Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 272: Langkah-langkah terancang (خُطوات مدروسة)

La Tahzan 272: Langkah-langkah terancang (خُطوات مدروسة)

111
0
Iklan

🌐🌐🌐🌐

La Tahzan 272-1: Langkah-langkah terancang (خُطوات مدروسة)

يقولُ الشوكانيُّ : أوصاني بعضُ العلماءِ فقال : لا تنقطعِ عن التأليف ولو أنْ تكتُب في اليومِ سطرين . قال : فأخذتُ بوصيَّتِه ، فوجدتُ ثمرتها .
وهذا معنى الحديث : (( خيرُ العملِ ما داوم عليه صاحبُه وإنْ قلَّ )) وقال : القطرةُ مع القطرةِ تجتمعُ سيلاً عظيماً

Berkata Al Syaukani (w.1250H/1834M, San’aa, Yaman), “Ada ulama’ berpesan kepada saya, “Jangan pernah berhenti menulis walaupun hanya dua ayat sehari.” Aku mematuhi wasiat tersebut dan kemudian aku meraih hasilnya. Ia berdasarkan maksud sebuah hadith :

( وَأَنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ أَدْوَمُهَا إِلَى اللَّهِ، وَإِنْ قَلَّ)*

“Sesungguhnya amalan yang dicintai oleh Allah adalah yang konsisten walaupun sedikit.”

Pepatah Arab ada menyatakan:

(القطرةُ مع القطرةِ تجتمعُ سيلاً عظيماً)

“Titisan demi titisan (air) kemudian membentuk aliran yang deras.”

Takhrij:
أخرجه البخاري (6465)، ومسلم (783)
Hadith Aisyah ummul mukminin رضي الله عنها

🌐🌐🌐🌐

La Tahzan 272-2 : Langkah langkah terancang (خُطوات مدروسة)

وإنما يأتينا الاضطرابُ منْ أننا نريدُ أن نفعل كلَّ شيءٍ مرَّةً واحدةً ، فنَمَلُّ ونتعبُ ونترُكُ العمل ، ولو أننا أخذْنا عَمَلنا شيئاً فشيئاً ، ووزَّعْناه على مراحل ، لقطعْنا المراحل في هدوءٍ ، واعتبِرْ بالصلاةِ ، فإنَّ الشَّرْع جَعَلَها في خمسةِ أوقاتٍ متفرِّقةٍ ، ليكون العبدُ في استجمامٍ وراحةٍ ، ويأتي لها بالأشواق ، ولو جُمعتْ في وقتٍ ، لملَّ العبد، وفي الحديثِ : ((إن المُنْبتَّ لا ظهْراً أبْقى ولا أرضاً قطع )) .

Sesungguhnya kegoncangan yang melanda kita disebabkan kita ingin melakukan semua perkara sekali gus, yang menyebabkan kita merasa letih atau bosan, kemudian kita meninggalkannya. Padahal jika kita melakukan sesuatu dengan terancang dan bertahap, kita pasti akan berjaya. Contohnya ibadah salat, Allah ‎ﷻ menetapkan dengan waktu yang terpisah lima kali sehari bukan sekali gus bertujuan agar kita dapat melakukan dengan santai serta mendatangkan kerinduan kepadanya.

Sebagaimana sebuah hadith:

(إن المُنْبتَّ لا ظهْراً أبْقى ولا أرضاً قطع)*

“Sesungguhnya orang yang memacu kencang kudanya tidak akan membuat kudanya dapat bertahan lama dan tidak akan sampai ke destinasinya.”

Takhrij/tahqiq:

HR Al Bazzar, Kasyaf Al Astaar, 1/57; Al Baihaqi, sunan Al Kubra 1/19, Syu’ab Al Iman 3886, kerana perawi Abdullah bin Saleh, penulis Al Layth.

ضعيف حديث: إن المنبت لا أرضا قطع … أخرجه البزار كما في كشف الأستار 1/ 57 , والبيهقي في السنن 1/ 19 , والشعب برقم: 3886 , وفيه عبدالله بن صالح كاتب الليث وثقه جماعة وضعفه آخرون ومولى عمر بن عبدالعزيز فيه جهالة

Al Albani, dhaif, daripada sanad Ibn Amru, silsilah Al Dhaifah ni 2480, akan tetapi Al Albani dalam komennya berkata, maksud hadith ini adalah sahih.

الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 2480 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

🌐🌐🌐🌐

La Tahzan 272-3: Langkah-langkah terancang (خُطوات مدروسة)

Salat membantu pengurusan masa seseorang (أنَّ الصلوات ترتِّبُ الأوقاتِ)

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Sesungguhnya salat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.

[An Nisa’: 103]

. فلو أنَّ العبد وزَّع أعمالهُ الدينية والدُّنيوية بعد كلِّ صلاةٍ ، لوجد سعةً في الوقت ، وفسحةً في الزمنِ

Seandainya kita pandai membahagikan pekerjaan baik agama atau keduniaan, sebagaimana pembahagian waktu salat, maka anda akan mendapat keluasan dan keanjalan waktu.

 

Komen dan Soalan