Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 🌿 ASAS ILMU HADITS: Betulkan Niat, Fahami Sunnah, Pelihara Lidah Daripada Berbicara...

🌿 ASAS ILMU HADITS: Betulkan Niat, Fahami Sunnah, Pelihara Lidah Daripada Berbicara Tanpa Ilmu

2
0
Iklan

🌿 ASAS ILMU HADIS: BETULKAN NIAT, CERAHKAN JALAN MENUJU SUNNAH

“Ilmu yang diberkati bermula dengan hati yang ikhlas.”

Dalam menuntut ilmu hadis, perkara pertama yang perlu dibina bukanlah kepandaian berhujah, tetapi keikhlasan kepada Allah SWT. Tanpa niat yang benar, ilmu hanya menjadi maklumat. Dengan niat yang ikhlas, ilmu menjadi cahaya yang membimbing kehidupan.

📖 Bilik (40) Asas Ilmu Hadis
Nota 01.01 – Muqaddimah
Susunan: BroSyarief

Dua fokus utama dalam sesi muqaddimah:

🔹 1. Niat yang Ikhlas
Amalan hanya diterima apabila memenuhi dua syarat utama:
✅ Ikhlas kerana Allah SWT.
✅ Menepati sunnah Rasulullah SAW.

Sebagaimana kita berusaha untuk IKHLAS dalam urusan-urusan ibadah kita yang lain, kita juga berusaha untuk IKHLAS dalam menuntut ilmu agar segalanya menjadi pelaburan untuk hari akhirat kelak. Kerana penilaian mutlak IKHLAS adalah antara kita dengan Allah.

Mohon dengan bulatnya keIKHLASan kita dalam usaha menuntut ilmu ini akan benar-benar membuka ruang untuk lebih banyak kefahaman tembus dan lebih aktif amal terlaksana

🔹TUJUAN MEMPELAJARI ILMU HADIS

Jika kita meneliti kitab-kitab Mustolah Hadis atau Ulum Hadis, para ulama lazimnya akan menyatakan objektif-objektif yang bersifat jangka panjang (high-end).

Antaranya ialah kemampuan untuk membezakan hadis yang sahih daripada hadis yang bermasalah, serta pelbagai objektif ilmiah yang lain.

Namun, bagi kumpulan pengajian peringkat asas seperti ini, saya menetapkan beberapa objektif yang lebih praktikal sebagai permulaan, iaitu:

1. Membiasakan diri dengan asas-asas ilmu hadis serta memahami garis panduan asas dalam perbincangan Mustolah Hadis.

2. Menyedari dan menghayati kegigihan serta besarnya jasa para ulama hadis dalam memelihara sunnah Rasulullah SAW, sehingga kita dapat menikmati nikmat berpegang kepada sunnah dalam kehidupan.

3. Menimbulkan rasa gerun dan berhati-hati agar tidak sewenang-wenangnya memberi komentar atau membuat penilaian terhadap hadis dan sunnah Nabi SAW tanpa mempunyai asas ilmu yang mencukupi, apatah lagi dalam perkara-perkara yang lebih mendalam berkaitan ilmu hadis.

Wallāhu a‘lam.

“Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”

📚 Rujukan: Ulum al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha – Prof. Dr. Abullayts

#AsasIlmuHadis #Muqaddimah #IkhlasKeranaAllah #SunnahNabi #MenuntutIlmu #Hadis #BroSyariefShares #IlmuYangBerkat

Dipetik dari nota: https://www.uito.org/2015/05/26/0101/

Komen dan Soalan