Utama Kedai ✨ JOM HADIR & SOKONG UKHUWAH @ KEPS 2026!

✨ JOM HADIR & SOKONG UKHUWAH @ KEPS 2026!

8
0
Iklan

📢💜💚 UKHUWAH TERPILIH MENYERTAI KEPS 2026! 💚💜
Satu langkah, satu jaringan, satu impak.

Assalamualaikum wbt & Salam Ukhuwah,

🌟 Alhamdulillah! Dengan penuh kesyukuran, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia telah dipilih oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk menyertai Pameran & Jualan sempena Konvensyen Ekosistem Perusahaan Sosial (KEPS) 2026.

Penyertaan ini menjadi satu lagi langkah bermakna buat Ukhuwah dalam memperkenalkan usaha dan produk kami kepada masyarakat, di samping memperluaskan jaringan dalam ekosistem Perusahaan Sosial Malaysia. 🤝

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

📅 31 Julai – 2 Ogos 2026
🗓️ Jumaat – Ahad
10.00 pagi – 10.00 malam
📍 The Curve Shopping Mall, Damansara, Selangor
🏢 Anjuran: KUSKOP bersama SME Bank

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

🛍️ APA YANG ADA DI BOOTH UKHUWAH?

📚 BUKU-BUKU TERBITAN UKHUWAH
Karya ilmu dan pendidikan sebagai sebahagian daripada usaha dakwah serta perkongsian ilmu kepada masyarakat.

🍛 PRODUK RTE SEMAT QURAN & MORINGA
Makanan sedia dimakan yang praktikal serta sebahagian daripada usaha menjana aktiviti ekonomi dan impak sosial Ukhuwwah bersama rakan strategik.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

🌐 KEPS 2026 — PELUANG & JARINGAN

KEPS 2026 turut membuka ruang untuk kita:
🤝 Bertemu pemain industri
🏢 Berhubung dengan agensi kerajaan
🎓 Membina jaringan bersama akademia
💼 Meneroka peluang padanan perniagaan
📈 Mendapat pendedahan kepada Perolehan Impak Sosial (PRISMA)

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

💜💚 AJK & AHLI UKHUWAH, JOM TURUN BERSAMA!

Inilah masanya kita bersama-sama memberi sokongan kepada usaha dan gerakan Ukhuwah yang sedang kita bina.

👨‍👩‍👧‍👦 Keluarga, sahabat, kenalan & orang ramai juga dijemput hadir!

Singgah ke Booth Ukhuwah, kenali kami dengan lebih dekat, dapatkan produk-produk Ukhuwah dan sebarkan kepada kenalan.

Setiap kunjungan.
🛍️ Setiap pembelian.
📲 Setiap perkongsian.

Semuanya membantu kami meneruskan usaha membina ekonomi yang memberi manfaat dan impak kepada masyarakat. ❤️

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

🔥 JOM HADIR & SOKONG UKHUWAH @ KEPS 2026! 🔥

Datang • Sokong • Belanja • Hebahkan

📲 Pertanyaan: 019-283 1337

💜 Satu Hati
💚 Satu Misi
Satu Ukhuwah

Komen dan Soalan