Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس...

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

286
0
Iklan

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.1 Muqaddimah

Kata Dr Al Areefi:

من علامات الساعة التي يشاهدها الكبير والصغير , تغير مفاجئ في نظام حركة الأفلاك.

وذلك أن الناس في صباح يوم بينما ينتظرون إشراق الشمس وطلوعها من مكانها المعتاد من المشرق كما هو حالها منذ خلقها الله , فإذا بالشمس تطلع من المغرب, تطلع من مغربها…عمدها يقفل باب التوبة….

Antara tanda-tanda kiamat yang memberi impak yang besar kepada orang dewasa atau kanak-kanak ialah bila berlaku perubahan dalam sistem cakerawala (galaksi). Yang dimaksudkan ialah secara rutin, manusia melihat saban subuh matahari terbit dari timur dan terbenam di barat, ia tidak pernah berubah sejak azali, maka tatkala ia berubah yakni matahari terbit dari Barat, maka secara rasminya pintu taubat pun ditutup.

💬 Komentar:
Ia menjadi suatu yang musykil atau keanehan apabila matahari menukar arah terbitnya; azali terbit dari Timur dan sebelum kiamat, ia terbit dari Barat. Ini disebut sendiri dalam Al-Qur’an akan fenomena perubahan putaran matahari tersebut:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

[Az-Zumar: ayat 5]

Ayat di atas dengan jelas menyebut terbitnya matahari dari Timur adalah hanya menurut batas waktu yang ditentukan. Fakta ini diulangi lagi dalam Surah Luqman:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَأَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

[Luqman: 29]

🌄🌄🌄🌄

10.9 Tanda Besar Kiamat No. 9: Terbit Matahari dari Barat (طلوع الشمس من مغربها)

10.9.2 Dalil Al-Qur’an mengenai fenomena terbit matahari dari Barat (الآيات الواردة في طلوع الشمس من مغربها)

Surah Al An’am Ayat 158:

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ ۗ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ۗ قُلِ انْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُونَ

Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (seksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat atau tanda-tanda daripada Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: “Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)”

💭 Tafsir Ibn Kathir mengenai ayat ini:

Maksud pada hari datangnya ayat-ayat ayat atau petanda dari Tuhanmu (يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ ) menurut semua Tafsir Bil Makthur bermaksud terbitnya matahari dari Barat, Lihat Tafsir Tobari 7/103. Tafsir Ibn Kathir 3/366, juga pendapat Qurthubi, (Tafsir Al Qurtubi (7/145) dan rumusan Al Syawkani dalam Tafsir Al Syaukani, 2/182. Kata beliau, memang sah maksud yang paling benar dan marfu’ (sampai kepada Nabi ﷺ sanadnya) bahawa maksud tanda dalam ayat di atas ialah matahari terbit dari Barat dan petanda tertutupnya pintu taubat.

Rumusan:
Inilah ayat dalil paling kuat dalam memberi indikasi tanda besar kiamat yang ke 9 adalah matahari terbit dari Barat dan tertutupnya pintu taubat.

Komen dan Soalan