian dari perilakumu

حتى لا يأتي يوم تجدك فيه وحيداً مع جُرحك

Agar tidak datang satu hari kelak, kamu keseorangan dengan keperitanmu

فلا ترقص على جراح الآخرين ..

Dan jangan kamu menari kegembiraan atas penderitaan orang lain

كي لا يأتي يوم تجد فيه من يرقص على جرحك!

Agar tidak datang suatu hari nanti orang lain menari di atas penderitaan mu…

(Terjemahan Ust Fikri Alamghiri)

Disalin dari http://bit.ly/1R3RXhN

__
Sertai Channel @BroSyariefShares << KLIK #Sebarkan #Kongsikan


UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2436.

Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Nabi S.A.W. bersabda: “Mahukah kamu sekalian ku beritahukan siapa penduduk syurga?” Jawab para sahabat, “Tentu, ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Orang-orang daif bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepada-Nya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah.” Kemudian beliau bertanya pula, “Mahukah kamu ku beritahukan siapa penduduk neraka?” Jawab mereka, “Tentu!” Sabda beliau, “Setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, mewah namun kikir dan sombong.”

Dr Hafiz

1

Nama Penuh

Hafiz Bin Sulaiman

Nama Pena

Dr Hafiz

Pendidikan

  • MBBS (IIUM) – Perubatan am.
  • Cert American Academy of Aesthetic of Aesthetic Medicine (USA)

Kursus, bengkel dan seminar di dalam dan luar negara

India (Nutritional Medicine) Bangkok ( Aesthetic & Regenerative Medicine) Korea (Regenerative medicine)

Penglibatan Dalam Pertubuhan Profesional

  • AJK Pusat, Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
  • Pengerusi, Kelab PERDIM Wellness.
  • Pengarah, Biro Pendidikan dan Pembangunan, Koperasi Doktor Bumiputera (KDB).
  • Ahli Seumur hidup, Medical Practioner Coalition Association of Malaysia (MPCAM)
  • Ahli, Association of Integrative Medicine Malaysia (AIMM) di bawah naungan FCNMAM
  • Ahli, Indian Nutritional Medicine Association (INMA).
  • Ahli, Tissue Engineering Society Malaysia (TESMA).
  • Ahli, Society for Anti Ageing, Aesthetic and Regenerative Medicine (SAAARM).
  • Ahli, Society for Advancement of Hormone and Healthy Ageing Malaysia (SAHAMM).

Profesion

  • Doktor Perubatan “Functional” dan Integratif
  • Penceramah tetap Anakku Alhafiz – Sudah memberi lebih 20 ceramah kesihatan minda di seminar hafazan al-quran dan Pendidikan awal anak-anak.
  • Penceramah kesihatan bebas di badan NGO dan juga korporat.
  • Memberi kesedaran kesihatan umum melalui media social terutamanya di blog kesihatan “Biar Makanan Jadi Ubatku” dan facebook peribadi.

Minat mendalam

  • Rawatan alergi, alahan dan autoimun secara integrasi terutamanya melalui perubatan nutrisi secara saintifik.
  • Rawatan sakit sendi dan tulang menggunakan terapi intergasi termasuk perubatan regeneratif secara saintifik.
  • Rawatan masalah kesihatan sistem pencernaan dan kesihatan mental menggunakan terapi nutrisi dan ortomolekular serta detoksifikasi secara saintifik.
  • Membuat formulasi tersendiri produk makanan kesihatan dan kecantikan.

Pusat Rawatan

  • The Biohealer, seksyen 13 Shah Alam.
  • Klinik Zara Malim Jaya, Melaka.
  • Klinik Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Laman web

http://www.thebiohealer.com/blog-kesihatan

Ulat Buku: Kitab Al-Muhalla

0

Dikongsi Oleh: Abu Muhammad Al-‘Izz

Imam Ibnu Hazm rahimahullah merupakan Ulama Mujtahid yang diakui keilmuannya oleh para sarjana Islam lain. Adapun fatwa-fatwa merupakan ijtihad beliau sebagai seorang mujtahid.

Hasil karya beliau boleh didapati dalam kitab beliau yang terkenal iaitu Al-Muhalla المحلى.

Anda boleh memiliki karya agung beliau ini dengan harga promosi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kitab Al-Muhalla المحلى

Karya agung Imam Ibnu Hazm rahimahullah.

Tahqiq: Syeikh Ahmad Muhammad Syakir.

Terbitan Pustaka Azzam
Edisi terjemahan
18 Jilid lengkap.

Harga market RM1,500.00++

Harga Promosi RM1,100.00/set.
(Jimat RM400.00++)

Kos pos laju semenanjung, RM38.00
Sabah/Sarawak kos pos RM115.00

Sinopsis Kitab:

Terjemahan edisi lengkap dari kitab” Al Muhalla” karya Al Imam Ibnu Hazm Al Andalusi rahimahullah. Salah satu Ulama besar Ahlus Sunah madzab Zhahiriyyah. Tingginya Ilmu beliau diakui oleh ulama-ulama lainnya.

Syaikh Izzuddin bin Abdus Salam rahimahullah berkata, “Ibnu Hazm termasuk ulama mujtahid, aku tidak pernah melihat kitab yang membicarakan tentang keislaman seperti kitab Al Muhalla karya Ibnu Hazm dan kitab Al Mughni karya Ibnu Qudamah Al Maqdisi.”

Imam Adz Dzahabi rahimahullah berkata, “Apa yang dikatakan Syaikh Izzudin bin Abdussalam adalah benar. Dan kitab ketiga setelah kedua kitab tersebut adalah Sunan Al Kubra karya Al Baihaqi rahimahullah, sedangkan yang keempat adalah At-Tamhid karya Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah. Barangsiapa yang boleh mendapatkan kitab-kitab ini dan dia termasuk mufti yang paling cerdas dan kemudian dia terus mempelajarinya, maka dia akan menjadi orang yang benar-benar faqih.”

kitab Al Muhalla ini adalah karya terbesar Imam Ibnu Hazm rahimahullah dalam masalah fiqh yang terbilang langka dan jarang dikenal di masyarakat . Disajikan dalam bentuk yang unik dan khas berbeza dengan kitab fiqih lainnya.

Ibnu Hazm rahimahullah menguraikan permasalahan fiqh satu per satu dengan penomboran pada setiap masalah dengan disertai huraian jawalan dengan hujjah yang kukuh, tanpa pengklasifikasian tiap permasalahan dalam subjudul tertentu.

Dapatkan segera naskah anda.
*Ada 2 set sahaja*

Whatsapp 011-15185277
Whatsapp 011-15185277

Jazakallahu khoiran.

TKK 131/131: al-Mahdi, Metos atau Realiti?

0

 

Bahagian 3 : al-Mahdi, Metos atau Realiti?

 

Pertama: al-Mahdi cuma metos

Kelompok pertama: al-Mahdi tidak wujud, yang sebenarnya al-Mahdi adalah Isa putra Maryam, Jesus son of Mary. Ini pendapat Mujahid, murid Ibn Abbas dan Imam Hasan al-Basri. Mereka berhujah dengan hadith:


ولا المَهْديُّ إلَّا عيسَى ابنُ مريَمَ
“Tidak ada di sana al-Mahdi kecuali ianya hanya Isa bin Maryam” dhaif Ibn Majah oleh al-Albani


الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 805 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جداً إلا جملة الساعة

 

Turut melemahkan hadith tersebut ialah al-Zahabi, al-Qurthubi, al-Baihaqi, Ibn Katsir dalam al-Fitan. Menurut al-Syun’ani, ia hadith palsu. Maka metos Mahdi adalah Jesus adalah pendapat Hasan al-Basri dan mujahid yang disahkan syubhah.

 

Yang sahih: Jesus (Isa) dan al-Mahdi dua tokoh yang berlainan. Jesus nabi yang maksum, ia turun untuk umat Yahudi dan Kristian, manakala al-Mahdi untuk umat Islam yang berjumlah berjuta.
( Dr Ahmad al-Mubayyad, Mawsuu’ah fil Fitan, 586, Mu’assasah Mukhtar, Cairo)

Popular

Iklan

Iklan