Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 235: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

La Tahzan 235: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

326
0
Iklan

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-1: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Tiada sahabat yang perfect (sempurna)

Firman Allah ‎ﷻ:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.

[Al A’raf: 199]

لا ينبغي أنْ يزهد فيهِ – أي الأخ- لخُلُقٍ أو خُلُقَيْن ينكرُهما منهُ، إذا رضي سائر أخلاقِه ، وحمِد أكثرَ شِيمِه ، لأنَّ اليسير مغفورٌ ، والكمال مُعوزٌ

Amat tidak patut jika menjauhi saudara kita hanya kerana satu atau dua perangainya yang jelik, sedangkan selebihnya dia baik. Maka satu atau dua kesalahan dia masih dapat dimaafkan kerana kesempurnaan adalah tingkatan yang amat sukar dicapai (oleh sesiapa).

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-2: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Pesan Al Kindi

وقدْ قال الكِنْديُّ : كيف تريدُ منْ صديقِك خُلُقاً واحداً ، وهو ذو طبائع أربعٍ . مع أنَّ نفْس الإنسانِ التي هي أخصُّ النفوسِ به ، ومدبَّرةٌ باختيارِه وإرادتِه ، لا تُعطيه قيِادها في كلِّ ما يريدُ ، ولا تُجيبُه إلى طاعتِه في كلِّ ما يجبُ ، فكيف بنفسِ غيرِه ؟!

Berkata Al Kindi (أبو يوسف يعقوب بن إسحاق الكندي, ahli sains Baghdad, w.256H, era Abbasiah) berkata, “Bagaimana anda mengharapkan sahabat anda memiliki suatu bentuk kelakuan yang tunggal, sedangkan jiwa anda sendiri ada 4 tabiat: tabiat memilih, tabiat berkehendak, tidak mematuhi apa yang dihajati oleh tuannya dan tidak mengiyakan apa yang diperintah. Maka bagaimana dengan jiwa orang lain?”

Firman Allah ‎ﷻ:

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang Maha Mengetahui tentang orang yang bertaqwa.

[An-Najm: 32]

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-3: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Pesan Abu Darda’ رضي الله عنه

وحسْبُك أنْ يكون لك منْ أخيك أكثرُه ، وقدْ قال أبو الدرداءِ – رضي الله عنه – : مُعاتبَةُ الأخِ خَيْرٌ منْ فقْدِه ، منْ لك بأخيك كلِّه ؟!

Cukuplah jika menerima sebahagian besar (tabiat) sahabat anda. Berkata Abu Darda’ رضي الله عنه (sahabat Ansar Madinah, w.32H di Mesir) ; “Mencela/mencerca/mengutuk/memaki/menyalahkan kawan lebih baik daripada kehilangannya. Siapa yang mendapat (seluruh kebaikan) daripada kawannya?”

🎵 Syair Arab berbunyi:

وقال أبو تمامٍ الطائيُّ :
ما غبن المغبون مِثْلُ عقْلِهِ منْ لك يوماً بأخيك كُلِّهِ

Berkata penyair Abu Tamam Al Thai (kelahiran Syria, wafat 231H):

Kerugian yang paling besar, bila seseorang hilang akalnya;
Tiada orang yang mendapat seluruh kebaikan daripada sahabatnya.

Fiqh al-athar:

1⃣ Jika kawan kita berbuat silap terhadap kita, ada dua opsyen, memaki atau mencela atau menyalahkan dia yang boleh menyebabkan kita kehilangan kawan itu.

Maksudnya, kalau kawan membuat kesilapan, “blunder”, kalau kita maki dia, kutuk dia, akan menyebabkan kita akan kehilangannya.

2⃣ Dalam persahabatan, kita tidak akan mendapat 100% kebaikan (sempurna) daripada kawan. Ada kalanya dia akan melakukan kesalahan terhadap kita, maka janganlah disebabkan kesalahan itu, kita mengutuk dan menyalahkannya sebab kalau dia buat silap, kita marah dan maki dia, maka kita akan kehilangan seorang kawan.

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-4: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Tiada kawan yang sempurna di atas dunia

وقال بعضُ البلغاءِ : لا يُزهدنَّك في رجلٍ حمدت سيرته ، وارتضيت وتيرته ، وعرفت فَضْله ، وبطنت عقله – عَيْبٌ خفيٌّ ، تحيطُ به كثرةُ فضائلِه ، أو ذنبٌ صغيرٌ تستغفرُ له قوةُ وسائلِه ، فإنك لنْ تجِد – ما بقيت – مُهذَّباً لا يكونُ فيه عيبٌ ، ولا يقعُ منه ذنبٌ

Berkata seorang ahli balaghah, “Janganlah disebabkan oleh satu kesalahan kecil yang sebenarnya boleh ditutupi oleh kebaikannya yang banyak, lantas engkau menjauhi seseorang yang pernah engkau puji, pernah menerima latarbelakangnya, mengetahui kemuliaannya dan kebaikan buah fikirannya. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapat sahabat yang bebas daripada dosa atau kesalahan selamanya”.

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-5: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Engkau juga tidak sempurna

فاعتبرْ بنفسك بعدُ ألاَّ تراها بعينِ الرضا ، ولا تجري فيها على حُكمِ الهوى ، فإنَّ في اعتبارِك بها ، واختبارِك لها ، ما يُواسيك مما تطلبُ ، ويعطِفك على منْ يُذنبُ ، وقد قال الشاعرُ :

ومنْ ذا الذي تُرضى سجاياهُ كلُّها كفى المرء نُبلاً أنْ تُعدَّ معايبُهْ

(Kawan-kawanmu bukan manusia sempurna)
Begitu juga dengan dirimu.
Cerminlah dirimu; lihat dengan pandangan positif, jangan menilai dengan hawa nafsu. Sesungguhnya penilaian dan pandangan terhadap dirimu sendiri akan membantu dirimu mendapatkan apa yang dikau hajati dan melunakkan sikapmu terhadap orang lain yang melakukan kesilapan.

🎵 Menurut sebuah syair Arab:

“Tiada seorang pun yang dapat memuaskanmu dengan ada semua sifat (terpuji);
Cukuplah kebijaksanaan seseorang bila dia sanggup menghisab kelemahan dirinya sendiri.”

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-6: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Syair An Naabighah Al Zubyani (النابغة الذبياني)

وقال النابغةُ الذُّبيانيُّ :
ولست بمُسْتبْقٍ أخاً لا تلُمُّهُ على شعثٍ أيُّ الرِّجالِ المهذَّبِ

An Nabighah atau Ziyad bin Mu’awiyah bin Dhabab, w.18 sebelum Hijrah, adalah salah seorang penyair ulung Arab Hijaz.

(توفي سنة ١٨ قبل الهجرة, زياد بن معاوية بن ضباب )

🎵 Beliau melantunkan sebuah syair:

Engkau tidak akan mendapat seorang kawan pun
Yang bebas daripada celaanmu kerana kelemahan yang ada padanya;
Mana ada orang yang bersih daripada kelemahan…

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-7: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Jangan su’ dzan kepada kawan

وقدْ قيل في منثورِ الحِكمِ : لا يُفسِدنَّك الظَّنُّ على صديقٍ قد أصلحك اليقينُ له

Terdapat kata-kata Hikmah:

“Jangan musnahkan persahabatan hanya disebabkan oleh dzon (prasangka) sahaja; pada hal sebelum ini engkau meyakini akan persahabatannya.”

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-8: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Pesan Jaafar bin Muhammad

وقال جعفرُ بنُ محمدٍ لابنِه : يا بُنيَّ ، منْ غضب من إخوانِك ثلاث مرَّاتٍ ، فلمْ يقُل فيك سوى الحقِّ ، فاتخِذْه لنفسِك خِلاّ

Pesan Imam Jaafar bin Muhammad (Imam Jaafar Sadiq, imam ke 6 syiah imamiah, w.148H, Madinah) kepada anaknya (Musa al Kazim, Imam syiah no.7), “Wahai anakku, siapa di antara rakan-rakan kamu yang marah kepadamu sebanyak tiga kali (3X), dan apa yang dikatakan adalah kebenaran, maka jadikan ia teman (sejati).”

Tahqiq:
Tidak diketahui dari mana athar ini diperolehi.

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-9: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Pesan Al Hasan bin Wahab

وقال الحسنُ بنُ وهبٍ : منْ حقوقٍ المودَّةِ أخْذُ عَفْوِ الإخوانِ ، والإغضاءُ عن تقصير إن كان

Al Hasan bin Wahab (penyair berasal dari Syria, wafat di Egypt, 255H) berkata, “Di antara hak-hak al-mawaddah (kasih sayang) ialah memberi maaf terhadap kesalahan kawan dan menutup mata atas kekurangannya (itu pun jika ada).”

Takhrij:

للماوردي
(أدب الدنيا والدين) (ص 174)

Al Mawardi (Baghdad, w.450H)
(Adab Ad Dunia Wa Ddin, ms 174)

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-10: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Athar Amir al Mukminin Ali رضي الله عنه

وقد روي عنْ عليٍّ – رضي اللهُ عنهُ – في قولِه تعالى : * فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ * ، قال : الرِّضا بغيرِ عتابٍ .

Diriwayatkan daripada Ali رضي الله عنه ketika beliau mentafsir ayat “dan maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (* فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ *) ]Al Hijir: 85] sebagai redha (dengan karenah kawan kita) tanpa mencelanya” (Al Mawardi, Adab Ad Dunia Wa Ddin, 188)

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-11: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Syair Ar Rumi tentang sahabat

وقال ابنُ الروميِّ :
همُ الناسُ والدنيا ولابُدَّ منْ قذىً يُلِمُّ بعينٍ أو يُكدِّرُ مشْربا
ومنْ قلّةِ الإنصافِ أنَّك تبتغي الـ ـمُهذَّب في الدنيا ولست المهذَبا

Berkata Ibn Ar Rumi (Abul Hasan Ali bin Al Abbas bin Juraij, w.283, Baghdad, penyair era Abbasiah, أبو الحسن علي بن العباس بن جريج ) dalam sebuah syairnya:

🎵
Manusia dan dunia pasti ada kekurangan
yang tak sedap dipandang mata
memiliki kelemahan yang mencemari jatidirinya;

Tidak patut jika engkau mahukan sahabat yang bersih di dunia ini,
sedangkan engkau sendiri pun terbabas.

Takhrij:
Al Mawardi, Adab Ad Dunia Wa Ddien, 216

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-12: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Tiada kawan yang suci

Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا

Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun daripada kamu bersih (daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya.

[An Nur:21]

🎵 Sebuah Syair Arab:

تريدُ مُهذَّباً لا عيب فيه وهلْ عُودٌ يفُوحُ بلا دُخانِ

“Engkau idamkan kawan yang serba sempurna (tanpa kelemahan langsung);
apakah kayu oud (gaharu) bila dibakar tanpa asap?”

Firman Allah ‎ﷻ:

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa.

[An Najm: 32]

Komen dan Soalan