Utama Tazkirah Admin SEHARI TANPA MELIHAT MUSHAF

SEHARI TANPA MELIHAT MUSHAF

168
0
Iklan

SEHARI TANPA MELIHAT MUSHAF

Imam al-Bayhaqi menukilkan pesanas ‘Utsman ibn ‘Affan radhiyalLaahu ‘anhu,

لو أن قلوبنا طهرت ما شبعنا من كلام ربِّنا،

Seandainya hati-hati kita telah benar-benar suci, kita tidak akan pernah kenyang dari kalam tuhan kita,

وإني لأكره أن يأتي عليَّ يوم لا أنظر في المصحف.

Dan sungguh aku sangat membenci akan berlalunya sehari (dalam hidupku) tanpa aku melihat kepada mushaf (membaca al-Quran).

[Syu’ab al-Iman]

#BroSyariefShares

[BAYAN LINNAS SIRI KE – 42: G25 DAN ISU KHALWAT]

“Ketahuilah kita bahawa dakwaan khalwat merupakan dosa peribadi adalah tidak tepat. Bahkan ia merupakan dosa yang melibatkan dua pihak bahkan lebih besar apabila melibatkan kerosakan kepada masyarakat. Justeru, menjadi kewajipan bagi penguatkuasa agama untuk mencegah kemungkaran ini.”

Baru-baru ini, sebuah NGO telah menggesa supaya hukuman yang dikenakan kepada pesalah khalwat dimansuhkan. Ini kerana, perbuatan khalwat dianggap sebagai dosa peribadi dan bukannya suatu jenayah. Bahkan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan tersebut dianggap sebagai mencabuli hak kebebasan individu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, artikel Bayan Linnas pada kali ini akan membahaskan perkara ini dengan teliti berdasarkan nas-nas Syarak dan pandangan para sarjana Islam agar kekeliruan yang telah timbul dalam masyarakat dapat dilerainkan dengan harmoni.

Baca artikel penuh di pautan laman web PMWP: http://goo.gl/kWfIvl

Komen dan Soalan