Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.1.4 al Masih al Dajjal / 2

TBK 10.1.4 al Masih al Dajjal / 2

172
0
Iklan
BAHAGIAN 2 : Isu Ibn Syayyad

Terj:Dari Abdullah bin Umar ra, putra Khalifah amirul Mukminin, Umar al Khattab ra. menceritakan peristiwa di mana ayahnya pernah menemani Nabi saw untuk mencari dan menguji Ibn Syayyad. Ketika mereka sampai (Nabi, Umar dan sahabat yang lain), Ibn Syayyad sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain sekitar 10 orang di Atham, sebuah benteng milik Bani Mughalah (Yahudi). Dianggarkan usia Ibn Syayyad pada lingkungan usia baligh. Ibn Syayyad tidak menyedari kehadiran Rasulullah saw hingga baginda menepuk punggungnya.

Hadith Ibn Umar ra

ثم قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لابنِ صيادٍ ” أتشهدُ أني رسولُ اللهِ ؟ ” فنظر إليه ابنُ صيادٍ فقال : أشهد أنك رسولُ الأُمِّيِّينَ . فقال ابنُ صيادٍ لرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : أتشهدُ أني رسولُ اللهِ ؟ فرفضَه رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وقال ” آمنتُ بالله وبرسله ” . ثم قال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ” ماذا ترى ؟ ” قال ابنُ صيادٍ : يأتيني صادقٌ وكذَّابٌ . فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ” خُلِّطَ عليك الأمرُ ” . ثم قال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ” إني قد خبَّأتُ لك خبيئًا ” فقال ابنُ صيادٍ ” هو الدُّخُّ ” فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ” اخْسَأْ . فلن تعدُوَ قَدرَك ” فقال عمرُ بنُ الخطابِ : ذَرْني . يا رسولَ اللهِ ! أضربْ عُنُقَه . فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ” إن يكنه فلن تُسلَّطَ عليه . وإن لم يكُنْه فلا خيرَ لك في قتلِه ” .

الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2930
juga di keluarkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya no: 1354

Terj: Kemudian Nabi saw menyoalnya (Ibn Syayyad) “Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah?” Ibnu Shayyad melihat Rasulullah dan berkata: “Aku bersaksi bahawa engkau adalah utusan bagi al-ummiyyin (orang-orang yang ummi).” Kemudian Ibnu Shayyad bertanya kembali kepada Rasulullah saw: “Apakah anda bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?” Rasulullah menyangkalnya dan berkata: “Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Kemudian Rasulullah berkata (kepada Ibnu Shayyad): “Apa yang kamu lihat?” Ibnu Shayyad menjawab: “Datang kepadaku orang yang jujur dan yang dusta.” Rasulullah berkata kepadanya: “Tercampur padamu persoalan ini.” Lalu Rasulullah saw dan berkata kepadanya (bermaksud menguji): “Aku sembunyikan sesuatu untukmu?” Ibnu Shayyad meneka: “Ad-Dukh (asap/kabut).” Rasulullah berkata: “Tetaplah di tempatmu. Engkau tidak akan melampaui apa yang telah Allah takdirkan padamu.” Mendengar hal itu ‘Umar ra berkata: “Ya Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya.” Rasulullah berkata: “Jika dia adalah Dajjal), engkau tidak mampu mengalahkannya. Dan jika bukan, sia-sialah membunuhnya”

Ibn Syayyad cuba menyebut ad Dukhan atau kabus tebal sebelum kiamat, tetapi dia cuma mampu sebut Dukh sahaja kerana dibelakang Ibn Syayyad ialah jinn (قوله <الدخ>حاول ابن صياد أن يقول الدخان فلم يوفق فقال الدخ وكان ابن صياد له جن يخبرونه بأشياء ولكنهم لم يستطيعوا أن يكشفوا ما في نفس النبي صلى الله عليه وسلم فقربوا له الكلمه)

Jika ia sahih Dajjal al Masih, ia tidak akan berjaya kerana hanya Isa al Masih yang akan membunuhnya, jika dipenggal orang yang bukan Dajjal, bermaksud Nabi telah melanggar Piagam Madinah dan perjanjian dengan komuniti Yahudi.

Fiqh Hadith Ibn Umar:

Nabi saw tidak diberi wahyu untuk menjelaskan apakah Ibn Syayyad yang berada di Madinah itu adalah al Masih al Dajjal.

Beberapa hujah:

1. Ia berlawanan dengan hadith-hadith lain yang menyatakan al Masih al Dajjal adalah tanda besar Kiamat, sedangkan perutusan Nabi Muhammad saw belum lagi berakhir, baru sahaja tiba di Madinah untuk membina negara Islam pertama.

2. Nabi melarang Umar membunuhnya kerana jika dia Dajjal, yang layak membunuhnya ialah Isa al Masih. Ini indikasi ia bukan Dajjal yang sebenar, cuma Dajjal kecil.

3. Nabi saw juga melarang membunuhnya kerana terikat dengan perjanjian dengan Yahudi Madinah dan Ibn Syayyad adalah dari kaum yahudi, masih berusia budak dan orang kurang upaya (OKU ) kerana hanya ada satu mata sahaja.

Komen dan Soalan