Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula Thaharah: Pembatal Wudhu’

Thaharah: Pembatal Wudhu’

374
0
Iklan

PEMBATAL-PEMBATAL WUDHUโ€™

Sekarang kita masuk ke bahagian perbincangan yang amat p๐Ÿ“šenting, iaitu apakah yang membatalkan wudhuโ€™? Persoalan ini selalu ditanya dan merisaukan pelajar-pelajar. Ini kerana ada banyak maklumat yang berlegar-legar di sekeliling hinggakan tidak pasti: wudhuโ€™ aku ini batal atau tidak? Maka, mari kita masuk ke topik yang amat penting ini.

1. Segala yang keluar dari dua jalan (qubul dan dubur) seperti air kencing, mani, mazi, tahi atau angin.

โœ๐ŸปDalil bahawa kencing dan buang air besar merupakan pembatal wudhuโ€™ dapat dilihat kepada firman Allah ๏ทป,

ุฃูŽูˆู’ ุฌูŽุงุกูŽ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุบูŽุงุฆูุทู

โ€œAtau kembali dari tempat buang airโ€. [ Al-Maidah: 6 ]

Maksud ุงู„ู’ุบูŽุงุฆูุทู adalah kata kiasan bagi tempat buang air, iaitu berak atau kencing.

โœ๐ŸปDalil keluar mani membatalkan wudhuโ€™:

Ibn Abbas a berkata: Berhubung dengan air mani, wajib mandi junub. Mengenai air mazi dan wadi, dia hendaklah membasuh kemaluannya serta berwudhu’
(Hadis Riwayat Abdul Razzaq dalam Musannaf, jil. 1, ms. 159 dengan sanad Sahih)

โœ๐ŸปSedangkan dalil bahawa kentut (sama ada dengan mengeluarkan suara atau pun tidak) membatalkan wudhuโ€™ adalah hadith dari Abu Hurairah ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ bahawa Rasulullah ๏ทบ bersabda,

ุณูŽู…ูุนูŽ ุฃูŽุจูŽุง ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ยซ ู„ุงูŽ ุชูู‚ู’ุจูŽู„ู ุตูŽู„ุงูŽุฉู ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุญู’ุฏูŽุซูŽ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃูŽ ยป . ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ู…ูู†ู’ ุญูŽุถู’ุฑูŽู…ูŽูˆู’ุชูŽ ู…ูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฏูŽุซู ูŠูŽุง ุฃูŽุจูŽุง ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ููุณูŽุงุกูŒ ุฃูŽูˆู’ ุถูุฑูŽุงุทูŒ

โ€œSalat seseorang yang berhadas tidak akan diterima sampai dia berwudhuโ€™.โ€ Lalu ada orang dari Hadhramaut mengatakan, โ€œApa yang dimaksud hadas, wahai Abu Hurairah?โ€ Abu Hurairah pun menjawab,

ููุณูŽุงุกูŒ ุฃูŽูˆู’ ุถูุฑูŽุงุทูŒ

โ€œDi antaranya adalah kentut tanpa suara atau kentut dengan suara.โ€
[ Bukhari no. 135 ]

โœ๐ŸปMazi boleh membatalkan wudhuโ€™ berdasarkan hadith tentang cerita โ€˜Ali bin Abi Thalib ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡. โ€˜Ali mengatakan,

ูƒูู†ู’ุชู ุฑูŽุฌูู„ุงู‹ ู…ูŽุฐูŽู‘ุงุกู‹ ูˆูŽูƒูู†ู’ุชู ุฃูŽุณู’ุชูŽุญู’ูŠูู‰ ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูู‰ูŽู‘ -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ู„ูู…ูŽูƒูŽุงู†ู ุงุจู’ู†ูŽุชูู‡ู ููŽุฃูŽู…ูŽุฑู’ุชู ุงู„ู’ู…ูู‚ู’ุฏูŽุงุฏูŽ ุจู’ู†ูŽ ุงู„ุฃูŽุณู’ูˆูŽุฏู ููŽุณูŽุฃูŽู„ูŽู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ยซ ูŠูŽุบู’ุณูู„ู ุฐูŽูƒูŽุฑูŽู‡ู ูˆูŽูŠูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู ยป.

โ€œAku termasuk orang yang sering keluar mazi. Namun aku malu menanyakan hal ini kepada Nabi ๏ทบ dikeranakan kedudukan anaknya (Fatimah ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ุงโ€Ž ) di sisiku. Lalu aku pun memerintahkan pada Al-Miqdad bin Al-Aswad untuk bertanya kepada Nabi ๏ทบ. Lantas beliau ๏ทบ memberikan jawaban pada Al-Miqdad, โ€œCucilah kemaluannya kemudian suruh ia berwudhuโ€™โ€
[ Bukhari no. 269 dan Muslim no. 303 ]

2. Hilang akal

Para ulamaโ€™ sepakat bahawa pengsan termasuk pembatal wudhuโ€™, walau pun sebentar. Sesiapa yang mengalami pengsan hingga hilang kesedarannya, walau sebentar, maka wudhuโ€™nya batal.

Hilang akal kerana gila dan pengsan atau mabuk atau semacamnya, misalnya pengaruh ubat yang menghilangkan kesedaran, termasuk perkara yang membatalkan wudhuโ€™, baik sebentar atau lama, berdasarkan ijmaโ€™.

Ini kerana orang seperti itu, kesedarannya jauh lebih hilang daripada orang yang tidur, dengan bukti bahawa mereka tidak akan bangun jika diperingatkan. Diwajibkan berwudhuโ€™ bagi orang yang tertidur adalah pertanda bahawa wudhuโ€™ tersebut diwajibkan kepada yang lebih berat dari tidur.

๐Ÿ“Jadi pendapat ini berdasarkan ijmaโ€™ (kesepakatan ulama) dan kita pun tahu bahawa ijmaโ€™ adalah salah satu dari sumber hukum bagi ahli sunnah.

3. Menyentuh kemaluan dengan syahwat.

Ini juga selalu diperbincangkan kerana ada khilaf di kalangan ulamaโ€™ mazhab. Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad ุฑุญู…ูƒู… ุงู„ู„ู‡ mengatakan menyentuh kemaluan membatalkan wudhuโ€™.

โœ๐ŸปDi antara dalil dari pendapat ini adalah hadith daripada Burah binti Shafwan,

ู…ูŽู†ู’ ู…ูŽุณู‘ูŽ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู’

โ€œBarang siapa yang menyentuh kemaluannya, hendaklah dia berwudhuโ€™.โ€
(Abu Daud no. 181, An Nasaโ€™i no. 447, dan At-Tirmizi no. 82. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih)

Syarah:
Nampaknya hadith ini seolah sudah jelas mengatakan bahawa kalau menyentuh kemaluan sahaja, maka wudhuโ€™ turut batal.

โœ๐ŸปAkan tetapi ada juga hadith daripada Thalq bin โ€˜Ali ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ di mana ada seseorang yang mendatangi Rasulullah ๏ทบ lalu bertanya,

ู…ูŽุณูุณู’ุชู ุฐูŽูƒูŽุฑูู‰ ุฃูŽูˆู ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ูŠูŽู…ูŽุณู‘ู ุฐูŽูƒูŽุฑูŽู‡ู ููู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกู ู‚ูŽุงู„ูŽ ยซ ู„ุงูŽ ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ู‡ููˆูŽ ู…ูู†ู’ูƒูŽ

โ€œAku pernah menyentuh kemaluanku atau seseorang ada pula yang menyentuh kemaluannya ketika salat, apakah ia diharuskan untuk wudhuโ€™?โ€ Rasulullah ๏ทบ menjawab, โ€œKemaluanmu itu adalah bahagian darimu.โ€
(Ahmad 4/23. Syaikh Syuโ€™aib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadith ini hasan)

โœ๐ŸปDalam riwayat lain disebutkan bahawa ada seseorang yang mendatangi Rasulullah ๏ทบ, lantas dia bertanya,

ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุชูŽุฑูŽู‰ ููู‰ ุฑูŽุฌูู„ู ู…ูŽุณู‘ูŽ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽู‡ู ููู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ู‚ูŽุงู„ูŽ ยซ ูˆูŽู‡ูŽู„ู’ ู‡ููˆูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูุถู’ุบูŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ูƒูŽ ุฃูŽูˆู’ ุจูŽุถู’ุนูŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ูƒูŽ ยป.

โ€œWahai Rasulullah ๏ทบ, apa pendapatmu mengenai seseorang yang menyentuh kemaluannya ketika salat?โ€ baginda ๏ทบ bersabda, โ€œBukankah kemaluan tersebut hanya sekerat daging darimu atau bahagian daging darimu?โ€
(An Nasaiโ€™ no. 165)

Syaikh Al-Albani ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡โ€Ž mengatakan bahawa hadith ini sahih dan juga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡โ€Ž berhujah dengan hadith ini, maka itu petanda beliau mensahihkannya.

Syarah:
Ini bermaksud, kemaluan itu sama sahaja dengan tubuh badan yang lain, seperti tangan dan kepala. Jadi, sekiranya menyentuh tangan dan kepala tidak membatalkan wudhuโ€™, masa samalah juga dengan menyentuh kemaluan.

Syarah keseluruhan:
Sepertinya ada hadith yang bertentangan di dalam hal ini. Satu dalil mengatakan batal wudhuโ€™ sekiranya menyentuh kemaluan dan satu lagi dalil mengatakan tidak membatalkan wudhuโ€™.

๐Ÿ“Oleh itu ada ulamaโ€™ seperti Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡โ€Ž yang menggabungkan dua hadith ini dan mengatakan: Menyentuh kemaluan membatalkan wudhuโ€™ sekiranya ada syahwat. Maka kalau sentuhan biasa, sebagai contoh hendak membersihkan kemaluan semasa mandi junub, tidaklah membatalkan wudhuโ€™.

4. Memakan daging unta

โœ๐ŸปDalilnya adalah hadith dari Jabir bin Samuroh,

ุฃูŽู†ูŽู‘ ุฑูŽุฌูู„ุงู‹ ุณูŽุฃูŽู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ุฃูŽุฃูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู ู…ูู†ู’ ู„ูุญููˆู…ู ุงู„ู’ุบูŽู†ูŽู…ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ยซ ุฅูู†ู’ ุดูุฆู’ุชูŽ ููŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู’ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุดูุฆู’ุชูŽ ููŽู„ุงูŽ ุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู’ ยป. ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู ู…ูู†ู’ ู„ูุญููˆู…ู ุงู„ุฅูุจูู„ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ยซ ู†ูŽุนูŽู…ู’ ููŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู’ ู…ูู†ู’ ู„ูุญููˆู…ู ุงู„ุฅูุจูู„ู ยป.

โ€œAda seseorang yang bertanya pada Rasulullah ๏ทบ, โ€œApakah aku mesti berwudhuโ€™ setelah memakan daging kambing?โ€ Beliau bersabda, โ€œJika engkau mahu, berwudhuโ€™lah. Namun jika enggan, maka tidak mengapa engkau tidak berwudhuโ€™.โ€ Orang tadi bertanya lagi, โ€œ Apakah seseorang mesti berwudhuโ€™ setelah memakan daging unta?โ€ Beliau bersabda, โ€œya, engkau harus berwudhuโ€™ setelah memakan daging unta.โ€
(Muslim no. 360)

Mungkin soalan yang biasa ditanya: Kenapa memakan daging kambing tidak membatalkan wudhuโ€™, tetapi memakan daging unta membatalkan wudhuโ€™ pula? Hati kita selalunya beginilah, hendak juga tahu kenapa dan mengapa. Sedangkan dalil sudah jelas tetapi kita masih juga hendak tahu.

โœ๐ŸปImam Ibnu Taimiyah (Mazhab Hanbali) menjelaskan:

Pertama:
Kita wajib mengikuti apapun yang disampaikan Allah ๏ทป dan Rasul-Nya tanpa banyak bertanya, sesuai dengan firman Allah ๏ทป:

ูˆู‚ุงู„ ุชุนุงู„ู‰: (ูˆูŽู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูู…ูุคู’ู…ูู†ู ูˆูŽู„ุง ู…ูุคู’ู…ูู†ูŽุฉู ุฅูุฐูŽุง ู‚ูŽุถูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ุฃูŽู…ู’ุฑุงู‹ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ู„ูŽู‡ูู…ู ุงู„ู’ุฎููŠูŽุฑูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑูู‡ูู…ู’ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ุตู ุงู„ู„ู‡ูŽ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูŽู‡ู ููŽู‚ูŽุฏู’ [ุถูŽู„ู‘ูŽ ุถูŽู„ุงู„ุงู‹ ู…ูุจููŠู†ุงู‹) [ุงู„ุฃุญุฒุงุจ:36]

โ€œDan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia telah berbuat sesat, dengan kesesatan yang nyata.โ€
[ Al-Ahzab: 36 ]

Kedua:
Ada juga ulamaโ€™ cuba mencari-cari hikmahnya. Tidaklah salah, tetapi tidak pasti kebenarannya. Ini cuma ijtihad dari para ulamaโ€™ sahaja.

Kemungkinan hikmahnya adalah kerana memakan daging unta menyebabkan adrenalin naik, badan menjadi panas, darah mengalir lebih cepat, dan kerananya orang menjadi cepat marah.

โœ๐ŸปRasulullah ๏ทบ mengatakan, ุงู†ู‡ุง ุฌู† ุฎู„ู‚ุช ู…ู† ุฌู† (sebab unta sejenis jin, ia tercipta dari jin). Oleh kerana itulah, dalam riwayat Abu Daud dikatakan:

ุงู„ุบุถุจ ู…ู† ุงู„ุดูŠุทุงู† ูˆุฅู† ุงู„ุดูŠุทุงู† ู…ู† ุงู„ู†ุงุฑ ูˆุฅู†ู…ุง ุชุทูุฃ ุงู„ู†ุงุฑ ุจุงู„ู…ุงุก ูุฅุฐุง ุบุถุจ ุฃุญุฏูƒู… ูู„ูŠุชูˆุถุฃ

Marah dari syaitan, dan syaitan dari api. Dan sesungguhnya api dapat dipadamkan dengan air. Maka, jika ada di antara kalian yang marah, hendaklah dia berwudhuโ€™.

Sekali lagi disebut, ini adalah percubaan ulamaโ€™ mencari hikmahnya sahaja. Belum pasti tepat.

โ–ช๏ธMazhab Maliki dan Hanbali mengatakan bahawa memakan daging unta otomatik membatalkan wudhuโ€™ berdasarkan hadith di atas.

โ–ช๏ธSedangkan Mazhab Hanafi dan Syafiโ€™iy (qaul jadid), memakan daging unta tidak serta merta membatalkan wudhuโ€™.

Oleh kerana kita jarang dapat peluang makan daging unta, maka jaranglah kita kena mengambil wudhuโ€™ semula kerana memakan daging unta.

5. Tidur Lelap (Dalam Keadaan Tidak Sedar)

Seperti biasa, dalam perkara ini ada khilaf dikalangan ulamaโ€™. Inilah keluasan fiqah yang kita selalu sebutkan. Maka, kita akan bentangkan secara ringkas apakah dalil dan hujah bagi pegangan- pegangan itu dan kemudian kita akan buat konklusi yang manakah pilihan kita.

1๏ธโƒฃ Ada ulamaโ€™ yang mengatakan tidaklah tidur membatalkan wudhuโ€™ secara mutlak. Maksudnya: tidaklah asal tidur sahaja terus batal. Ia hanya berkemungkinan sahaja menjadi batal.

โœ๐ŸปMereka berdalilkan kepada hadith daripada Anas bin Malik,

ุฃูู‚ููŠู…ูŽุชู ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ู -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ูŠูู†ูŽุงุฌูู‰ ุฑูŽุฌูู„ุงู‹ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฒูŽู„ู’ ูŠูู†ูŽุงุฌููŠู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽุงู…ูŽ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ุฌูŽุงุกูŽ ููŽุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุจูู‡ูู…ู’.

โ€œKetika salat hendak ditegakkan, Nabi ๏ทบ berbisik-bisik dengan seseorang. Baginda ๏ทบ terus berbisik-bisik dengannya hingga para sahabat tertidur. Lalu Nabi ๏ทบ pun datang dan salat bersama mereka.โ€
[ HR. Muslim no. 376 ]

Syarah:
Kalau mengikut hadith ini, nampaknya sahabat walaupun mereka tertidur, bila mereka terjaga tidaklah mereka ambil wudhuโ€™ pula sebelum memulakan salat.

2๏ธโƒฃ Ada pendapat yang mengatakan kalau tidur berbaring itu baru batal. Kalau tidur dalam keadaan duduk, itu tidak batal.

Ini kerana apabila duduk, kentut tertahan sebab lubang angin tertutup. Ini juga pendapat Imam Syafie ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡โ€Œโ€Ž, sebab itu banyak pemahaman dalam masyarakat kita, kalau tidur duduk atas punggung, tidak batal.

3๏ธโƒฃ Ada pula pendapat yang mengatakan asal tidur sahaja membatalkan wudhuโ€™, tidak kira sama ada sesaat atau lama. Antara yang berpegang dengan pendapat ini adalah Abu Hurairah, Hasan Al-Basri, Ibnul Musayyab, Az-Zuhri dan Syaikh Al-Albani.

โœ๐ŸปPendapat ini berdasarkan hadith berikut daripada Shafwan bin โ€˜Assal tentang mengusap khuf.

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูู†ูŽุง ุฅูุฐูŽุง ูƒูู†ู‘ูŽุง ู…ูุณูŽุงููุฑููŠู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ ู†ูŽู…ู’ุณูŽุญูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฎูููŽุงููู†ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽู†ู’ุฒูุนูŽู‡ูŽุง ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŽ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ู…ูู†ู’ ุบูŽุงุฆูุทู ูˆูŽุจูŽูˆู’ู„ู ูˆูŽู†ูŽูˆู’ู…ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฌูŽู†ูŽุงุจูŽุฉู

โ€œRasulullah ๏ทบ memerintahkan kepada kami, jika kami bersafar, maka cukup kami mengusap sepatu kami, tanpa perlu melepasnya selama tiga hari. Tidak perlu melepasnya ketika wudhuโ€™ batal kerana membuang air besar, kencing atau tertidur kecuali jika dalam keadaan junub.โ€
(An Nasaiโ€™ no. 127. Syaikh Al-Albani ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡โ€Žmengatakan bahawa hadith ini hasan)

4๏ธโƒฃ Ada pula pendapat yang mengatakan tidur yang lama akan membatalkan wudhuโ€™. Kalau tidur sesaat sahaja tidak membatalkan wudhuโ€™. Ini jenis orang terlelap sekejap. Kalau mahu kentut pun tidak sempat.

โœ๐ŸปPendapat ini juga menggunakan hadith di atas tadi, daripada Anas bin Malik,

ุฃูู‚ููŠู…ูŽุชู ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ู -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ูŠูู†ูŽุงุฌูู‰ ุฑูŽุฌูู„ุงู‹ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฒูŽู„ู’ ูŠูู†ูŽุงุฌููŠู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽุงู…ูŽ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ุฌูŽุงุกูŽ ููŽุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุจูู‡ูู…ู’.

โ€œKetika salat hendak ditegakkan, Nabi ๏ทบ berbisik-bisik dengan seseorang. Baginda ๏ทบ terus berbisik-bisik dengannya hingga para sahabat tertidur. Lalu Nabi ๏ทบ pun datang dan salat bersama mereka.โ€

5๏ธโƒฃPendapat yang kita pilih, tidur yang lelap yang membatalkan wuduk. Jenis tidur yang tidak sedar langsung apa yang berlaku. Tidak dengar lagi suara luar, kalau barang dari tangan terjatuh pun sudah tidak sedar, air liur meleleh pun sudah tidak perasan lagi.

Ini kerana tidur sebegini berkemungkinan ada hadas iaitu kentut, sebab kalau kencing atau berak, tentu boleh perasan. Namun, kalau kentut, tidak ada kesan. Jadi kalau tidur sesaat, mengantuk, mamai-mamai, tetapi masih boleh mendengar lagi suara orang bersembang, maka tidur sebegini tidak membatalkan wudhuโ€™.

โœ๐ŸปSeorang ulamaโ€™ bernama Abu Ubaid Al-Qasim memberikan kisah yang menarik. Dia berkata: โ€œDahulu, aku berfatwa bahawa orang yang tidur duduk tidak wajib berwudhuโ€™. Hingga suatu hari, seorang lelaki duduk di sampingku pada hari Jumaat, kemudian dia tertidur. Tidak lama kemudian, ia buang angin, maka aku berkata kepadanya: โ€œbangun dan berwudhuโ€™ahโ€. Dia berkata: โ€œAku belum tidurโ€. Aku berkata: โ€œsudah, tadi kamu buang angin sehingga batallah wudhuโ€™muโ€. Kemudian orang itu bersumpah yang dia tidak membuang angin. Sejak itu, aku tidak menyakini lagi masalah tidur dengan duduk seperti sebelumnya. Aku pun menetapkan lelapnya tidur dan tidurnya hati sebagai pembatal wudhuโ€™.

Maksudnya, kalau tidak lelap, kita akan tahu sama ada kita kentut atau tidak, bukan? Kalau sudah lelap, kita pun tidak pasti sama ada kita kentut atau tidur. Mungkin kita duduk di atas lubang punggung kita, tetapi bagaimana kalau waktu tidur itu kita senget sedikit dan menyebabkan angin boleh keluar?

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan