Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 42 – Talqin Mayat

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 42 – Talqin Mayat

262
0
Iklan

☘️🌿🌿🌿🌿🌿🌿☘️

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 42-1: Talqin Mayat

(تلقين الإنسان بعد موته)

Hadith Abu Umamah رضي الله عنه (Dhaif) Bahagian 1

Talqin menurut bahasa bermaksud mengajar atau memberi tutorial. Menurut istilah pula bermaksud mengajar atau menuntun orang yang sedang nazak atau baru dikuburkan dengan bacaan kalimah-kalimah tertentu. Oleh kerana Al Qurthubi bermazhab Malik, maka kita akan dapat ketahui apakah pendapat beliau dalam isu ini .

ذكر أبو محمد عبد الحق يروي عن أبي أمامة الباهلي قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا مات أحدكم فسويتم عليه التراب . فليقم أحدكم على رأس قبره ، ثم يقول : يا فلان ابن فلانة فإنه يسمع و لا يجيب ، ثم ليقل : يا فلان ابن فلانة الثانية فإنه يستوي قاعداً ، ثم يقول : يا فلان ابن فلانة الثالثة فإنه يقول : أرشدنا رحمك الله ، و لكنكم لا تسمعون . فيقول : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا : شهادة أن لا إله إلا الله ، و أن محمداً رسول الله ، و أنك رضيت بالله رباً ، و بالإسلام ديناً ، و بمحمد صلى الله عليه و سلم نبياً ، و بالقرآن إماماً ، فإن منكراً و نكيراً يتأخر كل واحد منهما . و يقول : انطلق بنا ما يقعدنا عند هذا ، و قد لقن حجته ، و يكون الله حجيجهما دونه . فقال رجل : يا رسول الله فإن لم تعرف أمه ؟ قال : ينسبه إلى أمه حواء .

Terjemahan✍️:
Dinukil oleh Abu Muhammad Abdul Haq Al Isybil, Al Andalus (w. 581H) dalam kitabnya (Al Aqobah, 182):
Daripada Abu Umamah رضي الله عنه katanya: “Apabila saya meninggal dunia, maka lakukanlah untukku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ kepada kami untuk melakukannya terhadap orang-orang yang mati di antara kami dengan sabdanya “Apabila meninggal dunia salah seorang daripada saudara-saudara kamu, kalau kamu ratakan tanah di atas kuburnya maka hendaklah salah seorang daripada kamu bangkit berdiri pada bahagian kepala kuburnya”. Kemudian hendaklah dia berkata, “Wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang yang mati mendengarnya tetapi tidak menjawabnya”. Kemudian dia berkata lagi, “Wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang mati itu berkata, tunjukkanlah kami nescaya Allah ‎ﷻ mengasihanimu, hanya kamu tidak merasakannya”. Maka orang yang berdiri itu hendaklah berkata kepada orang yang mati itu, “Ingatlah apa yang pernah kamu lakukan selama hidup di dunia, seperti kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah ‎ﷻ dan bahawa sesungguhnya Muhammad ﷺ itu adalah hamba dan Rasul-Nya, dan bahawasanya engkau redha bahawa Allah‎ ﷻ adalah tuhanmu, Islam adalah agamamu, Muhammad ﷺ sebagai Nabimu dan Al-Qur’an sebagai Imammu. Sesungguhnya Munkar dan Nakir, setiap satu daripadanya menarik tangan temannya sambil berkata, “Marilah kita pergi menghindar daripada tempat kita di sisi orang yang telah diajarkan hujah. Berkatalah seorang lelaki (setelah mendengar sabda Rasulullah ﷺ): “Jika tidak diketahui nama ibunya?”. Baginda menjawab: “Dinisbahkan kepada ibunya, Hawa”. (Riwayat At-Thabarani, Mu’jam Al-Kabir) .

Hadith Abu Umamah رضي الله عنه (Dhaif) Bahagian 2: Status hadith Talqin

قلت : هكذا ذكره أبو محمد في كتاب العاقبة لم يسنده إلى كتاب و لا إلى إمام ، و عادته في كتبه نسبة ما يذكره من الحديث إلى الأئمة ، و هذا و الله أعلم ، نقله من إحياء علوم الدين للإمام أبي حامد فنقله كما وجد و لم يزد عليه و هو حديث غريب

Saya (Al Qurthubi) katakan: Hadith (Abu Umamah) dinukil oleh Abu Muhammad (Al Isybili) dalam kitabnya Al Aqobah tanpa sanad kepada mana-mana kitab atau Imam, padahal beliau selalu bersanad dalam mengeluarkan sebarang hadith. Kemungkinan besar beliau mengutip daripada kitab Ihya’ Ulumiddin karya Imam Abu Hamid dalam Ihya’ Ulumiddin (4/492), di mana beliau memetik seadanya tanpa ulasan apa-apa. Hadith ini adalah ghareeb (indikasi dhaif di sisi Al Qurthubi sendiri) .

خرجه الثقفي في الأربعين له ، أنبأناه الشيخ المسن الحاج الرواية : أبو محمد عبد الوهاب بن ظافر بن علي بن فتوح بن أبي الحسن القرشي ـ عرف بابن رواح ـ بمسجده بثغر الإسكندرية حماه الله ، و الشيخ الفقيه الإمام مفتي الأنام أبو الحسن علي بن هبة الله الشافعي بمنية ابن خصيب . على ظهر النيل بها قالا جميعاً : حدثنا الشيخ الإمام الحافظ أبو ظاهر أحمد بن محمد بن أحمد بن محمد السلفي الأصبهاني قالا : أخبرنا الرئيس أبو عبد الله القاسم بن الفضل بن أحمد بن محمود الثقفي بأصبهان . أخبرنا أبو علي الحسين بن عبد الرحمن بن محمد بن عبدان التاجر بنيسابور ، حدثنا أبو العباس محمد بن يعقوب الأصم ، حدثنا أبو الدرداء هاشم بن يعلى الأنصاري ، حدثنا عتبة بن السكن الفزاري الحمصي ، عن أبي زكريا ، عن حماد بن زيد ، عن سعيد الأزدي قال : دخلت على أبي أمامة الباهلي و هو في النزع فقال لي : يا سعيد إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه و سلم أن نصنع بموتانا . فقال : إذا مات الرجل منكم فدفنتموه فليقم أحدكم عند رأسه فليقل : يا فلان ابن فلانة فإنه سيسمع

Kemudian Al Qurthubi menukil hadith ini daripada Al Thaqafi ( w. 486 Asfahan Iran, أبو عبد الله القاسم بن الفضل بن أحمد بن أحمد ابن محمود الثقفي الأصبهاني) dalam kitabnya Al Arba’in melalui sanad Ibn Rawah Al Qurashi (Iskandariah, Mesir) daripada Abul Hasan Ali Hibatullah daripada Abu Thahir Al Salafi Al Asbahani daripada Abdullah Al Thaqafi Al Asbaani daripada Ali Al Husin bin Abdul Rahman Al Nisabur daripada Muhammad bin Yaakub Al Asyam daripada Hasyim bin Ya’la Al Ansori daripada Utbah bin Al Sakan Al Himshi daripada Abi Zakariya daripada Hammad bin Zaid daripada Sa’id Al Uzdi daripada Abu Umamah Al Bahili.

Ulasan Al Qurthubi mengenai sanad Al Thaqafi :

حديث أبي أمامة في النزع غريب من حديث حماد بن زيد ما كتبناه إلا من حديث سعيد الأزدي .

“Hadith Abu Umamah mengenai ehwal kematian (naza’) ini adalah ghareeb (dha’if), kami tidak menulisnya melainkan daripada sanad periwayatan Sa’id Al Azdi.

Takhrij dan tahqiq hadith Abu Umamah✍️ :رواه الطبراني في “معجمه الكبير no 7906

الراوي:أبو أمامة الباهلي المحدث:ابن القيم المصدر:تهذيب السنن الجزء أو الصفحة:13/292 حكم المحدث:متفق على ضعفه
الراوي:أبو أمامة الباهلي (اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء(7/327-328) المجموعة الثانية)
قال النووي في ” المجموع ” ( 5 / 304 ) والعراقي في ” تخريج الإحياء ” ( 4 / 420 ) : ” إسناده ضعيف ”

Tahqiq Imam Ibn Qayyim, Tahzib As Suan 12/292, disepakati ahli hadith di zaman beliau akan kedhaifannya
Tahqiq Lajnah Ad Daimah KSA, 7/328, dhaif semua sanad
Tahqiq Al Nawawi, Al Majmu’ 5/302, Al Iraqi, Takhrij Al Ihya’ 4/420, sanadnya dha’if.

Qaul Syaibah bin Abu Syaibah (Dhaif)

قال أبو محمد عبد الحق : و قال شيبة بن أبي شيبة : أوصتني أمي عند موتها . فقالت لي : يا بني إذا دفنتني فقم عند قبري ، و قل يا أم شيبة ، قولي : لا إله إلا الله . ثم انصرف ، فلما كان من الليل رأيتها في المنام فقالت لي : يا بني لقد كدت أن أهلك . لولا أن تداركتني لا إله إلا الله . فلقد حفظتني في وصيتي يا بني .

Berkata Abu Muhammad Abdul Haq (Al Isybili, Andalusia, w. 581H) berkata Syaibah bin Abu Syaibah (menurut Ibn Qayyim, Ar Ruh, bukan Syaibah tetapi Syabib bin Syaibah, Basrah, w. 170H, Thiqah),” Ibuku telah berpesan kepadaku ketika dia di ambang mautnya,” Hai anakku, apabila kamu selesai menguburkan daku, maka berdirilah di sisi kuburku dan ucapkan kepadaku, Wahai ummu Syaibah, ucapkan ( لا إله إلا الله) kemudian beredarlah.”
Maka aku (Syaibah) telah melaksanakan wasiat tersebut. Dan pada malamnya aku bermimpi, ibuku datang kepadaku dan berkata,” Hai anakku, hampir sahaja aku kecelakaan andainya kamu tidak mengajarkan aku ( لا إله إلا الله), kamu telah benar-benar menunaikan wasiatku, wahai anakku.”

Ulasan muhaqqiq✍️: Dr Saddiq Ibrahim, ianya kata-kata tabi’ tabi’in (Syabib) dan ia adalah thabit melalui mimpi, sedangkan mimpi bukanlah sumber hukum fiqh .

Qaul Syaikh Ahmad Al Qurthubi

قال المؤلف : قال شيخنا أبو العباس أحمد بن عمر القرطبي : ينبغي أن يرشد الميت في قبره حيث يوضع فيه إلى جواب السؤال ، و يذكر بذلك فيقال له : قل الله ربي . و الإسلام ديني . و محمد رسولي فإنه عن ذلك يسأل . كما جاءت به الأخبار على ما يأتي إن شاء الله

Barkata guru kami (guru kepada Imam Al Qurthubi), Syaikh Abu Al Abbas Ahmad bin Umar Al Qurthubi ( Iskandariah,W. 656H),” Mayat yang sudah disemadikan dalam kuburnya, hendaklah dibimbing kepada jawapan daripada pertanyaan Mungkar Nakir,” Katakan, Allah Tuhanku, Islam agamaku, dan Muhammad Rasulku.” Sesungguhnya mayat akan ditanya dengan soalan-soalan seperti itu sebagaimana masyhur dalam banyak khabar-khabar .

*✏️ Kesimpulan dalam mazhab Maliki, amalan di Cordova, Talqin mayat adalah dianjurkan .

Hujah mazhab Maliki akan anjuran Talqin Mayat

. و قد جرى العمل عندنا بقرطبة كذلك . فيقال : قل هو محمد رسول الله و ذلك عند هيل التراب و لا يعارض هذا بقوله تعالى : و ما أنت بمسمع من في القبور . و قوله : إنك لا تسمع الموتى لأن النبي صلى الله عليه و سلم قد نادى أهل القليب و أسمعهم و قال : ما أنتم بأسمع . و لكنهم لا يستطيعون جواباً ، و قد قال في الميت : إنه ليسمع قرع نعالهم . و أن هذا يكون في حال دون حال و وقت دون وقت . وسيأتي استيفاء هذا المعنى في باب : ما جاء أن الميت يسمع ما يقال : إن شاء الله .

Amalan talqin mayat memang lumrah diamalkan di Cordova (Sepanyol), yakni mayat akan ditalqinkan, ” Katakan, dia adalah Muhammad Rasulullah ﷺ”. Ia ditalqinkan ketika mayat selesai ditimbus oleh tanah. Bahkan ini tidak bertentangan dengan firman Allah ‎ﷻ ,

وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ

Dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar [ Fathir: 22 ]

فَإِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ

Maka Sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar [ Ar Rum: 52 ]

Antara dalil-dalil di sisi mazhab Maliki bahawa mayat dapat mendengar (talqin):

Hadith pertama: Nabi ﷺ menyeru mayat di telaga Al Qalib (di Badar, berdekatan Madinah), di mana Nabi ﷺ menyeru nama-nama pemimpin besar Quraisy yang terbunuh pada perang Badar yang dibuang ke dalam telaga Al Qalib, para sahabat merasa aneh apakah mayat mampu mendengar panggilan orang hidup, Nabi ﷺ menjelaskan,” (وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ لِمَا أَقُوْلُ مِنْهُمْ وَلَكِنَّهُمْ لاَ يُجِيْبُوْنَ) =”Demi Dzat yang nyawaku berada di tangannya. Kalian tidak lebih mampu mendengar terhadap ucapanku daripada mereka. Namun mereka tidak mampu menjawab” [Sahih Al Bukhari, 1370; Sahih Muslim 2873 daripada Ibn Umar رضي الله عنهما ]

Hadith ke dua: Mayat dapat mendengar bunyi sandal/kasut orang yang meninggalkan kubur
“Hingga dia benar-benar mendengar bunyi sandal mereka beredar (dari kubur) “[ وإنه ليسمعُ قَرْعَ نعالِهم] ( HR Bukhari 1374 ; Muslim 2780 daripada Anas رضي الله عنه )

Radd/bantahan✏️:
1⃣. Hukum asal, mayat tidak dapat mendengar akan apa yang berlaku di alam dunia.
2⃣. Hadith mayat di Badar dapat mendengar adalah khusus untuk Nabi ﷺ sahaja sebagai kehinaan kepada orang kafir Quraish
3⃣.Hadith si mayat dapat mendengar bunyi kasut dan sandal orang yang beredar pulang itu hanya apa yang dikhususkan oleh Nabi ﷺ tidak mencakupi yang lain.
(Fatwa lajnah Ad Daimah, no 7366)

* Dalam fiqh sunnah, mayat tidak mampu mendengar bacaan Talqin.

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Komen dan Soalan