Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.1.4 al Masih al Dajjal

TBK 10.1.4 al Masih al Dajjal

210
0
Iklan
BAHAGIAN 1
Isu Ibn Shayyad (قصة ابن صياد): mungkinkan ia Dajjal yang dimaksudkan?

في عهد النبي صلى الله عليه وسلم كان بالمدينة غلاه يهودي اسمه ابن صياد اشتبه أمره وشك النبي صلى الله عليه وسلم أنه هو الدجال ووقع له حادث مع النبي صلى الله عليه وسلم وتفصيل ذلك كالآتي:
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه انطلق مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في رهط(1) قبل ابن صياد حتى وجده يلعب مع الصبيان عند أطم (2)بني مغالة وقد قارب ابن صياد يومئذ الحلم (أي قارب بلوغ وعمره قريب من 15 سنة) فلم يشعر حتى ضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم طهره بيده ثم:
(1) الرهط :من ثلاثة إلى عشرة أشخاص
(2) أي الحصن أو القلعة لقبيلة بني مغالة

Terj:Pada masa Nabi saw di Madinah ada seorang pemuda Yahudi yang bernama Ibn Syayyad (ابن صياد ). Dia ada ciri-ciri Dajjal namun ada indikasi syak atau unsur keraguan dari Nabi saw bahawa beliau adalah Dajjal yang sebenar.

 

Syarah:

Menurut al-Khattabi dalam Ma’alim as sunan, ketika Nabi saw sampai di Madinah, maka terjadilah banyak perjanjian perdamaian dengan komuniti Yahudi di Madinah. Antara butiran perjanjian tersebut ialah tidak ada campurtangan dalam urusan kaum masing-masing apatah mengganggu mereka. Akan tetapi dikalangan komuniti Yahudi Madinah, ada seorang dukun budak yang ajaib yang bernama Ibn Syayyad. Keajaiban Ibn Syayyad menyebabkan berlaku khilaf di kalangan para sahabat, sedangkan Nabi saw masih hidup, apakah Ibn Syayyad itu Dajjal al-masih.

 

Komen dan Soalan