Utama Blog Halaman 110

Pertolongan Ahli Keluarga Kepada Penghuni Neraka

0

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4854.

Dari Atha’ ibnu Yasar dari Abu Sa’id Al-Khudry berkata: “Rasulullah S.A.W bersabda: “Perdebatan sebahagian dari kamu di dalam menuntut haknya ketika masih di dunia tidak setegang perdebatan sebahagian kaum mukmin kepada Tuhannya ketika membela saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.

Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dulu juga melakukan solat, puasa dan haji bersama kami; tetapi mengapa Engkau memasukkan mereka ke dalam neraka?” Tuhan berfirman: “Pergilah kalian dan keluarkanlah siapa saja yang kalian kenal dari ahli neraka itu.” Maka mereka mendatangi saudara-saudara mereka dan mereka masih dapat mengenali saudara-, saudara mereka dari wajahnya. Diantara ahli neraka itu ada yang terkena api neraka sampai separuh betisnya, ada yang terkena api neraka sampai mata kakinya; kemudian mereka mengeluarkan saudara-saudara mereka dari neraka.

Selanjutnya kata mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan orang-orang yang Engkau perintahkan pada kami.” Tuhan berfirman: “Keluarkan pula orang yang di dalam hatinya ada iman walupun seberat zarah.” Kemudian Tuhan berfirman: “Keluarkan pula orang yang di dalam hatinya masih ada iman walaupun separuh zarah” Kemudian Tuhan berfirman: “Dan keluarkan pula orangorang yang di dalam hatinya masih ada iman walau seberat apapun yang paling lembut.”

Abu Said berkata: “Barang siapa yang tidak percaya hadis tersebut, maka hendaklah dia membaca ayat ini: “Innallaha laa yaghfiru ay yusyraka bihii wa yagfiru maa duuna dzaalika limay yasyaau wa may yusyrik billahi faqadiftaraa itsman ‘adhiiman” (Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik. Dia mengampuni segala dosa yang selain syirik, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa besar).

JIKA SULIT MENANGIS KERANA ALLAH

0

{ Jika Sulit Menangis Kerana Allah }

Menangis kerana Allah adalah salah satu tanda dan bukti keimanan karena tangisan ini tidak bisa direkacipta dan anda tidak boleh ingin dan mengatur tangisan ini. Ia muncul dari mata air lubuk hati yang paling dalam, rasa takut kepada Allah dan mengharap ampun serta ridha-Nya.

Tidak Pernah seumur hidup menangis kerana Allah, maka adalah musibah besar yang banyak orang tidak tahu, pura-pura lupa bahkan tidak peduli. Ini menunjukkan hatinya keras, tidak boleh tersentuh oleh kebaikan dan hanifnya iman. Ini karena banyaknya maksiat sehingga perlu segera berubat ke doktor hati yaitu ulama, dibawa ke pekuburan, mengelus kepala anak yatim.

Cukuplah hadits Rasulullah sebagai pengingat, Nabi MuhammadShallallâhu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

عرضت عليَّ الجنة والنار فلم أر كاليوم من الخير والشر ولو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيراً فما أتى على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم أشد منه غطوا رؤوسهم ولهم خنين

Surga dan neraka ditampakkan kepadaku, maka aku tidak melihat kebaikan dan keburukan seperti hari ini. Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, kamu benar-benar akan sedikit tertawa dan banyak menangis”.

Anas bin Malik radhiyallâhu’anhu –perawi hadits ini- mengatakan, “Tidaklah ada satu hari pun yang lebih berat bagi para Sahabat selain hari itu. Mereka menutupi kepala mereka sambil menangis sesenggukan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jika masih saja sulit menangis karena Allah?

Maka tangisilah diri kita, tangisilah hati kita yang mungkin sudah mati dan tangisilah jiwa kita yang tidak boleh menampung sedikit saja titisan keimanan, serta tangisilah mayat badan kita yang kita seret berjalan merajalela di muka bumi karena ia hakikatnya telah mati. Semoga dengan menangisi diri kita, Allah berkenan membuka sedikit hidayah kemudian menancapkannya dan berputik direlung hati hamba yang berjiwa hanif.

Sebagaimana seruan sebuah ayat yang membuat seorang ulama besar Fudhail bin ‘Iyadhrahimahullah bertaubat, yang dulunya beliau adalah kepala perompak yang sangat ditakuti dijazirah Arab, ayat tersebut adalah,

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آَمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belumkah tiba saatnya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka dengan mengingat Allah dan kebenaran yang diturunkan. Dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang sebelumnya yang telah diberikan Al Kitab, masa yang panjang mereka lalui (dengan kelalaian) sehingga hati mereka pun mengeras, dan banyak sekali di antara mereka yang menjadi orang-orang fasik.” (Al Hadid: 16)

Suka menangis karena Allah daripada segalanya

Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma berkata,

لأن أدمع من خشية الله أحب إلي من أن أتصدق بألف دينار

Sungguh, menangis karena takut kepada Allah itu jauh lebih aku sukai daripada berinfak wang seribu dinar!”

Ka’ab Al-Ahbar berkata,

لأن أبكى من خشية الله فتسيل دموعي على وجنتي أحب إلى من أن أتصدق بوزني ذهباً

“Sesungguhnya mengalirnya air mataku sehingga membasahi kedua pipiku karena takut kepada Allah itu lebih aku sukai daripada aku berinfak emas yang besarnya seukuran tubuhku.”

Semoga Bermanfaat

Sumber: Muslimafiyah.com

Oleh: Mutiara Risalah Islam

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran: Tip Ke-12 Cemerlang dengan Zikir

0

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran

Tip 12

Cemerlang dengan Zikrullah

“Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” [ Al-Ahzab: 35 ].

Ibadah dalam bentuk zikir seperti tasbih, tahmid, takbir, selawat, menyebut nama Allah, membaca Al-Quran dan seumpamanya menguatkan dan mendamaikan hati sekali gus membantu individu itu mencapai kejayaan.

Orang yang banyak berzikir kepada Allah adalah “Mereka yang sentiasa mengingati Allah ketika sedang berdiri, duduk dan berbaring.” [ Imam Mujahid ].

Kadar zikir yang paling minimum yang perlu dilakukan adalah melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan rendah hati. “Sesiapa yang melaksanakan solat yang lima dengan melaksanakan segala hak-haknya, dia tergolong dalam golongan lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.” [ Imam Atha ].

Al-Mufarridun adalah golongan lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah. [ Imam Muslim ].

Zikrullah terbaik adalah yang dilakukan dengan hati dan lidah. Namun, jika zikir dengan hati adalah pilihan yang lebih baik.

Berzikir untuk semua

“Telah ijmak ulama tentang keharusan berzikir dengan hati dan lidah bagi semua orang termasuk mereka yang berhadas, yang berjunub, yang haid dan yang nifas, tidak kira sama ada zikir berbentuk tahlil, tahmid, takbir, selawat, doa dan seumpamanya kecuali membaca Al-Quran. Namun, mereka masih boleh membaca Al-Quran di hati dan mereka juga boleh melihat mashaf ketika melakukannya.” [ Imam Nawawi ].

Zikir mendamaikan jiwa

“Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah, hati akan tenang.” [ ar-Ra’d: 28 ].

Zikir yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Namun, ia berbeza dengan meditasi biasa kerana zikir yang dilakukan oleh umat Islam adalah ibadah. Kalimat-kalimat zikir yang disebutkan adalah berdasarkan Al-Quran dan sunah. Selain itu mereka yang berzikir dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah.

Berzikir di dalam Perut Ikan

“Dan sesungguhnya Yunus benar-benar seorang Rasul. Ingatlah ketika dia lari ke kapal yang sarat dengan muatan. Kemudian dia ikut berundi lalu dia termasuk dalam kalangan orang yang kalah dalam undian. Maka, dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka, kalaulah dia tidak termasuk dalam golongan mereka yang banyak bertasbih nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu sampai ke hari manusia dibangkitkan.” [ as-Saffat: 139 ].

Zikir Utama

Zikir utama adalah mengingati Allah dengan melakukan perintah-perintahnya terutamanya yang wajib dan meninggalkan segala larangannya. “Zikir ialah mentaati perintah-perintah Allah. Sesiapa yang tidak mentaati perintah-perintah Allah itu dia tidak berzikir kepada Allah walaupun dia banyak bertasbih, bertahlil dan membaca Al-Quran.” [ Imam Said bin Jubair, al-Asas fit Tafsir ].

“Zikirlah (untuk mengingati) Aku nescaya Aku ingat kepadamu,” bermaksud ‘Ingatlah Aku (Allah) dengan melaksanakan apa yang telah Aku wajibkan nescaya Aku ingat kepadamu dengan apa yang telah Aku janjikan kepadamu.’ [ Imam Hasan Basri, Imam Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim ].

Ledakan Kecemerlangan

Zaikir boleh dikiaskan seperti alap penggilap hati yang berkesan. Apabila kita berzikir, kita seolah-olahnya sedang menggilap hati dan diri kita sendiri menuju kecemerlangan. Bandingkan ini dengan kereta kita yang digilap selalu. Kereta itu sudah pasti sentiasa bersinar. Justeru, denyutkan lah hati dengan zikrullah selalu, walaupun sekadar mengulang-ulang kalimat Subhanallah. Serentak dengan itu, janganlah kita abaikan ibadah-ibadah wajib. Jangan dilupakan pernyataan Allah dalam [ ar-Ra’d: 28 ] yang bermaksud “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.”

Tafsir Surah Ad-Dukhan: Tafsir Ayat Ke-29 hingga Ke-33

0

 

Tafsir Surah Ad-Dukhan

Tafsir Ayat ke-29

فَما بَكَت عَلَيهِمُ السَّماءُ وَالأَرضُ وَما كانوا مُنظَرينَ

Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.

فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ

Mereka itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi

Kematian mereka beramai-ramai itu adalah kejadian yang pelik. Habis semua sekali dalam masa sekejap sahaja tetapi tidak ada sesiapa yang menangisi mereka. Bandingkan, kalau ada yang mati banjir sekarang, siap masuk surat khabar dan orang ramai akan sedih.

Firaun dan pengikutnya tidak dihiraukan kerana tidak ada siapa peduli golongan sampah. Mereka golongan yang hina. Semasa mereka hidup, memang penduduk sekitar memuji dan baik kepada mereka kerana kekuasaan yang ada pada mereka. Namun, apabila mereka mati semuanya, semua penduduk sekitar menarik nafas lega.

Langit dan bumi juga tidak rasa kasihan kepada mereka langsung. Sebenarnya, kalau orang beriman mati, langit dan bumi akan kesedihan. Ini kerana orang beriman itu tidak solat lagi di atasnya, tidak buat kebaikan lagi di atasnya.

Semasa orang beriman itu hidup lagi, amalan mereka diangkat ke langit dan bila dia mati, langit tidak menerima amalan orang itu lagi.

✍🏻Al-Hafiz Abu Ya’la Al-Mausuli mengatakan di dalam kitab musnadnya:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِسْحَاقَ الْبَصْرِيُّ، حَدَّثَنَا مَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُبَيْدَةَ، حَدَّثَنِي يَزِيدُ الرَّقَاشِيُّ، حَدَّثَنِي أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “مَا مِنْ عَبْدٍ إِلَّا وَلَهُ فِي السَّمَاءِ بَابَانِ: بَابٌ يَخْرُجُ مِنْهُ رِزْقُهُ، وَبَابٌ يَدْخُلُ مِنْهُ عَمَلُهُ وَكَلَامُهُ، فَإِذَا مَاتَ فَقَدَاهُ وَبَكَيَا عَلَيْهِ” وَتَلَا هَذِهِ الْآيَةَ: {فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالأرْضُ} وذُكر أَنَّهُمْ لَمْ يَكُونُوا عَمِلُوا عَلَى الْأَرْضِ عَمَلًا صَالِحًا يَبْكِي عَلَيْهِمْ. وَلَمْ يَصْعَدْ لَهُمْ إِلَى السَّمَاءِ مِنْ كَلَامِهِمْ وَلَا مِنْ عَمَلِهِمْ كَلَامٌ طَيِّبٌ، وَلَا عَمَلٌ صَالِحٌ فَتَفْقِدَهُمْ فَتَبْكِيَ عَلَيْهِمْ

telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Ishaq Al-Basri, telah menceritakan kepada kami Makki ibnu Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Ubaidah, telah menceritakan kepadaku Yazid Ar-Raqqasyi, telah menceritakan kepadaku Anas ibnu Malik r.a. dari Nabi SAW yang telah bersabda: Tiada seorang hamba pun melainkan mempunyai dua buah pintu di langit; sebuah pintu untuk jalan turun rezekinya, dan sebuah pintu lagi untuk masuk amal dan ucapannya. Apabila hamba yang bersangkutan meninggal dunia, maka kedua pintu itu merasa kehilangan dia dan menangisi kepergiannya. Lalu Nabi SAW membaca ayat ini: Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka. [ Ad-Dukhan: 29 ].

Menurut suatu riwayat, mereka tidak pernah mengerjakan suatu amal soleh pun di muka bumi ini yang menyebabkan bumi menangisi kepergian mereka. Termasuk juga tiada ucapan dan amal perbuatan mereka yang dinaikkan ke langit, iaitu ucapan yang baik dan amal yang soleh, yang kerananya langit merasa kehilangan mereka, lalu menangisi kepergian mereka.

📍Kisah 1:

Tempat yang kita selalu lakukan amalan baik akan sedih kalau kita tinggalkan mereka. Tahu kah anda kisah pokok tempat Nabi Muhammad ﷺ bersandar semasa beri khutbah? Nabi ﷺ akan bersandar kepada pokok itu semasa beri khutbah sebelum Masjid Nabi ada mimbar.

Apabila mimbar Masjid siap, dan baginda ﷺ tidak lagi bersandar kepada pokok itu. Ini menyebabkan pokok itu menangis kerana Nabi ﷺ sudah tidak lagi bersandar kepadanya. Nabi ﷺ kena peluk pokok itu, barulah pokok itu senyap. Ini disebut dalam hadis yang sahih dan ramai para sahabat yang mendengarnya. Ini adalah salah satu dari kisah mukjizat Nabi Muhammad ﷺ .

Kisah ini mengajar kita bahawa alam ini menyimpan rasa sayang kepada kita apabila kita beramal berdekatan dengannya. Begitu juga, alam ini akan benci kepada kita apabila kita buat maksiat padanya. Ini adalah kerana alam ini beribadat kepada Allah ﷻ dan mereka suka kalau kita beribadat berdekatannya.

📍Kisah ke-2

Satu kisah juga disampaikan kepada kita: bagaimana Arash Allah ﷻ bergegar apabila Saad bin Muaz رضي الله عنه meninggal dunia. Saad adalah ketua kaum dari Yathrib yang mula-mula masuk Islam. Beliau telah memberitahu kepada kaumnya, kalau mereka tidak beriman kepada Allah ﷻ dan Nabi Muhammad ﷺ , beliau tidak akan bercakap dengan mereka selama-lamanya. Petang itu, semua ahli kaumnya telah masuk Islam. Besar sekali jasanya sampaikan apabila beliau meninggal, Arash Allah ﷻ bergegar kerana kesedihan.

✍🏻Nabi SAW bersabda:

اهْتَزَّ الْعَرْشُ لِمَوْتِ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ

Singgasana Allah Azza wa Jalla bergoncang kerana kematian Saad bin Muadz

[HR al-Bukhari]

📌Ini mengajar kita untuk memikirkan apakah kelakuan kita di dunia ini. Apakah yang kita buat dalam dunia dan adakah alam ini akan menangisi kita apabila kita mati nanti? Oleh itu, ke mana sahaja kita pergi, tinggalkan perkara baik di tempat itu. Sebagai contoh, apabila kita pergi ke hutan contohnya, laungkan azan untuk solat. Kemudian solatlah di dalam hutan itu.

Tempat itu akan menjadi saksi untuk kita nanti. Banyakkan juga tempat sujud kerana tempat sujud akan menjadi saksi buat kita nanti kerana alam ini menyaksikan segala perbuatan kita sebenarnya. Janganlah alam ini nanti menjadi saksi atas segala dosa yang kita lakukan di dalamnya.

وَمَا كَانُوا مُنظَرِينَ

dan mereka pula tidak diberi tangguh.

Mereka tidak diberi masa tangguh untuk bertaubat. Masa Firaun dan tenteranya hampir mati kelemasan dalam laut, baru mereka hendak beriman. Termasuklah Firaun sekali tetapi iman mereka tidak diterima waktu itu.

Ini kerana iman yang hanya timbul selepas melihat azab yang dikenakan kepada mereka, atau apabila nyawa sudah di halqum, tidak diterima. Mereka tidak akan diberi peluang. Begitu juga, kalau kita selama ini berbuat dosa dan syirik, dan apabila kita hanya hendak bertaubat apabila nyawa sudah di halqum, ia tidak diterima.

Apabila kita kena azab nanti, kita juga tidak diberi tangguh. Kita tidak boleh hendak minta dengan malaikat supaya jangan seksa kita dulu, tunggu sehari dua dulu, seminit dua pun, tidak. Apabila kita kena seksa, malaikat yang ditugaskan menyeksa, akan terus menyeksa kita.

Tafsir Ayat ke-30

Sekarang Allah ﷻ mengalihkan pandangan kita kepada Bani Israel pula. Ayat ini termasuk dalam jenis Tabshir Duniawi. Natijah yang terjadi apabila seseorang itu mengikuti Rasul mereka.

وَلَقَد نَجَّينا بَني إِسرٰءيلَ مِنَ العَذابِ المُهينِ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israel, dari azab yang menghina,

وَلَقَدْ نَجَّيْنَا بَنِي إِسْرٰءيلَ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israel,

Allah ﷻ mengingatkan kepada orang Yahudi dan kita juga betapa mereka telah diberi rahmat dengan diselamatkan. Mereka dulunya menjadi hamba abdi kepada Firaun dan kaum Qibti dan ditindas oleh kaum itu tetapi Allah ﷻ telah menyelamatkan mereka.

Ini adalah kerana mereka telah mengikut Nabi mereka, Nabi Musa عليه السلام. Jadi mereka telah diberikan dengan keselamatan dari Firaun. Maka kalau kita ikut wahyu, kita juga akan selamat. Walaupun mulanya mungkin susah tetapi yang penting adalah hujungnya. Kalau ada kesusahan dan dugaan, maka kena tanggung dan sabar dahulu.

مِنَ الْعَذَابِ الْمُهِينِ

dari azab yang menghina,

Azab yang dimaksudkan adalah perhambaan ke atas Bani Israel. Ini kerana perhambaan adalah sesuatu yang amat menghinakan. Sudahlah dihambakan, ditambahkan lagi dengan seksaan yang dikenakan ke atas mereka.

Tentunya teruk sekali apa penindasan yang dilakukan oleh Firaun. Antara yang disebut adalah Firaun telah membunuh anak lelaki mereka.

Tafsir Ayat ke-31

Siapakah Firaun dan apakah sifatnya?

مِن فِرعَونَ ۚ إِنَّهُ كانَ عالِيًا مِّنَ المُسرِفينَ

Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).

مِن فِرْعَوْنَ

Dari penindasan Firaun,

Dan mereka juga dikerah untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Antaranya, mereka telah dikerah untuk membina piramid yang kita boleh lihat sampai hari ini dan kerja-kerja berat yang lain. Kalau sudah dijadikan sebagai hamba, maka tentulah mereka kena buat macam-macam.

إِنَّهُ كَانَ عَالِيًا

sesungguhnya dia adalah seorang yang sombong takbur

Dia rasa dia tinggi sangat, sampai dirinya menjadi sombong kerana mempunyai kelebihan kerajaan yang besar dan kekuatan tentera. Selain itu turut memiliki kekuatan ekonomi dan tamadun yang tinggi. Maka kerana itu dia bersikap sangat teruk, berlagak dan sombong hingga orang bawah dia turut jahat sepertinya.

Macam kalau kita lihat pekerja satu syarikat yang sombong, ada kemungkinan ketua syarikat itu begitu juga, kerana orang bawahan akan ikut kelakuan orang atasan. Dalam ayat ini juga Allah ﷻ perli kepada pemuka Quraisy yang terlalu bangga dengan kedudukan mereka.

Namun, adakah mereka sama tahap dengan Firaun? Tentu tidak. Firaun yang hebat itu sangat mudah sahaja Allah ﷻ musnahkan.

مِّنَ الْمُسْرِفِينَ

dari orang-orang yang melampaui batas.

Tidak ada yang melebihinya dalam perangai buruknya. Lihatlah bagaimana teruk sekali seksaan yang diberikan kepada Bani Israel. Dalam Al-Quran telah disebut bagaimana dia telah menyalib keseluruhan ahli sihir yang telah beriman dengan Nabi Musa عليه السلام dan Nabi Harun عليه السلام .

Bilangan mereka dikatakan sampai beribu orang waktu itu dan semuanya sekali telah disalib. Sedangkan isterinya yang beriman turut dia sanggup bunuh, apatah lagi kalau orang lain? Apabila dia buat keburukan, dia buat dalam keadaan melampau lebih lagi dari orang lain. Orang lain turut kejam juga, tetapi tidaklah sekejam Firaun.

Sebelum itu, kita juga telah membaca bagaimana beliau telah mengarahkan seluruh anak lelaki yang baru lahir dari Bani Israel dibunuh kerana dia takut ada penentangnya dari kalangan Bani Israel. Itu amat kejam dan entah apa lagi kekejaman yang dilakukan olehnya yang kita tidak tahu.

Allah ﷻ menegur musyrikin Mekah dengan membawakan kisah Firaun ini. Lihatlah bagaimana kaum musyrikin Mekah juga telah melampau dalam kegiatan mereka menyeksa orang Islam yang beriman dengan Nabi Muhammad ﷺ.

Kisah yang paling selalu masyarakat kita dengar adalah bagaimana Bilal telah dijemur di tengah panas dan ditindih dengan batu. Bukan Bilal sahaja yang diseksa, malah ramai lagi.

Allah ﷻ kisahkan bagaimana Firaun juga kuat menyeksa Bani Israil dan lihatlah bagaimana kesudahannya. Allah ﷻ memberi peringatan kepada kaum musyrikin dalam ayat ini sebenarnya.

Maka hendaklah mereka berhati-hati. Jangan mereka ingat mereka kuat dan mereka boleh terlepas dari hukuman Allah ﷻ .

Tafsir Ayat ke-32

Sekarang disebut tentang bagaimana mereka telah dilebihkan kedudukan mereka daripada bangsa lain pada zaman itu.

وَلَقَدِ اختَرنٰهُم عَلىٰ عِلمٍ عَلَى العٰلَمينَ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) – menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),

وَلَقَدِ اخْتَرْنٰهُمْ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka

Mereka yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Bani Israel. Allah ﷻ telah memberi mereka dengan banyak kelebihan. Begitu banyak sekali kelebihan yang telah diberikan kepada mereka antaranya, paling ramai sekali golongan Rasul dan Nabi adalah daripada golongan mereka.

عَلَىٰ عِلْمٍ

dengan berdasarkan pengetahuan

Allah ﷻ tahu kelebihan dan kekurangan Bani Israel, tetapi Allah ﷻ tetap memberi kelebihan kepada mereka. Ini adalah kerana Allah ﷻ telah memilih mereka di atas pengetahuan-Nya yang sempurna. Maka kita tidak boleh persoalkan pemilihan Allah ﷻ ini. Kita tidak mampu hendak mempersoalkan pilihan Allah ﷻ.

Ada dua pendapat tentang maksud ‘pengetahuan’ dalam ayat ini.

1. Oleh kerana ilmu yang mereka ada iaitu ilmu tentang tauhid, walaupun waktu itu mereka belum mendapat kitab Taurat lagi, dan tidak mahir tentang agama, tetapi mereka telah tahu tentang tauhid, mereka tahu tentang Allah ﷻ .

Mereka juga tahu serba sedikit tentang agama. Mereka tidak sama dengan bangsa Qibti yang mengamalkan agama syirik. Ini kerana pengetahuan agama yang sedikit ini juga, Allah ﷻ telah memilih mereka.

Oleh itu, tahulah kita yang pengetahuan agama lah yang menaikkan kedudukan manusia. Bukannya pengetahuan tentang dunia. Hanya dengan mengetahui agama, seseorang itu akan selamat dunia dan akhirat. Ini menunjukkan kepentingan ilmu.

Malangnya, masyarakat kita buat tidak endah sahaja tentang pengetahuan agama. Kebanyakan manusia lebih pentingkan kepandaian dalam hal-hal dunia. Kalau hal dunia, mereka sibuk mendapatkan ilmunya sampaikan dapat PHD, Master dan sebagainya.

Ini adalah kerana mereka hendakkan kehidupan yang senang, gaji yang tinggi dan sanjungan masyarakat. Namun, bagaimana dengan pengetahuan agama? Mereka tahu sedikit sangat, setakat ada-ada sahaja. Selainnya, mereka serahkan kepada orang lain kerana diri mereka sendiri tidak mahu belajar.

Mereka akan meminta kepada ahli agama untuk menjadi imam, membaca doa, memberi hukum dan sebagainya. Keadaan yang terjadi sekarang dalam kalangan masyarakat kita amat menyedihkan kerana mereka jahil tentang ilmu agama sampai boleh dipesongkan dengan mudah.

2.  Mereka dipilih atas pengetahuan Allah ﷻ. Allah ﷻ tahu yang mereka layak dipilih. Allah ﷻ tahu yang mereka lebih layak lagi dipilih jika dibandingkan dengan Firaun dan kaumnya.

Allah Maha Tahu dan kita tidak tahu. Maka jangan kita persoalkan keputusan Allah ﷻ. Allah ﷻ tahu kelebihan dan kelemahan mereka, tetapi Allah ﷻ tetap pilih mereka. Allah ﷻ pilih mereka walaupun Allah ﷻ tahu yang mereka akan melakukan kesalahan dan tahu yang mereka lemah.

Namun, kerana mereka duduk dengan Nabi, maka mereka telah diberi kelebihan itu. Kenapa Allah ﷻ pilih juga mereka? Katakan lah kita ada anak yang kita tahu mereka pandai.

Oleh itu tentu kita memberi mereka pendidikan yang terbaik. Namun, ada antara mereka yang tidak mahu belajar kerana rasa diri senang sebab tahu kita ada yang akan membantu mereka. Mereka fikir kalau mereka buat salah, tentu ada orang yang akan bantu dan selamatkan mereka.

Namun, kita sebagai ibu bapa tetap memberi peluang kepada mereka, bukan? Allah ﷻ tahu yang Bani Israel adalah bangsa yang pandai. Mereka ada potensi dalam diri mereka dan ada antara mereka yang baik. Namun apabila mereka telah menggagalkan diri mereka, barulah mereka ditinggalkan. Maknanya, Allah ﷻ tetap memberi peluang kepada mereka.

عَلَى الْعٰلَمِينَ

menjadi lebih dari penduduk dunia,

Lihatlah bagaimana Allah ﷻ telah menyelamatkan mereka dari kaum Firaun. Bukan hanya sekumpulan Bani Israel yang diselamatkan tetapi keseluruhan kaum mereka. Malah Allah ﷻ juga telah menghapuskan Firaun dan tenteranya sekali. Termasuk mereka yang telah menyeksa Bani Israel sebelum itu.

Kemudian Allah ﷻ telah memberikan kerajaan Palestin kepada mereka dan pemimpin yang mulia seperti Nabi Daud عليه السلام dan Nabi Sulaiman عليه السلام . Dulunya mereka tertindas, tetapi kemudian Allah ﷻ telah muliakan. Mereka diberikan dengan entah berapa banyak rasul dan Nabi dari kalangan mereka.

Allah ﷻ telah menaikkan kedudukan mereka menjadi umat yang utama melebihi kaum lain waktu zaman mereka. Merekalah sahaja orang Islam waktu itu tetapi pada ketika itu sahaja. Bukanlah mereka terus menjadi umat pilihan sampai sekarang.

Ini kerana apabila mereka telah menyalahgunakan agama, maka kedudukan mereka telah ditarik dan diberikan kepada kita sekarang.

Maka, kita kena beringat dengan kelebihan yang Allah ﷻ telah berikan. Kalau kita juga buat seperti mereka, maka akan ditarik status keislaman kita dan akan diberikan kepada orang lain. Tidakkah ini amat menakutkan?

Oleh kerana itu Allah ﷻ banyak sebut tentang mereka dalam Al-Quran kerana hendak memberi peringatan kepada kita supaya jangan jadi seperti mereka.

Tafsir Ayat ke-33

Tambahan maklumat tentang apakah lagi yang telah diberikan kepada Bani Israel.

وَءآتَينٰهُم مِنَ الآيٰتِ ما فيهِ بَلٰؤا مُّبينٌ

Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka).

وَءآتَيْنٰهُم مِّنَ الْآيٰتِ

Dan Kami berikan kepada mereka daripada tanda-tanda

Ia adalah hujah-hujah, keterangan-keterangan dan mukjizat-mukjizat yang berbeza dengan hukum alam. Tanda-tanda yang dimaksudkan adalah mukjizat-mukjizat. Banyak mukjizat telah ditunjukkan kepada mereka. Antaranya:

▪️ Tongkat Nabi Musa عليه السلام menjadi ular.

▪️ Tangan Nabi Musa عليه السلام bercahaya.

▪️Laut terbelah dua dan mereka menyeberanginya dengan selamat.

▪️Nabi Musa عليه السلام memukul tongkat yang mengeluarkan air untuk minuman mereka.

Terdapat banyak lagi tanda-tanda yang telah diberikan kepada mereka. Semua tanda-tanda itu boleh dilihat dengan mata kepala mereka sendiri.

مَا فِيهِ بَلٰؤا مُّبِينٌ

yang mengandungi ujian yang jelas nyata

Tanda-tanda mukjizat itu adalah sebagai ujian kepada mereka. Apakah ujian itu? Ia adalah sama ada hendak bersyukur dan mengikut arahan Nabi Musa عليه السلام serta beriman kepada Allah ﷻ atau tidak. Bukan senang-senang sahaja Allah ﷻ beri tanda-tanda itu.

Ini memberi peringatan kepada kita. Walaupun satu-satu bangsa itu diberikan nikmat agama, tetapi dalam masa yang sama, mereka akan diuji dalam agama. Tidak ada yang tidak diuji. Ketika zaman itu, Bani Israel adalah umat Islam.

Pada masa sekarang, kitalah pula umat Islam yang memegang agama Islam. Kita sekarang sedang diuji sama ada kita akan bertanggungjawab dalam memegang agama Allah ﷻ ini. Kita juga diuji sama ada kita bersyukur atau tidak dengan kedudukan tinggi yang Allah ﷻ berikan kepada kita sebagai umat Islam. Ini adalah satu ujian dan tanggungjawab yang tinggi.

Adakah kita sedar tentang perkara ini? Adakah kita sedang menjalankan tanggungjawab kita? Adakah kita sedang sampaikan agama tauhid ini kepada seluruh manusia? Kalau tidak, ada masalah di situ kerana berkali-kali dalam Al-Quran Allah ﷻ menyuruh kita sampaikan kerana ini adalah tanggungjawab kita.

Kalimah بَلَاءٌ juga boleh diterjemahkan sebagai ‘nikmat’. Ini kerana ia adalah satu perkataan yang boleh ada maksud yang berlawanan. Jadi kalau begitu, kita boleh terjemah ayat ini: “yang mengandungi nikmat yang jelas” iaitu Bani Israel telah diberikan dengan kelebihan-kelebihan yang tidak diberikan kepada bangsa lain.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat 29-33)

📍Adakah pokok yang sama menangis dan berjalan menemui Nabi SAW?

🔵Tidak

📍Apakah pokok kalau kita tebang akan merasa sakit juga?

🔵Ada kajian mengatakan pokok juga ada kesan dengan perbuatan kita. Namun tidak mengapa sebab memang semua di atas dunia untuk kita gunakan. Binatang pun sakit juga tetapi memang sudah makanan kita.

📍Adakah berkaitan dengan surah al-Zalzalah yang bumi akan ditanya tentang amalan?

🔵Ya, ada kaitan. Bumi memang perhati sahaja apa yang kita sedang buat.

📍Jika kita buat kerosakan kepada bumi, adakah bumi akan mengadu nanti?

🔵Ya, bumi memang antara saksi.

📍Bagaimana kalau pemerintah Islam gagal perbetulkan aqidah orang Muslim?

🔵Pemerintah seperti bapa kepada rakyat. Nanti akan ditanya di hadapan Allah SWT.

📍Bolehkah kita menegur ustaz yang sibuk berdakwah untuk perbetulkan salat, jihad tetapi gagal mengajar aqidah sahih?

🔵Boleh kalau mampu lakukan.

📍 Adakah kita yang akan ditanya dulu kalau aqidah kerabat sendiri tidak dapat dibetulkan dan mereka juga telah mempunyai keluarga sendiri?

🔵Ya, masih ditanya tetapi orang perempuan tidak kena lah. Orang perempuan tiada kewajiban dakwah.

📍Maksudnya orang perempuan tidak dipertanggungjawabkan dengan urusan dakwah termasuklah dakwah kepada suami dan anak-anaknya?

🔵 Tidak. Kalau dia buat, maka pahala bonus untuk dia.

📍Benarkah kalau kita sudah sampaikan dan mereka tidak hiraukan, kita tidak akan ditanya?

🔵Ya, benar.

📍Maksud dari ayat ini Mesir akan diberikan kepada orang lain pula bermaksud akan ada Nabi lain yang akan berdakwah selepas hijrahnya Nabi Musa?

👉🏼Dia tidak benarkan sesiapa tinggal. Beginilah cara Allah ﷻ jadikan supaya mereka semua sekali keluar. Sebab Allah ﷻ hendak musnahkan mereka semua sekali. Allah ﷻ mahu mengeluarkan mereka semua sekali dari Mesir dan mereka akan dimusnahkan. Maka Mesir tidak terganggu dan akan diberikan kepada orang lain pula.

🔵Memang akan ada penduduk lain. Nabi lain pun mungkin ada kerana dalil umum setiap umat ada nabi-nabinya. Cuma nama nya kita tidak tahu.

📍Sejak Nabi manakah mansuhnya ilmu sihir ini?

🔵Ilmu sihir tidak pernah halal, jadi tidak pernah dimansuhkan.

📍Maksud bergegar di bawah ini adakah seperti terjadi gempa bumi?

Petang itu, semua ahli kaumnya telah masuk Islam. Besar sekali jasanya sampaikan apabila beliau meninggal, Arash Allah ﷻ bergegar kerana kesedihan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اهْتَزَّ الْعَرْشُ لِمَوْتِ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ

Singgasana Allah Azza wa Jalla bergoncang kerana kematian Saad bin Muadz [HR al-Bukhari].

🔵Arash gegar tidak tahu kerana rupa Arasy pun kita tidak tahu.

📍Adakah hadis ini mengatakan setiap orang bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri?

“Setiap dari kamu adalah pengembala (pemimpin) dan akan dipertanggungjawabkan ke atas gembalaannya (orang bawahannya)…”

🔵Tanggungjawab mengurus dan mendidik.

Allahu a’lam.

 

Belajar 33 tahun, hanya mendapat 8 Hal

0

Belajar Selama 33 tahun, hanya mendapat 8 Hal

Suatu hari, Imam Syaqiq Al-Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama Hatim Al-Ashom:

■ Imam Syaqiq : “Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu dariku?”.

  • “Sudah 33 tahun”, jawab Hatim.

■ “Apa yang telah engkau pelajari, selama 33 tahun ini?”, tanya Imam Syaqiq.

  • “Hanya 8 hal “, jawab Hatim.

■ “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun !

Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu, namun engkau hanya mempelajari 8 hal dariku?”, Ucap Imam Syaqiq hairan.

  • “Benar Ya, Syeikh, aku hanya mempelajari 8 hal sahaja, aku tidak mahu mendustai anda”, jawab Hatim.

■ “Cuba sebutkan 8 hal yang telah kau pelajari itu !”,pinta Imam Syaqiq.

  • Hatim Al-Ashom pun berkata :

♥ Pertama:

Kulihat setiap manusia memiliki seorang kekasih. Ketika dia mati, kekasihnya ikut menghantarkannya hingga ke kubur, lalu meninggalkannya sendirian di sana.

○ Maka, Aku lebih memilih amal kebajikan sebagai kekasihku, sehingga ketika nanti Aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku.

♥ Kedua :

Aku merenungkan firman Allah:

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabb-Nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka syurga-lah yang akan menjadi tempat tinggalnya” [ An Naazi’aat [79]: 40-41].

○ Aku sedar, bahawa Firman Allah pasti-lah benar, Maka aku pun berjuang untuk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kepada Allah.

♥ Ketiga :

Ku perhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yang mereka miliki, lalu kupelajari Firman Allah:

“Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.” [An-Nahl [16]: 96 ].

○ Maka setiap kali aku memperoleh sesuatu yg berharga, aku pun sedekahkannya di jalan Allah, agar hartaku selalu tetap terjaga di sisi-Nya.

♥ Keempat :

Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan nasab. Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tidak ada apa-apanya, di kala aku membaca firman Allah:

“Sesungguhnya, orang yang paling mulia di sisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa (kepada Allah) di antara kalian.” [Al-Hujurat [49]: 13].

○ Kerana itulah, aku pun beramal untuk mewujudkan taqwa, agar aku memperoleh kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta’ala.

♥ Kelima :

Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan sumber semua itu adalah hasad (kedengkian). Lalu aku mempelajari wahyu Allah:

Kami telah membagikan untuk penghidupan mereka di alam dunia.” [ Az-Zukhruf [43]: 32 ].

○ Akupun sedar, bahawa semuanya telah dibagi oleh Allah. Maka aku tinggalkan sifat hasad (dengki), ku jauhi manusia, dan aku tidak bermusuhan dengan seorang pun.

♥ Keenam :

Kulihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal Allah telah berfirman:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh (mu).” [ Al-Fathir [35]: 6 ].

○ Oleh sebab itu, kutinggalkan permusuhan dengan manusia dan kujadikan syaitan sebagai satu-satunya musuhku. Aku selalu mewaspadainya dengan sekuat tenaga, sebab Allah sendiri yang telah menjadikan syaitan sebagai musuhku.

Ketujuh :

Aku melihat setiap orang hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dengan melakukan hal-hal yang diharamkan oleh Allah. Lalu kuperhatikan firman Allah:

“Dan tiada satu pun binatang melata di bumi, melainkan Allah telah menanggung rezekinya.”[ Hud [11]: 6 ].

○ Aku sedar, bahawa diriku adalah salah satu dari yang melata itu, dan Allah Ta’ala telah menjamin rezeki ku. Oleh karena itu, ku sibukkan diriku untuk menunaikan kewajiban yang telah di berikan oleh Allah dan aku tidak pernah merisaukan sesuatu yang telah dijamin oleh Allah untukku.

♥ Kelapan :

Aku melihat semua orang bergantung kepada Makhluk Allah. Ada yg bergantung kepada ladangnya, bergantung kepada perniagaannya, bergantung kepada pekerjaannya, dan bergantung kepada kesihatan jasmaninya. Aku pun kembali kepada firman Allah:

“Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (segala keperluan)-nya. [ Ath-Thalaq [65]: 3 ].

○ Oleh kerana itulah, aku pun bertawakkal (bergantung) kepada Allah yang Maha Perkasa dan Maha Agung, dan Allah pun mencukupi semua keperluanku.

■ Mendengar jawaban dari Hatim Al Ashum tersebut kemudian Imam Syaqiq Al Balkhi berkata :

“Wahai Hatim, semoga Allah memberimu Taufiq. Aku telah mempelajari Zabur, Taurat, Injil dan Al- Quran dan kutemukan bahawa semua jenis kebaikan dan ajaran agama, berkisar pada 8 hal yang tadi telah engkau sampaikan. Barang siapa mengamalkan 8 hal tersebut. Maka bererti, dia telah mengamalkan isi dari 4 kitab suci.”

“MENGAPA KITA SERING “LETIH” DI DUNIA INI…?”

0
Tazkirah ringkas dari team UiTO Klik di aplikasi Telegram @Tazkirah Channel Rasmi @UiTO2017

TAZKIRAH HARIAN UiTO:

“MENGAPA KITA SERING “LETIH” DI DUNIA INI…?”

Beginilah al-Qur’an bertutur, membuat sebuah panduan yang berharga untuk setiap muslim, bahwa apa yang kita tuju menentukan cara kita untuk sampai kepadanya……

(1). URUSAN Berdzikir (Sholat), perintahnya adalah “Berlarilah!”

“Wahai orang yang beriman, apabila kalian diseru untuk menunaikan sholat Jum’at, maka BERLARILAH kalian MENGINGAT Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (QS. Al-Jum’ah : 9)

(2). URUSAN Melakukan Kebaikan, perintahnya adalah “Berlombalah!”

“Maka BERLOMBA-LOMBALAH dalam berbuat KEBAIKAN.” (QS. Al-Baqarah : 148)

(3). URUSAN Meraih Ampunan, perintahnya adalah “Bersegeralah!”

“Dan BERSEGERALAH kamu menuju AMPUNAN dari Tuhanmu dan menuju SURGA…” (QS. Ali Imron : 133)

(4). URUSAN Menuju Allah, perintahnya adalah “Berlarilah dengan cepat!”

“Maka BERLARILAH kembali ta’at kepada ALLAH.” (QS. Adz-Dzaariyat : 50)

(5). TAPI… URUSAN Menjemput Rizki (Duniawi), perintahnya HANYALAH “Berjalanlah!”

“Dialah yang menjadikan bumi mudah bagimu, maka BERJALANLAH di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari RIZKI-Nya.” (QS. Al-Mulk : 15)

Semestinya kita memahami, bila kita perlu BERLARI, atau menambah kecepatan lari kita, atau bahkan CUKUP BERJALAN saja.

Jangan-jangan, selama ini kita merasa letih, karena MALAH berlari mengejar dunia yang seharusnya CUKUP DENGAN BERJALAN..

Ya Allah, bimbinglah kami…!

Wallaahu a’lam bish shawwab..

SEHARI TANPA MELIHAT MUSHAF

0

SEHARI TANPA MELIHAT MUSHAF

Imam al-Bayhaqi menukilkan pesanas ‘Utsman ibn ‘Affan radhiyalLaahu ‘anhu,

لو أن قلوبنا طهرت ما شبعنا من كلام ربِّنا،

Seandainya hati-hati kita telah benar-benar suci, kita tidak akan pernah kenyang dari kalam tuhan kita,

وإني لأكره أن يأتي عليَّ يوم لا أنظر في المصحف.

Dan sungguh aku sangat membenci akan berlalunya sehari (dalam hidupku) tanpa aku melihat kepada mushaf (membaca al-Quran).

[Syu’ab al-Iman]

#BroSyariefShares

[BAYAN LINNAS SIRI KE – 42: G25 DAN ISU KHALWAT]

“Ketahuilah kita bahawa dakwaan khalwat merupakan dosa peribadi adalah tidak tepat. Bahkan ia merupakan dosa yang melibatkan dua pihak bahkan lebih besar apabila melibatkan kerosakan kepada masyarakat. Justeru, menjadi kewajipan bagi penguatkuasa agama untuk mencegah kemungkaran ini.”

Baru-baru ini, sebuah NGO telah menggesa supaya hukuman yang dikenakan kepada pesalah khalwat dimansuhkan. Ini kerana, perbuatan khalwat dianggap sebagai dosa peribadi dan bukannya suatu jenayah. Bahkan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan tersebut dianggap sebagai mencabuli hak kebebasan individu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, artikel Bayan Linnas pada kali ini akan membahaskan perkara ini dengan teliti berdasarkan nas-nas Syarak dan pandangan para sarjana Islam agar kekeliruan yang telah timbul dalam masyarakat dapat dilerainkan dengan harmoni.

Baca artikel penuh di pautan laman web PMWP: http://goo.gl/kWfIvl

HIDUP TAK IKUT AL-QURAN TERSANGAT HINA

0
Tazkirah ringkas dari team UiTO Klik di aplikasi Telegram @Tazkirah Channel Rasmi @UiTO2017

TAZKIRAH HARIAN UITO

~Tadabbur Kalamullah 9 Rabiulawal 1437H~

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim” [Surah al-Jumu’ah 5]

#Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang perumpamaan manusia-manusia yang di pertanggungjawapkan dengan ayat-ayat Allah namun memesongkan dengan mengabaikan perintah-perintah Allah. Mereka ialah manusia yang zalim malah amat jauh dari hidayah Allah.

#Kebanyakan kita hanya berusaha menjaga jasad al-Quran. Kita tidak meletakkan al-Quran di lantai, di kerusi atau tempat yang tidak sesuai. Kita turut marah apabila mendengar dan melihat al-Quran dipijak, dikoyak, dibakar atau dibuang. Kita tidak berdiam diri jika al-Quran dihina atau dipermainkan dalam apa bentuk sekalipun.

#Namun amat dikesali kerana segelintir umat Islam hanya menjaga jasad al-Quran, tetapi tidak menghayati kandungannya, menerapkan segala perintah dan larangannya. Umat Islam sensitif dan marah apabila al-Quran dihina, tetapi perbuatan mereka sendiri seolah-olah ‘menghina atau mengetepikan’ al-Quran dengan tidak mengamalkan ajaran di dalamnya.

#Allah menurunkan al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah untuk diamalkan isi kandungannya dalam keluarga, masyarakat dan negara.

#Bagi mereka yang tidak memikul amanah Allah yang diturunkan melalui al-Quran, mereka macam keldai, macam binatang.

Orang yang hidup tak ikut al-Quran tersangat hina disisi Allah swt. Jom hidup dengan al-Quran

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Tazkirah ringkas dari team UiTO
Klik di aplikasi Telegram
@Tazkirah
Channel Rasmi @UiTO2017

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan ke-61

0
Three dimensional map of Malaysia in Malaysian flag colors.

Cikgu Rahim:
Jika anda tidak gembira sebagai rakyat Malaysia, ia bukan salah:

Kerajaan PH
Ekonomi
Majikan
Ibu bapa
Rakan-rakan

Tetapi, salah diri sendiri!
Perubahan bermula dalam diri bukan dengan menyalahkan orang lain.

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan ke-61.

If you aren’t happy with your life, it’s not your:

-parents’ fault
-teachers’ fault
-president’s fault
-the economy’s fault
-your boss’s fault
-society’s fault

It’s YOUR fault and YOUR responsibility.

If you want it to change, do something about it instead of blaming someone.

#CR

@BicaraCR

Solatlah Seolah-olah Yang Kali Terakhir

0
Konsep TABAYYUN & mengutamakan KUALITI, sebelum KUANTITI. #Sebarkan | @BroSyariefShares << KLIK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4171.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Ziyad; mewartakan kepada kami Al-Fudhail bin Sulaiman; mewartakan kepada kami ‘Abdullah bin ‘Utsman bin Khutsaim; mewartakan kepadaku ‘Utsman bin Jubair, Maula Abu Ayyub, dan Abu Ayyub,

dia berkata: “Seseorang datang kepada Nabi S.A.W., lalu berkata: “Ya Rasulullah! Ajarilah aku dan ringkaslah (apa yang kau ajarkan itu.”. Beliau bersabda: “Apabila engkau berdiri dalam solatmu, maka solatlah seolah-olah itu adalah solatmu yang terakhir kalinya. Dan janganlah engkau berbicara dengan ucapan yang membuatmu minta maaf. Dan bulatkanlah tekad untuk memutuskan harapanmu terhadap apa yang dimiliki orang”.Adz-Dzahabiy berkata dalam kitabnya “AtTabaqat”: Majhul. Dan Ibnu Hibban menyebutnya dalam kitab Ats-Tsiqqat”. AlBukhariy dan Abu Hatim berkata: ‘Utsman meriwayatkan hadis dan bapaknya, dari datuknya. Maka saya (‘Abdul-Baqiy) katakan: “Akan tetapi keadaan hadis yang berisi kata-kata yang sangat ringkas dan sangat mengandung hikmah menunjukkan dekatnya dengan tingkatan yang kuat (tsubut). Maka dari itu renungkanlah!!.

{ Membanggakan Diri Karena Siapa? }

Perbedaan antara bangga karena Allah dan bangga karena diri sendiri: bangga karena Allah akan mendahulukan kepentingan perintah-Nya dan yang memerintah (Allah –pent). Aadapun bangga karena diri sendiri akan mendahulukan kesombongan diri dan marah apabila tidak diberi bagian (Ibnul Qoyyim).

(@Dr_malqahtani Dr. Muhammad Sa’id Al Qahthani)

Oleh : Mutiara Risalah Islam

Konsep TABAYYUN & mengutamakan KUALITI, sebelum KUANTITI. #Sebarkan | @BroSyariefShares << KLIK

Popular

Iklan

Iklan