Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس...

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

24
0
Iklan

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.1 Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (sahih)

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسبم قال:<< ثلاث إذا خرجن لا ينفع نفسا إيمانها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في إيمانها خيرا: طلوع الشمس من مغربها, والدجال, والدابة> ( رواه مسلم)

Takhrij:

وعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: “ثَلاَثٌ إِذَا خَرَجْنَ لاَ يَنْفَعُ نَفْساً إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْراً: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الأَرْضِ”

Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabbah yang melata di bumi”.

(HR Muslim 158, tidak dikeluarkan oleh Al Bukhari, Tirmidzi, 3072)

تخريج الحديث:

أخرجه مسلم، حديث (158)، وانفرد به عن البخاري، وأخرجه الترمذي في ” كتاب التفسير ” ” باب ومن سورة الأنعام” حديث (3072).

والحكمة من قفل باب التوبة : أن الإيمان يقوم في كثير من جوانبه على الإيمان بالغيب,فإذا طلعت الشمس من مغلابها صار الإيمان مشاهدا بالأبصار ظاهرا للعيان, وليس بالغيب, فيكون كإيمان فرعون لما أدركه الغرق

Hikmah daripada ditutupnya pintu taubat kerana iman banyak mengisarkan dengan beriman dengan yang ghaib. Maka ketika matahari terbit dari Barat maka keimanan bukanlah lagi ghaib, ia adalah iman yang nyata seperti mana imannya Fir’aun ketika di ambang mati lemas.

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat no 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.2 Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (sahih)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا فَإِذَا طَلَعَتْ فَرَآهَا النَّاسُ آمَنُوا أَجْمَعُونَ فَذَلِكَ حِينَ { لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا } وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ نَشَرَ الرَّجُلَانِ ثَوْبَهُمَا بَيْنَهُمَا فَلَا يَتَبَايَعَانِهِ وَلَا يَطْوِيَانِهِ وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ انْصَرَفَ الرَّجُلُ بِلَبَنِ لِقْحَتِهِ فَلَا يَطْعَمُهُ وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَهُوَ يَلِيطُ حَوْضَهُ فَلَا يَسْقِي فِيهِ وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ رَفَعَ أَحَدُكُمْ أُكْلَتَهُ إِلَى فِيهِ فَلَا يَطْعَمُهَا

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Hari Kiamat tidak akan terjadi hingga matahari terbit dari barat, jika telah terbit, semua manusia beriman, namun ketika itu (seperti maksud firman Allah ‎ﷻ) ‘Sudah tidak lagi bermanfaat bagi seseorang keimanannya yang sebelumnya tidak beriman atau melakukan kebajikan dengan keimanannya’, (Al An’am: 165) dan hari Kiamat terjadi ketika dua orang telah menyerahkan pakaiannya sehingga keduanya tidak lagi melakukan jual beli dan melipatnya, dan hari kiamat terjadi ketika seseorang telah mengambil susu perahannya dan ia tidak jadi meminumnya, dan hari kiamat terjadi ketika seseorang menuju telaganya dan ia tidak jadi meminumnya, dan hari kiamat terjadi ketika seseorang di antara kalian telah mengangkat suapannya ke mulutnya dan ia tidak jadi menelannya.”

Takhrij:

Kod Dorar 6506; juga cetakan Fathul Bari; kod Lidwa 6025

الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 6506

🗯 Syarah Ibn Hajar mengatakan hadith ini adalah tentang tertutupnya pintu beriman kepada orang kafir dan ahli maksiat di mana taubatnya tidak lagi diterima oleh Allah ‎ﷻ.

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.3 Hadith Abu Dzar (sahih)

عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ أَنَّ اْلنَّبِيَّ قَالَ يَوْمًا : أَتَدْرُوْنَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ اْلشَّمْسُ؟ قَالُوْا: اللهُ وَ رَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: إِنَّ هَذِهِ تَجْرِيْ حَتىَّ تَنْتَهِيَ إِلىَ مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ اْلعَرْشِ, فَتَخِرَّ سَاجِدَةً, فَلاَ تَزَالُ كَذَالِكَ حَتىَّ يُقَالَ لَهَا: اِرْتَفِعِيْ, اِرْجِعِيْ مِنْ حَيْثُ جِئْتِ فَتَرْجِعُ, فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا, ثُمَّ تَجْرِيْ لاَ يَسْتَنْكِرُهَا اْلنَّاسُ مِنْهَا شَيْئًا حَتىَّ تَنْتَهِيَ عَلىَ مُسْتَقَرِّهَا ذَلِكَ تَحْتَ اْلعَرْشِ فَيُقَالُ لَهَا: اِرْتَفِعِيْ, أَصْبِحِيْ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِكِ, فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِِهَا. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ: أَتَدْرُوْنَ مَتىَ ذَاكُمْ؟ ذَاكَ حِيْنَ (لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ ءَامَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِيْ إِيْمَانِهَا خَيْرًا) (الأنعام: 158)

Daripada Abu Dzar bahawa pada suatu hari Nabi ﷺ pernah bersabda, “Tahukah kalian ke manakah matahari ini pergi?” Mereka berkata, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, “Sesungguhnya matahari ini beredar sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah Arsy, lalu dia bersujud. Dia tetap selalu seperti itu sehingga dikatakan kepadanya: ‘Bangunlah! Kembalilah seperti semula engkau datang’, maka dia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya, kemudian dia beredar sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah Arsy, lalu dia bersujud. Dia tetap selalu seperti itu sehingga dikatakan kepadanya: ‘Bangunlah! Kembalilah seperti semula engkau datang’, maka dia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya, kemudian berjalan sedangkan manusia tidak menganggapnya aneh sedikitpun daripadanya sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah Arsy, lalu dikatakan padanya: ‘Bangunlah, terbitlah dari arah barat’, maka dia pun terbit dari barat.” Rasulullah ﷺ bersabda (yang ertinya), “Tahukah kalian bila hal itu terjadi? Hal itu terjadi ketika tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya (al An’am: 158)”.

Takhrij Hadith:

HR Bukhari 4802,3199,7424,7433, Muslim 159 -dan ini lafaznya, versi Al Bukhari lebih ringkas.

Fiqh hadith Abu Dzar

Syed Muhammad Rashid Rida (w. 1935, Egypt) adalah tokoh reformis yang terkenal dengan majalah Al Manar dan Tafsir al Manar yang mempengaruhi dunia Islam di seluruh dunia. Dalam Tafsir Al Manar (8/211) Syeikh Rida menilai hadith Abu Dzar ini sebagai hadith dhaif baik dari sudut sanad atau matannya. Dari aspek matan, ia dhaif disebabkan perawi Ibrahim bin Yazid At Taimi dan haddatsana bertukar menjadi an ‘anah (عَنْ)

Sanad:
Haddatsana abu nu’aim, haddatsana al A’masy, an Ibrahim At Taimi an ayahnya Yazid at Taimi dari Abu Dzar.

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْم حَدَّثَنَا الْأَعْمَش عَنْ إِبْرَاهِيم التَّيْمِيّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي ذَرّ رَضِيَ اللَّه

🚫 Bantahan:
Syed Rida menilai hadith Abu Dzar sebagai hadith dhaif baik dari aspek sanad dan matannya.
Ini merupakan kegelinciran Syed Rashid Ridha kerana menolak ketsiqahan perawi Bukhari Muslim yakni Ibrahim bin Yazid at Taimi. Ketsiqahan Ibrahim memang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana semua imam hadith menerima periwayatan beliau.

Kemudian Syed Ridha menolak hadith ni dari sudut matan (teks) hadith kerana ia bercanggah dengan akal, bercanggah dengan sains dan kemungkinan sumber Israeliyat. Antara yang dikatakan bercanggah dengan akal ialah:

1⃣ Isu bagaimana sujudnya matahari.
2⃣ Bagaimana matahari sujud di bawah Arasy sedangkan matahari cuma berada di galaksi bima sakti sahaja.

Meluruskan salah faham fiqh hadith Abu Dzar:

Hadith ni termasuk dalam kategori hadith2-hadith musykil (sulit difahami oleh orang awam) atau hadith gharib (ganjil dari segi pengertian dan aplikasi)

1⃣ Isu matahari pergi bersujud (فَإِنَّهَا تَذْهَبُ حَتَّى تَسْجُدَ)

Ini menjadi hujah kepada orang yang mendokong teori geosentrik atau matahari beredar mengelilingi bumi. Yang sebenarnya matahari pergi sujud adalah isu lughawi (tatabahasa arab) atau balaghah. Bukanlah ia bermaksud matahari yang bergerak, dalam Bahasa Inggeris iaitu bahasa para ahli sains, di mana dikatakan “The Sun rises” (matahari sedang terbit) dan “The Sun sets” (matahari sedang terbenam) , kedua-duanya menunjukkan seolah-olah matahari yang bergerak.

2⃣ Matahari pergi bersujud di bawah Arasy (حَتَّى تَسْجُدَ تَحْتَ الْعَرْشِ)

Bersujud dalam hadith di atas bukanlah bersujud sepertimana perbuatan salat tetapi adalah sujud dalam ertikata ia mentaati perintah dan ketetapan Allah ‎ﷻ ke atasnya. Perhatikan firman Allah ‎ﷻ:

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَالُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ ۩

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

[Al-Ra’d 13:15]

3⃣ Matahari akan terbit di tempat terbenamnya. (فَتَصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِهَا)

Ia hanya merujuk kepada akhir zaman, tanda kiamat yang besar, di mana matahari tidak lagi akan mengikut peraturan azali, peraturan asal di mana matahari muncul dari Timur, tetapi di akhir zaman, dekatnya kiamat, reverse (sebaliknya)berlaku, di mana matahari akan terbit dari Barat pula. Dalil:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

[Az Zumar: 05]

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.4 Hadith Abdullah bin Amr رضي الله عنه

Matan:

إنَّ أوَّلَ الآياتِ خُرُوجًا، طُلُوعُ الشَّمْسِ مِن مَغْرِبِها، وخُرُوجُ الدَّابَّةِ علَى النَّاسِ ضُحًى، وأَيُّهُما ما كانَتْ قَبْلَ صاحِبَتِها، فالأُخْرَى علَى إثْرِها قَرِيبًا

Sesungguhnya tanda (kiamat) yang pertama kali keluar adalah terbit-nya matahari dari arah barat, lalu keluarnya binatang (dari dalam bumi) kepada manusia pada waktu dhuha. Dan mana saja di antara keduanya yang terlebih dahulu keluar, maka yang lain berlaku selepas dalam masa yang dekat. “

Takhrij:

HR Muslim No. 2941 daripada sahabat Abdullah bin Amr رضي الله عنه

المصدر : صحيح مسلم: 2941

⁉️ Isu:

Bagaimana hendak menyatukan atau tajammu’ hadith yang bersimpang siur tentang apakah tanda besar kiamat yang pertama kali muncul, apakah matahari terbit dari Barat, apakah munculnya Dabbah atau al Mahdi atau Dajjal. Bagaimanakah cara untuk merungkai isu ini?

🗯 Penjelasan al Hafiz Ibn Hajar رحمه الله

قال الحافظ ابن حجر: “فالذي يترجح من مجموع الأخبار أن خروج الدجال أول الآيات العظام المؤذنة بتغير الأحوال العامة في معظم الأرض، وينتهي ذلك بموت عيسى ابن مريم، وأن طلوع الشمس من المغرب هو أول الآيات العظام المؤذنة بتغير أحوال العالم العلوي، وينتهي ذلك بقيام الساعة، ولعل خروج الدابة يقع في ذلك اليوم الذي تطلع فيه الشمس من المغرب”[فتح الباري: 11/353].

Imam Ibn Hajar رحمه الله (Asqolani, w.852Hm Mesir) menjelaskan, “Yang dapat mentarjih semua khabar (hadith-hadith tanda besar Kiamat) bahawa khuruj Dajjal adalah tanda besar pertama berdasarkan petanda yang berlaku pada persekitaran muka bumi yang berakhir dengan kewafatan Isa bin Maryam عليه السلام. Manakala terbitnya matahari dari barat merupakan tanda pertama dari sudut fenomena jagat raya atau “universe” (alam semesta) dan berkesudahan dengan kiamat itu sendiri. Kemungkinan serentak dengan matahari terbit dari Barat, akan keluarnya dabbah. ” (Fathul Bari 11/353)

🔏 Rumusan menurut Ibn Hajar:

1⃣ Tanda pertama muncul ialah keluarnya dajjal dan berakhir dengan kewafatan Nabi Isa عليه السلام. ini adalah tanda-tanda fenomena bumi.

2⃣ Terbitnya matahari dari Barat adalah tanda pertama bagi kategori fenomena galaksi atau jagat raya.

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.5 Hadith Ibn As Sa’di, hasan

فأخرجه الإمام أحمد (1/192) من طريق إسماعيل بن عياش عن ضمضم بن زرعة عن شريح بن عبيد يرده إلى مالك بن يخامر عن ابن السعدى أن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ” لا تنقطع الهجرة ما دام العدو يقاتل

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, dari jalur sanad Ismail bin Asyash daripada Idham Dham bin Zur’ah daripada Syarih Nin Ubaid daripada Malik bin Yukhamir daripada Ibn As Sa’di daripada Nabi ﷺ, “Tdak terputus hijrah selagi mana-musuh terus memerangi (Islam)” [لَا تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ مَا قُوتِلَ الْعَدُوُّ]

Dinilai sahih oleh Ibn Hibban, bulughul maram Ibn Hajar, No. 383
Ibn Kathir menilainya hasan dalam tafsir Ibn Kathir 3/371

وابن السعدى اسمه عبد الله واسم أبيه وقدان صحابى معروف

الراوي : عبدالله بن وقدان ابن السعدي | المحدث : ابن حبان | المصدر : بلوغ المرام

الصفحة أو الرقم: 383 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

الراوي : عبدالله بن وقدان ابن السعدي | المحدث : ابن كثير | المصدر : تفسير القرآن

الصفحة أو الرقم: 3/371 | خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن

Dinilai hasan oleh Syeikh Al Albani, Al Irwa, 5/34.

Fiqh hadith:

Kata Al Baghawi, tafsir Al Baghawi (3/372)

والدليل على الهجرةِ من السنةِ قوله : لا تَنْقَطِعُ الهجرةُ حتى تَنْقَطِعَ التَّوْبَةُ، ولا تنقطع التوبةُ حتى تَطْلُعَ الشمسُ من مَغْرِبِها

Dalil hijrah daripada sunnah adalah sabda Rasulullah ﷺ: “Hijrah tidak terputus hingga terputusnya taubat. Dan taubat tidak akan terputus hingga matahari terbit dari sebelah barat (Hari Kiamat).”

Maksudnya, pintu hijrah tidak pernah ditutup hingga ditutupnya taubat dan ditutup pintu taubat bila matahari terbit dari Barat.

Oleh sebab itu, sebelum matahari terbit dari Barat, hendaklah sentiasa lakukan hijrah dan taubat.

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.6 Hadith Mu’awaiyah, Abdurrahman bin ‘Auf dan Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash (sahih)

Mu’awaiyah, Abdurrahman bin ‘Auf dan Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash, berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْهِجْرَةَ خَصْلَتَانِ إِحْدَاهُمَا أَنْ تَهْجُرَ السَّيِّئَاتِ وَالأُخْرَى أَنْ تُهَاجِرَ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَلاَ تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ مَا تُقُبِّلَتِ التَّوْبَةُ وَلاَ تَزَالُ التَّوْبَةُ مَقْبُولَةً حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنَ الْمَغْرِبِ فَإِذَا طَلَعَتْ طُبِعَ عَلَى كُلِّ قَلْبٍ بِمَا فِيهِ وَكُفِىَ النَّاسُ الْعَمَلَ

Hijrah adalah dua jenis: Pertama hijrah meninggalkan keburukan dan kedua hijrah menuju Allah dan Rasul-Nya. Hijrah tidak akan terputus selama taubat masih diterima, taubat masih tetap diterima selama matahari belum terbit dari sebelah barat. Jika matahari terbit dari sebelah barat maka hati akan ditutup sesuai dengan kondisinya pada saat itu dan amalan seseorangpun terputus.”

(HR Ahmad (3/133) tahqiq Ahmad Syakir, Muhaqqiq Al Musnad, sahih. Berkata Ibnu Katsir dalam An-Nihayah (1 /170) “Sanad hadith ini bagus/jayyid dan cukup kuat”. Al albani, hasan, Lihat Irwa’ (5/33,34))

🗯 Komentar Ibn Hajar رحمه الله:

“Daripada himpunan dalil, maka bila terbitnya matahari dari Barat, maka tertutuplah pintu taubat secara rasminya, tidak akan dibuka sejak itu sehingga datangnya Kiamat. Ini membuktikan terbitnya matahari dari Barat sebagai petanda besar kiamat dan membantah orang fasiq yang mengatakan alam buana tidak akan mengalami sebarang perubahan dan manusia tidak akan terkesan dengan perubahannya jika ada.” (Al Fath 11/355)

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.7 Hadith safwan bin ‘Asal (صفوان بن عسال) hasan sahih

إنَّ اللهَ جعل بالمغربِ بابًا عَرضُه مسيرةُ سبعين عامًا للتوبةِ لا يُغلَقُ ما لم تطلعِ الشمسُ من قِبَلِه وذلك قولُ اللهِ تعالى يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا الآية

Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla menjadikan arah barat sebagai satu pintu yang luasnya seperti perjalanan 70 tahun untuk bertaubat. Ia tidak akan tertutup hingga matahari terbit dari arahnya. Dan itulah makna firman Allah tabaaraka wa ta’ala : ‘Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman.” [Al An’am : 158]

Takhrij:

HR Tirmidzi, No. 3613, dia berkata hasan sahih, disahihkan oleh Al Albani, Sahih At Taghib (3137), Al Wada’iy, Al Sahih Al Musnad 504.

الترمذي في جامعه باب باب في فضل التوبة والاستغفار وما ذكر من رحمة الله بعباده ~ حديث رقم 3613

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.8 Hadith Ibn Abbas (dhaif)

رُوي :« أن الشمس والقمر يكسيان بعد ذلك الضوء والنور ، ثم يطلعان على الناس ويغربان كما كانا قبل ذلك »

Sesungguhnya matahari dan bulan akan bersinar lagi setelah itu, dan kemudian terbit dan terbenam pada manusia seperti biasanya”.

Takhrij:

Dinukil Al Syuyuti (Durr al Manthur 3/114, dikeluarkan oleh Ibn Mardawaih dengan sanad wah (dhaif).

ذكره السيوطي في الدر المنثور (3/114) وقال :« أخرجه ابن مردويه بسند واهٍ عن ابن عباس مرفوعاً

Tafsir Al-Qurthubiy (7/146-147) dan At-Tadzkirah (hal. 706).

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.3.9 Hadith Abdullah bin Amru (dhaif)

رُوي عن عبد الله بن عمرو أنه قال :« يبقى الناس بعد طلوع الشمس من مغربها مائة وعشرين سنة حتى يغرسوا النخل

Manusia tinggal di bumi setelah terbitnya matahari dari arah barat selama 120 tahun”.

Tahqiq:

HR Ibn Abi Syaibah, Al Mushannaf 5/506; Nu’aim bin hamad, Al Fitan, 702 dari sanad Waki’, daripada Ismail bin Abu Khalid daripada Abu Khaithumah, daripada Abdullah bin Amru, mauquf, juga dinukil oleh Al Al Aini dalam Umdatul Qari, 18/230, komen Al Hafiz, Al Fath, 11/361, tidak thabit, ia adalah mauquf (hanya kata-kata) sahabat Abdullah bin Amru.

خرجه ابن أبي شيبة في المصنف (5/506) ، و نعيم بن حماد في كتاب « الفتن » (2/656،702) ، كلاهما عن وكيع ، عن إسماعيل بن أبي خالد ، عن أبي خيثمة ، عن عبد الله بن عمرو ، موقوفاً .

وذكره العيني في « عمدة القاري» (18/230-231 ) فقال: « وروى ابن خالويه في (أماليه) من حديث إسماعيل بن أبي خالد ، عن أبي حميد الحميري ، عن ابن عمرو ، مرفوعاً ….فذكره ».

قال الحافظ ابن حجر ، في «الفتح »(11/361):« رفعه لا يثبت ، وقد أخرجه عبد بن حُميد في تفسيره بسند جيد، عن عبد الله بن عمرو ، موقوفاً ».

Maka, tidak ada syarah kerana keduanya dhaif.

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.3 Beberapa hadith seputar Terbitnya matahari dari Baratnya (الأحاديث الواردة في طلوع الشمس من مغربه)

10.9.4 Penutup

Dr Muhammad Al Areefi menutup bab ini dengan hadith Abu Hurairah perintah Nabi ﷺ agar segera berbuat kebajikan.

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سِتًّا: طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، أَوِ الدُّخَانَ، أَوِ الدَّجَّالَ، أَوِ الدَّابَّةَ، أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ

Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari Barat, asap, Dajjal, al-Dabah, perkara khusus dalam kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (Kiamat)”.

(Riwayat Muslim (2947))

🔏 Fiqh hadith:

1⃣ Bersegera (بَادِرُوا) maksudya segera jangan tangguh-tangguh untuk beramal, ia adalah sama seperti fastabiqul khairat (فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ ) atau berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan” [Al Baqarah: 148]

2⃣ Bersegera itu sebelum datang 6 perkara:
terbitnya matahari dari barat adalah penanda malaikat menutup buku catatan.

3⃣ Kematian kita ( خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ) bermaksud, beramallah sebelum maut datang menjemput.

4⃣ Urusan umum ( أَمْرَ الْعَامَّةِ) ada dua maksud iaitu bermaksud kiamat dan juga malapetaka melanda yang membawa kematian yang ramai, misalnya mati akibat terkena pandemik covid-19, Tsunami Acheh 2014, etc.

Artikel sebelumnyaBAB 4: PENGARUH NAMA-NAMA ALLAH ‎ﷻ DALAM PENGABDIAN (SAMBUNGAN)
Artikel seterusnyaLa Tahzan 242: Membaca Minda Orang Hebat (قراءة العقول)

Komen dan Soalan