Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 241: Wawasan Setinggi Bintang (همَّةٌ تنطحُ الثُّريَّا)

La Tahzan 241: Wawasan Setinggi Bintang (همَّةٌ تنطحُ الثُّريَّا)

17
0
Iklan

🌟🌟🌟🌟

La Tahzan 241-1: Wawasan Setinggi Bintang (همَّةٌ تنطحُ الثُّريَّا)

* Himmah bermaksud wawasan, cita-cita, harapan, semangat, niat membara, tekad, iradah, obsesi, kemahuan.

إذا أُعطي العبدُ همَّةً كبرى ، ارتحلتْ بهِ في دروبِ الفضائلِ ، وصعِدتْ بهِ في درجاتِ المعالي .
ومنْ سجايا الإسلامِ التَّحلِّي بكِبر الهمَّةِ ، وجلالةِ المقصودِ ، وسموِّ الهدفِ ، وعظمةِ الغايةِ . فالهمَّة هي مركزُ السالبِ والموجبِ في شخصِك ، الرقيبُ على جوارحِك ، وهي الوقودُ الحسِّيُّ والطاقةُ الملتهبةُ ، التي تمدُّ صاحبها xبالوثوبِ إلى المعالي والمسابقةِ إلى المحامِدِ

Jika seorang manusia memiliki himmah/wawasan yang besar, maka dia berjalan di atas jalan keutamaan dan mendaki darjat yang tinggi.

Berwawasan adalah ciri Islami, Himmah adalah ibu penggerak atau CPU (yang membentuk keperibadian dan mengendalikan anggota tubuh);

Himmah adalah bahan bakar jiwa, kekuatan yang berkobar untuk menjana tubuh untuk melompat lebih tinggi dan mencapai nilai-nilai kemuliaan dan kehebatan.

🌟🌟🌟🌟

La Tahzan 241-2: Wawasan Setinggi Bintang (همَّةٌ تنطحُ الثُّريَّا)

* Himmah bermaksud wawasan, cita-cita, harapan, semangat, niat membara, tekad, iradah, obsesi, kemahuan

. وكِبَرُ الهمَّةِ يجلبُ لك . بإذن اللهِ خيْراً غير مجذوذٍ ، لترقى إلى درجاتِ الكمالِ ، فيُجْرِي في عروقِك دم الشهامةِ ، والركْضِ في ميدانِ العلمِ والعملِ . فلا يراك الناسُ واقفاً إلا على أبواب الفضائلِ ، ولا باسطاً يديْك إلا لمهمَّاتِ الأمورِ ، تُنافسُ الرُّوَّاد في الفضائلِ ، وتُزاحمُ السَّادة في المزايا ، لا ترضى بالدُّون ، ولا تقفُ في الأخيرِ ، ولا تقبلُ بالأقلِّ .

Himmah (wawasan) yang besar membawa kebaikan yang tidak terbatas, antaranya:

🔆 membawa anda ke darjat kesempurnaan (insan kamil),
🔆 darah perwira mengalir dalam urat nadi anda,
🔆 anda bergerak ke medan ilmu dan amal;
🔆 manusia menyaksikan anda berdiri di setiap pintu kemuliaan
🔆 tangan anda sentiasa terhulur untuk semua urusan penting
🔆 anda bersama golongan yang memburu keutamaan
🔆 anda tidak pernah puas dengan pencapaian yang rendah
🔆 anda tidak berhenti walaupun sudah mencapai target
🔆 tidak pernah puas dengan yang sedikit

🌟🌟🌟🌟

La Tahzan 241-3 Wawasan Setinggi Bintang (همَّةٌ تنطحُ الثُّريَّا)

وبالتحلِّي بالهِمَّةِ ، يُسلبُ منك سفساف الآمال والأعمالِ ، ويُجتثُّ منك شجرةُ الذُّلِّ والهوانِ ، والتملُّق ، والمداهنةِ ، فكبيرُ الهِمَّةُ ثابتُ الجأشِ ، لا تُرهبُه المواقفُ ، وفاقدُها جبانٌ رِعديدٌ ، تُغلقُ فمه الفهاهةُ

“Bila himmah (wawasan) sudah terpahat di minda, maka semua cita-cita rendah dan amalan tidak berfaedah akan tersingkir, pepohon yang menghasilkan kehinaan dan kerendahan akan tercabut. Orang yang berwawasan tinggi, teguh menghadapi apa jua kemungkinan, sebaliknya orang yang tidak berwawasan akan mudah goyah, bahkan dengan hujah yang lemah, mulutnya mudah terkedu.”

🌟🌟🌟🌟

La Tahzan 241-4: Wawasan Setinggi Bintang (همَّةٌ تنطحُ الثُّريَّا)

Antara Himmah dan Sombong

ولا تغلطْ فتخْلِط بين كِبرِ الهمة والكِبْر ، فإن بينهما من الرْق كما بين السماء ذاتِ الرَّجعِ والأرضِ ذاتِ الصَّدْعِ ، فكِبرُ الهمَّةِ تاجٌ على مفْرِق القلبِ الحُرِّ المثالي ، يسعى به دائماً وأبداً إلى الطُّهرِ والقداسةِ والزِّيادة والفضلِ ، فكبيرُ الهمّةِ يتلمَّظُ على ما فاته من محاسن ، ويتحسَّرُ على ما فقده من مآثِر ، فهو في حنينٍ مستمرٍّ ، ونهمٍ دؤوبٍ للوصولِ إلى الغايةِ والنهايةِ .

Jangan keliru antara wawasan besar dan kibr atau sombong. Keduanya tidak sama, bagai langit dengan bumi.

Wawasan besar adalah mahkota dalam hati setiap orang yang terus menerus menggapai ketinggian, kesucian, kemuliaan, keutamaan dan kebaikan. Wawasan besar juga akan menyesali setiap peluang keemasan yang terlepas begitu sahaja. Dia sentiasa obses untuk mencapai tujuan dan sasaran.

🌟🌟🌟🌟

La Tahzan 241-5: Wawasan Setinggi Bintang (همَّةٌ تنطحُ الثُّريَّا)

Antara Himmah vs Sombong (Bahagian 2)

كِبَرُ الهمَّةِ حِلْيةُ ورثةِ الأنبياءِ ، والكِبْرُ داءُ المرضى بعلَّة الجبابرةِ البؤساءِ .
فكِبرُ الهمَّةِ تصعَدُ بصاحبِها أبداً إلى الرُّقيِّ ، والكِبْرُ يهبطُ به دائماً إلى الحضيضِ . فيا طالب العلم ، ارسمْ لنفسك كِبر الهمّةِ

Wawasan berkobar adalah hiasan para pewaris nabi-nabi; kesombongan adalah virus yang menjangkiti ahli politik.
Dengan semangat membara mendorong seseorang hingga ke puncak yang lebih tinggi; sedangkan kesombongan akan menjerumus ke lembah kehinaan.

Wahai penuntut ilmu, tanamlah wawasan besar dalam diri anda dan jangan sekali berpaling.

Artikel sebelumnyaLa Tahzan 240: (Banyakkan) Simpanan Kekal (الكنوزُ الباقيةُ)
Artikel seterusnyaTafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-16 hingga Ke-19

Komen dan Soalan